Welcome

RSS

WaCANA 2: MeRAIH CINTA ALLAH, Menggenggam Kunci SYURGA

::MeRAIH CINTA ALLAH, Menggenggam Kunci SYURGA::

.” …Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan didunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada ALLAH serta keredhaanNYA. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu” (Surah Al-Hadid Ayat 20)

 “ …Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan  bagi orang-orang yang beriman  kepada ALLAH dan Rasul-RasulNya. Itulah kurnia ALLAH, yang diberikan  kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar”.( Surah Al- Hadid Ayat 21)

::Wahai hamba, tanya diri kita adakah ketika ini kita masih D.U.I.T ( Dunia Untuk Insan Tidur)? Bila DUIT ada dalam jiwa, MAMPUkah kita membeli SYURGANya. WAJIB diINGAT D.U.I.T di B.A.N.K (Buang ALLAH,Neraka kembali) itulah pengakhiran yang kita perolehi.Maka,J.A.G.A.lah(Jaga ALLAH Ganjaran ALLAH) DUNIA hanya mainan tidur yang sekadar hanya keseronokkan sementara::

Kehidupan kita didunia hanyalah sementara. Negeri AKHIRAT adalah negeri yang kekal selamanya. KUNCI SYURGA ialah Kalimah Syahadah:-


“Aku bersaksi bahawasanya Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH”

::Kita sebagai 'Hamba ALLAH' berURUSan menguruskan Konsep diri 'JUAL Dan BELI'. Jual diri dengan IBADAH (penghambaan) dan memBELI NIKMAT-NIKMAT yang di JanjikanNya dengan NILAIan 'IMAN Dan TAQWA' dengan HARGA keTULUSan::


Pangkat, darjat dan harta adalah pinjaman sementara. DUNIA sementara. AKHIRAT itu KEKAL ABADI. Perkataan D.U.N.I.A itu telah menggambarkan maksud yang tersirat. PerINGATan untuk kita! "Dunia Untuk Naf's Ingat ALLAH". Terleka dengan godaan, bagaimana dengan setiap huruf dalam kata itu di realisasikan menjadi realiti?
"Dan apa saja ( kekayaaan,Jawatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah keSENANGan HIDUP DUNIAwi dan perHIASannya, sedang apa yang di sisi ALLAH adalah LEBIH BAIK dan lebih KEKAL. TIDAKah kamu mengERTI?" (Al-Qashash : Ayat 60)
Kisah Qarun yang bangga dengan harta yang banyak hidup dalam kelalaian sehingga menjadikan dia seorang yang sombong dan takbur sehinggakan harta yang banyak itu memusnahkan hidupnya. Jadikan kisah ini,pengajaran untuk kita dan jangan bangga dengan apa yang kita milikki di dunia kerana ianya merupakan BAYANG-BAYANG TIRUan Harta Akhirat. Kita ingin mencari Ke ASLIan Harta AKHIRAT yang kekal ABADI.
"Dan CARIlah (PAHALA) Negeri AKHIRAT dengan apa yang telah di ANUGERAHkan ALLAH kepadamu,tetapi JANGANlah kamu LUPAkan BAHAGIANmu di DUNIA dan berBUAT BAIKlah (kepada orang lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu,JANGANlah kamu BUAT keROSAKan di BUMI. Sungguh, ALLAH TIDAK MENYUKAI orang yang buat kerosakan" (Al-Qashash : Ayat 77)

Pada suatu hari,Nabi Sulaiman dan bala tenteranya berada di Lembah Semut lalu beliau terdengar seekor semut berkata kepada semut-semut yang lain " Wahai semut! Masuklah kamu ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak di injak Nabi Sulaiman bersama bala tenteranya". Nabi Sulaiman tersenyum mendengar ucapan Ketua Semut itu lalu berdoa :-

"Ya ALLAH,ANUGERAHkan aku ILHAM untuk tetap menSYUKURi NikmatMU yang telah ENGKAU anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku agar aku mengerjakan Kebajikan yang ENGKAU REDHAi; dan MASUKkanlah aku ke DALAM golongan HAMBA-HAMBAMU yang SOLEH" ( AN-NAML: Ayat 19)

Sudahkah kita bersyukur pada hari ini dengan Nikmat yang kita perolehi ini terutama Nikmat 'NAFAS' yang masih di beri pinjam olehNya? BerWASATIYYAH dalam HIDUP,PengAKHIRan 'HUSNUL KHATIMAH' milik kita. Aamiin

Sentiasa berMAGFIRAHlah, seLAGI kita diPINJAMkan 'NAFAS' untuk memperHAMBAkan diri sebagai "HAMBA ALLAH''. Hanya ALLAH tempat perTOLONGan dan hanya DIA yang wajib di SEMBAH. Kasih SayangNya,di JANJIkan MAHLIGAI INDAH (SYURGA) RUMAH ABADI milik hambaNya yang MeLUNASkan perJANJIan dengan seTULUS JIWA meLAKSANAkannya. Kita adalah PenJUAL dan PemBELI 'HARTA AKHIRAT'.

"Barang siapa mengHARAPkan perTEMUan dengan ALLAH,maka sesungguhnya WAKTU ( yang di janjikan) ALLAH pasti datang dan DIA Yang MAHA MenDENGAR,Maha MengeTAHUi"
(AL-ANKABUT : Ayat 5)

"Dan barang siapa berJIHAD,maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sungguh ALLAH Maha KAYA (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam"
(AL- ANKABUT: Ayat 6)

"Dan ORANG-ORANG yang yang berIMAN Dan mengerjakan KEBAJIKAN pasti akan KAMI HAPUS keSALAHan-keSALAHannya dan mereka pasti akan KAMI BERI BALASan yang LEBIH BAIK dari apa yang mereka kerjakan"
(AL-ANKABUT: Ayat 7)

SubhanALLAH, Kasih Sayang ALLAH kepada kita TANPA BATASan yang TIADA NOKTAHnya. Mengapa kita tidak mahu menerima pemberianNya? Mungkin,tidak nampak pemberiannya pada ZAHIR kita! Begitukah? Kitalah pemBELI BONGKAK Dan SOMBONG itu! Kita jugalah PENIAGA MUFLIS itu! Buta 'MATAHATI' tidak keLIHATan 'CINTA SYURGA' dalam QALBI kita. JANGANlah kita terGODA dengan UMPAN-UMPAN SYAITAN yang berJANJI menyesatkan Hamba ALLAH yang terHANYUT di BUAI MIMPI INDAH. Janji ALLAH itu PASTI!. Sabarlah! KeHIDUPan seBENAR-BENARnya ialah keHIDUPan ABADI iaitu NEGERI AKHIRAT.

"Dan kehidupan dunia hanya senda-gurauan dan permainan. Dan sesungguhnya NEGERI AKHIRAT itulah kehidupan yang sebenar-benarnya sekiranya mereka mengetahui" ( AL-ANKABUT : Ayat 64)

            Meraihlah CintaNya,DAMBAkanlah KasihNya. Dengan meraih dan mendamba itu yang akan membuatkan ‘QALBI’ kita bahagia. Bahagia kerana  jiwa kita kembali kepada asalnya. Kita di jadikan oleh Pencipta Yang TerAgung. Ada di antara kita yang pada awalnya  di mulakan dengan kemaksiatan, tetapi dengan Kasih SayangNya bersulamkan  ‘AR RAHMAN AR  RAHIM’ di kurniakan kepada kita HIDAYAH kepada sesiapa yang di kehendakinya dengan permulaannya pada Jentikkan Qalbi kita yang menimbulkan rasa keinsafan dan bermuhasabah diri dengan rasa berdosa dengan apa yang kita lakukan sebelum ini. SubhanALLAH, menitis airmata ini bila qalbi kita di jentik dengan tumpuan kasih yang tulus daripadaNya. Kita akan merasa indah bila hadirnya perasaan itu yang mana kita tidak mampu mengungkapkan kata-kata yang indah untuk menggambarkannya. Cukuplah AIRMATA menjadi saksinya.  Cara mendapatkan hidup yang lebih bahagia dalam RahmatNya terbentang luas di hadapan kita. Cuma, kita saja yang memBUTAkan ‘MataHati’ dan memPEKAKkan ‘Telinga’ kita! Terbuai dengn arus keasyikkan duniawi dan  membelai mimpi-mimpi omongan kosong duniawi. Tatkala wacana ini  sedang di taip oleh saya, airmata mengalir dengan sendirinya. Saya bukanlah seorang Ustazah, untuk menaipkan sesuatu mengenai Agama tetapi saya  berniat semoga ALLAH membukakan pintu hati saya untuk menaip sesuatu mengenai agamaNya yang di salurkan melalui naluri di mana ianya terhasil melalui perbicaraan  hati maka terhasil sesuatu tajuk. Bila kita mengalirkan Airmata keranaNYA, hadir satu kepuasan dan wujud rasa indah antara kita dengannya. Airmata K.A.S.I.H ( Kasih ALLAH SENTUHan IMAN HambaNya) pasti merasai R.I.N.D.U. (Rasa Indah Namun Doaku Utuh). Setiap  perkataan bahasa melayu  itu ada maksud sendiri daripada setiap hurufnya. Jika kita melihat dengan matahati dan membistarikan akal yang di kurniakan oleh ALLAH SWT. ::SENYUM dalam DIAM,TANGIS dalam RahsiaNya yang membelai keRINDUanmu dalam DOA maka berCINTAlah dalam SUJUD berBICARAlah pada 'Matahati'::
            Kisah seorang Pembunuh yang telah membunuh 99 orang, ingin pulang ke Jalan yang di Redhai oleh ALLAH SWT. Dia bertemu dengan seorang  pendeta lalu bertanya kepada pendeta itu :-

“Aku telah membunuh 99 orang,apakah masih ada peluang untukku kembali bertaubat?”

Lalu berkatalah pendeta itu, “ Tidak .” Mendengar jawapan tersebut , lelaki itu terus membunuh pendeta itu. Maka, cukuplah 100 orang yang telah di bunuh olehnya. Namun, dia masih lagi mencari seorang yang alim orangnya untuk dia bertanyakan tentang soalan yang sama yang di tanya kepada pendeta tadi. Di persimpangan jalan, dia bertemu  dengan seorang yang alim lalu bertanya kepadanya:-

“Aku telah membunuh 100 orang,adakah masih ada peluang untukku kembali bertaubat?”

Jawab orang Alim itu, “Ya! Siapa yang dapat menghalang kamu untuk bertaubat? Pergilah ke kampung sekian dan beribadatlah di sana. Usah kamu kembali lagi ke negerimu kerana ia adalah negeri yang sangat hina.” Lelaki itu meneruskan langkahnya menuju ke kampung yang telah diceritakan oleh orang alim tersebut. Namun, di persimpangan jalan ditakdirkan ALLAH SWT, dia di jemput ajal. Maka, berlakulah pergaduhan antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. :: KeTENTUan milikNya. Namun, kita MAMPU meLUKIS ketentuan yang kita INGINkan dengan D.O.A di mana ianya ada dalam H.A.T.I kita yang di SALURkan meLALUi IMAN dan TAQWA keranaNya. HIDAYAH milikNya! SeLAGI berNAFAS, di beri PELUANG cari BEKALan untuk NEGERI ABADI::

Berkata Malaikat Rahmat, “Dia berjalan mencari Rahmat ALLAH SWT”

Berkata pula Malaikat Azab, “ Dia seorang yang tidak pernah melakukan kebaikan!”

Kemudian datang Malaikat lain menawarkan solusi.” Ukurlah jarak di antara  dua buah tempat. Mana yang lebih dekat, itula tempat bersemadinya” Setelah diukur, ternyata jarak  lelaki itu mendekati  Negeri yang mahu ditujunya. Lalu Malaikat Rahmat mengambilnya. Benarlah penilaian ALLAH SWT itu di hujung. Namun  yang lebih penting adalah usaha kita untuk menjadi mukmin yang terbaik di kalangan yang terbaik. Jika itu pegangan kita, pasti kita tidak berani untuk mencipta kemurkaan ALLAH SWT. Jika ini ada dalam H.A.T.I kita mulakan sekarang jangan berlengah lagi. Hidayah Milik ALLAH, namun kita harus menggali dan bermarathonlah dalam pencarian kita. Jangan tunggu hingga NAFAS yang terakhir saat Malaikat Azab menunggu kita, saat itu Pintu Taubat Mengucapkan” Maaf, Pintu tertutup sudah untukmu” Penyesalan terakhir tiada tunas indahnya lagi. Ambil ikthibar kisah  di atas ini! ALLAH SWT tidak pernah jauh! DIA sentiasa dekat, malah lebih dekat daripada urat leher kita sendiri. Debu ujian akan sering menghampiri, namun semuanya di bahu kita! Adakah kita mahu tandus atau teruskan bangun tanpa jemu. ::HATI POSITIF di IKUTi,hati NEGATIF berBICARAlah kamu dengan IMAN dan TAQWA di manakah tempatnya MU'MIN pada JIWAmu?::

Kita mengaku kita ISLAM, adakah kita seorang MUKMIN SEJATI? Jom kita MUHASABAH diri kita,adakah kita ini mempunyai SIFAT-SIFAT seORANG MUKMIN yang di terangkan oleh ALLAH dalam SURAH AL-MU'MINUN (Ayat 1 Hingga 11)

Dengan Nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH Dan PENYAYANG

1. Sungguh berUNTUNG orang-orang berIMAN
2. (Iaitu) Orang KHUSYUK dalam SOLAT
3. Dan ORANG yang menJAUHkan DIRI dari ( perBUATan dan perKATAan ) yang TIDAK berGUNA
4. Dan orang MENUNAIkan ZAKAT
5.Dan orang yang MEMELIHARA KeMALUannya
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7. Tetapi barang siapa mencari di balik itu (Zina dan sebagainya, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya.
9. Serta orang yang memelihara SOLATnya
10. Mereka itulah orang yang akan mewarisi
11. (Yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUSI. Mereka kekal di dalamnya

Untuk menjadikan diri kita ini seorang ‘Mukmin Sejati’ yang bukan hanya pada Nama ISLAM sahaja, ALLAH telah mengutuskan Surat CintaNya kepada Junjungan Mulia yang tercinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Segalanya ada tertulis di situ peristiwa yang berlaku di masa lampau dan yang akan berlaku di zaman akan datang. :: AL-QURAN, PEMANDU berHEMAH kepada seSIAPA yang menJADIkan ia sebagai PANDUan JALAN menuju 'MAHLIGAI INDAH' Tidak terSESAT dan tidak terSALAH JALAN menuju DESTINASI ABADI.FAHAMilah isi-isinya, terSIRAT dan terSURAT dalam MENITI HIDUP segalanya terCATIT di dalamnya::

"Sungguh, AL-QURAN ini memBERI peTUNJUK ke (Jalan) yang paling LURUS dan memberi KHABAR GEMBIRA kepada orang MUKMIN yang mengerjakan kebajikan,bahawa mereka akan menDAPAT PAHALA yang BESAR"
(AL-ISRA': Ayat :9 )

Junjungan tercinta kita , Rasulullah S.A.W adalah Model Insan Teragung yang di anugerahkan ALLAH SWT kepada kita.  Bersyukurlah kita kepadaNya. Selain berzikir dan membaca AL-QURAN antara saranan yang terbaik untuk kita mendidik JIWA dan HATI kita yang kian lupa adalah dengan cara membaca Sirah Rasulullah SAW. Baca, hayati, tekuni dan fahamilah perjalanan hidup baginda yang penuh berliku. Dengan izin ALLAH SWT, bukan sahaja akal tunduk mengakui hebatnya insan ini, bahkan hati turut mengakui bagindalah insan terpilih di sisi ALLAH dan di sisi insan. Peribadi Rasulullah SAW tidak sama seperti manusia lain. Pada dirinya, mengalir peribadi  agung yang layak di tiru dan semestinya malar hijau sepanjang zaman. Sesungguhnya, kelahiran baginda sendiri adalah  Rahmat Dan Berkat buat Seluruh Alam.
Betapa ALLAH SWT mengangkat darjat  Nabi Muhammad S.A.W setingginya dan menjadikan  baginda sebaik-baik ikutan  serta teladan. Jadi, bagaimana caranya untuk memperingati jasa-jasa baginda kepada kita? “Allahumma Solli Ala Muhammad”,lafaz Selawat  yang mendekatkan hati agar terus mengingati  dan mencintai Rasulullah. Selawat adalah tanda ingatan, itulah tanda cinta.

Daripada Anas, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Setiap Nabi pernah meminta suatu permintaan,” atau beliau bersabda, “ Setiap Nabi mempunyai doa yang telah ALLAH kabulkan, sedang aku menyimpan doaku sebagai syafaat buat Umatku di Akhirat kelak” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Nabi Muhammad SAW telah merelakan sakit yang sedikit demi memilikki kebaikan yang banyak di Akhirat kelak iaitu ‘SYURGA’. Justeru, sekilas kita mendengar ‘Sallallahu Alaihi Wasallam’, maka  kita sahut dengan kata itu juga’. Keistimewaan ini tiada pada Nabi yang lain, melainkan baginda yang dapat memberi Syafaat kepada sesiapa yang di kehendaki dengan IzinNya. SubhanALLAH, wajarlah mahalnya Syafaat baginda semahal pengorbanannya buat kita selaku Umatnya! Baginda, di jamin Oleh ALLAH SWT  ‘SYURGA’, masih setia memperhambakan dirinya setulus hati kerana ALLAH. Sedangkan diri kita ini yang terleka dengan angan-angan kosong dan Mimpi Indah Dunia lupa akan  tempat asal kita iaitu ‘Syurga’. Bila berbicara tentang ‘Syurga’, segalanya pasti indah. Di sana terdapat segalanya, tidak perlu bersusah payah mencarinya kerana kesusahan kita telah di bayar oleh ALLAH SWT semasa kita berada di Dunia. Kepayahan hari ini adalah kebahagian untuk hari esok! Bersabarlah dalam mengharunginya. Setiap kesabaran itu membuahkan hasil yang sungguh berhikmah. Alangkah indahnya kehidupan di Syurga. Ianya merupakan impian hati orang-orang yang beriman. Jalan menuju ke Syurga, tidak mudah di iringi Karpet Merah. Jalannya penuh berliku dan onak duri!.  Walaupun kepayahan untuk kita menuju jalan itu, di berikan Panduan yang lurus dan tidak menyesatkan kita iaitu “AL-QURAN Dan AS SUNNAH”.
Ayuh! Kita teruskan juga berimpian, berusaha dan berharap walau tidak mungkin dapat memilikki kesabaran seteguh Nabi tetap terus berdoa agar tempiasnya dapat  kita milikki. Turning point untuk kita lebih mengenali Syurga adalah dengan mengenali dan mencintai ALLAH SWT dengan mengenali laluannya ‘Meraih CINTA ALLAH dan MenCINTAi Rasulullah’. Susunlah kehidupan kita untuk kembali ke PangkuanNya. Percaya adanya kematian dan hari penghisaban terakhir sebelum menuju destinasi abadi. Segalanya adalah Rahsia ALLAH dan kita hanya mengumpulkan bekalan sebelum bekalan yang kita bawa nanti di timbang di Neraca ALLAH. Seringlah menanyakan soalan pada jiwa kita  “Di manakah aku ingin mengembalikan ROHku ini?”  Namun, pastikan jawapan anda itu berdasarkn “Kaca Mata” ALLAH SWT. Untuk apa aku di ciptakan? JawabNya,:-

“AKU tidak menCIPTAkan  JIN Dan MANUSIA  melainkan  AGAR MEREKA  berIBADAH kepadaKU” ( Surah AD- ZARIYAT : Ayat 56)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi : R.A.M.A.D.H.A.N

::R.A.M.A.D.H.A.N::
Kini, ia KEMBALI!!
KeDATANGan yang di NANTI
MemBAWA RAHMAT, menyinari H.A.T.I
SeTAHUN seKALI,memBAWA NIKMAT tersendiri
INDAH, pada 'MATAHATI'
Tidak terlihat namun di rasai
RAMADHAN, menJELANG lagi!!
PINTU RAHMAT, wajib di TEROKAi
Celik HATI, bukalah MINDA
R.A.M.A.D.H.A.N huruf yang berMAKNA
Rahmat ALLAH menJEMPUT Anda!
Dan HINDARi AZAB NERAKA
Rebutlah peluang yang di beri ini
MenCARI REDHA,menSUCI JIWA
Janganlah kita di GODA DUNIAwi
AKHIRAT terABAI,NERAKA BALASannya
CARI yang SUNAT, FARDHU jangan di LUPA
Di tuntut ALLAH di hari MURKA
Jangan sekadar bersuka ria
Tanpa keIKHLASan tidak bermakna
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi :N.U.R.U.L.I.Z.Z.A

::N.U.R.U.L.I.Z.Z.A::
Zaujku!
Ketika ini KITA sedang meNANTI
Menunggu saat untuk di perTEMUkan
KeIMANan dan keTAQWAan kita di UJI
Kerana JanjiNYA
Aku setia di sini!
Zaujku!
Bersamalah kita menyerahkan segalanya kepadaNYA
"Jika ALLAH menolong kamu, maka tidak ada yang mengalahkanmu, tetapi jika ALLAH membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu,hendaklah kepada ALLAH saja orang-orang mukmin bertawakal (QS ALI IMRAN: 160)
Maka berTAWAKALlah kepada ALLAH
Kita dekat melaluiNYA
D.O.A penDEKAT jarak antara dirimu dengan diriku
Menyayangi keranaNYA!
Merinduimu keranaNYA!
Zaujku!
KeCANTIKkan tiada padaku
Tetapi ciptaanNYA sentiasa INDAH
Indah terDAPAT pada H.A.T.I
SUCIkanlah H.A.T.I kita
Tetaplah berSAMA menCARI REDHA-NYA
SATUkan JIWA kita!
SATUkan H.A.T.I kita!
Misi utama, "Kunci SYURGA" dalam genggaman
Zaujku!
Aku tidak sempurna insan
KeHADIRanmu menyempurnakanku atas RestuNYA
NUR UNTUK ROH UMPAMA LIHAT ILAHI
ZUHUDlah ZAUJ Aku!Kerana ALLAH, kita pasti bersama
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS