Cerpen
15 : Ustaz Hipster Itu Suamiku!
Penulis:
Nurulizza Hj Ab Karim
Nurul Insyirah (NI) tidak menyangka
yang dia di pertemukan dengan seseorang yang perangai pelik tetapi dalam masa
yang sama orang itu serba boleh. Pertemuan Nurul Insyirah bersama suaminya Mohd
Faizal (MF) bermula di muka buku. Tidak pernah menduga dan tidak pernah
terlintas di hati. Semuanya adalah Rahsia ALLAH. Dia menyerah segalanya kepada
ALLAH. Tidak mencari dan hanya menunggu. Janji ALLAH itu pasti. Tiba saatnya
pasti bersatu dalam ikatan ‘CINTA HALAL’ yang lagi membahagiakan dan sentiasa
dalam Restu Dan Rahmat ALLAH SWT. Nurul Insyirah suka mendengar lagu yang
bertemakan KeTUHANan (Nasyid) dan berirama ‘buaian jiwa’ yang sesuai dengan
jiwanya yang suka berjiwang tetapi ayat tidak berpuitis. Ikut perasa H.A.T.I
yang di rasai. Korang, hayatilah lirik lagu ‘HALAQAH CINTA’ Nyanyian oleh Abay Motivasinger. Lirik yang penuh kesiratan
dan kesuratannya.
Ribuan
malam
Menatap
bintang dan harapan
Dan
ribuan siang
Menahan
terik penantian
Mungkin
Tuhan ingin
Kita
sama-sama tuk mencari
Saling
merindukan dalam do’a-do’a
Mendekatkan
jarak kita
Tuhan
pertemukan
Aku
dengan kekasih pilihan
Seseorang
yang mencintai-Mu
Mencintai
Rasul-Mu
Di
Multazam kumeminta
Ribuan
pagi
Menatap
terbit matahari
Dan
ribuan senja
Menahan
gemuruh didada
Mungkin
Tuhan ingin
Kita
sama-sama tuk mencari
Saling
merindukan dalam do’a-do’a
Mendekatkan
jarak kita
Hingga
malaikat pun tersenyum mendo’akan kita
Menguatlah
keyakinan dihati
Tuhan
persatukan
Aku
dengan kekasih pilihan
Seseorang
yang kan menemaniku
Menuju
surga-Mu
Halaqah
cinta
Tempat
hati bertemu
Halaqah
cinta
Tempat
hati bersatu
Halaqah Cinta tempat hati kita
bertemu yang bermaksud Mencintai ALLAH, maka ALLAH akan hadirkan seseorang yang sesuai dengan kita mengikut ‘Kaca Mata
ALLAH’ yang lebih mengetahui apa yang
terbaik untuk HambaNya. Tanggungjawab utama kita adalah memperhambakan diri
kita kepadaNya. Bukti- bukti kebesaran
ALLAH SWT di perlihatkan melalui Alam Semester. Maksud perkataan itu yang terdapat setiap hurufnya yang
mengandungi 4 huruf yang bermaksud ALLAH
Lihat, ALLAH Mendengar (A.L.A.M). Nurul Insyirah yakin dan
percaya dengan mencintai ALLAH sepenuh hati dan pengharapan hanya kepadaNya
jiwa menjadi tenang.
“Dan di antara tanda-tanda ( KebesaranNya ) ialah DIA
menCIPTAkan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menJADIkan di antaramu Rasa KASIH Dan SAYANG. Sungguh,
pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (Kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir” (Surah Ar-Rum :
Ayat 21)
ALLAH telah menjanjikan apa yang terbaik
untuk kita. Belahan jiwa kita juga, adalah seseorang yang akan memahami kita
kerana ALLAH menjodohkan kita dengan apa yang kita semai di hati. Jika kita
semaikan IMAN Dan TAQWA, In Shaa ALLAH suami atau isteri kita juga semaikan apa
yang kita semaikan di jiwa kita. Maka, semaikan dalam jiwa ‘NUR KASIH’ yang
mampu menguatkan lagi rasa kasih dan sayang. Perkataan itu ada maksudnya yang
tersirat dimana, galilah setiap huruf yang ada 8 itu membawa maksud Nur, Untuk, Roh, Kasih ALLAH SENTUHan IMAN HambaNya. (N.U.R.K.A.S.I.H)
Wajarlah, setiap yang kita lakukan ini berniatlah Kerana ALLAH. Permulaan
daripada ALLAH dan pengakhirannya tetap Kepada ALLAH. Nurul Insyirah mencintai
seseorang kerana ALLAH dan mencintai orang itu dalam diam tanpa menyuarakan apa
yang di rasai. Namun, terasa dan merasa itulah Nurul Insyirah dan juga Suaminya
(Mohd Faizal) Cinta Luar Biasa yang
mereka kecapi yang hanya di rasai oleh mereka berdua. Cinta dalam diam, rindu
dalam doa dan ungkapan sayang dalam sujud mereka kepada ALLAH. Tanpa bicara
pada realitinya tetapi pada bathiniah itu perbicaraan cinta mereka. Luar Biasa
dan hanya ALLAH yang mengetahui Rahsia mereka. Tatkala kerinduan, pembicaraan
hati Nurul Insyirah pasti bersinar (naluri). Rindu yang membuai dalam ‘Hembusan
Syahdu’. Syair-syair indah ternukil kerana ALLAH.
Zaujku!
Ketika ini KITA sedang meNANTI
Menunggu saat untuk di perTEMUkan
KeIMANan dan keTAQWAan kita di UJI
Kerana JanjiNYA
Aku setia di sini!
Zaujku!
Bersamalah kita menyerahkan segalanya
kepadaNYA
"Jika
ALLAH menolong kamu, maka tidak ada yang mengalahkanmu, tetapi jika ALLAH
membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu
setelah itu? Kerana itu,hendaklah kepada ALLAH saja orang-orang mukmin
bertawakal (Surah Ali Imran: Ayat 160)
Maka berTAWAKALlah kepada ALLAH
Kita dekat melaluiNYA
D.O.A penDEKAT jarak antara dirimu dengan
diriku
Menyayangi keranaNYA!
Merinduimu keranaNYA!
Zaujku!
KeCANTIKkan tiada padaku
Tetapi ciptaanNYA sentiasa INDAH
Indah terDAPAT pada H.A.T.I
SUCIkanlah H.A.T.I kita
Tetaplah berSAMA menCARI REDHA-NYA
SATUkan JIWA kita!
SATUkan H.A.T.I kita!
Misi utama, "Kunci SYURGA" dalam
genggaman
Zaujku!
Aku tidak sempurna insan
KeHADIRanmu menyempurnakanku atas RestuNYA
Nur Untuk Roh Umpama
Lihat
ILAHI
ZUHUDlah ZAUJ Aku!!
Kerana ALLAH, kita pasti bersama
Pertemuan Nurul Insyirah dan Mohd Faizal
bermula di Alam Maya (muka buku). Komen mengomen menerbitkan rasa rindu di
kedua-dua belah pihak tetapi tidak meluahkan hanya memerhati dari kejauhan.
Mohd Faizal ini boleh di kategorikan sebagai Hipster. Makna sebenar hipster pun
tidak membawa makna yang terperinci tetapi tetap juga menggelarkan diri Mohd
Faizal itu dengan panggilan itu. Mohd Faizal juga ada menyatakan yang Nurul
Insyirah ini pelik. Sebenarnya, mereka berdua memang pelik. RahsiaNya, hanya mereka yang dapat menggali
dengan Izin-Nya.
“Dan ALLAH menJADIkan bagimu,pasangan (Suami
atau Isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari
pasanganmu,serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada
yang bathil dan mengingkari Nikmat ALLAH?”
(Surah An-Nahl: Ayat 72)
“Dan orang-orang yang berIMAN, LELAKI Dan
PEREMPUAN, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka
menyuruh (berbuat) yang MAKRUF dan
mencegah dari yang mungkar, meLAKSANAkan SOLAT,menunaikan ZAKAT, dan taat
kepada ALLAH Dan RasulNya. Mereka akan di beri Rahmat Oleh ALLAH. Sungguh,
ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” ( Surah At Taubah: Ayat 71)
Saling tolong- menolong antara satu sama lain
dan saling ingat-mengingatkan itulah mereka. Andai terlupa, Insyirah akan
mengemukakan soalan kepada Faizal. Sebelum berkahwin dan selepas memiliki
‘Sijil Halal’ itulah rutin mereka. Faizal pelik orangnya. Ayatnya sukar untuk
di fahami. alunan muzik-muzik kegemarannya kadang-kala menggambarkan
perasaannya. Memang sukar untuk Insyirah fahami
dan salami hati suaminya sebelum mereka menikah. Bila angin kus-kus
suaminya hadir, Insyirah hanya mendiamkan diri dan melayan persaannya dengan
cara tersendiri. Dalam, kehipsteran suaminya itu, jangan di pandang senget
kerana suaminya insan yang di kurniakan ALLAH dengan pelbagai nikmat yang hanya
Insyirah mengetahui itu pun melalui pembicaraan hatinya. Hanya ALLAH yang
berhak memberi Hidayah kepada sesiapa yang di kehendakinya. Minta pada ALLAH
SWT, agar di kurniakan Ilmu yang bermafaat, rezeki yang di berkati dan Ibadah
yang di terima oleh ALLAH. F & N Syarikat susu yang antara yang termashur
Di Malaysia. Bukan cerita mengenai
Syarikat susu tersebut yang ingin di ceritakan tetapi maksud F & N itu yang
bermakna untuk Insyirah. Dalam kesengetan itu ada terbit rasa yang indah yang
hanya dia dengan Maha Pencipta yang tahu. Insyirah yang hipster atau Faizal
yang hipster? Hahahaha. Semuanya hanyalah kebetulan sahaja, Cuma, hati yang kadang kala syok sendiri. Bagi pasangan
Mohd Faizal Dan Nurul Insyirah (F & N),itu hanya sekadar suka-suki mereka
dalam melayari Syurga Dalam RumahTangga mereka. Mereka, kalau bergurau perkataan
pelik kadang-kala boleh membina satu makna yang hanya mereka yang mengetahui.
Faizal yang suka-suka pusing-pusing ayat
tetapi membawa maksud yang sama juga tetap di fahami oleh Insyirah.
Insyirah juga begitu. SubhanALLAH, setiap pasangan itu ada keserasian dan
kebersamaannya. Kiri kanan, depan belakang andai satu hati tetap sama. Neuron
kanan dan neuron kiri tetap satu otak!
Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara
kecil-kecilan dan penuh dengan kewasatiyyahan.
Mereka di nikahkan sendiri oleh
ayah Insyirah yang juga seorang Imam di kampung itu. Tidak ada ikatan
percintaan sebelum pernikahan. Mereka
hanya menjalinkan ikatan persahabatan kerana ALLAH. Dengan permulaan ikatan
itulah, ALLAH menggerakan hati mereka untuk menghalalkan ikatan itu dalam Restu
dan RahmatNya. Mahar untuk isterinya
bukan terletak pada jumlah atau nilaian hantaran tetapi apa yang di
hajati olehnya dan Insyirah ialah ‘Mahar Sebuah Syurga’ yang mampu membawa
kasih sayang mereka kepada ALLAH.
“Dan NIKAHkanlah orang-orang yang masih
memBUJANG di antara kamu, dan juga orang –orang yang layak (menikah) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan
memBERI keMAMPUan kepada mereka dengan KurniaNya. Dan ALLAH Maha Luas
(pemberianNya), Maha Mengetahui”
(
Surah An-Nur : Ayat 32)
“Wahai manusia! Sungguh, KAMI telah
menCIPTAkan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI JADIkan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara
kamu di sisi ALLAH ialah ORANG yang paling berTAQWA. Sungguh, ALLAH Maha
Mengetahui, Maha Teliti” (Surah Al- Hujurat : Ayat 13)
Selepas upacara pernikahan
berlangsung, dengan sekali lafaz maka terpatrilah perjanjian Mohd Faizal dengan
Nurul Insyirah ( F& N) sebagai Suami Dan Isteri. Amanah ALLAH untuk mereka
yang harus di perjuangkan hingga bertemu ALLAH di Syurga Firdausi. Mereka
menunaikan Solat Syukur secara berjemaah dengan pakaian yang di pakai oleh
mereka jubah sedondon berwarna unggu merah jambu. Pembatalan air sembahyang mereka adalah
salaman pertama mereka selepas menunaikan Solat Syukur. Itulah permintaan
Insyirah. Ingin menunaikan impian hatinya, majlis pernikahan yang sederhana dan
berlangsung dengan penuh kesyukuran di
iringi dengan nilaian Iman dan Taqwa. Misi utama ialah mendapatkan Redha ALLAH
dan RahmatNya dalam majlis ini. Semasa, Mohd Faizal melafazkan ucapan qabul
lagi Insyirah sudah dalam keadaan bertelekung. Inilah perancangan upacara
majlis walimatulurus mereka. Mereka
pasangan hipster yang pelik tetapi dalam kepelikkan itu ada niat yang tersimpan
keranaNya. Semasa pembatalan air sembahyang yang kedua yang sememangnya telah
batal sejurus mereka bersalam selepas Solat Syukur cuma pada adat-adat melayu
yang kononnya pembatalan air sembahyang dengan menyarung emas kepada isteri dan
juga suami, Faizal memakai gelanga tangan di tangan Insyirah manakala Insyirah
menyarungkan cincin di tangan suaminya. Terkedu Insyirah, apabila buat pertama
kali, suaminya memanggil dirinya dengan panggilan ‘Bidadari’ yang ana sebelum
ini hanya dengan panggilan namanya saja. SubhanALLAH, sungguh hikmahnya apabila
memang itulah niatnya apabila dia menjadi isteri dia ingin suaminya memanggil
dirinya dengan panggilan ‘Bidadari’. Panggilan itu adalah panggilan doa
daripada suami untuknya yang ingin menjadi Bidadari Syurga untuk suaminya.
“Bidadari abang! Rahmat ALLAH besar nilainya.
Mahu ke Syurga bukanlah di kira jumlah amalan.
Bukanlah di kira sebanyak mana jawatan. Bukanlah di hitung dari beratnya
sumbangan. Namun, seseorang itu hanya dapat ke Syurga dengan Izin dan Rahmat
ALLAH. Bidadari abang, sama-samalah kita berusaha kea rah apa yang kita impikan
selama ini. Abang menyayangimu kerana ALLAH. Maka kepadaNya kita memohon agar
apa yang di kurniakan ini di kembalikan kepadaNya jua”
“Abang, terima kasih kerana sudi memilih
Insyirah sebagai peneman abang menuju Syurga. Abang, Insyirah ini wanita biasa
yang ilmu agama masih cetek lagi dan perlu di timba. Insyirah mohon daripada
abang, bimbinglah diri ini untuk menjadi Isteri Solehah dan Ibu Mithali kepada anak-anak kita nanti”
“Bidadari abang, selepas ini gunakanlah
panggilan Bidadari itu ye. Abang akan
memanggil Bidadari dengan panggilan itu. Hanya Nurul Insyirah Bidadari Dunia
Dan Akhirat untuk Mohd Faizal. In Shaa ALLAH. Sama-samalah kita berdoa ye Bidadari
abang. Bidadari abang! Satu Hadis Nabi, daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang
bermaksud “ Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa
sebulan (Bulan Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan di suruh memasuki
Syurga melalui mana-mana pintu yang di sukai” (Hadis Riwayat Ahmad). Bidadari,
mudahkan wanita hendak masuk Syurga dan mudah juga hendak ke Neraka. Jadi, kita suami isterilah masing-masing ada
tanggungjawab. Sama-sama kita gerganding bahu untuk menuju misi dan visi ye!”
Sempat juga mereka berbual. Itulah ucapan
pertama dan nasihat yang di berikan oleh Mohd Faizal kepada Bidadarinya. Cinta
Insan Anugerah ALLAH kepadanya yang akan bersama-sama menempuhi dugaan dan
cabaran duniawi yang penuh beronak duri ini.
Hatinya, sentiasa berbicara yang menyatakan Nurul Insyirah ini memang di
takdirkan oleh ALLAH, pinjaman untuknya. Bila saat naluri menyatakan, hati
hanya mampu tersenyum kerana segalanya bermula daripada ALLAH. Lagu Permata
Yang Dicari Nyanyin Kumpulan Dehearty itulah menggambarkan perasaannya tatkala
bertemu Nurul Insyirah kali pertama di halaman muka buku. Lagu itu juga
merupakan salah satu lagu yang di minati oleh Nurul Insyirah. Bicara bathiniah hanya F & N yang merasainya.Lagu-lagu
Nasyid kesukaan Insyirah, kebanyakkannya serasi dengan jiwa Insyirah,
adakalanya lirik itu juga menggambarkan
apa yang di rasai hatinya. Mohd Faizal
juga tidak ketinggalan, jiwa dan lagu-lagu kesukaan dan sentiasa di dengari
menggambarkan situasi apa yang di rasai. Faizal yang hipster atau
Insyirah yang hipster? Hahaha. Hayatilah lagu Kau Ditakdirkan Untukku. Nyanyian
Kumpulan Nasyid Edcoustic Ft Inteam.
Kau Di TAKDIRkan Untukku!
TerUCAP SYUKURku.
Aku memilihmu! ( Di Atas Nikmat ALLAH Menganugerahkan)
Untuk menjadi TEMAN HIDUP setia selamanya
(SYURGA)
Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu mengikat janji bahagia
Dan berlayarlah kita
Renda keluarga
Merentas hidup bersama ( Redha &RahmatNya )
Aku bahagia
Ku dipertemukan belahan jiwaku
TUHAN persatukan kami!
Untuk selamanya, hingga bahagia Di SYURGA-Mu
Pegang tanganku, tataplah mataku
Engkau di TAKDIRkan untukku!
Ikatan suci ini !
Selalu kan ku jaga (Aku & Dirimu Sentiasa BerD.O.A)
Meniti SAKINAH
Penuh Kasih Sayang dan RahmatNya
TUHAN persatukan kami!
Untuk selamanya, hingga bahagia Di SYURGA-Mu
Kau amanahku! Isteriku tercinta!
Engkau di TAKDIRkan untukku!
Setiap pasangan yang baru menikah,
rasa gentar dan takut itu mesti ada.
Tidak ketinggalan juga buat pasangan F & N ini. Mereka tidak pernah
bercinta sebelum ini. Mereka hanya menjalinkan persahabatan kerana ALLAH. Janji
ALLAH itu pasti. Bila kita UTAMAkan ALLAH, maka ALLAH jua mengurniakan kita
nikmat seperti yang di janjikan olehNya.
“Wahai manusia! BerTAQWAlah kepada TUHANmu yang telah menCIPTAkan kau
dari diri yang satu (Adam), dan ALLAH menCIPTAkan PASANGANnya (Hawa) dari
(diri)nya; dan dari keduanya ALLAH memperkembangkan-biakkan lelaki dan perempuan
yang banyak. BerTAQWAlah kepada ALLAH yang dengan namaNya kamu saling meminta,
dan ( peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasimu”. (Surah An-Nisa :
Ayat 1)
Selepas menunaikan solat isyak berjemaah, mereka
menjamu selera yang telah di hidangkan. Dalam hati Insyirah, rasa gementar dan
seram-seram sejuk menguasainya. Malam pertama, saat segala miliknya menjadi
milik suaminya dan begitu juga suaminya. Tiada lagi aurat antara mereka. Cinta
selepas nikah memang indah. Segalanya bermula dengan permulaan kerana ALLAH.
Ketika sedang menjamu selera, mata Faizal asyik tertumpu pada mata
Insyirah. Renungan yang ada makna tersirat dan tersurat yang hanya mereka yang memahaminya. Malu-malu
tapi mahu! Insyirah melayan gelodak perasaannya dengan menyibukkan dirinya di
dapur. Mengemas apa yang patut sedang suaminya sedang berbual mesra dengan ayah
dan adik –beradik yang lain. Faizal menunggu kedatangan isterinya. Lama sangat
duduk di dapur. Faizal, meminta izin
kepada ayah mertuanya untuk melihat Bidadarinya di dapur.
“Bidadari abang! Sibuk sangat ke?
Lama abang tunggu Bidadari tau! Meh
sini, abang tolong. Kalau tak lambatlah
kita hendak rasmikan katil pengantin”.
“Abang!! Terperanjat Bidadari tau!
Abang berilah ucapan salam. Nasib baik Bidadari tiada darah tinggi tau! Kalau
ada padan muka abang. Tidak sempat rasmikan katil tapi kena teman Bidadari
dekat Hospital”.
“Maafkan abang wahai Bidadariku!
Niat bukan nak terperanjatkan Cuma abang rindu je. Tu yang mai dekat dapur ni,
sambil tengok sambil melepaskan rindu. Bidadari ini macam risau je? Kenapa ye?”
Insyirah tidak menjawab pertanyaan
suaminya. Dia faham pertanyaan suaminya itu. Hanya mengukirkan senyuman dan
menyiapkan kerja yang tertangguh tadi. Suaminya membantu kerja. Kerja yang
berat menjadi mudah. Suaminya memang hipster. Dalam hipster, tersembunyi segala
kelebihan yang tidak di tonjolkan. Hanya dia yang memahami dan mendiamkan diri.
Setiap gerak-geri dan ayat-ayat suaminya semasa dia dan suaminya bertemu di
alam maya dan hanya berbalas penaipan di hayati dan di salami maksud ayat itu.
Dalam berusaha untuk menyelaminya, jalan menuju kea rah itu di permudahkan
olehNya. Bila naluri bersatu dengan hati hanya pada ALLAH tempat pertolongan.
Rasa sayang dan rindu ini hanya ALLAH tempat dia meluahkan segalanya. Selepas
menyiapakan kerja, mereka mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat
berjemaah. Bertemu kerana ALLAH, segala perbuatan juga kerana ALLAH. Faizal
mengajak isterinya menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur. Insyirah
faham maksud suaminya. Hipster suaminya adalah hipster yang terbaik yang di
anugerahkan ALLAH kepadanya. Suamiku, Ustaz Hipster itu!
“Isteri-isterimu adalah ladang
bagimu, maka datangilah ladangmu itu bila-bila saja dengan cara yang kamu
sukai. Dan utamakanlah ( yang baik) untuk dirimu. BerTAQWAlah kepada ALLAH dan
ketahuilah bahawa kamu (kelak) akan menemuiNya dan sampaikanlah khabar gembira
kepada orang yang beriman” (Surah Al- Baqarah :Ayat 223)
“Bidadari, malam ini adalah malam
pertama kita merasai nikmat suami isteri.
Di malam yang indah ini, abang memohon keizinan daripada Bidadari untuk
menyerahkan segala milikmu itu menjadi milik abang. Abang tau itu hak abang
tetapi abang ingin Bidadari menyerahkan setulus hatimu untuk abang terokai
kerana ALLAH”
“Abang, kita sudah ada ‘Sijil
Halal’. Hak Bidadari hak abang juga. Kita saling milik-memiliki antara satu
sama lain. Kini, abanglah insan yang Bidadari tunggu-tunggu selama ini untuk
menyerah jiwa dan raga kepada abang kerana ALLAH”.
“Terima kasih Bidadariku. Hanya
Bidadari yang yang bertakhta di hati selepas ALLAH, Nabi, Ibu dan Bidadari.
Bidadari nombor 4 di hati abang!”
“Sama-sama abang! Abang nombor 3 di
hati bidadari selepas ALLAH, Nabi dan Abang (Suamiku Ustaz Hipster itu!).
Abang, jika hendak rasmikan sila tutup suis lampu ye!”
Dalam takut-takut dan risau
Insyirah, dia tetap menunggu dengan penuh debaran malam pertama. Saat
mahkotanya di ragut oleh suami tercinta.
Salah satu nikmat yang ALLAH kurniakan adalah nikmat hubungan suami
isteri kerana ALLAH. Faizal bangun melipatkan sejadahnya dan Insyirah membuka
telekong yang di pakainya dan menyidai telekong dan sejadahnya di ampaian lalu
membaringkan dirinya di atas katil. Faizal memadamkan suis lampu bilik dan hanya
menyalakan lampu tidur. Sejuk terasa hingga ke tulang sum-sumnya. Penghawa
dingin yang terdapat di bilik Insyirah ( bilik pengantin) di perlahankan
suhunya. Faizal membaringkan dirinya di atas katil. Berfikir bagaimana hendak
memulakan. Muka di hadapkan berdepan dengan muka Insyirah lalu mengucapkan
“Assalammualaikum Bidadariku” lalu ucapannya di balas oleh Insyirah
“Waalaikumsalam abang”. Dalam debaran, saat sama-sama merasakannya apa yang di
dengar oleh Insyirah doa yang di baca oleh suaminya “ Ya ALLAH! Jauhkanlah kami dari campur tangan
syaitan dan jauhkan pula syaitan dari
apa- apa yang Engkau kurniakan kepada kami” Sabda Rasulullah Shollallahu’Alaihi
Wasallam:” Jika di antara kalian berjima, seraya berdoa Wahai ALLAH
jauhkanlah syaitan dari kami, wahai
ALLAH jauhkanlah syaitan dari anugerah yang akan KAU berikan pada kami. Maka jika di tentukan bagi mereka
anak, tak akan di perangkap syaitan
selama-lamanya” ( Shahih Bukhari) Faizal terjaga daripada tidur. Jam di dinding
menunjukkan pukul 3.30 pagi. Kenangan malam tadi masih segar di ingatan
mindanya. Benarlah, nikmat perkahwinan itu indah. Hanya yang mengikut syariat
ALLAH yang mengetahui apa yang di janjikan olehNya. Bidadarinya yang sedang
lena di ulit mimpi itu di tenungnya. SubhanALLAH, nikmatnya hanya ALLAH yang
tahu. Faizal mendekatkan mulutnya di telinga isterinya.
“Assalammualaikum Bidadari abang. Selamat
pagi! Bangunlah wahai Bidadari abang. Pukul 3.30 pagi. Jom, kita mandi dan
selepas itu kita qiam ye!”
“Waalaikumusalam Abang. Terima kasih sudi
kejutkan Bidadari”
“Bidadari nak mandi dengan abang kea tau nak
mandi sorang ni?”
“Bidadari mandi seoranglah abang, untuk yang
pertama ini ye! Bidadari malulah.”
“Nak malu apanya lagi Bidadari! Malam tadi
kita dah satukan badan kita kan. Tiada lagi malu-malu ye! Segala milik
Bidadari, abang dah nampak dan dah rasa pun. Bidadari pun dah nampak kan apa
yang abang ada dan dah rasa pun. Janganlah malu ye!” Ya lah, untuk yang pertama
ini abang lepaskan Bidadari mandi seorang. Bila kita tinggal rumah sendiri,
Bidadari mandi dengan abang jika masa mengizinkan ye. Abang hendak hidupkan Sunnah
dalam rumahtangga kita ini. Bidadariku,
kini isteri hipsterku!”
Selepas dua minggu mereka di hijabkan
qabulkan dan tinggal seminggu di rumah belah Insyirah dan seminggu tinggal di
rumah belah Faizal, mereka kini hidup berdikari di rumah yang di beli oleh
Faizal sebelum mereka menikah lagi. Dalam kehipsteran Faizal, segalanya telah
di sediakan dengan lengkap sebelum dia mendirikan rumahtangan. Persediaan
daripada segi rohani, fizikal dan jasmani. Ustaz Hipster Itu Suami Aku! Dia pandai memain alat muzik, mengubah lagu
dan juga menyanyi. Suaranya boleh tahan! Insyirah suka bila suaminya
mengalunkan bacaan ‘Kalam Suci’ sama ada dalam solat atau bertadarus bersama Insyirah.
Faizal mengajar Insyirah membaca Al-Quran. Insyirah bukan tidak pandai membaca
Cuma memperbetulkan bacaannya. Faizal juga selalu menyanyikan lagu-lagu mereka ketika sedang menolong Insyirah melakukan kerja rumah. Membaca Ayat
SuciNya ke telinga Insyirah sebelum tidur.
1 ulasan:
Good...myblog
Http://kembara2c.blogsport.com
Catat Ulasan