Welcome

RSS

HARAPANKU UNTUKMU IMAMKU


:: HARAPANKU UNTUKMU IMAMKU ::

Aku tidak memilih kekayaan
Dalam mencari bakal imamku
Ak tidakmemilih ketampanan diri
Untuk aku jadikan suami
Hanya mencari seorang lelaki yang benar-benar mencintaiku
Membimbingku ke jalan Ilahi
Yang dapat menunjukkan aku ke jalan yang benar

Bakal Imamku!!
Ingatkan aku!! jika aku lalai
Dalam melaksanakan dan menjalankan perintahnya
Tegurlah aku, ketika aku membuat khilaf
Didiklah akalku dengan penuh kelembutan
Sedarkanlah aku ketika aku alpa pada tanggungjawab
dan kewajipanku sebagai seorang isteri

Bakal Imamku!!
Maafkanku dengan seikhlas hatimu
Segala salah dan silapku agar nanti
keluarga yang terbina menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah

Ya Allah!! Ya Rahman, Ya Rahim
Aku yakin tiba saatnya nanti
Ianya pasti akan kutemui
Insan istimewa hadir membimbingku kejalanmu
Restuilah kami, berkatilah usaha kami
Masukkanlah kami kedalam golongan yang mendapat rahmatmu
Bimbinglah hati kami menjadi muslimin muslimat yang kau sayangi
Amin Ya Rabbalalamin....

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu tersenyum
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AKU WANITA BIASA






:: AKU WANITA BIASA::

Aku wanita biasa
Tidak punya apa-apa
Hanya yang ada sekeping hati
Untuk dimilikki nanti

Aku wanita biasa
Ingin mencari insan untuk dicinta
Tidak memiliki kekayaan harta
Hanya budi pekerti yang ada

Aku wanita biasa
Ingin mencari suami yang tinggi akhlaknya
Tetapi aku sedari aku hanya wanita biasa
Tiada harta tiada rupa

Aku wanita biasa
Mencari seorang imam untuk membimbingku
Memberi ilmu dan ajaran kepadaku
Yang mampu membawa aku ke syurga

Aku wanita biasa
Sentiasa sering diingati
Menuju jalan mencari redhai ilahi
Kesenangan akhirat itulah nikmatnya

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RELA MENANTI




::Rela menanti ::
Rela hatiku ini dicuri
Berkongsi rasa bersama dinikmati
Menanti walaupun terpaksa mengharungi
Tsunami melanda pelbagai badai ditemui

Tempuhi jua walaupun disakiti
Demi cinta seikhlas hati
Namun tetap semangatkan diri
Tertanam niat perolehi cinta sejati

Ketahuilah sayang rintihan ini
Erti putus asa tidak dikenali
Hanya inginkan kebahagian diri
Dalam menyemai ikatan suci

Rela menanti hari yang dinanti
Dimana dia menjadi milikku ini
Cinta kita akan bersemi
Dimana penghalang cinta tiada lagi

Kau yang kucintai
Bilakah kita dapat bertemu
Merawat hati yang kian merindu
Walaupun jauh tetap menanti

Jangan risau jangan curiga
Hati ini memang kau milikki
Tunggu masanya kita bersama
Baru mengerti dirimu dicintai

Cetusan Hati : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KITA DITAKDIRKAN BERCINTA


::Kita Ditakdirkan Bercinta ::
"Perencanaan Allah" itulah takdirnya
Jatuh cinta bukan diatas kebendaan
Ditakdirkan untuk kita mencintai dan dicinta
Tiket persahabatan bertukar percintaan

Tidak mimikirkan kecantikkan diri
Akhlak disebalik nama diutamakan
Semakin hari semakin serasi
Hari-hari asyik rindu-rinduan

Tidak ada apa yang dibanggakan
Hanya ada sekeping hati yang dikongsikan
Diberi kepada yang ikhlas menerimanya
Ditakdirkan kau pula yang diterima

" Alhamdulillah" diatas pertemuan ini
Memberi penuh makna tersendiri
Sekali menyayangi selamanya dihati
Rindu dendam tak tertahan lagi

Sentiasa menunggu harinya nanti
Bertemu mata dengan mata
Jangan kelu lidah berkata-kata
Terketar-ketar menahan diri

Usah bimbang akan cintaku ini
Namamu kini sudah terpatri
Tiada lain yang bertakhta dihati
Hanya dirimu pemilik hati

Cetusan Hati : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SYAWAL 0H SYAWAL




:: Syawal 0h Syawal ::

Pertempuran dimenangi kemenangan dirai
Kini tibanya syawal kembali
Memberi cahaya gembiranya hati
Kurnian Ilahi telah kita nikmati

Berbagai persiapan telah dilakukan
Janganlah sampai ada pembaziran
Kalau yang lama boleh digunakan
Jangan membazir!! jimatkan perbelanjaan

Kalau mempunyai pendapatan lebih
Berikan kepada yang memerlukan
Miskin dan kaya duduk sebelah-menyebelah
Tiadanya darjat tiadalah kedudukan

Syawal diraih dengan meriahnya
Anak-anak menyanyi riang
Beraya sakan mengutip duit raya
Boleh pula makan di waktu siang

Mereka yang tiada jangan dilupa
"AL-FATIHAH" penyambung silaturahim
Sentiasa dihati walaupun jauh dimata
Saling mengingati sesama muslim

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pulangnya Ramadhan, Datangnya Syawal



::Pulangnya Ramadhan, Datangnya Syawal

Di bulan Ramadhan kita berpuasa
Di bulan Syawal kita berkuasa
Tetapi ingat!! ada yang Maha Kuasa
DIA adalah Allah yang Maha Esa

Ramadhan pulang Syawal kembali
Datangnya ia setahun sekali
Ramadhan pula menguji diri
Syawal kembali riangnya hati

Ramadhan menang dalam pertempuran
Syawal datang merayakan kemenangan
Menahan diri daripada segala godaan
Menguji keimanan meningkatkan ketaqwaan

Pulangnya Ramadhan ditangisi
Syawal menghampiri tenangkan hati
Bersyukur kita nikmat dinikmati
Betapa besarnya nikmat Ilahi

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab. Karim
Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS