Welcome

RSS

CERPEN 8: CINTA SIGAGAK KEPADA MERAK KAYANGANNYA (BAHAGIAN 1)

CERPEN: CINTA SIGAGAK KEPADA MERAK KAYANGANNYA (BAHAGIAN 1)
PENULIS:NURULIZZA HJ AB. KARIM

Amira berasal dari Port Dickson. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Pak Ali dan Mak Timah. Kehidupan Amira sekeluarga ibarat  tidaklah begitu mewah hanya sekadar berwasatiyah dalam kehidupan sehariannya. Pak Ali merupakan seorang nelayan  manakala Mak Timah adalah surirumah sepenuh masa. Walaupun kehidupan mereka serba sederhana tetapi mereka kaya dengan nilai  kasih dan sayang. Kehidupan yang serba kekurangan sedikitpun tidak menggugat Amira untuk terus berjaya dimasa hadapan. Dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang , merupakan inspirasi untuk terus berjaya. Amira juga diberi didikan yang berteraskan agama daripada kedua ibubapa yang mana Pak Ali merupakan seorang Imam di Masjid Kariah tempat tinggalnya. Amira berpegang kepada satu prinsip dimana jika inginkan kejayaan kita harus berusaha untuk memilikinya walaupun pelbagai ujian dan dugaan yang akan kita lalui sebelum kita mampu genggaminya. Kejayaan itu adalah satu sifat subjektif yang mana membawa satu pengertian yang besar kepada Amira. Allah s.w.t itu Maha  Adil yang mana setiap kejadian manusia yang diciptanya memiliki fungsi dan kejayaannya  yang tersendiri. Allah S.W.T berfirman  yang bermaksud “Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(sahaja), dan bahawa kamu tidak akan kembalikan kepada kami?” (SURAH AL-MUKMINUN: AYAT 115). Tiada manusia yang lahir tanpa sebab walaupun hanya sebagai seorang pencuci.

Amira tekad dan beriltizam untuk terus berjaya dan mampu mengubah kehidupan mereka sekeluarga satu hari nanti. Beliau berazam ingin menjadi seorang Doktor Pakar Sakit Puan. Cita-cita beliau disokong oleh kedua ibubapanya yang sentiasa memberi dorongan dan tak lupa juga kepada cikgu-cikgu dan teman-teman disekolahnya.  Masa cuti sekolah, beliau akan membantu ayah dan ibunya melakukan kerja-kerja dirumah. Selalunya beliau akan membantu ibunya menyiang ikan untuk dijadikan ikan kering dan akan menjemurnya bagi mengurangkan beban kerja yang ditanggung oleh ibunya. Rumah beliau yang berdekatan dengan pantai  juga memudahkan lagi tugasan beliau untuk terus berbakti kepada kedua ibubapanya  yang bertungkus-lumus untuk menyara kehidupan mereka. Kadang-kala juga Amira ada mengikuti ayahnya kelaut untuk menangkap ikan.

“Amar, bila rancangan kamu hendak bercuti  di Port Dickson? Kamu kata nak bercuti bersama Ismail?tanya Datin Sofea kepada anak pertamanya Tengku Amar.  “Tak tahu lagilah mama. Lagipun kerja di pejabat sekarang ni banyak lagi yang belum diselesaikan.  In Sha Allah, jika semua kerja selesai Amar akan pergi  bercuti bersama Mail”. Datin Sofea mengeling sambil memandang anaknya yang sedang tekun mengadap laptopnya. Datin Sofea faham sangat dengan perangai anak bujang pertamanya. Selagi sesuatu kerja yang digalas oleh anaknya tidak selesai anaknya akan berusaha untuk selesaikan terlebih dahulu tanpa memikirkan kesihatannya. Anak lelakinya terlampau berkerja keras untuk memastikan syarikat sentiasa   bekembang maju.

Tengku Amar merupakan salah seorang usahawan  muda yang berjaya di Malaysia. Beliau mempunyai 2 orang adik  lelaki yang sedang belajar di Universiti Luar Negara. Umur Tengku Amar  sudah menjangkau 27 tahun. Beliau masih belum mempunyai insan istimewa dihati selain daripada Datin Sofea dan dua orang adiknya. Selepas papanya meninggal dunia iaitu Datuk Tengku Mustafa, tangungjawab syarikat diterajui oleh Tengku Amar sepenuhnya. Datin Sofea hanya  memantau dari jauh atau lebih  kepada seorang penasihat untuk menasihati anaknya bagaimana menerajui syarikat  milik mereka sekeluarga untuk terus berkembang.

Amira akan bangun seawal pagi. Aktiviti yang dilakukan diawal pagi ialah menyerahkan diri kepada yang Maha Kuasa. Sudah jadi rutin harian beliau. Seawal pagi, dengan bunyi cengkerik yang mengasyikkan, angin bayu menyapa  jendela rumah seorang hamba yang kerdil sujud mengadap Ilahi memohan agar dosa-dosanya diampunkan dan mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat. Rutin harian seperti biasa selepas solat beliau akan mula mengulangkaji pelajaranya diawal pagi yang dingin. Tepat pukul 7.00 pagi setiap hari  sebelum pergi ke sekolah beliau akan membantu ibunya melakukan kerja-kerja didapur bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibunya dan adakalanya menolong ayahnya memasukkan jaring didalam perahu sebelum ayahnya turun kelaut. Amira sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. Walaupun tidak semewah rakan-rakannya yang lain, beliau sentiasa tenang dan menikmati kehidupan seperti biasa. Allah berfirman:- “Dan( ingatlah) tatkala Tuhan memberitahu:Demi sesungguhnya!! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKU kapada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKU amatlah keras”. (SURAH IBRAHIM: AYAT 7)

“Mira, perancangan awak selepas kita habis menduduki kertas Sijil Pelajaran Malaysia ni awak nak buat  apa ya? Kan kita ada masa 3 bulan  sebelum kita mengetahui keputusan SPM kita.”tanya Siti kepada sahabat baiknya sambil mereka berehat dipantai setelah selesai menjawab kertas terakhir SPM pada hari itu. Merehatkan minda sambil memerhati gelagat orang yang mengunjungi pantai tersebut. Mira tersenyum ayu sambil menjawab soalan rakannya itu. “ Cuti ini saya akan membantu ayah dan ibu melakukan kerja harian mereka bagi mengurangkan beban mereka. Awak kan tahu, kehidupan kami anak beranak tidaklah sesenang macam orang lain. Kami hanya bergantung rezeki kepada laut. Lainlah awak, anak orang senang. Ayah dan emak awak bekerja sebagai cikgu”.Siti menundukkan diri bila  dia menerima jawapan daripada sahabatnya. Terkedu seketika kerana dia tiada niat langsung untuk membuatkan sahabatnya itu terasa hati dengan pertanyaan yang diutarakan sebentar tadi. “Awak , maafkan saya seandainya pertanyaan tadi membuat awak terasa hati. Percayalah! Tidak terdetik langsung dihati ini untuk menghina dan memperkecilkan kehidupan awak sekeluarga. Saya pun hanya insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Allah tidak pernah membezakan hambanya. Bagi DIA hambanya adalah sama”.Terang Siti kepada Mira. Setelah puas menikmati keindahan pantai dan menyaksikan pelbagai ragam orang,  mereka pun pulang kerumah masing-masing.

Semasa sedang menikmati keasyikan alunan angin bayu  menyapa tubuh sasa Tengku Amar,  dia ternampak sekujur tubuh manusia  perempuan yang tinggi lampai berkulit putih sedang sibuk menyusun ikan  di atas zink. Difikiran Tengku Amar mesti perempuan itu sedang menjemur ikan kering. Matanya tekun memerhati tingkah laku perempuan itu. Daripada gaya perempuan itu telah menarik perhatian Tengku Amar untuk terus memerhati.  Gaya sopan santun Amira menjemur ikan telah membuatkan jantung Tengku Amar  berdetak kencang seolah-olah ada satu pengumuman penting yang sedang didengarinya. Tengku Amar sudah 2 malam berada  di Chalet Hembusan Bayu yang berdekatan dengan rumah Amira. Chalet Hembusan Bayu itu kepunyaan Tok Ketua Kampung , dikampung itu. Tengku Amar bercuti disitu bersama dengan sahabat karibnya iaitu Ismail yang dikenalinya sejak zaman sekolah rendah, belajar di Universiti yang sama sehinggalah masing-masing mempunyai kerjaya sendiri seperti sekarang.  Datin  Sofea  risau  tentang anak sulungnya yang dah menjejak usia 27 tahun tapi masih belum mempunyai pasangan hidup. Anaknya itu terlalu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya tanpa memikirkan seorang insan  yang perlu menghuni hati anaknya itu. Di pejabat, Tengku Amar merupakan seorang yang tegas dan komited terhadap tugasan yang digalas sehingga ada pekerjanya yang mengelarkan dirinya sebagai “singa lapar”. Menjadi singa lapar jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pekerjanya. Walaupun garang macam mana sekalipun, Tengku Amar sentiasa menghormati pekerjanya dan disebabkan itu juga pekerjanya sentiasa memberikan kerjasama yang memberangsangkan untuk memastikan perjalanan pentadbiran  syarikat berjalan lancar. Malah dengan ketegasan beliau juga membuatkan pekerjanya menjalankan tugasan yang dipikul dengan amanah dan penuh berdedikasi. Walaupun ada percubaan mamanya untuk memperkenalkan kawan anaknya kepada Tengku Amar  untuk dijadikan suri dalam hati  tidak pernah mencapai kejayaan. Alasan  Tengku Amar buat masa sekarang dia tak nak fikirkan apa-apa selain tugasan sebagai CEO Syarikat. Datin Sofea tidak mampu lakukan apa-apa    selain berdoa kepada yang Maha Kuasa untuk mempercepatkan pertemuan jodah buat anak lelaki pertamanya.Dihatinya selalu berpenasaran memikirkan yang anaknya itu adakah normal seperti insan lain yang mempunyai naluri terhadap seorang perempuan? Tidak pernah beliau melihat anaknya keluar bersama dengan seorang perempuan. Dimana saja anaknya itu akan membawa Pembantu Peribadi anaknya yang juga seorang lelaki dalam menjalankan tugasan. Ibu mana yang tidak risau bila seorang anak berkelakuan demikian.

Amira perasan yang dirinya sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang menginap  di Chalet Hembusan Bayu itu. Amira tekun melakukan tugasan dan dalam masa yang sama hatinya berbicara mengapa lelaki itu galit memerhatikan dirinya. Adakah dia ini comot dimata lelaki itu atau satu bahan lawak untuk dipertontonkan? Dasar fikirannya menyatakan tiada apa-apa pada dirinya  yang perlu  dipertontonkan oleh lelaki tersebut.  Malas memikirkannya. Amira terus melakukan tugasan sehingga selesai. Tiba-tiba tanpa disangka oleh akal fikiranya lelaki yang memerhati itu menyapanya. “Assalammualaikum, saudari. Saya memerhati saudari dari tadi. Kusyuk melakukan kerja. Boleh saya tahu nama saudari ?”. Mengumpul segala kekuatan yang ada, Amar dengan beraninya  menyuarakan suaranya untuk mengenali Amira walaupun pada waktu itu  jantungnya berdebar, suaranya tergagap-gagap, jiwanya meronta dan lututnya terketar-ketar untuk melakukan demikian. Demi bisikan suara hatinya yang menyeksakan jiwanya dia ketepikan kesemua rasa yang ada untuk terus  mengenali Sofea. Sapaannya telah terjawab. “ Waalaikumussalam saudara. Nama saya Sofea tinggal disini. Mungkin saudara ini menginap di Chalet Hembusan bayu itu kan.  Dari tadi saya lihat saudara memerhatikan saya melakukan kerja”. Tengku Amar terperanjat kerana pemerhatian dapat dihidu oleh Amira. Dengan senyum simpulnya Tengku Amar menjawab. “ Ya, Sofea daripada tadi saya memerhatikan gaya dan lenggok awak melakukan kerja dengan tertib. Mesti awak ini  seorang perempuan yang mempunyai ciri-ciri kesopanan dan penuh kelembutan orangnya. Kenalkan diri saya Tengku Amar daripada kuala Lumpur.  Awak leh panggil saya, Amar je. Sudah 2 malam saya menginap disini”. Amar menghulurkan tangannya kepada Sofea tetapi dia hanya melihat dan mengelingkan kepala. Amar memahaminya lalu  meminta maaf kepada Sofea.  Selepas sesi perkenalan bermula, mereka sering dilihat berborak dan  berjalan bersama-sama. Sepanjang Amar berada disitu, Amira bertindak sebagai pemandu pelancong yang menerangkan segala maklumat kampung itu kepada Amar.  Ketika Amar bersama Amira ada satu perasaan yang indah yang tidak pernah dirasai olehnya sebelum ini. Walaupun ramai kawan anak perempuan mamanya yang cuba mendekatkan diri mereka kepadanya tapi tidak pernah pula timbul perasaan yang indah yang kini dirasainya  ketika bersama dengan Amira. Amira hanya seorang perempuan yang berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan SPMnya. Walaupun Amira muda 9 tahun daripadanya, pemikiran Amira kadang- kala lebih matang daripada fikirannya. Dengan cara itulah membuatkan jiwa amar sentiasa resah gelisah. Mungkin ini juga kerana penangan aura Amira melekat di jiwa sanubarinya.


Dipihak Amira juga ada satu rasa yang indah sedang menyinggah dihatiya. Amira tidak pasti apa yang dirasai ini hanya sekadar  rasa yang hanya sementara dirasa atau hanya dia seorang saja yang merasainya. Sepanjang dia mengenali Tengku Amar tidak pernah sesekali Tengku Amar mengambil kesempatan keatas dirinya. Tegku Amar seorang pemuda yang baik tingkah lakunya.               Daripada apa yang dilalui olehnya bersama  Tengku  Amar apa yang  dapat dirumuskn olehnya walaupun Tengku Amar seorang yang bergelar Tengku dan kehidupanya dikelilingi kemewahan  bukanlah  satu tiket  menyebabkan Tengku Amar itu menjadi seorang yang ego dan sombong dengan apa yang dimilikinya. Malah Tengku Amar sentiasa merendahkan diri apabila berbicara dengan Amira. Amira senang dengan sikap Tengku Amar. Tidak sombong, riak dan kedekut. Dalam diam juga. Sofea telah menyimpan satu perasaan sayang yang tidak mampu diluahkan olehnya kepada  Tengku Amar yang dianggap sebagai merak kayangan dan dirinya hanyalah gagak dirimba. Merak kayangan tidak layak mendampingi gagak di rimba yang serba kekurangan yang tidak mempunyai harta yang hanya sekadar sekeping hati yang tulus mencintai. Mampukah gagak dirimba memiliki cinta merak dikayangan? Sama-sama kita nantikan sambungan ceritanya dibahagian yang akan datang. Selamat  membaca dan semoga terhibur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS