Cerpen : Cintaku KeranaNYA
Penulis : Nurulizza Binti Hj Ab. Karim
“Zinnirah, meh kat ibu sayang. Jangan
kacau Ayah!. Jom ikut ibu ye, kita main anak patung frozen yang ayah
beli semalam. Ayah tengah buat kerja tu. Nanti ayah babab, ibu tak tahu. Jomlah
sayang, cepatlah!”
Zinnirah hanya memerhati. Hanya tersenyum dengan menampakkan giginya
yang baru 2 batang tumbuh dibahagian atas. Airil Fatah senyum. Zuriat
pertamanya, bukti kasih dan cinta bersama isterinya yang diberi nama Nurul Zinnirah Binti Airil Fatah dimana nama tersebut adalah pilihan nama yang
dipilih oleh Aliesya Sofea kerana isterinya tertarik dengan kisah seorang
muslimah yang bernama Zinnirah masa zaman dahulu seorang wanita yang buta
matanya tetapi tetap celik mata hatinya.Ketabahan Zinnirah dalam
mempertahankan agama islam dan keagungan
cintanya kepada ALLAH SWT.
“Abang, meh ler sini!. Zinnirah ni macam abang jugalah. Degilnya!. Dah
dua tiga kali sayang panggil, dia buat tak tau je tau”. Dalam hati Aliesya
senyum-senyum tanpa diperasan oleh suaminya yang dirinya sendiri pun degil
juga. Tak kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa orang tua-tua
memang boleh dipakai guna sehingga kini.
“Sayang, cuba lembutkan lagi suara tu bila mengajar anak. Jangan terlalu
kasar”.Tegur Airil kepada Aliesya. “Zinnirah sayang, pergi kat ibu ye nak. Ayah
nak siapkan kerja. Jap lagi kita main ye
sayang! Zinnirah seakan faham kata-kata ayahnya lalu dia merangkak kearah
ibunya.
Suami hanya melihat tingkahlaku isterinya, Aliesya yang
dinikahinya dua tahun yang lalu. Airil
Fatah dalam diam-diam mencintai isterinya semenjak kali pertama mendengar
suara. Tingkahlaku Aliesya yang pelik dan senget-senget membuat jiwa lelakinya
tertarik. Banyak dugaan yang dihadapi oleh mereka sebelum bergelar suami
–isteri yang sah. Cinta yang mereka
perolehi adalah cinta daripada yang Maha Esa. Cinta mereka yang tidak pernah
tergugat dengan nafsu tetapi hanya mengharap redha ALLAH SWT untuk merestui
perhubungan mereka. Puisi yang ditulis oleh isterinya yang menambat kasih
sayangnya kepada Aliesya Sofea.
:: Aku Sayanginya KeranaMU::
Hadirnya tidak kusedari
Dalam diam dia menghampiri
Caranya yang santai
Membuat diriku tidak sunyi
Perkenalanku dengannya bermula dimuka buku
Dimuka buku inilah kami saling-mengenali
Belum lagi bertemu
Kasih kami mula menyatu
Sebelum ini aku temui cinta
Tapi sayang cinta itu hanya sementara
Hanya sekadar persinggahan kata
Yang bukan lahir keranaNYA
Jujur kukatakan aku menyayanginya
Sayang yang hadir dengan rela
Bukan sekadar pura-pura
Inilah nama cinta keranaNYA
Kali pertama mendengar suaranya
Hati dan jiwaku berlagu ria
Kelajuan berkata-kata
Mengalahkan murai yang berkicau ria
Dia yang memahami aku
Macam ada rahsia yang diketahuinya
Setiap kali aku bertanya
Tiada jawapan yang aku temu
Lagu-lagu yang dituju
Menggambarkan perasaannya padaku
Aku juga menyayangi dirimu
Sayang yang ada ini hanya untukmu
Ya ALLAH!!
Andai KAU titipkan dirinya untukku
KAU satukanlah hati kami ini
Berlandaskan cinta keranaMU
KAU satukan kami dalam satu ikatan yang HALAL
Agar kami bersama-sama mengapai SETANGGI SYURGAMU
Ya RABB!!
Hanya kepadaMU aku pohon
KAU yang lebih mengetahui
KAU Yang MAHA AGUNG
KAU Yang mencipta LANGIT dan BUMI
KAU jua yang memakbulkan doa hambaMU
Hanya padaMU kuserahkan segalanya
Airil Fatah, seorang yang pelik dan unik sifatnya yang kadang-kala
sukar difahami. Namun demi cinta yang hadir yang bukan dalam keterpaksaan dalam
hati Aliesya Sofea, dia tetap bersabar dengan tingkah laku Airil Fatah. Dengan
sikap Airil yang sukar difahami, dimengerti dalam tingkah lakunya telah menarik
hati Aliesya untuk terus mengenali suaminya dulu dengan cara tersendiri. Tidak meluahkan rasa cinta dan
rindu. Aliesya Sofea malu meluahkan pada Airil Fatah kerana dia merasakan yang
suaminya dulu lain daripada lelaki yang dikenali sebelum dia mengenali Airil. Dalam penulisan Aliesya yang
berbunyi :: CINTA TERINDAH apabila dua
hamba ALLAH berlainan jantina saling menyayangi, tidak meluahkan rasa RINDU,
SAYANG dan CINTA tetapi tetap merasakan rasa yang sama melalui HATI YANG
BERBICARA yang hanya difahami oleh mereka.MALU-MALU dalam diam tetap merindu
dan hanya DOA kepada Yang MAHA ESA mohon agar rasa yang dirasa ini bertemu
dalam RestuNYA dan mengikat tambatan janji dua hati dalam satu ikatan yang HALAL
dan buktinya apabila kedengaran LAFAZ SAKINAH dilafazkan:: Mereka juga
pernah melafazkan sayang yang mana mereka saling sayang-menyayangi, Cuma yang
mereka ingin biarlah kasih sayang yang mereka rasa ini direstui dan diredhai
oleh ALLAH SWT. Airil Fatah pernah memberitahu, yang Aliesya telah membuka
kunci hatinya untuk memberi hati kepada insan yang bernama hawa. Aliesya rasa
bertuah kerana dia telah berjumpa dengan seorang insan yang membuka hatinya
kembali untuk mencintai Adam. Dia sedaya upaya menjaga perhubungannya dengan
Airil yang tidak ternoda dengan nafsu semata-mata. Dia ingin mencintai Airil
Fatah bukan kerana rupa, harta dan kesempurnaan Airil Fatah semata-mata tetapi ingin mencintai kerana ALLAH SWT. Aliesya
Sofea juga ingin dicintai dan saling mencintai seperti Saidatina Fatimah yang mencintai Saidina Ali cinta suci dalam
diam-diam dan ingin jadikan contoh untuknya yang mencintai suaminya dalam
diam-diam yang akhirnya ALLAH pertemukan
jua. Sesungguhnya mereka yang mencintai
secara diam itu sedang berjihad. Berjihad menentang kehendak diri
menundukkan nafsu hati. Aliesya Sofea jarang menghantar pesanan ringkas kepada
suaminya samaada di telefon, wasap atau muka buku kecuali hal-hal yang
benar-benar atau ada perkara yang hendak diceritakan olehnya.
“Abang, termenung jauh nampaknya.Ingat siapalah tu ye? Abang dah siap
ke kerja tu? Abang, tolong tengokkan Zinnirah sekejap ye!. Sayang nak masak
untuk makan malam ni. Abang nak makan apa malam ni?” sambil bertanya kepada suaminya sambil memakaikan Zinnirah pampers.
“Tak ingat sesiapa pun. Abangkan dah ada sayang seorang . Cukuplah!.
Mulut sayang yang macam murai berpokpekpokpek pagi petang pun abang dah tak
tahan tahu tak. Inikan pula nak ingat orang lain memang abang tak ada masa lah
sayang.Sehari tanpa bebelan sayang, membuatkan abang tidak keruanlah, sentiasa
gelisah dan resah tanpa aura suara muraimu itu. Kenyaringan berkata-kata
walaupun kadang –kala telinga bingit tetapi memikat hati abang terus
mencintaimu keranaNya”.
“Amboii, abang ni nak bodek sayang ke ni? Abang jangan nak
mengada-ngada ye nak bagi sayang madu pula. Sayang tak nak bermadu walaupun
sayang dapat payung emas. Skru gigi abang baru tau! Abang tahu tak, sayang pun
sayang sesangat dekat abang walaupun cinta kita dulu pernah terpisah seketika
tetapi jodoh kita tetap kuat dan akhirnya kita bersama kerana takdir
daripada yang ESA. Abang nak makan apa malam ni?”.
“Kalau abang nak makan maggie, mesti sayang marah abang kan. Mesti
sayang membebel, masa bujang makan maggie tak akan dah ada isteripun makan
maggie juga.Hehehe. Abang tak nak kena marah dengan isteri abang yang comel ni.
Abang nak makan sup sayur, telur dadar dan sambal ikan bilis
petai je lah. Lagipun sambal petai sayang tu sedap. Tak ada sapa boleh tangini
airtangan sayang abang ni!.
“Ermmmm tau pun kena bebel ye. Abang
tu memang degil dulu-dulu tau. Apa yang ditegah itu yang dia buat. Masa
dulu sayang tak boleh nak kawal abang sangat sebab, sayang tak ada kuasa lagi
sebab tak ada sijil halal. Sekarang sayang dah ada segala-galanya. Abang tetap
milik sayang dunia dan akhirat. In sha ALLAH, tetap setia disisi abang selagi
ALLAH mengizinkan kita bersama didunia dan akhirat sayanglah bidadari abang.
Impian sayang dari dulu,kini dan selamanya. Abang, jaga Zinnirah sekejap ye.
Sayang nak masak. Anak Ibu, duduk dekat ayah dulu ye sayang. “ Aliesya berlalu
meninggalkan anak dan ayahnya diruang tamu .
Kisah percintaan yang penuh
dengan dugaan sebelum mereka bergelar suami isteri yang sah. Dugaan yang
menimpa kedua-duanya tidak mengugat perasaan sayang walaupun mereka pernah
terpisah seketika kerana dugaan dan ujian. Mereka didatangi ujian dengan
kedatangan orang ketiga dalam percintaan mereka. Dengan dugaan yang yang
datang, telah mematangkan diri masing-masing dalam menempuh kehidupan dengan penuh kesabaran.
::Nuri::
Sayang!!
Sekarang,cinta kita sedang diuji
Kala ini hatimu dilanda keKELIRUan
Saya faham! dan saya tetap bersama awak
Walaubagaimanapun,tetap mendendangkan lagu keasyikkan kita
Walaupun awak dalam kekeliruan
Saya tetap rasa bahagia bersama awak
Sayang!!
Adakah awak ketika ini meRINDUi saya??
Ingatkah awak kisah semalam yang kita lalui??
Kisah yang kita lalui bersama
Adalah kisah yang terINDAH
Hanya awak dan saya yang merasainya
Sayang!!
Demi cinta antara awak dan saya
Saya akan meleraikan kekeliruan awak
Jika awak berjanji untuk terus bersama saya
Biarpun dugaan berat melanda
Demi CINTA SUCI KITA
Saya tetap harunginya
Untuk kita terus mencari CINTA TERAGUNG
IN SHA ALLAH,atas keYAKINan kita
Kita bisa tembus ,DINDING PINTU SYURGA
Bersamalah kita berDOA
Sayang!!
YAKINlah janji DIA itu pasti
Tiba harinya kita pasti berSAMA
Saya ISTERI awak!!
Awak SUAMI saya!!
Diatas CINTA SUCI ini,kita sentiasa bersama
Saya tahu, mereka mungkin tertanya-tanya
Tapi saya lebih YAKIN ketentuanNYA
Sayang!!
Mereka mungkin ketawa
Mereka mungkin tertanya-tanya
Tetapi mereka tidak merasa
Apa yang kita rasa bersama-sama
YAKINlah JANJI DIA itu BENAR
Tiba harinya, kita pasti bersama
Indahnya , kurniaan yang dianugerahkanNYA
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH,IN SHA ALLAH
Sifat yang ada pada Aliesya Sofea yang kadang-kala mungkin pelik pada
pandangan seseorang jika tidak memahami jiwanya. Dia suka berangan-angan dan
melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu yang sesuai dengan jiwanya. Dia
bukanlah penulis yang terkenal seperti Usman Awang. Dia menulis puisi
atau-kata-kata yang lahir daripada hatinya sendiri. Tidak mudah untuk dia
menulis tanpa perasaan dan agak sukar untuk dia menulis dalam keterpaksaan.
Hasil tulisannya adalah daripada hati yang berbicara.
:: Aku, Kau dan Cinta::
Sayang!!
Saya memang tidak sempurna
Saya akui!!
Awakkan pernah berkata
Pertemuan Adam dan Hawa
Adalah untuk saling melengkapi KESEMPURNAAN
Kita ditakdirkan bertemu
Untuk saling melengkapi
Kerna awaklah PELENGKAP HIDUP SAYA
Sayang!!
Demi janji-janji kita
CINTA SUCI tidak pernah memungkiri janji
JanjiNYA Pasti!!
Tiba harinya, kita akan bersatu
DIA adalah PERENCANA terbaik
KeAJAIBanNYA hanya DIA yang berkuasa
Sayang!!
Tulang rusuk kiri tidak pernah bertukar
Cinta kita melalui HATI YANG BERBICARA
SAYA rasa apa yang AWAK rasa!!
AWAK rasa apa yang SAYA rasa!!
Adakah MEREKA rasa apa yang kita rasa?
Mereka hanya menonton Filem "CINTA SUCI LUAR BIASA"
Walaupun tidak mengetahui apa yang berlaku
Mereka hanya MEMBACA dan MELIHAT
Gelak-gelak tapi tidak tahu kisahnya
Sayang!!
Seberat mana ujian yang kita lalui ini
Untuk kita menggengam SETANGGI SUCI
Saya tahu memang tidak mudah
Atas rahmat dan kekuasaanNYA
JanjiNYA pasti!!
Bila bulan bertemu mentari
Maknanya terdapat rahsiaNYA
Ada hambaNYA yang ingin mencurah kasih
Kasih abadi, kasih murni disebalik cermin mimpi
PELANGI !, PELANGI! PELANGI!
Akhirnya, atas restuNYA
Saya dan AWAK disatukan dalam satu IKATAN SUCI
Saya ISTERI awak!!
Awak SUAMI saya!!
SubhanALLAH, Alhamdulillah. In Shaa ALLAH
Aliesy nekad. Walaupun cinta dia dan Airil Fatah sedang retak menanti belah. Dia hanya mampu
mendiamkan diri. Hanya melihat dan terus berdoa kepada ALLAH. ::Manusia
tidak mampu menghalang dan tidak mampu memutuskan cinta suci yang KAU
anugerahkan kepadaku ini hanya untuk bakal suamiku, walaubagaimanapun dugaan
yang datang aku lebih yakin janjiMU:: Dia tidak pernah meluahkan apa-apa
yang dirasa kepada Airil Fatah. Walaupun dia tahu Airil Fatah masa itu sudah
ada penggantinya. Dia tetap berkawan seperti biasa dan tidak pernah memutuskan
silaturahim. :: Hilangkan resahmu duhai
pemilik hatiku, aku sentiasa ada disisimu. Ingatlah!! kekuasanNYA. JanjiNYA
pasti!!. Kau dan aku akan menyatu jua di dalam ikatan yang suci atas nama
"Cinta KeranaNYA". Berdoalah selalu duhai pemilik hatiku yang
sentiasa aku rindu walaupun jauh dimata namun sentiasa dihatiku ini. Tiba
waktunya kau dan aku akan dipertemukan kerana kaulah 'imamku' yang ditakdirkan
untuk membimbingku:: Dia yakin.
Tidak semua mampu menjadi diri sendiri dan tidak semua boleh meniru gaya
dirinya yang bersahaja, yang senget-senget ala-ala murai. Ramai yang cuba
meniru gayanya tapi tidak semua yang berjaya menirunya. Jadilah diri sendiri,
jujur pada diri.
:: Aku Tetap Menunggu JanjiNYA::
Awak!!
Majuk ke?
Benci saya ke?
Marah saya ke
Saya tidak kisah!!
Sejauh mana awak menjauh
Sejauh mana awak berlari
Awak pun tahu!!
Andai JODOH kita
PASTI BERTEMU jua
Walaupun saat ini awak mencintai orang lain
Jika dia bukan untuk awak
Dia tetap tidak jadi milik awak
Kalau sebaliknya,kerana DIA yang menentukanNYA
Awak tahu tak!!
Kalau awak merajuk, saya tak pandai pujuk
Memang tak pandai
Saya lebih percaya akan ketentuanNYA
Setebal mana rasa benci awak dengan sikap saya
Segunung mana rasa marah awak pada saya
Andai saya TULANG RUSUK KIRI
Saya akan kembali pada awak!!
Awak!!
Saya lebih yakin akan ketentuanNYA
Saya tidak kisah setebal mana keEGOan
Andai awak TERCIPTA untuk saya
Kita tetap bersama
Jika sebaliknya, ALLAH lebih mengetahuiNYA
Kata-kata ini bukan kata PERMAINAN
Tetapi ini adalah janjiNYA
JODOH kita atas kehendakNYA
Semoga satu hari kita ditakdirkan bersama
Bersama-samalah kita berDOA
CINTA SEJATI, CINTA SUCI dan CINTA HAQIQI
Tetap kita milikki untuk kita temui CINTA TERAGUNG
Aliesya tahu, dulu suaminya memang pernah mengajuk dengannya. Dia tahu
semuanya melalui hati yang berbicara. Dia mengaku dia tidak pandai memujuk.
Airil Fatah memang orang yang suka memendam perasaan. Aliesya cuba memahaminya.
Kalau A keluar daripada mulut Airil Fatah maka tetap A juga jawapannya. Jangan
haraplah nak bagi jawapan B. Aliesya malu nak meluahkan perasaan rindu dan
sayangnya pada Airil Fatah bukan sebab takut tetapi memang sukar dia melafazkan
kata-kata tersebut walaupun hatinya ingin meluahkan. Dia rasa dirinya pelik.
Pelik dengan sikapnya sendiri apabila dia bertemu dengan Airil Fatah. Hanya
ALLAH tempat dia mencurahkan rasa dan keinginannya.
:: Coretan Isthikarahku::
Aku tidak membencimu
Diamku bukan tanda kumelupakanmu
Tetapi aku ingin memperbaiki diriku
Bukan niat untuk menyakitimu
Tetapi untuk aku mengubah diriku
Menjadi yang sempurna untukmu
Walaupun hakikatnya TIADA INSAN YANG SEMPURNA
Kuhanya memerhati dirimu dari kejauhan
Kupelajari darimu tentang CINTA KERNANYA
Aku cuba kearah itu
Terima kasih kuucapkan
Dengan hadirnya dirimu
Kau telah mengajarku sesuatu yang baru
Jangan mengikut NAFSU!!
Kata-kata yang berhikmah darimu
Aku memahaminya
Lantas, aku ingin membuktikannya
In Shaa ALLAH, aku mampu laluinya
Kadang -kala juga
Aku tertanya-tanya!!
Dimanakah perginya sifatmu yang dulu?
Aku merindui sifatmu itu
Saat ini aku pendamkan segala rasaku
Aku tahu, JODOH ITU PASTI BERTEMU
Jika kau TERCIPTA UNTUKKU
Akan kuluahkan jua
Disaat kau melafazkan LAFAZ SAKINAH
CINTA itu anugerahNYA
Rasa yang INDAH kurniaanNYA
Cinta keranaNYA tidak akan melalaikan
Semoga kau dan aku akan dipertemukan
Dalam ikatan yang HALAL
Untuk kita terus mencari redhaNYA
Penulisan Aliesya Sofea adalah tulisan yang dihasilkan daripada
angan-angannya sendiri. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya suka sangat
berangan-angan yang tidak pasti.
Puisi-puisi yang terhasil daripada jari-jemarinya adalah puisi yang
ditaip mengikut nalurinya. Tidak mudah untuk dia menipu dirinya sendiri dan
tidak mudah untuk dia membohongi hati dan jiwanya. Dia bukanlah seorang penulis
puisi yang ayat-ayatnya puitis tetapi
hanya sekadar suka-suka menulis atau lebih difahami oleh dirinya sendiri dengan
kata-kata bermain dengan ayat. Lagu
Hijjaz- Permaisuri Hatiku menjadi kekuatan dan semangat pada Aliesya suatu ketika dulu dimana dia
terpisah perhubungan seketika bersama
Airil Fatah kerana lagu tersebut pernah dihantar oleh suaminya di pesanan
ringkas muka buku. Bila dia dengar lagu tersebut dia yakin janji ALLAH itu
pasti. Dia tahu saat itu dia hanyalah keseorangan meniti hari tanpa Airil
Fatah. Airil Fatah ketika itu sedang bersama dengan kekasihnya. Aliesya Sofea
tidak pernah marah dan berdendam. ::Atas
kurniaan CINTA yang dianugerahkan ini, dengan kasih sayang keranaMU akan
kugagahi jua jiwa yang kerdil dan rapuh ini untuk kutemui CINTA SEJATI yang
dianugerahkan kepada kita untuk
sama-sama kita perolehi CINTA HAQIQI:: Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud “Kasihanilah mereka
yang berada dibumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal
dilangit”. Dalam riwayat Al- Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda yang
bermaksud “ Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak disayangi”
“Abang, jomlah makan. Sayang dah siap masak ni. Zinnirah tengah buat
apa tu? Meh sini, sayang pegang dia”.
Walaupun Aliesya tahu ,
pekerjaan surirumah tidak mudah menjadi seorang isteri yang solehah dan
seorang ibu yang mithali kalau tiada keimanan dijiwa. Perlukan kesabaran dalam
menangani dugaan dan ujian dalam meniti
liku-liku kehidupan. Dengan kesabaran suaminya dan juga dirinya, dengan rasa
rendah diri dia bersyukur kehadrat Ilahi
kerana telah memperkenankan doanya selama ini. Ingin menjadi seorang isteri
kepada seorang suami yang mencintainya kerana cintanya bersama suami adalah
cinta keranaNYA. ::CINTA SUCI untuk yang
MAHA ESA,tiada maknanya disebalik maksud CINTA MURNI andai kata-kata sering
didustai. CINTA SEJATI tidak pernah memungkiri janji dan tetap setia pada yang
satu yang dititipkan oleh ALLAH untuk terus saling sayang - menyayangi antara
satu sama lain::
Beberapa minit kemudian,Airil Fatah tiba diruang makan dirumah mereka
bersama dengan cahaya mata mereka yang pertama.
“Sedapnya bau! Pandainya isteri abang ni masak. Tak rugi juga ye
hantaran yang abang bagi dua tahun yang
lalu.Tetiba teringat pula kenangan lalu lah sayang. Merajuk abang, diamnya diri
sayang masa tu inilah hasilnya”.
“Elessss, abang tu memang suka merajuk tau tak!. Sayang faham cuma
sayang tak pandai nak pujuk abang. Abang tu dulu angin tak menentu., dengan
sayang abang macam singa ler. Tu yang sayang hanya memerhati abang wlaupun masa
tu kita belum bertemu. Abang ni, jangan lah berdiri cegat kat meja tu.
Duduklah! Meh sini, sayang pangku
Zinnirah.”
Airil Fatah duduk diatas kerusi setelah ditegur oleh isteri tercinta
dan menyerahkan Zinnirah kepada ibunya. Nurul Zinnirah Binti Airil Fatah dilahirkan di Kuala Lumpur
tanggal 23 September. Anak mereka mirip muka Airil Fatah dan kulitnya ikut kulit ibunya putih tetapi
hidung mancung macam ayahnya. Tak sangka yang anak mereka lahir sama dengan
tarikh ibunya dilahirkan iaitu pada 23 April dan anak mereka pada 23 September.
Airil Fatah dinikahkan oleh ayah mertua
pada tarikh kelahiran isteri tercinta
iaitu 23 April. Tarikh yang dipilih oleh mereka. Katanya senang nak ingat hari
lahir isteri dan dalam masa yang sama tarikh mereka disatukan dengan ikatan
yang suci. Anugerah terindah daripada
ALLAH SWT tanda cinta suci mereka yang
mencintai ALLAH dan juga Rasul.
Dengan mencintai ALLAH dan Rasullullah jiwa kita sebagai seorang
muslimin dan muslimat akan merasa tenang dan bukti ketaqwaan kita sebagai
hambaNYA yang kedil yang sentiasa memerlukan pertolongan dan sentiasa
mengingatiNYA dalam keadaan susah dan senang. Dalam doa Aliesya selalu memohon
pada ALLAH agar di dipertemukan dengan seorang pendamping halal (suami) yang
mencintainya kerana cinta kepada ALLAH dan Rasul . :: KeSABARan dan REDHA atas ketentuanNYA membawa diri kita ke
syurgaNYA:: Doa yang sering dibaca oleh Aliesya selepas solat berbunyi “ Ya ALLAH, Ya Tuhanku,kurniakan aku seorang
suami yang mencintai aku kerana cintanya dia kepadaMU dan juga Rasullullah yang
sentiasa mengerjakan amal soleh yang diperintahkan olehMU. Seorang suami yang
mencintai daku kerana kekuranganku, malah mencintai daku setulus hatinya bukan
kerana keterpaksaan. Dia yang meminangku dan mengahwiniku keranaMU,dan
jadikanlah dia sahabatku didunia dan
diakhirat. Ya RABB, setelah kau pertemukan kami, jangan KAU palingkan kami
kepada yang lain. Hanya kepadaMU daku bermohon,satukanlah hatiku dengan hatinya
dengan ikatan yang suci yang diredhai olehMU untuk sama-sama kami mengapai Syurga FirdausiMU dan
bimbinglah kami kejalan yang lurus untuk
kami membina sebuah mahligai suci dalam menuju keluarga sakinah,mawaddah wa
rahmah”. :: Kebarangkalian CINTA itu
mungkin LARA,tetapi yang pastinya JODOH itulah keBAHAGIAan. Jangan mudah
meLAFAZkan cinta jika tiada IKATan HALAL:: ::CINTAilah HATI kerana dengan
mencintai hati,kebahagian milik kita. Cintailah dengan setulus hati untuk kita
besama-sama dalam redhaNYA "CINTA HATI" itu tidak mampu kita
menDUSTAkan::
C-Cinta
I-ILAHI
N-'NAFF'
T-Tenang
A- Abadi
H- Hanya
A- ALLAH
T-Tahu
I- Isinya
“Kalau macam ni lah sayang abang masak, mau juga ni badan abang gemuk.
2 tahun kita kahwin berat abang dah naik 10 kg
tau tak? Dulu, masa bujang abang kurus,kiut miut je orangnya. Waduh,
lepas ni abang tak leh nak bangga dirilah nampaknya sebab badan abang tak kiut
macam dulu dah. Abang dulukan jadi rebutan para wanita. Akhirnya, abang pilih
sayang yang comel ni macam teddy bear jadi permaisuri hati”.
“Amboiii! Perasanlah tu. Bangga ye dengan diri abang yang kiut-miut
tu. Elesss, sayang tau lah sayang ni tembam macam teddy bear tapi ada juga
orang sayang kan kan. Abang tu, doraemon tahu tak? Jangan tak ingat pula ye!! ( Sambil jelir lidah
dekat suaminya) Itulah kehidupan mereka selepas mereka bersatu sebagai suami
isteri. Ada saja idea Airil Fatah untuk menyakat isterinya. Aliesya Sofea pun
sama, sama saja dengan suaminya saling sakat-menyakat antara satu sama lain.
Tidak kira dimana mereka berada kalau datang angin menyakat tidak mampu
ditahan-tahan lagi. ::SeBARIS ayat
berSEMInya KASIH, berjeler-jeler ayat NASIHAT terlahirnya SAYANG. Seindah
bahasa meLAHIRkan CINTA yang tulus IKHLAS hanya untukmu::
“Sayang, sayang jangan lupa pula yang sayang tu pun doraemon! Jangan
kata abang sorang je. Kita sama-sama doraemon. Kena ingat tu, kerana ejekan
kitalah tu bersemi kasih kita. Harap, Zinnirah nanti jangan ikut sifat sayang
udahlah ye. Sayang abang ni degil, nakal dan senget-senget orangya. Kalau ikut
perangai abang mesti sentiasa cool, sabar dan sabar tau melayan kerenah ibunya
yang yang manja-
manja gitu!”
“Abang ni! Tak baik tau cakap macam tu. Sayang jelah yang degil. Abang
tu pun dua kali lima. Lagi degil daripada sayang ler. Ish ish ingat sayang tak
ingat ke? Kedegilan abang dan sayang jugalah yang menyebabkan kita ada
keserasian bersama. Walaupun dulu abang tu ego sangat tetapi jika dah takdir
kita menjadi suami isteri seberat mana pun dugaan dan rintangan yang kita
hadapi kita tetap bersatu dalam ikatan
yang suci. Walaupun dulu kita pernah bawa haluan masing-masing , akhirnya
janjiNYA pasti dan kerana keyakinan dihati sayang yang kita akan kembali
bersatu. Inilah janjiNYA kepada hambaNYA yang sentiasa menyerahkan segalanya
kepada DIA.” ::Rindu dan kasihku hanya
untukmu dan kepada kau yang terindah semoga kita bertemu dalam redhaNYA. Jangan
pernah menyesali apa yang terjadi. Anggaplah ianya satu ujian daripadaNYA untuk
kita sama-sama mencari CINTA HAQIQI.Andai kita ditakdir bersama kita akan tetap
bersama. Terpisah jauh kerana dugaanNYA,terLUKAnya hati kita kerana keIMANan,berSEMInya
KASIH antara kita kerana keTAQWAan.Saling menCINTAi kerana keSABARan kita
mengharungi derita dan saling memilikki antara satu sama lain kerana cintaNYA
kepada kita::
“Sayang tahu tak, selepas sayang mendiamkan diri jiwa abang gelisah
dan resah walaupun ketika itu ada pengganti sayang dalam hidup abang. Sikap dan
sifat sayang tidak sama dengan wanita yang abang kenali sebelum abang kenal
sayang walaupun kita tidak bertemu. Rasa cinta yang hadir bagaikan satu mimpi
dan mimpi bagi abang. Mimpi yang abang tak mampu luahkan dengan kata-kata.
Penulisan sayang yang abang yakin yang luahan sayang itu, sayang tuju dekat
abang. Abang baca semua penulisan sayang walaupun abang tak like tak komen.
Abang lebih suka membaca dan menyelami daripada like atau komen. Kalau abang
komen je, sayang suka senget-senget dan kasar-kasar dengan abang. Huhuhu. Sadis
rasanya! Nasib baiklah abang ni tidak kisah sebab dah faham dengan perangai
sayang ni! Puisi sayang yang buat abang yakin yang sayang juga menyayangi
abang”.
::Disirami Nur KasihMU::
Ya ALLAH
Kurniakan kepadaku seorang SUAMI
Suami yang ditakdirkan atas restuMU
Dengan cintaMU, semoga kami dapat bersama-sama mengapai syurgaMU
Ya ALLAH
Sesungguhnya, aku tidak memilih
Tetapi, hanya padaMU Ya RABB
Aku memohon petunjuk dan hidayahMU
Diriku yang kerdil
Diriku yang tidak mempunyai apa-apa
Hanya dengan kasihMU
Aku mohon rahmat dan kurniaanMU
Kurniakan aku seorang suami
Seorang suami yang soleh
Dan zuriat yang soleh dan solehah
KepadaMU Tuhan
Pencipta langit dan bumi
Pemberi mukzijat yang TERAGUNG
Dengan kasih sayangMU kepadaku
Kurniakanlah kepadaku seorang suami
Dia yang membimbing aku kejalanMU
Dia yang melindungiku kerana amanahMU
Dia yang menyayangiku setulus hati
Dia yang mencintaiku keranaMU
Dia yang mengasihiku bukan kerana keterpaksaan
Tetapi kasih yang yang tulus daripada hatinya
Kasihkan kami kerana kasihnya kami kepadaMU
Yang sentiasa DISIRAMI NUR KASIHMU
“Best pula dengar abang mendeklamasikan puisi sayang ni!. Abang tau
tak sayang dapat ilham menulis puisi ini bila dengar lagu Inteam-Nur Kasih. Lagu tu kalau abang hayati,
membawa maksud yang sungguh beerti dalam hidup abang. Lagu tu yang membawa maksud seorang lelaki
ingin mengahwini seorang wanita tapi dalam impian seorang lelaki tu ingin
seorang wanita yang mencintai setulus hati bukan kerana keterpaksaan dan dalam
masa yang sama perolehi restu daripada yang Maha ESA. Sayang tahu dan hati
sayang berbicara abang pun mempunyai impian yang sama seperti dalam lirik lagu
tersebut. Memang sayang tidak pernah bertanya tetapi saat hati berbicara itulah
jawapannya. Abang nak tahu tak, hahahaha sayang ada jumpa satu kiriman abang
kalau tak silap 2012,kiriman yang abang sedang rindukan seseorang. Sayang klik
link tu,rupanya profile muka buku sayang. Puas sayang fikir! Macam-mana abang
leh tahu profile muka buku pada hal sayang tak kenal abang masa tu? Sayang nak
tanya abang tapi sayang tak mampu nak luahkan. Sayang pendam dan pendam sampai
sekarang dah menikah pun sayang tidak tanya sehinggalah hari ini terkeluar pula
soalan tu”
“Amboi, kaki skodeng juga ye sayang abang ni!. Mengenai soalan tu
abang tak mampu nak jawab sebab abang
pun tak tahu mengapa. Cuma yang mampu abang jawab jodoh, ajal dan maut di
tangan ALLAH SWT. Didalam rahsia tetap ada rahsiaNYA. Jika abang jawab, abang
tak tahu apa hikmahnya tapi yang pasti inilah kebahagian dan ini jugalah
janjiNYA kepada kita. Sayang kan suka dengar lagu Inteam-Doa Seorang Kekasih.
Hayatilah lirik itu. Mesti faham!. Mimpi kadang-kala bukan sekadar mimpi
sayang. Kadang-kala mimpi itu juga adalah petunjuk daripada ALLAH SWT. ::Tidak terluah "tidak" kalau itu
yang dijanjikan,tidak terkata "ya" jika itu bukan yang ditakdirkan.
Hati milikNYA,jiwa milik kita. Hati lebih mengetahui daripada jiwa yang mudah
terpedaya. Sucikan hati pasti jiwa tenang:: Hasil tulisan sayang pun sayang
boleh faham apa yang abang ingin sampaikan. Jika ALLAH ingin ianya berlaku
tetap berlaku. Mungkin dimata kita sebagai manusia tidak logik tetapi inilah
kekuasaan ALLAH SWT. Kun Fa Yakun. ::Rindu hanya dalam doaku,cinta hanya
untukNYA. Untukku cintai,hanya DIA yang menentukannya. Andai dirimu untukku,
bersama-samalah kita berdoa agar cinta yang dianugerahkan kepada kita adalah
cinta kita yang bersemi keranaNYA. Hanya YANG MAHA KUASA yang menentukannya. Hanya
DIA tempatku menyerah diri:: Sayang,
dengarlah lagu Devotees-Mahar Cinta!.
Sayang, akan faham apa yang ingin abang luahkan”.
Mahar Cinta
Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..
Airil Fatah seorang suami yang penyayang. Seorang suami yang romentik
orangnya. Masa mula-mula Aliesya Sofea berjumpa dengan Airil Fatah, dia seorang
yang pemalu. Perjumpaan kali pertama
semasa Airil menghantar rombongan merisik sehingga menjelangnya hari
pernikahan dan sehingga kini malu-malu tapi suka menyakat dan yang paling
Aliesya suka sekali apabila part berkasih sayang. Perghh memang terbaik layanan
yang diberikan oleh suaminya. Hanya dia dan suaminya yang tahu. Walaupun kali
pertama mereka lakukan agak sukar sedikit tetapi akhirnya hanya mereka yang
tahu masing-masing punya rahsia tersendiri. Teringat masa mula-mula, Airil
Fatah menghantar link lagu Dato Ct berduet bersama Cakra Khan yang bertajuk
Seluruh Cinta di pesanan muka buku Aliesya terperanjat dan cuba memahami maksud
lagu tersebut. Masa itu,belum ada luahan sayang lagi. Masih dalam sesi
perkenalan. Lagu Slam-Kembali Terjalin, telah membawa sinar permulaan
perhubungan mereka. Masing-masing meluahkan rasa dan hanya sekali saja Airil
Fatah meluahkan dan yang paling terkesan dihati Aliesya ialah malu-malu Airil
meluahkan isihatinya menambat rasa sayang yang ikhlas terbit daripada hati
Aliesya untuk terus menyayanginya. Mulai detik itu, Aliesya cuba mengubah
dirinya kearah kebaikan, kejalan yang diredhai oleh ALLAH. Mengurangkan
kesengetan dimuka buku. Aliesya menjadi dirinya yang sebenar. Tidak mengeposkan
status yang macam orang tiada akal yang waras. Sejak detik itu juga banyak
perubahan yang dilakukan olehnya.
Kurangkan khayalan (berilusi). Jarang menghantar pesanan ringkas dekat
Airil Fatah. Bukan tidak merindui,dia ingin menjadi yang terbaik untuk Airil
Fatah. Airil Fatah pernah menasihati jangan mengikut nafsu kerana nafsu mudah
dipengaruhi oleh syaitan durjana. Jika inginkan dia (Airil Fatah) sebagai
seorang suami minta pada ALLAH SWT. Berdoalah selalu semoga impian mereka
dipermudahkan oleh ALLAH. Kata-kata yang yang bermakna. Satu puisi Airil Fatah
yang membuatkan jiwa Aliesya Sofea terikat untuk terus mendekati. Ayat-ayat
dalam puisinya itu telah menyedarkan Aliesya tentang cinta yang sebenar.
“Sayang, Zinnirah menangis ni! Nak susu rasanya. Sayang berhentilah
kemas dapur tu. Nanti abang tolong ye. Kita sama-sama tidurkan Zinnirah dulu ye!
Kalau Zinnirah ni nak susu botol, abang dah bagi dah, tapi anak ibu ni pandai
pula dia memilih. Dia nak susu ibu juga, katanya”
“Napa abang tak bagi susu abang? Abang pandai buat anak tapi tak
pandai jaga anak ye. Jangan marah ye suamiku sayang. Gurau-gurau sebelum tidur”. Zinnirah beralih dokongan.
Kini dia berada di ribaan ibunya. Selepas mencuci tangan, Aliesya naik kebilik
tidur mereka. Airil Fatah tidak menjawab gurauan isterinya tadi. Hanya diam dan
menunjukkan muncung sedepa tanda pura-pura merajuk. Menyambung tugasan si
isteri mengemas dapur. Dalam merajuknya sebenarnya ada kasih yang tulus untuk
isterinya. Isterinya yang rela berkorban kerjaya, berkorban tenaga dan masa
untuk memastikan kebahagian mereka milik bersama. Kebahagian didunia dan
akhirat. Rela bergadai nyawa untuk melahirkan zuriatnya. Nurul Zinnirah Binti
Airil Fatah. Dia yang melihat sendiri bagaimana pengorbanan dan susahnya
melahirkan seorang anak. Ketika itu, dia
rasanya biarlah dirinya yang menggantikan tempat isterinya untuk merasa sakit
tetapi apakan daya hanya melihat dan menenangkan jiwa isterinya dan sentiasa
menyuruh isterinya bersabar dalam menahan kesakitan melahirkan anak mereka. Semasa
mengandungkan anaknya Zinnirah, Aliesya tidak mengalami alahan tetapi Airil
Fatah yang terkena alahan. Dia muntah-muntah setiap pagi. Mengidam ingin makan
yang bermacam-macam jenis makanan. Pada
hari pertama kena, Airil Fatah
muntah-muntah teruk sehinga tidak berdaya melakukan kerja. Dua tiga hari
jugalah Airil tidak datang kerja. Aliesya Sofea pula makin hari makin selera
makannya bertambah. Hampir sebulan tidak datang bulan akhirnya dia pergi klinik
dan doktor mengesahkan yang dia mengandung. Dia baru teringat, patutlah
suaminya lain macam je sejak dua menjak ni. Dia yang mengandung, suaminya yang
mengidap. Suaminya begitu teruja bila mendengar isterinya sedang mengandungkan
benihnya. Dia rela menanggung alahan asalkan isteri dan anaknya sihat. Itulah
kisah setahun yang lalu saat kali pertama dia dan isterinya menerima
perkhabaran yang mereka akan menimang cahaya mata yang pertama. Setelah selesai mengemas dapur,
Airil Fatah naik ke atas menemui isterinya di bilik beradu mereka.
“Sayang, Zinnirah dah tidur ke? “
“Baru saja dia lelapkan mata. Abang,hulurkan sayang bantal tilam
Zinnirah tu!. Abang nak tidur belah mana ni? Belah dinding ke belah hujung
katil? “
“ Sayang letak, Zinnirah belah dinding. Sayang tengah, abang tidur
hujung katil. Senang sikit nanti.Hehehe. (Senyum-senyum Airil sambil
menghulurkan tilam bantal Zinnirah ke arah isterinya.) Aliesya faham maksud
suaminya. Dah ada anak, tetap tidur tak boleh jauh sikit daripadanya. Masa dalam
pantang dulu, masa Aliesya berpantang dikampung Airil Fatah sukar nak
melelapkan matanya kerana tak mampu tidur tanpa isterinya disebelah. Setiap jumaat
selepas waktu kerja, mesti Airil pulang ke kampung menjenguk isteri dan
anaknya. Katanya rindu, tapi sebenarnya dia tak boleh nak tidur lena tanpa
isterinya disebelah. Itulah penangan cinta kerana ALLAH SWT. Sungguh indah
dirasa bila cinta yang ada keranaNYA.
“Amboii abang, pandai ye!. Tak nak bangun buat susulah tu ye.? Sayang tidur
tengah mesti kena layan ayah dan anaknya. Senyum-senyum manja, jeling-jeling
menggoda ye abang!”
“Sayang, itulah nikmatnya perkahwinan. Sayang nak, abang nak.
Sama-sama nak, sama-samalah rasa.Untung-untung lepas ni Nurul Zinnirah ada
adik. Seronok tau sayang,kalau ada anak ramai ni. Bahagia dunia akhirat.” Itulah
mereka, suami isteri yang sentiasa bergurau senda tidak kira dimana mereka
berada.
Kehidupan selepas berumah tangga lebh indah dirasai oleh mereka
berdua. Airil yang ringan tulang sentiasa membantu isterinya melakukan tugasan.
Isterinya memasak, Airil akan mengemas rumah dan cuci pinggan mangkuk. Kerja
rumah, mereka akan lakukan bersama-sama. Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Indahnya bercinta selepas nikah.
Apa yang ingin dilakukan bersama, tiada halangan dan tidak berdosa.
Semua pekerjaan yang ingin mereka lakukan, syariat tetap menghalalkan. Itulah
nikmat perkahwinan.