CERPEN : CINTA TIDAK HARUS MEMILIKKI
PENULIS : NURULIZZA HJ AB KARIM
Kasih Iqa pada seorang jejaka bermula di alam maya.
Di alam maya juga kasih tertumpah walaupun tidak pernah bertemu muka. Cinta itu
datang tanpa diundang dan ianya datang tidak kira masa dan lokasi.
Permulaan disapa yang pada mulanya hanyalah dingin. Al
maklumlah bila status perempuan melayu itu dipegang dan diguna pakai maka
setiap tindak-tanduk pasti dijaga.
Di alam maya ini merupakan salah satu tempat untuk
Iqa mencari kenalan dan merapatkan ukhwah yang dibina walaupun hanya jemari
yang menjadi alat penyambung silaturahim. Perkenalan dialam maya ini sebenarnya
ada yang benar-benar ikhlas ingin menjalinkan ikatan ukhwah dan ada juga yang sebaliknya.
Jika ikhlas dan niat yang betul dalam
sesuatu perbuatan yang kita lakukan, In Sha Allah balasannya juga pasti baik
yang memberi keuntungan. Perangai Iqa pelik, tetapi dalam kepelikkan ada juga
yang mengikuti langkahnya. Dia seorang
yang suka menyakat orang, bergurau senda dan kadang-kala kesengetan dia juga
sudah melampau batas tapi mampu lagi berfikir dengan rasional. Cinta internet
pada mulanya dia tidak percaya akan hadirnya cinta tanpa ada pertemuan.
Pastinya cinta itu sebenarnya hadir tidak mengira masa , tempat dan keadaan. Apabila
melihat suasana dan telatah kawan-kawan dialam maya kadang-kala mampu merawat masalah
kestressan dalam melakukan kerja harian.Gurau senda bersama rakan walaupun
hanya melalui pembacaan mampu membuat Iqa gelak sorang- sorang dihadapan komputer
riba atau telefon bibitnya. Perkenalan Iqa dengan seorang rakan mayanya telah
merubah segala tanggapannya yang menyatakan “Cinta tidak mungkin hadir tanpa
pertemuan” tetapi apabila dia sendiri mengalaminya baru ianya mengetahui
Penangan Cinta Internet. Terpesona
dengan sikap seorang rakan mayanya yang bernama Arif. Arif seorang yang baik
dan memahami sikap Iqa walaupun hanya dialam maya. Segala masalah
Iqa yang kadang-kala tidak pernah diceritakan pada orang lain tapi Iqa senang berkongsi masalah dengannya.
Semakin lama hubungan yang terjalin antara Iqa dan Arif walaupun hanya dialam
maya tanpa pertemuan , ada satu rasa yang pelik mula menyinggah dihati Iqa.
Pada mulanya hanya membiarkan ianya berlalu dan mungkin satu hari rasa yang ada
itu akan hilang dengan sndirinya. Sebenarnya Iqa juga serba sedikit mengetahui kisah Arif tetapi tidak semuanya. Arif
begitu berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Sehingga kini dia masih
lagi mencari dan terus mencari bintang
yang paling bersinar untuk menyerikan hari-harinya dan bergemelapan pada setiap
malamnya.
Sikap Arif
memang pelik dan sukar untuk difahami dan diselami jiwanya. Iqa merasakan satu
rasa yang terpendam sekian lama semakin diredam semakin rasa itu membuak-buak yang
tidak mampu diluahkan. Dibiarkan terpendam dan direndam. Hanya memerhati
daripada jauh dan cuba memahaminya dalam diam.
Ujian yang Arif berikan setiap kenalannya yang tidak nampak akan
ujiannya pasti akan mengalah dengannya. Iqa hanya mampu melihat dan terus
menyelami jiwa Arif dalam diam. Ada ketikanya Iqa gagal mengawal perasaannya
dan dalam malu-malunya terluah juga rasa sayang yang ada kepada rakan mayanya
itu. Cinta tidak akan wujud andai kedua-dua pihak tidak merasakan hadirnya
cinta itu dimana hanya Iqa seorang yang rasa tapi disebelah pihaknya tidak
merasakannya. Iqa tahu cinta itu tidak mampu dipaksa. Dalam kesedihan dia mempu
tergelak kerana yakin apa yang Allah berikan pada setiap hambanya ada hikmah
yang tersendiri. Terus memahami dan menyelami hati mahkota pujaannya walaupun
dia yakin mahkota pujaannya tidak pernah memahami tetap redha atas ketentuan
Ilahi.
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Iqa pasrahkan diri dan redha atas ketentuan Allah.
Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Hanya Allah s.w.t tempat dia mengadu dan
hanya DIA yang mengetahui. Hikmahnya pasti akan diketahui jua. Biarpun
cinta yang ada ini tidak kesampaian, rasa
syukurnya tetap dititipkan kepada DIA
yang telah menentukan kehidupan yang terbaik untuk insan hina seperti dia yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan
pun. Setiap kelukaan yang dialami ada
penawarnya andai kita kembali padaNya. Setiap kesedihan yang dikurniakan kepada
hambaNya sebenarnya DIA inginkan hambanya merintih padaNya, mengadu segala
padaNya bukan mengunakan alternative lain untuk merawat kesedihan yang ditanggung oleh hambanya. Iqa menyerahkan
dirinya pada Allah dan hanya Allah yang berhak menentu dan mengaturkan aturn
hidupnya. Mungkin cinta didunia Iqa
tidak mampu memiliki Adamnya tetapi akhirat pasti Allah yang lebih
mengetahuinya. Berdoa semoga mahkota pujaannya akan bertemu dengan insan yang
benar-benar menyayangi dirinya dengan setulus hati dan mampu membuka balik hati
yang terkunci untuk berkongsi hati dengan insan tersayang. Cinta tidak harus
memilikki tapi ikatan persahabatan tidak akan putus walaupun gelora badai dan tsunami melanda
dalam ikatan yang terjalin. Tidak perlu manjauh atau menjauhkan diri kerana
menjauh itu ibarat ikatan yang mula terlerai, rapatkan kembali simpulkan tali
ikatan pesahabatan dengan ikatan hingga mati(Jannah). Cinta tidak mampu
memilikki tapi ikatan ukhwah tetap berterusan. Andai jodoh pasti bertemu. Walaupun derita dilalui akhirnya kebahagian
akan dikecapi.