Welcome

RSS

Puisi : Bila Satu Hari Dan Selamanya Tiada Lagi

:: Bila Satu Hari Dan Selamanya Tiada Lagi::
Terakhirku mendengar gelak tawa mereka
Senda gurauan mencuit hati
Suara mengusik bergema lagi
Aku, dia dan mereka saling mengusik
Esok, saat NAFAS ini di KEMBALIkan kepada Tuhan-Nya
Tiada lagi namaku di sebut!
Hanya kenangan mengulit sepi!
MEMORI INDAH hanyalah MIMPI
Dengan perlahan,
Tubuhku diturunkan ke dalam lubang yang sempit
Bertilamkan Tanah dan berpakaian serba putih
Tanpa jahitan tanpa sulam-sulaman
Dengan bantuan mereka,badanky di timbun tanah
Sedikit demi sedikit akhirnya, aku berada di 7 KAKI BAWAH TANAH
KeDENGARan Bacaan TALQIN
lalu semua orang meninggalkanku
Masih terdengar jelas langkah kaki mereka
Kini, aku sendirian di tempat gelap
Di suasana baru, penantian untuk destinasi seterusnya
Berdebar-debar menanti kedatangan mereka
Menyoal dan menyelidik diriku
YA ALLAH!
Saat ini berlaku
PerMUDAHkanlah Urusanku bersama mereka
Aku keseorangan saat itu!
Wahai Sahabatku!
Doakan diriku agar mudah menjawb soalan penemuduga itu
Mereka tanya soalan yang sudah di bocorkan tetapi bukan aku yang menjawabnya tetapi AMALanku
YA ALLAH!
TERIMAlah AMALanku ini
KURNIAkan aku ILMU yang berMAFAAT Dan IBADAH yang diterimaMu
Dan jadikan aku ini sebagai hamba yang KAU Cintai
Perkenankan permohonanku YA AZIZ!
"Bidadari Syurga Firdausi" itulah permohonanku
Sesungguhnya, aku ingin mencintaiMu seikhlas hati keranaMu
Sentiasa BersamaMu!


Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
3.52pm 14/8/16

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi : Kaabah Kiblat Kita!!

::Kaabah Kiblat Kita!::
Kaabah Kiblat Kita!
Panggilanmu Menjelma lagi!
Tumpuan DUNIA seLURUH Umat ISLAM 
Datang memBAWA DOSA, penyucian jiwa NURANI
Yang TERANG Tiada KELAM
Kaabah Kiblat Kita!
Panas tidak terasa
Sejuknya suasana, tenang mendamaikan jiwa
Memandangnya mengundang RAHMAT
Semakin sayu, semakin DEKAT
Kaabah Kiblat Kita!
Memandangmu, Hatiku meronta!
Rasa Ingin terbang ke sana!
Kenangan di sana menjela di Minda
Segalanya bermula bila hajat di makbulkanNya
Kaabah kiblat Kita!
Aku ingin menjadi 'Bidadari Syurga Firdausi'
Arasy TerAgung Pencipa Abadi
Bersama CintaNya, Hatiku Indah Abadi
Tiada duka yang kekal lagi
Kaabah Kiblat Kita!
Nasihatku, kepada yang menjadi tetamuNya
Carilah maksud TETAMU ALLAH yang sebenarnya
Jangan sia-siakan apa yang diberikan kepada Anda!
Pratikkan ke jalan yang benar yang tiada menyempangnya!
Haji MABRUR, tiada sehebat ganjaran melainkan ' SYURGA'
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS