Welcome

RSS

TIP MERAWAT KEDUKAAN (KECEWA)

     
Allah sentiasa bersama kita
     Assalammualaikum semua sahabat handai yang Izza sayangi. Semoga kalian  berada didalam rahmat dan lindunganNya. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat hidup didunia ini. Dalam bicara hari ini Izza cuba nak bagi tip untuk hilangkan rasa kecewa kita diatas sesuatu yang berlaku dalam hidup kita terutamanya cinta. Indahnya bila  diri dicintai dan berdukalah bila cinta didustai.. Hehehehe. Fitrah hidup. Cinta tidak semestinya memiliki dan cinta juga kalau sudah jodoh tetap bahagia akhirnya. Cinta datang tanpa kita sedari. Datangnya ia tidak kira masa. Kadang-kala kita tidak mulakan langkah pertama tetapi sidia yang meminati kita akan sedaya-upaya cuba mendekati diri kita sehingga kita jatuh cinta. Tidak kiralah sapa yang mulakan dulu kalau  sudah namanya C.I.N.T.A semuanya indah sahaja yang tidak menahannya apabila ditinggalkan atau meninggalkan itu yang tidak sanggup kita hadapi sebenarnya. Betul tidak? Jangan tipu tak baik. Buat apa nak tipu diri kan nanti anda yang rugi. Ayok!! Izza tak tau..kih kih. Jangan marah ye..nanti Izza tembak dengan M16 baru tau.

Dekatilah Allah

   Hari ini Izza nak bagi  beberapa tip kepada sahabat yang Izza sayangi. Tip merawati kedukaan dan kemurungan (kecewa) dalam perhubungan percintaan. Sedih, sedih juga tapi hidup perlu diteruskan walaupun tanpa kehadiran sidia disisi kita. Kita harus ingat ada insan lain yang lebih memerlukan kita. Masih ada lagi yang sayang akan diri kita ini. Percayalah sahabat!!. Tip yang Izza bagi ini bukan sekadar penulisan semata-mata tetapi ini adalah daripada pengalaman yang Izza lalui. Mungkin ada yang kata " Kau tidak merasainya bolehlah cakap kalau dah merasai baru tahu macam mana pahit perihnya kita lalui'. Izza ingin bercerita berdasarkan pengalaman Izza dan bagaimana Izza mengambil tindakan dalam menghadapi saat -saat genting seperti ini. Izza tidak pandai berkata-kata tanpa membuktikannya. Tetapi Izza tahu kita ada cara masing-masing untuk merawat luka hati kita. Disini,Izza hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman saja. Tiada paksaan pun untuk anda ikuti. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kekurangan itu datangnya dari diri Izza yang hanya insan kerdil dimuka bumi ini. Kita menangis sehingga bengkak mata pun belum tentu kita miliki diri sidia tetapi jika sidia milik kita akan tetap jadi milik kita.

TIP MERAWATI KEDUKAAN DAN KEMURUNGAN (KECEWA)

1.MUHASABAH DIRI

Kita tahu diri kita ada Allah, keluarga dan rakan. Allah yang memberi rasa ini untuk menguji diri kita. Menguji tahap keimanan  dan kesabaran kita. Allah ingin melihat diri kita samaada kita ini bersyukur dengan pemberianNya atau tidak. Pada awalnya, DIA bagi kita kenikmatan  dan kemudian dibaginya kedukaan. DIA ingin melihat hambanya merintih, merayu dan memohon kepadaNya untuk menjadikan hambaNya hamba yang terbaik didunia dan diakhirat. Disini, bila kita menghadapi situasi kita jangan mudah cepat melatah. Bawa bertenang.Tarik nafas panjang-panjang.Istigfar dan berselawat keatas junjungan tercinta. In sha allah kita mampu berfikir dengan tenang dan setenang-tenangnya. Selalunya yang Izza perhatikan apabila diri kita dilanda kecewa ramai yang diantaranya yang suka mengirim kedukaan kita dilaman muka buku, twitter, tagged dan banyak lagi laman yang Izza tidak pasti kemunculannya. Maafkan Izza ye kawan-kawan. Bukan Izza tidak bagi anda berbuat demikian tetapi hanya sekadar berkongis saja yang mana Izza tahu kita lakukan demikian untuk berkongsi apa yang kita rasa dengan rakan-rakan. Tidak salah pun sebab kita ada cara masing-masing untuk merawati kelukaan masing-masing. Disini yang ingin Izza titik beratkan ialah kembali kepadaNya. Saat hati kita kacau -bilau kita dekatkan diri kita denganNya. Saat hati gundahlah lagi mudah anasir-anasir jahat masuk ke jiwa kita sehingga  dengan mudahnya anasir jahat itu mempengaruhi kita, Jadi, untuk mengelakkan diri kita terjerat atau tergoda dengannya saat kita merasa ingin marah, mengamuk dan sebagainya kita sejukkannya dengan ayat-ayat indah daripada Al-Quran. Selepas solat fardhu kita ambil sedikit masa untuk berzikir dengan lebih panjang, berdoa dan membaca Al-Quran disetiap solat fardu. Contohnya selepas solat kita membaca dua muka surat. Kalau kita solat 5 kali maknanya satu hari kita sudah dapat membaca 10 helai muka surat. Subbahanallah begitu besarnya ganjaran yang kita perolehi nanti. Jika kita ada masa lapang kita kerjakan lagi solat-solat sunat seperti tahajud,hajat, tasbih, istikharah dan lain-lain lagi solat sunat yang boleh kita lakukan. Dalam kita menghadapi sitiuasi sebegini kadang-kala kita buntu jalan mana yang mampu membahagiakan diri kita. Kita minta petunjuk Allah. Dengan sembahyang isthikarah setiap malam sebelum kita tidur dengan harapan kita memperolehi jawapan yang kita inginkan.

2. KONGSI MASALAH DENGAN ORANG YANG KITA PERCAYAI

Salah satu cara lagi untuk merawat kedukaan kita dengan cara kita bercerita masalah kita dengan orang yang kita boleh percayai dan mampu membuatkan kita tenang  dengan pandangan yang diberikan nanti. Yang paling senang untuk Izza bagi contoh sekiranya kita masih lagi mempunyai Ayah dan Mama, jangan segan-silu minta pandangan mereka bagaimana mana hendak hadapi masalah yang sedang kita tanggung ini. Ingatlah rakan-rakan, ibubapa kita adalah tempat yang sesuai untuk kita rujuk dan ceritakan masalah kita kerana mereka lebih memahami kita sebagai anaknya. Mereka terlebih dahulu makan garam daripada kita. Sudah pastinya banyak pengalaman dan peritnya hidup mereka lalui. Jangan malu!! Ceritakan kepada mereka. In sha allah apabila anda bercerita mereka ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah anda. Contohnya, diri Izza sendiri akan bercerita dengan mama Izza. Kadang-kala airmata kami sama-sama jatuh tanpa disedari. Sebenarnya, ibubapa kita prihatin dengan kita. Apa yang Izza perhatikan sebagai contoh yang Izza dapat lihat diri mama Izza sendiri kadang-kala mama cerita balik dekat Izza yang mama Izza turut simpati dengan apa yang berlaku kepada Izza. Jadi, jika ini berlaku kepada anda tidak mustahil kalau ibubapa anda pun sama akan buat seperti yang Izza katakan tadi. Semua orang ada sahabat. Kita juga boleh ceritakan masalah kita kepada sahabat yang benar-benar kita yakin yang mampu menyelesaikan masalah kita. Untung nasib kita, kita akan dapat mendengar tangisan rakan kita yang turut sama-sama harungi masalah kita. Cubalah buat seperti yang Izza katakan tadi. In Sha Allah anda mampu tanganinya. Semoga anda berjaya!!

3. FIKIR POSITIF DAN CEKALKAN HATI

Bila kita menghadapi situasi sebegini jangan terlampau sangat ikut emosi kita yang tidak stabil. Tenang dulu. Buat macam tak ada apa yang berlaku dulu. Senyum jer. Senyum dan terus tersenyum, Kita dengau lagu-lagu yang menjadi kesukaan sidia dan lagu-lagu yang sidia pernah bagi pada kita. Hayati lagu itu nanti anda akan rasa satu aura yang mana mampu menaikkan semangat anda semula untuk menghadapi situasi ini dengan tabah. Sidia sudah tentunya tidak akan layan pesanan anda dan pastinya tidak akan menjawab panggilan anda. Lawan perasaan anda. Anda mampu lakukan. Sidia pasti sedang bergembira bersama insan tersayang sedangkan diri kita masih lagi keawang-awangan  yang mana jalan pun macam tak stabil. Kita sudah tentunya airmata terus mengalir dan mengalir sehingga mampu membengkakkan mata kita. Akhirnya kita yang rugi menghabiskan airmata buat insan yang tidak menghargai kita. Dengan menangis kita tidak semestinya mampu membuatkan diri kita gembira semula seperti sediakala. Kita cuba pujuk sidia dengan cara kelembutan. Sekeras manapun sidia in sha allah andainya ianya milik kita akan lembut hatinya nanti. Yang penting kita jangan mudah mengalah kawan-kawan. Jangan tunjukkan yang diri kita ini lemah terutamanya kepada kaum Hawa sekiranya anda dilukai jangan mudah terjatuh bangkitlah. Mara mengadap lawan dan terus lawan. Wanita yang lembut yang hanya mampu membuai buaian jangan dipandang remeh kerana wanita juga mampu menggoncang dunia seandainya diizinkan olehNya. Kita dah berusaha dengan pelbagai cara untuk melembutkan hati sidia tetapi masih lagi tidak mampu melembutkannya. Jangan mudah putus asa!! Teruskan usaha. Ingat!! Kita ada DIA yang mana DIA  lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Yang penting jangan mudah mengalah.  Cekalkan hati!!. Seandainya kita milik sidia lari sejauh manapun akan kembali jua kepada kita. Seandainya sidia bukan milik kita walaupun kita dekat dengan sidia tetapi dia bukan untuk kita tetap tidak menjadi milik kita.

4. KONTRA ( AKTIF DAN PASIF)

Kontra bermaksud berlawanan. Maksud yang ingin Izza jelaskan disini sekiranya sidia mendiamkan diri (pasif) apa kata anda (aktif)  maksud lebih mendalam kalau  sidia mendiamkan diri anda telefon dia. Kalau dia tidak jawab juga anda hantar pesanan ringkas dekat dia. In sha allah pastinya sidia baca apa yang anda taip. Izza pasti sidia pun sebenarnya sedang merindui anda. Kadang-kala sikap keegoan dalam diri kita yang sangat menebal membuatkan kita sendiri yang menanggung seksa sendiri. Kalau dua-dua pasif Izza rasa memang tiada jalan penyelesaian. Kadang-kala juga sidia nak menguji kita sejauh mana kita mampu memujuk sidia yang sedang merajuk. Hehehe pandai lak si Izza ini berbicara.. ayayaya tak menahan lah pula.. tapi kan yang penting enak gitu!!. Jika kita yakin kita mampu lakukan in sha allah kita memperolehi kebahagian nanti. Kun Fa Yakun.

5. HIBURAN

Bila kita dalam keadaan sebegini kalau boleh cuba elakkan diri kita daripada mendengar lagu-lagu sedih yang menggambarkan perasaan kita.Ini kerana apabila kita mendengar dan menghayati lagu-lagu yang liriknya menyentuh perasaan kalbu akan menambahkan lagi kesedihan kita. Betul tak kawan-kawan? Jangan tipu tau !!. Izza tak rugi apa-apa pun yang rugi diri anda sendiri. Kalau anda hendak hiburan cuba anda cari lagu yang ada unsur-unsur memotivasikan diri anda yang sedang lemah ketika ini. Sebagai contoh macam lagu daripada NAJWA LATIF  yang bertajuk ADAMU, 6IXTH SENSE yang bertajuk PENERANG HATI, UKAY yang bertajuk BILA DIRI DISAYANGI, RAHIMAH RAHIM yang bertajuk HATI YANG RAPUH dan lain-lain lagu yang anda rasa mampu menaikkan semangat anda semula untuk terus berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.. Perghh macam nak berperang lah pula kan.. Tapi memang anda sedang berperang dengan perasaan anda sendiri yang sedang mara ke hadapan. Jeng... jeng.. gunakan otak yang Allah kurniakan kepada kita untuk mengatasi masalah ini.

     Itulah antara tips yang dapat Izza kongsikan buat anda yang sedang mengalami situasi seperti diatas. Jangan seksa  diri kita sendiri. Kita ada akal yang dikurniakan oleh Allah kepada kita untuk kita berfikir macam-mana kita menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi tanpa menyakiti hati kita sendiri. Wahai rakan Izza yang Izza sayangi sekiranya anda masih lagi menyayangi dan tidak mampu  melupai teman istimewa anda dekatilah sidia semula. Buanglah yang keroh ambilah yang jernih. Kepada kaum Hawa dan Adam  jangan bersedih ingatlah kita ADA DIA yang hanya DIA saja yang mampu makbulkan apa yang kita inginkan sekiranya DIA rasa yang kita inginkan sesuai dengan diri kita. Jangan bersedih lagi. Hapuskanlah airmata kalian. Hiduplah dalam aman dan damai. Kita dimuka bumi ini hanya sementara. Jangan kita persiakan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Cari jalan penyelesaian yang terbaik. Kebahagian akan menjadi milik kita. Tulang rusuk yang kita milikki akan kembali kepada tuannya. Percayalah!! Hanya ini yang mampu Izza kongsikan buat rakan-rakan yang Izza sayangi. Akhir kata Izza ingin memohon ampun dan maaf sekiranya coretan diatas terdapatnya terkasar bahasa, tersilap kata tersalah ejaan. Sekali lagi Izza memohon ampun dan maaf. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang kurang itu datangnya daripada diri Izza insan yang kerdil. Terimalah peluk cium dari kejauhan ini buat anda dan salam berkasih rindu dijiwa Izza ucapkan. In sha allah ada jodoh kita akan bertemu lagi dicoretan akan datang. Assalammualaikum.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS