Welcome

RSS

CERPEN 13. AKULAH GADIS DESA ITU!!

Cerpen : Akulah Gadis Desa Itu!!
Penulis: Nurulizza Hj Ab. Karim



            Aku renungi indahnya alam. Terbentang luas indah pemandangan. Ku lihat langit, cantik kebiruan memukau jiwaku. Sejenak ku terfikir! Adakah esok untuk aku terus memandang? Pastinya, esok kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Masih bernafas atau  dipanggil pulang bertemuNYA.   Hidup sebagai gadis desa,itulah diriku. Ditemani suara maya, diterangi indah cakerawalaNYA. Awan, bintang dan bulan bagai mengerti apa yang ku rasa. Tiada istilah keseorangan walaupun dimata kasar mereka melihat aku bagaikan hidup dibawah tempurung yang hanya menampakkan diri jika perlu. Tidak mudah untuk aku memperlihatkan wajahku yang sederhana ini. Hidup mesti pandai membawa diri! Itulah kata-kata inspirasi diriku. Lamunan sering menghantuiku. Biasalah, hidup berfantasi itulah diriku. Cuma, perlu berhati-hati dalam melayan fantasi. Tersilap layan boleh merana jiwa tu!



CINTAi aku, SAYANGi aku
KASIHi aku, MILIKi aku

CINTAi aku karena ALLAH
SAYANGi aku karena ALLAH
KASIHi aku karena ALLAH
MILIKi aku karena ALLAH

Bukan langit, bukan bumi
Bukan bulan matahari
Kau JADIkan SAKSI CINTA
Hanya ALLAH  sang MAHA CINTA

Bukan harta, bukan rupa
Bukan pula kehebatan
IMAN dan TAQWAmu sayang
Mencintamu aku tenang!!

Ku ingin menJADI SYURGA
Dalam lembaran hidupmu
Ku JADIkan engkau IMAM

            Lagu yang selalu aku dengar tatkala hatiku rindu. Rindu yang tidak mampu aku luahkan. Hanya pada ALLAH aku serahkan segalanya.  Kala taipan ini menari-nari airmataku mengalir tanpa kupinta. Liriknya yang ringkas dan mudah difahami mampu menitiskan airmata sesiapa saja yang memahaminya. Bukan minta simpati sesiapa tetapi inilah diriku yang selalu berkongsi rasa mengikut hati yang berbicara seikhlasnya. Mungkin ada yang kata petaipan sekadar fantasi tetapi hanya ALLAH yang mengetahui. Saat hati berbicara hanya mampu tersenyum. Kita semua ingin disayangi. Dicintai setulus hati tanpa paksaan. Cinta itu anugerah terindah daripada yang ESA.  Cinta yang lahir keranaNYA bukan cinta yang sekadar hadir semata-mata mengisi kekosongan tetapi cinta yang sebenar-benar cinta untuk bersama dengan seseorang yang dihadirkan  untuk menemani kita didunia dan kelak jua akulah BIDADARInya di AKHIRAT. Kita tahu dunia ini hanya sementara. Tiada yang mampu kita bawa kecuali amal kita.  Jadi, untuk mencari kebahagian AKHIRAT, maka kita perlu mengumpul amalan kita ikhlas keranaNYA. Ingin kebaikan untuk diri maka perbaikilah akhlak kita. Ingat!! Kita hidup bukan untuk dipuji manusia tetapi kita hidup untuk meRAIH REDHA Daripada Yang MAHA ESA. Meskipun kita tidak dikenali penduduk bumi, namun nama kita tercatit pada Penduduk Langit. Jadikanlah contoh dan teladan daripada kisah Hamba ALLAH yang bernama Uwais Al Qarni yang hidupnya miskin dan tinggal bersama ibunya yang uzur yang mana beliau tidak dikenali penduduk Bumi tetapi amat dikenali penduduk langit. Ingin mengetahui kisahnya, kalian bacalah ye!!

            Cinta pada manusia dan dunia hanya sementara. Dipinjamkan sekadar ingin menguji jiwa dan raga untuk kita memperhambakan diri kepadaNYA. Rasa disayangi, rasa dicintai dan rasa ingn dirindui itulah rasa anugerahNYA. Matlamat hidup hanya mengejar CintaNYA seTULUS HATI. Hanya DIA yang mampu menyempurnakan segalanya.
             
Kadang aku tak sanggup
Menerima kenyataan
Mengarungi hidup ku
Di dalam kegalauan

Namun selalu ku ingat
KebesaranMU Oh Tuhan
Meski kadang terjatuh
Dan  rasa putus harapan

Tetap ku bertahan
Dalam hidup ini
Walau ku adukan
Tiada yang mengerti

Hanya padamu Ya ALLAH
Semua ini ku serahkan
Rasa inginku Ya ALLAH
PadaMU ku kembalikan

Dalam doa ku Ya ALLAH
Beri aku kekuatan
Selamatkan ku Ya ALLAH
Dari segala cobaan

            Fitrah manusia, yang ada nafsu dan keinginan. Inginkan belaian dan inginkan seseorang yang sentiasa ada disisi disaat suka dan duka dikongsi bersamanya.Siapakah dia? Sudah tentulah seorang lelaki yang dipanggil Suami atau seorang wanita yang digelar sebagai Isteri. Belum  bertemu dengannya tapi puisi untuknya telah ternukil saat hatiku berbicara. Disini aku kongsikan puisi untuk tatapan dan bacaan korang ye!

:: MutiARA Untuk Suami::

Ku simpan satu DAERAH
Paling INDAH untuk Kau HUNI
Untuk kau huni, diDALAM HATIku
Sebagai seorang SUAMI
PILIHan ALLAH
Untuk berSAMAku menuju SYURGA

Suamiku!!
Kau PENUHilah
Dengan keMULIAan seorang LELAKI
Untuk kau berIMAN dengan kasihNYA
Mencari RedhaNYA
Mendapat RahmatNYA
Ku ingin kau jadi LELAKI MULIA
Yang TAHU Dirimu
Hanyalah hambaNYA tetap hambaNYA
MenJALANkan AmanahNYA
MenCURAH CINTA kepadaNYA, memberi KASIH padaku
Kerana kau SUAMI
Ku tahu kau memahami
Bahawa HIDUP ini hanya SEMENTARA
Untuk kita abadikan sebagai hambaNYA
Di DUNIA kita diTEMUkan
Di AKHIRAT kita diKEKALkan
Sebagai SUAMI ISTERI pengHUNI SYURGA

Untuk Suamiku!!
Dalam hidup ini tidak seINDAH yang kita JANJIkan
Yang kita HARAPkan
Tanpa IMAN Dan TAQWA
Kita mudah diLALAIkan
Untuk kita KEKAL diSANA, sebagai SUAMIku
Tetap aku ISTERImu
IMAN dan TAQWA kita KEKALkan
Kita perKUKUHkan, untuk tetap berSAMA
Ku ingin menJADI BIDADARImu
DiDUNIA dan AKHIRAT
Kita berSAMA
MISI kita SYURGA-NYA
VISI kita CINTA-NYA
Untuk kita kekal bersamaNYA

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

            Ayat –ayat hanya sekadar ayat yang ternukil yang terlahir daripada naluriku sendiri. Aku bukanlah penulis yang sebenar-benarnya penulis. Sekadar suka suki!! Dibuai perasaan yang sekadar perasaan. Hanya kefantasian dijiwa. Realitinya hanya ALLAH yang mengetahui disebaliknya. Kita hanya hambaNYA yang kerdil. Puisi ini ternukil saat aku kerap mendengar lagu Permata Untuk Isteri yang dipopularkan oleh Kumpulan Kopratasa. Sedia maklum, kebanyakkan lagu-lagu daripada kumpulan tersebut bermula dengan puisi. Puisi ini terus menari-menari dijiwa ku!! Puas aku menghentikan lagu itu namun masih terus menari dan menari. Disinilah kekuatan akal bermula. Kali ini rasa kasih pada seorang insan berlawanan jantina, rasa yang sukar untuk aku luahkan dengan kata-kata. Aku pendam dan hanya berdoa. Minta padaNYA jika rasa ini rasa yang hadir daripadaNYA permudahkan segalanya. Semua orang pernah melalui kisah disebalik ‘Kisah Cinta’ (Cinta Sesama Insan). Ada yang bermula diJinjang Pelamin dan ada yang tidak sampai kepermulaan cinta bermula. Pergghh! Ayat ini kononnya mampu dikategorikan sebagai puitis pada hal hanya syok sendiri. Biasalah diriku memang macam ini tidak mampu dinafikan lagi. Kita mengaku tau! Berbalik kepada asalnya kita, kita hanya hamba ALLAH yang kerdil. “ Sesungguhnya orang yang BerIman,orang-orang Yahudi,orang-orang Nasrani dan orang-orang Sobiin,siapa saja (diantara mereka ) yang Beriman kepada ALLAH dan hari akhir ,dan melakukan kebajikan,mereka mendapat pahala dari Tuhannya,tidak ada rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati” (Surah Al-Baqarah Ayat 62) Ayat ini menjelaskan tentang pahala orang Yang beriman. Bila diri sedang diuji janganlah bersedih kerana setiap apa yang kita lalui ada hikmah yang tersembunyi yang hanya perlu bersabar dalam melaluinya. Macam aku juga dan korang tidak terlepas melaluinya pasti ada suka dan duka yang akan dilalui. Bezanya hanya bagaimana kita diuji dan bagaimana cara untuk kita mengatasi ujian tersebut? Gadis Desa itu adalah diriku!! Di disebuah Kampung yang serba sederhana. Perbelanjaan yang dikategorikan sebagai ‘Wasatiyyah’(Kesederhanaan). Boleh jugalah dikatakan sebagai bahasa zaman ini yang disebut sebagai kolot. Bagiku biar kolot jangankan diri ini kelautan. Perghhhh bahasa aku pun dah jadi bahasa senget terhangat. ::Peredaran zaman tidak mampu mengoda JIWA andai IMAN di HATI sentiasa diSISI:: Korang perhatikan, fesyen tudung zaman ini apa yang aku perhatikan daripada sudut mata hatiku nak kata cantik bolehlah tapi ada separuh daripadanya kalau pakai nampak macam ikatan pocong pun ada juga. Wanita ini ibarat perhiasan dunia. Maka jadilah perhiasan yang mampu dikekalkan kerana di dunia yang kita pijak hari ini hanyalah sementara saja. Hiduplah dengan apa yang kita perolehi janji  sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Selalu berkata-kata dengan jiwa “Aku adalah seorang hamba, yang akan dipanggil pulang kepangkuan Tuhan maka apa yang perlu aku balasi dengan apa yang telah diberi olehNYA? Jika kita berbicara dengan ‘Matahati’  jiwa kita akan memancarkan 3 destinasi iaitu ALAM KUBUR, PADANG MASYAR dan SYURGA/NERAKA. Bila kita fikirkan saat kita berada di Alam Kubur, kita keseorangan  tiada siapa yang menemani kita kecuali diri kita sendiri yang berbekalkan AMALAN kita di DUNIA. Aku pasti dijemput pulang. Hanya menunggu masa!. ::Akulah MUSAFIR hari INI, menCARI BEKALan untuk menuju NEGERI ABADI. Matlamat UTAMA ingin menatapNYA dengan WAJAH yang berSERI berPANCARANkan IMAN dan TAQWA keranaNYA:: Ini salah satu ayat yang ternukil saat hatiku berbicara. Melayan hati perlukan kebijaksanaan Akal yang Waras. Bukan mudah untuk berbicara tersalah bicara emosi akan terganggu. Di masa inilah penggoda Durjana memainkan peranannya. Fahamkan lirik lagu Dato Siti yang bertajuk Mikraj Cinta, pendapat ku lagu ini mempunyai visi tersendiri dalam menyampaikan sesuatu yang dipanggil kebenaran.


Langit malam bercahaya
Yang terlihat limpahan sinaranNya
Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Tuhan tetapkanlah
Jiwa hati kami semua
Sehingga bertemuMu menatapMu
Nanti di sana

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
MenghadapMu di syurga

Takkan jemu tangisan rindu
Bagai dekat getaran panggilanMu

Pada mikraj cinta ada rahsianya
Pada mikraj cinta ada jawapannya
Pada mikraj cinta berbahasa agung kalimahNya

Bukalah mata hati
Bukalah cermin mimpi
Moga jalanku tidak keliru
Berkelana mencariMu

Tuhan temukanlah
Pengakhiran yang terindah
Sehingga bertemuMu
MenghadapMu di syurga

Ya Tuhan sembuhkanlah
Jiwa-jiwa yang berduka
Kembali berbicara
Dan mengukir senyuman

Tuhan temukanlah
Dengan hikmah mikraj cinta

            Perhatikan lirik tersebut dan selamilah ayat-ayat dalam lirik itu, yang mampu aku trengkaskan satu pengharapan yang ingin pengakhiran yang terindah iaitu destinasi terakhir ialah SYURGA. Dalam mencarinya, kita perlu berhati-hati tersalah jalan tersesat menuju destinasinya. Melihat sesuatu itu dengan Pandangan ‘MATAHATI’. Terlahir matahati segalanya indah di pengakhiran nanti. Sentiasa terlihat sinaran KasihNYA dan sentiasa dibawah Naungan RahmatNYA. JIWA dikawal oleh MATAHATI  bukan HATI. ::HITUNG keSYUKURan dengan "MATA HATI",endahkan keSUKARan dengan keTABAHan JIWA dan TETAPkan penDIRIan dengan IMAN dan TAQWA kita kepadaNYA:: {Perhatikan  Fikiranmu kerana ia  akan  menjadi kata-katamu.
Perhatikan kata-katamu  kerana ia menjadi tindakanmu. Perhatikan tindakanmu kerana ia  akan menjadi kebiasaanmu. Perhatikan kebiasaanmu kerana ia akan membentuk karaktermu. Perhatikan karaktermu ia akan  menentukan nasibmu.}( Saiyidana Ali  Bin Abi  Tholib K.W) Kata-kata yang keluar daripada mulut kita menggambarkan sikap kita. Jadi untuk mendidik jiwa kita ke jalan menuju RedhaNYA, mulakan daripada hatimu.  Ikhlas hatimu, In Shaa ALLAH segalanya Indah. Akulah Gadis Desa itu! Aku sedar aku hanyalah HambaNYA yang kerdil yang sentiasa melakukan dosa. Korang nak tau tak, sebenarnyakan dalam penaipan apa saja yang korang nak nukilkan ianya ibarat macam menyiapkan kertas kerja (assignment) yang diberi oleh Cikgu atau Pensyarah pada zaman digelar siswi. Dalam penaipan cerpen kali ini, baru aku sedari. Fantasi itu memang fantasi. Dalam kefantasian pun kena cari maklumat yang tepat. Tidak semudah mengikut naluri hati kemungkinan untuk tersasar daripada landasan itu memang ada. ::INDAH itu bila AIRMATA mengalir keranaNYA. DiSAAT duka,penawar hanyalah DIA.IKHLASkan segala keranaNYA. KeTENANGan itu pasti milik kita:: Duduk keseorangan, melayang-layang fikiran berbagai-bagai memori kembali menyinggah. Nasihat den kalau nak  melayan jiwa pastikan wudhu ada dibadan. Takut nanti ada makhluk lain yang ingin menumpang.  Yakin pada DIA, segalanya dipermudahkan. Hanya DIA yang setia bersama kita walaupun kadang-kala kita melupakanNYA. :: Teruskan LANGKAHanmu selagi kamu menyakini yang kamu adalah betul kerana keyakinanmu itu bersama langkahan ALLAH SWT yang sentiasa menemanimu. Langkahlah dengan keYAKINANanmu, segalanya MUDAH tanpa penDUSTAan::





:: Akulah Gadis Desa Itu!::

Hidup bersederhana
Tiada Harta
Alhamdulillah, rupa seindah ciptaanNYA
IMPIkan 'SYURGA' penempatan terAKHIR
Menjadi WANITA SOLEHAH itulah cita-cita
TerKAYA dengan IMAN Dan TAQWA
Merangkul GELARAN 'BIDADARI SYURGA'
Bersemayam INDAH bersama CintaNYA
Bukan fantasi tapi REALITI
BerkeYAKINan sepenuh hati kepadaNYA
Kunci Utama, menuju Destinasi Abadi!
Bicara Alam, ada RahsiaNYA
Berpegang pada SATU!!
'TALI ALLAH',Jangan dilepaskan

HIDAYAH milikNYA
Diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA
Diberi peluang, jangan disia-siakan
'AD DIN' seTULUS HATI
JanjiNYA Pasti!!

Pancaran "MATAHATI' pembuka laluan
Menuju singgahsana kekal abadi
Siapakah kita disana nanti? Hanya DIA yang mengetahuinya
BerUSAHA selagi berpeluang
Selagi NAFAS mampu berhembus
RAIHlah CintaNYA seTULUS HATI!

Setiap langkahan di Atas Bumi
Langkahlah bersama langkahan لاَ إِلَهَ إِلَّاالله 
Kunci SYURGA akan kuGENGGAMi

Ya ALLAH!
Aku ingin pandangan terakhirku KAABAH
Ciuman terakhirku berakhir di SEJADAH
Ucapan terakhirku لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
Dengan Terang Dan Jelas
Terakhir disini ,"Akulah Gadis Desa itu!"
Disana menanti, "Akulah Bidadari SyurgaMU!"
Aamiin..Ya Rabbal Alamin

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

            Hal terindah bagi wanita adalah bukan di nilai ketika ia tersenyum kerana bahagia, tapi ketika butiran airmatanya gugur dalam doa,bukan kerana kata-katanya yang indah tetapi ketika ia diam dalam tasbih memuji ALLAH malah bukan kerana kecantikkan tubuh yang dipamerkan tetapi kerana keteguhan dalam menjaga  aurat dan kesuciannya. Dia digelar BIDADARI DUNIA yang dirindu dan embun yang dinanti bahkan BIDADARI SYURGA pun turut cemburu padanya. Itulah kelebihan yang ALLAH berikan kepada WANITA DUNIA. Tidak mahukah kita dicemburui oleh Bidadari Syurga? Bila berkeinginan, berusahalah sedaya upaya. Semoga dengan niat yang suci ini dipermudahkan olehNYA untuk kita genggaminya.” Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan didunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada ALLAH serta keredhaanNYA. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu”( Surah Al-Hadid Ayat 20) “ Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan  bagi orang-orang yang beriman  kepada ALLAH dan Rasul-RasulNYA. Itulah kurnia ALLAH, yang diberikan  kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar. (Surah Al- Hadid Ayat 21).

            Hidup di dunia ini hanya sementara. Tiada apa yang kita mampu bawa. Di sana, semuanya terlah tersedia malah lebih lagi apa yang kita ada di dunia ini yang barangannya hanya tiruan berbanding di SYURGA. Bekalan untuk dibawa hanyalah amalan. Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA: Bahawasanya seorang lelaki berkata “ Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga”. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”.  Sahabatku!, harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardhukan Allah SWT. Maka, inginkan apa yang diimpikan berusahalah selagi kita diberi peluang menyedut Udara Segar Bumi. Saat nyawa kita dipengakhiran pernafasan, taubat tidak di terima lagi saat itu. Aku bukanlah seorang Ustazah yang mampu memberi nasihat kepada kalian, aku Cuma gadis desa itu yang tidak punya apa-apa kecuali mengharapkan keredhaan ALLAH untuk aku menjadi hamba yang terpilih menghuni SyurgaNYA dengan gelaran “BIDADARI DUNIA, BIDADARI SYURGA”. Semoga impianku ini, dimakbulkan oleh ALLAH. Tiada yang mustahil  bila DIA berkehendakkan sesuatu dengan berfirman “Kun Fayakun”. KeYAKINan akan hadir bila IMAN dan TAQWA sentiasa disisi. Disaat aku menaip cerpen ini, aku pastikan wudhu sentiasa ada. Takut apa yang aku taipkan nanti menyelimpang daripada maksud yang ingin aku sampaikan.  Aku ingin menjadi penaipan cerita atau fantasi yang hadir apabila hatiku berbicara keranaNYA. Mungkin ada diantara kalian yang tidak memahami. Jangan risau! Abaikan apa yang kalian tidak faham. Hidup ini mudah dan trengkas bila kita sentiasa ingat ALLAH. Biar kita di lihat macam kesengetan tetapi di sebalik kesengetan ada kehebatan yang hanya ALLAH yang tahu. Kecantikkan seorang itu bukan terlihat pada cantik wajahnya tetapi kecantikkan itu bermula daripada hati. Biarpun berbadan besar, andai ALLAH mentakdirkan hati kita secantik Bidadari itulah anugerah yang terindah. Aku tahu ada diantara mereka di sana, benci akan diriku ini. Aku tidak kisah. Bukan bencian mereka yang mampu menjadikan impianku sebagai Bidadari Syurga  direalitikan, tetapi ketaatan diriku yang setulus ikhlas hanya keranaNYA yang bisa merealitikan impian dan cita-citaku ini. Tetiba airmataku mengalir saat menaip tatkala ini.  Aku manusia sederhana! Harus dingat kita tidak mampu menongkah dunia!! ::Kata-kata HINAan manusia,kata-kata yang mendorong DIRI terus berMUHASABAH. TANDA HINAan manusia tanda KASIH SAYANG ALLAH pada hambaNYA:: Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Kamu tidak dapat masuk syurga, sebelum kamu beriman, dan kamu belum dapat dikatakan mukmin sebelum kamu kasih mengasihi satu sama lain. Sukakah kamu aku tunjukkan jalan untuk berkasih-kasihan? Galakkanlah salam antara sesamamu.” (0042)
Aku tidak peduli kata-kata manusia yang bongkak dengan keduniaan. Aku ingin mencari Redha ALLAH untuk aku meraih cintaNYA dan menggenggam Kunci Syurga. Maka, aku abaikan kata-kata mereka. Salah satu tanda kematangan dalam diri seseorang ialah kesabaran dalam mengharungi dugaan. ::BerBURUK SANGKA pada ORANG LAIN,tanda DIRI itu KALAH dalam 'PERJUANGAN'. YAKIN pada ALLAH, Ukhwah Fillah berKEKALan. Tanda keIMANan di HATI seorang MUSLIM ialah berKASIH SAYANG sesama INSAN:: Kata-kata mereka aku abaikan kerana ianya akan menjerumuskan diriku kearahan kebathilan. Jalan terbaik, aku mendoakan semoga kita semua sentiasa dalam Redha Dan RahmatNYA. Jom kita fahami dialong ini!

“Apakah batu paling murah?”

“Arang!”

“Dan batu paling mahal?”

“Berlian!”

Kedua-duanya terdiri daripada?”

“Karbon!”

“Benar. Dan tahukah kamu  apa yang membezakan mereka berdua? Tekanan”

“Tekanan yang menghasilkan sesuatu  yang berkualiti dan cantik. Apabila ALLAH SWT  menguji kita  dengan ujian kehidupan  itu adalah kerana  ALLAH sedang membentuk kita untuk menjadi  yang terbaik”.

Dialong diatas kalau kalian faham maksudnya, ada kebenaran yang ingin disampaikan. Setiap yang berlaku keatas diri kita ada hikmah yang tersembunyi. Ingin diuji keimanan dan ketaqwaan kita kepada pencipta. Sebelum memberi yang terbaik, mesti ada ujian yang akan kita tempuhi. “ Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri,semuanya  telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi ALLAH” (Surah Al- Hadid Ayat 22) “ Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNYA  kepadamu. Dan ALLAH tidak menyukai setiap orang sombong dan membanggakan diri. (Surah Al-Hadid Ayat 23) Bila kita bersedih, belajar pujuk hati kita. Pejam mata, kata dalam hati,”inilah ujia untuk aku. ALLAH  letakkan aku disini! ALLAH bagi aku merasa ujian seberat dan seperti ini. Saat aku  berkata ini ujian paling besar buat aku, fikir dan lihatlah sebesar mana ujian kita berbanding mereka. Maka hati yang bersedih, nescaya akan mula merasa Redha, Sabar dan Syukur.
Akulah gadis desa itu! Yang masih keseorangan. Sebenarnya bagi akulah kan tiada istilah keseorangan kerana kita sentiasa ditemani DIA yang MAHA KUASA. Ingin pendamping yang terbaik, jadilah yang ikhlas menghambakan diri kepadaNYA. DIA yang menentukan segalanya. Aku tidak peduli apa kata-kata manusia yang melihat sehingga kini aku belum mempunyai suami. Ada yang gelarkan ‘andartu’ bagiku mereka yang melemparkan kata-kata itu, fikiran tidak waras dan tidak melihat dengan pandangan ‘matahati’. Jodoh dan Ajal Maut itu rahsiaNYA. “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia” (Surah An-Nur Ayat 26) Ayat yang diperjelaskan oleh ALLAH di dalam AL-QURAN. Maka, kita sebagai hamba mestilah memahami. Tiada pasangan didunia, ALLAH akan memberi kita pasangan di Akhirat. Paling penting, kita taat padaNYA. Ikhlas dalam segala perkara pasti bertemu jua kebahagiannya tidak didunia pastinya di akhirat. Jika masih keseorangan bersyukurlah kerana ALLAH ingin memelihara kita daripada dosa dan maksiat. Tulang rusuk tidak pernah bertukar dan tetap setia pada pemiliknya. Bercinta sakan andai tiada jodoh tidak juga dipermulaan atas jinjang pelamin. Tidak bercinta tidak mustahil permulaan atas jinjang pelamin itu berlaku. Faham-fahamkan ayat Den. Raihlah cintaNYA yang patut di utamakan.DIA akan mengirimkan seseorang pilihanNYA. Cinta hingga Jannah itulah cinta seSUCI kasihNYA. In Shaa ALLAH, untukmu Belahan Jiwaku! Aku tidak mahu berjanji, Cuma aku mahu  kita bersama-sama  berdoa semoga rasa yang diberikan olehNYA kepada kita  adalah rasa yang ikhlas lahir daripada sanubari kita  untuk saling berkongsi rasa hingga akhir pertemuan yang ditakdirkanNYA. Aku ingin menjadi BIDADARImu bukan hanya memegang gelaran isteri tetapi ingin menjadi Bidadarimu di SYURGA. Inilah impianku!

:: Tautan KASIH KeranaNYA::

Cinta KeranaNYA
DIA yang menyemai rasa
DIA yang membaja rasa
RINDU, KASIH dan SAYANG keranaNYA

Kita berKONGSI rasa
Itu FITRAH kita sebagai hambaNYA
INDAHnya KASIH berSULAMkan 'IMAN'
LEMBUTnya SAYANG berSUTERAkan 'TAQWA'
Tidak sesekali meLATAH!!
Tidak sesekali terPEDAYA!!

"NAFSU DURJANA' kita tawani
'IMAN Dan TAQWA' mengetuai KASIH kita
AMAL dan DOA kita TITIPkan kepadaNYA
MeREALISASIkan HARAPan Seluruh JIWA kepadaNYA
Hati berbicara, kaulah pendamping halalku!!

Biarpun sepi, perGANTUNGan HARAPan hanya pada ALLAH SWT
Hatimu, milikNYA
Jiwamu, milikNYA
Maka, kepadaNYA aku memohon
Meskipun tiada luahan 'Sayang'
Walaupun tiada kata 'Rindu' diperdengarkan
Namun, Hanya DIA yang mengetahui segalanya



KeYAKINan kepadaNYA
Segalanya INDAH tepat pada WAKTUnya
Saling merindukan keranaNYA
Itulah NIKMAT, berKASIH keranaNYA

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

            Jauh dimata  jiwa ini. Aku menyakinkan diri megikhlaskan menukil madah. Ini takdir ILAHI, kita pasti bersama. Hiduplah seperti burung merpati yang setia pada pasangannya meskipun  terbang bebas namun tetap kembali ke sangkar. :: KeSETIAan tidak mudah diBUKTIkan dengan kata-kata, namun ianya akan dirasai melalui HATI. Maka, sucikan hatimu. TAKDIR-NYA adalah untuk keBAHAGIAan kita di DUNIA Dan AKHIRAT:: Aku menunggumu dengan kesabaran. Tidak bertemu didunia, aku menanti dirimu di Pintu Syurga. Kasih yang dianugerahkan ini akan kusimpan dengan rapi dalam doaku berharap kau adalah belahan jiwaku meskipun aku tahu, cinta tidak perlu dipaksa namun perlukan pengorbanan. Jika aku tidak sempat bersamamu didunia, titipkan doa mewangi buat diriku disana. Bila ALLAH ada dihati kita, seolah-olah  kita memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan hati ketenangan sejati dan kebahagian yang haqiqi. :: Tiada keSEPIan, tiada keSEORANGan bila 'NUR' melimpah di HATI. KeYAKINan pada DIA sekalipun keRAPUHan,kembalilah ke jalanNYA segalanya INDAH yang diRASA:: Aku adalah hambaNYA yang kerdil. Impianku destinasi pertama yang aku ingin kunjungi ialah BAITULLAH. Impianku! Sentiasa memohon kepadaNYA, aku ingin mengakhiri hembusan nafasku yang terakhir di sana. Airmataku mengalir saat menaip ayat ini. Aku ingin pandangan mata terakhirku adalah KAABAH. Aku ingin menziarahi Makam Nabi S.A.W. In Shaa ALLAH, aku menunggu jemputannya. Saat ini terbayang-bayang di mataku, suasana disana.  .Akulah pendosa yang ingin kembali ke Jalan yang diredhaiNYA. Aku ingin menatap wajahNYA dengan wajahku yang berseri-seri dengan pancaran IMAN dan TAQWA setulus untukNYA. Sahabatku, doakan ye semoga impianku didengari olehNYA. Aamiin. Buat belahan jiwaku, andai kita tidak bertemu didunia aku menunggumu di Syurga. Jaga IMAN  dan TAQWA lebih utama. Di janjikanNYA, pasti tiba. Di SINI, AKUlah “GADIS DESA ITU!” Di SANA meNANTI, AKUlah, BIDADARI SYURGA. Aamiin. Setiap kali renungan aku pada Alam, ada rahsianNYA yang tidak mampu aku luahkan. Terutama renungan aku pada BULAN dan BINTANG. Setiap malam aku pasti menanti kehadiran Bulan atau Bintang. Kelihatan satu daripada duanya di dada langit, hatiku terasa tenang. Di siang hari, aku renung awan dan kelihatannya ada rahsia disebaliknya. Namun, aku sedar “AKULAH GADIS DESA ITU!”


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS