Welcome

RSS

CERPEN 10 : IMAMKU KASIHKU

CERPEN : IMAMKU KASIHKU
PENULIS: NURULIZZA HJ AB KARIM

Hujan renyai-renyai di pagi sayyidul ayyam yang indah menemani perjalanan Malaeka menuju ke destinasi  kerja.  Di pagi yang dingin, hati yang penuh syahdu fikiran melayang seketika memikir sesuatu yang sukar diluahkan. Biar pun diadukan kepada sesiapa tidak ada sapa yang mengerti apa yang diingini oleh Malaeka kecuali Allah Swt yang lebih mengetahui. Hanya DIA tempat memohon hajat dan hanya DIA yang memahami  apa yang terbaik buat hambaNya. Kehidupan hanya ada keluarga tersayang dan sahabat handai tetapi masih belum mempunyai teman istimewa yang bertakhta dihati. Bukan tiada keinginan untuk dicintai atau mencintai. Malaeka menyerahkan segalanya pada yang Maha Kuasa.  Rupanya ada tetapi masih belum bertemu imamnya. Jodoh, ajal maut dan rezeki telah ditentukan olehNya sejak di Luh Mahfuz lagi. Percaya pada takdirNya, In Sha Allah pasti dipermudahkan. Tidak bertemu didunia mungkin pertemuan nanti dirancang oleh Allah di akhirat nanti. Kadang –kala bercinta sakan pun tak semestinya berjodoh, tidak pernah berjumpa atau marah-marah di pertemuan pertama itu kadang-kala jodoh yang Allah telah takdirkan untuk kita semua. ::Segalanya kuserahkan padaMu andai dia kau ciptakan untukku permudahkanlah urusan kami jika sebaliknya keredhaan dan rahmatMu kupohoni::Yang pastinya setiap makhluk yang Allah ciptakan  itu berpasangan. Tunggu dan tunggu.

Calon Imamku!!
Aku tidak menyapamu bukan kerana aku sombong
Aku tidak menghiraukanmu bukan kerana aku membenci
Aku menjauhimu tidak bermakna aku tidak merindukanmu
Walaupun aku jauh tapi kau selalu ada dalam doaku

Calon Imamku!!
Kumenjauh sebab kita belum dipertemukan lagi
Kelak sampai saatnya yang dijanjikan pasti kuakan hadir
Kita saling dekat dalam setiap isthikarah yang kita lakukan
Kita saling doa-mendoai antara satu sama lain

Calon Imamku!!
Janganlah risau akan diriku disini
Kusentiasa menanti hadirnya dirimu
Seluasnya kasih dan sedalamnya ketulusan akan kubuktikan
Saat kau melafazkan "sakinah" itulah tandanya

Calon Imamku!!
Kita sentiasa dekat melalui Allah
Kita bersatu atas ketentuanNya jua
Janganlah gundah, kita ada DIA tempat untuk mengadu
Kerana Allah pemilik hatiku dan hatimu
Semoga kita akan membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan wa rahmah
Aamiin Ya Rabbal Alamin

Teruskan berdoa, kerana doa adalah kekuatan kita sebagai hambaNya membuktikkan kekedilannya kita didepan Allah swt yang mana memerlukan diriNya untuk menyempurnakan hidup kita sebagai khalifah dimuka bumi ini.Pada suatu hari tanpa dirancang dan diduga, pertemuan abang kandung Malaeka iaitu Mohsin dengan kenalan lamanya Badri  yang hampir lima tahun tidak bertemu kini mereka bertemu di  Starbuck  selepas Mohsin menghadiri satu mesyuarat penting syarikatnya bersama pelanggan.

“Assalammualaikum, hai Bad apa khabar? Lama tak dengar cerita kau.Kerja mana sekarang?” Mohsin dengan perasaan terujanya melihat sahabat baiknya  yang lama terpisah kini tanpa disangka bertemu kembali. Wajah terperanjat Mohsin kelihatan. Mereka bersalaman antara satu sama lain sambil mencium pipi tanda kasihnya seorang sahabat kepada sahabatnya. Mereka  saling mengenali sejak dibangku sekolah menengah lagi sehingga mereka sambung belajar di menara gading.

“Wasalam, hai Sin. Tak sangka juga kita boleh bertemu disini ye. Selepas kita sama-sama menamatkan ijazah kita di Universiti dulu kan masing-masing sibuk dengan kerjaya. Aku macam biasalah lah Sin kerja dengan ayah aku. Siapa lagilah kan dia nak harap uruskan perniagaan dia kalau bukan aku yang anak tunggal dia ini”.

Senyum simpul terukir diwajah Badri. Badri ini wajahnya boleh tahan. Kulitnya putih bercermin mata.  Selepas pertemuan itu, mereka bertukar nombor telefon dan hubungan mereka kembali erat seperti dulu. Umur Badri 34 tahun tetapi masih bujang. Terlintas difikiran Mohsin ingin cuba-cuba menjodohkan sahabat baiknya itu dengan adik perempuanya yang juga solo sehingga hari ini walaupun usia sudah menjangkau 31 tahun. ::Cintaku hanya melalui hati yang berbicara bukan bibir yang mengungkapkan, jika hati kau dan hatiku bersatu mungkin kau turut merasakan apa yang aku rasakan kerna kita berkongsi satu rasa yang sama yang mana hati kita tidak pernah menipu daripada bibir yang selalu berdusta:: Sepatutnya dengan umur sebaya adiknya harusnya sudah mempunyai keluarga sendiri. Adiknya tidak memilih rupa atau harta tapi Allah belum menemukannya dengan seorang imam yang sesuai untuk membimbing satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

“Malaeka, sini sekejap! Abang ada perkara nak bincang dengan awak malam ini. Abang harap awak sudi temankan abang malam ini. Lagipun kita dah lama tak berborak kosong. Asyik-asyik kita terlalu sibuk dengan urusan masing-masing walaupun kita duduk serumah”.Mohsin memulakan langkah untuk berbual dengan adiknya pada malam itu. Kesempatan yang ada digunakan dengan sebaik mungkin. Mana lah tahu kalau niat baiknya ini dimakbulkan oleh Allah swt. Malaeka menghampiri abangnya.

“Eka ada je abang!. Abang tu yang sibuk sangat dengan kerja. Abang panggil Eka ni mesti ada sebab kan. Tengok dari riak muka abang pun Eka dah tahu. Kalau tak ada hal penting tak adalah wajah abang tu nampak ketara keterujaannya”. Mohsin tersenyum. Apa yang dikata adiknya tepat sekali. Seolah-olah adiknya dapat membaca buah fikirannya. ::Gerakan Al Qalb itu kadang-kala benar kadang-kala sebaliknya. Tidak semua orang dianugerahkanNya. Jika dikurniakan itulah kelebihan diri kita ::

“ Eka dah mempunyai teman istimewa?”

“Napa abang tanya soalan itu pada Eka malam ini?”

“Tak ada lah ,sepanjang abang  tinggal dan masih hidup hari ini abang tak pernah lihat Eka bawa mana-mana lelaki jumpa ayah dan mama atau keluar dengan mana-mana keturunan Adam  yang abang perhatikanlah”.

Malaeka malu-malu sambil tersenyum. Terserlah lesung pipitnya yang dalam dikedua-kedua belah pipinya yang putih melepak. “Abang ni dah tak ada kerja lain lah tu asyik memerhatikan Eka saja. Abang ni pun satu macam mana abang nak lihat adik abang ni seperti yang abang katakan itu, sebab adik abang ni setakat hari ini tak ada sapa yang sudi nak jadikan Eka ni makmum mereka”. Dengan nada selorohnya Eka menjawab pertanyaan abangnya itu.

“Kalau macam itu kata awak, abang ada  satu cadangan yang yang abang nak cadangkan pada Eka ini. Sahabat abang  yang namanya Badri Fathul Hakimi  hari tu masa abang jumpa dia dekat Starbuck pun belum ada teman istimewa dan dia sarankan abang mencari makmumnya.  Dia kata dia tak kisah siapa pun janji orang yang abang sarankan itu  ada keimanan didada dan yang penting ikhlas menerima dia seadanya kerana Allah. Kalau Eka tak keberatanlah kan, abang ingin sarankan awak tu sebagai pilihan abang. Lagipun Badri ini pun baik orangnya. Abang dah kenal lama  dengannya”. Begitu semangatnya Mohsin mempromosikan sahabatnya itu kepada adiknya.

“Ish ish abang ini, ada pula Eka yang abang jadikan calon pilihan ya untuk dijadikan makmun sahabat abang tu?”

“Ala adik ni. Setakat ni yang abang nampak awaklah pasangan yang sesuai. Lagipun awak tu tak ada sapa lagi kan yang nak dijadikan calon imam. Sesuailah tu. Badri tu pun solo, tambahan awak bukannya tidak kenal dia. Dulukan masa abang masih belajar kat Universiti, Badri kan selalu datang rumah kita menginap dan awak pun kenal dia. Pernah bermesra. Pada pandangan abang tak jadi masalah rasanya”.

“Memang tak jadi masalah abang. Itu kami bermesra masa zaman hingusan lagi. Sekarang ni kami dah sama-sama dewasa pun abang”.

“Sama-sama dewasalah tu, abang nak awak tu dijodohkan dengan dia jika itu takdirNya. Abang rasa Badri tu sesuai untuk awak. Abang kenal Badri sebab tu abang sarankan pada awak”.

“Abang, jodoh pertemuan ajal maut itu ditanganNya.Jika Eka tercipta untuknya, Eka  terima segalanya. Hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba yang hina seperti Eka ini. Jika abang rasa dia sesuai  menjadi imam Eka dan juga adik ipar abang, abang aturkan saja pertemuan kami nanti”. Eka menerima saja apa yang terbaik untuk dirinya. Lagipun Badri itu boleh tahan orannya. Tampan dan warak orangnya. Memang sesuai menjadi imam kepada gadis seperti Nur Malaeka Jannahtul Iman.

Selepas mereka berborak adik beradik, selang seminggu daripada perbincangan mereka Eka dan abangnya tidak lagi membicarakan hal itu. Mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Malah mereka jarang bertemu  walaupun duduk dalam satu rumah. ::Kusentiasa menyayangimu dalam sujudku dan merinduimu dalam doaku agar kau bisa merasakan kasih dan sayangku hanya untukmu:: Selepas kejadian itu juga, Eka kerap melakukan solat isthikarah untuk minta petunjuk daripada yang Maha Esa. Malah dia juga  kerap mendengar lagu kegemarannya iaitu Untukmu Imamku yang dinyanyikan oleh penyanyi muslimah daripada Indonesia iaitu Oki Setiana Dewi.

Terlintas tanya hati
Siapakah yang akan mengisi
Hari-hariku nan penuh cinta
Yang akan membawa kesyurga

Dia yang mencintaiku
Dan semua kekurangkanku
Dia akan membimbingku didunia
Menuju cinta yang kuasa

Untukmu Imamku
Kuserahkan segala cintaku
Cinta yang akan menuntunku
Mengapai cintaNya bersama denganmu

Untukmu Imamku
Kuberikan kesetiaanku
Berdua memadu janji satu
Sambut cintaku hanya untukmu

Bait-bait indah lagu Oki Setiana Dewi ini merupakan bait yang indah kalau dihayati oleh semua wanita seperti Nur Malaeka Jannahtul Iman. Jiwa keawan-awangan apabila mendengar lagu ini. Seolah-olah Malaeka berangankan Imamnya. Malam-malamnya juga kadang-kala berangankan Putera Impian mendampingi dirinya dan memberikan kasih sayang sepenuhnya dengan keikhlasan kerana Allah. Malaeka akan menghambakan dirinya dengan kerelaan hatinya kerana Allah untuk menuju syurga bersama Imamnya dan melayari bahtera kehidupan sebagai suami isteri yang diredhai oleh Allah. :: Imamku!! kutahu kau ada. Kau menanti hadirnya makmummu, menyapa hatimu lalu kau mengajaknya bersama-sama memakmumkan solat yang diimamkan olehmu untuk bersama mengapai syurgaNya::  Begitu besar angan-angannya. Sehingga kini masih menunggu dan menunggu imamnya untuk mengimamkan solatnya dan dia sebagai makmum. ::"Imamku" hadirmu kutunggu dalam kesabaran.Kukasih akan kekurangan dan kelebihanmu untuk kita terus menikmati kasihNya:: Doanya tidak pernah diputuskan untuk dia terus bertemu dengan imamnya satu hari nanti yang telah direncanakan olehNya. Dalam masa yang sama juga. Nur Malaeka Jannahtul Iman telah pun berhubung dengan Badri Fathul Hakimi melalui telefon. ::"Bakal imamku" kutunggu hadirmu menyapa kasihku lalu menuntun aku ke syurgaNya mengabdikan diri hanya untukNya dan dirimu:: Mereka nampak ada keserasian walaupun masing-masing mempunyai sifat malu.  Setakat ini mereka hanya menjalankan sesi suai kenal itu pun melalui telefon sebagai alat perhubungan. Mereka dekat tetapi jauh. Mereka tidak pernah keluar sama seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.  Mereka menyerahkan segalanya kepada Allah yang Maha Esa untuk mentadbir kehidupan mereka dan hanya DIA yang berhak menentukkan segalanya. Jika ditakdirkan mereka menjadi pasangan suami isteri yang sah, mereka akan saling cinta-mencintai selepas Nur Malaeka Jannahtul Iman jadi pasangan yang halal kepada Badri Fathul Hakimi. Itu janji mereka berdua. Jika sebaliknya, perancangan yang telah ditetapkan olehNya  mereka tetap berkawan  dan redha atas ketentuanNya.

“Assalammualaikum Sin. Bila kau ada masa ye untuk kita bertemu?”


“Waalaikumusalam Bad. Aku bila-bila masa saja. Napa? Ini kalau tak ada hal mustahak yang nak dibincangkan, jangan haraplah kau nak jumpa aku kan. Kau tu sekarang sibuk memanjang je. Bila kau nak jumpa aku ni?” Kegirangan Sin dapat dirasai oleh Bad melalui nada suara yang didengarinya.

“Kau ni Sin macam bomoh pulakan tahu-tahu je aku nak jumpa kau ada sebab. Kalau  boleh  petang ini aku nak jumpa kau tempat biasa ye. Waktu lunch tau. Boleh aku belanja kau makan sekali”.

“Ok. Tunggu aku tau! Selepas mesyuarat nanti aku datang” Balas Mohsin.

Selepas menelefon Badri sahabatnya itu merangkap bakal abang iparnya nanti, dia berangan seketika. Dalam tidak kesedarannya, hatinya mula terbuka untuk terus berhubung dengan  Nur Malaeka Jannahtul Iman. Gelak ketawa, gurauan mesra mereka tetap nampak serasi walaupun belum ada pertemuan antara matanya dengan mata Malaeka. Hari-hari yang dilalui indah bagaikan dunia miliknya. Sukar dilafaz dengan kata-kata. ::Cintaku bersemi dihatimu bukan dibibirmu yang selalu mengungkapkan "aku rindu padamu,aku cintakan dirimu" hanya sedap didengari dijiwa tetapi hati tersakiti. Pendustaan kata tidak mampu menangani hati yang berbicara. Hanya merasakannya dan bukan sering didendangkannya:: Sepanjang perkenalan dan perhubungan dia dengan Malaeka tidak pernah sesekali dia atau dipihak sebelah meluahkan kata-kata sayang, cinta  atau rindu. Mereka hanya berbual biasa dan menceritakan perkembangan diri masing-masing. Badri merancang struktur-struktur ayat yang akan dia luahkan dihadapan sahabatnya itu melamar adik sahabatnya sebagai makmumnya.

“Sin, apa pandangan kau kalau aku jadi adik ipar kau?”

“Bad, aku terima seadanya kalau itu yang telah dijanjikan olehNya. Aku manusia Bad. Aku tidak berhak menentukannya. Lagipun aku yang menyarankan adik aku kepada kau. Itu hak kau untuk menentukan sepenuhnya kehidupan kau. Kalau kau sudi menerima adik aku sebagai makmum kau, aku selaku abangnya lagi lah setuju. Janji kau ikhlas menyayangi adik aku tu. Kau dah berbincang ke dengan dia?”


“Aku belum cakap apa-apa lagi tentang perkara ini kepada dia. Aku malu lah Sin. Walaupun aku selalu hubunginya boleh dikatakan setiap hari sehingga 6 jam kami bergayut  tapi tidak pernah terluah hasrat aku ini. Ini yang aku nak minta pandangan kau terlebih dulu. Jika kau setuju, selepas ini aku akan bagi tahu dia”.

“Kau biar betul! Aku ingatkan kau dah utarakan usul ni kepadanya. Kau dan dia kalau berbual tak akan tak pernah selitkan soal hati dan perasaan korang? Bergayut sampai pukul 5.00 pagi, tapi kosong. Nak tergelak aku rasa. Mungkin ini cara korang menyemai kasih dalam diam”

Selepas pertemuan itu, Mohsin memberitahu hal ini kepada yang empunya diri. Malaeka dalam diam juga menyemai rasa yang sama seperti bakal imamnya juga.  Seminya kasih mereka walaupun tiada pertemuan, benih cinta tetap mekar mewangi dihati masing-masing. Tanpa luahan antara mereka, kasih tetap tumbuh melalui gerakkan hati yang berbicara. Niat Badri Fathul  juga telah disuarakan kepada kedua ibubapanya, bakal ayah dan mama mertuanya dan tak lupa juga bakal calon makmunnya yang semakin bertakhta dihatinya dan semakin hari semakin mekarnya kasih mereka bersulamkan cinta kerna Allah. Badrul dan Malaeka hanya bertemu sekali saja itu pun  kerana  ingin menghadiri Kursus Pra Perkahwinan yang akan dihadiri dan wajib kepada semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan.

“ Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Pra Perkahwinan kita. Abang harap lepas ini kita praktikkan apa yang kita perolehi  daripada kursus yang kita ikuti ini. Abang tak menjanjikan kekayaan dan kesenangan untuk Malaeka tetapi apa yang abang ingin lakukan  ingin menjadi  imammu didunia dan akhirat dan mampu membimbing diri Eka ke jannahNya. In Sha Allah. Itu janji abang kepada Eka”.

“Abang, Eka tak minta kesenangan atau kekayaan abang. Cukuplah  diri abang yang Allah kurniakan kepada Eka untuk terus membimbing Eka ke jannahNya. Menyayangi Eka bukan kerana rupa atau harta. Cukuplah keikhlasan abang menerima Eka kerana Allah.  Mencintai Eka setulus hati abang dan juga kerana Allah”.

“Eka, ini adalah pertemuan pertama dan terakhir kita sebelum kita bergelar suami dan isteri.  Lagi sebulan daripada tarikh ini kita akan bersatu dalam satu kalimah dan akan didengari oleh semua orang dan janji yang akan abang lafazkan  dihadapan ayah Eka nanti. Abang harap Eka sabar menanti saat itu”.

Selepas pertemuan pertama dan terakhir mereka sebelum bergelar suami isteri , hidup kedua bakal mempelai saling merindu antara satu sama lain. Hanya telefon sekali lagi sebagai alat perhubungan mereka.  Eka teruskan kehidupan dan dalam masa yang sama menghitung hari untuk disatukan dengan imamnya.


::Menanti Sakinahmu::

Sayang!!
Kucuba memahamimu
Kuterus menyayangimu
Mencintaimu setulus hatiku

Sayang!!
Dalam diam ada rindu
Dalam diam ada sendu
Dalam terang ada pilu

Sayang!!
Lafaz "sayang" tidak kedengaran
Lafaz "rindu" tidak diluahkan
Tapi ianya tetap dalam ingatan

Sayang!!
Walaupun kita dekat
Tapi kita tidak terikat
Jiwa kita mendekat, hati kita terpikat

Sayang!!
Kuterima dirimu seadanya
Kekuranganku adalah kesempurnaanmu
Kesempurnaanku adalah kekuranganmu

Sayang!!
Mencintaimu adalah anugerahNya
Menyayangimu dalam mencari redhaNya
Andai ditakdirkan kita tetap bersama

Sayang!!
Cinta kita mungkin berbeza
Tiada pertemuan tapi saling menyinta
"Lafaz Sakinah" itulah tandanya

Bila ilham datang menjengah jiwa dimana saat kerinduan dihati mula menyapa jasadnya, tanpa disedari dia akan menari-narikan jari-jemarinya untuk terus meluahkan apa yang terpendam dihatinya melalui puisi yang terhasil. ::Tidak tersentuh jasad namun menyapamu dalam doa, seperti mentari yang jauh tetap menyinari bunga lalu ianya tetap tumbuh mekar penyeri alam:: Makin hari makin dekat debaran yang dirasai oleh mereka. ::Kulabuhkan rinduku melaluiNya,daripadaNya kau akan melayari rinduku disaat hatimu mula berbicara:: Badri Fathul Hakimi juga macam dilanda keangauan dijiwa kerana mereka ditegah untuk tidak memperdengarkan alunan suara masing-masing untuk menambahkan lagi kerinduan dan kecintaan bakal mempelai itu.   Mereka hanya  dibenarkan bersms  saja sepanjang dua minggu sebelum majlis mereka berlangsung.

“Assalammualaikum Eka. Eka apa khabar? Bagaimana dengan persiapan majlis kita disana?”Sms yang dikirimkan oleh Badri kepada bakal makmumnya.

“Wasalam abang. Alhamdulillah sihat seadanya. Menjelang dua minggu lagi hari pernikahan kita nanti banyak juga persiapan yang telah Eka dan keluarga siapkan”Kiriman Badri dibalas oleh Malaeka

:: Terbanglah bersama rindu yang mengebu agar kau bisa merasakan keasyikkan mencintaiku,dalam Al-Qalbmu hanya namaku yang terpahat disitu.Badri Fathul Hakimi tersenyum membaca kiriman sms yang dihantar oleh bakal makmumnya itu. Hanya Allah yang tahu betapa cinta dan kasihnya dia kepada Nur Malaeka Jannahtul Iman walaupun pertemuan ini hanya sekali tetapi Allah hadirkan Malaeka sebagai bidadari untuk mendampinginya. Hari yang dinanti telah pun tiba. Pejam celik hari ini tiba lah saatnya hari penyatuan dua insan menyatu dalam satu majlis yang sederhana yang dihadiri oleh saudara-mara dan rakan taulan. Badri Fathul Hakimi berasa berdebar-debar  menanti saat ucapan ijab dan qabul berlangsung selepas asar nanti. Begitu besarnya harapan yang diharap oleh Nur Malaeka Jannahtul Iman  melalui sms puisi yang dikirimkan olehnya kepada bakal imamnya.

:: Imamku Kasihku::

Imamku
Kasihku hanya untukmu
Cintaku hanya kau yang tahu
Rinduku hanya untukmu Imamku

Imamku
Aku ingin menjadi penyejuk hatimu
Penajam fikiran kala pilumu
Kau buntu, akulah penunjuk jalanmu

Imamku
Ketika kuterlupa,kaulah pengingatku
Ketika kumenangis kaulah tawaku
Ketika kugelisah kaulah penghiburku

Imamku
Pertemuan kita, rencanaNya
Menyatukan kasih kita, takdirNya
Tiada kata yang ingin dikata
Kasihlah aku keranaNya



Imamku
Suka dan duka kita kongsi bersama
Silapmu silapku,itulah bahagia kita
Tangis dan tawa kita yang rasa
Hanya kau dan aku yang tahu segalanya

Imamku
Kau insan teristimewa
Dulu,kini dan selamanya
Kuterima segalanya
Kuharap kita saling cinta dalam mencari redhaNya...

“ Assalammualaikum Eka. Abang rasa takut pula,maklumlah  petang ini kita akan disatukan. Abang jadi imammu dan dirimu makmum abang yang sah. Setelah membaca Eka punya puisi tadi hati abang tetiba menangis  tanpa suara. Mungkin tangisan tanda kegembiraan selama 34 tahun abang hidup hari ini baru abang dipertemukan dengan pendamping halal abang”

“Waalaikummusalam abang. Hai dah nak jadi hak abang pun sempat lagi ya hantar sms dekat Eka. Abang,terima kasih sebab sudi memilih Eka yang tak seberapa ini untuk jadi pendamping abang dunia dan akhirat”.

Eka membalas sms yang diterima olehnya daripada Badri  sambil tersenyum dihadapan cermin soleknya. Tema majlis kahwinnya ialah warna pink purple. Baju nikah sedondon yang dipakai oleh mereka ialah warna pink kesukaan Eka. Menyerlahkan lagi  keayuaan Nur Malaeka Jannahtul Iman pada hari yang penuh sejarah itu.  Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah Eka.

“Badri Fathul Hakimi Bin Syukri. Saya nikahkah dikau dengan Puteriku Nur Malaeka Jannahtul Iman Bin Malek dengan mas kahwinnya sebanyak RM250 tunai”.

“Saya terima nikahnya Nur Malaeka Jannahtul Iman Bin Malek dengan mas kahwinnya sebanyak RM250  tunai“.

 Dengan sekali lafaz saja Nur  Malaeka Jannahtul Iman telah menjadi milik sah kepada seorang suami yang bernama Badri Fathul Hakimi Bin Syukri dan sekaligus sudah bertukar status daripada Cik kepada Puan. Airmata Malaeka mengalir saat ucapan ijab dan qabul diperdengarkan sebentar tadi. Dalam usia menjangkau 31 tahun baru dia betemu dengan imamnya. Rupanya imamnya dekat saja selama ini, cuma tidak ditakdirkan bertemu lagi. Inilah perancangan Allah yang kita tidak tahu.Sahabat kepada abangnya  Mohsin itulah imam dan kasihnya.Sebelum acara pembatalan air sembahyang  dilakukan. Badri solat sunat syukur 2 rakaat sebagai tanda kesyukurannya kepada Allah yang mana selama ini doa yang diminta oleh mereka dengan senang dipermudahkan oleh Allah swt. Selesai saja solat, Badri menghampiri Malaeka untuk upacara pembatallan air sembahnyang. Malaeka menyalami suaminya. Badri menyarung seutas rantai di leher  dan jam tangan dipakaikan olehnya di tangan kanan isteri tercinta. Badri mengucup dahi isteri tercinta  buat kali pertamanya.  Semasa acara salam menyalam mereka, Badri dapat merasakan kesejukkan suhu tangan isterinya dan juga terdengar debaran jantung isterinya berdenyut dengan lajunya. Ini kerana ,ini adalah kali pertama mereka bersentuhan selepas mereka menjadi halal antara satu sama lain. :: Sentuhan halalku hanya untuk “malaekaku”::  Selepas itu pengantin diarah untuk  salam-menyalami keluarga kedua belah pihak tanda  memohon restu perhubungan.  Acara pada malamnya, majlis malam berinai diadakan dan pada hari esok majlis bersanding pula diadakan. Walaupun penat dengan majlis walimatulurus mereka, mereka tetap mengukirkan senyuman yang menawan untuk para tetamu yang hadir pada hari itu. Senyuman terus terukir dihati masing-masing,  saat bahagia kini telah pun mereka rasai.

Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh pasangan yang sudah bergelar suami isteri.Dimalam yang dingin, setelah selesainya tugasan pengemasan semula majlis dilakukan dari petang sehingga menjelang maghrib tiba.Jantung Malaeka berdenyut kencang , hatinya sering berkata-kata. Darah gemuruhnya mula menghuni jiwa. Menggigil badan mula dirasai. Perasaan malunya mula menyinggah dijiwa yang tidak keruan bermula dari semalam semasa majlis ijab dan kabulnya. Kini apa yang dirasai semalam makin kencang. Dia melihat suaminya masih  rancak berbual bersama sepupunya yang baru dikenali. Malaeka mengambil keputusan untuk memasuki bilik pengantinnya yang akan dikongsi bersama suami tercinta. Malaeka menyiapkan baju,kain dan tuala untuk  suaminya dan diletakkan diatas katil cadar warna pinknya. Sebelum suaminya memasuki bilik lebih baik dia menyiapkan dirinya untuk persediaan solat  maghrib dan isyak  pertamanya yang akan diimamkan sendiri oleh suaminya.  Beberapa minit kemudian  selepas itu, suaminya melihat pakaiannya telah pun berada diatas katil mereka. Badri pasti isterinya yang telah menyiapkan segala kelengkapan untuk mereka solat berjemaah. Malaeka keluar dari bilik air dengan sepasang baju kurung biru beserta tudung biru yang siap dipakai olehnya sebelum keluar dari bilik air. Badri terpegun dan tetiba rasa satu perasaan yang tidak pernah dialami olehnya sebelum ini. Terkelu lidah untuk berkata-kata. Memang lain  sangat rasa yang dirasai sebelum bergelar seorang suami kepada Nur Malaeka Jannahtul Iman Binti malek.

“ Eh abang, bila abang masuk ni? Sorilah lah tadi Eka tak panggil abang. Eka tengok abang  rancak berborak dengan sepupu kita. Tu yang Eka naik atas siapkan diri untuk solat. Abang! cepatlah mandi. Sekejap lagi nak masuk waktu maghrib nie. Badri terleka mendengar alunan suara manja isteri tercintanya.

“ Tak apa sayang. Abang faham. Sayang jangan lah risau ya. Abang tak akan sesekali memarahi sayang isteri yang paling abang sayang dunia dan akhirat abang ini. Sayang , tunggu jap ye abang nak mandi lepas tu kita solat berjemaah ya. Abang Imam, sayang makmun. (Sambil mata Badri dikenyitkan olehnya tanda ingin menggoda isterinya)”.


Sebenarnya Badri pun tidak tahu kenapa dia melakukan perkara demikian kepada isterinya. Pada mulanya dia malu untuk berdua-duaan bersama dengan isterinya tetapi setelah berada berdua-duaan lain pula jadinya. Begitu indahnya bercinta selepas nikah. Kini kebahagian dan kenikmatan itu dirasai oleh mereka suami isteri. Hubungan yang halal disisi Allah. Malaeka terperanjat panggilan yang digunakan oleh suaminya telah bertukar daripada Eka kepada sayang. Didalam hatinya berkata romentik juga suaminya. Selama ini mereka berbual melalui telefon tidak pula terkeluarnya panggilan itu, seperti malam ini. Nada yang dialunkan bunyi macam alunan manja. Malaeka terbuai seketika.  Pada malam itu alunan bacaan ayat Al-Quran diperdengarkan. Sungguh merdu suara Badri Fathul Hakimi mengalunkan bacaan dalam solat mereka pada malam pertama. Malaeka terkesima. Begitu indahnya aturan Allah swt untuk dirinya. Dia dipertemukan dengan imam yang begitu sempurna untuk membimbingnya ke jannahMu. Dahi Malaeka dikucup buat kali kedua selepas solat isyak. Walaupun masih  terasa malu tapi seronok pula dirasainya, sebab hanya Malaeka saja yang tahu.  Setelah selesai mengemas sejadah dan kelengkapan solat, bahu Malaeka disentuh oleh suaminya lalu suaminya membawa Malaeka duduk ditepi katil.Jantung mereka berdenyut laju. Hanya mereka yang merasainya. Badri melawan arus malu bersama nafsu keinginan yang kian memuncak. Keinginan mengatasi segala sifat malunya.

“ Sayang, sayang kan dah jadi makmum abang. Kenapa tak buka tudung ini? Sayang malu dengan abang ke? Sayang, antara kita suami isteri  tak ada aurat yang ditetapkan oleh Allah. Hak sayang milik abang, hak abang milik sayang. Kita akan kongsi apa yang kita ada ini untuk kita nikmati indahnya hidup mendirikan rumah tangga.” Sambil tangan Badri    membuka tudung yang membalut kepala isterinya.   Dia terpegun dengan kecantikkan semula jadi isterinya.


 Allahu Akhbar Subhanallah!Betapa sempurnanya ciptaan Allah kepada isterinya. Itulah kali pertama dia melihat isterinya tanpa bertudung. Kulit isterinya yang putih, rambutnya yang panjang lurus, matanya yang sungguh menawan dan keningnya yang lebat. Dia bersyukur sangat inilah nikmatnya menanti hadir  makmumnya dalam penuh kesabaran dan keikhlasan. Rupanya, Allah ingin mengurniakan seorang bidadari dunia seperti mana nama yang dimilikki oleh isterinya Nur Malaeka Jannahtul Iman yang membawa maksud  cahaya iman bidadari syurga . Malaeka hanya menundukkan dirinya saat mata bertentang mata dengan suaminya. Bibir Malaeka tidak mampu meluahkan kata-kata. Dirinya dibaringkan oleh suaminya di atas katil. Dia melihat suaminya memadam lampu bilik dan hanya lampu tidur yang bernyala. Dengan suasana baru yang dirasai olehnya, dia hanya mendiamkan diri dan rela menyerahkan segalanya dengan ikhlas untuk tatapan suami tercinta. Badri dalam malu-malu ada keinginan. Malu diketepikan keinginan diutamakan. Malaeka hanya mendengar alunan doa yang dibaca oleh suaminya. “Dengan nama Allah. Ya Tuhan kami berdua ( suami isteri) jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan serta jauhkan pula syaitan itu daripada apa saja yang Engkau rezekikan  kepada kami”. Malam itu terpatrilah ikatan mereka sebagai suami isteri yang sah.  Imamku kasihku. Semoga jodoh Badri Fathul Hakimi bersama Nur Malaeka Jannahtul Iman berkekalan hingga Jannah. Setelah setahun usia perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Amani Iman Qaisara Binti Badri Fathul Hakimi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS