::MeRAIH CINTA ALLAH, Menggenggam
Kunci SYURGA::
.”
…Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan didunia itu hanyalah permainan dan senda
gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam
kekayaan dan anak keturunan, seperti tanam-tanamannya mengagumkan para petani;
kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian
menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada
ALLAH serta keredhaanNYA. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan
yang palsu” (Surah Al-Hadid Ayat 20)
“ …Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan
ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang-orang yang
beriman kepada ALLAH dan Rasul-RasulNya.
Itulah kurnia ALLAH, yang diberikan
kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar”.(
Surah Al- Hadid Ayat 21)
::Wahai hamba, tanya diri
kita adakah ketika ini kita masih D.U.I.T ( Dunia Untuk Insan Tidur)? Bila DUIT
ada dalam jiwa, MAMPUkah kita membeli SYURGANya. WAJIB diINGAT D.U.I.T di
B.A.N.K (Buang ALLAH,Neraka kembali) itulah pengakhiran yang kita perolehi.Maka,J.A.G.A.lah(Jaga
ALLAH Ganjaran ALLAH) DUNIA hanya mainan tidur yang sekadar hanya keseronokkan
sementara::
Kehidupan kita didunia hanyalah sementara.
Negeri AKHIRAT adalah negeri yang kekal selamanya. KUNCI SYURGA ialah Kalimah
Syahadah:-
“Aku bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan yang
disembah melainkan ALLAH dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh
ALLAH”
::Kita
sebagai 'Hamba ALLAH' berURUSan menguruskan Konsep diri 'JUAL Dan BELI'. Jual
diri dengan IBADAH (penghambaan) dan memBELI NIKMAT-NIKMAT yang di JanjikanNya dengan NILAIan 'IMAN Dan TAQWA' dengan HARGA keTULUSan::
Pangkat, darjat dan harta adalah pinjaman
sementara. DUNIA sementara. AKHIRAT itu KEKAL ABADI. Perkataan D.U.N.I.A itu
telah menggambarkan maksud yang tersirat. PerINGATan untuk kita! "Dunia
Untuk Naf's Ingat ALLAH". Terleka dengan godaan, bagaimana dengan setiap
huruf dalam kata itu di realisasikan menjadi realiti?
"Dan apa saja ( kekayaaan,Jawatan,
keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah keSENANGan HIDUP DUNIAwi
dan perHIASannya, sedang apa yang di sisi ALLAH adalah LEBIH BAIK dan lebih
KEKAL. TIDAKah kamu mengERTI?" (Al-Qashash : Ayat 60)
Kisah Qarun yang bangga dengan harta yang
banyak hidup dalam kelalaian sehingga menjadikan dia seorang yang sombong dan
takbur sehinggakan harta yang banyak itu memusnahkan hidupnya. Jadikan kisah
ini,pengajaran untuk kita dan jangan bangga dengan apa yang kita milikki di
dunia kerana ianya merupakan BAYANG-BAYANG TIRUan Harta Akhirat. Kita ingin
mencari Ke ASLIan Harta AKHIRAT yang kekal ABADI.
"Dan CARIlah (PAHALA) Negeri AKHIRAT
dengan apa yang telah di ANUGERAHkan ALLAH kepadamu,tetapi JANGANlah kamu
LUPAkan BAHAGIANmu di DUNIA dan berBUAT BAIKlah (kepada orang lain) sebagaimana
ALLAH telah berbuat baik kepadamu,JANGANlah kamu BUAT keROSAKan di BUMI.
Sungguh, ALLAH TIDAK MENYUKAI orang yang buat kerosakan" (Al-Qashash :
Ayat 77)
Pada suatu hari,Nabi Sulaiman dan bala
tenteranya berada di Lembah Semut lalu beliau terdengar seekor semut berkata
kepada semut-semut yang lain " Wahai semut! Masuklah kamu ke dalam
sarang-sarangmu agar kamu tidak di injak Nabi Sulaiman bersama bala
tenteranya". Nabi Sulaiman tersenyum mendengar ucapan Ketua Semut itu lalu
berdoa :-
"Ya
ALLAH,ANUGERAHkan aku ILHAM untuk tetap menSYUKURi NikmatMU yang telah ENGKAU
anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku agar aku mengerjakan
Kebajikan yang ENGKAU REDHAi; dan MASUKkanlah aku ke DALAM golongan
HAMBA-HAMBAMU yang SOLEH" ( AN-NAML: Ayat 19)
Sudahkah
kita bersyukur pada hari ini dengan Nikmat yang kita perolehi ini terutama
Nikmat 'NAFAS' yang masih di beri pinjam olehNya? BerWASATIYYAH dalam
HIDUP,PengAKHIRan 'HUSNUL KHATIMAH' milik kita. Aamiin
Sentiasa berMAGFIRAHlah, seLAGI kita
diPINJAMkan 'NAFAS' untuk memperHAMBAkan diri sebagai "HAMBA ALLAH''.
Hanya ALLAH tempat perTOLONGan dan hanya DIA yang wajib di SEMBAH. Kasih
SayangNya,di JANJIkan MAHLIGAI INDAH (SYURGA) RUMAH ABADI milik hambaNya yang
MeLUNASkan perJANJIan dengan seTULUS JIWA meLAKSANAkannya. Kita adalah PenJUAL
dan PemBELI 'HARTA AKHIRAT'.
"Barang siapa mengHARAPkan perTEMUan
dengan ALLAH,maka sesungguhnya WAKTU ( yang di janjikan) ALLAH pasti datang dan
DIA Yang MAHA MenDENGAR,Maha MengeTAHUi"
(AL-ANKABUT
: Ayat 5)
"Dan barang siapa berJIHAD,maka
sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh ALLAH Maha KAYA (tidak
memerlukan sesuatu) dari seluruh alam"
(AL-
ANKABUT: Ayat 6)
"Dan ORANG-ORANG yang yang berIMAN Dan
mengerjakan KEBAJIKAN pasti akan KAMI HAPUS keSALAHan-keSALAHannya dan mereka
pasti akan KAMI BERI BALASan yang LEBIH BAIK dari apa yang mereka
kerjakan"
(AL-ANKABUT:
Ayat 7)
SubhanALLAH, Kasih Sayang ALLAH kepada kita
TANPA BATASan yang TIADA NOKTAHnya. Mengapa kita tidak mahu menerima pemberianNya?
Mungkin,tidak nampak pemberiannya pada ZAHIR kita! Begitukah? Kitalah pemBELI
BONGKAK Dan SOMBONG itu! Kita jugalah PENIAGA MUFLIS itu! Buta 'MATAHATI' tidak
keLIHATan 'CINTA SYURGA' dalam QALBI kita. JANGANlah kita terGODA dengan
UMPAN-UMPAN SYAITAN yang berJANJI menyesatkan Hamba ALLAH yang terHANYUT di
BUAI MIMPI INDAH. Janji ALLAH itu PASTI!. Sabarlah! KeHIDUPan seBENAR-BENARnya
ialah keHIDUPan ABADI iaitu NEGERI AKHIRAT.
"Dan kehidupan dunia hanya senda-gurauan
dan permainan. Dan sesungguhnya NEGERI AKHIRAT itulah kehidupan yang
sebenar-benarnya sekiranya mereka mengetahui" ( AL-ANKABUT : Ayat 64)
Meraihlah CintaNya,DAMBAkanlah
KasihNya. Dengan meraih dan mendamba itu yang akan membuatkan ‘QALBI’ kita
bahagia. Bahagia kerana jiwa kita
kembali kepada asalnya. Kita di jadikan oleh Pencipta Yang TerAgung. Ada di
antara kita yang pada awalnya di mulakan
dengan kemaksiatan, tetapi dengan Kasih SayangNya bersulamkan ‘AR
RAHMAN AR RAHIM’ di kurniakan kepada
kita HIDAYAH kepada sesiapa yang di kehendakinya dengan permulaannya pada
Jentikkan Qalbi kita yang menimbulkan rasa keinsafan dan bermuhasabah diri
dengan rasa berdosa dengan apa yang kita lakukan sebelum ini. SubhanALLAH,
menitis airmata ini bila qalbi kita di jentik dengan tumpuan kasih yang tulus
daripadaNya. Kita akan merasa indah bila hadirnya perasaan itu yang mana kita
tidak mampu mengungkapkan kata-kata yang indah untuk menggambarkannya. Cukuplah
AIRMATA menjadi saksinya. Cara mendapatkan
hidup yang lebih bahagia dalam RahmatNya terbentang luas di hadapan kita. Cuma,
kita saja yang memBUTAkan ‘MataHati’ dan memPEKAKkan ‘Telinga’ kita! Terbuai dengn
arus keasyikkan duniawi dan membelai
mimpi-mimpi omongan kosong duniawi. Tatkala wacana ini sedang di taip oleh saya, airmata mengalir
dengan sendirinya. Saya bukanlah seorang Ustazah, untuk menaipkan sesuatu
mengenai Agama tetapi saya berniat semoga ALLAH membukakan pintu hati
saya untuk menaip sesuatu mengenai agamaNya yang di salurkan melalui naluri di
mana ianya terhasil melalui perbicaraan
hati maka terhasil sesuatu tajuk. Bila kita mengalirkan Airmata
keranaNYA, hadir satu kepuasan dan wujud rasa indah antara kita dengannya. Airmata K.A.S.I.H ( Kasih ALLAH SENTUHan IMAN HambaNya) pasti
merasai R.I.N.D.U. (Rasa Indah Namun Doaku Utuh). Setiap perkataan bahasa melayu itu ada maksud sendiri daripada setiap
hurufnya. Jika kita melihat dengan matahati dan membistarikan akal yang di
kurniakan oleh ALLAH SWT. ::SENYUM dalam
DIAM,TANGIS dalam RahsiaNya yang membelai keRINDUanmu dalam DOA maka
berCINTAlah dalam SUJUD berBICARAlah pada 'Matahati'::
Kisah seorang Pembunuh yang telah
membunuh 99 orang, ingin pulang ke Jalan yang di Redhai oleh ALLAH SWT. Dia
bertemu dengan seorang pendeta lalu
bertanya kepada pendeta itu :-
“Aku telah membunuh 99 orang,apakah masih ada
peluang untukku kembali bertaubat?”
Lalu berkatalah pendeta itu, “ Tidak .”
Mendengar jawapan tersebut , lelaki itu terus membunuh pendeta itu. Maka,
cukuplah 100 orang yang telah di bunuh olehnya. Namun, dia masih lagi mencari
seorang yang alim orangnya untuk dia bertanyakan tentang soalan yang sama yang
di tanya kepada pendeta tadi. Di persimpangan jalan, dia bertemu dengan seorang yang alim lalu bertanya
kepadanya:-
“Aku telah membunuh 100 orang,adakah masih
ada peluang untukku kembali bertaubat?”
Jawab orang Alim itu, “Ya! Siapa yang dapat
menghalang kamu untuk bertaubat? Pergilah ke kampung sekian dan beribadatlah di
sana. Usah kamu kembali lagi ke negerimu kerana ia adalah negeri yang sangat
hina.” Lelaki itu meneruskan langkahnya menuju ke kampung yang telah
diceritakan oleh orang alim tersebut. Namun, di persimpangan jalan ditakdirkan
ALLAH SWT, dia di jemput ajal. Maka, berlakulah pergaduhan antara Malaikat
Rahmat dan Malaikat Azab. :: KeTENTUan
milikNya. Namun, kita MAMPU meLUKIS ketentuan yang kita INGINkan dengan D.O.A
di mana ianya ada dalam H.A.T.I kita
yang di SALURkan meLALUi IMAN dan TAQWA keranaNya. HIDAYAH milikNya! SeLAGI
berNAFAS, di beri PELUANG cari BEKALan untuk NEGERI ABADI::
Berkata Malaikat Rahmat, “Dia berjalan mencari
Rahmat ALLAH SWT”
Berkata pula Malaikat Azab, “ Dia seorang
yang tidak pernah melakukan kebaikan!”
Kemudian datang Malaikat lain menawarkan
solusi.” Ukurlah jarak di antara dua buah tempat. Mana yang lebih dekat,
itula tempat bersemadinya” Setelah diukur, ternyata jarak lelaki itu mendekati Negeri yang mahu ditujunya. Lalu Malaikat
Rahmat mengambilnya. Benarlah penilaian ALLAH SWT itu di hujung. Namun yang lebih penting adalah usaha kita untuk
menjadi mukmin yang terbaik di kalangan yang terbaik. Jika itu pegangan kita,
pasti kita tidak berani untuk mencipta kemurkaan ALLAH SWT. Jika ini ada dalam
H.A.T.I kita mulakan sekarang jangan berlengah lagi. Hidayah Milik ALLAH, namun
kita harus menggali dan bermarathonlah dalam pencarian kita. Jangan tunggu
hingga NAFAS yang terakhir saat Malaikat Azab menunggu kita, saat itu Pintu
Taubat Mengucapkan” Maaf, Pintu tertutup sudah untukmu” Penyesalan terakhir
tiada tunas indahnya lagi. Ambil ikthibar kisah
di atas ini! ALLAH SWT tidak pernah jauh! DIA sentiasa dekat, malah
lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Debu ujian akan sering
menghampiri, namun semuanya di bahu kita! Adakah kita mahu tandus atau teruskan
bangun tanpa jemu. ::HATI POSITIF di
IKUTi,hati NEGATIF berBICARAlah kamu dengan IMAN dan TAQWA di manakah tempatnya
MU'MIN pada JIWAmu?::
Kita mengaku kita ISLAM, adakah kita seorang
MUKMIN SEJATI? Jom kita MUHASABAH diri kita,adakah kita ini mempunyai SIFAT-SIFAT
seORANG MUKMIN yang di terangkan oleh ALLAH dalam SURAH AL-MU'MINUN (Ayat 1
Hingga 11)
Dengan Nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH Dan
PENYAYANG
1. Sungguh berUNTUNG orang-orang berIMAN
2. (Iaitu) Orang KHUSYUK dalam SOLAT
3.
Dan ORANG yang menJAUHkan DIRI dari ( perBUATan dan perKATAan )
yang TIDAK berGUNA
4. Dan orang MENUNAIkan ZAKAT
5.Dan orang yang MEMELIHARA KeMALUannya
6.
Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7.
Tetapi barang siapa mencari di balik itu (Zina dan sebagainya, maka mereka
itulah orang-orang yang melampaui batas.
8.
Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara
amanat-amanat dan janjinya.
9. Serta orang yang memelihara SOLATnya
10. Mereka itulah orang yang akan mewarisi
11.
(Yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUSI. Mereka kekal di dalamnya
Untuk menjadikan diri kita ini seorang ‘Mukmin
Sejati’ yang bukan hanya pada Nama ISLAM sahaja, ALLAH telah mengutuskan Surat
CintaNya kepada Junjungan Mulia yang tercinta kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Segalanya ada tertulis di situ peristiwa yang berlaku di masa lampau dan yang
akan berlaku di zaman akan datang. ::
AL-QURAN, PEMANDU berHEMAH kepada seSIAPA yang menJADIkan ia sebagai PANDUan
JALAN menuju 'MAHLIGAI INDAH' Tidak terSESAT dan tidak terSALAH JALAN menuju
DESTINASI ABADI.FAHAMilah isi-isinya, terSIRAT dan terSURAT dalam MENITI HIDUP
segalanya terCATIT di dalamnya::
"Sungguh, AL-QURAN ini memBERI peTUNJUK
ke (Jalan) yang paling LURUS dan memberi KHABAR GEMBIRA kepada orang MUKMIN
yang mengerjakan kebajikan,bahawa mereka akan menDAPAT PAHALA yang BESAR"
(AL-ISRA': Ayat :9 )
Junjungan tercinta kita , Rasulullah S.A.W
adalah Model Insan Teragung yang di anugerahkan ALLAH SWT kepada kita. Bersyukurlah kita kepadaNya. Selain berzikir
dan membaca AL-QURAN antara saranan yang terbaik untuk kita mendidik JIWA dan
HATI kita yang kian lupa adalah dengan cara membaca Sirah Rasulullah SAW. Baca,
hayati, tekuni dan fahamilah perjalanan hidup baginda yang penuh berliku. Dengan
izin ALLAH SWT, bukan sahaja akal tunduk mengakui hebatnya insan ini, bahkan
hati turut mengakui bagindalah insan terpilih di sisi ALLAH dan di sisi insan. Peribadi
Rasulullah SAW tidak sama seperti manusia lain. Pada dirinya, mengalir
peribadi agung yang layak di tiru dan
semestinya malar hijau sepanjang zaman. Sesungguhnya, kelahiran baginda sendiri
adalah Rahmat Dan Berkat buat Seluruh
Alam.
Betapa ALLAH SWT mengangkat darjat Nabi Muhammad S.A.W setingginya dan
menjadikan baginda sebaik-baik
ikutan serta teladan. Jadi, bagaimana
caranya untuk memperingati jasa-jasa baginda kepada kita? “Allahumma Solli Ala Muhammad”,lafaz
Selawat yang mendekatkan hati agar terus
mengingati dan mencintai Rasulullah.
Selawat adalah tanda ingatan, itulah tanda cinta.
Daripada Anas, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Setiap Nabi pernah meminta suatu
permintaan,” atau beliau bersabda, “ Setiap Nabi mempunyai doa yang telah ALLAH
kabulkan, sedang aku menyimpan doaku sebagai syafaat buat Umatku di Akhirat
kelak” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Nabi Muhammad SAW telah merelakan sakit yang
sedikit demi memilikki kebaikan yang banyak di Akhirat kelak iaitu ‘SYURGA’.
Justeru, sekilas kita mendengar ‘Sallallahu
Alaihi Wasallam’, maka kita sahut
dengan kata itu juga’. Keistimewaan ini tiada pada Nabi yang lain, melainkan
baginda yang dapat memberi Syafaat kepada sesiapa yang di kehendaki dengan
IzinNya. SubhanALLAH, wajarlah mahalnya Syafaat baginda semahal pengorbanannya
buat kita selaku Umatnya! Baginda, di jamin Oleh ALLAH SWT ‘SYURGA’, masih setia memperhambakan dirinya
setulus hati kerana ALLAH. Sedangkan diri kita ini yang terleka dengan
angan-angan kosong dan Mimpi Indah Dunia lupa akan tempat asal kita iaitu ‘Syurga’. Bila
berbicara tentang ‘Syurga’, segalanya pasti indah. Di sana terdapat segalanya,
tidak perlu bersusah payah mencarinya kerana kesusahan kita telah di bayar oleh
ALLAH SWT semasa kita berada di Dunia. Kepayahan hari ini adalah kebahagian
untuk hari esok! Bersabarlah dalam mengharunginya. Setiap kesabaran itu
membuahkan hasil yang sungguh berhikmah. Alangkah indahnya kehidupan di Syurga.
Ianya merupakan impian hati orang-orang yang beriman. Jalan menuju ke Syurga,
tidak mudah di iringi Karpet Merah. Jalannya penuh berliku dan onak duri!. Walaupun kepayahan untuk kita menuju jalan
itu, di berikan Panduan yang lurus dan tidak menyesatkan kita iaitu “AL-QURAN Dan AS SUNNAH”.
Ayuh! Kita teruskan juga berimpian, berusaha
dan berharap walau tidak mungkin dapat memilikki kesabaran seteguh Nabi tetap
terus berdoa agar tempiasnya dapat kita
milikki. Turning point untuk kita
lebih mengenali Syurga adalah dengan mengenali dan mencintai ALLAH SWT dengan
mengenali laluannya ‘Meraih CINTA ALLAH
dan MenCINTAi Rasulullah’. Susunlah kehidupan kita untuk kembali ke
PangkuanNya. Percaya adanya kematian dan hari penghisaban terakhir sebelum
menuju destinasi abadi. Segalanya adalah Rahsia ALLAH dan kita hanya
mengumpulkan bekalan sebelum bekalan yang kita bawa nanti di timbang di Neraca
ALLAH. Seringlah menanyakan soalan pada jiwa kita “Di manakah aku ingin mengembalikan ROHku
ini?” Namun, pastikan jawapan anda itu
berdasarkn “Kaca Mata” ALLAH SWT. Untuk
apa aku di ciptakan? JawabNya,:-
“AKU
tidak menCIPTAkan JIN Dan MANUSIA melainkan
AGAR MEREKA berIBADAH kepadaKU” ( Surah
AD- ZARIYAT : Ayat 56)