Welcome

RSS

CERPEN 11 : CINTA BERSEMI SAAT HATI BERBICARA

CERPEN : CINTA BERSEMI SAAT HATI BERBICARA
PENULIS: NURULIZZA HJ AB KARIM


                Termenung Aliesya sendiri saat dirinya tinggal sendirian dirumah. Baru lepas menghantar pemergian suami tercinta mencari rezeki untuk menyara kehidupannya bersama  buah hati mereka yang bakal dilahirkan pada September tahun ini.  Tidak pernah dijangkakan, tidak pernah difikirkan cinta Aliesya bersama suaminya iaitu  Airil Fatah  berakhir dimahligai cinta nan suci  dengan restu dariNya.::Malu-malu menyatakannya,bila takdir berpihak pasti malu-malu tiada yang ada mahu selamanya kau disampingku: Percintaan yang bermula dengan persahabatan di alam maya kini disatukan dialam  realiti sebagai takdir yang terindah untuk Aliesya. Memang pada mulanya sejak perkenalan dia dengan suaminya dialam maya, Aliesya cuba mendekati Airil Fatah. Dia cuba memahami dan selami hati suaminya satu ketika dulu.:: Kutiupkan seruan rindu diangin lalu, kuseru namamu berulang kali agar kau bisa merasai rinduku ini:: Dalam diam juga cintanya berputik untuk  suami yang  sangat disayanginya. Aliesya membelek-belek fail yang yang disimpannya,membaca satu-persatu ayat-ayat senget yang pernah dinukilkan buat insan yang satu ketika dulu sukar juga untuk diselami hatinya tetapi akhirnya insan itu menjadi “IMAM” untuknya dan bakal zuriat yang dilahirkan nanti.

::Andai Takdirku::

Andai pertemuan ini ada perpisahan
Aku redha atas ketentuan
Andai pertemuan ini menggembirakan
Satukan hati menjalinkan ikatan

Kelakuanmu benar mencuit hati
Kutahu apa yang kau alami
Baru saja kau dipertemukan denganku
Senyuman terukir hatiku terbuai

Rasaku ini mungkin pelik
Tidak bertemu sayang berputik
Suara pula tidak kedengaran
Sayang bersemi kasih bersemaian

Semakin hari semakin mengenali
Semakin bersemangat untuk fahami
Semakin bergelora untukku selami
Dalam diam ia tersemat dihati



Andai kau merasai
Aku sentiasa menunggu disini
Andai tiada rasa ini
Abaikan saja “AS” ini

Uniknya dirimu!!
Kukalah dalam pertarungan
Hatiku terhanyut dalam kemesraan
Dalam diam aku meyayangimu

Nukilan ini ternukil saat hati Aliesya merindui Airil Fatah. Memang pelik. Satu rasa yang sukar diluahkan. Tidak mampu menyusun kata-kata yang indah  untuk menggambarkan rasa yang menyinggah dihati tanpa diundang. Anugerah terindah yang dikurniakan olehNya untuk Aliesya dan Airil Fatah. Cinta berputik tanpa adanya pertemuan. Hanya melalui bait-bait ayat senget mampu menyatukan hati mereka. Baru setahun lebih Alisya hidup bersama dengan Airil Fatah sebagai suami dan isteri, kasih sayang yang Airil Fatah curahkan kepadanya begitu romantik dan penuh dengan keikhlasan dihati. Fikiran mula keawang-keawangan. Teringat kembali kenangan lalu, dimana Aliesya dan Airil bertemu. Sungguh indah dan sempurnanya  aturan yang diaturkanNya untuk  hambanya.

Setahun yang lalu,

Hobi Aliesya  suka melayari internet. Laman yang sering dikunjunginya ialah Laman Muka buku.  Setiap hari jika ada masa terluang pasti dirinya akan tersenget di laman tersebut. Dalam kesengetannya juga, mampu membuat jiwanya tidak keruan sepanjang masa. Hidup terbuai dalam khayalan. Impikan putera kayangan yang tidak kunjung hadirnya. Aktifkan dirinya dilaman muka buku mampu membuat dirinya makin mengenali telatah dan sikap kenalan alam mayanya.  Bermacam-macam perasaan yang dilaluinya sepanjang mengenali sahabat dan kawan. Tidak semua kawan mampu jadi sahabat di alam maya ini.  Percintaan dimuka buku itu pasti ada. Tidak mampu dinafikan apabila diri sendiri mengalami situasi yang sama seperti mereka yang pernah alami. Ada cinta yang berakhir dijinjang pelamin dan ada juga yang hanya terhenti di pertengahan jalan saja. :: Sesuatu  yang indah itu hadir, adakah aku mampu milikki atau sebaliknya? Pelik tapi benar. Rasa itu kurnianNya. Mengamit hati kalaku keresahan. Kuselami, kudekati bagaikan lidahku kelu untuk berbicara walaupun hanya  bait-bait indah darinya yang mampu dipamerkan tanpa suara diperdengarkan::  Hanya penulisan yang menghubungkan perhubungan antara  sahabat dengan sahabat yang lain. Dalam kesengetan Aliesya Sofea, hatinya tercuit dengan kelakuan yang dipertonjolkan oleh sahabat mayanya yang bernama Airil Fatah.  Orangnya yang misteri dan kelakar. Sebenarnya Aliesya pemalu orangnya.  Dipenilaian mata mesti dianggap orang yang peramah  tetapi dalam penilaian mata hati itulah diri Aliesya sebenarnya. Tidak semua sahabat mampu memahaminya kecuali yang  pandai menggunakan akal yang diberi olehNya untuk terus berfikir  dan terus menyelami. Dalam ramai-ramai sahabat yang dikenalinya dialam maya, hanya Airil Fatah yang mampu membuat jiwanya gelisah hatinya meronta. Dalam masa yang sama juga, apabila hati Aliesya berbicara, dia merasakan yang Airil Fatah dalam diam juga cuba menyelami hatinya. Syok sendirilah! :: Mungkin apabila hatiku berkata,aku hanyalah “syok sendiri”::Terbuai-buai apabila diri ini menjeninkan insan yang bernama Airil Fatah yang bagaikan misteri kehadirannya mampu  dimilikki. Bukan mudah untuk menerokai hati seorang dan tidak mampu untuk kita baca hati dan perasaan orang lain, mengetahui isi hati seseorang adalah hal yang tak mungkin tetapi biasanya isi hati akan tergambar melalui “sikap” dan “perkataan”  yang dipertonjolkan. Perkataan –perkatan yang dipamerkan oleh Airil Fatah semasa mereka berhubung melalui laman muka buku menunjukkan sikap kepekaan Airil Fatah kepada dirinya. Walaupun kadang-kala kata-kata yang terkeluar dari mulut Aliesya itu hanya kata-kata senget tetapi begitu terujanya Airil menggunakan kembali dalam bicara tulisannya. Aliesya cuba selami apakah makna yang ingin diberitahu oleh Airil. Adakah dalam diam Airil ingin mengenali dirinya? Adakah dalam diam hati Airil telah dirompak olehnya? Pelbagai persoalan yang timbul dibenak fikiran Aliesya. :: Kutahu kau juga merinduiku, kutahu kau juga menyayangiku. Diammu itu menguji diriku, seikhlas mana rasaku ini terbit untukmu:: Dalam diam aku mencintaimu seperti lirik lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Sting satu ketika dulu dan masih lagi berbisa  sehingga kini. Lirik yang membawa maksud  jiwa yang sedang merindu, hati yang sedang gelisah menantikan seseorang muncul didepan mata.

Dalam Diam Aku Mencintaimu

Entah mengapa kurasa tak menentu
Semenjak aku mengenali dirimu, sayang
Terbayang-bayang wajahmu dimataku
Hingga tersentuh rasa indah dikalbu, apakah ertinya

Aku tak tahu mengapa aku rindu
Inginku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Didalam diam aku menyintaimu

Kuharap kau faham perasaanku
Yang kini dilamun rindu padamu
Sesungguhnya aku telah jatuh cinta
Oh… indahnya bila bersamamu
Moga kau dapat terima
Cintaku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan  harapan dan impianku
Dalam diam kumencintaimu……..

Aliesya sering mendengar lagu tersebut. Disaat rindu membara dijiwa walaupun tanpa mendengar suara Airil dan tiada pertemuan di antara mereka perasaan rindu itu wujud dengan sendirinya.  Airil tidak kelihatan dilaman muka buku pasti hatinya diburu resah dan tertanya-tanya dimanakah hilangnya sidia yang  semakin hangat menduduki carta hatinya. Semasa saling membalas pesanan, mereka tidak menunjukkan kata-kata yang berbau rindu atau kata-kata yang berbau sayang. Pesanan mereka hanya bersaja-saja bergurau senda dalam mengeratkan lagi silaturahim.:: Teringin menjadi yang terindah dalam hidupmu tapi kusedar aku hanya bermimpi disiang hari :: Percintaan mereka diibarat  lirik lagu Aku dan dirimu yang dipopularkan  oleh penyanyi Arilasso berduet dengan Bunga Citra Lestari. Cinta yang terpendam  sekian lama tapi sukar untuk diluahkan.

Aku Dan Dirimu

Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap


Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita

Duhai cintaku sayangku lepaskanlah
Perasaanmu rindumu seluruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat dikeabadian

Jika sang waktu bisa kita hentikan
Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
Meleburkan semua batas
Antara kau dan ….aku

Semakin hari semakin memahami. Walaupun tiada pertemuan, keserasian untuk terus menyelami hati masing-masing terus bergiat aktif. Aliesya Sofea terus mendekati. Airil Fatah juga menghampiri.  Aliesya juga merasa yang Airil ada menyimpan satu rasa yang sama seperti mana yang dirasai olehnya. Bila seseorang sedang dicintai atau mencintai perasaan itu mampu dirasa melalui hati yang berbicara. Mungkin korang kata, tidak mungkin. Hakikatnya kalau korang menilai dengan mata hati mesti korang akan faham. Pesanan- pesanan yang dihantar oleh Airil kepada Aliesya. Ada pesanan-pesanan daripada Airil yang berbau rasa sayang yang mula menginap dijiwanya.

“Cuba awak pilih, nak jadi tulang belakang ke nak jadi tulang rusuk?”. Antara soalan yang ditanya oleh Airil kepada Alisya dalam pesanan muka buku.  Soalan ini nampak macam satu soalan gurauan, tetapi ini adalah satu soalan yang ada makna  kalau dihayati dengan mata hati.

Alisya terus menjawab soalan yang diajukan kepadanya. “ Saya nak jadi tulang rusuk awak!”Dengan pantasnya dia menjawab soalan itu. Dihati menyanyi riang. Difikirannya mula membayangkan. Dijiwanya tersenyum malu kerana apa yang disimpan  selama ini mungkin satu hari akan menghasilkan hasil yang hanya Allah s.w.t yang tahu akan aturan yang di aturkan untuk hambanya.


“Kalau ingin jadi tulang rusuk, kenalah ambil hati bonda”Katanya. Satu jawapan yang mudah yang diberikan oleh Airil Fatah.

Aliesya terkedu membaca pesanan yang diterimanya. Adakah benar apa yang dimaksudkan oleh Airil Fatah dengan apa yang dibaca itu? Adakah Airil Fatah sekadar bergurau atau mengiakan apa yang  disampaikan? ::Cintaku hanya "maya" yang mampu dirasa melalui "hati",untukku "realitikannya" hanya kepadaNya bibirku meluahkan::  Sehari ke sehari perhubungan Aliesya dan  Airil Fatah makin menampakkan tanda positif. Aliesya menyedari bahawa, jika dirinya tidak melihat kelibat Airil dimuka buku jiwanya resah hatinya tidak keruan walaupun hanya membaca tulisan-tulisan yang  dikirimkan di dinding utama muka buku. Pesanan-pesanan mereka kebanyakkan pesanan yang berunsurkan  kelucuan.  Cinta dan rindu semakin menebal dijiwa Aliesya. Cuma Aliesya tidak pasti apakah perasaan  di pihak sana.  Melalui penilaian mata hati Aliesya, mereka berdua sebenarnya berkongsi satu rasa yang sama iaitu saling menyayangi antara satu sama lain.



:: Mencari Kepastian::

Kasih!!
Dalam lenamu adakah aku mimpimu?
Dalam jagamu adakah aku sapaanmu?
Dalam impianmu adakah aku impianmu?

Kasih!!
Fikirlah dengan tenang
Siapakah sebenarnya yang kau sayang
Jangan ikutkan hati yang walang

Kasih!!
Dalam diam aku mencari diri
Mencari kebenaran, kemahuan hati
Janganlah terpaksa dalam mencintai

Kasih!!
Kumenanti ketulusanmu,mengharapkan kejujuranmu
Dibiarkan sendiri untuk kau mencari dirimu
Kalau yakin, itulah kemahuan hatimu

Kasih!!
Ungkapan "sayang" biar dihati
Tidak perlu diketahui
Ianya hanya dirasa melalui gerakan hati

“Kadang-kala rasa sayang yang allah kurniakan pada kita, kita perlu luahkan kepada insan tersebut agar rasa yang terindah itu perlu  dikongsi bersama”. Pesanan yang dihantar oleh Aliesya kepada sahabat mayanya itu . Siapa lagi kalau bukan Airil Fatah. Pada mulanya malu juga untuk Aliesya  luahkan perasaan  dengan cara yang tidak mudah untuk difahami. Jika Airil Fatah memahami pasti jawapan yang akan ditemui nanti membahagiakan atau sebaliknya.

“Saya juga menyayangi awak sebenarnya tapi biarlah rasa sayang yang kita ada ini kerana Allah. Biarlah DIA yang menentukan segalanya. Jodoh dan pertemuan ditanganNya. Cinta yang dialirkan oleh  Allah ke dalam hati,  itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta  yang bukan diukur mengikut pandangan mata Allah. Ia bersebab  kerana  cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta terlahir apabila kita sama-sama mencintai Allah” begitu panjang  Airil menaip mengenai luahan hatinya kepada insan yang mula mendapat perhatian hatinya.

Aliesya terkedu membaca pesanan yang dikirimkan oleh Airil Fatah pada malam itu. Malam yang tidak dijangkakan yang mana insan yang dicintai dalam diam meluahkan rasa sayang kepadanya. :: Bila kau kata kau sayang, aku terlebih dulu menyayangi dirimu. Dalam diamku memujamu:: Soalan yang ditanya dengan mudahnya Airil Fatah memahami.  Cinta adalah tautan 2 hati yang berlaku yang sama ada pernah kenal atau  tidak sebelumnya hadir  rasa cinta itu sendiri. Tidak pernah bertemu Airil  tidak pernah menatap dan tidak pernah  mendengar  suara tapi cinta sudah mula terbit antara mereka. Mereka saling berhubungan  melalui laman muka buku. Pada satu hari yang tidak dijangka-jangkakan, pesanan yang diterima oleh Aliesya  daripada Airil adalah pesanan pertama yang sungguh indah dan akan dikenang sampai akhir hayatnya. Setelah beberapa bulan menyemai rasa kasih di alam maya, meleraikan rindu dengan membaca pesanan dan melepaskan rindu dengan bait-bait  indah yang dikirimkan.


“ Assalammualaikum. Awak sihat ke? Aliesya, hampir 3 bulan kita  berhubung melalui  pesanan dimuka buku. Awak tak teringin ke nak dengar atau perdengarkan suara antara satu sama lain?”  Pesanan yang dikirim pada malam itu.

Sekali lagi Aliesya tergamam dengan pesanan yang diterimanya pada malam itu yang  dikirimkan oleh insan  yang disayangi lalu membalas pesanan tersebut.  “Waalaikumusalam. Alhamdulillah saya sihat seadanya.  Saya dari mula  memang teringin sangat nak dengar suara awak.  Takkan saya pula yang wanita nak  minta nombor telefon awak. Awak sepatutnya yang minta nombor telefon saya”

“ Bukan awak ke yang meminang saya? Hari tu kan ada pesanan daripada awak yang menyatakan awak nak pinang saya? Awk nak jadi Saidatina Khadijah. Saya tunggu jugalah bila awak nak masuk meminang saya”.

“Airil, kalau saya tau alamat awak kan memang saya dah ajak ayah dan mama saya pinang awak. Suara awak pun saya tak pernah dengar. Suara saya lagilah awak  tak pernah dengar, tetiba saya datang nak pinang awak. Saya ok je!  Nanti saya datang takut awak kata awak tak kenal saya. Masa tu mesti betapa malunya saya, awak tau tak!!”

“Alisya sayang! Awak napa taip macam tu? Awak dah datang ke? Napa buat andaian yang bukan –bukan ni?  Awak tau tak, saya sayang awak sepenuh hati saya walaupun  tiada perkataan sayang dan rindu  yang saya hantar pada awak setiap hari. Perkataan sayang dan rindu itu pada saya tak perlu diluahkan hari-hari.  Cukuplah hati awak  dan hati saya menyatakannya.  Kalau awak rasakan rindu itu terlalu kuat itu tandanya saya juga merindui awak.  Aliesya bak mai nombor telefon awak. Letihlah asyik taip. Naik keras dah jari-jemari saya menaip ni”.

“Kali pertama awak menaip perkataan “sayang”. Buat saya teruja saja tau ! Ni nombor telephone saya 012 3456789. Rasa macam tak sabar pula nak dengar suara awak.  Setelah hampir 3 bulan bermadu asmara kebisuan hanya penulisan yang jadi bukti 2 insan dilambung ombak cinta dan tsunami rindu”.

Saat pertama kali suara Airil Fatah berkeudara dicorong telepon, Aliesya  tergamam.. Airil perasan akan kegetaran suara Aliesya. Airil pun tergaman tapi mampu dikawal olehnya.  Bayangkan selama ini mereka hanya berhubung melalui  penulisan yang hanya mampu dibaca . :: Apabila cinta mula bersemi, kita hanya mampu melihat dinding muka bukunya. Melihat statusnya tanpa meninggalkan jejak. Kita sentiasa menantikan kelibatnya. Kita tidak mampu menyentuhnya selagi dia belum halal untuk kita sentuh kerana sentuhan kita untuk imam atau makmum kita::Airil terpesona dengan kemerduan suara Aliesya manakala dipihak Aliesya pun sama saat pertama kali mendengar keserakkan suara Airil. Pertama kalinya mereka berbual di corong telefon, mereka mengambil masa 3 jam  untuk bergayut. Bercerita sakan. Itu dan ini semuanya  mereka bualkan.  Setelah hampir sebulan lebih mereka mengenali melalui telefon, Airil menyatakan Hasratnya ingin menyunting Aliesya  menjadi makmumnya.

“Aliesya, kalau minggu depan saya jumpa awak dekat rumah awak apa pandangan awak? Saya rasa perjumpaan pertama kita lebih baik dihadapan keluarga awak supaya tidak timbul sebarang bahaya daripada kita berjumpa berdua”.

“Airil,  tak jadi halangan  untuk awak jumpa saya.Perjumpaan dirumah  adalah perjumpaan yang terbaik  untuk kita yang belum menjadi halal antara satu sama lain”

“Aliesya , minggu depan saya akan datang bersama keluarga saya ye. Kita  adakan majlis merisik kecil-kecilan. Lagipun umur saya makin lama makin bertambah. Perkara baik ini  kita tak perlu tangguh lama-lama”.

“Airil, saya setuju saja  dengan cadangan awak itu. Lagipun kita dah kenal di alam maya. Maknanya perjumpaan kita yang pertama terus kita ikat tali pertunangan. Tak perlu buat besar-besaran”

Selepas perbincangan yang mereka lakukan di perbualan telefon,  sampai harinya Airil dan keluarga bertandang ke rumah Aliesya. Mereka membawa rombongan merisik dan meminang Aliesya.  Setelah persetujuan daripada kedua belah pihak diadakan, mereka akan bertunang  dan langsungkan majlis perkahwinan pada hari yang sama iaitu  3 bulan daripada tarikh rombongan merisik diadakan. Begitu cepat masa berlalu diam tak diam tibalah hari yang dinantikan.  Aliesya telah memilih warna pink hijau sebagai tema majlis walimatulurusnya.  Pada hari itu , Aliesya didandankan  oleh mak andam yang terkenal di kawasan perumahannya.  Sehari sebelum majlis diadakan, Airil menelefon Aliesya menyatakan yang dia berdebar-debar. Jantungnya berdenyut dengan kencang, hatinya tidak keruan untuk menunggu hari esok dimana dia akan melafaz lafaz sakinah di depan ayah nanti. Aliesya mententeramkan jiwa bakal imamnya itu. Tenangkan jiwa. In Sha Allah  segalanya akan dipermudahkan.

“Airil Fatah Bin Hamzah. Saya nikahkah dikau dengan Puteriku Aliesya Sofea Binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM250 tunai”.

“Saya terima nikahnya Aliesya Sofea Binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM250  tunai“.

Dengan sekali lafaz saja Aliesya Sofea  telah menjadi milik sah kepada seorang suami yang bernama Airil Fatah Bin Hamzah dan sekaligus sudah bertukar status daripada Cik kepada Puan. Airmata Aliesya mengalir saat ucapan ijab dan qabul diperdengarkan sebentar tadi. Dalam usia menjangkau 31 tahun baru dia betemu dengan imamnya. Bertemu cinta hati dilaman muka buku. Cinta bersemi saat hati masing-masing berbicara.   Inilah perancangan Allah yang kita tidak tahu. Percintaan yang tidak pernah dirancang  dan tidak pernah terfikir di hati Aliesya  yang  dia  bertemu imamnya dilaman tersebut. Masih segar lagi dingatan saat dia menjalankan tanggungjawab pertama sebagai seorang isteri yang mana pada ketika itu dia dalam keadaan tidak bersedia apa-apa dan tidak tahu apa-apa yang  pada waktu itu hanya yang dia dengar suaminya membaca  doa sebelum dia menyerahkan segala miliknya  kepada suaminya. “Dengan nama Allah. Ya Tuhan kami berdua ( suami isteri) jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan serta jauhkan pula syaitan itu daripada apa saja yang Engkau rezekikan  kepada kami”. Malam itu terpatrilah ikatan mereka sebagai suami isteri yang sah. Hilanglah kegadisannya diragut oleh suami tercinta. Namun, Aliesya rasa bangga,  kerana dia menghidangakan  hidangan yang segar – bugar untuk ratapan suaminya. Selama 31 tahun dia mempertahankan keperawanannya dan telah menyerahkannya kepada imamnya kerana dialah yang mampu memilikkinya. Mereka berbulan madu di Kota Suci Mekkah mengerjakan Umrah. Airil Fatah seorang yang sangat romentik orangnya terutama apabila mereka bersatu dalam satu jiwa.  Romantik suaminya hanya Aliesya seorang yang tahu. Aliesya dimanjai dan dilayani seperti seorang puteri raja. Saat hati berbicara, semuanya indah dirasa.  Kini, Aliesya telah berbadan dua. Zuriat hasil perkongsian hidup bersama suaminya akan lahir pada bulan September tahun ini. Semoga rumahtangga yang terbina melalui hati yang berbicara ini berkekalan hingga Jannah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS