:: Dimana Keimanan Saat Diuji ::
Rindu dihati tak tertahan lagi
Airmata mengalir tanpa disedari
Saat hati meluahkan rasa
Jiwa menangis hati terseksa
Orang yang disayangi sedang disakiti
Kejamnya manusia membuat kerja
Mana letaknya iman didada
Dendam dihati punya angkara
Sanggup lakukan apa saja
Bagi memuaskan nafsu durjana
Lakukan demikian puaskah hati??
Mellihat insan lain dalam menderita
Cubalah kawal nafsu diri
Dimana keimanan saat diuji
Tepuklah dada tanyalah hati
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Jom Cakap-cakap
DIMANA KEIMANAN SAAT DIUJI
Dicatat oleh
NURULIZZA BINTI HJ AB. KARIM
|
Read User's Comments(0)
PERTEMUAN KAU DAN AKU
Dicatat oleh
NURULIZZA BINTI HJ AB. KARIM
|
:: PERTEMUAN KAU DAN AKU::
Tidak terfikir dalam minda
Kau cuba menghampiri diri ini
Hatiku berkata untuk gembira
Tapi kau tetap cuba memahami
Dari hari ke hari
Kita pula makin mengenali
Senda gurauan mencuit hati
Usik-mengusik tentunya rasmi
Kini wajahmu dimana-mana
Dimana saja sentiasa bersama
Aku gembira kau ketawa
Terasa diri benar-benar dicinta
Mungkin ini dikata takdir
Bertemunya kita adalah ketentuanNya
Dalam kita tidak sedar
Sebenarnya kita serasi bersama
Sehari bertemu pasti ketawa
Berkeudara bersama memang rela
Kutuk-mengutuk itulah kita
Hilangnya ia pasti kecewa
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
DETIK-DETIK INDAH
Dicatat oleh
NURULIZZA BINTI HJ AB. KARIM
|
:: Detik- Detik Indah::
Tarikh keramat yang tidak dijangka
16 Mei 2013 pasti tidak dilupakan
Saat itu kau meluahkan rasa
Menyemai cinta yang lama tersimpan
Aku memang sukar mengerti
Luahan cinta pada diriku ini
Anggap disana hanya gurauan hati
Tidak disangka memang dicintai
Tidak terucap dengan kata-kata
Hanya mendengar terkaku seketika
Luahan rasamu mengambil masa
Tidak berani untuk membalasnya
Kau pula tidak putus asa
Tetap menunggu jawapan yang pasti
Kita bermula dengan sahabat saja
Makin lama makin dirasai
Dalam diri ada secubit curiga
Tapi tidak mampu diluahkan
Dalam kau tak sedari pula
Dirimu sedang menduduki ujian
Kali pertama kita berkeudara
Mendengar suaramu ala-ala jawa
Hati terusik tidak disangka
Terhibur pula mendengar suaranya
Tiap hari kita berkeudara
Gelak ketawa pasti ada
Segala masalah terus lari
Hanya yang ada senyum dihati
Cetusan Hati : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Tarikh keramat yang tidak dijangka
16 Mei 2013 pasti tidak dilupakan
Saat itu kau meluahkan rasa
Menyemai cinta yang lama tersimpan
Aku memang sukar mengerti
Luahan cinta pada diriku ini
Anggap disana hanya gurauan hati
Tidak disangka memang dicintai
Tidak terucap dengan kata-kata
Hanya mendengar terkaku seketika
Luahan rasamu mengambil masa
Tidak berani untuk membalasnya
Kau pula tidak putus asa
Tetap menunggu jawapan yang pasti
Kita bermula dengan sahabat saja
Makin lama makin dirasai
Dalam diri ada secubit curiga
Tapi tidak mampu diluahkan
Dalam kau tak sedari pula
Dirimu sedang menduduki ujian
Kali pertama kita berkeudara
Mendengar suaramu ala-ala jawa
Hati terusik tidak disangka
Terhibur pula mendengar suaranya
Tiap hari kita berkeudara
Gelak ketawa pasti ada
Segala masalah terus lari
Hanya yang ada senyum dihati
Cetusan Hati : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
CINTAILAH AKU KERANA ALLAH
Dicatat oleh
NURULIZZA BINTI HJ AB. KARIM
|
:: CINTAILAH AKU KERANA ALLAH::
Sayangku
Terima kasih segalanya
Memahami dan menyayangiku tanpa melihat kekuranganku
Cintaku bukan kerana rupa, kehebatan dan harta yang mu milikki
Ketahuilah yang aku perlu hanya keimanan dan ketaqwaan dirimu
Untuk membimbing aku menjadi insan solehah dan bidadari di syurga
Sayangku
Cintailah, sayangilah dan milikki aku kerana Allah
Tiada yang membahagiakan selain dariNya
Tetapkanlah iman dan tingkatkan ketaqwaanmu
Untuk sama-sama kita menuju ke Jannah
Pupuklah kasih sayang antara kita berlandaskan syariatnya
Jangan sesekali kita tersasar dari landasan yang betul
Sayangku
Seandainya satu hari nanti impian kita terlaksana
Kotakanlah janji-janjimu, sentiasa semai benih kesetiaanmu
Bajailah ia dengan ketulusan dan kejujuranmu
Tekadkan azammu, luaskan empayarmu
Untuk sama-sama kita menuju gerbang kebahagian
Sayangku
Maafkanlah diri ini andai melukaimu
Kekhilafan diri kadang-kala tanpa aku sedari
Aku hanya insan biasa yang tidak mempunyai kelebihan
Tapi aku bersyukur sehingga kini mampu lagi bernafas
Berdirinya aku disini menemanimu kerana ketentuanNya
DIAlah jua yang hadirkan dan memupuk kasih dan sayang diantara kita
Sayangku
Aku cuba mendewasakan diri ini
Yang diketahui kadang-kala macam kebudakkan
Tapi ku berharap agar kau tidak mudah melatah
Kerana ini adalah diriku yang sebenar
Ada ketikanya aku minta dibelai dan dimanja tanpa menjejaskan akidah yg sebenar
Sayangku
Diri ini yakin yang kau sangat aku perlukan
Ku mohon padamu, jangan berhenti berdoa
Pohonlah kepadaNYA, semoga satu hari nanti kita akan disatukan
Seandainya kita disatukan nanti kau lebih mengenali diriku
Cinta yang ada ini hanya untukmu
In Sha Allah, seandainya jodoh kita bertemu
Cepat atau lambat kau tetap menjadi milikku..........

C.I.N.T.A Dalam Erti Sebenar
Dicatat oleh
NURULIZZA BINTI HJ AB. KARIM
|
C.I.N.T.A Dalam Erti Sebenar
Cinta itu adalah anugerah Allah S.W.T. Kita sebagai hambanya pasti ada nafsu iaitu
ingin dicintai dan mencintai. Cinta itu bersifat sensitive sebenarnya. Bila
ianya tersentuh pasti berbagai-bagai perasaan akan kita alami.Diantaranya, kita
kadang-kala mesti merasa rindu akan sidia yang jauh dimata. Dalam masa yang
sama juga kita cemburu dengan sidia maksudnya bila sidia sedang bercakap dengan
insan lain yang berlawanan sifat pasti rasa itu hadir walaupun sebesar kuman.
Betul tak? Jangan hipokrik tau!! Tak baik. Berdosa. Anda boleh menipu orang
lain tapi anda harus ingat anda tidak boleh menipu hati anda sendiri. Tepuklah
dada tanyalah hati. Hanya anda yang mampu menjawabnya.
Dalam kita mencintai dan dicintai, kita perlu ada sifat
saling mempercayai antara satu sama lain untuk memastikan hubungan yang sedang
kita jalinkan berkekalan selamanya. Maksud disini, setiap orang berkeinginan
mengakhiri percintaan mereka dengan
mendirikan masjid dalam masa yang sama juga kita ingin mengikut Sunnah Nabi
Muhammad S.A.W. Jika kita mempunyai niat ke arah ini, kita perlu ada sifat
tolak –ansur, saling memahami dan menghindarkan diri daripada sifat negatif
yang boleh menggoncangkan pokok percintaan dan dalam masa yang sama menumbangkannya.
Jadi, kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang dianugerahkan olehNya
mafaatkanlah ia sebaik mungkin untuk kebahagian diri kita sendiri. Tidak perlu
menuding jari kearah lain jika apa yang di ingini akan dikecapi.
Dengan cinta juga, berbagai-bagai aspek yang perlu kita
pelajari dan diambil keseriusannya dalam
memastikan cinta yang dimilikki terus mekar berkembang seperti bunga yang
sedang mekar berkembang di taman dan di
halaman rumah kita. Maksudnya disini kita perlu merapatkan diri tapi memang
kita sudah rapat dengannya sebelum menjalinkan percintaan , tetapa maksud saya
kita perlu mengenali sifat rohaninya yang kadang-kala memang sengaja disembunyikan
untuk memastikan hati kita tidak terluka
bila bersamanya. Disini, jelaslah dalam kita menjalinkan percintaan kita memang terlalu hipokrik sangat sehingga
kita berusaha untuk tidak menjadi diri
sebenar . Apa yang kita dapat dengan melakukan demikian? Yang pastinya akan
timbul permasalahan pada masa akan datang. Semolek-moleknya , kita perlu tonjolkan
diri kita yang sebenar untuk memudahkan pasangan kita mengenali sifat
kita.Tetapi apa yang dapat dirumuskan, dalam percintaan kita tidak akan
mengenali sifat sebenar pasangan kita
kerana banyak yang ditonjolkan adalah dusta sahaja akan tetapi tidak semua orang seperti yang saya katakana
tadi. Ada juga yang ikhlas dan jujur
akan menunjukkan sikap sebenar kepada pasangannya supaya pasangannya betul-betul dapat mengenali dirinya. Disini,
kita boleh berfikir sejenak tujuan apa kita mencintai dan dicintai. Bila
bertemu jawapannya anda pasti apa yang
perlu anda lakukan dalam perhubungan percintaan anda. Hanya anda yang
memperolehi jawapannya. Anda soal anda jawab. Tak ke gitu?
Malah, cinta kadang-kala boleh membuatkan kita ketawa,
menangis,murung, kecewa dan penyenyap. Di alam percintaan berbagai-bagai
pengalaman yang akan kita tempuhi. Di sini juga, saya ingin sarankan seberat
mana sekalipun pengalaman kita perlu harungi jua dengan berlandaskan keimanan
dan ketaqwaan disamping itu kita perlu positifkan minda kita sendiri. In Sha
Allah, jika tips diatas diikuti harmoni percintaan kita. Kita yang mampu
mengubahnya. Fikir-fikirkanlah ye. “Di mana ada kemahuan, disitu ada kebahagian”. Dalam masa yang sama juga kita
perlu berusaha memperolehinya. “ Usaha
tangga kejayaan “. Tanpa usaha tiada kebahagian. Harus kita ingat tau!!.
Bila kita ikhlas mencintai seseorang, kadang-kala apa
yang sedang dialami oleh pasangan kita ada juga yang kita boleh rasainya.
Pasangan kita mungkin cuba untuk menyembunyikan tapi kita akan dapat merasainya
mengikut hati yang berbicara. Hahaahhaahah ... Jadi kepada anda janganlah sorok
apa-apa daripada pasangan tau. Tidak semua yang boleh dirasai, jika bersesuaian
in Sha Allah kita juga akan
berkongsi masalah bersamanya. Saya menulis
sebenarnya melalui pengalaman saya sendiri. Saya tahu tidak semua pengalaman kita sama dengan orang lain. Jika
anda pernah mengalaminya, Alhamdulillah anda bertuah dapat membaca hatinya yang
tersirat. Tanpa kita sedari jua, kadang-kala
dalam kita meluahkan rasa hati
kepada sidia airmata kita tidak henti-henti turun mengalir dan terus mengalir.
Dalam masa yang sama juga sidia bertuah kerana dapat mendengar tarian tangisan
kita yang sumbang-mambang. Saya sendiri pernah mengalaminya. Airmata yang turun
adalah airmata yang tidak pernah menipu. Disebalik airmata itulah sebenarnya
luahan hati kita yang ikhlas kepadanya.
Satu lagi yang ingin diceritakan, jika sidia sedang dalam
keadaan berduka cita, pastinya kita yang tidak keruan dibuatnya. Betul x? Sidia
memang sudah tentu dalam kesakitan akan tetapi kita yang tidak melaluinya tetap
merasa keperitannya. Kita ingin orang yang kita sayangi sentiasa tersenyum dan
muka ada senyum. Kita semampunya tak nak dia muncung-muncung sehingga boleh
dibuat penyangkut hanger di mulutnya. Hahahahah.. Sori terlawak sekejap walaupun anda tidak
gelak. Hahahah .. x menahan ayat den kan . Kata bidalan “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Di sini saya ingin merumuskan bahawa dalam percintaan
kita perlu ada sifat saling percaya, tolak ansur, saling memahami antara satu
sama lain dan seberat manapun dugaan yang diterima bawa-bawalah berbincang ye. Berbincang ke arah kebahagian
jangan pula sebaliknya. Nanti sapa yang rugi? Anda juga kan. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna”. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Anda mampu
mengubahnya.
Sentuhan Pena :
Nurulizza Binti Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Langgan:
Catatan (Atom)