Welcome

RSS

CERPEN 6 : HATI TERPAUT KERANA KESENGETANMU

CERPEN : HATI TERPAUT KERANA KESENGETANMU
PENULIS: NURULIZZA HJ AB KARIM

Jatuh cinta memang  satu perkara yang indah. Anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Pahit atau manisnya cinta itu kita yang rasainya. Di awal kemanisan tidak semestinya kemanisan selamanya, di awal penderitaan tidak kekal selamanya penderitaan. Perencanaan Allah itu lebih teratur daripada apa yang dirancang oleh manusia. Kita  sebagai hamba hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukannya.

Adam  seorang yang pemalu tetapi dalam malu-malunya  juga ada keinginan memiliki seorang  Bidadari yang  akan bersamanya kelak di dunia dan akhirat. Selepas detik hitam yang dialaminya beberapa tahun dahulu, dia sukar mempercayai perempuan dan sukar menyerah hati untuk dicintai kepada orang lain. Baginya semua perempuan didunia ini adalah sama yang inginkan kebendaan dan kesempurnaa semata-mata.

Beberapa Tahun Yang Lalu

Adam bersekolah di sekolah yang kesemuanya lelaki daripada  tingkatan satu hingga tingkatan lima.  Kehidupan pelajar lelaki adalah sama saja kehidupannya. Faham-faham je lah kan kalau dah semuanya lelaki kehidupan pun mesti agresif sikit. Kononnyalah kan. Dalam diam-diam Adam meminati seorang gadis  daripada St Geoges. Setiap hari selepas pulang daripada sekolah pastinya Adam akan cuba-cuba menyekodengkan dirinya untuk melihat gadis yang dipuja dalam diam. Pulang dari sekolah dengan menaiki basikal pastinya peluang tidak dilepaskan. Insan yang bertakhta dihatinya bernama Aminah. Perwatakkan Aminah  yang bersopan santun dan mempunyai budi pekerti yang menarik telah  menawan hati Adam untuk mendekatinya. Dengan langkah beraninya, Adam memulakan  salam perkenalan. Mungkin  bukan takdir Ilahi untuk mereka hidup bersama-sama huluran salam Adam hanya disambut sebagai rakan saja tidak lebih daripada itu. Adam menerima dengan tabah dan sabar keputusan yang diterima nya. Dia sedar dia tidak sepadan dengan Aminah. Aminah anak orang kaya. Dia pergi sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu ayahnya. Adam hanya anak  kepada seorang nelayan. Dengan penolakkan Aminah juga  ianya adalah satu pendorong untuk Adam terus maju didunia dan diakhirat.

Selepas memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperolehi  keputusan yang cemerlang dan menjadi sepuluh pelajar yang mempunyai keputusan tertinggi bagi Negeri Pulau Pinang, Adam menyambung pelajaran di Universiti Malaya  dalam bidang perubatan.  Semasa di zaman Universiti juga Adam diminati oleh seseorang  yang bernama  Aliah. Aliah merupakan anak kepada seorang usahawan yang terkemuka di Malaysia dengan panggilan Tan Sri.  Adam menolak  huluran cinta yang dihulurkan oleh Aliah dengan alasan yang kukuh dan munasabah tanpa menyakiti hati Aliah sendiri. Demi cinta Aliah kepada Adam, dia sanggup  membelikan Adam  sebuah kereta tetapi ditolaknya demi untuk kebahagian diri sendiri dan juga untuk kebahagian diri  Aliah. Adam  tak nak memberi Aliah harapan andai satu hari nanti Aliah menuntut harapan yang ditunggu daripada Adam. Selepas peristiwa dirinya ditolak cinta yang diberikan  olehnya kepada Aminah, tingkah laku dan sikap Adam terhadap wanita terus berubah. Kadang-kala dia menganggap  wanita ini  semuanya sama , semua inginkan kemewahan dan kesempurnaan  dalam sekelip mata .Malah, Adam juga menganggap cinta seorang perempuan seperti tiada kemewahan maka  tidak ada kasih sayang.  Dengan ketabahan diri yang diperkuatkan maka dengan usaha yang gigih akhirnya Adam Berjaya memperolehi segulung Ijazah Perubatan. Selepas tamat belajar di Universiti Malaya, Adam telah berkhidmat   di Hospital Besar Kuala Lumpur sebagai seorang Pegawai Perubatan. Adam beryukur dengan kesusahan yang dialami dulu telah memberi sokongan kepada dia  untuk terus berjaya hari ini. Berkat doa kedua ibubapanya, maka pada hari ini dia telah memperolehi hasil yang tidak ternilai nikmatnya. Sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya “ Redha Allah  bergantung pada redha kedua ibubapa dan murka Allah bergantung pada kedua ibubapa”. ( Hadis Riwayat Tirmizi).

Pada suatu hari yang tidak disangka oleh Adam, diatelah menerima panggilan daripada seseorang yang dikenalinya bebeapa tahun dahulu. Aminah menelefon Adam . Adam dengan reaksi yang terperanjat tidak menjangka yang dia akan menerima panggilan daripada in san yang satu ketika dulu pernah mengajarnya erti rindu dan kasih tapi nasib tidak meyebelahinya untuk menikmati  kebahagian yang dikurniakan Allah .

“ Assalammualaikum. Boleh saya bercakap dengan Adam?”

“ Waalaikumussalam. Ya saya. Adam yang bercakap. Boleh saya tahu sapa yang sedang bercakap ni?” Tanya  Adam kepada pemanggil.

“ Saya, Aminah budak sekolah St Geoges . Dulukan awak meminati saya. Awak sihat? Lama juga kita tidak jumpa selepas awak meluahkan rasa cinta kepada saya satu ketika dulu. Tetiba kenangna dulu melegar kembali membuat saya ingin menghubungi awak. Saya minta maaf sebab menganggu ketenteraman awak “ Luah Aminah

“Oh, Aminah. Mana awak dapat nombor saya ?  Alhamdulillah setakat ini Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk diri saya  teruskan perjuangan sisa hidup. Awak dah menikah?  Sekarang kerja dekat mana?” Tanya Adam. Dalam keadaan terperanjat terasa dirinya seolah-olah berada dalam alam mimpi macam tidak percaya yang diatas talian ketika ini ialah Aminah yang  selalu dia intai dalam diam selepas pulang daripada sekolah suatu ketika dulu yang dicintainya yang mana wanita pertama yang mengajarnya erti cinta, kini menghubunginya semula.

“Saya dapat nombor telefon awak daripada kaan baik awak masa sekolah dulu Ali. Saya jumpa dia kat Hospital Tuanku Jaafar seminggu lepas. Alang kepalang saya tanyakan perkhabaran awak lalu minta sekali nombor phone awak dekat dia. Malam ini baru saya ada kelapangan untuk menghubungi awak. Alhamdulillah, awak dan Ali sekarang sudah pun menjadi seorang Doktor. Cita-cita kalian sudah pun menjadi kenyataan. Saya berbangga dengan anda berdua. Kenakalan awak di zaman sekolah menjadikan awak insan yang berguna pada agama,bangsa dan Negara pada hari ini. Inilah kejayan awak. Tahniah!”kata Aminah kepada Adam.

“Alhamdulillah, ini adalah ketentuan daripadaNya dan juga berkat doa kedua orang tua saya yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan untuk anak-anaknya. Apa yang berlaku dimasa lalu telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk menempuh  dunia hari ini yang penuh pancaroba. Keganasan dan penindasan yang berlaku hari ini mampu  membuat kita terfikir bahawa pentingnya ilmu pengetahuan untuk menghalangi  atau mengharungi sesuatu yang berlaku dengan tindakan yang positif” beritahu Adam dengan soalan yang ditanya  Aminah.

Selepas menerima panggilan pertama daripada Aminah, hubungan mereka kembali mesra  seperti dulu. Pada suatu hari , Aminah meluahkan perasaan cinta  yang terpendam kepadanya. Aminah memberitahu selepas Adam meluahkan rasa cintanya dulu dia tidak perasan yang dia juga meminati Adam sehinggalah Adam mendiamkan diri selepas luahannya ditolak barulah Aminah mengerti yang dia juga mencintai Adam. Setiap hari pulang daripada sekolah  dia sentiasa menanti Adam yang akan mengacaunya sementara menanti ketibaan pemandu ayahnya jemput, tetai kemunculan Adam tidak juga muncul sehinggalah hari ini selepas dia berjump dengan Adam. Adam menolak rasa cinta yang diluahkan oleh Aminah dengan cara yang baik. Aminah akur dengan keputusan Adam. Aminah faham mungkin ini adalah balasan terhadapnya yang satu ketika dulu menolak cinta Adamnya. Bagaimana Adam terasa suatu ketika dulu macam inilah yag dirasainya ketika ini. Dia tahu cinta tidak boleh dipaksa.

::Apabila mencintai dan dicintai  akan hadirnya rasa terasa dan merasa lalu terus  melahirkan rasa kasih dan saying pada seseorang. Jika merasakan pasti memahami, jika tiada itu  hanyalah mainan hati.::

Selepas menolak cinta Aminah, dengan tidak dijangka juga sahabatnya  masa di Universiti Malaya yang mencintainya juga hadir sekali lagi dengan tidak kenal erti putus asa masih lagi mencuba untuk meraih cinta Adam kembali. Bila nasib tidak menyebelahi kita ianya tetap juga tidak akan terjadi. Adam sekali lagi menolak dengan baik luahan cinta Aliah kepadanya. Adam bukan seorang yang pendendam dalam mencintai tetapi  apa yang berlaku dimasa lalu menjadi dia lebih berhati-hati dalam memberi dan berkongsi hatinya dengan insan lain. Aliah sanggup tidak menikahi dengan mana-mana lelaki sehingga kr hari ini disebabkan kasih dan sayangnya hanya untuk Adam. Ramai lelaki yang meminati  dia dan ada juga yang sudah menghantar pinangan tetapi tetap juga ditolak dengan cara baik. Baginya Adam adalah cinta pertamanya.

Adam membuat keputusan , selepas apa yang berlaku hari ini yang mana cinta pertamanya datang kembali ingin menjalinkan perhubungan semula dan yang mencintainya setulus hati masih lagi menunggunya maka dengan itu dia ingin mententeramkan jiwanya yang tidak tenteram dengan apa yang berlaku hari telah membuat keputusan untuk sambung  pengajian dalam bidang yang sama diperingkat yang lebih tinggi. Dia sambung pelajarannya di Moscow State  Medical Universiti. Pembiayaan sepenuhnya ditanggung oleh pihak kerajaan.

Semasa berada diperantauan Adam tidak ketinggalan melawat tempat-tempat yang menarik untuk dikunjunginya. Ingin melihat dan merasai pengalaman berada ditempat orang.  Waktu lapangnya banyak dihabiskan  di laman muka buku   selain daripada menelaah buku-buku pengajian. Dilaman muka buku juga Adam tertarik dengan  sikap seorang rakan dialam maya. Rakan alam maya yang kadang –kala macam senget saja jika berada di wall telah menarik perhatiannya ntuk engenali  gadis itu dengan lebih rapat. Adam berasa hairan dan pelik macam mana dirinya yang ala-ala arrogant  boleh mengikuti cara gadis itu menyenget. Perubahan yang drastic keatas dirinya yang tidak diketahui puncanya. Semakin dia mengenali sikap Hawa walaupun dialam maya semakin serasi pula bersama walaupun hanya dialam maya yang tidak bertemu wajah secara berdepan. Hampir 80% sikapnya berubah.

Kehadiran rakan senget yang  bernama Adam juga  sangat bermakna buat diri Hawa yang senget bila berada di dinding muka buku. Keserasian kesengetan makin terserlah daripada sehari-sehari. Sehari tidak bertemu di laman muka buku pasti rindu bermain dihati. Setiap hari masing-masing saling tunggu –menunggu untuk sama-sama memulakan adegan senget di dinding muka buku. Mereka sedar kerana kesengetan masing-masing telah memutikkan rasa cinta dihati mereka berdua tetapi masing-asing malu untuk memulakan langkah yang pertama. Hanya meluahkan rasa tersebut melalui tindakan yang dipamerkan. Hawa merasainya dan hanya memendamkan rasa yang dirasainya. Lalu dengan berlinangan airmata sambil mendengar lagu  Seandainya Tuhan Mengizinkan daripada kumpulan Sting maka ternukilah sebuah madah yang berjudul yang sama seperti lagu tersebut.
‎~ SEANDAINYA TUHAN MENGIZINKAN~

Seandainya...

Cinta kau dan aku bersatu
Ingin daku menyayangimu
Seikhlas hatiku nan satu

Seandainya...
Diri ini milikmu
Ingin aku menjadi bidadari dunia dan akhiratmu
Ikhlaskanlah dirimu menerima seadanya aku

Seandainya...
Hatiku dan hatimu bercantun
Jagailah ikatan yang terbina ini
Kekalkan sehingga ke akhir hayat

Seandainya...
Suatu hari nanti aku tiada lagi
Menyahut panggilan Ilahi
Doa darimu ku pohoni
Supaya aku tenang disana nanti

Hasil Nukilan :- 
Nurulizza Hj Ab Karim
HANYA MAMPU TERSENYUM :)



Adam menyedari yang dirinya telah terlanjur mencintai Hawa. Hawa telah membuka ruang dihatinya kembali untuk dihuni. Dalam masa yang sama juga Adam malu meluahkan rasa yang terpendam dihatinya kepada Hawa. Sehari tidak bertemu  dimuka buku tidak tenteram jiwa Adam yang dirasainya. Dalam diam Adam mencintai Hawa.


(L) Tak  dapat ku luahkan
     Apa yang terpendam  disudut  naluri hatiku
     Siang malam kuterkenang
     Seraut wajahmu

(P) Aku pun jua turut merasa
     Kehangatan cinta kita berdua

(L/P) Ingin ku menyatakan 
         Rasa rinduku
         Moga ada cinta diantara kita
         Oh..Oh..

(L)  Angin sampaikan
(P) Rahsia hatiku ini
(L) Satukan cinta
(P) Yang tersimpan sekian lama
(L) Tuhanku restukanlah
(P) Cinta aku dan dia

(L/P)  Izinkan aku memperolehi dia yang aku damba oh..oh
          Wahai kekasih dengarkanlah sayang
           Melodi lagu cinta disampaikan suara hati
           Renunglah mataku dapatkah kau lihat
           Sinar cinta yang tersimpan sekian lama
           Hatiku terpenjara dalam merenung rahsia cinta…

Lagu : Rahsia Cinta
Penyanyi : Yana Samsudin & Iwan



Adam dan Hawa tidak meluahkan rasa cinta yang dikongsinya bersama-sama tetapi hanya melalui gerakan sikap mereka mampu memahami. Mereka yakin  andai jodoh mereka telah ditetapkan sejauh mana mereka melangkah pasti akan bertemu juga. Hati mereka sama-sama terpaut kerana kesengetan diri mereka telah menyatukan rasa cinta mereka seperti lirik lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian daripada Afghan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERPEN 5: KUTEMUI DIRIMU DISETIAP SUJUDKU

CERPEN 5 : Ku Temui Dirimu Di Setiap Sujudku
PENULIS    : Nurulizza Hj Ab Karim





Hadirnya cinta impian manusia. Cinta kepada Allah akan kekal abadi, cinta kepada bunga akan layu jua dan  cinta pada manusia akan pergi jua. Fitrah manusia, ingin dicintai dan mencintai. Ingin saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Setiap kejadian Allah S.W.T adalah berpasang-pasangan. Begitu jua dengan insan yang bernama Syairah yang  ingin dibelai dan dimanja oleh seorang lelaki yang halal untuknya melakukan demikian. Syairah ini pemalu orangnya. rakan-rakan yang tidak mengenali mungkin menganggap beliau adalah seorang yang sombong. Muka yang sukar senyum pasti dianggap garang tetapi sebenarnya beliau seorang yang peramah. Pendiriannya dalam cinta hanya menyerahkan segalanya kepada Allah.
Syairah memiliki rupa paras yang cukup sempurna yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya. Ramai teruna yang ingin memilikinya tetapi beliau menolak atas sebab-sebab tertentu tanpa menyakiti hati mereka.

Kumerayu pada Allah yang tahu isi hatiku
Dimalam hening aku selalu mengadu
Tunjukkan padaku.....

Kuaktifkan radarku mencari sosok yang dinanti
Kuikhlaskan pengharapan dihati
Siapa dirimu....

Dalam kesabaran kumelangkah menjemputmu
Cinta dalam hati akan akan aku jaga hingga
Allah persatukan kita....

Korus
Jodoh dunia akhirat
Namamu rahsia
Tapi kau ada dimasa depanku

Kusebut dalam doa
Kuikhlaskan rinduku
Kita bersama melangkah ke syurga abadi....

Lagu : Jodoh Dunia Akhirat
Penyanyi : Karya kanun & Fu


“Syairah, saya tengok awak  ini gembira sentiasa terukir senyuman.Apa rahsia awak ye?” tanya Qina kepada sahabat karibnya. Syairah hanya mengukirkan senyuman buat rakannya yang bertanyakan apa rahsia disebalik senyuman yang sentiasa terukir dibibirnya.

 “Qina, saya tak ada rahsia pun cuma apa yang kita perolehi hari ini adalah kurnian Allah. Bila kita sentiasa dekat denganNya jiwa kita akan tenang-setenangnya. In sha allah. Inilah yang saya pegang dan jadikan moto hidup saya dan kita secara automatik akan rasa bahagia” balasnya dengan senyuman yang indah. “ Semoga ianya akan kekal selamanya. Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan awak dan rakan-rakan kita yang lain” jawab Qina.

 “Dan apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu,tiba-tiba sebahagian daripada kamu  mempersekutukan tuhannya dengan ( yang lain).Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami berikan kepada mereka; maka bersenang- senanglah kamu, kelak kamu akan mengetahui (akibatnya)” (An-Nahl : 53-55). Syairah rasa takut dan sentiasa berdoa agar nikmat yang dimilikinya ini akan berkekalan dan akan terus menjadikan dirinya sebagai seorang hamba yang taat pada perintahNya. Segala urusan hidupnya dia serahkan kepada Allah kerana sesungguhnya Allah yang lebih tahu yang mana terbaik buat dirinya yang hanya insan kerdil sahaja. Umurnya hampir mencecah 25 tahun tetapi masih lagi tidak mempunyai teman lelaki  istimewa. Kawan dan sepupu-sepapat seusianya sudah pun mempunyai cahaya mata tetapi Syairah masih belum merasainya. Dia yakin seandainya seruan jodohnya tiba, dia akan merasai nikmat seperti orang lain rasa nikmat berumahtangga. Dia menyerahkan 100% jodohnya kepada Allah. Ayah dan mamanya puas menasihatinya namun kata-kata tetap sama jika sampai jodoh tidak lari gunung dikejar.”Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah. ( QS: Adz Dzariyat : 49)

“Syairah , petang  ini awak ada masa tak? Saya ingat nak ajak awak teman saya kita pergi Kedai Buku Popular Giant Nilai, saya nak cari novel terbaru keluaran Karya Seni. Lagipun dah lama juga kan kita tidak keluar sama-sama. Dalam masa yang sama kita boleh cuci mata. Ini asyik terperuk saja dirumah. Balik kerja pergi kerja itulah kerja kita. Jomlah! Kita pergi ya, nanti saya ambil awak dekat  rumah ya. Lepas zuhur kita pergi ya kawanku yang comel” pujuk Qina.

“Amboi... ! Qina kemain lagi awak ya nak kipas saya, lagi pun saya ini memang comel orangnya. (Sambil mereka tergelak). Ye lah, petang nanti saya tunggu awak  dekat rumah ya. Hehe.. sebagai upahnya awak kena belanja saya makan. Ok tak?”bicara Syairah  kepada sahabatnya. “ Ala, tak jadi masalah lah setakat nak belanja awak makan bukannya berat sangat pun. Awak makan bukannya sampai 2 atau 3 pinggan. Kalau setakat kfc snake plate tak jadi masalah pada saya tapi yang lebih penting awak dapat teman saya petang ini. Saya teringin sangat memiliki novel Love  You Mr. Arrogant dan Jodoh Itu Milik kita. Dengar ceritanya banyak yang mengatakan kedua-dua novel adalah novel yang paling laris” kata Qina kepada sahabatnya.

 “ Saya tahu awak tu memang penggemar novel. Tidak mustahil kalau satu hari nanti awak jadi penulis yang terkenal. Pada mulanya awak minat membaca dan satu hari nanti awak pula yang menjadi penulis novel” kata Syairah kepada sahabatnya.

”Petang ini jangan lupa ye Syairah. Lepas zuhur kita pergi tau! Nanti jangan awak tak siap lagi” nasihat Qina pada rakan kawibnya.

Di Kedai Buku Popular, Giant Nilai

“Amboi! ramainya orang dekat Giant ini. Ada apa-apa majlis ke? Ramai semacam jer” luah Syairah kepada sahabatnya.

 “ Awak ni kan hari ini hari ahad. Ramai yang cuti dan masa ini lah sesuai untuk membeli-belah  dan mengeratkan silaturahim sesama insan tercinta. Kita berdua saja yang tidak mempunyai insan istimewa kecuali Allah dan keluarga” jawab Qina.”

Satu hari nanti kita akan perolehi jua apa yang kita inginkan kerana janji allah itu pasti. Bila tiba masanya tidak lambat tidak cepat pasti akan ditunaikan. “ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka ( diantara) mereka ada yang membunuh  dan terbunuh. ( Balasan yang demikian ialah ) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil, serta Al-Quran dan siapakah lagi  yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,bergembiralah dengan jualan kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli  ( yang seperti itu)  ialah kemenangan yang besar. ( At - Taubah : 111)

“Jom lah saya tak sabar nak cari novel yang saya minati. Sekarang cerita itu sedang ditayangkan di tv3 pukul tujuh malam tahu. Rasanya tak sabar nak melihat pengakhiran cerita ini mesti best.”kata Qina sekali lagi.

 “ Ye lah awak ini kalau pasal novel nombor satu. Saya pun minat gak baca novel tapi tak lah macam awak yang terlalu taksub dengan novel. Saya suka sangat dengan novel yang bertajuk Suamiku Ustaz penulisnya Hannah Dhaniyah. Kerap mengulangi bacaan novel ini. Rasa tak jemu pula” jawab Syairah.

“ Jomlah kita pergi ke sudut novel disana ya Syairah. Awak, carilah novel apa yang awak nak  nanti saya tolong bayarkan. Awak kan dah teman saya maka dengan itu saya belanja awak hari ini” kata Qina kepada sahabat baiknya.

 ”Betul ke ini? Kalau betul alhamdulillah tak perlu saya keluar duit  nak beli novel terbaru yang bertajuk Nak bercinta dengan saya tak ? penulisnya yang bernama Katrina Adam” kata Syairah.

“ Boleh jer, jomlah kita cari novel yang kita nak”. “Jom lah Qina!  Dalam masa mencari novel yang dikehendaki mereka tetiba  Syairah terlanggar seseorang.

 “ Maafkan saya, saya tak sengaja. Tidak perasan tadi kusyuk sangat  menelaah sinopsis novel ini” luah Syairah kepada jejaka tersebut.

“Tak apa –apa, saya pun salah juga tadi sebab saya jalan tak pandang orang dan sama macam awak tengah kusyuk membaca sinopsis novel yang bertajuk  Masih Aku Sayang penulisnya Umi Kalsom. Assalammualaikum dan salam perkenalan ya saudari. Nama saya Irham”.

“ Waalaikumusalam dan salam perkenalan ya Irham. Nama saya Syairah. Awak pun minat baca novel juga? Saya jarang nampak kaum adam seperti Irham yang meminati novel yang bertemakan cinta. Selalunya yang saya perhatikan mereka lebih suka kepada majalah mengenai pemotoran, memancing dan lain-lain lagi. Hari ini saya bertemu sama awak dan awak adalah lelaki pertama yang saya jumpa meminanti novel cinta. Sejak bila awak meminati novel ini ya? Banyak cakap pula saya ini kan. Sori tau!” Tanya Syairah kepada sahabat barunya Irham.

“ Semenjak kecil lagi memang saya meminati novel dimana kakak-kakak saya selalu membeli novel dan dalam masa yang sama saya tumpang membaca, malah terus meminati novel. Semenjak itu, masa saya banyak dihabiskan dengan membaca novel sekiranya masa tidak mencemburui saya. Setakat ini, saya dah ada  lebih kurang enam ratus lebih koleksi novel berbagai terbitan” jawab Irham.

 Syairah terkedu dengan jawapan yang diterima daripada sahabatnya itu. Yang tidak menahannya Irham sudah mempunyai  enam ratus  lebih koleksi berbanding dengan dirinya yang hanya baru ada seratus lebih buah koleksi novel itupun  terbitan kaki novel, karya seni dan alaf 21.

“ Wow!.. banyaknya koleksi buku novel awak. Kalah saya. Saya beli jika saya rasa cerita itu sesuai dengan jiwa saya. Selalunya yang menjadi pilihan saya  mengenai cerita yang bertemakan cinta seperti kahwin paksa, kahwin pilihan keluarga,kahwin dengan sepupu sendiri  dan kahwin dengan orang gaji. Kalau macam tu boleh lah saya pinjam kan Irham” kata Syairah.

“ Boleh je, saya tak kisah. Ni nombor phone saya. Irham menghulurkan kad nama kepada Syairah. Kalau nak pinjam nanti telefon saya dan awak boleh datang rumah saya tengok sendiri koleksi novel saya dan yang mana berkenan bolehlah awak pinjam”beritahu Irham.

 Tidak beberapa minit kemudian datang pula Qina dengan muka yang merah nak dikata marah tak marah memang mukanya sentiasa merah. Almaklumlah kulitnya putih gebu.

 “ Syairah, awak dah jumpa ke buku yang awak cari? Kalau dah jom lah kita gerak. Nanti lambat pula kita pulang. Lepas bayar nanti kita pergi restoren kfc tau”.

“ Saya dah jumpa. Ini bukunya. Qina, kenalkan yang ini sahabat yang baru dikenali sebentar tadi  namanya Irham. Saya jumpa masa belek-belek buku novel tadi. Istimewanya sahabat baru kita ini, dia suka membaca novel tau. Irham, kenalkan ini sahabat baik saya yang bernama Qina. Qina pun sama seperti kita yang hobinya membaca novel. Cuma, Qina terlalu taksub dengan novel berbanding saya hanya suka-suka saja. Koleksi novelnya pun boleh tahan juga.” Beritahu Syairah kepada Irham.

“Salam perkenalan ye Qina” kata Irham kepada sahabat Syairah iaitu Qina. Qina dengan senyum simpulnya hanya mampu mengangguk saja. Selepas sesi pembayaran novel selesai mereka bergerak ke restoren kfc yang berdekatan. Sesi perkenalan mereka bersambung lagi sambil makan sambil berbual. Begitu mesranya mereka bertiga walaupun baru jumpa.

” Jomlah kita berangkat. Hari gelap macam nak hujan je ni. Nanti kalau lambat kita terperangkap dalam hujan. Lagipun jam hampir menunjukkan pukul enam petang” kata Syairah. Mereka berpisah disitu. Syairah dan Qina satu jalan yang sama kerana mereka naik satu kereta dan Irham arah yang berlainan. Sebelum mereka berpisah Irham sempat berbisik dengan Syairah.

“ Awak, nanti dah sampai  rumah jangan lupa message saya ya. Awak ada nombor saya tapi saya sebaliknya. Kalau saya ada nombor awak tentu saya akan buat perkara yang sama” kata Irham kepada Syairah. Syairah hanya tersenyum. Angguk pun tidak. Tiba masanya untuk mereka berpisah. Sayu tetiba dihati Irham tidak tahu apa puncanya.

Keriangan hati tidak terkata. Buku novel yang mereka idamkan kini sudah dimiliki. Hanya menunggu masa untuk membacanya. Hati Syairah bagaikan ada sesuatu yang dirasanya. Tidak pasti dapa yang dirasa, maka dengan itu dia terus mengabaikan rasa itu. Sebelum tidur, Syairah selalu mendengar radio Ikim sebagai media hiburannya. Disini terdapatnya banyak pelajaran yang boleh kita dapati dan dalam masa yang sama juga kita boleh mempelajari secara langsung dengan menelefon terus konti. Bila lagu isthikarah cinta berkumandang diradio Ikim. Syairah tertarik dengan lirik lagu tersebut yang mempunyai maksud yang tersendiri bila dihayati dengan kusyuk. Lirik rangkap pertama yang begitu indah.  Bersaksi cinta diatas cinta, dalam alunan tasbih kuini, meneka hati yang tersembunyi,  dan berteman dimalam sunyi penuh doa. Sama seperti hati Syairah. Dia rasakan sesuatu tapi tidak pasti apa yang dirasa. Dalam masa dia melayan lagu yang dimainkan dicorong radio  ikim bila masa dirinya terlena dia pun tidak pasti. Akhirnya berlalulah rasa yang dirasainya itu meninggalkan malam yang sepi. Kehidupan  jalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Pergi kerja balik kerja. Pada satu malam yang sunyi, tetiba ada satu rasa yang mendorong Syairah melakukan sesuatu tetapi pada mulanya dia tidak mengikut kata hatinya tetapi dia tewas dengan godaan maka dengan itu kali pertamanya dia menghantar pesanan ringkas  kepada Irham.

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Bertemam dimalam yang sunyi penuh doa

Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Isthikarah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Lagu : Isthikarah Cinta
Penyanyi: Stigma


“Assalammualaikum Irham. Awak sihat?” sms yang dihantar oleh Syairah kepada Irham. Tidak beberapa minit kemudian  telefonnya berbunyi menandakan akan pesanan ringkas diterima.




“Waalaikumusalam. Boleh saya tahu siapa ini?” balas Irham.

“ Saya ialah Syairah yang kita jumpa di Kedai Popular  Giant Nilai. Dua minggu lepas. Dalam tidak sengaja awak terlanggar saya” balas Syairah. Sebenarnya Syairah malu juga tetapi dia tahu Irham  tidak akan nampak  mimik mukanya kala diri sedang malu. Merah jugalah pipinya. Alahai tak menahan. Itulah kalau orang mempunyai sifat malu tidak kira masa dan tempat tetap ada malunya.

“ Oh, Syairah. Lamanya saya tunggu pesanan ringkas awak. Dah dua minggu baru saya dapat khabar awak. Awak sihat? Balas Irham. Irham rasa sangat gembira apa yang ditunggu selama dua minggu sudah munculkan dirinya.

“ Saya sentiasa ada je. Cuma malu rasanya nak hantar pesanan dekat awak. Saya takut menganggu awak. Jadi saya senyapkan diri seketika. Ini pun tidak tahu mana kekuatan yang saya dapat untuk menghantar pesanan ini”. Tersenyum seorang diri membaca pesanan ringkasnya.

Semenjak itu, mereka kerap menghantar dan membalas pesanan ringkas antara satu sama lain. Hubungan mereka juga semakin hari semakin mesra. Mereka hanya berhubung melalui telefon sama ada melalui pesanan ringkas atau perbualan telefon. Hidup Syairah bagaikan orang yang sedang dilamun cinta tetapi sebaliknya mereka hanyalah sahabat yang sekali berjumpa secara kebetulan seterusnya hanyalah telefon tempat mereka menyambung ukhwah fillah. Keganjilan sikap Syairah dapat dirasai oleh sahabat baiknya. Senyuman Syairah dapat dirasakan lain dari yang sebelumnya. Qina ingin menyanyakan hal demikian tetapi baginya biarlah dulu lambat atau cepat nanti dia akan mengetahui jua. Qina bekerja disebuah syarikat swasta yang berjawatan kerani saja dan Syairah merupakan kakitangan penjawat awam disebuah kementerian yang berjawatan sebagai pembantu tadbir. Mereka berkawan semenjak kecil sehinggalah sekarang. Segala masalah dikongsi bersama. Satu petang yang indah, Syairah sangat merindui sahabatnya Qina. Hampir 2 bulan mereka tidak bertemu. Mereka bertemu di Restoren KFC Giant Nilai.

“ Assalammualaikum Qina. Sihat ke? Lama tak dengar cerita. Sibuk sangat ke? Rindunya dekat senyuman awak dan bebelan awak yang suara macam kanak-kanak ribena itu”. Sempat lagi mengenakan rakannya.

“ Waalaikumusalam. Saya sentiasa sihat. Cuma semenjak dua menjak ini banyak kerja sikit dipejabat. Tu yang tak ada masa sangat kita nak jumpa, tetapi alhamdulillah hari ini baru berkesempatan menatap wajah awak yang cun ini kan. Amboi..! kemain lagi awak kata saya suka membebel ye. Bebel saya pun awak tetap sayang saya kan”.

“ Mestilah sayang. Sahabat saya dunia akhirat kan. Awak, jumaat minggu depan awak nak ikut saya balik kampung tak? Mak saya telefon semalam. Katanya, dia suruh saya pulang ke kampung minggu depan ada hal penting nak dibincangkan. Saya tak tahu  apa yang penting sangat. Kalau awak nak ikut nanti bagitahu awal ya”. Beritahu Syairah kepada sahabatnya.

“ In sha allah. Nanti saya bagitahu. Kalau saya tiada masalah saya akan mengikuti awak. Lagipun dah lama tak turun bendang”balas Qina.

Setelah hampir 2 jam mereka berbual di Restoren KFC, mereka pulang kerumah masing-masing dengan hati yang riang  setelah melepas rindu masing-masing yang dah lama tidak bertemu. Syairah ada menerima panggilan daripada ibunya. Ibunya minta dia pulang ke kampung minggu depan. Ada hal mustahak yang hendak dibincangkan. Syairah rasa terkejut dan dalam masa yang sama  dia rasa risau, berita apa yang akan disampaikan oleh emaknya nanti. Kalau mengenai jodoh yang paling dia takutkan kerana emaknya kerap kali membebel mengenai calon  suami  yang tidak pernah emaknya kenal. Emaknya risau kerana umur Syairah hampir 25 tahun tapi masih belum mempunyai suami. Bukan Syairah yang tak nak tapi seruannya tidak sampai lagi. Irham pula semenjak dia berada di perantauan  kerana tugas selama 6 bulan tidak pernah menghubungi Syairah.Syairah rasa kesunyian kerana dia sudah biasa selepas mengenali Irham di kedai buku popular hari-harinya ditemani oleh Irham yang setiap hari menghantar pesanan ringkas dan jika ada masa mereka berborak di corong telefon hampir mencecah tiga jam selang sehari mereka akan bergayut. Betapa indahnya hidup Syairah, tetapi ianya hanya sementara selepas Irham berangkat keluar negara hari-harinya terasa sunyi dan seperti orang yang sedang kerinduan. Mereka tidak bercinta hanya berstatus kawan saja.

Hari yang dinantikan iaitu pulang ke kampung halaman di Langgar, Kedah telah pun tiba. Syairah pulang dengan menaiki kereta berseorangan. Qina tidak dapat menemani rakannya kerana ada tugasan luar yang perlu dihadirinya.  Syairah pulang ke kampung pada padi jumaat selepas subuh dia bertolak dari Nilai ke Kedah yang mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Syairah tiba di kedah hampir waktu asar masuk. Kepulangannya disambut oleh Mak Leha dan Lebai Abu. Lebai Abu merupakan Imam satu di Masjid Langgar. Emaknya hanya sebagai surirumah saja.Riangnya hati ayah dan emaknya sekian lamanya tidak berjumpa dengan anak bongsu mereka yang manja. Tujuan ayah dan mereka menyuruh Syairah pulang ke kampung adalah ingin memberitahu bahawa anak ketua kampung yang bernama Iskandar Zulkarnain Bin Ahmad yang bekerjadi Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah disana. Mencintai Syairah dalam diam semenjak mereka dibangku sekolah lagi. Umurnya Iskandar Zulkarnain 28 tahun. Iskandar malu nak meluahkan hasrat hatinya kepada Syairah semenjak dulu lagi. Takut disalah ertikan dengan keakraban mereka yang bagaikan belangkas dimana saja pergi berdua walaupun masa sekolah mereka tidak sama tingkatan. Waktu rehat mesti salah seorang daripada mereka tidak kira siapa yang keluar cepat pasti akan menunggu. Rakan yang melihat mereka mesti menganggap mereka ada hubungan istimewa. Disebaliknya tiada apa-apa ikatan selain adik abang dan rakan sekampung.

Syairah terperajat berita yang baru diterimanya tadi. Macam berada dialam mimpi. Tidak terduga bahawa keakraban antara dia dan abang Iskandar boleh berseminya cinta di hati abang Iskandar. Di pihaknya hanya menganggap abang Is sebagai abangnya saja tidak lebih daripada itu. Fikiran bercelaru. Mak leha ada bagi nombor telefon abang Iskandar kepadanya. Jika ada sebarang jawapan boleh memberitahu abang Iskandar. Syairah tidak tahu apa jawapan yang harus diberi kepada abang Iskandar nanti. Dicapainya telefon yang berada di meja lampu sebelah katil lalu mendail nombor abang Iskandar.

“ Assalammualaikum..  Boleh saya bercakap dengan abang Iskandar?” Luahnya dengan suara yang agak malu-malu dan menahan debar di dada kerana ini adalah kali pertama dia menelefon abang Iskandar setelah 2 tahun tidak berjumpa.

“Waalaikumusalam. Boleh saya tahu sapa yang berada di talian sekarang?” Balas Iskandar Zulkarnain. Didalam hati Iskandar terperanjat kerana dapat panggilan daripada seorang perempuan tengah malam buta ini. Macam tidak percaya saja.

“ Abang Is, ini Syairah anak lebai Abu dan Mak Leha. Syairah minta maaf kalau pagi-pagi ni Syairah ganggu abang tidur. Abang, esok abang ada masa tak? Kalau ada boleh kita jumpa. Ada hal yang ingin Syairah bincangkan. Abang, datang rumah boleh tak” beritahu Syairah kepada abang Iskandar. Panggilan mereka sejak dulu  Syairah memanggil Syairah dengan nama Irah dan manakala panggilan untuk abang Iskandar ialah abang  Is tetapi entah macam mana nama panggilan boleh berubah sekian lamanya mereka tidak bertemu hampir dua tahun semenjak Syairah berpindah kerja di Nilai. Rasa ganjil pula.

“ Esok abang memang cuti pun. In sha Allah. Abang akan datang. Lagipun dah lama tak jumpa Irah, rasanya hampir dua tahun. Merdunya suara Irah. Abang harap Irah sihat hendaknya” beritahu Iskandar. Dalam hatinya tidak sabar bertemu Syairah yang sudah lama tidak bertemu. Buah hati yang dalam diam dia memendam rasa semenjak daripada bangku  sekolah lagi.

“Terima kasih abang. In sha allah ada rezeki kita bertemu besok ya. Selamat malam. Semoga tidur abang diulit mimpi indah. Assalammualaikum”.

Sang suria menjelma kini. Janji yang yang dipatri kini ditunaikan dengan sempurna. Iskandar Zulkarnain dengan bangga dan gaya machonya datang dengan seikhlas hati berjumpa dengan buah hati yang dicintai dalam diam dan juga berjumpa dengan ayah dan mak Syairah untuk mendengar keputusan lamarannya tempoh hari. Walaupun berat mulut Syairah hendak memberitahu keputusan lamaran namun digagahi jua demi tidak menghampakan hati Abang Iskandar. Syairah memberitahu Iskandar yang dia tidak dapat menerima Iskandar sebagai suami. Bukan dia tidak suka pada Iskandar tetapi ada satu rasa yang menghalang dia untuk terus menerima lamaran tersebut. Setiap malam sepanjang dia mengetahui yang dirinya dilamar oleh  Iskandar, dia tidak pernah meninggalkan solat isthikarah untuk minta petunjuk jalan yang terbaik untuk dia pilih. Alhamdulillah, setelah mengerjakan solat tersebut dia kerap bermimpi kehadiran wajah Irham datang dalam mimpi dengan wajah yang tersenyum riang. Rindu yang dipendam selama ini memang rindunya kepada jejaka tersebut. Iskandar Zulkarnain menerima jawapan yang diberikan oleh  Syairah dengan tenang dan yakin setiapa apa yang direncakan oleh Allah adalah perencanaan yang terbaik. Seandainya Syairah bukan miliknya akan tetap tidak menjadi miliknya begitulah sebaliknya. Walaupun hubungan mereka tidak berkesempatan menjadi perhubungan suami dan isteri mereka tetap teruskan perhubungan sebagai sahabat sejati dunia dan akhirat. Dalam kerinduan hati kepada jejaka impian, Syairah tetap terus menjalankan tugasan seperti biasa. Kerinduannya hanya disampaikan dalam doa dan sujud semoga DIA menyampaikan rasa hati yang merindu yang tidak mampu ditahan lagi.

Disebalik kejauhannya antara Irham dan Syairah sebenarnya ada rasa yang terpendam antara mereka. Irham hanya memanjat doa semoga dia akan bertemu dengan  bidadarinya satu hari nanti dan menjadi penghuni di hati yang halal untuknya berbakti dan mengabdikan diri kepada Allah sebagai hamba Allah di muka bumi. Setiap hadirnya rindu yang membara dihati Irham, dia sama seperti Syairah yang akan melakukan solat isthikarah setiap malam untuk mencari jawapan yang terbaik untuk dirinya didunia dan diakhirat. Irham yakin dan percaya jika Syairah memang ditakdirkan untuknya jauh manapun sekalipun mereka tetap bersama.

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurnian Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwa yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah  hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanMU


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ketemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumilikki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariatMU
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuanMU

Ya Allah
Engkau tempat kubergantung harapanku
Kuharap  diriku sentiasa dibawah rahmatmu

Lagu : Permata Yang Dicari
Penyanyi: Dehearty

Semakin hari semakin cinta dan rindu Irham makin membara kepada wanita yang dicintai dalam diam iaitu Syairah. Setelah yakin jawapan yang dicari telah ditemui dengan ikhlasnya hati Irham memberitahu ibu dan ayahnya dia ingin mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati. Ayah dan ibunya  panjatkan syukur kepada Ilahi yang mana doa yang dipohon selama ini telah pun dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Niat dihati selepas Irham selesai menjalankan tugasnya diperantauan dia kan terus menghubungi Syairah untuk memberitahu mengenai perkara ini yang Irham ingin melamar Syairah menjadi Isteri.

Pada suatu malam yang dingin. Pertama kalinya selepas  Irham pulang daripada perantauan dengan beraninya  dia menelefon Syairah  gadis pujaan hatinya untuk memberitahu yang dia ingin melamar gadis tersebut menjadi permaisuri hatinya didunia dan diakhirat. Walaupun  dia dan Syairah baru lagi saling mengenali tetapi bisikan daripada hatinya menyatakan yang Syairah adalah calon yang sesuai untuk dia jadikan isteri.

Selalu kuberdoa kepada yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu dijiwa
Tempat untuk kuluahkan  segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu makna

Dikala aku keseorangan
Dia penghibur dan juga peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak kupinta yang menawan
Tidak kuharap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma ku damba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukan keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan

Lagu: Jodoh Dan Takdir
Penyanyi : Misk


“Assalammualaikum. Syairah apa khabar? Lama rasanya kita tidak berhubung semenjak saya berada diperantauan. Syairah, saya sebenarnya ada hajat yang terpendam selama ini. Sudikah awak menjadi ratu dihati saya didunia dan diakhirat”?
Luah Irham kepada Syairah.

 Dengan tidak disangka dan diduga, Syairah terperanjat dan bersyukur kepada Ilahi kerana yang ditungu-tunggu selama ini menelefon beliau dengan membawa perkhabaran yang dinanti-nanti. Perkhabaran yang begitu indah sekali dirasa saat dia hidup dimuka bumi ini selain keindahan bernafas bersama keluarga tercinta dan menjadi hamba Allah dimuka bumi ini.


“Wasalam, Alhamdulillah sihat.Terima kasih Irham kerana sudi menelefon saya dan meluahkan hasrat ingin menyunting saya. Irham, inilah yang saya tunggu selama ini. Jika awak ingin memiliki saya datanglah bertemu dengan ayag dan ibu saya. Saya bersedia menjadi isteri awak. In sha allah, andai ini takdir kita saya terima seadanya”.



Merisik sudah bertunang pun sudah
Nikah dilafaz sunnah diwarisi
Termeterai sudah  janji bermadah
Majlis pernikahan kini dirai


Dengan sekali lafaz,  Syairah sah menjadi milik Irham yang sah. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah mertua Irham. Rasa macam tidak percaya yang kini mereka sudah pun bergelar suami isteri  yang mana selama ini mereka hanya bertemu disetiap sujud yang mereka lakukan untuk mencari sebuah perhubungan yang halal. Mencurah rindu kepada Allah  dan dalam masa yang sama berdoa agar mereka saling memilikki dan dimilikki. Syairah bertemu dengan Irham hanya disetiap sujud yang dilakukan walaupun mereka pernah bertemu kali pertama di sebuah tempat. Mereka bercinta selepas nikah. Betapa nikmatnya bercinta selepas nikah dimana cinta yang tulus ikhlas tidak meluahkan antara satu sama lain tetapi hanya berdoa untuk saling milik –memilikki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CERPEN 4 : SENGET DIPENGHUJUNG RINDU

Cerpen : Senget Dipenghujung Rindu
Penulis :  Nurulizza Binti Hj Ab. Karim


Prolog

“Sayang, terima kasih kerana melahirkan anak-anak abang yang comel. Tidak sangka sekejap saja rasanya perhubungan yang kita jalinkan ini kekal sehingga kini. Harapan abang semoga ianya kekal hingga akhir hayat. Abang rasa macam tak percaya kesengetan kita dulu telah menjadikan hubungan kita ini sebagai suami isteri yang sah”luah Adam kepada Hawanya. Harapan mereka suami isteri semoga apa yang dikurniakan oleh Allah ini kan kekal selamanya. Bertemu dan berpisah kerana Allah dan akan kembalinya nanti bertemu di Jannah. “ Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami  isteri-isteri kami  dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang bertaqwa”. (Surah  Al-Furqaan : Ayat 74)

“Abang, pertemuan kita sudah dirancang oleh Allah. Dalam tidak kesedaran ini caranya kita bertemu jodoh. Bertemunya cinta kita dialam maya. Pada mulanya tidak perasan tetapi inilah takdir kita. Kesengetan kita dulu membuatkan kita jatuh cinta antara satu sama lain. Sayang rasa macam nak tergelak tapi itulah hakikatnya. Terima kasih abang, kerana menjadi imam sayang yang sempurna dan sebagai bukti kasih sayang kita ini Allah telah mengurniakan kita cahaya mata kembar Nur Aina Insyirah  dan Nur Aina Basyirah.” Hawa dengan rasa syukur kepada Ilahi dengan apa yang dikurniankan ini telah melengkapkan dirinya sebagai hamba Allah yang sempurna.

Dua tahun yang lalu

Masa lapang saja mesti Hawa akan menghabiskan masa di depan komputer bermuka buku. Sehari tidak bermuka buku rasa sepi dan rindu. Senda- gurauan rakan-rakan dialam maya membuatkan Hawa kadang-kala tersenyum sorang-sorang tanpa dipaksa. Hanya dengan membalas komen saja boleh membuatkan dia ketawa berdekah-dekah. Walaupun hanya mengenali rakan-rakan dialam maya tetapi bagi Hawa mengenali rakan dialam maya sama saja mengenali rakan dialam realiti. Cuma perbezaannya dialam maya kita berinteraksi tanpa melihat wajah cara berdepan berbanding dengan alam realiti kita boleh melihat mimik muka rakan yang sedang kita bualkan. Kesengetan Hawa dialam Maya mempunyai satu misi yang hanya Hawa saja yang mengetahui disebalik kesengetannya itu. Jika ada yang memahaminya pasti akan terkena virus “Senget”. Perghhh memang tak menahan juga si Hawa ini. Virus senget mampu menular kepada sesiapa saja yang tiada antivirus senget yang gagah untuk mempertahankan diri daripada senget. Walau apapun tangkapan orang lain terhadap diri Hawa, dia tidak peduli. Baginya dengan kesengetan yang dilancarkan mempunyai satu niat dimana ingin mengeratkan lagi hubungan sesama insan yang dikenalinya dialam maya. Kesengetan dirinya selalu dilayani oleh rakan-rakan dialam maya.
Bersyukur kepada Ilahi dengan niat yang tulus Hawa telah dimakbulkan oleh Allah.

Kesengetan Hawa selalu dilayani oleh seorang rakan dialam maya yang  bernama Adam. Mereka sering komen-mengomen kearah kesengetan. Rasa macam tidak percaya apa yang dikomen oleh mereka kadang-kala mampu membuat diri Hawa tergelak sorang-sorang membaca komen yang dikomen oleh mereka. Disebalik kesengetan yang dilancarkan oleh Hawa dalam tidak disedari oleh sesiapa, rasa yang sukar difahami telah terbit daripada diri Hawa. Hawa puas mengelak dan tidak melayan rasa yang hadir dengan tiba-tiba. Ayat –ayat jiwang dengan mudah saja dinukilkan.

Matamu yang menawan,
Membuat daku tertawan,
Siang merindu malam membayangkan,
Andai dapat kau kumilikki nanti,
Alangkah indahnya hidup yang ku rasa ini,
Ini lah takdir daripada Ilahi,

Perghhh..inilah ayat yang tidak menahan yang telah dinukilkan oleh Hawa bila kerinduan dihati mula membara. Hanya melayan perasaan yang hadir saat diri mula merindu kesengetan yang dicetuskan oleh dirinya. Setiap saat dan waktu yang terluang pasti ianya tidak sia-siakan. Melayari muka buku itulah kerjanya. Setia menunggu kehadiran Adam dimuka buku untuk bersama-sama menyengetkan diri. Bila kesengetan bermula maka bermulanya titik permulaan melepaskan rindu yang terpendam walaupun hanya dengan menaip ayat dimuka buku. Tidak pernah bercakap atau mendengari suara antara satu sama lain tetapi dengan membaca ayat dalam tidak disangka mampu memutikkan  rasa cinta yang pada mulanya hanya Hawa yang merasainya. Cinta dalam diam. Lagu yang sering didengari oleh Hawa ialah lagu kegemarannya iaitu daripada ost Playboy itu suami aku yang berjudul Rindukanlah.

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu
Pada diriku

Dan aku berkelana mencari
Harapan yang kita impikan
Daripada terbitnya sang suria
Hingga tenggelam

Dan aku ingin cinta sejatimu
Dan aku ingin harapan hatimu
Oh janganlah kau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah... hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku
Ku adalah milikmu
Milikmu yang kau rindu

Doa-doakanlah  diriku  didalam hatimu
Didalam nafasmu
Sepanjang hari-harimu

Ayat yang sering membuatkan diri Hawa tertawa ialah ayat yang sememangnya tidak menahan iaitu kononnya ingin bertemu dibawah pohon taugeh yang rendang. Hehehehe.. memang tidak masuk akal tetapi kalau dah namanya senget semua boleh saja. Apa-apa pun yang penting enak gitu!!.. Hehehe sori dah menyimpang lah pula.

Selama ini Hawa hanya mencintai Adam iaitu rakan senget dalam diam-diam saja tanpa meluahkan rasa cinta yang hadir tanpa dipinta. Pada suatu hari tanpa disangka Adam telah menghantar pesanan ringkas di muka buku yang mana Adam ingin bertemu Hawa. Hawa berasa berada dialam mimpi kerana tanpa disangka-sangka yang Adam ingin bertemu dirinya. Hampir lima bulan mereka mengenali antara satu sama lain, itupun hanya berkomunikasi di alam maya. Dengan kesengetan ini mereka mula mesra alam.

“ Assalammualaikum Hawa. Awak sihat? Hawa, awak sudi tak kalau saya ingin bertemu dengan awak? Kalau awak sudi kita bertemu di Tasik Titiwangsa hari sabtu ini lebih kurang  pukul lima petang. Awak, selama ini kita hanya berinteraksi dia alam maya tetapi kali ini saya teringin sangat berkomunikasi dengan awak dengan mata bertemu mata. Saya harap awak tidak mengecewakan harapan saya. Awak, jangan sengetkan diri pula ye. Pertemuan pertama kita ini bukan dibawah pohon taugeh tau. Itu hanyalah pertemuan dialam senget saja” Adam dengan beranikan diri menghantar pesanan ringkas kepada Hawa untuk membuat temujanji pertemuan pertama mereka. Dalam mahu ada malu dan debaran untuk bertemu dengan Hawa.

Hawa teruja. Kali pertama dia menerima pesanan ringkas daripada Adamnya. Walaupun teruja hatinya sedang melonjak gembira yang mana selama ini impiannya untuk bertemu dengan Adam memang dinantikan. Ingin memulakan pertemuan tetapi dia tidak mampu meluahkan rasa kerana takut digelar sebagai “perigi mencari timba”. Syukur kepada Yang Maha Esa selama ini doanya yang dipinta telah didengari olehNya. Adam akan bertemu Hawanya.

“Waalaikumusalam. Alhamdulillah sihat saja. Betul ke ni? Awak nak berjumpa dengan saya? In sha allah, ada rezeki kita akan bertemu pada hari sabtu ini. Amboi! kemain lagi ya Adam. Masih ingat lagi ayat senget kita tu ya. Bertemu dipohon taugeh. Hahaha. Gelak besar saya bila membaca ayat tersebut. Ermmm.. nanti jangan lupa bawa sekali aiskrim Malaysia perisa milo dan asam boi ya. Boleh kita realitikan kesengetan kita dialam maya keluar dating sambil hisap aiskrim. Hahaha .. tak menahan pula ayat saya ini. Walau bagaimana pun saya gurau saja ya” sambil menaip sambil tersenyum-senyum Hawa membacanya.

Adam juga tersenyum simpul membaca pesanan yang dibalas oleh Hawanya. dalam masa yang sama juga tidak sabar menanti hari yang dinanti dimana Adam akan bertemu Hawanya yang selama ini dia hanya mengintai Hawa dia alam maya dialam muka buku. Sama seperti Hawa setiap saat dan waktu terluang dia akan melayari laman muka buku.

Pada malam Hawa menerima pesanan ringkas yang indah daripada Adamnya, rasa kesyukuran dan gembira hatinya lalu dia panjatkan syukur kepada Ilahi. Hawa mengerjakan solat sunat syukur. Solat sunat syukur dikerjakan apabila kita  mendapat sesuatu nikmat , atau sesuatu  yang kita hajati atau mencapai kejayaan  maka sejajarnya kita bersyukur kepada Allah s.w.t dengan melakukan solat syukur.” Ya Allah , baikkanlah  keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah, tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar dan pandulah kami  supaya mengikutinya; Dan tunjukkanlah kami perkara yang bathil itu adalah bathil supaya  kami meninggalkannya”. Doa Hawa selepas menunaikan solat sunat syukur. Hatinya berdebar-debar dan tidak sabar menunggu hari yang dinantikan. Dalam debaran dihati, jiwanya melonjak kegirangan. Malam itu Hawa banyak mengulangi mendengar lagu Hadirlah kasih nyanyian daripada kumpulan KGB.

Hadirlah kasih
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta
Hadir dalam hidupku

Dalam perjalananku
Masih jauh harus kutuju
Aku mencari-cari cinta
Cinta yang tulus dan sejati

Kerna aku percayakan cinta
Cinta suci yang datang dari hati

Korus
Hadirlah kasih
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih
Agar tercapai segala-galanya

Harus aku mencari
Cinta yang tulus suci
Punya segala-galanya
Apa yang aku impikan
Oh impikan

Kerna aku percayakan cinta
Cinta suci yang datang dari hati

Ulang korus
Kalau ditakdirkan
Bertemuku denganmu
Akan kubina istana
Agar kita bersama
Kekal selamanya


Hari yang dinanti telah pun tiba. Debaran dihati Adam dan hawa semakin kuat. Walaupun dihati masing-masing ada rindu yang terpendam tetap ada rasa malu-malu untuk bertemu. Mengikut rasa yang dirasa memang tidak sabar ingin bertemu walaupun disebaliknya ada debaran yang sangat kuat. Demi rasa yang terpendam dihati rindu dan cinta dialam  maya pada mula hanya menyengetkan diri masing-masing dialam maya telah membuahkan rasa rindu yang tidak mampu disimpan lagi dan dalam masa yang sama terlahirnya rasa cinta dalam diam daripada kesengetan mereka itu. Setelah pasti apa yang dirasa itu lahir daripada hati yang tulus ikhlas maka Adam dengan berani dan machonya memulakan langkah untuk bertemu. Dipertemuan pertama ini Adam dan Hawa ingin memastikan perjalanan pertemuan  pertama berjalan dengan lancar. Mereka sama-sama telah berjanji untuk memakai baju warna sedondon iaitu baju warna pink.  Adam memakai kemeja warna pink dan seluar warna hitam manakala Hawa  memakai baju kurung berwarna pink dan dipadankan dengan tudung  warna hitam. Tasik Titiwangsa  telah menjadi saksi detik pertama pertemuan mereka.

“Assalammualaikum Hawa. Awak apa khabar? Saya harap awak sihat hendaknya. Terima kasih kerana sudi datang bertemu dengan saya hari ini. Saya rasa macam berada dalam alam mimpi yang mana hari ini saya dapat bertemu dengan Hawa. Al maklumlah, selama ini kita hanya bicara dipapan kekunci komputer saja. Hari ini dengan rasa syukurnya saya dapat bertemu dengan awak. Rasa macam kena serangan jantung pula sebab denyutan jantung sayang berdenyut dengan laju sekali” Perbualan yang dimulakan oleh Adam bagi memecahkan kesunyian dan debaran dihati saat mereka bertemu mata memandang mata antara satu sama lain. Walaupun dalam keadaan yang masih malu tapi mahu tetap juga digagahi.

“Waalaikumusalam. Alhamdulillah sihat. Terima kasih juga kerana sudi bertemu dengan saya. Hehehe.. ingat dalam senget ja yang kononnya kita dating sambil hisap aiskrim Malaysia tetapi tidak sangka pertemuan pertama kita telah merealitikan kesengetan kita. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi sudi memberi aiskrim ini. Memang sedap rasanya aiskrim ini memang betul-betal kaw. Milo dan susunya seimbang” Dalam masih malu-malu lagi, Hawa membalas kata-kata yang disampaikan oleh Adam.

Selepas detik pertemuan yang diadakan di Tasik Titiwangsa, perhubungan mereka makin akrab dan semakin hari semakin serasi bersama. Kesengetan diri mereka dialam muka buku makin menyerlah. Dalam masa yang sama juga rasa cinta antara mereka makin mendalam walaupun tiada luahan daripada kedua belah pihak. Hanya kelakuan yang ditonjolkan oleh mereka yang membuktikan bahawa mereka sedang dilamun cinta sehingga satu hari yang tidak terduga, Adam dengan machonya telah meluahkan hasrat hati ingin memiliki diri Hawa untuk dijadikan bidadari akhir hayat dihatinya. Dengan seikhlas hati yang tulus Hawa menerima lamaran Adam untuk menjadikan dirinya sebagai seorang isteri. Mereka bertemu cinta dan jodoh dialam maya.  Abdullah Ibnu Mas’ud  Radhiyallahu’anhu berkata, Rasullullah s.a.w bersabda kepada kami : “ Wahai generasi muda, barang siapa diantara kamu telah mampu berkeluargahendaknyaia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara  kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia mengendalikanmu.”Mutaffaq  Alaihi

Tiba hari yang dinanti oleh mereka dengan izin Allah mereka telah disatukan. Dengan  sekali lafaz, Hawa Binti Abdullah telah sah menjadi milik halal kepada Adam Bin Muhammad. Mereka telah dinikahan oleh ayah Hawa sendiri. Setelah selesai upacara majlis akad nikah Adam dan Hawa mengerjakan solat syukur tanda panjat kesyukuran kepada Allah. Kesengetan mereka telah membuatkan diri mereka saling memiliki dan dimiliki antara satu sama lain.

Epilog

“Abang, sayang rasa macam tak percaya saja yang hari ini abang jadi imam yang selamanya mengimamkan solat-solat sayang. Dulu dialam kesengetan kita, puas sayang memendam rasa rindu menyenget bersama abang tetapi hari ini  abang sudah pun menjadi suami sayang. Terima kasih abang, kerana memilih sayang sebagai ratu hati abang hingga akhir hayat. Semoga kasih yang ada ini akan disambungkan hingga ke Jannah. Bertemunya kita dialam maya dengan harapan di alam abadi juga kita akan disatukan nanti”. Dalam rasa penuh kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terkata dengan kata-kata dimalam pertama solat Hawa diimamkan sendiri oleh suami tercinta meluahkan rasa yang dirasa untuk berkongsi dengan suaminya.

“Sayang , inilah caranya kita bertemu dan mengikat silaturahim kita sebagai suami dan isteri. Segalanya telah dirancang oleh Allah s.w.t. Perencanaan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Allah itu lebih mengetahuinya  sayang. Masa dialam kesengetan kita dulu setiap hari, abang menunggu kemunculan sayang di alam maya. Rindu tidak mampu ditahan masa itu. Hanya Allah saja yang mengetahuinya. Akhirnya hari ini doa abang telah didengari oleh Alalh s.w.t” walaupun sudah halal masih lagi Adam malu-malu meluahkan perasaannya kepada isteri yang baru dinikahinya pagi tadi. Pada malam pertama mereka bergelar suami isteri mereka bersama-sama mendengar dan menghayati lagu Seismic yang berjudul Ketika dua hati menyatu.

Saat dua hati berjanji
Tuk harungi hidup dijalanNya
Allah akan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari  bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan  larut dalam doa

Selamat datang kawan
Diduniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia
When to people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When live in love and try
When live in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let  everyone to see
Just be the quietness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new  world my friends
You both have to face all in love
All i could  do just pray
 And  i do i pray


Dimalam pertama perkahwinan mereka berbual hingga ke pagi. Saling bercerita mengenai diri masing-masing semasa mereka dialam kesengetan. Dengan kesengetan jua mereka bertemu jodoh. Semoga jodoh yang dipertemukan oleh Allah akan kekal hinggan Jannah. Tiada apa yang ingin dibanggakan sangat dengan diri yang kita milikki hari ini. Semuanya adalah kurnian Allah S.W.T. “Dan diantara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu  cenderung dan rasa tenteram kepadanya, dan DIA menjadikan diantara kamu kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat  tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” (QS. Ar – Rum 30: 21)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS