Welcome

RSS

WaCANA 1: “ ISTERI SOLEHAH PERISAI KEKUATAN ‘IMAN’ SUAMI SOLEH”.

ASSALAMMUALAIKUM. Salam 'UKHWAH FILLAH' untuk pembaca Blog Izza dengan dimulakan dengan pembuka bicara “Salam berKASIH RINDU diJIWA” untuk kalian. Senyum seINDAH Mentari Pagi dan ukirkan ia dengan seindah Bulan Purnama. Kala ini tiada cerpen untuk saya coretkan tetapi saya ingin kongsikan seperkara yang akan saya coretkan melalui HATI berBICARA.Saya belum jadi seorang isteri masih menunggu pinangan daripada seseorang yang diPILIH ALLAH untuk saya bersama dengannya memperHAMBAkan diri kami dan menunaikan perJANJIan kami denganNYA. Siapakah dia hanya ALLAH yang tahu tapi ada satu rasa yang saya dengannya rasa melalui HATI berBICARA.  Saat cinta bersemi hanya hati yang mengetahuinya. Semuanya adalah anugerah ALLAH. Kali ini saya ingin kongsikan rencana mengenai “ ISTERI SOLEHAH PERISAI KEKUATAN ‘IMAN’ SUAMI SOLEH”. Sebelum itu kita beri semangat kepada “NAFS” untuk semangat dan kekuatan apa yang ingin kita bacakan . Jom dengar dan fahami lirik lagu nasyid “ISTERI  SOLEHAH”  Nyanyian Kumpulan Nasyid  Saff One.

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di RUMAH dia ISTERI di JALANan KAWAN
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang Solehah
Penyejuk Mata, Penawar Hati Penajam Fikiran
Di RUMAH dia ISTERI di JALANan KAWAN
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengINGATkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya



Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(isteri cerdik yang sholehah)

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(isteri cerdik yang sholehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

                Bagaimana? Ada tak aura  untuk anda menjadi seorang ISTERI  SOLEHEH? Mesti  adakan kalau kita betul-betul menghayati dan memahami makna lagu ini. Kaumku, (Hawa) yang sudah berSTATUS Isteri teruskan TANGGUNGJAWAB anda sebagai “ISTERI SOLEHAH, IBU MITHALI” untuk kita bersama SUAMI dan ANAK-ANAK  terSENARAI Dalam Senarai “AHLI SYURGA”.Memang tidak mustahil untuk kita tersenarai. Cuma hanya perlu “AD DIN”. Berkat usaha dan keyakinan kita kepada ALLAH SWT yang tidak mustahil pun akan jadi mustahil dan DIA telah berFIRMAN dalam Surah Yassin Ayat  82; SeSUNGGUHnya keadaan keKUASAannya apabila ia mengHENDAKi ADAnya sesuatu, hanyalah ia berFIRMAN kepada (hakikat)benda itu: “JADIlah Engkau!” maka ia terus menjadi. Maka, selagi kita diberi usia yang masih tersisa ini gunakanlah sebaik-baik kurniaaNYA.  Anda yang masih lagi belum bergelar Isteri , SABARkan DIRI Anda dalam peNANTIan untuk berTEMU dengan IMAM HALAL ( Suami) kita termasuk diri saya sendiri. Anda yang masih lagi sendiri jangan meletakkan  CINTA MANUSIA  di hati tetapi SEMAIkan dalam sanubari kita bahawasanya “CINTA ALLAH adalah CINTA HAKIKI”. Jaga MARUAH kita sebagai WANITA MUSLIMAH. Selagi tiada HALAL maka tiadalah “SENTUHan LISTRIK” yang boleh menjerumuskan kearah kemaksiatan yang akan mengundang kita ke arah kebinasaan dan kita akan kekal ditempat sehodoh-hodoh tempat tinggal iaitu  NERAKA. Wahai Muslimah!, Izza menTAIP bukan kerana inginkan NAMA, PANGKAT atau DARJAT tetapi ianya hanya sekadar  SALING INGAT-MENGINGATI seSAMA senDIRI termasuk diri Izza yang kerdil ini dalam kita menTAFSIRkan maksud ‘UKHWAH FILLAH’. Jadi kepada anda yang belum bertemu pasangannya jadikan ‘AL-QURAN’ sebagai TEMAN  anda diDUNIA dan AKHIRAT. BerSAHABATlah dengan AL-QURAN. In Shaa ALLAH segalanya INDAH Bila ALLAH sentiasa bersama kita.  Izza bukan hanya pandai menaip tetapi apa yang Izza  taip adalah pengalaman yang Izza lalui sendiri tetapi pastikan ‘NIAT’ dan ‘HATI’ itu IKHLAS Kerana ALLAH S.W.T . Bila kita JADIkan AL-QURAN sebagai SAHABAT SEJATI, dikala kita terLUPA padanya HATIku berBICARA menyatakan" sampai hati lupakan aku" kita dengan mudah tersentuh dengan rasa yang kita rasa bila AL QURAN menyatakan sedemikian. SEMAIkan diJIWA, NIATkan dalam HATI kita "AL-QURAN itu SAHABATku DUNIA Dan AKHIRAT.In Shaa ALLAH, dengan apa yang kita niatkan itu akan dipermudahkan olehNYA. Mata kita akan sentiasa memandang kepada AL-QURAN dan kita akan sentiasa BAWA kemana kita pergi. Dimana aku pergi, di dalam beg tanganku pasti ada sahabatku ini. Biarpun orang meninggalkan kita, tetapi kita ada ALLAH. AL-QURAN itu buktinya. Kalau boleh senaskah AL QURAN sentiasa ada didalam beg bukannya ELEKTRONIK Al- QURAN. Bila SAHABAT SEJATI didalam HATI, pasti diri kita sentiasa dalam keADAan WUDHUK. Jadi dalam “hand bag” pastikan ada AL-QURAN kecil untuk disimpan apabila kita keluar dari RUMAH. Alat solek kita boleh bawa, kenapa Senaskah AL-QURAN  yang ringan dah mudah kita tidak mampu bawa? Tanya HATI kita!!. Itulah jawapannya. “ISLAM itu INDAH dan MUDAH”.  ‘NIAT’ dan ‘HATI’ itu penting untuk kita meMULAkan langkah perJALANan yang INDAH menuju Jalan Yang Diredhai olehNYA.  Dalam pada itu, maka terLAHIRlah IDEA Saya sendiri untuk menguraikan setiap huruf mengikut HATI saya berBICARA hanya sekadar berkongsi cerita saja. N.I.A. T yang bermaksud Nafs Ingin ALLAH Tahu dan H.A.T.I  bermaksud   Hanya ALLAH Tahu Isinya. Jadi mulai sekarang dan seterusnya perBETULkan NIAT kita keARAH keBAHAGIAan untuk kita terPILIH menJADI “ Ahli JannahNYA”. :: ANDAInya diFAHAMilah, bukan mengikut perasaan bukan mengikut hati yang berbicara tetapi saat hati berbicara bersama jiwa seolah-olah ada rahsia sebalik rasa yang terpendam:: Jom sama-sama kita hayati sebuah puisi yang tertaip daripada saya sendiri disaat hati saya yang berbicara yang hanya ALLAH yang mengetahui sebalik penulisan ini.

:: Hujan "KeIMANan", Pelangi "KeTAQWAan" ::

Hujan!!
Kala keIMANan menitis, JIWA tenang
Segalanya INDAH, bila bersamaNYA
KASIHnya diTANGISi, RahmatNYA Digenggami
DiRASAi bila KeIKHLASan di BERI
Demi CINTAku padaMU
LAUTan BARA aku SELAMi
Untuk aku berBULAN madu di AWAN biru
Hujan!!
Hadirmu diTUNGGU,di CARI dan diNANTI
SUCIkan 'HATI', "MATA HATI" mengHAMPIRi
IKHLASkan JIWA, 'PELANGI TAQWA' menyambutnya
NAFSU diTAWANi, IMAN terSERLAH
BerBULAN madulah di atas PELANGI
Hanya kita bersamaNYA
Pelangi TAQWA!!
Segalanya adalah RahsiaNYA
Angka '7' Rahsia nilaianNYA
Itulah Rahsia kekUASAanNYA
HUJANkan diriku dengan keIMANan
Warnailah KeTAQWAan BAK PELANGI
Hujan IMAN!!
Pelangi TAQWA!!
Aku ingin menJADI WANITA terKAYA dengan IMAN dan TAQWA
Aku ingin menJADI terKAYA dengan KASIH-MU ILAHI
Aku ingin KAYA dengan KeSOLEHahan DIRIku
HARTA yang ku ADA ,untuk menuju SYURGA-MU
TIKET yang ku ADA ,untuk menJADI BIDADARI-MU
YA ALLAH!
LIMPAHkan kepadaku dengan TITISan "Hujan keIMANan"
PerINDAHkan DIRIku dengan "Pelangi KeTAQWAan"
Segalanya CINTA berSAMA kasihMU
BerBULAN madu di AWAN biru
Menyemai KASIH di atas PELANGI
PengHUNI SYURGA-MU AKUlah ahlinya

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

MUSLIMAH!, INGATlah kita merupakan “Tonggak  KeKUATan kepada SUAMI yang kita KASIHI yang dipilih oleh ALLAH untuk peneman dan pendamping kita di SYURGA . Kita sayang Suami Dan Keluarga kerana ALLAH maka kita patut menjadi seorang WANITA yang SOLEHAH untuk memBANTU menyempurnakan TUGASan dan TANGGUNGJAWAB kita bersama SUAMI. Wahai sahabatku!!,  ALLAH SWT mengangkat DARJAT kita sebagai WANITA dan ALLAH menceritakan Kisah-Kisah  Wanita di Dalam AL-QURAN. Ada empat wanita yang di ceritakan Dalam Sejarah Islam.  Empat Wanita ini ialah empat wanita teladan bagi para wanita Muslim. “Ada empat wanita mulia yang juga PENGHULU segala WANITA di DUNIA. Mereka adalah Asiah Binti Muzahim, Isteri Firaun; Maryam Binti Imran, Ibunda Isa; Khadijah Binti Khuwailid, Isteri Rasulullah Saw, dan Fatimah Binti Muhammad” Empat wanita ini adalah contoh-contoh wanita yang memperoleh kemuliaan walau dengan keadaan yang berbeza-beza. Jika kita lihat keempat wanita ini, dapat kita ketahui bahawa untuk mencapai tingkat yang mulia itu bisa dalam keadaan apapun dengan NIAT dan HATI yang IKHLAS hanya kerana ALLAH. Bacalah dan  Fahamilah Kisah mereka.

1.       Asiah Binti Muzahim, Isteri Firaun
Asiah ini ialah salah satu wanita yang disebutkan dalam AL QURAN   sebagai wanita teladan. Salah satu wanita yang mendapatkan kemuliaan dari ALLAH walaupun Suami Asiah ini adalah seorang yang kafir, orang yang paling bengis, orang yang banyak menimbulkan kerosakan di dunia iaitu Fir'aun bahkan dia sombong kerana mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dalam keadaan seperti ini Asiah tetap Istiqomah untuk tetap mengabdi kepada ALLAH menjadi ‘Hamba ALLAH’. Hingga suatu saat Asiah pernah meminta kepada ALLAH, “Ya ALLAH di dunia aku tidak merasakan rumah tangga yang damai, di dunia aku tidak mendapatkan kasih sayang seorang suami yang baik, di dunia aku tidak merasakan keutuhan berumah tangga. Maka bangunkanlah untukku Ya ALLAH di Syurga nanti Sebuah Rumah dekat ENGKAU di sisi-MU. Walaupun suaminya seorang yang kafir, sombong dan bongkak kerana cintanya Asiah Binti Muzahim kepada ALLAH dia tetap melaluinya dengan sabar walaupun didunia dia dikurniakan kemewahan hidup tetapi hati tidak juga tenang kerana kita akan tenang bila hati kita sentiasa mengingati ALLAH S.W.T

2.       Maryam Binti Imran, Ibu Nabi Isa A.S
Wanita kedua yang menjadi tauladan bagi kaum hawa adalah Maryam. Maryam mendapatkan kemuliaan yang berbeza dengan wanita-wanita yang lain. Maryam mendapatkan kemuliaan dari Allah dengan melahirkan seorang Nabi iaitu Nabi Isa tanpa seorang ayah yang menghamilinya.
Ketika itu Maryam sering diejek oleh orang ramai, ketika melahirkan Isa tanpa seorang ayah. Daripada kejadian ini dapat kita simpulkan bahawa ALLAH berKUASA atas segala sesuatu dan hal yang demikian berFIRMAlah ALLAH di dalam SURAH YASSIN AYAT  ayat  82, SeSUNGGUHnya keADAan keKUASAanNYA apabila Ia  mengHENDAKi adanya seSUATU,HANYAlah  ia berFIRMAN kepada (HAKIKAT)benda itu: JADIlah ENGKAU!maka ia terus menJADI.
Hadis riwayat Ali bin Abu Thalib ra., ia berkata:
Saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran. Sebaik-baik wanita ialah Khadijah Binti Khuwailid. (Shahih Muslim No.4458).
Kesimpulannya, demi Amanah daripada ALLAH sanggup jua ditanggung demi membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ALLAH SWT . ALLAH telah memuliakan Maryam walaupun harus melahirkan seorang Nabi  Isa tanpa seorang ayah. Dari sini kita mendapat pelajaran yang sangat berharga bahawa kekuasaan ALLAH itu benar-benar NYATA bagi orang-orang yang berIMAN.

3.       Siti Khadijah Binti Khuwailid, Isteri Rasulullah Saw
Wanita yang ketiga yang yang menjadi tauladan bagi para wanita adalah isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah. Kita semua tahu isteri Rasulullah adalah wanita yang baik kerana Rasulullah adalah orang yang sangat mulia dan baik akhlaknya, maka yang menjadi isteri juga orang yang baik. Siti Khadijah ialah orang yang pertama yang menerima dakwah setelah Rasulullah menerima wahyu yang pertama iaitu Q.S. Al-Alaq ayat 1-5. Setelah Rasulullah terperanjat dan ketakutan dengan kejadian yang sangat menganehkan yang telah berlaku  di Gua Hira’, Rasulullah lalu pulang dan menyuruh Siti Khadijah  menyelimutinya. Sungguh wanita yang satu ini adalah wanita yang sangat mulia. Hadis riwayat Ali bin Abu Thalib ra., ia berkata:
Saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran. Sebaik-baik wanita ialah Khadijah binti Khuwailid. (Shahih Muslim No.4458). Siti Khodijah adalah wanita yang senantiasa mendukung dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah. Wanita yang menjadi ‘Ummul Mukminin’ atau orang yang pertama yang masuk Islam. Pasangan Rasulullah dengan Siti Khadijah ini adalah salah satu contoh rumah tangga yang mulia yang  boleh diteladani oleh kita selaku umat Nabi. Siti Khadijah seorang wanita yang setia di sisi suami, di kala kaumnya mengecam dakwah suaminya  dan sanggup menghabiskan harta untuk  kemulian Agama Islam.

4.       Fatimah Binti Muhammad, Anakanda Nabi S.A.W
Wanita yang keempat yang menjadi tauladan bagi kita adalah Fatimah Binti Muhammad. Fatimah adalah seorang wanita yang sangat mulia akhlaknya dan sangat cantik parasnya sehingga beruntunglah Ali Bin Abi Thalib menjadi pasangan hidupnya. Fatimah adalah seorang anak  yang sangat disayangi oleh Rasulullah, begitu juga  Fatimah yang sangat menyayangi Rasulullah.
Setelah Ibunya Siti Khadijah  Wafat, maka Rasulullah  satu-satunya orang tua yang Fatimah sayangi. Hal ini dibuktikan dengan pertolongan  Fatimah ketika Rasulullah terluka dalam Perang Uhud.

Itulah kisahnya yang boleh diteladani sifat-sifat mereka untuk kita menjadi Seorang MUSLIMAH yang berjaya diDUNIA dan diAKHIRAT. Bukan harta yang mereka inginkan dalam memper’hamba’kan diri mereka kepada ALLAH tetapi rasa cinta yang lahir dari hati mereka kepada ALLAH SWT yang mana sanggup  mengorbankan JIWA dan RAGA untuk  ISLAM berkembang sehingga kini dan selamanya. Jadikan kisah mereka ini  sebagai satu inspirasi untuk  menjadi WANITA SOLEHAH  dan dapat menggelarkan  diri kita sebagai “BIDADARI DUNIA dan AKHIRAT”. Mudah untuk kita mendapat gelaran itu hanya perlu “AD DIN”. Fahamkan maksud ISLAM, IMAN DAN IHSAN segalanya mudah dan seperti yang Izza katakan diawal  WACANA ini yang mana NIAT dan HATI itu memainkan peranan yang penting untuk meREALISASIkan IMPIAN kita, untuk menjadi seorang Wanita Solehah hanya perlu memilih  menJADI seBESAR-BESAR FITNAH atau  menJADI  seBAIK-BAIK perHIASan. Maksud W.A.N.I.T.A itu sendiri yang bermaksud Wanita Akan Nampak Indah Tutup Aurat telah memperjelaskan yang kita wanita ini memang perhiasan tetapi jika sesuai pada ‘Hukum Syarak dan SyariatNYA’. Kita juga perlu pandai memilih sahabat. Bukan kita ini orangnya baik tetapi kita inginkan seseorang  apabila kita mengenalinya kita tahu agamanya yang mana agamannya itu mampu membawa diri kita  dekat pada ALLAH SWT. Nikmat yang paling berharga selepas nikmat IMAN dan ISLAM  adalah memiliki SAHABAT yang SOLEH dimana ianya juga nanti merupakan SUAMI  yang diTAKDIRkan oleh ALLAH untuk kita. Jika kita ingin seorang sahabat yang soleh, maka kita perlu memperSOLEHAHkan diri kita terlebih UTAMA. Jangan mengHARAPkan sahabat yang SOLEH tetapi kita KUNTILANAK. Kita selaku manusia memang tidak sempurna , tetapi ALLAH ada mengurniakan kita AKAL  jadi gunakan pemberianNYA sebaik mungkin dan jangan dipersiakan. Jom kita hayati puisi Izza yang seterusnya mengenai keTAATan dan NIKMATnya.



:: Taat Itu Nikmat::

Sahabat!!
Mari kita TAUBAT
SeBELUM terLAMBAT
HIDUP ini SINGKAT
Tiada yang terIKAT

Sahabat!!
Mari kita SOLAT
BerDIRI RAPAT-RAPAT
SELALUlah berINGAT
Agar NIKMAT itu kita DAPAT
ALLAH Maha MeLIHAT
DIA sentiasa MeLIHAT
Jangan kita LIGAT
Mengejar nikmat DUNIA yang SINGKAT

TAAT itu NIKMAT
HENTIkan MAKSIAT
KIAMAT sudah DEKAT
Jangan sampai kita HILANG nikmat

Sahabat!!
SELALUlah berINGAT
AMALan kita diCATIT MALAIKAT
Tidak terIKAT
Malah sentiasa meLEKAT

Sahabat!!
HIDUP mesti berSYARIAT
Agar kita tidak diLAKNAT
DUNIA AKHIRAT sentiasa SELAMAT
SYURGA meNANTI, itulah NIKMAT

Hasil Nukilan: Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

Izza bukanlah seorang yang pandai menyusun ayat puisi yang berpuitis . Ayat-ayat Izza akan terhasil bila HATI mula berBICARA .Sesiapa saja yang mengenali Izza boleh mengetahui ayat-ayat senget yang terdapat di BLOG Dan STATUS MUKA BUKU.  Banyak lagi puisi-puisi Izza yang kalau nak diikutkan semua hasil puisi Izza hendak  dikongsikan bersama dengan anda tetapi kena tengok sesuai ke tidak dengan apa yang Izza coretkan. Tanam AZAM dalam JIWA yang kita ingin menjadi yang terBAIK antara yang baik. Dengan niat yang suci ini, semoga ALLAH memudahkan segalanya. ::Aku wanita biasa. Aku ingin menjadi ANAK SOLEHAH yang mampu menJADIkan AYAH dan MAMAku menjadi AHLI Syurga-MU dengan RahmatNYA, yang memBANTU SUAMIku dalam mengurus RumahTangga ke Arah Keluarga SAKINAH, MAWADDAH dan WARAHMAH untuk berSAMA ke NEGERI ABADI berSAMA CINTA YANG MAHA KUASA:: Jom layan dan hayati pula mengenai puisi Izza yang bertajuk  Jiwa. Puisi ini mengisahkan yang kita (diri sendiri) bercakap di dalam ALAM BATHIN yang hanya dapat dirasa melalui HATI kita apabila JIWA  kita hendak LUAHkan kepada KITA  dan apa yang akan kita lakukan yang terbaik untuk JIWA dan ROH yang bersatu dalam JASAD.

:: Jiwaku!!::
Jiwaku!!
KAU adalah AKU, aku adalah kau
KeMANA kau meLANGKAH, diSITUlah aku
CERMINan aku adalah kau
Kita seHATI dan kita seRASA

Jiwaku!!
BISIKan kau padaku
Adalah aku yang menyuarakan
Kita bersatu dalam 'SATU'

Jiwaku!!
Aku terLUPA, kau mengINGATkan
Aku DEGIL, kaulah peNASIHAT
Apapun rasa kita
Kita pasti berCANGGAH
Walaupun kita adalah SATU

Jiwaku!!
IMPIAN kita adalah SAMA
AKAL kita mungkin berBEZA
DiSAAT kau mengatakan YA
Aku kata TIDAK
DiSINIlah penCANGGAHan kita
Jiwaku!!
INGATlah perJANJIan kita bersamaNYA
DiSAAT DIA meniupkan ROH
BerSATUlah kita dalam JASAD
Kita hanyalah hambaNYA
Memperhambakan diri itulah JANJI kita

Jiwaku!!
Kita ke DUNIA keranaNYA
Tiba MASAnya kita kembali kepadaNYA
"BUAH TANGAN" untukNYA?
Apa yang INGIN kita BERI untukNYA?
DiKURNIAkan AKAL
Itulah JAWAPANnya!!

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

Apabila kita sudah berbual atau berbincang antara Jiwa Dan Roh. Maka untuk seterusnya AKAL dan NAFSU yang akan menunaikan apa yang dibincang. Jika inginkan kejayaan maka NIAT haruslah TULUS. HATI mestilah TABAH melalui dugaan dan ujian untuk menyempurnakan  dan menjayakan permintaan Roh Dan Jiwa. Yang utama yang perlu kita lakukan yang wajib iaitu 5 WAKTU yang INDAH. Jom KITA baca lagi hasil puisi Izza yang seterusnya yang bertajuk Lima Yang TerINDAH .

:: Lima Yang Terindah::

SUBUH
Pagi yang INDAH
Hati yang TEDUH
KeCANTIKkan terSERLAH di WAJAH
TerBUNUHnya sikap ANGKUH
Lahirnya KELUARGA yang UTUH
KeDAMAIan pasti berLABUH

ZUHUR
JIWA yang SABAR
HATI tidak KUFUR
Selalu rasa berSYUKUR
IBADAH tidak UZUR
HIDUP sentiasa MAKMUR

ASAR
Tiada rasa GENTAR
Sentiasa SENYUM meLEBAR
REZEKI berJALAN LANCAR
Mengharungi pahit getir
Dengan penuh sabar


MAGHRIB
MeLAKUkan WAJIB
WIRID yang TERTIB
JAUH dari AIB
Dengan izinNYA,terbukanya HIJAB

ISYAK
TerHINDARnya daripada sifat MUNAFIK
TerHALANG daripada PANAS TERIK
Tidak pernah SERIK
Terhindar daripada sifat MATERIALISTIK

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

SOLAT itu Tiang AGAMA. Meninggalkan solat maka jawablah sendiri dengan kepandaian anda sebagai ‘KHALIFAH ALLAH’. Setelah WAJIB kita tunaikan maka lakukan yang sunat untuk menampung dan peneman kita di Alam  lain. Jom Kita layan puisi Izza yang seterusnya yang bertajuk :-

:: Saat SeperTIGA MALAM::

Sepertiga Malam!!
Lena DiULIT MIMPI
TerJAGA tanpa diSEDARi
Bangunlah!!, saat MATA terBUKA
Itulah TANDA kasihnya DIA kepada kita

Sepertiga Malam!!
Sunyi sepi
Saat insan lain diulit mimpi
KeTENTERAMan,keTENANGan dan keDAMAIan
Inilah WAKTUnya, kita memperHAMBAkan diri
MengINSAFi dosa-dosa silam

Sepertiga Malam!!
CINTA atas langit yg terINDAH
BENTANGan sejadah keIMANan
TUNDUK hamba abdi kepada PENCIPTA
TANGISan dosa terDAMPAR
HAMPARan keINSAFan terSEMAT
Itulah kita!!
Hamba tetap hambaNYA

Sepertiga Malam!!
TAHJUD, TAUBAT,TASBIH
DiLAKUkan dengan NIAT
MengHARAP keampunanNYA
MenCARI redhaNYA
Ya ILAHI, Aku ingin kembali kepadaMU
Kembali seperti yang kita JANJIkan
DaripadaMU kudatang
KepadaMU jua, ku akan kembali
Kembali seperti datangnya aku
SeSUCI kain putih
Tidak terCALAR dengan DOSA
Maka, terimalah aku seperti ASALnya keJADIanku

Hasil Nukilan: Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

Setelah kita memperbaik diri kita  dengan setulus hati, kita serahkan sahaja untuk urusan seterusnya kepada ALLAH SWT. Matlamat utama kita ialah menCARI CINTA ALLAH dan menCARI JALAN MENUJU REDHA ILAHI. Kita lakukan apa yang disuruh dan kita jauhkan apa yang dilarang olehNYA.  CINTA dan KASIH SAYANG  adalah FITRAH. Ianya PERLU untuk BAJAan  JIWA. HIDUP tanpa cinta dan kasih sayang  adalah kehidupan yang hambar  dan tidak bermakna . Manusia memerlukan CINTA dan KASIH SAYANG untuk mewarnai kehidupan seterusnya di Alam Perkahwinan untuk memBINA HUJAN keIMANan dan PELANGI keTAQWAan seperti puisi yang Izza hasilkan. Manusia yang berUNTUNG  adalah manusia yang  mentiti diatas jejambat  CINTA dan KASIH SAYANG KeranaNYA. Lantas dia memperolehi CINTA dan KASIH SAYANG itu sebagai tanda untuk menyedari  keDUDUKanNYA   dibawah keBESARAN ILAHI. Wahai Muslimah,  wanita yang cantik akan  membuka “ Mata Lelaki” tetapi wanita yang baik akan “Membuka Hati LeLaki” ::DIRIku tidak SEMPURNA,dengan keHADIRan dirimu akan menyempunakanku dengan keIMANanmu untuk kita bersama MENUJU cintaNYA::

Abdullah bin Amr  meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya dunia itu  adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar Ibnul Khathab R.A:

“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perBENDAHARAan seorang lelaki, diSISInya ialah ISTERI SOLEHAH  yang apabila dipandang akan menyenangkannya, apabila diperintah akan mentaatinya, dan apabila ia keseORANGan si isteri  ini akan menjaga dirinya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil t berkata dalam Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)

Berkata Al-Qadhi Iyyadh: “Tatkala Nabi  menerangkan kepada para sahabatnya bahawa  tidak berdosa mereka mengumpulkan harta selama mereka menunaikan zakatnya, beliau memandang perlunya memberi khabar gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yang lebih baik dan lebih kekal iaitu  isteri  yang solehah  yang cantik (lahir batinnya) kerana  ia akan selalu bersamamu menemanimu. Apabila engkau pandang menyenangkanmu, ia tunaikan keperluan apabila engkau memerlukannya. Engkau dapat bermusyawarah dengannya dalam perkara yang dapat membantumu dan ia akan menjaga rahsiamu. Engkau dapat meminta bantuannya dalam keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan apabila engkau meninggalkannya ia akan menjaga hartamu dan memelihara dan mengasuh anak-anakmu.” (‘Aunul Ma‘bud, 5/57)

Rasulullah S.a.w.  pernah pula bersabda:
“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu  wanita (isteri ) yang solehah, tempat tinggal yang luas dan lapang, tetangga yang  soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan  empat perkara yang merupakan kesengsaraan iaitu  tetangga yang buruk, isteri  yang jelik (tidak solehah ), kenderaan yang tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis Riwayat  Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302, disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282).

Ketika Umar Ibnul Khaththab bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?” Beliau  menjawab:
“Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir dan Isteri  Mukminah yang akan menolongmu dalam perkara akhirat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh Albani t dalam Shahih  Ibnu Majah no. 1505).

Jadi selaku muslimah yang inginkan kebahagian didunia dan akhirat maka dengan ini  jangan bermati-matian  mengejar sesuatu  yang tidak boleh dibawa mati. Jaga aurat kita! Jaga tingkah laku kita. Jangan terpedaya dengan kata-kata kosong dan janji  manusia malah jangan terpedaya dengan basa basi duniawi. Jom kita baca pula puisi Izza yang seterusnya yang bertajuk “Jalan Cinta”
.

:: Jalan Cinta::

Hanya satu HARAPAN
Hanya satu pengharapan
Hanya DIA
DIA yang ESA
DIA yang berKUASA
BerMULA cinta daripadaNYA
BerAKHIR cinta HANYA untukNYA
MeRINTIHlah JIWA, mengHARAP kasihNYA
Dibatas DUNIA
Hanya SEMENTARA
"SYURGA ABADI" dambaan jiwa
PerJALANan masa LALU
JADIkan INSPIRASI meraih cintaNYA
KePAHITAN lalu diTELAN
KeHITAMan lalu diBUANG
KeTULUSan kini, diMANTAPkan lagi
Hanya cintaNYA berSEMI di HATI
KeLALAIan JIWA meRUGIkan
TerLENA seketika, bangunlah MATA HATI
Jangan terpedaya
Basa Basi DUNIA FATAMORGANA
Hanya sementara
Jalan Cinta!!
Dalam SYURGA FIRDAUSI
BersamaNYA jua yang kekal ABADI

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


Cukuplah kemuliaan dan keutamaan bagi wanita solehah  dengan anjuran Rasulullah  bagi lelaki yang ingin menikah untuk mengutamakannya dari yang selainnya. Baginda bersabda:
“Wanita itu dinikahi kerana  empat perkara iaitu  kerana  hartanya, kerana  keturunannya, kerana  kecantikannya, dan kerana  agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466). Jom kita baca sebuah puisi hasil daripada jari-jemari Izza yang menari yang bertajuk  Cinta .

:: C.I.N.T.A ::

Cinta!!
SeHEBAT mana CINTA kita pada seseORANG
Hebat lagi kasihNYA DIA pada kita
SETIA mana kita pada seseORANG
LAGI setianya DIA kepada kita
TatKALA orang meninggalkan kita
DIA tidak pernah meninggalkan kita

Cinta!!
SeAGUNGnya manusia itu
Lagi AgungNYA DIA
DIA yang memiliki ARASY
DIA yang meRANCANG SEGALAnya
DIA yang menTADBIR semesta ALAM
DIA yang menentukan

Cinta!!
Mengapa perlu meyeksa JIWA dan HATI?
Kita milikNYA!!
Kita hambaNYA!!
PEMILIK dengan rasa kasihNYA
PEMILIK dengan rasa sayangNYA
CINTAilah DIA seIKHLAS ragamu

Cinta!!
Jangan mudah terpedaya
CINTAilah peMILIKi cinta
PASTInya DIA memilih seseORANG untuk diCINTAi
Dia yang terCIPTA untukmu
Dia yang menjadi BELAHan JIWAmu
Dia yang seBAHAGIan darimu

Cinta!!
Dia BELAHan JIWAmu yang sepadan dirimu
Dia TULANG BELAKANG keKUATanmu
Dia TULANG RUSUK keTENANGanmu
Dia TONGKATmu dalam keBUNTUan
Dia penyejuk MATAmu
Dia adalah cahaya kasihNYA DIA kepadamu
Dia adalah PENEMAN DUNIA dan AKHIRATmu
SIAPAkah dia?
Hanya DIA yang mengetahuinya
Cinta!!
Aku tetap menunggumu
BIARpun kini, kita berJAUHan
SAATnya tiba, kita berTEMU
PELIHARAlah HATImu
LINDUNGi IMANmu
KEKALkan keTAQWAanmu kepadaNYA
KELAK berSAMA kita ke syurgaNYA

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab. Karim
Hanya Mampu Tersenyum

::Hanya pada ALLAH aku sandarkan HARAPan. Yang MAHA PENYAYANG, KURNIAkanlah aku pasangan yang mencintaiMU dan kekasihMU agar dirinya mampu memBAWA aku ke SyurgaMU. AKU hanya wanita kerdil inginkan BIMBINGan. Kelak aku bersamanya , berMULA diDUNIA dan kekal hingga JANNAH.:: ::CINTA itu memBERI,SAYANG itu menerima dan diTERIMA dan RINDU itu adalah KeSERASIan::  Jangan risau jika saat ini, kita masih belum bertemu dengan Tuan Pemilik Rusuk Tulang Kiri. Jom kita baca lagi sebuah puisi yang bertajuk  Tuan Tulang Rusuk Kiriku.

:: Tuan Tulang Rusuk Kiriku::

Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Saya yang terCIPTA untukmu
Apa khabar dirimu disana?
Saya harap awak sentiasa dalam rahmatNYA
Saya disini setia menanti hadirnya awak
Awak yang menjemput saya
Awak yang meMOHON diri saya dariNYA
Menjadi BIDADARI dunia dan akhirat

Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Saya menanti detik perTEMUan kita
MenJEMPUT cinta yang diANUGERAHkanNYA
Cinta yang SENTIASA dalam redhaNYA

Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Kita berTEMU dalam DOA
Kita meMINTA dalam SUJUD kepadaNYA
MenCURAH KASIH murni antara KITA
SIAPApun dirimu?
Semoga awak daripada orang-orang yang mencintaiNYA
MenCINTAi kekasihNYA, TAKUT akan azabNYA

Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Saya adalah WANITA biasa
Kala awak menJEMPUTku sebagai ISTERImu
BIMBINGlah saya menuju JALAN cintaNYA
Menuju jalan ke SYURGANYA
Supaya kelak SAYAlah BIDADARI AKHIRATmu

Ya ALLAH!!
SAMPAIkan SALAM RINDUku kepadanya
Sampaikan RASA KASIHku kepadanya
SEMAIlah keIMANan diJIWAnya
Sesungguhnya, ENGKAU lebih mengetahuinya
SIAPA dia yang terCIPTA untukku
JADIkan aku peMILIK cintaMU
Agar aku memilikki cinta dia yang mencintaiMU
MenCURAH kasihnya padaku keranaMU
"KULLUM MIN INDILLAH"

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab. Karim
Hanya Mampu Tersenyum


 ::Untuk CALON SUAMIku siapapun dirimu inilah LUAHanku untukmu. AKU adalah wanita biasa aku ingin bersamamu hingga SYURGA dan aku jugalah KETUA BIDADARImu:: Tugas kita sebagai Muslimah bukan untuk mencari Insan Sempurna Nabi Muhamamad tetapi kita cuba untuk menjadi yang terbaik seperti Saidatina Siti Khadijah yang mana keTAATan dan keCINTAan hanya untuk ISLAM.  Bagaimana cara kita menyemai CINTA untuk ISLAM selaku GADIS yang belum mempunyai SUAMI?MUDAH Dan TRENGKAS saja hanya perlu JAGA kePERAWANan kita hanya untuk Suami yang dipilih oleh ALLAH untuk kita sebagai “PERISAI keKUATan keIMANan  Untuk MenJADI SUAMI SOLEH” ::Awak, kita simpan rindu dulu ye sehingga ALLAH perTEMUkan kita dalam ikatan yang HALAL. Tidak kisah jika sekarang awak sedang berbahagia bersama insan lain tetapi andai JODOH kita ada, kita akan tetap berSAMA. Kita cari cinta DIA dan KEKASIH-NYA, In shaa ALLAH kita akan perolehi apa yang kita SIMPAN selama ini di HATI untuk kita berSAMA seLAMAnya:: Ayat Izza membuktikan bahawa , mencintai seseorang dalam diam walaupun kita tahu yang dia sudah berteman tetapi belum berNIKAH maka kita malu untuk meLUAHkan PERASAAN kepadanya maka ALLAH lah tempat kita berGANTUNG HARAPan untuk dia yang ingin kita milikki sebagai SUAMI  yang mendapat RESTU ALLAH hanya dengan mengerjakan PERINTAH ALLAH SWT dengan HATI yang KHUSYUK dan TULUS daripada ‘NAFS’ untuk kita menDEKATkan lagi JARAK  kita dengan penDAMPING HALAL kerana setiap manusia ini telah diTAKBIR (MAHA BerKUASA) di awal keJADIan kita. Hanya perlu menCARI ALLAH dalam JIWA kita  dan NUR MUHAMMAD yang akan ditentukan olehNYA berPAKSIkan ‘NIAT’.  Tanpa berteman juga kita akan rasa bahagia dan indah. ‘Manusia yang paling bahagia  adalah yang  paling kuat cintanya pada ‘ALLAH’. (Imam AL-GHAZALI) :: Jemput JODOH dengan keIMANan,RAIkan CINTA dengan keTAQWAan::  Muslimah!, selagi anda belum ada SIJIL NIKAH atau keDENGARan ‘LAFAZ SAKINAH’ (Lafaz IJAB Dan KABUL) daripada Seorang LELAKI yang menyalami TANGAN WALI anda jagalah keTAATan kita pada ALLAH. In Shaa ALLAH,  DIA akan memberi kita SUAMI yang ‘SOLEH DIDUNIA dan AKHIRAT’. Dia yang TIDAK akan menCINTAI kita kerana keCANTIKkan,tetapi dia yang memilih kita kerana keTAATan  dalam erti yang seBENARnya iaitu ‘IMAN dan TAQWA’. Muslimah! Bukan HARTA yang Izza dambakan  dalam  HIDUP, bukan NAMA tetapi keAMANan yang Izza nak dalam dunia yang sementara ini yang hanya basa-basi yang sekadar hanya satu perSINGGAHan untuk kita ke NEGERI ABADI. (AKHIRAT). Izza hanya ingin diGELAR sebagai “BIDADARI DUNIA Dan AKHIRAT”. Malah IZZA ingin bertemu dengan ALLAH SWT dalam keadaan SUCI dan BERSIH daripada sebarang DOSA. ALLAH S.W.T   tidak pernah memungkiri JANJI-NYA. Maka, kita sebagai Muslimah tidakkah kita mahu meLIHAT WAJAH ALLAH SWT yang selama ini kita PUJA, PUJI , SANJUNG Dan KITA SEMBAH?. ALLAH yang ESA yang tiada TUHAN selain ALLAH SWT  yang telah terbukti dengan “SYAHADAH” yang bermaksud “TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SWT, DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH”. Jadi ayat ini menjelaskan TIADA ALLAH diHATI kita Maka Tiada Jualah ALLAH diJIWA ANDA!!. DIA dekat dengan kita apabila kita DEKAT padaNYA dengan cara “IMAN Dan TAQWA”. Maka lakukan SERUanNYA dan TINGGALkan LARANGanNYA.Lakukan dengan “ISTIQOMAH,TAWADHU dan DOA”. Muslimah! Jadilah PERISAI keKUATan IMAN untuk pendamping kita diDUNIA dan diAKHIRAT. HAPUSkan keMAKSIATan yang boleh meROSAKkan “Mahkota KeIMANan Kita”. Ingatlah !! Segalanya bermula dari kita sebagai MUSLIMAH dimana ALLAH telah memberi keLEBIHan kepada kita dengan RAHIM (Pangkal Rahim )kita yang mampu memberi ZURIAT kepada SUAMI yang lebih mudah  ANAK sebagai TANDA KASIH SAYANG Dan pengIKAT kita dengan ‘MAHKOTA IMAN’  yang terpelihara hanya untuk SUAMI ATAU IMAM kita untuk kita tetap bersama dengannya diDUNIA Dan AKHIRAT.  Dengan IMAN kita juga   tidak akan terPISAH dengannya  walaupun  ada diantara kita yang akan pergi dulu menyambut PanggilanNYA. Maksud ayat yang ingin Izza simpulkan terpisah SUAMI atau terpisah ISTERI tetap SETIA walaupun  berpisah DiDUNIA sementara tetapi tetap berTEMU di SYURGA-NYA. Maka, kitalah sebagai PERISAI   yang menTADBIR  SYURGA dalam RUMAH TANGGA dengan  keKAYAan  IMAN Dan TAQWA kepada ALLAH. Walaupun kita diKURNIAakan 9 NAFSU 1 AKAL , dengan 1 AKAL itulah kita mampu menundukkan SUAMI dengan MULUT kita yang sentiasa memBEBEL atau berKATA-KATA  jika terdapat keSILAPan  yang dilakukan oleh AYAH Dan ANAK kerana kita adalah ‘IBU’ dan ALLAH telah berFIRMAN: ‘SYURGA’ itu terLETAK dibawah “TAPAK KAKI IBU”. Muslimah!! Kita semua adalah HAMBA-NYA  maka kita kembalilah kepada DIA. DIA Yang akan memBIMBING diri kita ini menuju JALAN Yang DiREDHAI-NYA. Jom kita dengar lagu ZINNIRAH-UNIC dan hayati dan fahamkan lirik lagu tersebut. Walaupun wajah kita tidak cantik, tetapi HATI kita hanya untuk ALLAH siapapun kita hari ini kita hanyalah HAMBA-NYA.

Hadirmu bersama kuntum SENYUMAN
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian FIRDAUSI
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

MATAmu jadi TARUHan
GANTIan LARA NILAIan IMAN
Ayuh bersama kita susuri!!
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala


Oh Zinnirah!!
Kau umpama BINTANG di MALAM hari
Menerangi MALAM dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh ZINNIRAH!!
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh ZINNIRAH!!
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
PENYERI di FIRDAUSI!!

Izza adalah HAMBA-NYA yang kedil. Semoga IZZAlah insan yang dipanggil ‘Zinnirah’. DOAkanlah ye semoga IZZA BERJAYA!!. MUSLIMAH lakukan sesuatu itu dengan NIAT kerana ALLAH. Kala HATI Izza berBICARA  kita akan berjumpa di TAIPan yang  seterusnya. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBA YANG MENCINTAI-NYA. AAMIIN

:: AirMATA Kasih::
Kala keSEPIan
Kala aku keSEORANGan
Aku diKASIHi seTULUS-MU YA ALLAH
KAU HADIRkan airmata ini
Tanda kasihMU kepadaku
Sekalipun aku diBENCI
Sekalipun aku diFITNAH
KAU sentiasa berSAMAku
AIRMATA penCUCI DOSA!
AIRMATA pemBUKA 'MATA HATI'
AIRMATA itulah keBAHAGIAan
Bahagia DiDUNIA dan AKHIRAT
BersamaMU DI SYURGA-MU
YA ALLAH!
JADIkan airmata ini TANDA KASIHku
JADIkan airmata ini, tanda peng'hamba'anku
Airmata ini menDEKATkan aku denganMU
Sirami HATIku dengan NUR kasihMU YA ILAHI
Airmata KASIH!
BerLINANGlah selalu, agar aku mengenaliMU
Agar akulah KekasihMU YA ILAHI
Sentiasa dekat denganMU
Aku ingin terus berSAMA-MU
Aku ingin menJADI BIDADARI SYURGA-MU!
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS