Welcome

RSS

CERPEN 4 : SENGET DIPENGHUJUNG RINDU

Cerpen : Senget Dipenghujung Rindu
Penulis :  Nurulizza Binti Hj Ab. Karim


Prolog

“Sayang, terima kasih kerana melahirkan anak-anak abang yang comel. Tidak sangka sekejap saja rasanya perhubungan yang kita jalinkan ini kekal sehingga kini. Harapan abang semoga ianya kekal hingga akhir hayat. Abang rasa macam tak percaya kesengetan kita dulu telah menjadikan hubungan kita ini sebagai suami isteri yang sah”luah Adam kepada Hawanya. Harapan mereka suami isteri semoga apa yang dikurniakan oleh Allah ini kan kekal selamanya. Bertemu dan berpisah kerana Allah dan akan kembalinya nanti bertemu di Jannah. “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami  isteri-isteri kami  dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa”. (Surah  Al-Furqaan : Ayat 74)

“Abang, pertemuan kita sudah dirancang oleh Allah. Dalam tidak kesedaran ini caranya kita bertemu jodoh. Bertemunya cinta kita dialam maya. Pada mulanya tidak perasan tetapi inilah takdir kita. Kesengetan kita dulu membuatkan kita jatuh cinta antara satu sama lain. Sayang rasa macam nak tergelak tapi itulah hakikatnya. Terima kasih abang, kerana menjadi imam sayang yang sempurna dan sebagai bukti kasih sayang kita ini Allah telah mengurniakan kita cahaya mata kembar Nur Aina Insyirah  dan Nur Aina Basyirah.” Hawa dengan rasa syukur kepada Ilahi dengan apa yang dikurniankan ini telah melengkapkan dirinya sebagai hamba Allah yang sempurna.

Dua tahun yang lalu

Masa lapang saja mesti Hawa akan menghabiskan masa di depan komputer bermuka buku. Sehari tidak bermuka buku rasa sepi dan rindu. Senda- gurauan rakan-rakan dialam maya membuatkan Hawa kadang-kala tersenyum sorang-sorang tanpa dipaksa. Hanya dengan membalas komen saja boleh membuatkan dia ketawa berdekah-dekah. Walaupun hanya mengenali rakan-rakan dialam maya tetapi bagi Hawa mengenali rakan dialam maya sama saja mengenali rakan dialam realiti. Cuma perbezaannya dialam maya kita berinteraksi tanpa melihat wajah cara berdepan berbanding dengan alam realiti kita boleh melihat mimik muka rakan yang sedang kita bualkan. Kesengetan Hawa dialam Maya mempunyai satu misi yang hanya Hawa saja yang mengetahui disebalik kesengetannya itu. Jika ada yang memahaminya pasti akan terkena virus “Senget”. Perghhh memang tak menahan juga si Hawa ini. Virus senget mampu menular kepada sesiapa saja yang tiada antivirus senget yang gagah untuk mempertahankan diri daripada senget. Walau apapun tangkapan orang lain terhadap diri Hawa, dia tidak peduli. Baginya dengan kesengetan yang dilancarkan mempunyai satu niat dimana ingin mengeratkan lagi hubungan sesama insan yang dikenalinya dialam maya. Kesengetan dirinya selalu dilayani oleh rakan-rakan dialam maya.
Bersyukur kepada Ilahi dengan niat yang tulus Hawa telah dimakbulkan oleh Allah.

Kesengetan Hawa selalu dilayani oleh seorang rakan dialam maya yang  bernama Adam. Mereka sering komen-mengomen kearah kesengetan. Rasa macam tidak percaya apa yang dikomen oleh mereka kadang-kala mampu membuat diri Hawa tergelak sorang-sorang membaca komen yang dikomen oleh mereka. Disebalik kesengetan yang dilancarkan oleh Hawa dalam tidak disedari oleh sesiapa, rasa yang sukar difahami telah terbit daripada diri Hawa. Hawa puas mengelak dan tidak melayan rasa yang hadir dengan tiba-tiba. Ayat –ayat jiwang dengan mudah saja dinukilkan.

Matamu yang menawan,
Membuat daku tertawan,
Siang merindu malam membayangkan,
Andai dapat kau kumilikki nanti,
Alangkah indahnya hidup yang ku rasa ini,
Ini lah takdir daripada Ilahi,

Perghhh..inilah ayat yang tidak menahan yang telah dinukilkan oleh Hawa bila kerinduan dihati mula membara. Hanya melayan perasaan yang hadir saat diri mula merindu kesengetan yang dicetuskan oleh dirinya. Setiap saat dan waktu yang terluang pasti ianya tidak sia-siakan. Melayari muka buku itulah kerjanya. Setia menunggu kehadiran Adam dimuka buku untuk bersama-sama menyengetkan diri. Bila kesengetan bermula maka bermulanya titik permulaan melepaskan rindu yang terpendam walaupun hanya dengan menaip ayat dimuka buku. Tidak pernah bercakap atau mendengari suara antara satu sama lain tetapi dengan membaca ayat dalam tidak disangka mampu memutikkan  rasa cinta yang pada mulanya hanya Hawa yang merasainya. Cinta dalam diam. Lagu yang sering didengari oleh Hawa ialah lagu kegemarannya iaitu daripada ost Playboy itu suami aku yang berjudul Rindukanlah.

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Dan aku berkelana mencari
Harapan yang kita impikan
Daripada terbitnya sang suria
Hingga tenggelam

Dan aku ingin cinta sejatimu
Dan aku ingin harapan hatimu
Oh janganlah kau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah... hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku
Ku adalah milikmu
Milikmu yang kau rindu

Doa-doakanlah  diriku  didalam hatimu
Didalam nafasmu
Sepanjang hari-harimu

Ayat yang sering membuatkan diri Hawa tertawa ialah ayat yang sememangnya tidak menahan iaitu kononnya ingin bertemu dibawah pohon taugeh yang rendang. Hehehehe.. memang tidak masuk akal tetapi kalau dah namanya senget semua boleh saja. Apa-apa pun yang penting enak gitu!!.. Hehehe sori dah menyimpang lah pula.

Selama ini Hawa hanya mencintai Adam iaitu rakan senget dalam diam-diam saja tanpa meluahkan rasa cinta yang hadir tanpa dipinta. Pada suatu hari tanpa disangka Adam telah menghantar pesanan ringkas di muka buku yang mana Adam ingin bertemu Hawa. Hawa berasa berada dialam mimpi kerana tanpa disangka-sangka yang Adam ingin bertemu dirinya. Hampir lima bulan mereka mengenali antara satu sama lain, itupun hanya berkomunikasi di alam maya. Dengan kesengetan ini mereka mula mesra alam.

“ Assalammualaikum Hawa. Awak sihat? Hawa, awak sudi tak kalau saya ingin bertemu dengan awak? Kalau awak sudi kita bertemu di Tasik Titiwangsa hari sabtu ini lebih kurang  pukul lima petang. Awak, selama ini kita hanya berinteraksi dia alam maya tetapi kali ini saya teringin sangat berkomunikasi dengan awak dengan mata bertemu mata. Saya harap awak tidak mengecewakan harapan saya. Awak, jangan sengetkan diri pula ye. Pertemuan pertama kita ini bukan dibawah pohon taugeh tau. Itu hanyalah pertemuan dialam senget saja” Adam dengan beranikan diri menghantar pesanan ringkas kepada Hawa untuk membuat temujanji pertemuan pertama mereka. Dalam mahu ada malu dan debaran untuk bertemu dengan Hawa.

Hawa teruja. Kali pertama dia menerima pesanan ringkas daripada Adamnya. Walaupun teruja hatinya sedang melonjak gembira yang mana selama ini impiannya untuk bertemu dengan Adam memang dinantikan. Ingin memulakan pertemuan tetapi dia tidak mampu meluahkan rasa kerana takut digelar sebagai “perigi mencari timba”. Syukur kepada Yang Maha Esa selama ini doanya yang dipinta telah didengari olehNya. Adam akan bertemu Hawanya.

“Waalaikumusalam. Alhamdulillah sihat saja. Betul ke ni? Awak nak berjumpa dengan saya? In sha allah, ada rezeki kita akan bertemu pada hari sabtu ini. Amboi! kemain lagi ya Adam. Masih ingat lagi ayat senget kita tu ya. Bertemu dipohon taugeh. Hahaha. Gelak besar saya bila membaca ayat tersebut. Ermmm.. nanti jangan lupa bawa sekali aiskrim Malaysia perisa milo dan asam boi ya. Boleh kita realitikan kesengetan kita dialam maya keluar dating sambil hisap aiskrim. Hahaha .. tak menahan pula ayat saya ini. Walau bagaimana pun saya gurau saja ya” sambil menaip sambil tersenyum-senyum Hawa membacanya.

Adam juga tersenyum simpul membaca pesanan yang dibalas oleh Hawanya. dalam masa yang sama juga tidak sabar menanti hari yang dinanti dimana Adam akan bertemu Hawanya yang selama ini dia hanya mengintai Hawa dia alam maya dialam muka buku. Sama seperti Hawa setiap saat dan waktu terluang dia akan melayari laman muka buku.

Pada malam Hawa menerima pesanan ringkas yang indah daripada Adamnya, rasa kesyukuran dan gembira hatinya lalu dia panjatkan syukur kepada Ilahi. Hawa mengerjakan solat sunat syukur. Solat sunat syukur dikerjakan apabila kita  mendapat sesuatu nikmat , atau sesuatu  yang kita hajati atau mencapai kejayaan  maka sejajarnya kita bersyukur kepada Allah s.w.t dengan melakukan solat syukur.” Ya Allah , baikkanlah  keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah, tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar dan pandulah kami  supaya mengikutinya; Dan tunjukkanlah kami perkara yang bathil itu adalah bathil supaya  kami meninggalkannya”. Doa Hawa selepas menunaikan solat sunat syukur. Hatinya berdebar-debar dan tidak sabar menunggu hari yang dinantikan. Dalam debaran dihati, jiwanya melonjak kegirangan. Malam itu Hawa banyak mengulangi mendengar lagu Hadirlah kasih nyanyian daripada kumpulan KGB.

Hadirlah kasih
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta
Hadir dalam hidupku

Dalam perjalananku
Masih jauh harus kutuju
Aku mencari-cari cinta
Cinta yang tulus dan sejati

Kerna aku percayakan cinta
Cinta suci yang datang dari hati

Korus
Hadirlah kasih
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih
Agar tercapai segala-galanya

Harus aku mencari
Cinta yang tulus suci
Punya segala-galanya
Apa yang aku impikan
Oh impikan

Kerna aku percayakan cinta
Cinta suci yang datang dari hati

Ulang korus
Kalau ditakdirkan
Bertemuku denganmu
Akan kubina istana
Agar kita bersama
Kekal selamanya


Hari yang dinanti telah pun tiba. Debaran dihati Adam dan hawa semakin kuat. Walaupun dihati masing-masing ada rindu yang terpendam tetap ada rasa malu-malu untuk bertemu. Mengikut rasa yang dirasa memang tidak sabar ingin bertemu walaupun disebaliknya ada debaran yang sangat kuat. Demi rasa yang terpendam dihati rindu dan cinta dialam  maya pada mula hanya menyengetkan diri masing-masing dialam maya telah membuahkan rasa rindu yang tidak mampu disimpan lagi dan dalam masa yang sama terlahirnya rasa cinta dalam diam daripada kesengetan mereka itu. Setelah pasti apa yang dirasa itu lahir daripada hati yang tulus ikhlas maka Adam dengan berani dan machonya memulakan langkah untuk bertemu. Dipertemuan pertama ini Adam dan Hawa ingin memastikan perjalanan pertemuan  pertama berjalan dengan lancar. Mereka sama-sama telah berjanji untuk memakai baju warna sedondon iaitu baju warna pink.  Adam memakai kemeja warna pink dan seluar warna hitam manakala Hawa  memakai baju kurung berwarna pink dan dipadankan dengan tudung  warna hitam. Tasik Titiwangsa  telah menjadi saksi detik pertama pertemuan mereka.

“Assalammualaikum Hawa. Awak apa khabar? Saya harap awak sihat hendaknya. Terima kasih kerana sudi datang bertemu dengan saya hari ini. Saya rasa macam berada dalam alam mimpi yang mana hari ini saya dapat bertemu dengan Hawa. Al maklumlah, selama ini kita hanya bicara dipapan kekunci komputer saja. Hari ini dengan rasa syukurnya saya dapat bertemu dengan awak. Rasa macam kena serangan jantung pula sebab denyutan jantung sayang berdenyut dengan laju sekali” Perbualan yang dimulakan oleh Adam bagi memecahkan kesunyian dan debaran dihati saat mereka bertemu mata memandang mata antara satu sama lain. Walaupun dalam keadaan yang masih malu tapi mahu tetap juga digagahi.

“Waalaikumusalam. Alhamdulillah sihat. Terima kasih juga kerana sudi bertemu dengan saya. Hehehe.. ingat dalam senget ja yang kononnya kita dating sambil hisap aiskrim Malaysia tetapi tidak sangka pertemuan pertama kita telah merealitikan kesengetan kita. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi sudi memberi aiskrim ini. Memang sedap rasanya aiskrim ini memang betul-betal kaw. Milo dan susunya seimbang” Dalam masih malu-malu lagi, Hawa membalas kata-kata yang disampaikan oleh Adam.

Selepas detik pertemuan yang diadakan di Tasik Titiwangsa, perhubungan mereka makin akrab dan semakin hari semakin serasi bersama. Kesengetan diri mereka dialam muka buku makin menyerlah. Dalam masa yang sama juga rasa cinta antara mereka makin mendalam walaupun tiada luahan daripada kedua belah pihak. Hanya kelakuan yang ditonjolkan oleh mereka yang membuktikan bahawa mereka sedang dilamun cinta sehingga satu hari yang tidak terduga, Adam dengan machonya telah meluahkan hasrat hati ingin memiliki diri Hawa untuk dijadikan bidadari akhir hayat dihatinya. Dengan seikhlas hati yang tulus Hawa menerima lamaran Adam untuk menjadikan dirinya sebagai seorang isteri. Mereka bertemu cinta dan jodoh dialam maya.  Abdullah Ibnu Mas’ud  Radhiyallahu’anhu berkata, Rasullullah s.a.w bersabda kepada kami : “ Wahai generasi muda, barang siapa diantara kamu telah mampu berkeluargahendaknyaia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara  kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia mengendalikanmu.”Mutaffaq  Alaihi

Tiba hari yang dinanti oleh mereka dengan izin Allah mereka telah disatukan. Dengan  sekali lafaz, Hawa Binti Abdullah telah sah menjadi milik halal kepada Adam Bin Muhammad. Mereka telah dinikahan oleh ayah Hawa sendiri. Setelah selesai upacara majlis akad nikah Adam dan Hawa mengerjakan solat syukur tanda panjat kesyukuran kepada Allah. Kesengetan mereka telah membuatkan diri mereka saling memiliki dan dimiliki antara satu sama lain.

Epilog

“Abang, sayang rasa macam tak percaya saja yang hari ini abang jadi imam yang selamanya mengimamkan solat-solat sayang. Dulu dialam kesengetan kita, puas sayang memendam rasa rindu menyenget bersama abang tetapi hari ini  abang sudah pun menjadi suami sayang. Terima kasih abang, kerana memilih sayang sebagai ratu hati abang hingga akhir hayat. Semoga kasih yang ada ini akan disambungkan hingga ke Jannah. Bertemunya kita dialam maya dengan harapan di alam abadi juga kita akan disatukan nanti”. Dalam rasa penuh kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terkata dengan kata-kata dimalam pertama solat Hawa diimamkan sendiri oleh suami tercinta meluahkan rasa yang dirasa untuk berkongsi dengan suaminya.

“Sayang , inilah caranya kita bertemu dan mengikat silaturahim kita sebagai suami dan isteri. Segalanya telah dirancang oleh Allah s.w.t. Perencanaan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Allah itu lebih mengetahuinya  sayang. Masa dialam kesengetan kita dulu setiap hari, abang menunggu kemunculan sayang di alam maya. Rindu tidak mampu ditahan masa itu. Hanya Allah saja yang mengetahuinya. Akhirnya hari ini doa abang telah didengari oleh Alalh s.w.t” walaupun sudah halal masih lagi Adam malu-malu meluahkan perasaannya kepada isteri yang baru dinikahinya pagi tadi. Pada malam pertama mereka bergelar suami isteri mereka bersama-sama mendengar dan menghayati lagu Seismic yang berjudul Ketika dua hati menyatu.

Saat dua hati berjanji
Tuk harungi hidup dijalanNya
Allah akan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari  bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan  larut dalam doa

Selamat datang kawan
Diduniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia
When to people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When live in love and try
When live in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let  everyone to see
Just be the quietness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new  world my friends
You both have to face all in love
All i could  do just pray
 And  i do i pray


Dimalam pertama perkahwinan mereka berbual hingga ke pagi. Saling bercerita mengenai diri masing-masing semasa mereka dialam kesengetan. Dengan kesengetan jua mereka bertemu jodoh. Semoga jodoh yang dipertemukan oleh Allah akan kekal hinggan Jannah. Tiada apa yang ingin dibanggakan sangat dengan diri yang kita milikki hari ini. Semuanya adalah kurnian Allah S.W.T. “Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu  cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan diantara kamu kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat  tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar – Rum 30: 21)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS