Welcome

RSS

CERPEN 9 : CINTA TIDAK HARUS MEMILIKKI

CERPEN : CINTA TIDAK HARUS MEMILIKKI
PENULIS : NURULIZZA HJ AB KARIM

Kasih Iqa pada seorang jejaka bermula di alam maya. Di alam maya juga kasih tertumpah walaupun tidak pernah bertemu muka. Cinta itu datang tanpa diundang dan ianya datang tidak kira masa dan lokasi. Permulaan  disapa  yang pada mulanya hanyalah dingin. Al maklumlah bila status perempuan melayu itu dipegang dan diguna pakai maka setiap tindak-tanduk pasti dijaga.
Di alam maya ini merupakan salah satu tempat untuk Iqa mencari kenalan dan merapatkan ukhwah yang dibina walaupun hanya jemari yang menjadi alat penyambung silaturahim. Perkenalan dialam maya ini sebenarnya ada yang benar-benar ikhlas ingin menjalinkan ikatan ukhwah dan ada juga yang sebaliknya. Jika ikhlas  dan niat yang betul dalam sesuatu perbuatan yang kita lakukan, In Sha Allah balasannya juga pasti baik yang memberi keuntungan. Perangai Iqa pelik, tetapi dalam kepelikkan ada juga yang mengikuti langkahnya.  Dia seorang yang suka menyakat orang, bergurau senda dan kadang-kala kesengetan dia juga sudah melampau batas tapi mampu lagi berfikir dengan rasional. Cinta internet pada mulanya dia tidak percaya akan hadirnya cinta tanpa ada pertemuan. Pastinya cinta itu sebenarnya hadir tidak mengira masa , tempat dan keadaan. Apabila melihat suasana dan telatah kawan-kawan dialam maya kadang-kala mampu merawat masalah kestressan dalam melakukan kerja harian.Gurau senda bersama rakan walaupun hanya melalui pembacaan mampu membuat Iqa gelak sorang- sorang dihadapan komputer riba atau telefon bibitnya. Perkenalan Iqa dengan seorang rakan mayanya telah merubah segala tanggapannya yang menyatakan “Cinta tidak mungkin hadir tanpa pertemuan” tetapi apabila dia sendiri mengalaminya baru ianya mengetahui Penangan Cinta  Internet. Terpesona dengan sikap seorang rakan mayanya yang bernama Arif. Arif seorang yang baik dan  memahami sikap Iqa  walaupun hanya dialam maya. Segala masalah Iqa yang kadang-kala tidak pernah diceritakan pada orang lain  tapi Iqa senang berkongsi masalah dengannya. Semakin lama hubungan yang terjalin antara Iqa dan Arif walaupun hanya dialam maya tanpa pertemuan , ada satu rasa yang pelik mula menyinggah dihati Iqa. Pada mulanya hanya membiarkan ianya berlalu dan mungkin satu hari rasa yang ada itu akan hilang dengan sndirinya. Sebenarnya Iqa juga serba sedikit  mengetahui kisah Arif tetapi tidak semuanya. Arif begitu berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Sehingga kini dia masih lagi mencari dan terus mencari  bintang yang paling bersinar untuk menyerikan hari-harinya dan bergemelapan pada setiap malamnya.
Sikap  Arif memang pelik dan sukar untuk difahami dan diselami jiwanya. Iqa merasakan satu rasa yang terpendam sekian lama semakin diredam semakin rasa itu membuak-buak yang tidak mampu diluahkan. Dibiarkan terpendam dan direndam. Hanya memerhati daripada jauh dan cuba memahaminya dalam diam.  Ujian yang Arif berikan setiap kenalannya yang tidak nampak akan ujiannya pasti akan mengalah dengannya. Iqa hanya mampu melihat dan terus menyelami jiwa Arif dalam diam. Ada ketikanya Iqa gagal mengawal perasaannya dan dalam malu-malunya terluah juga rasa sayang yang ada kepada rakan mayanya itu. Cinta tidak akan wujud andai kedua-dua pihak tidak merasakan hadirnya cinta itu dimana hanya Iqa seorang yang rasa tapi disebelah pihaknya tidak merasakannya. Iqa tahu cinta itu tidak mampu dipaksa. Dalam kesedihan dia mempu tergelak kerana yakin apa yang Allah berikan pada setiap hambanya ada hikmah yang tersendiri. Terus memahami dan menyelami hati mahkota pujaannya walaupun dia yakin mahkota pujaannya tidak pernah memahami tetap redha atas ketentuan Ilahi.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


Iqa pasrahkan diri dan redha atas ketentuan Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.  Hanya Allah s.w.t tempat dia mengadu dan hanya DIA yang mengetahui. Hikmahnya pasti akan diketahui jua. Biarpun cinta  yang ada ini tidak kesampaian, rasa syukurnya tetap dititipkan kepada  DIA yang telah menentukan kehidupan yang terbaik untuk insan hina seperti  dia yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun.  Setiap kelukaan yang dialami ada penawarnya andai kita kembali padaNya. Setiap kesedihan yang dikurniakan kepada hambaNya sebenarnya DIA inginkan hambanya merintih padaNya, mengadu segala padaNya bukan mengunakan alternative lain untuk merawat kesedihan yang  ditanggung oleh hambanya. Iqa menyerahkan dirinya pada Allah dan hanya Allah yang berhak menentu dan mengaturkan aturn hidupnya.  Mungkin cinta didunia Iqa tidak mampu memiliki Adamnya tetapi akhirat pasti Allah yang lebih mengetahuinya. Berdoa semoga mahkota pujaannya akan bertemu dengan insan yang benar-benar menyayangi dirinya dengan setulus hati dan mampu membuka balik hati yang terkunci untuk berkongsi hati dengan insan tersayang. Cinta tidak harus memilikki tapi ikatan persahabatan tidak akan putus  walaupun gelora badai dan tsunami melanda dalam ikatan yang terjalin. Tidak perlu manjauh atau menjauhkan diri kerana menjauh itu ibarat ikatan yang mula terlerai, rapatkan kembali simpulkan tali ikatan pesahabatan dengan ikatan hingga mati(Jannah). Cinta tidak mampu memilikki tapi ikatan ukhwah tetap berterusan. Andai jodoh pasti bertemu.  Walaupun derita dilalui akhirnya kebahagian akan dikecapi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS