Welcome

RSS

CERPEN 6 : HATI TERPAUT KERANA KESENGETANMU

CERPEN : HATI TERPAUT KERANA KESENGETANMU
PENULIS: NURULIZZA HJ AB KARIM

Jatuh cinta memang  satu perkara yang indah. Anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Pahit atau manisnya cinta itu kita yang rasainya. Di awal kemanisan tidak semestinya kemanisan selamanya, di awal penderitaan tidak kekal selamanya penderitaan. Perencanaan Allah itu lebih teratur daripada apa yang dirancang oleh manusia. Kita  sebagai hamba hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukannya.

Adam  seorang yang pemalu tetapi dalam malu-malunya  juga ada keinginan memiliki seorang  Bidadari yang  akan bersamanya kelak di dunia dan akhirat. Selepas detik hitam yang dialaminya beberapa tahun dahulu, dia sukar mempercayai perempuan dan sukar menyerah hati untuk dicintai kepada orang lain. Baginya semua perempuan didunia ini adalah sama yang inginkan kebendaan dan kesempurnaa semata-mata.

Beberapa Tahun Yang Lalu

Adam bersekolah di sekolah yang kesemuanya lelaki daripada  tingkatan satu hingga tingkatan lima.  Kehidupan pelajar lelaki adalah sama saja kehidupannya. Faham-faham je lah kan kalau dah semuanya lelaki kehidupan pun mesti agresif sikit. Kononnyalah kan. Dalam diam-diam Adam meminati seorang gadis  daripada St Geoges. Setiap hari selepas pulang daripada sekolah pastinya Adam akan cuba-cuba menyekodengkan dirinya untuk melihat gadis yang dipuja dalam diam. Pulang dari sekolah dengan menaiki basikal pastinya peluang tidak dilepaskan. Insan yang bertakhta dihatinya bernama Aminah. Perwatakkan Aminah  yang bersopan santun dan mempunyai budi pekerti yang menarik telah  menawan hati Adam untuk mendekatinya. Dengan langkah beraninya, Adam memulakan  salam perkenalan. Mungkin  bukan takdir Ilahi untuk mereka hidup bersama-sama huluran salam Adam hanya disambut sebagai rakan saja tidak lebih daripada itu. Adam menerima dengan tabah dan sabar keputusan yang diterima nya. Dia sedar dia tidak sepadan dengan Aminah. Aminah anak orang kaya. Dia pergi sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu ayahnya. Adam hanya anak  kepada seorang nelayan. Dengan penolakkan Aminah juga  ianya adalah satu pendorong untuk Adam terus maju didunia dan diakhirat.

Selepas memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperolehi  keputusan yang cemerlang dan menjadi sepuluh pelajar yang mempunyai keputusan tertinggi bagi Negeri Pulau Pinang, Adam menyambung pelajaran di Universiti Malaya  dalam bidang perubatan.  Semasa di zaman Universiti juga Adam diminati oleh seseorang  yang bernama  Aliah. Aliah merupakan anak kepada seorang usahawan yang terkemuka di Malaysia dengan panggilan Tan Sri.  Adam menolak  huluran cinta yang dihulurkan oleh Aliah dengan alasan yang kukuh dan munasabah tanpa menyakiti hati Aliah sendiri. Demi cinta Aliah kepada Adam, dia sanggup  membelikan Adam  sebuah kereta tetapi ditolaknya demi untuk kebahagian diri sendiri dan juga untuk kebahagian diri  Aliah. Adam  tak nak memberi Aliah harapan andai satu hari nanti Aliah menuntut harapan yang ditunggu daripada Adam. Selepas peristiwa dirinya ditolak cinta yang diberikan  olehnya kepada Aminah, tingkah laku dan sikap Adam terhadap wanita terus berubah. Kadang-kala dia menganggap  wanita ini  semuanya sama , semua inginkan kemewahan dan kesempurnaan  dalam sekelip mata .Malah, Adam juga menganggap cinta seorang perempuan seperti tiada kemewahan maka  tidak ada kasih sayang.  Dengan ketabahan diri yang diperkuatkan maka dengan usaha yang gigih akhirnya Adam Berjaya memperolehi segulung Ijazah Perubatan. Selepas tamat belajar di Universiti Malaya, Adam telah berkhidmat   di Hospital Besar Kuala Lumpur sebagai seorang Pegawai Perubatan. Adam beryukur dengan kesusahan yang dialami dulu telah memberi sokongan kepada dia  untuk terus berjaya hari ini. Berkat doa kedua ibubapanya, maka pada hari ini dia telah memperolehi hasil yang tidak ternilai nikmatnya. Sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya “ Redha Allah  bergantung pada redha kedua ibubapa dan murka Allah bergantung pada kedua ibubapa”. ( Hadis Riwayat Tirmizi).

Pada suatu hari yang tidak disangka oleh Adam, diatelah menerima panggilan daripada seseorang yang dikenalinya bebeapa tahun dahulu. Aminah menelefon Adam . Adam dengan reaksi yang terperanjat tidak menjangka yang dia akan menerima panggilan daripada in san yang satu ketika dulu pernah mengajarnya erti rindu dan kasih tapi nasib tidak meyebelahinya untuk menikmati  kebahagian yang dikurniakan Allah .

“ Assalammualaikum. Boleh saya bercakap dengan Adam?”

“ Waalaikumussalam. Ya saya. Adam yang bercakap. Boleh saya tahu sapa yang sedang bercakap ni?” Tanya  Adam kepada pemanggil.

“ Saya, Aminah budak sekolah St Geoges . Dulukan awak meminati saya. Awak sihat? Lama juga kita tidak jumpa selepas awak meluahkan rasa cinta kepada saya satu ketika dulu. Tetiba kenangna dulu melegar kembali membuat saya ingin menghubungi awak. Saya minta maaf sebab menganggu ketenteraman awak “ Luah Aminah

“Oh, Aminah. Mana awak dapat nombor saya ?  Alhamdulillah setakat ini Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk diri saya  teruskan perjuangan sisa hidup. Awak dah menikah?  Sekarang kerja dekat mana?” Tanya Adam. Dalam keadaan terperanjat terasa dirinya seolah-olah berada dalam alam mimpi macam tidak percaya yang diatas talian ketika ini ialah Aminah yang  selalu dia intai dalam diam selepas pulang daripada sekolah suatu ketika dulu yang dicintainya yang mana wanita pertama yang mengajarnya erti cinta, kini menghubunginya semula.

“Saya dapat nombor telefon awak daripada kaan baik awak masa sekolah dulu Ali. Saya jumpa dia kat Hospital Tuanku Jaafar seminggu lepas. Alang kepalang saya tanyakan perkhabaran awak lalu minta sekali nombor phone awak dekat dia. Malam ini baru saya ada kelapangan untuk menghubungi awak. Alhamdulillah, awak dan Ali sekarang sudah pun menjadi seorang Doktor. Cita-cita kalian sudah pun menjadi kenyataan. Saya berbangga dengan anda berdua. Kenakalan awak di zaman sekolah menjadikan awak insan yang berguna pada agama,bangsa dan Negara pada hari ini. Inilah kejayan awak. Tahniah!”kata Aminah kepada Adam.

“Alhamdulillah, ini adalah ketentuan daripadaNya dan juga berkat doa kedua orang tua saya yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan untuk anak-anaknya. Apa yang berlaku dimasa lalu telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk menempuh  dunia hari ini yang penuh pancaroba. Keganasan dan penindasan yang berlaku hari ini mampu  membuat kita terfikir bahawa pentingnya ilmu pengetahuan untuk menghalangi  atau mengharungi sesuatu yang berlaku dengan tindakan yang positif” beritahu Adam dengan soalan yang ditanya  Aminah.

Selepas menerima panggilan pertama daripada Aminah, hubungan mereka kembali mesra  seperti dulu. Pada suatu hari , Aminah meluahkan perasaan cinta  yang terpendam kepadanya. Aminah memberitahu selepas Adam meluahkan rasa cintanya dulu dia tidak perasan yang dia juga meminati Adam sehinggalah Adam mendiamkan diri selepas luahannya ditolak barulah Aminah mengerti yang dia juga mencintai Adam. Setiap hari pulang daripada sekolah  dia sentiasa menanti Adam yang akan mengacaunya sementara menanti ketibaan pemandu ayahnya jemput, tetai kemunculan Adam tidak juga muncul sehinggalah hari ini selepas dia berjump dengan Adam. Adam menolak rasa cinta yang diluahkan oleh Aminah dengan cara yang baik. Aminah akur dengan keputusan Adam. Aminah faham mungkin ini adalah balasan terhadapnya yang satu ketika dulu menolak cinta Adamnya. Bagaimana Adam terasa suatu ketika dulu macam inilah yag dirasainya ketika ini. Dia tahu cinta tidak boleh dipaksa.

::Apabila mencintai dan dicintai  akan hadirnya rasa terasa dan merasa lalu terus  melahirkan rasa kasih dan saying pada seseorang. Jika merasakan pasti memahami, jika tiada itu  hanyalah mainan hati.::

Selepas menolak cinta Aminah, dengan tidak dijangka juga sahabatnya  masa di Universiti Malaya yang mencintainya juga hadir sekali lagi dengan tidak kenal erti putus asa masih lagi mencuba untuk meraih cinta Adam kembali. Bila nasib tidak menyebelahi kita ianya tetap juga tidak akan terjadi. Adam sekali lagi menolak dengan baik luahan cinta Aliah kepadanya. Adam bukan seorang yang pendendam dalam mencintai tetapi  apa yang berlaku dimasa lalu menjadi dia lebih berhati-hati dalam memberi dan berkongsi hatinya dengan insan lain. Aliah sanggup tidak menikahi dengan mana-mana lelaki sehingga kr hari ini disebabkan kasih dan sayangnya hanya untuk Adam. Ramai lelaki yang meminati  dia dan ada juga yang sudah menghantar pinangan tetapi tetap juga ditolak dengan cara baik. Baginya Adam adalah cinta pertamanya.

Adam membuat keputusan , selepas apa yang berlaku hari ini yang mana cinta pertamanya datang kembali ingin menjalinkan perhubungan semula dan yang mencintainya setulus hati masih lagi menunggunya maka dengan itu dia ingin mententeramkan jiwanya yang tidak tenteram dengan apa yang berlaku hari telah membuat keputusan untuk sambung  pengajian dalam bidang yang sama diperingkat yang lebih tinggi. Dia sambung pelajarannya di Moscow State  Medical Universiti. Pembiayaan sepenuhnya ditanggung oleh pihak kerajaan.

Semasa berada diperantauan Adam tidak ketinggalan melawat tempat-tempat yang menarik untuk dikunjunginya. Ingin melihat dan merasai pengalaman berada ditempat orang.  Waktu lapangnya banyak dihabiskan  di laman muka buku   selain daripada menelaah buku-buku pengajian. Dilaman muka buku juga Adam tertarik dengan  sikap seorang rakan dialam maya. Rakan alam maya yang kadang –kala macam senget saja jika berada di wall telah menarik perhatiannya ntuk engenali  gadis itu dengan lebih rapat. Adam berasa hairan dan pelik macam mana dirinya yang ala-ala arrogant  boleh mengikuti cara gadis itu menyenget. Perubahan yang drastic keatas dirinya yang tidak diketahui puncanya. Semakin dia mengenali sikap Hawa walaupun dialam maya semakin serasi pula bersama walaupun hanya dialam maya yang tidak bertemu wajah secara berdepan. Hampir 80% sikapnya berubah.

Kehadiran rakan senget yang  bernama Adam juga  sangat bermakna buat diri Hawa yang senget bila berada di dinding muka buku. Keserasian kesengetan makin terserlah daripada sehari-sehari. Sehari tidak bertemu di laman muka buku pasti rindu bermain dihati. Setiap hari masing-masing saling tunggu –menunggu untuk sama-sama memulakan adegan senget di dinding muka buku. Mereka sedar kerana kesengetan masing-masing telah memutikkan rasa cinta dihati mereka berdua tetapi masing-asing malu untuk memulakan langkah yang pertama. Hanya meluahkan rasa tersebut melalui tindakan yang dipamerkan. Hawa merasainya dan hanya memendamkan rasa yang dirasainya. Lalu dengan berlinangan airmata sambil mendengar lagu  Seandainya Tuhan Mengizinkan daripada kumpulan Sting maka ternukilah sebuah madah yang berjudul yang sama seperti lagu tersebut.
‎~ SEANDAINYA TUHAN MENGIZINKAN~

Seandainya...

Cinta kau dan aku bersatu
Ingin daku menyayangimu
Seikhlas hatiku nan satu

Seandainya...
Diri ini milikmu
Ingin aku menjadi bidadari dunia dan akhiratmu
Ikhlaskanlah dirimu menerima seadanya aku

Seandainya...
Hatiku dan hatimu bercantun
Jagailah ikatan yang terbina ini
Kekalkan sehingga ke akhir hayat

Seandainya...
Suatu hari nanti aku tiada lagi
Menyahut panggilan Ilahi
Doa darimu ku pohoni
Supaya aku tenang disana nanti

Hasil Nukilan :- 
Nurulizza Hj Ab Karim
HANYA MAMPU TERSENYUM :)



Adam menyedari yang dirinya telah terlanjur mencintai Hawa. Hawa telah membuka ruang dihatinya kembali untuk dihuni. Dalam masa yang sama juga Adam malu meluahkan rasa yang terpendam dihatinya kepada Hawa. Sehari tidak bertemu  dimuka buku tidak tenteram jiwa Adam yang dirasainya. Dalam diam Adam mencintai Hawa.


(L) Tak  dapat ku luahkan
     Apa yang terpendam  disudut  naluri hatiku
     Siang malam kuterkenang
     Seraut wajahmu

(P) Aku pun jua turut merasa
     Kehangatan cinta kita berdua

(L/P) Ingin ku menyatakan 
         Rasa rinduku
         Moga ada cinta diantara kita
         Oh..Oh..

(L)  Angin sampaikan
(P) Rahsia hatiku ini
(L) Satukan cinta
(P) Yang tersimpan sekian lama
(L) Tuhanku restukanlah
(P) Cinta aku dan dia

(L/P)  Izinkan aku memperolehi dia yang aku damba oh..oh
          Wahai kekasih dengarkanlah sayang
           Melodi lagu cinta disampaikan suara hati
           Renunglah mataku dapatkah kau lihat
           Sinar cinta yang tersimpan sekian lama
           Hatiku terpenjara dalam merenung rahsia cinta…

Lagu : Rahsia Cinta
Penyanyi : Yana Samsudin & Iwan



Adam dan Hawa tidak meluahkan rasa cinta yang dikongsinya bersama-sama tetapi hanya melalui gerakan sikap mereka mampu memahami. Mereka yakin  andai jodoh mereka telah ditetapkan sejauh mana mereka melangkah pasti akan bertemu juga. Hati mereka sama-sama terpaut kerana kesengetan diri mereka telah menyatukan rasa cinta mereka seperti lirik lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian daripada Afghan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dashat sungguh org senget ni. Byk idea haha

nannetteuher berkata...

Casino App Review - JtmHub
The casino app was launched in 부산광역 출장마사지 2019 and is powered by 파주 출장샵 Microgaming software. The bonus is also available to play 밀양 출장마사지 for cash. The games available Mobile optimized: Android 5.0, iPhone 5.1 & 경기도 출장안마 morePublisher: Microgaming Ltd Rating: 4 · 여수 출장샵 ‎Review by JTG Hub

Catat Ulasan