Welcome

RSS

WaCANA 3: Harta DUNIA Dan AKHIRAT

Assalammualaikum. Salam berKASIH Rindu Di JIWA. Bertemu semula kita pada kali ini dengan  Wacana yang ke 3 saya yang bertajuk HARTA DUNIA DAN AKHIRAT. Sebenarnya, harta dunia dan akhirat yang kekal ialah IMAN Dan TAQWA kita kepada ALLAH SWT. DIA yang telah menCIPTA kita, maka perhambaan kita kepadaNya. Apa sebenarnya yang di maksudkan dengan H.A.M.B.A? Hisab AKHIRAT ALLAH iaitu S.O.L.A.T.

::HARTA kita DUNIA Dan AKHIRAT ialah 1 NIKMAT UTAMA ialah 'NAFAS' , 5 PemBERIan-Nya yang menolongmu mencari 1 HIKMAH ialah MATA, TELINGA, HIDUNG, KAKI dan TANGAN dan hikmah 1 yang perlu kita CARI ialah 'MATAHATI' yang semuanya ada pada JIWA. Andai kamu mengINFAKkan Harta Dunia Dan Akhirat ini ke JALAN ALLAH maka 'NUR PANCARAN ILAHI' itu bersinar yang di sebut 'MATA HATI' pancaindera ke 6. Itulah di namakan INDAH. ISLAM itu INDAH.Rahsia ALLAH pada NOMBOR 7::
Syaitan menyesatkan kita dengan TIPU DAYAnya yang ada pada keSERONOKkan dalam 'JIWA HAMBA'. Di KABURkan 'MATA' Nikmat ALLAH kepada kita dengan HIBURAN. Fahamilah perkataan M.A.T.A ( MeLIHAT ALLAH, Tenung ALLAH). Syaitan tutup mata kita dan ia membutakan kita dengan caranya.
"Wahai orang yang berIMAN! Infakkanlah sebahahagian daripada HASIL USAHAmu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang KAMI keluarkan dari BUMI untukmu. JANGANlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan MEMEJAMkan 'MATA' (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa ALLAH Maha KAYA, Maha TerPUJI". (Al Baqarah: Ayat 267)
"Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) keMISKINan kepadamu dan menyuruh kamu membuat keji (kikir), sedangkan ALLAH menJANJIkan AMPUNan dan Kurniaan-Nya kepadamu. Dan ALLAH Maha LUAS. Maha Mengetahui" ( Al- Baqarah : Ayat 268)
Kurniaan A.K.A.L ( ALLAH Kekal, ALLAH Lihat). Adakah akal itu pada kita? Hanya diri kamu yang tahu! Ingat, DIA memerhatikan apa yang kamu KERJAkan. JANGAN kita terTIPU dengan GODAAN SYAITAN yang ada pada JIWA kita! Di tawannya HATI kita dengan INDAH DUNIAwi yang hakikatnya ianya sementara. BISTARIkan AKAL Dan MATA kurnian-Nya ke Jalan menuju ALLAH. Carilah, ZatNya pada JIWA kita! Nikmat UtamaNya pada kita ialah 'NAFAS'. Hari ini kita masih bernafas dan di berikan kita 5 Panca Indera yang di perLIHATkan kepada kita iaitu, MATA, TELINGA, HIDUNG, TANGAN dan KAKI. Itulah kita! Jangan seronok ye! Dalam DIA menjadikan kita dengan sempurna sifat tetapi ada 'Satu Pancaindera' yang di simpankan kepada kita jika kita mengetahui dengan 'NIKMAT' iaitu 'MATAHATI' Pancaindera ke 6. SINARnya terpancar hanya dengan 'PANCARan NUR ILAHI’ yang ada pada 99 NAMA ALLAH Dengan Sifat '.AR RAHMAN AR RAHIM' . Kita ingin bertemu ALLAH tetapi kita tidak tahu yang DIA ada pada JIWA kita selaku HambaNya. Kita pasti bertemu dengan apa yang kita ingin temukan itu. DIA ada pada diri kita! ' NUR MUHAMMAD' yang kita cari juga ada pada diri kita! Kita kenal ALLAH, maka ALLAH selamanya ADA. AKU adalah KAU! KAU adalah AKU! S.O.L.A.T lah. Anda ketemu hikmahnya.
" DIA memBERIkan HIKMAH kepada SIAPA yang DIA keHENDAKi. Barang siapa di beri HIKMAH, sesungguhnya dia telah di beri keBAIKan yang BANYAK. Dan tidak ada yang dapat mengambil PELAJARAN kecuali orang yang mempunyai 'AKAL SIHAT' " (Al-Baqarah: Ayat 269)
"Bukanlah kewajibanmu (Muhammad) menJADIkan mereka mendapat petunjuk, tetapi ALLAH jualah yang memBERI PETUNJUK kepada siapa yang DIA keHENDAKi. Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk kamu sendiri. Dan JANGA.Nlah kamu berINFAK meLAINkan kerana menCARI REDHA ALLAH. Dan apa pun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu di BERI (PAHALA) secara penuh dan kamu TIDAK AKAN di ZALIMi ( di RUGIkan)" (Al- Baqarah :Ayat 272)
::K.O.M.P.A.S (Kumpulan Orang MengGUNAkan PemBERIan ALLAH SeLAMAnya ) segala kompas adalah terSIMPAN pada nombor 5. Ianya mudah di kerjakan bukan mahal yang perlukan D.U.I.T ( Dunia Untuk Insan Tidur ) tetapi hanya H.A.T.I (Hanya ALLAH Tahu Isinya). '5' itu  ialah ALLAH, AL-QURAN,S.O.L.A.T Dan ZIKIR::

Al Fatihah merupakan Doa meWANGI UTAMA untuk kita ke Jalan Menuju ALLAH SWT yang mempunyai 7 Ayat Termasuk Bismillahirahmanirahim.

"Dengan kitab itulah ALLAH memBERI PeTUNJUK kepada orang  yang mengikuti keredhanNya ke Jalan Keselamatan, dan ( dengan kitab itu pula) ALLAH mengeluarkan orang itu dari gelap gelita kepada cahaya dengan izinNya, dan menunjukkan ke Jalan yang Lurus  ( Al Ma'idah : Ayat 16)
:: Dalam SUKA ada DUKA, dalam DUKA ada SUKA tetapi jika dalam H.A.T.I sentiasa ada 'DIA' hadirnya suka dan duka tetap kembali pada 'DIA'::


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS