Welcome

RSS

CERPEN 12 :CINTAKU KERANANYA

Cerpen : Cintaku KeranaNYA
Penulis : Nurulizza Binti Hj Ab. Karim

“Zinnirah, meh kat ibu sayang. Jangan  kacau Ayah!. Jom ikut ibu ye, kita main anak patung frozen yang ayah beli semalam. Ayah tengah buat kerja tu. Nanti ayah babab, ibu tak tahu. Jomlah sayang, cepatlah!”
Zinnirah hanya memerhati. Hanya tersenyum dengan menampakkan giginya yang baru 2 batang tumbuh dibahagian atas. Airil Fatah senyum. Zuriat pertamanya, bukti kasih dan cinta bersama isterinya yang  diberi nama Nurul Zinnirah Binti Airil Fatah  dimana nama tersebut adalah pilihan nama yang dipilih oleh Aliesya Sofea kerana isterinya tertarik dengan kisah seorang muslimah yang bernama Zinnirah masa zaman dahulu seorang wanita yang buta matanya tetapi tetap celik mata hatinya.Ketabahan Zinnirah dalam mempertahankan  agama islam dan keagungan cintanya kepada ALLAH SWT.  

“Abang, meh ler sini!. Zinnirah ni macam abang jugalah. Degilnya!. Dah dua tiga kali sayang panggil, dia buat tak tau je tau”. Dalam hati Aliesya senyum-senyum tanpa diperasan oleh suaminya yang dirinya sendiri pun degil juga. Tak kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa orang tua-tua memang boleh dipakai guna sehingga kini.  “Sayang, cuba lembutkan lagi suara tu bila mengajar anak. Jangan terlalu kasar”.Tegur Airil kepada Aliesya. “Zinnirah sayang, pergi kat ibu ye nak. Ayah nak siapkan kerja. Jap lagi  kita main ye sayang! Zinnirah seakan faham kata-kata ayahnya lalu dia merangkak   kearah ibunya.

Suami hanya melihat tingkahlaku isterinya, Aliesya yang dinikahinya  dua tahun yang lalu. Airil Fatah dalam diam-diam mencintai isterinya semenjak kali pertama mendengar suara. Tingkahlaku Aliesya yang pelik dan senget-senget membuat jiwa lelakinya tertarik. Banyak dugaan yang dihadapi oleh mereka sebelum bergelar suami –isteri yang sah.  Cinta yang mereka perolehi adalah cinta daripada yang Maha Esa. Cinta mereka yang tidak pernah tergugat dengan nafsu tetapi hanya mengharap redha ALLAH SWT untuk merestui perhubungan mereka. Puisi yang ditulis oleh isterinya yang menambat kasih sayangnya kepada Aliesya Sofea.

:: Aku Sayanginya KeranaMU::

Hadirnya tidak kusedari
Dalam diam dia menghampiri
Caranya yang santai
Membuat diriku tidak sunyi
Perkenalanku dengannya bermula dimuka buku
Dimuka buku inilah kami saling-mengenali
Belum lagi bertemu
Kasih kami mula menyatu
Sebelum ini aku temui cinta
Tapi sayang cinta itu hanya sementara
Hanya sekadar persinggahan kata
Yang bukan lahir keranaNYA
Jujur kukatakan aku menyayanginya
Sayang yang hadir dengan rela
Bukan sekadar pura-pura
Inilah nama cinta keranaNYA
Kali pertama mendengar suaranya
Hati dan jiwaku berlagu ria
Kelajuan berkata-kata
Mengalahkan murai yang berkicau ria
Dia yang memahami aku
Macam ada rahsia yang diketahuinya
Setiap kali aku bertanya
Tiada jawapan yang aku temu
Lagu-lagu yang dituju
Menggambarkan perasaannya padaku
Aku juga menyayangi dirimu
Sayang yang ada ini hanya untukmu
Ya ALLAH!!
Andai KAU titipkan dirinya untukku
KAU satukanlah hati kami ini
Berlandaskan cinta keranaMU
KAU satukan kami dalam satu ikatan yang HALAL
Agar kami bersama-sama mengapai SETANGGI SYURGAMU
Ya RABB!!
Hanya kepadaMU aku pohon
KAU yang lebih mengetahui
KAU Yang MAHA AGUNG
KAU Yang mencipta LANGIT dan BUMI
KAU jua yang memakbulkan doa hambaMU
Hanya padaMU kuserahkan segalanya

Airil Fatah, seorang yang pelik dan unik sifatnya yang kadang-kala sukar difahami. Namun demi cinta yang hadir yang bukan dalam keterpaksaan dalam hati Aliesya Sofea, dia tetap bersabar dengan tingkah laku Airil Fatah. Dengan sikap Airil yang sukar difahami, dimengerti dalam tingkah lakunya telah menarik hati Aliesya untuk terus mengenali suaminya dulu dengan cara  tersendiri. Tidak meluahkan rasa cinta dan rindu. Aliesya Sofea malu meluahkan pada Airil Fatah kerana dia merasakan yang suaminya dulu lain daripada lelaki yang dikenali sebelum dia  mengenali Airil. Dalam penulisan Aliesya yang berbunyi :: CINTA TERINDAH apabila dua hamba ALLAH berlainan jantina saling menyayangi, tidak meluahkan rasa RINDU, SAYANG dan CINTA tetapi tetap merasakan rasa yang sama melalui HATI YANG BERBICARA yang hanya difahami oleh mereka.MALU-MALU dalam diam tetap merindu dan hanya DOA kepada Yang MAHA ESA mohon agar rasa yang dirasa ini bertemu dalam RestuNYA dan mengikat tambatan janji dua hati dalam satu ikatan yang HALAL dan buktinya apabila kedengaran LAFAZ SAKINAH dilafazkan:: Mereka juga pernah melafazkan sayang yang mana mereka saling sayang-menyayangi, Cuma yang mereka ingin biarlah kasih sayang yang mereka rasa ini direstui dan diredhai oleh ALLAH SWT. Airil Fatah pernah memberitahu, yang Aliesya telah membuka kunci hatinya untuk memberi hati kepada insan yang bernama hawa. Aliesya rasa bertuah kerana dia telah berjumpa dengan seorang insan yang membuka hatinya kembali untuk mencintai Adam. Dia sedaya upaya menjaga perhubungannya dengan Airil yang tidak ternoda dengan nafsu semata-mata. Dia ingin mencintai Airil Fatah bukan kerana rupa, harta dan kesempurnaan Airil Fatah semata-mata  tetapi ingin mencintai kerana ALLAH SWT. Aliesya Sofea juga ingin dicintai dan saling mencintai seperti Saidatina Fatimah  yang mencintai Saidina Ali cinta suci dalam diam-diam dan ingin jadikan contoh untuknya yang mencintai suaminya dalam diam-diam yang akhirnya ALLAH pertemukan  jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai  secara diam itu sedang berjihad. Berjihad menentang kehendak diri menundukkan nafsu hati. Aliesya Sofea jarang menghantar pesanan ringkas kepada suaminya samaada di telefon, wasap atau muka buku kecuali hal-hal yang benar-benar atau ada perkara yang hendak diceritakan olehnya.

“Abang, termenung jauh nampaknya.Ingat siapalah tu ye? Abang dah siap ke kerja tu? Abang, tolong tengokkan Zinnirah sekejap ye!. Sayang nak masak untuk makan malam ni. Abang nak makan apa malam ni?” sambil bertanya  kepada suaminya sambil memakaikan  Zinnirah pampers.

“Tak ingat sesiapa pun. Abangkan dah ada sayang seorang . Cukuplah!. Mulut sayang yang macam murai berpokpekpokpek pagi petang pun abang dah tak tahan tahu tak. Inikan pula nak ingat orang lain memang abang tak ada masa lah sayang.Sehari tanpa bebelan sayang, membuatkan abang tidak keruanlah, sentiasa gelisah dan resah tanpa aura suara muraimu itu. Kenyaringan berkata-kata walaupun kadang –kala telinga bingit tetapi memikat hati abang terus mencintaimu keranaNya”.

“Amboii, abang ni nak bodek sayang ke ni? Abang jangan nak mengada-ngada ye nak bagi sayang madu pula. Sayang tak nak bermadu walaupun sayang dapat payung emas. Skru gigi abang baru tau! Abang tahu tak, sayang pun sayang sesangat dekat abang walaupun cinta kita dulu pernah terpisah seketika
tetapi jodoh kita tetap kuat dan akhirnya kita bersama kerana takdir daripada yang ESA. Abang nak makan apa malam ni?”.

“Kalau abang nak makan maggie, mesti sayang marah abang kan. Mesti sayang membebel, masa bujang makan maggie tak akan dah ada isteripun makan maggie juga.Hehehe. Abang tak nak kena marah dengan isteri abang yang comel ni. Abang  nak makan  sup sayur, telur dadar dan sambal ikan bilis petai je lah. Lagipun sambal petai sayang tu sedap. Tak ada sapa boleh tangini airtangan sayang abang ni!.

“Ermmmm tau pun kena bebel ye. Abang  tu memang degil dulu-dulu tau. Apa yang ditegah itu yang dia buat. Masa dulu sayang tak boleh nak kawal abang sangat sebab, sayang tak ada kuasa lagi sebab tak ada sijil halal. Sekarang sayang dah ada segala-galanya. Abang tetap milik sayang dunia dan akhirat. In sha ALLAH, tetap setia disisi abang selagi ALLAH mengizinkan kita bersama didunia dan akhirat sayanglah bidadari abang. Impian sayang dari dulu,kini dan selamanya. Abang, jaga Zinnirah sekejap ye. Sayang nak masak. Anak Ibu, duduk dekat ayah dulu ye sayang. “ Aliesya berlalu meninggalkan anak dan ayahnya diruang tamu .

Kisah percintaan yang  penuh dengan dugaan sebelum mereka bergelar suami isteri yang sah. Dugaan yang menimpa kedua-duanya tidak mengugat perasaan sayang walaupun mereka pernah terpisah seketika kerana dugaan dan ujian. Mereka didatangi ujian dengan kedatangan orang ketiga dalam percintaan mereka. Dengan dugaan yang yang datang, telah mematangkan diri masing-masing dalam menempuh kehidupan  dengan penuh kesabaran.

::Nuri::

Sayang!!
Sekarang,cinta kita sedang diuji
Kala ini hatimu dilanda keKELIRUan
Saya faham! dan saya tetap bersama awak
Walaubagaimanapun,tetap mendendangkan lagu keasyikkan kita
Walaupun awak dalam kekeliruan
Saya tetap rasa bahagia bersama awak

Sayang!!
Adakah awak ketika ini meRINDUi saya??
Ingatkah awak kisah semalam yang kita lalui??
Kisah yang kita lalui bersama
Adalah kisah yang terINDAH
Hanya awak dan saya yang merasainya

Sayang!!
Demi cinta antara awak dan saya
Saya akan meleraikan kekeliruan awak
Jika awak berjanji untuk terus bersama saya
Biarpun dugaan berat melanda
Demi CINTA SUCI KITA
Saya tetap harunginya
Untuk kita terus mencari CINTA TERAGUNG
IN SHA ALLAH,atas keYAKINan kita
Kita bisa tembus ,DINDING PINTU SYURGA
Bersamalah kita berDOA

Sayang!!
YAKINlah janji DIA itu pasti
Tiba harinya kita pasti berSAMA
Saya ISTERI awak!!
Awak SUAMI saya!!
Diatas CINTA SUCI ini,kita sentiasa bersama
Saya tahu, mereka mungkin tertanya-tanya
Tapi saya lebih YAKIN ketentuanNYA
Sayang!!
Mereka mungkin ketawa
Mereka mungkin tertanya-tanya
Tetapi mereka tidak merasa
Apa yang kita rasa bersama-sama
YAKINlah JANJI DIA itu BENAR
Tiba harinya, kita pasti bersama
Indahnya , kurniaan yang dianugerahkanNYA
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH,IN SHA ALLAH

Sifat yang ada pada Aliesya Sofea yang kadang-kala mungkin pelik pada pandangan seseorang jika tidak memahami jiwanya. Dia suka berangan-angan dan melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu yang sesuai dengan jiwanya. Dia bukanlah penulis yang terkenal seperti Usman Awang. Dia menulis puisi atau-kata-kata yang lahir daripada hatinya sendiri. Tidak mudah untuk dia menulis tanpa perasaan dan agak sukar untuk dia menulis dalam keterpaksaan. Hasil tulisannya adalah daripada hati yang berbicara.

:: Aku, Kau dan Cinta::

Sayang!!
Saya memang tidak sempurna
Saya akui!!
Awakkan pernah berkata
Pertemuan Adam dan Hawa
Adalah untuk saling melengkapi KESEMPURNAAN
Kita ditakdirkan bertemu
Untuk saling melengkapi
Kerna awaklah PELENGKAP HIDUP SAYA
Sayang!!
Demi janji-janji kita
CINTA SUCI tidak pernah memungkiri janji
JanjiNYA Pasti!!
Tiba harinya, kita akan bersatu
DIA adalah PERENCANA terbaik
KeAJAIBanNYA hanya DIA yang berkuasa
Sayang!!
Tulang rusuk kiri tidak pernah bertukar
Cinta kita melalui HATI YANG BERBICARA
SAYA rasa apa yang AWAK rasa!!
AWAK rasa apa yang SAYA rasa!!
Adakah MEREKA rasa apa yang kita rasa?
Mereka hanya menonton Filem "CINTA SUCI LUAR BIASA"
Walaupun tidak mengetahui apa yang berlaku
Mereka hanya MEMBACA dan MELIHAT
Gelak-gelak tapi tidak tahu kisahnya
Sayang!!
Seberat mana ujian yang kita lalui ini
Untuk kita menggengam SETANGGI SUCI
Saya tahu memang tidak mudah
Atas rahmat dan kekuasaanNYA
JanjiNYA pasti!!
Bila bulan bertemu mentari
Maknanya terdapat rahsiaNYA
Ada hambaNYA yang ingin mencurah kasih
Kasih abadi, kasih murni disebalik cermin mimpi
PELANGI !, PELANGI! PELANGI!
Akhirnya, atas restuNYA
Saya dan AWAK disatukan dalam satu IKATAN SUCI
Saya ISTERI awak!!
Awak SUAMI saya!!
SubhanALLAH, Alhamdulillah. In Shaa ALLAH


Aliesy nekad. Walaupun cinta dia dan Airil Fatah sedang  retak menanti belah. Dia hanya mampu mendiamkan diri. Hanya melihat dan terus berdoa kepada ALLAH.  ::Manusia tidak mampu menghalang dan tidak mampu memutuskan cinta suci yang KAU anugerahkan kepadaku ini hanya untuk bakal suamiku, walaubagaimanapun dugaan yang datang aku lebih yakin janjiMU:: Dia tidak pernah meluahkan apa-apa yang dirasa kepada Airil Fatah. Walaupun dia tahu Airil Fatah masa itu sudah ada penggantinya. Dia tetap berkawan seperti biasa dan tidak pernah memutuskan silaturahim. :: Hilangkan resahmu duhai pemilik hatiku, aku sentiasa ada disisimu. Ingatlah!! kekuasanNYA. JanjiNYA pasti!!. Kau dan aku akan menyatu jua di dalam ikatan yang suci atas nama "Cinta KeranaNYA". Berdoalah selalu duhai pemilik hatiku yang sentiasa aku rindu walaupun jauh dimata namun sentiasa dihatiku ini. Tiba waktunya kau dan aku akan dipertemukan kerana kaulah 'imamku' yang ditakdirkan untuk membimbingku::  Dia yakin. Tidak semua mampu menjadi diri sendiri dan tidak semua boleh meniru gaya dirinya yang bersahaja, yang senget-senget ala-ala murai. Ramai yang cuba meniru gayanya tapi tidak semua yang berjaya menirunya. Jadilah diri sendiri, jujur pada diri. 







:: Aku Tetap Menunggu JanjiNYA::

Awak!!
Majuk ke?
Benci saya ke?
Marah saya ke
Saya tidak kisah!!
Sejauh mana awak menjauh
Sejauh mana awak berlari
Awak pun tahu!!
Andai JODOH kita
PASTI BERTEMU jua
Walaupun saat ini awak mencintai orang lain
Jika dia bukan untuk awak
Dia tetap tidak jadi milik awak
Kalau sebaliknya,kerana DIA yang menentukanNYA
Awak tahu tak!!
Kalau awak merajuk, saya tak pandai pujuk
Memang tak pandai
Saya lebih percaya akan ketentuanNYA
Setebal mana rasa benci awak dengan sikap saya
Segunung mana rasa marah awak pada saya
Andai saya TULANG RUSUK KIRI
Saya akan kembali pada awak!!
Awak!!
Saya lebih yakin akan ketentuanNYA
Saya tidak kisah setebal mana keEGOan
Andai awak TERCIPTA untuk saya
Kita tetap bersama
Jika sebaliknya, ALLAH lebih mengetahuiNYA
Kata-kata ini bukan kata PERMAINAN
Tetapi ini adalah janjiNYA
JODOH kita atas kehendakNYA
Semoga satu hari kita ditakdirkan bersama
Bersama-samalah kita berDOA
CINTA SEJATI, CINTA SUCI dan CINTA HAQIQI
Tetap kita milikki untuk kita temui CINTA TERAGUNG

Aliesya tahu, dulu suaminya memang pernah mengajuk dengannya. Dia tahu semuanya melalui hati yang berbicara. Dia mengaku dia tidak pandai memujuk. Airil Fatah memang orang yang suka memendam perasaan. Aliesya cuba memahaminya. Kalau A keluar daripada mulut Airil Fatah maka tetap A juga jawapannya. Jangan haraplah nak bagi jawapan B. Aliesya malu nak meluahkan perasaan rindu dan sayangnya pada Airil Fatah bukan sebab takut tetapi memang sukar dia melafazkan kata-kata tersebut walaupun hatinya ingin meluahkan. Dia rasa dirinya pelik. Pelik dengan sikapnya sendiri apabila dia bertemu dengan Airil Fatah. Hanya ALLAH tempat dia mencurahkan rasa dan keinginannya.



:: Coretan Isthikarahku::

Aku tidak membencimu
Diamku bukan tanda kumelupakanmu
Tetapi aku ingin memperbaiki diriku
Bukan niat untuk menyakitimu
Tetapi untuk aku mengubah diriku
Menjadi yang sempurna untukmu
Walaupun hakikatnya TIADA INSAN YANG SEMPURNA
Kuhanya memerhati dirimu dari kejauhan
Kupelajari darimu tentang CINTA KERNANYA
Aku cuba kearah itu
Terima kasih kuucapkan
Dengan hadirnya dirimu
Kau telah mengajarku sesuatu yang baru
Jangan mengikut NAFSU!!
Kata-kata yang berhikmah darimu
Aku memahaminya
Lantas, aku ingin membuktikannya
In Shaa ALLAH, aku mampu laluinya
Kadang -kala juga
Aku tertanya-tanya!!
Dimanakah perginya sifatmu yang dulu?
Aku merindui sifatmu itu
Saat ini aku pendamkan segala rasaku
Aku tahu, JODOH ITU PASTI BERTEMU
Jika kau TERCIPTA UNTUKKU
Akan kuluahkan jua
Disaat kau melafazkan LAFAZ SAKINAH
CINTA itu anugerahNYA
Rasa yang INDAH kurniaanNYA
Cinta keranaNYA tidak akan melalaikan
Semoga kau dan aku akan dipertemukan
Dalam ikatan yang HALAL
Untuk kita terus mencari redhaNYA

Penulisan Aliesya Sofea adalah tulisan yang dihasilkan daripada angan-angannya sendiri. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya suka sangat berangan-angan yang tidak pasti.  Puisi-puisi yang terhasil daripada jari-jemarinya adalah puisi yang ditaip mengikut nalurinya. Tidak mudah untuk dia menipu dirinya sendiri dan tidak mudah untuk dia membohongi hati dan jiwanya. Dia bukanlah seorang penulis puisi yang ayat-ayatnya puitis  tetapi hanya sekadar suka-suka menulis atau lebih difahami oleh dirinya sendiri dengan kata-kata bermain dengan ayat.  Lagu Hijjaz- Permaisuri Hatiku menjadi kekuatan dan semangat  pada Aliesya suatu ketika dulu dimana dia terpisah  perhubungan seketika bersama Airil Fatah kerana lagu tersebut pernah dihantar oleh suaminya di pesanan ringkas muka buku. Bila dia dengar lagu tersebut dia yakin janji ALLAH itu pasti. Dia tahu saat itu dia hanyalah keseorangan meniti hari tanpa Airil Fatah. Airil Fatah ketika itu sedang bersama dengan kekasihnya. Aliesya Sofea tidak pernah marah dan berdendam. ::Atas kurniaan CINTA yang dianugerahkan ini, dengan kasih sayang keranaMU akan kugagahi jua jiwa yang kerdil dan rapuh ini untuk kutemui CINTA SEJATI yang dianugerahkan kepada kita untuk sama-sama kita perolehi CINTA HAQIQI:: Rasullullah SAW  bersabda yang bermaksud “Kasihanilah mereka yang berada dibumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal dilangit”. Dalam riwayat Al- Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda yang bermaksud “ Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak disayangi”

“Abang, jomlah makan. Sayang dah siap masak ni. Zinnirah tengah buat apa tu? Meh sini, sayang pegang dia”.

Walaupun Aliesya tahu ,  pekerjaan surirumah tidak mudah menjadi seorang isteri yang solehah dan seorang ibu yang mithali kalau tiada keimanan dijiwa. Perlukan kesabaran dalam menangani dugaan dan ujian dalam   meniti liku-liku kehidupan. Dengan kesabaran suaminya dan juga dirinya, dengan rasa rendah diri  dia bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah memperkenankan doanya selama ini. Ingin menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang mencintainya kerana cintanya bersama suami adalah cinta keranaNYA. ::CINTA SUCI untuk yang MAHA ESA,tiada maknanya disebalik maksud CINTA MURNI andai kata-kata sering didustai. CINTA SEJATI tidak pernah memungkiri janji dan tetap setia pada yang satu yang dititipkan oleh ALLAH untuk terus saling sayang - menyayangi antara satu sama lain::
Beberapa minit kemudian,Airil Fatah tiba diruang makan dirumah mereka bersama dengan cahaya mata mereka yang pertama.

“Sedapnya bau! Pandainya isteri abang ni masak. Tak rugi juga ye hantaran yang abang bagi  dua tahun yang lalu.Tetiba teringat pula kenangan lalu lah sayang. Merajuk abang, diamnya diri sayang masa tu inilah hasilnya”.

“Elessss, abang tu memang suka merajuk tau tak!. Sayang faham cuma sayang tak pandai nak pujuk abang. Abang tu dulu angin tak menentu., dengan sayang abang macam singa ler. Tu yang sayang hanya memerhati abang wlaupun masa tu kita belum bertemu. Abang ni, jangan lah berdiri cegat kat meja tu. Duduklah! Meh sini, sayang pangku  Zinnirah.”

Airil Fatah duduk diatas kerusi setelah ditegur oleh isteri tercinta dan menyerahkan Zinnirah kepada ibunya. Nurul Zinnirah Binti  Airil Fatah dilahirkan di Kuala Lumpur tanggal 23 September. Anak mereka mirip muka Airil Fatah  dan kulitnya ikut kulit ibunya putih tetapi hidung mancung macam ayahnya.  Tak  sangka yang anak mereka lahir sama dengan tarikh ibunya dilahirkan iaitu pada 23 April dan anak mereka pada 23 September. Airil  Fatah dinikahkan oleh ayah mertua pada tarikh kelahiran isteri  tercinta iaitu 23 April. Tarikh yang dipilih oleh mereka. Katanya senang nak ingat hari lahir isteri dan dalam masa yang sama tarikh mereka disatukan dengan ikatan yang suci.  Anugerah terindah daripada ALLAH SWT tanda cinta suci mereka yang  mencintai ALLAH dan juga Rasul.  Dengan mencintai ALLAH dan Rasullullah jiwa kita sebagai seorang muslimin dan muslimat akan merasa tenang dan bukti ketaqwaan kita sebagai hambaNYA yang kedil yang sentiasa memerlukan pertolongan dan sentiasa mengingatiNYA dalam keadaan susah dan senang. Dalam doa Aliesya selalu memohon pada ALLAH agar di dipertemukan dengan seorang pendamping halal (suami) yang mencintainya kerana cinta kepada ALLAH dan Rasul . :: KeSABARan dan REDHA atas ketentuanNYA membawa diri kita ke syurgaNYA:: Doa yang sering dibaca oleh Aliesya selepas solat berbunyi “ Ya ALLAH, Ya Tuhanku,kurniakan aku seorang suami yang mencintai aku kerana cintanya dia kepadaMU dan juga Rasullullah yang sentiasa mengerjakan amal soleh yang diperintahkan olehMU. Seorang suami yang mencintai daku kerana kekuranganku, malah mencintai daku setulus hatinya bukan kerana keterpaksaan. Dia yang meminangku dan mengahwiniku keranaMU,dan jadikanlah  dia sahabatku didunia dan diakhirat. Ya RABB, setelah kau pertemukan kami, jangan KAU palingkan kami kepada yang lain. Hanya kepadaMU daku bermohon,satukanlah hatiku dengan hatinya dengan ikatan yang suci yang diredhai olehMU untuk sama-sama  kami mengapai Syurga FirdausiMU dan bimbinglah kami  kejalan yang lurus untuk kami membina sebuah mahligai suci dalam menuju keluarga sakinah,mawaddah wa rahmah”. :: Kebarangkalian CINTA itu mungkin LARA,tetapi yang pastinya JODOH itulah keBAHAGIAan. Jangan mudah meLAFAZkan cinta jika tiada IKATan HALAL:: ::CINTAilah HATI kerana dengan mencintai hati,kebahagian milik kita. Cintailah dengan setulus hati untuk kita besama-sama dalam redhaNYA "CINTA HATI" itu tidak mampu kita menDUSTAkan::
C-Cinta
I-ILAHI
N-'NAFF'
T-Tenang
A- Abadi
H- Hanya
A- ALLAH
T-Tahu
I- Isinya

“Kalau macam ni lah sayang abang masak, mau juga ni badan abang gemuk. 2 tahun kita kahwin berat abang dah naik 10 kg  tau tak? Dulu, masa bujang abang kurus,kiut miut je orangnya. Waduh, lepas ni abang tak leh nak bangga dirilah nampaknya sebab badan abang tak kiut macam dulu dah. Abang dulukan jadi rebutan para wanita. Akhirnya, abang pilih sayang yang comel ni macam teddy bear jadi permaisuri hati”.

“Amboiii! Perasanlah tu. Bangga ye dengan diri abang yang kiut-miut tu. Elesss, sayang tau lah sayang ni tembam macam teddy bear tapi ada juga orang sayang kan kan. Abang tu, doraemon tahu tak? Jangan  tak ingat pula ye!! ( Sambil jelir lidah dekat suaminya) Itulah kehidupan mereka selepas mereka bersatu sebagai suami isteri. Ada saja idea Airil Fatah untuk menyakat isterinya. Aliesya Sofea pun sama, sama saja dengan suaminya saling sakat-menyakat antara satu sama lain. Tidak kira dimana mereka berada kalau datang angin menyakat tidak mampu ditahan-tahan lagi. ::SeBARIS ayat berSEMInya KASIH, berjeler-jeler ayat NASIHAT terlahirnya SAYANG. Seindah bahasa meLAHIRkan CINTA yang tulus IKHLAS hanya untukmu::

“Sayang, sayang jangan lupa pula yang sayang tu pun doraemon! Jangan kata abang sorang je. Kita sama-sama doraemon. Kena ingat tu, kerana ejekan kitalah tu bersemi kasih kita. Harap, Zinnirah nanti jangan ikut sifat sayang udahlah ye. Sayang abang ni degil, nakal dan senget-senget orangya. Kalau ikut perangai abang mesti sentiasa cool, sabar dan sabar tau melayan kerenah ibunya yang yang manja-
manja gitu!”

“Abang ni! Tak baik tau cakap macam tu. Sayang jelah yang degil. Abang tu pun dua kali lima. Lagi degil daripada sayang ler. Ish ish ingat sayang tak ingat ke? Kedegilan abang dan sayang jugalah yang menyebabkan kita ada keserasian bersama. Walaupun dulu abang tu ego sangat tetapi jika dah takdir kita menjadi suami isteri seberat mana pun dugaan dan rintangan yang kita hadapi kita  tetap bersatu dalam ikatan yang suci. Walaupun dulu kita pernah bawa haluan masing-masing , akhirnya janjiNYA pasti dan kerana keyakinan dihati sayang yang kita akan kembali bersatu. Inilah janjiNYA kepada hambaNYA yang sentiasa menyerahkan segalanya kepada DIA.” ::Rindu dan kasihku hanya untukmu dan kepada kau yang terindah semoga kita bertemu dalam redhaNYA. Jangan pernah menyesali apa yang terjadi. Anggaplah ianya satu ujian daripadaNYA untuk kita sama-sama mencari CINTA HAQIQI.Andai kita ditakdir bersama kita akan tetap bersama. Terpisah jauh kerana dugaanNYA,terLUKAnya hati kita kerana keIMANan,berSEMInya KASIH antara kita kerana keTAQWAan.Saling menCINTAi kerana keSABARan kita mengharungi derita dan saling memilikki antara satu sama lain kerana cintaNYA kepada kita::

“Sayang tahu tak, selepas sayang mendiamkan diri jiwa abang gelisah dan resah walaupun ketika itu ada pengganti sayang dalam hidup abang. Sikap dan sifat sayang tidak sama dengan wanita yang abang kenali sebelum abang kenal sayang walaupun kita tidak bertemu. Rasa cinta yang hadir bagaikan satu mimpi dan mimpi bagi abang. Mimpi yang abang tak mampu luahkan dengan kata-kata. Penulisan sayang yang abang yakin yang luahan sayang itu, sayang tuju dekat abang. Abang baca semua penulisan sayang walaupun abang tak like tak komen. Abang lebih suka membaca dan menyelami daripada like atau komen. Kalau abang komen je, sayang suka senget-senget dan kasar-kasar dengan abang. Huhuhu. Sadis rasanya! Nasib baiklah abang ni tidak kisah sebab dah faham dengan perangai sayang ni! Puisi sayang yang buat abang yakin yang sayang juga menyayangi abang”.

::Disirami Nur KasihMU::

Ya ALLAH
Kurniakan kepadaku seorang SUAMI
Suami yang ditakdirkan atas restuMU
Dengan cintaMU, semoga kami dapat bersama-sama mengapai syurgaMU
Ya ALLAH
Sesungguhnya, aku tidak memilih
Tetapi, hanya padaMU Ya RABB
Aku memohon petunjuk dan hidayahMU
Diriku yang kerdil
Diriku yang tidak mempunyai apa-apa
Hanya dengan kasihMU
Aku mohon rahmat dan kurniaanMU
Kurniakan aku seorang suami
Seorang suami yang soleh
Dan zuriat yang soleh dan solehah
KepadaMU Tuhan
Pencipta langit dan bumi
Pemberi mukzijat yang TERAGUNG
Dengan kasih sayangMU kepadaku
Kurniakanlah kepadaku seorang suami
Dia yang membimbing aku kejalanMU
Dia yang melindungiku kerana amanahMU
Dia yang menyayangiku setulus hati
Dia yang mencintaiku keranaMU
Dia yang mengasihiku bukan kerana keterpaksaan
Tetapi kasih yang yang tulus daripada hatinya
Kasihkan kami kerana kasihnya kami kepadaMU
Yang sentiasa DISIRAMI NUR KASIHMU

“Best pula dengar abang mendeklamasikan puisi sayang ni!. Abang tau tak sayang dapat ilham menulis puisi ini bila dengar lagu  Inteam-Nur Kasih. Lagu tu kalau abang hayati, membawa maksud yang sungguh beerti dalam hidup abang.  Lagu tu yang membawa maksud seorang lelaki ingin mengahwini seorang wanita tapi dalam impian seorang lelaki tu ingin seorang wanita yang mencintai setulus hati bukan kerana keterpaksaan dan dalam masa yang sama perolehi restu daripada yang Maha ESA. Sayang tahu dan hati sayang berbicara abang pun mempunyai impian yang sama seperti dalam lirik lagu tersebut. Memang sayang tidak pernah bertanya tetapi saat hati berbicara itulah jawapannya. Abang nak tahu tak, hahahaha sayang ada jumpa satu kiriman abang kalau tak silap 2012,kiriman yang abang sedang rindukan seseorang. Sayang klik link tu,rupanya profile muka buku sayang. Puas sayang fikir! Macam-mana abang leh tahu profile muka buku pada hal sayang tak kenal abang masa tu? Sayang nak tanya abang tapi sayang tak mampu nak luahkan. Sayang pendam dan pendam sampai sekarang dah menikah pun sayang tidak tanya sehinggalah hari ini terkeluar pula soalan tu”

“Amboi, kaki skodeng juga ye sayang abang ni!. Mengenai soalan tu abang tak  mampu nak jawab sebab abang pun tak tahu mengapa. Cuma yang mampu abang jawab jodoh, ajal dan maut di tangan ALLAH SWT. Didalam rahsia tetap ada rahsiaNYA. Jika abang jawab, abang tak tahu apa hikmahnya tapi yang pasti inilah kebahagian dan ini jugalah janjiNYA kepada kita. Sayang kan suka dengar lagu Inteam-Doa Seorang Kekasih. Hayatilah lirik itu. Mesti faham!. Mimpi kadang-kala bukan sekadar mimpi sayang. Kadang-kala mimpi itu juga adalah petunjuk daripada ALLAH SWT. ::Tidak terluah "tidak" kalau itu yang dijanjikan,tidak terkata "ya" jika itu bukan yang ditakdirkan. Hati milikNYA,jiwa milik kita. Hati lebih mengetahui daripada jiwa yang mudah terpedaya. Sucikan hati pasti jiwa tenang:: Hasil tulisan sayang pun sayang boleh faham apa yang abang ingin sampaikan. Jika ALLAH ingin ianya berlaku tetap berlaku. Mungkin dimata kita sebagai manusia tidak logik tetapi inilah kekuasaan ALLAH  SWT. Kun Fa Yakun. ::Rindu hanya dalam doaku,cinta hanya untukNYA. Untukku cintai,hanya DIA yang menentukannya. Andai dirimu untukku, bersama-samalah kita berdoa agar cinta yang dianugerahkan kepada kita adalah cinta kita yang bersemi keranaNYA. Hanya YANG MAHA KUASA yang menentukannya. Hanya DIA tempatku menyerah diri::  Sayang, dengarlah lagu Devotees-Mahar Cinta!.  Sayang, akan faham apa yang ingin abang luahkan”.

Mahar Cinta

Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Airil Fatah seorang suami yang penyayang. Seorang suami yang romentik orangnya. Masa mula-mula Aliesya Sofea berjumpa dengan Airil Fatah, dia seorang yang pemalu. Perjumpaan kali pertama  semasa Airil menghantar rombongan merisik sehingga menjelangnya hari pernikahan dan sehingga kini malu-malu tapi suka menyakat dan yang paling Aliesya suka sekali apabila part berkasih sayang. Perghh memang terbaik layanan yang diberikan oleh suaminya. Hanya dia dan suaminya yang tahu. Walaupun kali pertama mereka lakukan agak sukar sedikit tetapi akhirnya hanya mereka yang tahu masing-masing punya rahsia tersendiri. Teringat masa mula-mula, Airil Fatah menghantar link lagu Dato Ct berduet bersama Cakra Khan yang bertajuk Seluruh Cinta di pesanan muka buku Aliesya terperanjat dan cuba memahami maksud lagu tersebut. Masa itu,belum ada luahan sayang lagi. Masih dalam sesi perkenalan. Lagu Slam-Kembali Terjalin, telah membawa sinar permulaan perhubungan mereka. Masing-masing meluahkan rasa dan hanya sekali saja Airil Fatah meluahkan dan yang paling terkesan dihati Aliesya ialah malu-malu Airil meluahkan isihatinya menambat rasa sayang yang ikhlas terbit daripada hati Aliesya untuk terus menyayanginya. Mulai detik itu, Aliesya cuba mengubah dirinya kearah kebaikan, kejalan yang diredhai oleh ALLAH. Mengurangkan kesengetan dimuka buku. Aliesya menjadi dirinya yang sebenar. Tidak mengeposkan status yang macam orang tiada akal yang waras. Sejak detik itu juga banyak perubahan yang dilakukan olehnya.  Kurangkan khayalan (berilusi). Jarang menghantar pesanan ringkas dekat Airil Fatah. Bukan tidak merindui,dia ingin menjadi yang terbaik untuk Airil Fatah. Airil Fatah pernah menasihati jangan mengikut nafsu kerana nafsu mudah dipengaruhi oleh syaitan durjana. Jika inginkan dia (Airil Fatah) sebagai seorang suami minta pada ALLAH SWT. Berdoalah selalu semoga impian mereka dipermudahkan oleh ALLAH. Kata-kata yang yang bermakna. Satu puisi Airil Fatah yang membuatkan jiwa Aliesya Sofea terikat untuk terus mendekati. Ayat-ayat dalam puisinya itu telah menyedarkan Aliesya tentang cinta yang sebenar.

“Sayang, Zinnirah menangis ni! Nak susu rasanya. Sayang berhentilah kemas dapur tu. Nanti abang tolong ye. Kita sama-sama tidurkan Zinnirah dulu ye! Kalau Zinnirah ni nak susu botol, abang dah bagi dah, tapi anak ibu ni pandai pula dia memilih. Dia nak susu ibu juga, katanya”

“Napa abang tak bagi susu abang? Abang pandai buat anak tapi tak pandai jaga anak ye. Jangan marah ye suamiku sayang. Gurau-gurau  sebelum tidur”. Zinnirah beralih dokongan. Kini dia berada di ribaan ibunya. Selepas mencuci tangan, Aliesya naik kebilik tidur mereka. Airil Fatah tidak menjawab gurauan isterinya tadi. Hanya diam dan menunjukkan muncung sedepa tanda pura-pura merajuk. Menyambung tugasan si isteri mengemas dapur. Dalam merajuknya sebenarnya ada kasih yang tulus untuk isterinya. Isterinya yang rela berkorban kerjaya, berkorban tenaga dan masa untuk memastikan kebahagian mereka milik bersama. Kebahagian didunia dan akhirat. Rela bergadai nyawa untuk melahirkan zuriatnya. Nurul Zinnirah Binti Airil Fatah. Dia yang melihat sendiri bagaimana pengorbanan dan susahnya melahirkan seorang anak.  Ketika itu, dia rasanya biarlah dirinya yang menggantikan tempat isterinya untuk merasa sakit tetapi apakan daya hanya melihat dan menenangkan jiwa isterinya dan sentiasa menyuruh isterinya bersabar dalam menahan kesakitan melahirkan anak mereka. Semasa mengandungkan anaknya Zinnirah, Aliesya tidak mengalami alahan tetapi Airil Fatah yang terkena alahan. Dia muntah-muntah setiap pagi. Mengidam ingin makan yang  bermacam-macam jenis makanan. Pada hari  pertama kena, Airil Fatah muntah-muntah teruk sehinga tidak berdaya melakukan kerja. Dua tiga hari jugalah Airil tidak datang kerja. Aliesya Sofea pula makin hari makin selera makannya bertambah. Hampir sebulan tidak datang bulan akhirnya dia pergi klinik dan doktor mengesahkan yang dia mengandung. Dia baru teringat, patutlah suaminya lain macam je sejak dua menjak ni. Dia yang mengandung, suaminya yang mengidap. Suaminya begitu teruja bila mendengar isterinya sedang mengandungkan benihnya. Dia rela menanggung alahan asalkan isteri dan anaknya sihat. Itulah kisah setahun yang lalu saat kali pertama dia dan isterinya menerima perkhabaran yang mereka akan menimang cahaya mata yang  pertama. Setelah selesai mengemas dapur, Airil Fatah naik ke atas menemui isterinya di bilik beradu mereka.

“Sayang, Zinnirah dah tidur ke? “

“Baru saja dia lelapkan mata. Abang,hulurkan sayang bantal tilam Zinnirah tu!. Abang nak tidur belah mana ni? Belah dinding ke belah hujung katil? “

“ Sayang letak, Zinnirah belah dinding. Sayang tengah, abang tidur hujung katil. Senang sikit nanti.Hehehe. (Senyum-senyum Airil sambil menghulurkan tilam bantal Zinnirah ke arah isterinya.) Aliesya faham maksud suaminya. Dah ada anak, tetap tidur tak boleh jauh sikit daripadanya. Masa dalam pantang dulu, masa Aliesya berpantang dikampung Airil Fatah sukar nak melelapkan matanya kerana tak mampu tidur tanpa isterinya disebelah. Setiap jumaat selepas waktu kerja, mesti Airil pulang ke kampung menjenguk isteri dan anaknya. Katanya rindu, tapi sebenarnya dia tak boleh nak tidur lena tanpa isterinya disebelah. Itulah penangan cinta kerana ALLAH SWT. Sungguh indah dirasa bila cinta yang ada keranaNYA.

“Amboii abang, pandai ye!. Tak nak bangun buat susulah tu ye.? Sayang tidur tengah mesti kena layan ayah dan anaknya. Senyum-senyum manja, jeling-jeling menggoda ye abang!”

“Sayang, itulah nikmatnya perkahwinan. Sayang nak, abang nak. Sama-sama nak, sama-samalah rasa.Untung-untung lepas ni Nurul Zinnirah ada adik. Seronok tau sayang,kalau ada anak ramai ni. Bahagia dunia akhirat.” Itulah mereka, suami isteri yang sentiasa bergurau senda tidak kira dimana mereka berada.

Kehidupan selepas berumah tangga lebh indah dirasai oleh mereka berdua. Airil yang ringan tulang sentiasa membantu isterinya melakukan tugasan. Isterinya memasak, Airil akan mengemas rumah dan cuci pinggan mangkuk. Kerja rumah, mereka akan lakukan bersama-sama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Indahnya bercinta selepas nikah.  Apa yang ingin dilakukan bersama, tiada halangan dan tidak berdosa. Semua pekerjaan yang ingin mereka lakukan, syariat tetap menghalalkan. Itulah nikmat perkahwinan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS