CERPEN : IMAMKU KASIHKU
PENULIS: NURULIZZA HJ AB KARIM
Hujan renyai-renyai di pagi sayyidul ayyam yang indah menemani
perjalanan Malaeka menuju ke destinasi
kerja. Di pagi yang dingin, hati
yang penuh syahdu fikiran melayang seketika memikir sesuatu yang sukar
diluahkan. Biar pun diadukan kepada sesiapa tidak ada sapa yang mengerti apa
yang diingini oleh Malaeka kecuali Allah Swt yang lebih mengetahui. Hanya DIA
tempat memohon hajat dan hanya DIA yang memahami apa yang terbaik buat hambaNya. Kehidupan
hanya ada keluarga tersayang dan sahabat handai tetapi masih belum mempunyai
teman istimewa yang bertakhta dihati. Bukan tiada keinginan untuk dicintai atau
mencintai. Malaeka menyerahkan segalanya pada yang Maha Kuasa. Rupanya ada tetapi masih belum bertemu
imamnya. Jodoh, ajal maut dan rezeki telah ditentukan olehNya sejak di Luh
Mahfuz lagi. Percaya pada takdirNya, In Sha Allah pasti dipermudahkan. Tidak
bertemu didunia mungkin pertemuan nanti dirancang oleh Allah di akhirat nanti.
Kadang –kala bercinta sakan pun tak semestinya berjodoh, tidak pernah berjumpa
atau marah-marah di pertemuan pertama itu kadang-kala jodoh yang Allah telah
takdirkan untuk kita semua. ::Segalanya kuserahkan padaMu andai
dia kau ciptakan untukku permudahkanlah urusan kami jika sebaliknya keredhaan
dan rahmatMu kupohoni::Yang
pastinya setiap makhluk yang Allah ciptakan
itu berpasangan. Tunggu dan tunggu.
Calon Imamku!!
Aku tidak menyapamu bukan kerana aku sombong
Aku tidak menghiraukanmu bukan kerana aku membenci
Aku menjauhimu tidak bermakna aku tidak merindukanmu
Walaupun aku jauh tapi kau selalu ada dalam doaku
Calon Imamku!!
Kumenjauh sebab kita belum dipertemukan lagi
Kelak sampai saatnya yang dijanjikan pasti kuakan hadir
Kita saling dekat dalam setiap isthikarah yang kita lakukan
Kita saling doa-mendoai antara satu sama lain
Calon Imamku!!
Janganlah risau akan diriku disini
Kusentiasa menanti hadirnya dirimu
Seluasnya kasih dan sedalamnya ketulusan akan kubuktikan
Saat kau melafazkan "sakinah" itulah tandanya
Calon Imamku!!
Kita sentiasa dekat melalui Allah
Kita bersatu atas ketentuanNya jua
Janganlah gundah, kita ada DIA tempat untuk mengadu
Kerana Allah pemilik hatiku dan hatimu
Semoga kita akan membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan wa rahmah
Aamiin Ya Rabbal Alamin
Teruskan berdoa, kerana doa adalah kekuatan kita sebagai hambaNya
membuktikkan kekedilannya kita didepan Allah swt yang mana memerlukan diriNya
untuk menyempurnakan hidup kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.Pada suatu
hari tanpa dirancang dan diduga, pertemuan abang kandung Malaeka iaitu Mohsin
dengan kenalan lamanya Badri yang hampir
lima tahun tidak bertemu kini mereka bertemu di
Starbuck selepas Mohsin menghadiri
satu mesyuarat penting syarikatnya bersama pelanggan.
“Assalammualaikum, hai Bad apa khabar? Lama tak dengar cerita
kau.Kerja mana sekarang?” Mohsin dengan perasaan terujanya melihat sahabat
baiknya yang lama terpisah kini tanpa
disangka bertemu kembali. Wajah terperanjat Mohsin kelihatan. Mereka bersalaman
antara satu sama lain sambil mencium pipi tanda kasihnya seorang sahabat kepada
sahabatnya. Mereka saling mengenali
sejak dibangku sekolah menengah lagi sehingga mereka sambung belajar di menara
gading.
“Wasalam, hai Sin. Tak sangka juga kita boleh bertemu disini ye.
Selepas kita sama-sama menamatkan ijazah kita di Universiti dulu kan
masing-masing sibuk dengan kerjaya. Aku macam biasalah lah Sin kerja dengan
ayah aku. Siapa lagilah kan dia nak harap uruskan perniagaan dia kalau bukan
aku yang anak tunggal dia ini”.
Senyum simpul terukir diwajah Badri. Badri ini wajahnya boleh tahan.
Kulitnya putih bercermin mata. Selepas
pertemuan itu, mereka bertukar nombor telefon dan hubungan mereka kembali erat
seperti dulu. Umur Badri 34 tahun tetapi masih bujang. Terlintas difikiran
Mohsin ingin cuba-cuba menjodohkan sahabat baiknya itu dengan adik perempuanya
yang juga solo sehingga hari ini walaupun usia sudah menjangkau 31 tahun. ::Cintaku
hanya melalui hati yang berbicara bukan bibir yang mengungkapkan, jika hati kau dan hatiku bersatu mungkin kau
turut merasakan apa yang aku rasakan kerna kita berkongsi satu rasa yang
sama yang mana hati kita tidak pernah menipu daripada bibir
yang selalu berdusta:: Sepatutnya dengan umur sebaya adiknya harusnya
sudah mempunyai keluarga sendiri. Adiknya tidak memilih rupa atau harta tapi
Allah belum menemukannya dengan seorang imam yang sesuai untuk membimbing
satu-satunya adik perempuan yang dia ada.
“Malaeka, sini sekejap! Abang ada perkara nak bincang dengan awak
malam ini. Abang harap awak sudi temankan abang malam ini. Lagipun kita dah
lama tak berborak kosong. Asyik-asyik kita terlalu sibuk dengan urusan
masing-masing walaupun kita duduk serumah”.Mohsin memulakan langkah untuk
berbual dengan adiknya pada malam itu. Kesempatan yang ada digunakan dengan
sebaik mungkin. Mana lah tahu kalau niat baiknya ini dimakbulkan oleh Allah
swt. Malaeka menghampiri abangnya.
“Eka ada je abang!. Abang tu yang sibuk sangat dengan kerja. Abang
panggil Eka ni mesti ada sebab kan. Tengok dari riak muka abang pun Eka dah
tahu. Kalau tak ada hal penting tak adalah wajah abang tu nampak ketara
keterujaannya”. Mohsin tersenyum. Apa yang dikata adiknya tepat sekali.
Seolah-olah adiknya dapat membaca buah fikirannya. ::Gerakan Al Qalb itu kadang-kala
benar kadang-kala sebaliknya. Tidak semua orang dianugerahkanNya. Jika
dikurniakan itulah kelebihan diri kita ::
“ Eka dah mempunyai teman istimewa?”
“Napa abang tanya soalan itu pada Eka malam ini?”
“Tak ada lah ,sepanjang abang
tinggal dan masih hidup hari ini abang tak pernah lihat Eka bawa
mana-mana lelaki jumpa ayah dan mama atau keluar dengan mana-mana keturunan
Adam yang abang perhatikanlah”.
Malaeka malu-malu sambil tersenyum. Terserlah lesung pipitnya yang
dalam dikedua-kedua belah pipinya yang putih melepak. “Abang ni dah tak ada
kerja lain lah tu asyik memerhatikan Eka saja. Abang ni pun satu macam mana
abang nak lihat adik abang ni seperti yang abang katakan itu, sebab adik abang
ni setakat hari ini tak ada sapa yang sudi nak jadikan Eka ni makmum mereka”.
Dengan nada selorohnya Eka menjawab pertanyaan abangnya itu.
“Kalau macam itu kata awak, abang ada
satu cadangan yang yang abang nak cadangkan pada Eka ini. Sahabat
abang yang namanya Badri Fathul
Hakimi hari tu masa abang jumpa dia
dekat Starbuck pun belum ada teman istimewa dan dia sarankan abang mencari
makmumnya. Dia kata dia tak kisah siapa
pun janji orang yang abang sarankan itu
ada keimanan didada dan yang penting ikhlas menerima dia seadanya kerana
Allah. Kalau Eka tak keberatanlah kan, abang ingin sarankan awak tu sebagai
pilihan abang. Lagipun Badri ini pun baik orangnya. Abang dah kenal lama dengannya”. Begitu semangatnya Mohsin mempromosikan
sahabatnya itu kepada adiknya.
“Ish ish abang ini, ada pula Eka yang abang jadikan calon pilihan ya untuk dijadikan makmun sahabat abang tu?”
“Ala adik ni. Setakat ni yang abang nampak awaklah pasangan yang
sesuai. Lagipun awak tu tak ada sapa lagi kan yang nak dijadikan calon imam.
Sesuailah tu. Badri tu pun solo, tambahan awak bukannya tidak kenal dia.
Dulukan masa abang masih belajar kat Universiti, Badri kan selalu datang rumah
kita menginap dan awak pun kenal dia. Pernah bermesra. Pada pandangan abang tak
jadi masalah rasanya”.
“Memang tak jadi masalah abang. Itu kami bermesra masa zaman hingusan
lagi. Sekarang ni kami dah sama-sama dewasa pun abang”.
“Sama-sama dewasalah tu, abang nak awak tu dijodohkan dengan dia jika
itu takdirNya. Abang rasa Badri tu sesuai untuk awak. Abang kenal Badri sebab
tu abang sarankan pada awak”.
“Abang, jodoh pertemuan ajal maut itu ditanganNya.Jika Eka tercipta
untuknya, Eka terima segalanya. Hanya
Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba yang hina seperti Eka
ini. Jika abang rasa dia sesuai menjadi
imam Eka dan juga adik ipar abang, abang aturkan saja pertemuan kami nanti”.
Eka menerima saja apa yang terbaik untuk dirinya. Lagipun Badri itu boleh tahan
orannya. Tampan dan warak orangnya. Memang sesuai menjadi imam kepada gadis
seperti Nur Malaeka Jannahtul Iman.
Selepas mereka berborak adik beradik, selang seminggu daripada
perbincangan mereka Eka dan abangnya tidak lagi membicarakan hal itu. Mereka
sibuk dengan tugasan masing-masing. Malah mereka jarang bertemu walaupun duduk dalam satu rumah. ::Kusentiasa
menyayangimu dalam sujudku dan merinduimu dalam doaku agar kau bisa
merasakan kasih dan sayangku hanya untukmu:: Selepas kejadian itu juga,
Eka kerap melakukan solat isthikarah untuk minta petunjuk daripada yang Maha
Esa. Malah dia juga kerap mendengar lagu
kegemarannya iaitu Untukmu Imamku yang dinyanyikan oleh penyanyi muslimah
daripada Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi.
Terlintas tanya hati
Siapakah yang akan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang akan membawa kesyurga
Dia yang mencintaiku
Dan semua kekurangkanku
Dia akan membimbingku didunia
Menuju cinta yang kuasa
Untukmu Imamku
Kuserahkan segala cintaku
Cinta yang akan menuntunku
Mengapai cintaNya bersama denganmu
Untukmu Imamku
Kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu
Bait-bait indah lagu Oki Setiana Dewi ini merupakan bait yang indah
kalau dihayati oleh semua wanita seperti Nur Malaeka Jannahtul Iman. Jiwa
keawan-awangan apabila mendengar lagu ini. Seolah-olah Malaeka berangankan
Imamnya. Malam-malamnya juga kadang-kala berangankan Putera Impian mendampingi
dirinya dan memberikan kasih sayang sepenuhnya dengan keikhlasan kerana Allah.
Malaeka akan menghambakan dirinya dengan kerelaan hatinya kerana Allah untuk menuju
syurga bersama Imamnya dan melayari bahtera kehidupan sebagai suami isteri yang
diredhai oleh Allah. :: Imamku!! kutahu kau ada. Kau menanti
hadirnya makmummu, menyapa hatimu lalu kau mengajaknya bersama-sama memakmumkan
solat yang diimamkan olehmu untuk bersama mengapai syurgaNya:: Begitu besar angan-angannya. Sehingga kini
masih menunggu dan menunggu imamnya untuk mengimamkan solatnya dan dia sebagai
makmum. ::"Imamku" hadirmu kutunggu dalam kesabaran.Kukasih akan kekurangan dan kelebihanmu untuk kita terus
menikmati kasihNya:: Doanya tidak pernah diputuskan untuk dia terus
bertemu dengan imamnya satu hari nanti yang telah direncanakan olehNya. Dalam
masa yang sama juga. Nur Malaeka Jannahtul Iman telah pun berhubung dengan
Badri Fathul Hakimi melalui telefon. ::"Bakal imamku" kutunggu hadirmu
menyapa kasihku lalu menuntun aku ke syurgaNya mengabdikan diri
hanya untukNya dan dirimu:: Mereka nampak ada keserasian walaupun
masing-masing mempunyai sifat malu. Setakat ini mereka hanya menjalankan sesi suai
kenal itu pun melalui telefon sebagai alat perhubungan. Mereka dekat tetapi
jauh. Mereka tidak pernah keluar sama seperti pasangan yang sedang hangat
bercinta. Mereka menyerahkan segalanya
kepada Allah yang Maha Esa untuk mentadbir kehidupan mereka dan hanya DIA yang
berhak menentukkan segalanya. Jika ditakdirkan mereka menjadi pasangan suami
isteri yang sah, mereka akan saling cinta-mencintai selepas Nur Malaeka
Jannahtul Iman jadi pasangan yang halal kepada Badri Fathul Hakimi. Itu janji
mereka berdua. Jika sebaliknya, perancangan yang telah ditetapkan olehNya mereka tetap berkawan dan redha atas ketentuanNya.
“Assalammualaikum Sin. Bila kau ada masa ye untuk kita bertemu?”
“Waalaikumusalam Bad. Aku bila-bila masa saja. Napa? Ini kalau tak ada
hal mustahak yang nak dibincangkan, jangan haraplah kau nak jumpa aku kan. Kau
tu sekarang sibuk memanjang je. Bila kau nak jumpa aku ni?” Kegirangan Sin
dapat dirasai oleh Bad melalui nada suara yang didengarinya.
“Kau ni Sin macam bomoh pulakan tahu-tahu je aku nak jumpa kau ada
sebab. Kalau boleh petang ini aku nak jumpa kau tempat biasa ye.
Waktu lunch tau. Boleh aku belanja kau makan sekali”.
“Ok. Tunggu aku tau! Selepas mesyuarat nanti aku datang” Balas Mohsin.
Selepas menelefon Badri sahabatnya itu merangkap bakal abang iparnya
nanti, dia berangan seketika. Dalam tidak kesedarannya, hatinya mula terbuka
untuk terus berhubung dengan Nur Malaeka
Jannahtul Iman. Gelak ketawa, gurauan mesra mereka tetap nampak serasi walaupun
belum ada pertemuan antara matanya dengan mata Malaeka. Hari-hari yang dilalui
indah bagaikan dunia miliknya. Sukar dilafaz dengan kata-kata. ::Cintaku
bersemi dihatimu bukan dibibirmu yang selalu mengungkapkan "aku rindu padamu,aku cintakan
dirimu" hanya sedap didengari dijiwa tetapi hati tersakiti. Pendustaan kata tidak mampu menangani hati
yang berbicara. Hanya merasakannya dan bukan
sering didendangkannya:: Sepanjang perkenalan dan perhubungan dia
dengan Malaeka tidak pernah sesekali dia atau dipihak sebelah meluahkan
kata-kata sayang, cinta atau rindu.
Mereka hanya berbual biasa dan menceritakan perkembangan diri masing-masing.
Badri merancang struktur-struktur ayat yang akan dia luahkan dihadapan
sahabatnya itu melamar adik sahabatnya sebagai makmumnya.
“Sin, apa pandangan kau kalau aku jadi adik ipar kau?”
“Bad, aku terima seadanya kalau itu yang telah dijanjikan olehNya. Aku
manusia Bad. Aku tidak berhak menentukannya. Lagipun aku yang menyarankan adik
aku kepada kau. Itu hak kau untuk menentukan sepenuhnya kehidupan kau. Kalau
kau sudi menerima adik aku sebagai makmum kau, aku selaku abangnya lagi lah
setuju. Janji kau ikhlas menyayangi adik aku tu. Kau dah berbincang ke dengan
dia?”
“Aku belum cakap apa-apa lagi tentang perkara ini kepada dia. Aku malu
lah Sin. Walaupun aku selalu hubunginya boleh dikatakan setiap hari sehingga 6
jam kami bergayut tapi tidak pernah
terluah hasrat aku ini. Ini yang aku nak minta pandangan kau terlebih dulu.
Jika kau setuju, selepas ini aku akan bagi tahu dia”.
“Kau biar betul! Aku ingatkan kau dah utarakan usul ni kepadanya. Kau
dan dia kalau berbual tak akan tak pernah selitkan soal hati dan perasaan
korang? Bergayut sampai pukul 5.00 pagi, tapi kosong. Nak tergelak aku rasa.
Mungkin ini cara korang menyemai kasih dalam diam”
Selepas pertemuan itu, Mohsin memberitahu hal ini kepada yang empunya
diri. Malaeka dalam diam juga menyemai rasa yang sama seperti bakal imamnya
juga. Seminya kasih mereka walaupun
tiada pertemuan, benih cinta tetap mekar mewangi dihati masing-masing. Tanpa
luahan antara mereka, kasih tetap tumbuh melalui gerakkan hati yang berbicara.
Niat Badri Fathul juga telah disuarakan
kepada kedua ibubapanya, bakal ayah dan mama mertuanya dan tak lupa juga bakal
calon makmunnya yang semakin bertakhta dihatinya dan semakin hari semakin
mekarnya kasih mereka bersulamkan cinta kerna Allah. Badrul dan Malaeka hanya
bertemu sekali saja itu pun kerana ingin
menghadiri Kursus Pra Perkahwinan yang akan dihadiri dan wajib kepada semua pasangan
yang ingin melangsungkan perkahwinan.
“ Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Pra Perkahwinan kita. Abang
harap lepas ini kita praktikkan apa yang kita perolehi daripada kursus yang kita ikuti ini. Abang
tak menjanjikan kekayaan dan kesenangan untuk Malaeka tetapi apa yang abang
ingin lakukan ingin menjadi imammu didunia dan akhirat dan mampu
membimbing diri Eka ke jannahNya. In Sha Allah. Itu janji abang kepada Eka”.
“Abang, Eka tak minta kesenangan atau kekayaan abang. Cukuplah diri abang yang Allah kurniakan kepada Eka
untuk terus membimbing Eka ke jannahNya. Menyayangi Eka bukan kerana rupa atau
harta. Cukuplah keikhlasan abang menerima Eka kerana Allah. Mencintai Eka setulus hati abang dan juga
kerana Allah”.
“Eka, ini adalah pertemuan pertama dan terakhir kita sebelum kita
bergelar suami dan isteri. Lagi sebulan
daripada tarikh ini kita akan bersatu dalam satu kalimah dan akan didengari
oleh semua orang dan janji yang akan abang lafazkan dihadapan ayah Eka nanti. Abang harap Eka
sabar menanti saat itu”.
Selepas pertemuan pertama dan terakhir mereka sebelum bergelar suami
isteri , hidup kedua bakal mempelai saling merindu antara satu sama lain. Hanya
telefon sekali lagi sebagai alat perhubungan mereka. Eka teruskan kehidupan dan dalam masa yang
sama menghitung hari untuk disatukan dengan imamnya.
::Menanti Sakinahmu::
Sayang!!
Kucuba memahamimu
Kuterus menyayangimu
Mencintaimu setulus hatiku
Sayang!!
Dalam diam ada rindu
Dalam diam ada sendu
Dalam terang ada pilu
Sayang!!
Lafaz "sayang" tidak kedengaran
Lafaz "rindu" tidak diluahkan
Tapi ianya tetap dalam ingatan
Sayang!!
Walaupun kita dekat
Tapi kita tidak terikat
Jiwa kita mendekat, hati kita terpikat
Sayang!!
Kuterima dirimu seadanya
Kekuranganku adalah kesempurnaanmu
Kesempurnaanku adalah kekuranganmu
Sayang!!
Mencintaimu adalah anugerahNya
Menyayangimu dalam mencari redhaNya
Andai ditakdirkan kita tetap bersama
Sayang!!
Cinta kita mungkin berbeza
Tiada pertemuan tapi saling menyinta
"Lafaz Sakinah" itulah tandanya
Bila ilham datang menjengah jiwa dimana saat kerinduan dihati mula
menyapa jasadnya, tanpa disedari dia akan menari-narikan jari-jemarinya untuk
terus meluahkan apa yang terpendam dihatinya melalui puisi yang terhasil. ::Tidak
tersentuh jasad namun menyapamu dalam doa, seperti mentari yang jauh tetap
menyinari bunga lalu ianya tetap tumbuh mekar penyeri alam:: Makin hari
makin dekat debaran yang dirasai oleh mereka. ::Kulabuhkan rinduku
melaluiNya,daripadaNya kau akan melayari rinduku disaat hatimu mula berbicara::
Badri Fathul Hakimi juga macam dilanda keangauan dijiwa kerana mereka ditegah
untuk tidak memperdengarkan alunan suara masing-masing untuk menambahkan lagi
kerinduan dan kecintaan bakal mempelai itu.
Mereka hanya dibenarkan bersms saja sepanjang dua minggu sebelum majlis
mereka berlangsung.
“Assalammualaikum Eka. Eka apa khabar? Bagaimana dengan persiapan
majlis kita disana?”Sms yang dikirimkan oleh Badri kepada bakal makmumnya.
“Wasalam abang. Alhamdulillah sihat seadanya. Menjelang dua minggu
lagi hari pernikahan kita nanti banyak juga persiapan yang telah Eka dan
keluarga siapkan”Kiriman Badri dibalas oleh Malaeka
:: Terbanglah bersama rindu yang mengebu agar kau bisa merasakan
keasyikkan mencintaiku,dalam Al-Qalbmu hanya namaku yang terpahat disitu.Badri
Fathul Hakimi tersenyum membaca kiriman sms yang dihantar oleh bakal makmumnya
itu. Hanya Allah yang tahu betapa cinta dan kasihnya dia kepada Nur Malaeka
Jannahtul Iman walaupun pertemuan ini hanya sekali tetapi Allah hadirkan
Malaeka sebagai bidadari untuk mendampinginya. Hari yang dinanti telah pun
tiba. Pejam celik hari ini tiba lah saatnya hari penyatuan dua insan menyatu
dalam satu majlis yang sederhana yang dihadiri oleh saudara-mara dan rakan
taulan. Badri Fathul Hakimi berasa berdebar-debar menanti saat ucapan ijab dan qabul
berlangsung selepas asar nanti. Begitu besarnya harapan yang diharap oleh Nur
Malaeka Jannahtul Iman melalui sms puisi
yang dikirimkan olehnya kepada bakal imamnya.
:: Imamku Kasihku::
Imamku
Kasihku hanya untukmu
Cintaku hanya kau yang tahu
Rinduku hanya untukmu Imamku
Imamku
Aku ingin menjadi penyejuk hatimu
Penajam fikiran kala pilumu
Kau buntu, akulah penunjuk jalanmu
Imamku
Ketika kuterlupa,kaulah pengingatku
Ketika kumenangis kaulah tawaku
Ketika kugelisah kaulah penghiburku
Imamku
Pertemuan kita, rencanaNya
Menyatukan kasih kita, takdirNya
Tiada kata yang ingin dikata
Kasihlah aku keranaNya
Imamku
Suka dan duka kita kongsi bersama
Silapmu silapku,itulah bahagia kita
Tangis dan tawa kita yang rasa
Hanya kau dan aku yang tahu segalanya
Imamku
Kau insan teristimewa
Dulu,kini dan selamanya
Kuterima segalanya
Kuharap kita saling cinta dalam mencari redhaNya...
“ Assalammualaikum Eka. Abang rasa takut pula,maklumlah petang ini kita akan disatukan. Abang jadi
imammu dan dirimu makmum abang yang sah. Setelah membaca Eka punya puisi tadi
hati abang tetiba menangis tanpa suara.
Mungkin tangisan tanda kegembiraan selama 34 tahun abang hidup hari ini baru
abang dipertemukan dengan pendamping halal abang”
“Waalaikummusalam abang. Hai dah nak jadi hak abang pun sempat lagi ya
hantar sms dekat Eka. Abang,terima kasih sebab sudi memilih Eka yang tak
seberapa ini untuk jadi pendamping abang dunia dan akhirat”.
Eka membalas sms yang diterima olehnya daripada Badri sambil tersenyum dihadapan cermin soleknya. Tema
majlis kahwinnya ialah warna pink purple. Baju nikah sedondon yang dipakai oleh
mereka ialah warna pink kesukaan Eka. Menyerlahkan lagi keayuaan Nur Malaeka Jannahtul Iman pada hari
yang penuh sejarah itu. Mereka dinikahkan
sendiri oleh ayah Eka.
“Badri Fathul Hakimi Bin Syukri. Saya nikahkah dikau dengan Puteriku
Nur Malaeka Jannahtul Iman Bin Malek dengan mas kahwinnya sebanyak RM250 tunai”.
“Saya terima nikahnya Nur Malaeka Jannahtul Iman Bin Malek dengan mas
kahwinnya sebanyak RM250 tunai“.
Dengan sekali lafaz saja
Nur Malaeka Jannahtul Iman telah menjadi
milik sah kepada seorang suami yang bernama Badri Fathul Hakimi Bin Syukri dan
sekaligus sudah bertukar status daripada Cik kepada Puan. Airmata Malaeka
mengalir saat ucapan ijab dan qabul diperdengarkan sebentar tadi. Dalam usia
menjangkau 31 tahun baru dia betemu dengan imamnya. Rupanya imamnya dekat saja
selama ini, cuma tidak ditakdirkan bertemu lagi. Inilah perancangan Allah yang
kita tidak tahu.Sahabat kepada abangnya
Mohsin itulah imam dan kasihnya.Sebelum acara pembatalan air
sembahyang dilakukan. Badri solat sunat
syukur 2 rakaat sebagai tanda kesyukurannya kepada Allah yang mana selama ini
doa yang diminta oleh mereka dengan senang dipermudahkan oleh Allah swt. Selesai
saja solat, Badri menghampiri Malaeka untuk upacara pembatallan air sembahnyang.
Malaeka menyalami suaminya. Badri menyarung seutas rantai di leher dan jam tangan dipakaikan olehnya di tangan
kanan isteri tercinta. Badri mengucup dahi isteri tercinta buat kali pertamanya. Semasa acara salam menyalam mereka, Badri
dapat merasakan kesejukkan suhu tangan isterinya dan juga terdengar debaran
jantung isterinya berdenyut dengan lajunya. Ini kerana ,ini adalah kali pertama
mereka bersentuhan selepas mereka menjadi halal antara satu sama lain. ::
Sentuhan halalku hanya untuk “malaekaku”::
Selepas itu pengantin diarah untuk salam-menyalami keluarga kedua belah pihak
tanda memohon restu perhubungan. Acara pada malamnya, majlis malam berinai
diadakan dan pada hari esok majlis bersanding pula diadakan. Walaupun penat
dengan majlis walimatulurus mereka, mereka tetap mengukirkan senyuman yang
menawan untuk para tetamu yang hadir pada hari itu. Senyuman terus terukir
dihati masing-masing, saat bahagia kini
telah pun mereka rasai.
Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh pasangan yang sudah bergelar
suami isteri.Dimalam yang dingin, setelah selesainya tugasan pengemasan semula
majlis dilakukan dari petang sehingga menjelang maghrib tiba.Jantung Malaeka
berdenyut kencang , hatinya sering berkata-kata. Darah gemuruhnya mula menghuni
jiwa. Menggigil badan mula dirasai. Perasaan malunya mula menyinggah
dijiwa yang tidak keruan bermula dari semalam semasa majlis ijab dan
kabulnya. Kini apa yang dirasai semalam makin kencang. Dia melihat suaminya
masih rancak berbual bersama sepupunya
yang baru dikenali. Malaeka mengambil keputusan untuk memasuki bilik
pengantinnya yang akan dikongsi bersama suami tercinta. Malaeka menyiapkan
baju,kain dan tuala untuk suaminya dan diletakkan diatas katil cadar warna pinknya. Sebelum
suaminya memasuki bilik lebih baik dia menyiapkan dirinya untuk persediaan
solat maghrib dan isyak pertamanya yang akan diimamkan sendiri oleh
suaminya. Beberapa minit kemudian selepas itu, suaminya melihat pakaiannya
telah pun berada diatas katil mereka. Badri pasti isterinya yang telah menyiapkan
segala kelengkapan untuk mereka solat berjemaah. Malaeka keluar dari bilik air
dengan sepasang baju kurung biru beserta tudung biru yang siap dipakai olehnya
sebelum keluar dari bilik air. Badri terpegun dan tetiba rasa satu perasaan
yang tidak pernah dialami olehnya sebelum ini. Terkelu lidah untuk berkata-kata.
Memang lain sangat rasa yang dirasai
sebelum bergelar seorang suami kepada Nur Malaeka Jannahtul Iman Binti malek.
“ Eh abang, bila abang masuk ni? Sorilah lah tadi Eka tak panggil
abang. Eka tengok abang rancak berborak
dengan sepupu kita. Tu yang Eka naik atas siapkan diri untuk solat. Abang! cepatlah mandi. Sekejap lagi nak masuk waktu maghrib nie. Badri terleka
mendengar alunan suara manja isteri tercintanya.
“ Tak apa sayang. Abang faham. Sayang jangan lah risau ya. Abang tak
akan sesekali memarahi sayang isteri yang paling abang sayang dunia dan akhirat
abang ini. Sayang , tunggu jap ye abang nak mandi lepas tu kita solat berjemaah
ya. Abang Imam, sayang makmun. (Sambil mata Badri dikenyitkan olehnya tanda
ingin menggoda isterinya)”.
Sebenarnya Badri pun tidak tahu kenapa dia melakukan perkara demikian
kepada isterinya. Pada mulanya dia malu untuk berdua-duaan bersama dengan
isterinya tetapi setelah berada berdua-duaan lain pula jadinya. Begitu indahnya
bercinta selepas nikah. Kini kebahagian dan kenikmatan itu dirasai oleh mereka
suami isteri. Hubungan yang halal disisi Allah. Malaeka terperanjat panggilan
yang digunakan oleh suaminya telah bertukar daripada Eka kepada sayang. Didalam
hatinya berkata romentik juga suaminya. Selama ini mereka berbual melalui
telefon tidak pula terkeluarnya panggilan itu, seperti malam ini. Nada yang
dialunkan bunyi macam alunan manja. Malaeka terbuai seketika. Pada malam itu alunan bacaan ayat Al-Quran
diperdengarkan. Sungguh merdu suara Badri Fathul Hakimi mengalunkan bacaan
dalam solat mereka pada malam pertama. Malaeka terkesima. Begitu indahnya
aturan Allah swt untuk dirinya. Dia dipertemukan dengan imam yang begitu
sempurna untuk membimbingnya ke jannahMu. Dahi Malaeka dikucup buat kali kedua
selepas solat isyak. Walaupun masih terasa
malu tapi seronok pula dirasainya, sebab hanya Malaeka saja yang tahu. Setelah selesai mengemas sejadah dan
kelengkapan solat, bahu Malaeka disentuh oleh suaminya lalu suaminya membawa
Malaeka duduk ditepi katil.Jantung mereka berdenyut laju. Hanya mereka yang
merasainya. Badri melawan arus malu bersama nafsu keinginan yang kian memuncak.
Keinginan mengatasi segala sifat malunya.
“ Sayang, sayang kan dah jadi makmum abang. Kenapa tak buka tudung
ini? Sayang malu dengan abang ke? Sayang, antara kita suami isteri tak ada aurat yang ditetapkan oleh Allah. Hak
sayang milik abang, hak abang milik sayang. Kita akan kongsi apa yang kita ada
ini untuk kita nikmati indahnya hidup mendirikan rumah tangga.” Sambil tangan
Badri membuka tudung yang membalut kepala
isterinya. Dia terpegun dengan kecantikkan semula jadi
isterinya.
Allahu Akhbar Subhanallah!Betapa
sempurnanya ciptaan Allah kepada isterinya. Itulah kali pertama dia melihat
isterinya tanpa bertudung. Kulit isterinya yang putih, rambutnya yang panjang
lurus, matanya yang sungguh menawan dan keningnya yang lebat. Dia bersyukur
sangat inilah nikmatnya menanti hadir makmumnya dalam penuh kesabaran dan keikhlasan.
Rupanya, Allah ingin mengurniakan seorang bidadari dunia seperti mana nama yang
dimilikki oleh isterinya Nur Malaeka Jannahtul Iman yang membawa maksud cahaya iman bidadari syurga . Malaeka hanya menundukkan
dirinya saat mata bertentang mata dengan suaminya. Bibir Malaeka tidak mampu
meluahkan kata-kata. Dirinya dibaringkan oleh suaminya di atas katil. Dia melihat
suaminya memadam lampu bilik dan hanya lampu tidur yang bernyala. Dengan suasana
baru yang dirasai olehnya, dia hanya mendiamkan diri dan rela menyerahkan
segalanya dengan ikhlas untuk tatapan suami tercinta. Badri dalam malu-malu ada
keinginan. Malu diketepikan keinginan diutamakan. Malaeka hanya mendengar alunan
doa yang dibaca oleh suaminya. “Dengan nama Allah. Ya Tuhan kami berdua (
suami isteri) jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan serta jauhkan pula
syaitan itu daripada apa saja yang Engkau rezekikan kepada kami”. Malam itu terpatrilah ikatan
mereka sebagai suami isteri yang sah. Imamku kasihku. Semoga jodoh Badri Fathul
Hakimi bersama Nur Malaeka Jannahtul Iman berkekalan hingga Jannah. Setelah setahun
usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang
diberi nama Nur Amani Iman Qaisara Binti Badri Fathul Hakimi.