Cerpen
: Akulah Gadis Desa Itu!!
Penulis:
Nurulizza Hj Ab. Karim
Aku renungi indahnya alam.
Terbentang luas indah pemandangan. Ku lihat langit, cantik kebiruan memukau
jiwaku. Sejenak ku terfikir! Adakah esok untuk aku terus memandang? Pastinya,
esok kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Masih bernafas atau dipanggil pulang bertemuNYA. Hidup
sebagai gadis desa,itulah diriku. Ditemani suara maya, diterangi indah
cakerawalaNYA. Awan, bintang dan bulan bagai mengerti apa yang ku rasa. Tiada
istilah keseorangan walaupun dimata kasar mereka melihat aku bagaikan hidup
dibawah tempurung yang hanya menampakkan diri jika perlu. Tidak mudah untuk aku
memperlihatkan wajahku yang sederhana ini. Hidup mesti pandai membawa diri!
Itulah kata-kata inspirasi diriku. Lamunan sering menghantuiku. Biasalah, hidup
berfantasi itulah diriku. Cuma, perlu berhati-hati dalam melayan fantasi.
Tersilap layan boleh merana jiwa tu!
CINTAi
aku, SAYANGi aku
KASIHi
aku, MILIKi aku
CINTAi
aku karena ALLAH
SAYANGi
aku karena ALLAH
KASIHi
aku karena ALLAH
MILIKi
aku karena ALLAH
Bukan
langit, bukan bumi
Bukan
bulan matahari
Kau
JADIkan SAKSI CINTA
Hanya
ALLAH sang MAHA CINTA
Bukan
harta, bukan rupa
Bukan
pula kehebatan
IMAN
dan TAQWAmu sayang
Mencintamu
aku tenang!!
Ku
ingin menJADI SYURGA
Dalam
lembaran hidupmu
Ku
JADIkan engkau IMAM
Lagu yang selalu aku dengar tatkala
hatiku rindu. Rindu yang tidak mampu aku luahkan. Hanya pada ALLAH aku serahkan
segalanya. Kala taipan ini menari-nari
airmataku mengalir tanpa kupinta. Liriknya yang ringkas dan mudah difahami
mampu menitiskan airmata sesiapa saja yang memahaminya. Bukan minta simpati
sesiapa tetapi inilah diriku yang selalu berkongsi rasa mengikut hati yang
berbicara seikhlasnya. Mungkin ada yang kata petaipan sekadar fantasi tetapi
hanya ALLAH yang mengetahui. Saat hati berbicara hanya mampu tersenyum. Kita
semua ingin disayangi. Dicintai setulus hati tanpa paksaan. Cinta itu anugerah
terindah daripada yang ESA. Cinta yang
lahir keranaNYA bukan cinta yang sekadar hadir semata-mata mengisi kekosongan
tetapi cinta yang sebenar-benar cinta untuk bersama dengan seseorang yang
dihadirkan untuk menemani kita didunia
dan kelak jua akulah BIDADARInya di AKHIRAT. Kita tahu dunia ini hanya
sementara. Tiada yang mampu kita bawa kecuali amal kita. Jadi, untuk mencari kebahagian AKHIRAT, maka
kita perlu mengumpul amalan kita ikhlas keranaNYA. Ingin kebaikan untuk diri
maka perbaikilah akhlak kita. Ingat!! Kita hidup bukan untuk dipuji manusia
tetapi kita hidup untuk meRAIH REDHA Daripada Yang MAHA ESA. Meskipun kita
tidak dikenali penduduk bumi, namun nama kita tercatit pada Penduduk Langit. Jadikanlah
contoh dan teladan daripada kisah Hamba ALLAH yang bernama Uwais Al Qarni yang
hidupnya miskin dan tinggal bersama ibunya yang uzur yang mana beliau tidak
dikenali penduduk Bumi tetapi amat dikenali penduduk langit. Ingin mengetahui
kisahnya, kalian bacalah ye!!
Cinta pada manusia dan dunia hanya
sementara. Dipinjamkan sekadar ingin menguji jiwa dan raga untuk kita memperhambakan
diri kepadaNYA. Rasa disayangi, rasa dicintai dan rasa ingn dirindui itulah
rasa anugerahNYA. Matlamat hidup hanya mengejar CintaNYA seTULUS HATI. Hanya
DIA yang mampu menyempurnakan segalanya.
Kadang
aku tak sanggup
Menerima
kenyataan
Mengarungi
hidup ku
Di
dalam kegalauan
Namun
selalu ku ingat
KebesaranMU
Oh Tuhan
Meski
kadang terjatuh
Dan
rasa putus harapan
Tetap
ku bertahan
Dalam
hidup ini
Walau
ku adukan
Tiada
yang mengerti
Hanya
padamu Ya ALLAH
Semua
ini ku serahkan
Rasa
inginku Ya ALLAH
PadaMU
ku kembalikan
Dalam
doa ku Ya ALLAH
Beri
aku kekuatan
Selamatkan
ku Ya ALLAH
Dari
segala cobaan
Fitrah manusia, yang ada nafsu dan
keinginan. Inginkan belaian dan inginkan seseorang yang sentiasa ada disisi
disaat suka dan duka dikongsi bersamanya.Siapakah dia? Sudah tentulah seorang
lelaki yang dipanggil Suami atau seorang wanita yang digelar sebagai Isteri.
Belum bertemu dengannya tapi puisi
untuknya telah ternukil saat hatiku berbicara. Disini aku kongsikan puisi untuk
tatapan dan bacaan korang ye!
:: MutiARA Untuk Suami::
Ku simpan satu DAERAH
Paling INDAH untuk Kau HUNI
Untuk kau huni, diDALAM
HATIku
Sebagai seorang SUAMI
PILIHan ALLAH
Untuk berSAMAku menuju
SYURGA
Suamiku!!
Kau PENUHilah
Dengan keMULIAan seorang
LELAKI
Untuk kau berIMAN dengan
kasihNYA
Mencari RedhaNYA
Mendapat RahmatNYA
Ku ingin kau jadi LELAKI
MULIA
Yang TAHU Dirimu
Hanyalah hambaNYA tetap
hambaNYA
MenJALANkan AmanahNYA
MenCURAH CINTA kepadaNYA,
memberi KASIH padaku
Kerana kau SUAMI
Ku tahu kau memahami
Bahawa HIDUP ini hanya
SEMENTARA
Untuk kita abadikan sebagai
hambaNYA
Di DUNIA kita diTEMUkan
Di AKHIRAT kita diKEKALkan
Sebagai SUAMI ISTERI
pengHUNI SYURGA
Untuk Suamiku!!
Dalam hidup ini tidak
seINDAH yang kita JANJIkan
Yang kita HARAPkan
Tanpa IMAN Dan TAQWA
Kita mudah diLALAIkan
Untuk kita KEKAL diSANA,
sebagai SUAMIku
Tetap aku ISTERImu
IMAN dan TAQWA kita KEKALkan
Kita perKUKUHkan, untuk
tetap berSAMA
Ku ingin menJADI BIDADARImu
DiDUNIA dan AKHIRAT
Kita berSAMA
MISI kita SYURGA-NYA
VISI kita CINTA-NYA
Untuk kita kekal bersamaNYA
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj
Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Ayat –ayat hanya sekadar ayat yang
ternukil yang terlahir daripada naluriku sendiri. Aku bukanlah penulis yang
sebenar-benarnya penulis. Sekadar suka suki!! Dibuai perasaan yang sekadar
perasaan. Hanya kefantasian dijiwa. Realitinya hanya ALLAH yang mengetahui
disebaliknya. Kita hanya hambaNYA yang kerdil. Puisi ini ternukil saat aku
kerap mendengar lagu Permata Untuk Isteri yang dipopularkan oleh Kumpulan
Kopratasa. Sedia maklum, kebanyakkan lagu-lagu daripada kumpulan tersebut
bermula dengan puisi. Puisi ini terus menari-menari dijiwa ku!! Puas aku
menghentikan lagu itu namun masih terus menari dan menari. Disinilah kekuatan
akal bermula. Kali ini rasa kasih pada seorang insan berlawanan jantina, rasa
yang sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata. Aku pendam dan hanya berdoa.
Minta padaNYA jika rasa ini rasa yang hadir daripadaNYA permudahkan segalanya.
Semua orang pernah melalui kisah disebalik ‘Kisah Cinta’ (Cinta Sesama Insan).
Ada yang bermula diJinjang Pelamin dan ada yang tidak sampai kepermulaan cinta
bermula. Pergghh! Ayat ini kononnya mampu dikategorikan sebagai puitis pada hal
hanya syok sendiri. Biasalah diriku memang macam ini tidak mampu dinafikan
lagi. Kita mengaku tau! Berbalik kepada asalnya kita, kita hanya hamba ALLAH
yang kerdil. “ Sesungguhnya orang yang BerIman,orang-orang Yahudi,orang-orang
Nasrani dan orang-orang Sobiin,siapa saja (diantara mereka ) yang Beriman
kepada ALLAH dan hari akhir ,dan melakukan kebajikan,mereka mendapat pahala
dari Tuhannya,tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati”
(Surah Al-Baqarah Ayat 62) Ayat ini
menjelaskan tentang pahala orang Yang beriman. Bila diri sedang diuji janganlah
bersedih kerana setiap apa yang kita lalui ada hikmah yang tersembunyi yang
hanya perlu bersabar dalam melaluinya. Macam aku juga dan korang tidak terlepas
melaluinya pasti ada suka dan duka yang akan dilalui. Bezanya hanya bagaimana
kita diuji dan bagaimana cara untuk kita mengatasi ujian tersebut? Gadis Desa
itu adalah diriku!! Di disebuah Kampung yang serba sederhana. Perbelanjaan yang
dikategorikan sebagai ‘Wasatiyyah’(Kesederhanaan). Boleh jugalah dikatakan
sebagai bahasa zaman ini yang disebut sebagai kolot. Bagiku biar kolot
jangankan diri ini kelautan. Perghhhh bahasa aku pun dah jadi bahasa senget
terhangat. ::Peredaran zaman tidak mampu
mengoda JIWA andai IMAN di HATI
sentiasa diSISI:: Korang perhatikan, fesyen tudung zaman ini apa yang aku
perhatikan daripada sudut mata hatiku nak kata cantik bolehlah tapi ada separuh
daripadanya kalau pakai nampak macam ikatan pocong pun ada juga. Wanita ini
ibarat perhiasan dunia. Maka jadilah perhiasan yang mampu dikekalkan kerana di
dunia yang kita pijak hari ini hanyalah sementara saja. Hiduplah dengan apa
yang kita perolehi janji sentiasa
bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Selalu
berkata-kata dengan jiwa “Aku adalah seorang hamba, yang akan dipanggil pulang
kepangkuan Tuhan maka apa yang perlu aku balasi dengan apa yang telah diberi
olehNYA? Jika kita berbicara dengan ‘Matahati’
jiwa kita akan memancarkan 3 destinasi iaitu ALAM KUBUR, PADANG MASYAR
dan SYURGA/NERAKA. Bila kita fikirkan saat kita berada di Alam Kubur, kita
keseorangan tiada siapa yang menemani
kita kecuali diri kita sendiri yang berbekalkan AMALAN kita di DUNIA. Aku pasti
dijemput pulang. Hanya menunggu masa!. ::Akulah
MUSAFIR hari INI, menCARI BEKALan untuk menuju NEGERI ABADI.
Matlamat UTAMA ingin menatapNYA dengan WAJAH yang berSERI berPANCARANkan IMAN
dan TAQWA keranaNYA:: Ini salah
satu ayat yang ternukil saat hatiku berbicara. Melayan hati perlukan
kebijaksanaan Akal yang Waras. Bukan mudah untuk berbicara tersalah bicara
emosi akan terganggu. Di masa inilah penggoda Durjana memainkan peranannya.
Fahamkan lirik lagu Dato Siti yang bertajuk Mikraj Cinta, pendapat ku lagu ini
mempunyai visi tersendiri dalam menyampaikan sesuatu yang dipanggil kebenaran.
Langit
malam bercahaya
Yang
terlihat limpahan sinaranNya
Takkan
jemu tangisan rindu
Bagai
dekat getaran panggilanMu
Pada
mikraj cinta ada rahsianya
Pada
mikraj cinta ada jawapannya
Pada
mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Tuhan
tetapkanlah
Jiwa
hati kami semua
Sehingga
bertemuMu menatapMu
Nanti
di sana
Tuhan
temukanlah
Pengakhiran
yang terindah
Sehingga
bertemuMu
MenghadapMu
di syurga
Takkan
jemu tangisan rindu
Bagai
dekat getaran panggilanMu
Pada
mikraj cinta ada rahsianya
Pada
mikraj cinta ada jawapannya
Pada
mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya
Bukalah
mata hati
Bukalah
cermin mimpi
Moga
jalanku tidak keliru
Berkelana
mencariMu
Tuhan
temukanlah
Pengakhiran
yang terindah
Sehingga
bertemuMu
MenghadapMu
di syurga
Ya
Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa
yang berduka
Kembali
berbicara
Dan
mengukir senyuman
Tuhan
temukanlah
Dengan
hikmah mikraj cinta
Perhatikan lirik tersebut dan
selamilah ayat-ayat dalam lirik itu, yang mampu aku trengkaskan satu
pengharapan yang ingin pengakhiran yang terindah iaitu destinasi terakhir ialah
SYURGA. Dalam mencarinya, kita perlu berhati-hati tersalah jalan tersesat menuju
destinasinya. Melihat sesuatu itu dengan Pandangan ‘MATAHATI’. Terlahir
matahati segalanya indah di pengakhiran nanti. Sentiasa terlihat sinaran
KasihNYA dan sentiasa dibawah Naungan RahmatNYA. JIWA dikawal oleh MATAHATI bukan HATI. ::HITUNG keSYUKURan dengan "MATA HATI",endahkan keSUKARan
dengan keTABAHan JIWA dan TETAPkan penDIRIan dengan IMAN dan TAQWA kita kepadaNYA:: {Perhatikan Fikiranmu kerana ia akan
menjadi kata-katamu.
Perhatikan
kata-katamu kerana ia menjadi
tindakanmu. Perhatikan tindakanmu kerana ia
akan menjadi kebiasaanmu. Perhatikan kebiasaanmu kerana ia akan membentuk
karaktermu. Perhatikan karaktermu ia akan
menentukan nasibmu.}( Saiyidana Ali
Bin Abi Tholib K.W) Kata-kata
yang keluar daripada mulut kita menggambarkan sikap kita. Jadi untuk mendidik
jiwa kita ke jalan menuju RedhaNYA, mulakan daripada hatimu. Ikhlas hatimu, In Shaa ALLAH segalanya Indah.
Akulah Gadis Desa itu! Aku sedar aku hanyalah HambaNYA yang kerdil yang
sentiasa melakukan dosa. Korang nak tau tak, sebenarnyakan dalam penaipan apa
saja yang korang nak nukilkan ianya ibarat macam menyiapkan kertas kerja
(assignment) yang diberi oleh Cikgu atau Pensyarah pada zaman digelar siswi.
Dalam penaipan cerpen kali ini, baru aku sedari. Fantasi itu memang fantasi. Dalam
kefantasian pun kena cari maklumat yang tepat. Tidak semudah mengikut naluri
hati kemungkinan untuk tersasar daripada landasan itu memang ada. ::INDAH itu bila AIRMATA mengalir
keranaNYA. DiSAAT duka,penawar hanyalah DIA.IKHLASkan segala keranaNYA. KeTENANGan
itu pasti milik kita:: Duduk keseorangan, melayang-layang
fikiran berbagai-bagai memori kembali menyinggah. Nasihat den kalau nak melayan jiwa pastikan wudhu ada dibadan.
Takut nanti ada makhluk lain yang ingin menumpang. Yakin pada DIA, segalanya dipermudahkan.
Hanya DIA yang setia bersama kita walaupun kadang-kala kita melupakanNYA. :: Teruskan LANGKAHanmu selagi kamu
menyakini yang kamu adalah betul kerana keyakinanmu itu bersama langkahan ALLAH
SWT yang sentiasa menemanimu. Langkahlah dengan keYAKINANanmu, segalanya MUDAH
tanpa penDUSTAan::
:: Akulah Gadis Desa Itu!::
Hidup bersederhana
Tiada Harta
Alhamdulillah, rupa seindah
ciptaanNYA
IMPIkan 'SYURGA' penempatan
terAKHIR
Menjadi WANITA SOLEHAH
itulah cita-cita
TerKAYA dengan IMAN Dan
TAQWA
Merangkul GELARAN 'BIDADARI
SYURGA'
Bersemayam INDAH bersama
CintaNYA
Bukan fantasi tapi REALITI
BerkeYAKINan sepenuh hati
kepadaNYA
Kunci Utama, menuju
Destinasi Abadi!
Bicara Alam, ada RahsiaNYA
Berpegang pada SATU!!
'TALI ALLAH',Jangan dilepaskan
HIDAYAH milikNYA
Diberikan kepada sesiapa
yang dikehendakiNYA
Diberi peluang, jangan
disia-siakan
'AD DIN' seTULUS HATI
JanjiNYA Pasti!!
Pancaran "MATAHATI'
pembuka laluan
Menuju singgahsana kekal
abadi
Siapakah kita disana nanti?
Hanya DIA yang mengetahuinya
BerUSAHA selagi berpeluang
Selagi NAFAS mampu berhembus
RAIHlah CintaNYA seTULUS
HATI!
Setiap langkahan di Atas
Bumi
Langkahlah bersama langkahan لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
Kunci SYURGA akan kuGENGGAMi
Ya ALLAH!
Aku ingin pandangan terakhirku
KAABAH
Ciuman terakhirku berakhir
di SEJADAH
Ucapan terakhirku لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
Dengan Terang Dan Jelas
Terakhir disini
,"Akulah Gadis Desa itu!"
Disana menanti, "Akulah
Bidadari SyurgaMU!"
Aamiin..Ya Rabbal Alamin
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj
Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Hal terindah bagi wanita adalah
bukan di nilai ketika ia tersenyum kerana bahagia, tapi ketika butiran
airmatanya gugur dalam doa,bukan kerana kata-katanya yang indah tetapi ketika
ia diam dalam tasbih memuji ALLAH malah bukan kerana kecantikkan tubuh yang
dipamerkan tetapi kerana keteguhan dalam menjaga aurat dan kesuciannya. Dia digelar BIDADARI
DUNIA yang dirindu dan embun yang dinanti bahkan BIDADARI SYURGA pun turut
cemburu padanya. Itulah kelebihan yang ALLAH berikan kepada WANITA DUNIA. Tidak
mahukah kita dicemburui oleh Bidadari Syurga? Bila berkeinginan, berusahalah
sedaya upaya. Semoga dengan niat yang suci ini dipermudahkan olehNYA untuk kita
genggaminya.” Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan didunia itu hanyalah permainan
dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba
dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti tanam-tanamannya mengagumkan para
petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan
daripada ALLAH serta keredhaanNYA. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah
kesenangan yang palsu”( Surah Al-Hadid Ayat 20) “ Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan
syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-RasulNYA. Itulah kurnia
ALLAH, yang diberikan kepada sesiapa
yang dikehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar. (Surah Al- Hadid
Ayat 21).
Hidup di dunia ini hanya sementara.
Tiada apa yang kita mampu bawa. Di sana, semuanya terlah tersedia malah lebih
lagi apa yang kita ada di dunia ini yang barangannya hanya tiruan berbanding di
SYURGA. Bekalan untuk dibawa hanyalah amalan. Daripada Abu Ayyub Khalid bin
Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah,
beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab
Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu,
dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”. Sahabatku!, harapan dan angan-angan
semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada
melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT. Maka, inginkan apa yang
diimpikan berusahalah selagi kita diberi peluang menyedut Udara Segar Bumi. Saat
nyawa kita dipengakhiran pernafasan, taubat tidak di terima lagi saat itu. Aku bukanlah
seorang Ustazah yang mampu memberi nasihat kepada kalian, aku Cuma gadis desa
itu yang tidak punya apa-apa kecuali mengharapkan keredhaan ALLAH untuk aku
menjadi hamba yang terpilih menghuni SyurgaNYA dengan gelaran “BIDADARI DUNIA,
BIDADARI SYURGA”. Semoga impianku ini, dimakbulkan oleh ALLAH. Tiada yang
mustahil bila DIA berkehendakkan sesuatu
dengan berfirman “Kun Fayakun”. KeYAKINan akan hadir bila IMAN dan TAQWA sentiasa
disisi. Disaat aku menaip cerpen ini, aku pastikan wudhu sentiasa ada. Takut apa
yang aku taipkan nanti menyelimpang daripada maksud yang ingin aku
sampaikan. Aku ingin menjadi penaipan
cerita atau fantasi yang hadir apabila hatiku berbicara keranaNYA. Mungkin ada
diantara kalian yang tidak memahami. Jangan risau! Abaikan apa yang kalian
tidak faham. Hidup ini mudah dan trengkas bila kita sentiasa ingat ALLAH. Biar kita
di lihat macam kesengetan tetapi di sebalik kesengetan ada kehebatan yang hanya
ALLAH yang tahu. Kecantikkan seorang itu bukan terlihat pada cantik wajahnya
tetapi kecantikkan itu bermula daripada hati. Biarpun berbadan besar, andai
ALLAH mentakdirkan hati kita secantik Bidadari itulah anugerah yang terindah. Aku
tahu ada diantara mereka di sana, benci akan diriku ini. Aku tidak kisah. Bukan
bencian mereka yang mampu menjadikan impianku sebagai Bidadari Syurga direalitikan, tetapi ketaatan diriku yang
setulus ikhlas hanya keranaNYA yang bisa merealitikan impian dan cita-citaku
ini. Tetiba airmataku mengalir saat menaip tatkala ini. Aku manusia sederhana! Harus dingat kita tidak
mampu menongkah dunia!! ::Kata-kata
HINAan manusia,kata-kata yang mendorong DIRI terus berMUHASABAH. TANDA HINAan
manusia tanda KASIH SAYANG ALLAH pada hambaNYA::
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapat masuk
syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum
kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk
berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042)
Aku
tidak peduli kata-kata manusia yang bongkak dengan keduniaan. Aku ingin mencari
Redha ALLAH untuk aku meraih cintaNYA dan menggenggam Kunci Syurga. Maka, aku
abaikan kata-kata mereka. Salah satu tanda kematangan dalam diri seseorang
ialah kesabaran dalam mengharungi dugaan. ::BerBURUK
SANGKA pada ORANG LAIN,tanda DIRI itu KALAH dalam 'PERJUANGAN'. YAKIN pada
ALLAH, Ukhwah Fillah berKEKALan. Tanda keIMANan di HATI seorang MUSLIM ialah
berKASIH SAYANG sesama INSAN:: Kata-kata mereka aku abaikan
kerana ianya akan menjerumuskan diriku kearahan kebathilan. Jalan terbaik, aku
mendoakan semoga kita semua sentiasa dalam Redha Dan RahmatNYA. Jom kita fahami
dialong ini!
“Apakah
batu paling murah?”
“Arang!”
“Dan
batu paling mahal?”
“Berlian!”
Kedua-duanya
terdiri daripada?”
“Karbon!”
“Benar.
Dan tahukah kamu apa yang membezakan
mereka berdua? Tekanan”
“Tekanan
yang menghasilkan sesuatu yang
berkualiti dan cantik. Apabila ALLAH SWT
menguji kita dengan ujian
kehidupan itu adalah kerana ALLAH sedang membentuk kita untuk
menjadi yang terbaik”.
Dialong diatas kalau kalian faham maksudnya,
ada kebenaran yang ingin disampaikan. Setiap yang berlaku keatas diri kita ada
hikmah yang tersembunyi. Ingin diuji keimanan dan ketaqwaan kita kepada
pencipta. Sebelum memberi yang terbaik, mesti ada ujian yang akan kita tempuhi.
“
Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz)
sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH”
(Surah Al- Hadid Ayat 22) “
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula
terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNYA
kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang sombong dan membanggakan
diri. (Surah Al-Hadid Ayat 23) Bila
kita bersedih, belajar pujuk hati kita. Pejam mata, kata dalam hati,”inilah
ujia untuk aku. ALLAH letakkan aku
disini! ALLAH bagi aku merasa ujian seberat dan seperti ini. Saat aku berkata ini ujian paling besar buat aku,
fikir dan lihatlah sebesar mana ujian kita berbanding mereka. Maka hati yang
bersedih, nescaya akan mula merasa Redha, Sabar dan Syukur.
Akulah gadis desa itu! Yang masih
keseorangan. Sebenarnya bagi akulah kan tiada istilah keseorangan kerana kita
sentiasa ditemani DIA yang MAHA KUASA. Ingin pendamping yang terbaik, jadilah
yang ikhlas menghambakan diri kepadaNYA. DIA yang menentukan segalanya. Aku
tidak peduli apa kata-kata manusia yang melihat sehingga kini aku belum
mempunyai suami. Ada yang gelarkan ‘andartu’ bagiku mereka yang melemparkan
kata-kata itu, fikiran tidak waras dan tidak melihat dengan pandangan ‘matahati’.
Jodoh dan Ajal Maut itu rahsiaNYA. “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat
adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk
perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari
(tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang
baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”
(Surah An-Nur Ayat 26) Ayat yang
diperjelaskan oleh ALLAH di dalam AL-QURAN. Maka, kita sebagai hamba mestilah
memahami. Tiada pasangan didunia, ALLAH akan memberi kita pasangan di Akhirat. Paling
penting, kita taat padaNYA. Ikhlas dalam segala perkara pasti bertemu jua
kebahagiannya tidak didunia pastinya di akhirat. Jika masih keseorangan
bersyukurlah kerana ALLAH ingin memelihara kita daripada dosa dan maksiat. Tulang
rusuk tidak pernah bertukar dan tetap setia pada pemiliknya. Bercinta sakan
andai tiada jodoh tidak juga dipermulaan atas jinjang pelamin. Tidak bercinta
tidak mustahil permulaan atas jinjang pelamin itu berlaku. Faham-fahamkan ayat
Den. Raihlah cintaNYA yang patut di utamakan.DIA akan mengirimkan seseorang pilihanNYA.
Cinta hingga Jannah itulah cinta seSUCI kasihNYA. In Shaa ALLAH, untukmu
Belahan Jiwaku! Aku tidak mahu berjanji, Cuma aku mahu kita bersama-sama berdoa semoga rasa yang diberikan olehNYA
kepada kita adalah rasa yang ikhlas
lahir daripada sanubari kita untuk
saling berkongsi rasa hingga akhir pertemuan yang ditakdirkanNYA. Aku ingin
menjadi BIDADARImu bukan hanya memegang gelaran isteri tetapi ingin menjadi
Bidadarimu di SYURGA. Inilah impianku!
::
Tautan KASIH KeranaNYA::
Cinta
KeranaNYA
DIA
yang menyemai rasa
DIA
yang membaja rasa
RINDU,
KASIH dan SAYANG keranaNYA
Kita
berKONGSI rasa
Itu
FITRAH kita sebagai hambaNYA
INDAHnya
KASIH berSULAMkan 'IMAN'
LEMBUTnya
SAYANG berSUTERAkan 'TAQWA'
Tidak
sesekali meLATAH!!
Tidak
sesekali terPEDAYA!!
"NAFSU
DURJANA' kita tawani
'IMAN
Dan TAQWA' mengetuai KASIH kita
AMAL
dan DOA kita TITIPkan kepadaNYA
MeREALISASIkan
HARAPan Seluruh JIWA kepadaNYA
Hati
berbicara, kaulah pendamping halalku!!
Biarpun
sepi, perGANTUNGan HARAPan hanya pada ALLAH SWT
Hatimu,
milikNYA
Jiwamu,
milikNYA
Maka,
kepadaNYA aku memohon
Meskipun
tiada luahan 'Sayang'
Walaupun
tiada kata 'Rindu' diperdengarkan
Namun,
Hanya DIA yang mengetahui segalanya
KeYAKINan
kepadaNYA
Segalanya
INDAH tepat pada WAKTUnya
Saling
merindukan keranaNYA
Itulah
NIKMAT, berKASIH keranaNYA
Hasil
Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya
Mampu Tersenyum
Jauh
dimata jiwa ini. Aku menyakinkan diri
megikhlaskan menukil madah. Ini takdir ILAHI, kita pasti bersama. Hiduplah
seperti burung merpati yang setia pada pasangannya meskipun terbang bebas namun tetap kembali ke sangkar.
:: KeSETIAan tidak mudah
diBUKTIkan dengan kata-kata, namun ianya akan dirasai melalui HATI. Maka,
sucikan hatimu. TAKDIR-NYA adalah untuk keBAHAGIAan kita di DUNIA Dan AKHIRAT::
Aku
menunggumu dengan kesabaran. Tidak bertemu didunia, aku menanti dirimu di Pintu
Syurga. Kasih yang dianugerahkan ini akan kusimpan dengan rapi dalam doaku
berharap kau adalah belahan jiwaku meskipun aku tahu, cinta tidak perlu dipaksa
namun perlukan pengorbanan. Jika aku tidak sempat bersamamu didunia, titipkan
doa mewangi buat diriku disana. Bila ALLAH ada dihati kita, seolah-olah kita memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan
hati ketenangan sejati dan kebahagian yang haqiqi. :: Tiada keSEPIan, tiada keSEORANGan bila 'NUR' melimpah di HATI.
KeYAKINan pada DIA sekalipun keRAPUHan,kembalilah ke jalanNYA segalanya INDAH
yang diRASA:: Aku adalah hambaNYA yang kerdil. Impianku destinasi pertama
yang aku ingin kunjungi ialah BAITULLAH. Impianku! Sentiasa memohon kepadaNYA,
aku ingin mengakhiri hembusan nafasku yang terakhir di sana. Airmataku mengalir
saat menaip ayat ini. Aku ingin pandangan mata terakhirku adalah KAABAH. Aku
ingin menziarahi Makam Nabi S.A.W. In Shaa ALLAH, aku menunggu jemputannya. Saat
ini terbayang-bayang di mataku, suasana disana.
.Akulah pendosa yang ingin kembali ke Jalan yang diredhaiNYA. Aku ingin
menatap wajahNYA dengan wajahku yang berseri-seri dengan pancaran IMAN dan TAQWA
setulus untukNYA. Sahabatku, doakan ye semoga impianku didengari olehNYA.
Aamiin. Buat belahan jiwaku, andai kita tidak bertemu didunia aku menunggumu di
Syurga. Jaga IMAN dan TAQWA lebih utama.
Di janjikanNYA, pasti tiba. Di SINI, AKUlah “GADIS DESA ITU!” Di SANA meNANTI,
AKUlah, BIDADARI SYURGA. Aamiin. Setiap kali renungan aku pada Alam, ada
rahsianNYA yang tidak mampu aku luahkan. Terutama renungan aku pada BULAN dan
BINTANG. Setiap malam aku pasti menanti kehadiran Bulan atau Bintang. Kelihatan
satu daripada duanya di dada langit, hatiku terasa tenang. Di siang hari, aku
renung awan dan kelihatannya ada rahsia disebaliknya. Namun, aku sedar “AKULAH
GADIS DESA ITU!”