Welcome

RSS

ANDAI DAPAT DIUNDURKAN MASA

:: Andai dapat diundurkan masa::

Saat kau lafazkan cinta
Aku terkedu tidak terkata
Betapa indahnya saat itu
Dalam diam hati bersatu

Saat indah Kini berlalu
Hanya yang tingal hanya kenangan
Tiada senyuman senda gurauanmu
Kenangan terindah sukar dilupakan

Andai masa dapat diundurkan
Ingin sekali lagi merasakannya
Gembiranya hati tidak terkata
Bila diri dapat belaian

Ini terjadi adalah satu ujian
Menguji diri semampu mana bertahan
Jangan bersedih!! kita ada Tuhan
Muhasabah diri!! Kembali ke pangkal jalan

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pulanglah KepadaNYA Andai Kita Kebuntuan

  

 Semua orang mempunyai masalah. Masalah datang dalam pelbagai bentuk. Datangnya ia sebenarnya menguji kita. Adakah kita mampu mengawalinya dengan akal yang positif?. Bila diri dikuasai nafsu mungkin kita tidak mampu mengawalnya dengan ketenangan. Dalam masa itu, berbagai-bagai anasir luar dan dalam masa yang sama nafsu sedang berpesta dihati kita. Dalam masa itu lah jiwa kita sedang  menangis. Menangis dan terus menangis. Akal yang bijak tidak mampu memujuk jiwa kita yang sedang menangis dan terus menangis. Memang tidak dinafikan menangis adalah salah satu cara untuk kita merawat luka yang kita hadapi. Izza sendiri pun kadang-kala mengalami masalah yang sama seperti kalian rasa. Apabila kita mengeluarkan airmata, kita rasa tenang seketika. Bila kita dalam kesunyian dan dalam kerinduan masalah yang kita hadapi akan bermain-main diruang minda kita. Pada masa itulah, segalanya kembali dalam ingatan kita. Jiwa yang sedang berduka mudah dihasuti anasir-anasir yang tidak memberikan kita kesan positif sebaliknya negatif yang kita perolehi.
   Wahai rakan yang Izza kasihi, Izza tidak pandai berkata-kata dan menasihati anda tetapi Izzasebagai rakan anda ingin anda hidup bahagia dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita. Dalam kita menghadapinya pasti jua kita akan mengalirkan airmata. Kadang-kala sampai bengkak mata kita kerana kita terlalu sedih dan kecewa apa yang sedang kita alami.Masa itu jiwa kita memberontak. Hati kita menangis teresak-esak. Rasanya macam nak lari daripada semua masalah. Akan tetapi jiwa dan hati kita tak mampu membuat demikian. Jadi pada masa ini hanya akal fikiran kita yang mampu berfungsi. Masa inilah kita perlu fikir positif.
   Rakan-rakan yang dikasihi, Allah itu Maha Penyayang. Dia tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada hambanya. DIA tahu apa yang hambaNya perlukan untuk menjadi hamba yang  soleh dan solehah di atas muka bumi ini. Allah memberi kita ujian. Ingin melihat diri kita, samaada adakah kita ini bersyukur dengan pemberianNya ataupun sebaliknya. Hati yang sedang bersedih, gelisah dan kecewa adalah pemberianNya.DIA ingin melihat hambanya merintih, memohon,mengadu dan minta petunjuk dariNya. Kita perlu yakin. Allah yang memberi penyakit tetapi Allah jua yang menyembuhkannya. Firmannya yang bermaksud "( iaitu ) orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu tenang tenteramlah jiwa manusia". (Surah  Ar Ra'd : 28) . Ayat ini jelas menerangkan kepada kita dengan mengingatiNya jiwa kita yang dilanda sedih, duka, kecewa dan gelisah akan kembali tenang. Tidak perlu kita tangisinya, yang perlu kita lakukan kembali kepadaNya. Kita mengadu nasib kita kepadanya. Kita merayu padaNya. Kita memohon petunjuk kepadaNya. Jalan mana yang perlu kita ikuti. Kita menangis pun jiwa kita tetap tidak tenang. Cara terbaik pulang kepadaNya. Jika kita buntu, ketika tidak tahu mana  arah yang mampu kita ikuti kita boleh memohon kepadanya dengan kita beristhikarah. Jalan yang mana harus kita tujui.  Apabila diri kita berada disituasi dicintai dan mencintai yang sentiasa bahagia, senyuman terukir selalu dan bangun pagi  bersemangat kerana diri kita dicintai dan disayangi selalu. Allah ingin menguji kita sejauh mana kita mencintai pasangan kita. Maka dengan ini, didatanginya ujian kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana hambanya mampu mengawal antara fikiran dan nafsu. Jika kita tersesat jalan kita akan merasa kesedihan. Fikiran kita tidak mampu berfikir dengan waras saat kita dibelengu kesedihan. Onar-onar luar pun senang masuk dan menggoda fikiran kita sehingga kita  tergoda. Jalan terbaik beristikharah. Maksud istikharah ialah kita meminta bantuan Allah dalam membuat pilihan dalam segala urusan. Menurut hadith yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam sahihnya dan sanadnya daripada Jabir  R.A berkata :  Daripada Nabi S.A.W bersabda : Apabila salah seorang daripada kamu  diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia rukuk  (mengerjakan solat 2 rakaat) yang selain daripada solat fardhu (yakni solat 2 rakaat dengan niat isthikarah). Hadis ini telah menunjukkan bahawa sekiranya kita dalam kebuntuan membuat sesuatu keputusan kita perlukan bantuanNya untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Allah lebih mengetahui mana yang lebih baik untuk kita. Sesuatu kejadian yang berlaku kepada kita ada hikmah disebaliknya. Percayalah!! Cepat atau lambat hasilnya yang pastinya diakhir apa yang kita rasa ini ada sinar kebahagian yang menanti. Allah itu lebih mengetahui yang tersirat diatas kesemua yang kita hadapi sama ada yang pahit atau manis dan sudah tentu hasilnya nanti kebahagian. Bersabarlah hati saat kita ditimpa masalah. Kesabaran adalah nikmat yang terindah dimana saat itu keimanan dan ketajaman mental diuji.  Bersabarlah sahabat dalam kita mengharungi masalah. Tenteramkan jiwa kita dengan mengingatiNya. Jangan mudah berputus asa!!. Kawan-kawan kita harus teruskan perjuangan jangan mudah mengalah maka kita teruslah mara mengadap. Kita mampu lakukan!!. Percayalah pada diri kita sendiri kerana kita ada Allah yang sentiasa bersama kita. Cuba kawan-kawan hayati lagu Najwa Latif yang bertajuk AdaMU.Lirik lagu yang penuh makna dan boleh bermotivasikan diri kita. Dengar ye kawan-kawan. Harapan Izza semoga kita yang sedang dibelengu kebuntuan ada jalan penyudahnya dimana kita akan berasa tenang dan kebahagian kita akan menjadi milik kita nanti.  Emm nampaknya dah panjang bebonar Izza membebel kan.. Kalau lah dapat kita berborak dengan mata bertemu mata lagilah panjang ceritanya. Alahai. nak buat macam mana itulah namanya Nurulizza anak Pak Haji Karim. Akhir kata dari Izza ingin memohon maaf kepada semua jika coretan ini terdapatnya terkasar bahasa, tersilap kata dan ada yang mengguris perasaan anda Izza ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Izza tidak pandai berkata-kata tetapi Izza sudah laluinya dan cara yang mudah Izza pulang kepadaNya. Mengadu segala masalah kepadaNya. Disamping itu juga kita ada keluarga dan sahabat kita yang mampu memberi jalan penyelesaian masalah yang kita hadapi.  Yakin pada diri sendiri. Kita mampu mengubahnya. Yakin pada diri sendiri ye sahabat Izza. Izza sayang anda. Semoga ikatan yang kita bina ini berkekalan hingga akhir hayat.  Kalau ada umur panjang kita akan jumpa lagi dicoretan akan datang.Terimalah salam berkasih rindu dijiwa daripada Izza untuk anda. Semoga ukhwah fillah yang ada berkekalan. Mohon ampun dan maaf seandainya coretan ini menyinggung perasaan anda semua. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CINTA SEJATI



::CINTA SEJATI ::

Terdengar alunan ombak mendayu-dayu
Saling sahut-menyahut
Saling lengkap-melengkapi
Sentiasa setia menghempas pantai
Begitulah cinta yang kita lalui
Sama-sama merasainya
Suka dan duka bersama

Mentari tidak selamanya menyinari alam
Kadang-kala mendung berarak menyelubungi
Hujan turun membasah bumi
Menyempurnakan lagi keindahan alam
Cinta juga tidak selalunya indah
Kadang-kala badai pasti melanda

Selepas hujan akan hadirnya pelangi
Mengindahkan lagi keindahan alam
Begitu juga dengan cinta yang kita milikki
Setelah bahagia akan diuji
Harus harunginya dengan kesabaran

Laluinya dengan kebijaksanaan
Kesabaran dihati perlu dipertingkatkan
Harungi  jua walaupun pahit
Cinta sejati sering diuji
Di akhir nanti, kebahagian menjelma
Hanya kau yang aku dambakan
Pemilik hati, dulu,kini dan selamanya

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab. Karim

Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS