Cerpen : Senget
Dipenghujung Rindu
Penulis : Nurulizza Binti Hj Ab. Karim
Prolog
“Sayang, terima kasih
kerana melahirkan anak-anak abang yang comel. Tidak sangka sekejap saja rasanya
perhubungan yang kita jalinkan ini kekal sehingga kini. Harapan abang semoga
ianya kekal hingga akhir hayat. Abang rasa macam tak percaya kesengetan kita
dulu telah menjadikan hubungan kita ini sebagai suami isteri yang sah”luah Adam
kepada Hawanya. Harapan mereka suami isteri semoga apa yang dikurniakan oleh
Allah ini kan kekal selamanya. Bertemu dan berpisah kerana Allah dan akan
kembalinya nanti bertemu di Jannah. “ Ya
Tuhan kami, anugerahkanlah kami
isteri-isteri kami dan keturunan
kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang
bertaqwa”. (Surah Al-Furqaan : Ayat 74)
“Abang, pertemuan kita
sudah dirancang oleh Allah. Dalam tidak kesedaran ini caranya kita bertemu
jodoh. Bertemunya cinta kita dialam maya. Pada mulanya tidak perasan tetapi
inilah takdir kita. Kesengetan kita dulu membuatkan kita jatuh cinta antara
satu sama lain. Sayang rasa macam nak tergelak tapi itulah hakikatnya. Terima
kasih abang, kerana menjadi imam sayang yang sempurna dan sebagai bukti kasih
sayang kita ini Allah telah mengurniakan kita cahaya mata kembar Nur Aina Insyirah dan Nur Aina Basyirah.” Hawa dengan rasa
syukur kepada Ilahi dengan apa yang dikurniankan ini telah melengkapkan dirinya
sebagai hamba Allah yang sempurna.
Dua tahun yang lalu
Masa lapang saja mesti
Hawa akan menghabiskan masa di depan komputer bermuka buku. Sehari tidak
bermuka buku rasa sepi dan rindu. Senda- gurauan rakan-rakan dialam maya
membuatkan Hawa kadang-kala tersenyum sorang-sorang tanpa dipaksa. Hanya dengan
membalas komen saja boleh membuatkan dia ketawa berdekah-dekah. Walaupun hanya
mengenali rakan-rakan dialam maya tetapi bagi Hawa mengenali rakan dialam maya
sama saja mengenali rakan dialam realiti. Cuma perbezaannya dialam maya kita
berinteraksi tanpa melihat wajah cara berdepan berbanding dengan alam realiti kita
boleh melihat mimik muka rakan yang sedang kita bualkan. Kesengetan Hawa dialam
Maya mempunyai satu misi yang hanya Hawa saja yang mengetahui disebalik kesengetannya
itu. Jika ada yang memahaminya pasti akan terkena virus “Senget”. Perghhh
memang tak menahan juga si Hawa ini. Virus senget mampu menular kepada sesiapa
saja yang tiada antivirus senget yang gagah untuk mempertahankan diri daripada
senget. Walau apapun tangkapan orang lain terhadap diri Hawa, dia tidak peduli.
Baginya dengan kesengetan yang dilancarkan mempunyai satu niat dimana ingin
mengeratkan lagi hubungan sesama insan yang dikenalinya dialam maya. Kesengetan
dirinya selalu dilayani oleh rakan-rakan dialam maya.
Bersyukur kepada Ilahi
dengan niat yang tulus Hawa telah dimakbulkan oleh Allah.
Kesengetan Hawa selalu
dilayani oleh seorang rakan dialam maya yang
bernama Adam. Mereka sering komen-mengomen kearah kesengetan. Rasa macam
tidak percaya apa yang dikomen oleh mereka kadang-kala mampu membuat diri Hawa
tergelak sorang-sorang membaca komen yang dikomen oleh mereka. Disebalik kesengetan
yang dilancarkan oleh Hawa dalam tidak disedari oleh sesiapa, rasa yang sukar
difahami telah terbit daripada diri Hawa. Hawa puas mengelak dan tidak melayan
rasa yang hadir dengan tiba-tiba. Ayat –ayat jiwang dengan mudah saja dinukilkan.
Matamu
yang menawan,
Membuat
daku tertawan,
Siang
merindu malam membayangkan,
Andai
dapat kau kumilikki nanti,
Alangkah indahnya hidup yang ku rasa ini,
Ini
lah takdir daripada Ilahi,
Perghhh..inilah ayat
yang tidak menahan yang telah dinukilkan oleh Hawa bila kerinduan dihati mula
membara. Hanya melayan perasaan yang hadir saat diri mula merindu kesengetan
yang dicetuskan oleh dirinya. Setiap saat dan waktu yang terluang pasti ianya
tidak sia-siakan. Melayari muka buku itulah kerjanya. Setia menunggu kehadiran
Adam dimuka buku untuk bersama-sama menyengetkan diri. Bila kesengetan bermula
maka bermulanya titik permulaan melepaskan rindu yang terpendam walaupun hanya
dengan menaip ayat dimuka buku. Tidak pernah bercakap atau mendengari suara
antara satu sama lain tetapi dengan membaca ayat dalam tidak disangka mampu
memutikkan rasa cinta yang pada mulanya
hanya Hawa yang merasainya. Cinta dalam diam. Lagu yang sering didengari oleh
Hawa ialah lagu kegemarannya iaitu daripada ost Playboy itu suami aku yang
berjudul Rindukanlah.
Ku
benar-benar sayang
Pada
dirimu oh kasihku
Janganlah
engkau ragu
Pada
diriku
Dan
aku berkelana mencari
Harapan
yang kita impikan
Daripada
terbitnya sang suria
Hingga
tenggelam
Dan
aku ingin cinta sejatimu
Dan
aku ingin harapan hatimu
Oh
janganlah kau bersedih
Oh
ikhlas-ikhlaskanlah... hatimu
Rindu-rindukanlah
diriku
Sepanjang
hari-harimu
Sayangku
Ku
adalah milikmu
Milikmu
yang kau rindu
Doa-doakanlah diriku
didalam hatimu
Didalam
nafasmu
Sepanjang
hari-harimu
Ayat yang sering
membuatkan diri Hawa tertawa ialah ayat yang sememangnya tidak menahan iaitu
kononnya ingin bertemu dibawah pohon taugeh yang rendang. Hehehehe.. memang
tidak masuk akal tetapi kalau dah namanya senget semua boleh saja. Apa-apa pun
yang penting enak gitu!!.. Hehehe sori dah menyimpang lah pula.
Selama ini Hawa hanya
mencintai Adam iaitu rakan senget dalam diam-diam saja tanpa meluahkan rasa
cinta yang hadir tanpa dipinta. Pada suatu hari tanpa disangka Adam telah
menghantar pesanan ringkas di muka buku yang mana Adam ingin bertemu Hawa. Hawa
berasa berada dialam mimpi kerana tanpa disangka-sangka yang Adam ingin bertemu
dirinya. Hampir lima bulan mereka mengenali antara satu sama lain, itupun hanya
berkomunikasi di alam maya. Dengan kesengetan ini mereka mula mesra alam.
“ Assalammualaikum
Hawa. Awak sihat? Hawa, awak sudi tak kalau saya ingin bertemu dengan awak? Kalau
awak sudi kita bertemu di Tasik Titiwangsa hari sabtu ini lebih kurang pukul lima petang. Awak, selama ini kita hanya
berinteraksi dia alam maya tetapi kali ini saya teringin sangat berkomunikasi
dengan awak dengan mata bertemu mata. Saya harap awak tidak mengecewakan
harapan saya. Awak, jangan sengetkan diri pula ye. Pertemuan pertama kita ini
bukan dibawah pohon taugeh tau. Itu hanyalah pertemuan dialam senget saja” Adam
dengan beranikan diri menghantar pesanan ringkas kepada Hawa untuk membuat
temujanji pertemuan pertama mereka. Dalam mahu ada malu dan debaran untuk
bertemu dengan Hawa.
Hawa teruja. Kali pertama
dia menerima pesanan ringkas daripada Adamnya. Walaupun teruja hatinya sedang
melonjak gembira yang mana selama ini impiannya untuk bertemu dengan Adam
memang dinantikan. Ingin memulakan pertemuan tetapi dia tidak mampu meluahkan
rasa kerana takut digelar sebagai “perigi mencari timba”. Syukur kepada Yang Maha
Esa selama ini doanya yang dipinta telah didengari olehNya. Adam akan bertemu
Hawanya.
“Waalaikumusalam.
Alhamdulillah sihat saja. Betul ke ni? Awak nak berjumpa dengan saya? In sha
allah, ada rezeki kita akan bertemu pada hari sabtu ini. Amboi! kemain lagi ya
Adam. Masih ingat lagi ayat senget kita tu ya. Bertemu dipohon taugeh. Hahaha. Gelak
besar saya bila membaca ayat tersebut. Ermmm.. nanti jangan lupa bawa sekali
aiskrim Malaysia perisa milo dan asam boi ya. Boleh kita realitikan kesengetan
kita dialam maya keluar dating sambil hisap aiskrim. Hahaha .. tak menahan pula
ayat saya ini. Walau bagaimana pun saya gurau saja ya” sambil menaip sambil
tersenyum-senyum Hawa membacanya.
Adam juga tersenyum
simpul membaca pesanan yang dibalas oleh Hawanya. dalam masa yang sama juga
tidak sabar menanti hari yang dinanti dimana Adam akan bertemu Hawanya yang
selama ini dia hanya mengintai Hawa dia alam maya dialam muka buku. Sama seperti
Hawa setiap saat dan waktu terluang dia akan melayari laman muka buku.
Pada malam Hawa
menerima pesanan ringkas yang indah daripada Adamnya, rasa kesyukuran dan
gembira hatinya lalu dia panjatkan syukur kepada Ilahi. Hawa mengerjakan solat
sunat syukur. Solat sunat syukur
dikerjakan apabila kita mendapat sesuatu
nikmat , atau sesuatu yang kita hajati
atau mencapai kejayaan maka sejajarnya
kita bersyukur kepada Allah s.w.t
dengan melakukan solat syukur.” Ya Allah , baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala
urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah,
tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar dan pandulah kami supaya mengikutinya; Dan tunjukkanlah kami
perkara yang bathil itu adalah bathil supaya
kami meninggalkannya”. Doa Hawa selepas menunaikan solat sunat syukur. Hatinya
berdebar-debar dan tidak sabar menunggu hari yang dinantikan. Dalam debaran
dihati, jiwanya melonjak kegirangan. Malam itu Hawa banyak mengulangi mendengar
lagu Hadirlah kasih nyanyian daripada kumpulan KGB.
Hadirlah
kasih
Hadir
dalam mimpiku
Hadirlah
cinta
Hadir
dalam hidupku
Dalam
perjalananku
Masih
jauh harus kutuju
Aku
mencari-cari cinta
Cinta
yang tulus dan sejati
Kerna
aku percayakan cinta
Cinta
suci yang datang dari hati
Korus
Hadirlah
kasih
Hadir
dalam mimpiku
Hadirlah
cinta
Hadir
dalam hidupku
Hadirlah
kasih
Agar
tercapai segala-galanya
Harus
aku mencari
Cinta
yang tulus suci
Punya
segala-galanya
Apa
yang aku impikan
Oh
impikan
Kerna
aku percayakan cinta
Cinta
suci yang datang dari hati
Ulang korus
Kalau
ditakdirkan
Bertemuku
denganmu
Akan
kubina istana
Agar
kita bersama
Kekal
selamanya
Hari yang dinanti telah
pun tiba. Debaran dihati Adam dan hawa semakin kuat. Walaupun dihati
masing-masing ada rindu yang terpendam tetap ada rasa malu-malu untuk bertemu. Mengikut
rasa yang dirasa memang tidak sabar ingin bertemu walaupun disebaliknya ada
debaran yang sangat kuat. Demi rasa yang terpendam dihati rindu dan cinta
dialam maya pada mula hanya menyengetkan
diri masing-masing dialam maya telah membuahkan rasa rindu yang tidak mampu
disimpan lagi dan dalam masa yang sama terlahirnya rasa cinta dalam diam daripada
kesengetan mereka itu. Setelah pasti apa yang dirasa itu lahir daripada hati
yang tulus ikhlas maka Adam dengan berani dan machonya memulakan langkah untuk
bertemu. Dipertemuan pertama ini Adam dan Hawa ingin memastikan perjalanan
pertemuan pertama berjalan dengan lancar.
Mereka sama-sama telah berjanji untuk memakai baju warna sedondon iaitu baju
warna pink. Adam memakai kemeja warna
pink dan seluar warna hitam manakala Hawa
memakai baju kurung berwarna pink dan dipadankan dengan tudung warna hitam. Tasik Titiwangsa telah menjadi saksi detik pertama pertemuan
mereka.
“Assalammualaikum Hawa.
Awak apa khabar? Saya harap awak sihat hendaknya. Terima kasih kerana sudi
datang bertemu dengan saya hari ini. Saya rasa macam berada dalam alam mimpi
yang mana hari ini saya dapat bertemu dengan Hawa. Al maklumlah, selama ini
kita hanya bicara dipapan kekunci komputer saja. Hari ini dengan rasa syukurnya
saya dapat bertemu dengan awak. Rasa macam kena serangan jantung pula sebab
denyutan jantung sayang berdenyut dengan laju sekali” Perbualan yang dimulakan
oleh Adam bagi memecahkan kesunyian dan debaran dihati saat mereka bertemu mata
memandang mata antara satu sama lain. Walaupun dalam keadaan yang masih malu
tapi mahu tetap juga digagahi.
“Waalaikumusalam.
Alhamdulillah sihat. Terima kasih juga kerana sudi bertemu dengan saya. Hehehe..
ingat dalam senget ja yang kononnya kita dating sambil hisap aiskrim Malaysia tetapi
tidak sangka pertemuan pertama kita telah merealitikan kesengetan kita. Apa-apa
pun terima kasih sekali lagi sudi memberi aiskrim ini. Memang sedap rasanya
aiskrim ini memang betul-betal kaw. Milo dan susunya seimbang” Dalam masih
malu-malu lagi, Hawa membalas kata-kata yang disampaikan oleh Adam.
Selepas detik pertemuan
yang diadakan di Tasik Titiwangsa, perhubungan mereka makin akrab dan semakin
hari semakin serasi bersama. Kesengetan diri mereka dialam muka buku makin
menyerlah. Dalam masa yang sama juga rasa cinta antara mereka makin mendalam
walaupun tiada luahan daripada kedua belah pihak. Hanya kelakuan yang
ditonjolkan oleh mereka yang membuktikan bahawa mereka sedang dilamun cinta
sehingga satu hari yang tidak terduga, Adam dengan machonya telah meluahkan
hasrat hati ingin memiliki diri Hawa untuk dijadikan bidadari akhir hayat
dihatinya. Dengan seikhlas hati yang tulus Hawa menerima lamaran Adam untuk
menjadikan dirinya sebagai seorang isteri. Mereka bertemu cinta dan jodoh
dialam maya. Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallahu’anhu berkata, Rasullullah s.a.w
bersabda kepada kami : “ Wahai generasi
muda, barang siapa diantara kamu telah mampu berkeluargahendaknyaia kahwin,
kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya
berpuasa, sebab ia mengendalikanmu.”Mutaffaq Alaihi
Tiba hari yang dinanti
oleh mereka dengan izin Allah mereka telah disatukan. Dengan sekali lafaz, Hawa Binti Abdullah telah sah
menjadi milik halal kepada Adam Bin Muhammad. Mereka telah dinikahan oleh ayah
Hawa sendiri. Setelah selesai upacara majlis akad nikah Adam dan Hawa
mengerjakan solat syukur tanda panjat kesyukuran kepada Allah. Kesengetan mereka
telah membuatkan diri mereka saling memiliki dan dimiliki antara satu sama
lain.
Epilog
“Abang, sayang rasa
macam tak percaya saja yang hari ini abang jadi imam yang selamanya mengimamkan
solat-solat sayang. Dulu dialam kesengetan kita, puas sayang memendam rasa
rindu menyenget bersama abang tetapi hari ini
abang sudah pun menjadi suami sayang. Terima kasih abang, kerana memilih
sayang sebagai ratu hati abang hingga akhir hayat. Semoga kasih yang ada ini
akan disambungkan hingga ke Jannah. Bertemunya kita dialam maya dengan harapan
di alam abadi juga kita akan disatukan nanti”. Dalam rasa penuh kesyukuran dan
kegembiraan yang tidak terkata dengan kata-kata dimalam pertama solat Hawa
diimamkan sendiri oleh suami tercinta meluahkan rasa yang dirasa untuk
berkongsi dengan suaminya.
“Sayang , inilah
caranya kita bertemu dan mengikat silaturahim kita sebagai suami dan isteri.
Segalanya telah dirancang oleh Allah s.w.t. Perencanaan Allah adalah yang
terbaik untuk kita. Allah itu lebih mengetahuinya sayang. Masa dialam kesengetan kita dulu
setiap hari, abang menunggu kemunculan sayang di alam maya. Rindu tidak mampu
ditahan masa itu. Hanya Allah saja yang mengetahuinya. Akhirnya hari ini doa
abang telah didengari oleh Alalh s.w.t” walaupun sudah halal masih lagi Adam
malu-malu meluahkan perasaannya kepada isteri yang baru dinikahinya pagi tadi. Pada
malam pertama mereka bergelar suami isteri mereka bersama-sama mendengar dan
menghayati lagu Seismic yang berjudul Ketika dua hati menyatu.
Saat
dua hati berjanji
Tuk
harungi hidup dijalanNya
Allah
akan berkahi mereka
Kala
dalam doa kala dalam asa
Menjadilah
mentari bening pagi
Terangi
bumi terangi hati
Menjadilah
keheningan malam
Kala
berjuta insan larut dalam doa
Selamat
datang kawan
Diduniamu
yang baru
Kudoakan
semoga bahagia
When
to people get marry
To
take the life together on the way
Allah
shall give them one more bless
When
live in love and try
When
live in love and pray
Just
be the sunshine in the morning day
Give
it shine to the world let everyone to
see
Just
be the quietness in the night
When
many people cry when many people pray
Welcome
to the new world my friends
You
both have to face all in love
All
i could do just pray
And i do
i pray
Dimalam pertama
perkahwinan mereka berbual hingga ke pagi. Saling bercerita mengenai diri
masing-masing semasa mereka dialam kesengetan. Dengan kesengetan jua mereka
bertemu jodoh. Semoga jodoh yang dipertemukan oleh Allah akan kekal hinggan
Jannah. Tiada apa yang ingin dibanggakan sangat dengan diri yang kita milikki
hari ini. Semuanya adalah kurnian Allah S.W.T. “Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan
untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung
dan rasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan diantara kamu kasih dan sayang.
Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar – Rum 30: 21)