Welcome

RSS

Cerpen 14: Cintaku Tidak Seindah Cinta Saidatina Siti Khadijah

Cerpen : Cintaku Tidak Seindah Cinta Saidatina Siti Khadijah
Penulis : Nurulizza Hj Ab Karim


“Terima kasih abang, kerana menerima sayang seadanya. Abang adalah kurniaan terindah yang ALLAH titipkan untuk sayang menikmati indahnya sebuah perkahwinan yang berlandaskan Cinta keranaNYA. Abang adalah pembuka pintu Syurga  untuk sayang dengan kunci utamanya ialah ‘La Ilaha IllAllah” Luah Zinnirah kepada suami tercinta pilihan ALLAH untuknya.

            “Sama-sama sayang! Pertemuan kita ini adalah atas takdir ALLAH sayang. Kita merancang tapi perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA. Abang hanyalah insan biasa, sayang!. Cinta yang kita ada ini adalah cinta yang ALLAH kurniakan kepada setiap hambaNYA” Balasan bualan antara Luqman dengan isterinya Zinnirah di satu petang di halaman rumah mereka.

:: Tautan KASIH KeranaNYA::

Cinta KeranaNYA
DIA yang menyemai rasa
DIA yang membaja rasa
RINDU, KASIH dan SAYANG keranaNYA

Kita berKONGSI rasa
Itu FITRAH kita sebagai hambaNYA
INDAHnya KASIH berSULAMkan 'IMAN'
LEMBUTnya SAYANG berSUTERAkan 'TAQWA'
Tidak sesekali meLATAH!!
Tidak sesekali terPEDAYA!!
"NAFSU DURJANA' kita tawani
'IMAN Dan TAQWA' mengetuai KASIH kita

AMAL dan DOA kita TITIPkan kepadaNYA
MeREALISASIkan HARAPan Seluruh JIWA kepadaNYA
Hati berbicara, kaulah pendamping halalku!!
Biarpun sepi, perGANTUNGan HARAPan hanya pada ALLAH SWT
Hatimu, milikNYA
Jiwamu, milikNYA
Maka, kepadaNYA aku memohon

Meskipun tiada luahan 'Sayang'
Walaupun tiada kata 'Rindu' diperdengarkan
Namun, Hanya DIA yang mengetahui segalanya
KeYAKINan kepadaNYA
Segalanya INDAH tepat pada WAKTUnya
Saling merindukan keranaNYA
Itulah NIKMAT, berKASIH keranaNYA

            Pertemuan Nurul Zinnirah bersama suami tercintanya itu Luqmanul Hakim bermula di muka buku. Di situlah mereka saling kenal mengenali tanpa ada pertemuan di realiti. Pertemuan yang di atur oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk kita.  Usik mengusik senda gurauan antara mereka melahirkan keserasian. Luqman seorang yang kelakar dan suka mengusik orang. Tidak ketinggalan jugalah si Zinnirah. Sama saja sikap mereka. Pada pandangan kasar kepada yang mampu menyelaminya. Perghhh dah mula menghiasakan ayat dengan kata-kata puitis tapi ayat biasa je. Kenakallan mereka  terserlah jika mereka saling berkomen antara satu sama lain. Saling usik mengusik antara mereka. Dalam diam-diam ada rahsia disebalik rahsia yang hanya mereka mengetahuinya. Zinnirah memulakan langkahan suci dengan kunci utama perhubungan adalah ‘berkasih sayang kerana ALLAH’ begitu jugalah langkahan perhubungan Luqman. Mereka ada misi dan motif yang sama iaitu mencari Redha ALLAH SWT dan RestuNYA. :: Jika anda dibuai CINTA jangan taip 'JATUH CINTA' tetapi taiplah 'BANGUN CINTA'. Bangun cinta banyak maknanya paling utama bangunkan cinta yang dirasai itu bersama rasa CINTAnya kalian kepada ALLAH SWT dan jangan berjanji tetapi salinglah berdoa semoga bangun cinta anda bersama Restu Dan RedhaNYA:: Mereka sama-sama ingin menjaga perhubungan yang mereka jalinkan kerana ALLAH. Mereka sedaya upaya ingin membangun rasa yang mereka rasa itu bersama rasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kerana ALLAH. Luahan mereka hanya ALLAH yang tahu. Penghambaan mereka setulus hati kerana ALLAH yang mampu mendekatkan lagi kasih sayang keranaNYA. DIA yang memberi rasa dan DIA juga mampu merealisasikan impian mereka. Jarang kedengaran suara antara mereka. Tidak pernah bertemu hanya muka buku menjalinkan perhubungan mereka. Niat untuk bertemu, Zinnirah serahkan segalanya pada yang Maha berkuasa. Jika, Luqmanul Hakim itu adalah Jodohnya maka mereka akan saling memilikki kerana ALLAH. Rindu dan sayang anugerahNYA. Tidak ada yang terkecuali pada manusia selaku hambaNYA. Cuma yang membezakan bagaimana seseorang itu mengendalikan dengan kebijaksanaan untuk melukiskan sebuah ‘CINTA SYURGA’ di hamparan Roh dan Jasad mereka? Hanya Iman dan Taqwa seseorang itu yang mampu mencorakkan keindahan  hasil lukisannya. Di antara mereka, tiada luahan rindu dan sayang. Mereka mengerti setiap insan perlu ada rasa kasih dan sayang walaupun dengan  musuh. Salah satu ciri orang yang beriman ialah menyayangi insan yang lain seperti dia  menyayangi dirinya. Rindu Zinnirah pada Luqman hanya ALLAH yang tahu. Fahamkan maksud perkataan R.I.N.D.U itu satu persatu hurufnya.  Mengapa setiap pasangan yang bercinta ada rasa cemburu? Renunglah sesuatu perkataan itu dengan renungan ‘matahati’. Ada jawapannya saat hati berbicara. Tidak mudah untuk kita membina ayat daripada satu huruf dalam perkataan. ::Mengapa kita ada rasa cemburu? Jom kita pandang dengan pandangan 'Hati' satu persatu huruf dalam perkataan C.E.M.B.U.R.U. (Cinta Enak Membara Bila Utusan RINDU untukmu) Setiap perkataan yang kita faham dan diselami dengan 'Matahati' ada disebalik Luahan tersirat yang ingin disampaikan. Selamilah maksud R.I.N.D.U (Rasa Indah Namun Doaku Utuh):: Rasa indah namun doaku utuh. Maksud yang penuh bermakna. Bila hadirnya rindu pada seseorang hanya ALLAH tempat tuju. ALLAH yang memberi rasa ini dan DIA juga yang menentukan.Makin dekat kita dengan ALLAH, makin sayang DIA dengan kita. Bukti kasih dan sayangNYA ialah ujian yang diturunkan kepada kita. ::CERMINan BELAHan JIWA sesuai dengan IMAN di HATI. HATI Dan JIWA wajib diseiringkan agar keBAHAGIAan diMILIKki di DUNYA Dan AKHIRAT::

:: Serpihan HATI,BELAHan JIWAku::

Kau, Kasih!
NAMAmu tertulis di LUH MAHFUZ
TerCIPTA Untukku!
PILIHan ALLAH untuk bersamaku
Peneman dan penDAMPING menuju 'JANNAH'
Di sana, akulah BIDADARImu!
Disana, kaulah BIDADARAku!

Serpihan Hati,Belahan Jiwaku!
Sejauh mana kita berlari,
Sekuat mana kita menafikan,
TAKDIR ALLAH, kita TETAP berSAMA
Tidak cepat dan tidak lambat
Pastinya di waktu yang tepat

Kau, Kasih!
Kau merasa, aku terasa
Serasinya kita, kerana ALLAH
Bicara kita, kita yang rasa
Kau Dan Aku dikurniakan memahami 'BICARA BATIN'
Hanya DIA, kau dan aku mengetahuinya
Segalanya adalah 'RAHSIA ALLAH'
Kau, Kasih!
Tiada sapaan bukan bermakna lupa
JARANG keDENGARan suara antara kita
Memang pelik! tapi itulah CINTA LUAR BIASA
Anugerah ALLAH kepada kita sebagai hambaNYA
Sama-sama menahan GELORA RINDU
Menyimpan cinta direlung hati bersama RestuNYA
Membuai BUAIan RINDU saat 'HALAL' diterima
IMPIan kita sama!
MeRAIH CintaNYA itulah kita
BerKASIH SAYANG kerana ALLAH
Inilah VISI kita!

Serpihan Hati, Belahan Jiwaku!
Di sini kusetia, di sini kumenanti
Kuharap kau jua sepertiku!
'CINTA ALLAH' inilah PASWORD Cinta KITA
( H.A.C.K.S) Ingat ini!!
[Hanya ALLAH, CINTA KAU/KU Saja]
MenCARI Redha ALLAH itu tujuan kita
BerSAMA berKONGSI 'cahaya hati'
Kekal ABADI hingga 'JANNAH'

Nurul Zinnirah yakin jodoh yang terbaik adalah berdasarkan akhlak diri.  Baik akhlak diri , maka baik jugalah belahan jiwa yang akan dikurniakan ALLAH kepada hambaNYA. Cintailah ALLAH setulus hati maka DIA akan hadirkan seseorang yang mencintaiNYA  untuk mendampingi kita sebagai belahan jiwa( Suami/Isteri) yang serasi dan memahami jiwa kita. ALLAH berfirman :
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yassin Ayat 36) Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan  merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. ALLAH S.WT. berfirman:

“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” ( Surah Ar Rum Ayat 21) Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu  dari diri  yang satu (Adam) dan ALLAH menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan  dari keduanya ALLAH memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan namaNYA kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan  kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH  selalu menjaga dan mengawasimu”  (Surah An-Nisa Ayat 1)

            Nurul Zinnirah bukan seorang Ustazah. Dia hanyalah wanita biasa yang bercita-cita ingin menjadi ‘Bidadari Syurga’. Dirinya  masih khilaf dan ingin memperbaiki  dirinya ke arah menuju dan meraih Cinta ALLAH SWT. Saat yang tepat yang terindah dimana ALLAH hadirkan seorang teman yang bernama Luqmanul Hakim yang hanya perkenalan mereka  pada mulanya hanya di Muka Buku.  Dalam saat itu, terbit rasa sesuatu yang di rasa. Ingin meluah tetapi takut hanya fantasi yang kosong yang tidak memberi apa-apa kebaikkan. Hanya ALLAH tempat mencurah rasa yang dirasa. Lagu daripada nyanyian Oki Setiana Dewi yang bertajuk Untukmu Imamku merupakan lagu yang menggambarkan perasaan dan keinginan Zinnirah. Keinginannya hanya ALLAH dia kembalikan seperti lagu Novi Ayla yang bertajuk Cintai Aku kerana ALLAH dan Rasa Inginku. Ingin tau lagunya korang pak gogel lah ye!

Bukan Cinta Biasa

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa
Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu

Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti

Jiwa ku sering saja berkata
Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Dengarlah lagu Dato Siti Nurhaliza Bukan Cinta Biasa. Selamilah liriknya.  Kalau anda faham. Alhamdulillah. Saat hati berbicara hanya ALLAH Yang tahu disebalik Rahsianya. ALLAH berfirman : “Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (Pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (Pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga) ( Surah An-Nur Ayat 26) ::SABARlah menunggu kekASIH akan HADIR sesuai dengan 'IMAN' di 'HATI'( Hanya ALLAH Tahu ISInya), CINTAilah ALLAH, maka akan hadirnya seseorang pilihanNYA untuk kita KASIHi keranaNYA:: Ayat 26 Surah An Nur telah menjelaskan jika ingin mencari pasangan yang baik, perbaikkan diri kita terlebih utama dengan niat kerana ALLAH. Jangan hanya mengharap pasangan kita yang terbaik andai diri kita masih leka dan lalai terhadap kewajipan kita kepada ALLAH SWT. Jangan harapkan kesempurnaan pada pasangan tetapi mohonlah pada ALLAH agar kita dipertemukan dengan seseorang yang mampu menemani, membimbing kita menuju CintaNYA dan peneman saat suka dan duka malah menerima seadanya diri kita kerana ALLAH. Tiada hamba yang sempurna melainkan DIA Yang ESA.
Sebelum Zinnirah bergelar isteri kepada suami tercintanya Luqmanul Hakim, berbagai-bagai ujian yang di hadapinya. Setiap ujian yang di laluinya adalah tanda kasih sayang ALLAH kepad hambaNYA. Bicara bersama hati haruslah berhati-hati. Ada dua kemungkinan yang hadir iaitu satunya daripada ALLAH dan yang kedua daripada bisik-bisikan syaitan yang ingin menyesatkan Umat Nabi Muhammad S.A.W. konflik antara hati dan jiwa. Perghhh macam pandai je sebut ayat kan. Siapa yang memahami maksudnya mesti faham bagaimana sukarnya pada waktu itu, emosi dan fizikal berkonflikkan yang pasti IMAN mesti  diserlahkan dalam menghadapai situasi gawat seperti ini. ALLAH berfirman :” Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (Kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH berserta orang-orang yang sabar”. (Surah AL-Baqarah Ayat 153) DIA yang menghantarkan hadiah rindu untuk kita selaku hambaNYA yang berbungkus ujian, maka kepadaNYA jualah kita kembali. Mengadu setulus hati padaNYA, In Shaa ALLAH ada  kebahagian yang menanti. Zinnirah, hanya wanita biasa. Cinta dan rasa yang di miliki ini datangnya daripada ALLAH dan kepada ALLAH jua di kembalikan keinginannya. Cinta ALLAH seTULUS hati,maka daripadaNYA jua akan di pilihkan seseorang yang mencintaiNYA untuk Zinnirah. Janji ALLAH itu pasti! Berkeyakinanlah sepenuhnya dan mengharapkan hanya pada DIA, segalanya indah tepat pada waktunya.  Antara ‘Iman’ dan ‘Nafsu’ perlu bijak di bezakan.
Cinta yang di rasa oleh Zinnirah tidak sehebat Cinta Saidatina Siti Khadijah R.A terhadap Rasullullah S.A.W yang sanggup berkorban untuk menyebarkan Agama Islam berkembang Indah sehingga kini. ALLAHU AKBAR! Wanita pilihan ALLAH untuk Rasullullah. Seorang wanita bangsawan,hartawan, cantik dan budiman. Seorang wanita yang disegani oleh Masyarakat Quraisy. Wanita pertama yang memeluk Islam dan menyokong Nabi Muhammad S.A.W dalam menyampaikan kebenaran. Suka dan duka Nabi, beliau sentiasa di sisi Nabi. Menginfakkan harta untuk menegakkan Agama ALLAH SWT. SubhanALLAH, sucinya hati dan jiwa Saidatina Siti Khadijah R. A. SaatNabi Muhammad menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’, Saidatina Siti Khadijah yang pertama mengerti makna peristiwa yang di alami oleh Nabi S.A.W  dan menghiburkan sambil berkata Nabi  dilantik menjadi Pesuruh ALLAH bagi Umat kini. Saidatina Siti Khadijah R.A membela suaminya  dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan Kalimah Tauhid serta selalu menghiburkn Nabi dalam duka derita yang di alami oleh Nabi dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran Agama Islam, menangkis segala caci maki yang  di lancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy. Layaklah! Saidatina Siti Khadijah R.A  mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimilikki  oleh wanita-wanita lain iaitu,menerima ucapan salam daripada ALLAH SWT yang disampaikan oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasullullah disertai salam Jibril A.S  peribadi untuk disampaikan kepada Saidatina Siti Khadijah R.A serta ganjaran SYURGA. SubhanALLAH. Sungguh besar pengorbanan beliau terhadap Agama Islam. Saidatina Siti Khadijah R.A di gelar sebagai “Ummul Mu’minin yang setia dan taat . Kehidupan Saidatina yang penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan. Rasullullah S.A.W bersabda :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku  dengan hartanya ketika orang-orang tidak memberikan apa-apa kepadaku. ALLAH mengurniakan aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak selain dari dia” [HR. Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya, 6/118]

            Hampir dua bulan Zinnirah melayari bahtera Mahligai Cinta bersama Suaminya, Luqmanul Hakim merupakan anugerah ALLAH yang terindah untuk dirinya. Seorang suami yang penyayang dan romentik yang hanya dia yang mengetahui keromentikkan suaminya itu. Paling utama kecintaannya pada Luqman bukan kerana kehenseman dan kemachoan suaminya tetapi faktor utama  ialah keimanan dan ketaqwaan suaminya. Pakej lain itu, adalah anugerah ALLAH untuk suaminya. ALLAH jua yang menggerakkan hatinya untuk  menyayangi Suaminya dan begitu jualah di pihak suaminya kepada Zinnirah. Berkasih sayang kerana ALLAH. Indah sebuah perkahwinan terutama perkahwinan yang mengikut Syariat Islam. Bercinta Selepas Nikah. Itulah cinta mereka! Batas-batas pergaulan sentiasa di jaga   sentiasa di hormati. Tiada pertelingkahan sepanjang persahabatan mereka. Saling memahami itulah mereka. 2 bulan yang lalu, pada  tarikh yang indah 23 April sempena kelahiran Zinnirah, ALLAH telah mempersatukan dua hati yang terpisah menjadi satu yang akan berkongsi segala rasa bersama belahan jiwa iaitu Suami tercinta  Luqmanul Hakim Bin Malik. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara berwasatiyyah. Luqmanul hakim dinikahi sendiri oleh Ayah Mertuanya yang juga merupakan Imam di Masjid tersebut.  

            “Luqmanul Hakim Bin Malik! saya nikahkan dikau dengan puteriku yang bernama  Nurul Zinnirah Binti Riduan dengan Mas Kahwinnya RM250.00 Tunai”

            “Aku terima nikahnya Nurul Zinnirah Binti Riduan dengan Mas Kahwinnya RM250.00 Tunai” Alhamdulillah, dengan sekali lafaz,termatrilah perjanjian suami isteri antara mereka.

Alhamdulillah, Zinnirah panjatkan Syukur kepada ALLAH SWT kerana telah menyempurnakan majlis pernikahan dengan jayanya. SubhanALLAH. ALLAH permudahkan segala yang terindah.  Tangisan kegembiraan menitis tatkala dirinya kini sudah halal buat suaminya yang tercinta. Menyulam cinta dan memendam rindu di alam maya kini di realitikan dengan upacara yang sederhana dan penuh dengan rasa kesyukuran. Mereka berdua hanya memakai baju jubah yang bertemakan warna merah jambu campuran unggu.  Istimewanya majlis pernikahan mereka, Zinnirah mengenakan telekong sembahyang yang lengkap semasa sessi majlis pernikahan. Selepas majlis Ijab dan Kabul mereka selesai, Zinnirah dan Suaminya, Luqmanul Hakim menunaikan Solat  Sunat berjemaah. Itulah solat pertama kali yang di imamkan sendiri oleh suaminya yang tercinta.  Pembatalan air sembahyang mereka dengan cara bersalaman selepas solat. Bukannya pembatalan air sembahyang dengan cara menyarungkan cincin di jari. Selesai mengerjakan solat sunat, mereka di hidangkan segelas air susu.   Luqmanul Hakim minum setengah daripada air susu itu dan setengah lagi di suapkan kepada Zinnirah

            Setelah selesai solat berjemaah dan berkongsi minumam segelas susu,Upacara Penyerahan Mas Kahwin, Penerimaan Mas Kahwin dan Penyerahan Tanggungjawab Wali kepada Pengantin Lelaki. .

            “ Adalah saya, Luqmanul Hakim Bin Malik suami kepada Nurul Zinnirah Binti Riduan  yang telah menerima tanggungjawab  dengan ini menyerahkan kepada isteriku  mas kahwin RM250.00 tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum islam”

 Luqmanul Hakim  memegang ubun-ubun isterinya  dengan tangan kanan lalu membaca doa “ Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya ALLAH! Daku memohon  kepadaMU kebaikannya dan kebaikannya yang Dikau ciptakan padanya. Dan daku berlindung kepadaMU daripada keburukannya dan dari keburukannya yang Dikau ciptakan pada dirinya”

            Setelah selesai penyerahan tersebut,Zinnirah  mencium tangan suami tercintanya  dengan berdoa di dalam hati “ Ya ALLAH,Jadikanlah suamiku ini suami yang soleh  dan pembimbing  yang baik di dunia dan akhirat”

            “Adalah saya.Nurul Zinnirah Binti Riduan isteri kepada Luqmanul Hakim Bin Malik  dengan penuh kesyukuran menerima Mas Kahwin  ini  sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagian bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat Restu dan Redha  dari ALLAH SWT”

            “Adalah saya  Riduan Bin Daud, ayah kepada anak saya Nurul Zinnirah Binti Riduan  dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang  dan tanggungjawab agama islam  kepada kamu, Luqmanul Hakim Bin Malik  sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh ALLAH  SWT ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Aamiin”


Saat yang paling membuat Zinnirah menitiskan airmata dengan derasnya tanpa paksaan adalah ketika Lafaz Ucapan daripada mama untuknya yang selama ini telah membesarkan dan mendidik dirinya. Segala suka dan duka dikongsi bersama Mamanya. Seorang mama yang memahami perangai setiap anaknya.

            “Anakku Nurul Zinnirah, hari ini  kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah mama ke suatu alam  yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah mama telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah mama, mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah mama selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah  khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu  serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu. Taatilah ALLAH SWT sepanjang hidupmu, semoga ALLAH memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan  dan kebahagian kepada kamu. Ayah mama memohon kemaafan  di atas segala kesilapan dan kesalahan  semasa mendidikmu”

Zinnirah dalam keadaan masih teresak-esak dengan tangisan, membalas ucapan mamanya.

            “Wahai ayah mama,budi dan jasamu selama ini tidak dapat  Zinnirah balas. Hari ini Zinnirah  akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah mama ke suatu alam baru yang belum Zinnirah tahu. Zinnirah memohon doa restu ayah dan mama agar Zinnirah  dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Zinnirah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Zinnirah mohon ampun dan maaf  di atas segala kesilapan dan kesalahan Zinnirah selama berada bersama ayah mama. Terima kasih ayah mama” Sambil mengelap airmata.

Seterusnya adalah Ucapan penerimaan Tanggungjawan Luqmanul Hakim.

            “ Dengan ini saya, Luqmanul Hakim Bin Malik suami yang sah kepada Nurul Zinnirah Binti Riduan bersyukur kepada ALLAH SWT atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak  yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini.  Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri  saya Nurul Zinnirah  dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :-
1)    Memberi Nafkah Zahir Dan Batin
2)    Penjagaan dan perlindungan  yang sempurna
3)    Keselamatan yang terjamin
4)    Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang di redhai ALLAH SWT
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibubapa  dan ayah mama mertua saya. Semoga perkahwinan saya ini bersama Zinnirah  mendapat restu dan redha ALLAH SWT.”  Lagu Nasyid Saat Lafaz Sakinah Nyanyian daripada Kumpulan Far East. Lagu yang menerangkan penyerahan wali perempuan kepada menantunya dan harapan wali untuk menantu dan anaknya sentiasa dalam redha ALLAH SWT.

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



            Setelah selesai majlis penyerahan, kedua mempelai salam semua keluarga yang ada di  majlis tersebut. Sessi suai kenal antara keluarga juga turut di adakan. Tiada majlis persandingan dan pelaminan  turut serta dalam majlis mereka. Majlis mereka berlangsung di perkarangan Masjid.  Majlis mereka selesai sehingga pukul 4.00 petang. Walaupun nampak letih tetapi semuanya mampu di atasi  dengan  niat kerana ALLAH, namun kebahagian yang dirasa bagaikan nikmat yang terindah yang tidak mampu di luahkan dengan kata-kata. Bermula tanggungjawab masing-masing sebagai suami dan isteri.  Kegelisahan dan kerisauan Zinnirah makin terasa bila malam menjelma.  Tanggungjawab pertama yang akan di jalankan  sebagai isteri. Malu, risau dan takut menghantui jiwanya.  Namun mampu di selindungkan dengan senyuman indah.
            Solat Maghrib dan Isyak Zinnirah di Imami oleh Suaminya yang tercinta. SubhanALLAH, betapa syukurnya dia kepada ALLAH kerana telah menemukan dia dengan Belahan Jiwa yang memang ada ciri-ciri yang di ingini oleh Zinnirah. Suara suaminya yang merde melantunkan alunan Ayat-Ayat Suci ALLAH mampu menitiskan airmata Zinnirah betapa bersyukurnya dia kerana ALLAH telah mengurniakan dia seseorng yang sempurna untuk melengkapi kehidupannya di dunia dan akhirat.  Selepas solat isyak berjemaah, Zinnirah menghidangkan makan malam untuk suami dan ahli keluarganya. Dalam suasana makan malam, renungan suaminya kepada Zinnirah  lain macam. Renungan hanya dia yang tahu di sebalik renungan suaminya itu. Terngiang-ngiang bisikan suaminya di telinga tadi semasa sedang menyiapkan makan malam di dapur yang mana suaminya turut membantunya dalam persiapan tersebut.
            “ Sayang, lepas selesai mengemas nanti jangan lupa angkat air sembahyang dan kita solat sunat berjemaah sebelum tidur” beritahu suaminya. Zinnirah terkejut dan bertambahlah kerisauan di hatinya. Sebutan ‘sayang’ yang selama ini dia tidak pernah  dengar daripada suaminya semasa menelefon atau membalas pesanan ringkas  sama ada di wasap atau di telefon yang mana suaminya hanya memanggil dirinya dengan panggilan ‘Zinnirah’ tetapi pada malam ini panggilan tersebut telah bertukar. Semasa majlis petang tadi pun, suaminya masih menggunakan panggilan nama ‘Zinnirah’.
Berdua-duaan dalam bilik bersama suaminya hanya ALLAH yang tahu perasaanya. Saat solat Jemaah Mahgrib dan Isyak tadi jantung berdenyut kencang.  Kini dan selama mana saat nafasnya masih berhembus   dia akan tetap berkongsi bilik bersama suami tercinta. Auratnya milik suami dan aurat suaminya milik Zinnirah. Majlis pernikahan tidak pernah dirancang awal oleh Zinnirah dan Luqman. Segalanya, mereka serahkan saja kepada ALLAH SWT. Perancangan ALLAH adalah perancangan yang terindah. Segalanya berlaku selepas kepulangan Zinnirah mengerjakan Ibadah Umrah bersama keluarga.  Kedengaran suara Luqman di telinga Zinnirah sepanjang persahabatan tanpa pertemuan yang hanya di muka buku mereka bertemu hanyalah 4 kali saja. mereka tidak pernah membicarakan soal hati dan perasaan masing-masing. Dengan kekuasaanNYA, Luqmanul Hakim menyuarakan hasratnya untuk meminang dan menikahi Zinnirah dalam waktu terdekat. ALLAH berfirman “  Sesungguhnya urusanNYA apabila DIA mengkehendaki sesuatu DIA  hanya berkata  kepadanya,”Jadilah” Maka jadilah ia sesuatu itu”. (Surah Yassin Ayat 82) “ Maka Maha Suci (ALLAH) yang di tanganNYA kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNYA kamu dikembalikan” (Surah Yassin Ayat 83) Janji ALLAH segalanya di permudahkan. Yakin dan percaya padaNYA semua indah tepat pada waktu. Cinta Nurul Zinnirah dan Luqmanul Hakim bersemi kerana ALLAH. :: ALLAH yang memberi RASA, DIA juga yang menentukan segalanya. ATAS keKUASAannya, kau dan aku akan diperTEMUkan dalam RESTU Dan RahmatNYA::

Selesai solat sunat berjemaah. Nurul Zinnirah dan Suaminya, Luqmanul Hakim berbual seketika sebelum mereka tidur.

“Sayang, Alhamdulillah semua yang kita simpan  dalam relung hati selama ini telah ALLAH dengari dan mempersatukan hati abang dengan sayang dalam satu ikatan yang terbina dan perjanjian yang terpatri hari ini. Abang harap sayang terima segala kekurangan abang  untuk saling melengkapkan kesempurnaan kita sebagai hambaNYA”

“Abang, segalanya ALLAH yang lebih mengetahui  dan apa yang berlaku hari ini adalah takdirnya yang tertulis sejak azali. Abang, sayang bukan seorang insan yang sempurna dan juga bukan seorang Ustazah. Sayang, hanyalah insan biasa yang banyak kekurangannya. Sayang  menerima segalanya tentang abang dan sayang harap abang pun begitu. Segala dugaan dan rintangan yang kita hadapi, sayang harap sama-samalah kita tempuhi untuk keharmonian mahligai yang kita bina ini sehingga kita mampu menggenggam kunci ‘Syurga Firdausi’.”

“In Shaa ALLAH. Sayang! Kita ditakdirkan bersama untuk saling ingat –mengingati. Abang lupa sayang ingatkan. Sayang lupa abang ingatkan. Itulah kita sayang sebagai suami isteri. Belahan jiwa kita  yang ada keserasian dengan diri kita.  Satu matlamat satu misi  yang berkongsi jiwa dan raga dalam satu hati yang mana Hanya ALLAH tahu isinya.”

“Abang, cinta sayang pada abang tidak seindah cinta Saidatina Khadijah R.A kepada Nabi Muhammad S.A.W. Abang, sayang tiada harta untuk diinfakkan ke jalan ALLAH. Cuma, sayang ada hati yang tulus ini untukNYA dan untuk abang  yang di pilih olehNYA untuk menjadi belahan jiwa dan serpihan hati  sayang untuk menemani sayang  menuju RedhaNYA dan mengenggam kunci. Sayang hanya mampu menyokong abang untuk menjadi seorang suami dan imam yang akan bersama-sama sayang di dunia dan akhirat. Sayang ingin menjadi ‘Ketua Bidadari Syurga’abang!”

Dalam tidak kesedaran mereka hampir setengah jam mereka berbual selepas solat sunat.  Tiba –tiba, Luqman hampirkan dirinya pada Zinnirah lalu melucutkan telekong yang dipakai oleh Zinnirah. Zinnirah tergamam dan tidak menyangka tindakan suaminya itu. Zinnirah faham maksud suaminya. Dalam kegelisahan dirinya, dia turut menolong suaminya melucutkan telekongnya. Untuk malam pertama ini, setiap pengantin akan melalui debaran. Luqman menarik tangan Zinnirah dan membawa Zinnirah menuju ke katil. Bertambahlah debaran di jiwanya. Luqman memadam lampu bilik dan hanya lampu meja sisi katil saja yang terpasang. Zinnirah menyerahkan segalanya pada suaminya. Hak dia kini menjadi hak suaminya begitu jualah hak suaminya kini miliknya. Kedengaran  suara doa yang di baca oleh suaminya. “ Dengan nama ALLAH,Ya Tuhan kami jauhkanlah syaitan dari kami, dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan kenikmatan kepada kami”. Mereka terlena di buai mimpi yang indah walaupun kini mereka sedang menikmati realiti bercinta selepas nikah.Zinnirah terasa geli-geli di telinganya. Terjaga lalu melihat suaminya sedang memainkan tangannya di telinga Zinnirah.  Zinnirah rasa malu-malu dengan apa yang berlaku malam tadi sebelum mereka terlelap.

“ Assalammualaikum. Sobahul khair sayang! Bagaimana dengan keadaan hari ini?Terima kasih sayang dengan apa yang berlaku semalam”

“Waalaikumusalam. Selamat pagi abang! Alhamdulillah sihat. Sama-sama abang tapi janganlah cerita pasal semalam. Sayang malulah abang!. Abang tahu sayang tahu sudah lah kan kan”

“Erkk, tanya pun kena marah pula dah!. Janganlah malu dengan abang. Kita kan suami isteri sayang. Tiada rahsia antara kita selepas ini.  Rahsia abang rahsia sayang begitu jugalah rahsia sayang rahsia abang. Abang harap, semoga apa yang berlaku semalam ketemu hasilnya. Tidak sabar pula rasanya!. Sayang, jom ar kita mandi berdua!”

“ Ish abang nie! Kita kan baru pertama kali kan. Lagi pun ini kan kat rumah ayah. Kalau dah tinggal rumah sendiri abang nak mandi dengan sayang petang malam pun boleh. Erkkk tapi sayang malulah nak mandi dengan abang! Abang, sama-samalah kita berdoa semoga kita dikurniakan rezeki secepat mungkin untuk menimang cahaya mata. Sayang pun tak sabar juga ni nak rasa nikmat sebenar seorang wanita. Jadi anak, isteri dan ibu! Paling nak rasa, nikmat melahirkan anak”. SubhanALLAH

“ Sayang! Jangan lupa mandi wajib ye”Pesan Luqman kepada isterinya.

“Ish abang ni! Sayang tau lah”.
Dalam malu-malu Zinnirah menjawab pertanyaan suaminya. Kini, dia merasa betapi nikmat sebuah perkahwinan. perkahwinan yang di restui oleh ALLAH. Masa mandi sempat lagi Zinnirah berangan. Malu dengan kejadian yang pertama kali di rasa dan akan di rasa sehingga nafas yang terakhir nanti.  Pukul 3..30 pagi. Zinnirah dikejutkan oleh suaminya untuk menunaikan penghambaan mereka kepada ALLAH yang akan di imami oleh suaminya.  Indah sungguh kurniaan ALLAH. Sebelum ini, dia sendiri yang akan membangunkan dirinya pukul 5.00 pagi untuk melakukan penghambaannya.Selepas seminggu majlis mereka berlangsung, Zinnirah dan suaminya telah berpindah ke rumah suminya yang telah di sediakan lebih awal lagi sebelum mereka bernikah. Rumah yang di duduki nanti adalah rumah sendiri yang dibeli oleh suaminya. Perancangan ALLAH adalah yang terbaik. ALLAH menemukan dia dengan suaminya saat mereka benar-benar bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan penuh dedikasi.  Sifat Luqman yang romentik dan rajin membantu Zinnirah dalam menyelesaikan tugasan di rumah. Setiap hari di sepertiga malam, jika Zinnirah dalam keadaaan suci dia akan dibangunkan oleh suaminya dengan cara penuh keromantikkan. Telinganya di hiburkan dengan suara suaminya yang kadang-kala menyanyikan  lagu untuknya, membaca ayat-ayat puitis dan  mengeli-gelikan badannya. Ada saja idea suaminya dalam melahirkan suasana romentik.
            Luqmanul Hakim rajin membantu Zinnirah dalam melakukan tugasan di rumah. Di kala, Zinnirah sedang memasak Luqman akan mencuci pinggan mangkuk. Lipat kain baju dan sebagainya. Luqman menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W dalam melayari rumahtangganya.  Antara yang dilakukan oleh suaminya tidur satu selimut, mandi dengan Zinnirah, membantu  di dapur, minum bergantian di tempat yang sama maksudnya minum bekas air isteri dan begitu juga isterinya, membelai isterinya(Rahsia Suami Isteri). Suka tidur di pangkuan Zinnirah (jika masa yang sesuai), dan berjalan-jalan sambil berpegangan tangan.  Dalam kehidupan rumahtangga, Rasullullah SAW adalah seorang suami, bapa dan ketua keluarga. Apabila baginda berada di rumah, baginda tidak segan membantu isterinya menguruskan kerja rumah. Malah baginda selalu menguruskan  sendiri pekerjaannya.
            Al –Aswad Bin Yazid pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai apa yang biasa dilakukan Rasullullah di rumah. Aisyah menjawab,

“Baginda turut membantu pekerjaan keluarganya dan apabila datang waktu solat ,baginda segera bersolat. (HR Al-Bukhari)”

            Sheikh Sa’id Hawa menyatakan, bahawa ia adalah satu perkara yang mengagumkan. Tanpa rasa segan, Rasullullah SAW membantu kerja isterinya di rumah apabila baginda berada di rumah. Bahkan, baginda selalu menguruskan pekerjaannya sendiri dan juga kerja dalam rumahtangga. Baginda bersabda,
           
            “Bantuanmu terhadap isterimu adalah sedekah”( HR Ad-Dailami)

            Membantu pekerjaan isteri di rumah, bukan perkara yang mengaibkan bagi lelaki. Malah, ia merupakan satu kesempurnaan seorang suami yang rajin membantu isterinya . bagaiman seorang muslim menyatakan aib sedangkan baginda pun melakukannya? Demikianlah amalan yang disukai oleh baginda. Bagind tidak segan membantu isterinya sambil melakukan sendiri sesuatu yang diperlukan seperti membancuh teh atau kopi.
            Sungguh indah kehidupan Zinnirah selepas menjadi isteri kepada insan pilihan ALLAH untuknya Luqmanul Hakim. Bertemu di muka buku, itulah jodohnya.  Di pertemuan alam maya pada mulanya dia tidak menyedari tetapi atas rahmat ALLAH segala rasa yang di rasa mula terasa. Petunjuk ALLAH, dia  bermimpi 3 kali bermimpikan suaminya. Pada mulanya, ia anggap hanya mainan tidur tetapi itulah rahsia ALLAH.Mimpi yang pertama, suaminya bersama anak buahnya berada di pantai mencari gemis bersama dia. Mimpi yang kedua ialah, ibu dan kakak datang ke rumah tetapi suaminya hanya menundukkan wajah tanpa berbicara. Mimpi yang ketiga nak kata mimpi bukan tapi dalam keadaan nak bangun pagi lebih pukul 4.30  pagi, nama suaminya terlayar di ruang mata. Apa-apapun semuanya adalah rahsia ALLAH. Romentik suaminya terserlah selepas hidup bersama dengannya. Di kenali di muka buku yang pada mulanya nampak macam tiada perasaan, seorang yang kelakar dan pandai menyesuaikan keadaan.  Kepelikkan pun ada juga. Alhamdulillah, pada mulanya sukar juga Zinnirah memahami dan salami. Dengan keikhlasan hati, ingin menyelami suaminya ALLAH permudahkan segalanya. Kalau jodoh tidak akan kemana jalannya, tetap kembali pada tulang bengkok. Tulang rusuk dan tulang bengkok yang sama tidak akan bertukar dengan yang lain.


Permata Untuk Isteri

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang


Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

            Lagu yang dinyanyikan oleh suaminya, semasa ulang tahun kelahiran yang di sambut selepas seminggu tarikh pernikahan mereka. Lagu Kumpulan Kopratasa  yang bertajuk Permata Untuk Isteri.  Tarikh sebenar tarikh kelahiran ialah masa majlis pernikahan mereka. Suaminya menyanyikan lagu smbil di iringi dengan petikkan gitar. Merdu sungguh suara suaminya. Sambutan hari lahirnya yang  hanya di sambut di rumah.

“ Terima kasih abang! Abang, malam ini sayang rasa gembira sangat. Pertama kali dapat dengau suara abang menyanyikan lagu tu! Lagu kesukaan sayang, dulu selalu dengau dan berangankan yang suami sayang akan nyanyikan untuk sayang. Malam ini impian sayang jadi kenyataan. Abang, saya tidak mampu menjadi isteri seperti  Saidatina Khadijah RA mencintai Rasullullah tetapi sayang ingin jadikan cinta Saidatina sebagai teladan untuk sayang mencintai abang. Sayang tidak mahu berjanji apa-apa, cuma  sayang berharap kita sama-sama berdoa agar mahligai yang terbina ini berterusan hingga ‘Jannah’. Cita-cita sayang ingin menjadi ‘Ketua Bidadari Syurga’ untuk abang”

“Sama-sama sayang!. Abang tidak mampu menyediakan yang mahal-mahal untuk sayang. Hanya ini je yang abang mampu. Hadiah yang selalu abang bagi dan tidak pernah lupa sepanjang kita hidup bersama ialah  sayang sendiri tahukan apa maksud abang. Abang nak sayang lahirkan ramai anak untuk abang. Memulakan pemprosesannya setiap hari” Senyuman indah Luqman terukir untuk isterinya.


            Selepas menjadi isteri, Zinnirah tidak bekerja. Dia mahu tumpukan sepenuh perhatiannya kepada suami dan anak-anak yang akan di lahirkan nanti. Dia ingin menjadi seorang isteri yang terbaik  dan seorang ibu yang penyayang untuk cahaya matanya.  Kepergian suaminya  untuk bekerja, mereka ibarat masih di alam persahabatan yang mana mereka tidak lekang daripada telefon iaitu mendengar suara masing-masing kala rindu atau saling  membalas pesanan. Rindu dan kasih semakin utuh dari sehari ke sehari. Senyuman suaminya sentiasa bermain di layar ingatan kala berjauhan dengan suaminya. Usikan mesra dan gurauan sentiasa  Zinnirah terkenang-kenang.  Sinaran pancaran sinar kasih sayang, bercinta selepas nikah memang indah dan semoga ianya kekal hingga ‘Jannah’. Rutin harian kini lebih teratur. Setiap 4.30 pagi dan kadang-kala terlajak juga dirinya akan dikejutkan oleh suaminya atau dia yang akan mengejutkan suaminya untuk menyucikan diri dalam melaksanakan penghambaan mereka kepada ALLAH. Selepas selesai soalat subuh, dia dan suaminya akan bersama-sama ke dapur menyediakan masakan untuk suaminya. Sarapan pagi dan makan tengahari. Dia membekalkan suaminya dengan bekalan makan tengahari. Bukan saja menjimatkan perbelanjaan mereka  tetapi lebih mengeratkan lagi kasih sayang mereka suami isteri. Zinnirah tidak seperti Saidatina Khadijah RA yang sanggup mendaki gua Hira’ untuk menghantar bekalan kepada Rasullullah. Dia hanya mampu menyediakan bekalan dan tidak menghantarkan bekalan itu untuk suaminya. Dia akan cuba mencontohi Saidatina Khadijah selagi mana dia termampu untuk kebahagian suami yang tercinta. Mengikat kasih sayang suaminya dengan ketulusan hatinya berbakti kerana ALLAH SWT. Dalam melayari rumahtangga banyak dugaan. Atas keyakinan , kepercayaan dan keimanan diri kita pada ALLAH segalanya akan di permudahkan.  Setiap kali Zinnirah ingin bersama dengan suaminya, dia pastikan dirinya dan suami menunaikan solat sunat dan wudhu masih ada di badan mereka agar memastikan kebahagian rumahtangga berkekalan dan agar cahaya mata yang mereka perolehi adalah cahaya mata yang Soleh dan Solehah. Coraklah sebuah mahligai yang indah di dunia bersyariat Islam yang berbekalkan Iman Dan Taqwa kita kepada ALLAH. Pelajari Ilmu Rumahtangga terlebih dulu dan selamilah ilmunya itu agar cinta yang terbina antara kita dan dia mencorakkan tema ‘Kerana ALLAH’. Hidupkan pembelajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi dalam rumahtangga, In Shaa ALLAH bahagia milik kita. Terapkan pelajaran anak-anak berteraskan Al-Quran  dan Sunnah. Ingat! Permulaan pendidikan anak-anak bermula daripada ibubapa terutama Ibu. Ibu merupakan permulaan Madrasah pendidikan untuk anak. Ibu yang akan memulakan didikan anak-anak daripada rahimnya.  Pentingnya peranan seorang ibu dalam mendidik anak-anak. Segala percakapan dan tingkah laku ibu adalah permulaan didikan untuk anak yang dalam kandungannya.  ALLAH meletakkan tanggungjawab permulaan pada seorang wanita kerana kasih sayang dan sentuhan ajaib mereka.  Syurga seorang anak terletak di bawah tapak kaki ibunya. Seorang wanita mudah masuk Syurga dan mudah juga terjunam di Neraka. “Seorang isteri yang taat pada ALLAH dan suaminya, pilihlah mana-mana pintu syurga yang di kehendaki”. Cintaku Tidak Seindah Cinta Saidatina Siti Khadijah ini semoga  menjadi iktibar dan teladan untuk anda. Semoga terhibur! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi : Tautan KASIH KeranaNYA

:: Tautan KASIH KeranaNYA::
Cinta KeranaNYA
DIA yang menyemai rasa
DIA yang membaja rasa
RINDU, KASIH dan SAYANG keranaNYA
Kita berKONGSI rasa
Itu FITRAH kita sebagai hambaNYA
INDAHnya KASIH berSULAMkan 'IMAN'
LEMBUTnya SAYANG berSUTERAkan 'TAQWA'
Tidak sesekali meLATAH!!
Tidak sesekali terPEDAYA!!
"NAFSU DURJANA' kita tawani
'IMAN Dan TAQWA' mengetuai KASIH kita
AMAL dan DOA kita TITIPkan kepadaNYA
MeREALISASIkan HARAPan Seluruh JIWA kepadaNYA
Hati berbicara, kaulah pendamping halalku!!
Biarpun sepi, perGANTUNGan HARAPan hanya pada ALLAH SWT
Hatimu, milikNYA
Jiwamu, milikNYA
Maka, kepadaNYA aku memohon
Meskipun tiada luahan 'Sayang'
Walaupun tiada kata 'Rindu' diperdengarkan
Namun, Hanya DIA yang mengetahui segalanya
KeYAKINan kepadaNYA
Segalanya INDAH tepat pada WAKTUnya
Saling merindukan keranaNYA
Itulah NIKMAT, berKASIH keranaNYA

Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi : Akulah Gadis Desa Itu!

:: Akulah Gadis Desa Itu!::
Hidup bersederhana
Tiada Harta
Alhamdulillah, rupa seindah ciptaanNYA
IMPIkan 'SYURGA' penempatan terAKHIR
Menjadi WANITA SOLEHAH itulah cita-cita
TerKAYA dengan IMAN Dan TAQWA
Merangkul GELARAN 'BIDADARI SYURGA'
Bersemayam INDAH bersama CintaNYA
Bukan fantasi tapi REALITI
BerkeYAKINan sepenuh hati kepadaNYA
Kunci Utama, menuju Destinasi Abadi!
Bicara Alam, ada RahsiaNYA
Berpegang pada SATU!!
'TALI ALLAH',Jangan dilepaskan
HIDAYAH milikNYA
Diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA
Diberi peluang, jangan disia-siakan
'AD DIN' seTULUS HATI
JanjiNYA Pasti!!
Pancaran "MATAHATI' pembuka laluan
Menuju singgahsana kekal abadi
Siapakah kita disana nanti? Hanya DIA yang mengetahuinya
BerUSAHA selagi berpeluang
Selagi NAFAS mampu berhembus
RAIHlah CintaNYA seTULUS HATI!
Setiap langkahan di Atas Bumi
Langkahlah bersama langkahan لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
Kunci SYURGA akan kuGENGGAMi
Ya ALLAH!
Aku ingin pandangan terakhirku KAABAH
Ciuman terakhirku berakhir di SEJADAH
Ucapan terakhirku
لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
Dengan Terang Dan Jelas
Terakhir disini ,"Akulah Gadis Desa itu!"
Disana menanti, "Akulah Bidadari SyurgaMU!"
Aamiin..Ya Rabbal Alamin
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS