CERPEN :
CINTA BERSEMI SAAT HATI BERBICARA
PENULIS:
NURULIZZA HJ AB KARIM
Termenung Aliesya sendiri saat dirinya tinggal
sendirian dirumah. Baru lepas menghantar pemergian suami tercinta mencari
rezeki untuk menyara kehidupannya bersama
buah hati mereka yang bakal dilahirkan pada September tahun ini. Tidak pernah dijangkakan, tidak pernah
difikirkan cinta Aliesya bersama suaminya iaitu
Airil Fatah berakhir dimahligai
cinta nan suci dengan restu dariNya.::Malu-malu
menyatakannya,bila takdir berpihak pasti malu-malu tiada yang ada mahu selamanya
kau disampingku: Percintaan yang bermula dengan persahabatan di alam
maya kini disatukan dialam realiti
sebagai takdir yang terindah untuk Aliesya. Memang pada mulanya sejak
perkenalan dia dengan suaminya dialam maya, Aliesya cuba mendekati Airil Fatah.
Dia cuba memahami dan selami hati suaminya satu ketika dulu.:: Kutiupkan seruan rindu
diangin lalu, kuseru namamu berulang kali agar kau bisa merasai rinduku
ini:: Dalam diam juga cintanya berputik untuk suami yang
sangat disayanginya. Aliesya membelek-belek fail yang yang
disimpannya,membaca satu-persatu ayat-ayat senget yang pernah dinukilkan buat
insan yang satu ketika dulu sukar juga untuk diselami hatinya tetapi akhirnya
insan itu menjadi “IMAM” untuknya dan bakal zuriat yang dilahirkan nanti.
::Andai Takdirku::
Andai pertemuan ini ada perpisahan
Aku redha atas ketentuan
Andai pertemuan ini menggembirakan
Satukan hati menjalinkan ikatan
Kelakuanmu benar mencuit hati
Kutahu apa yang kau alami
Baru saja kau dipertemukan denganku
Senyuman terukir hatiku terbuai
Rasaku ini mungkin pelik
Tidak bertemu sayang berputik
Suara pula tidak kedengaran
Sayang bersemi kasih bersemaian
Semakin hari semakin mengenali
Semakin bersemangat untuk fahami
Semakin bergelora untukku selami
Dalam diam ia tersemat dihati
Andai kau merasai
Aku sentiasa menunggu disini
Andai tiada rasa ini
Abaikan saja “AS” ini
Uniknya dirimu!!
Kukalah dalam pertarungan
Hatiku terhanyut dalam kemesraan
Dalam diam aku meyayangimu
Nukilan ini ternukil saat hati Aliesya merindui
Airil Fatah. Memang pelik. Satu rasa yang sukar diluahkan. Tidak mampu menyusun
kata-kata yang indah untuk menggambarkan
rasa yang menyinggah dihati tanpa diundang. Anugerah terindah yang dikurniakan
olehNya untuk Aliesya dan Airil Fatah. Cinta berputik tanpa adanya pertemuan.
Hanya melalui bait-bait ayat senget mampu menyatukan hati mereka. Baru setahun
lebih Alisya hidup bersama dengan Airil Fatah sebagai suami dan isteri, kasih
sayang yang Airil Fatah curahkan kepadanya begitu romantik dan penuh dengan
keikhlasan dihati. Fikiran mula keawang-keawangan. Teringat kembali kenangan
lalu, dimana Aliesya dan Airil bertemu. Sungguh indah dan sempurnanya aturan yang diaturkanNya untuk hambanya.
Setahun yang lalu,
Hobi Aliesya
suka melayari internet. Laman yang sering dikunjunginya ialah Laman Muka
buku. Setiap hari jika ada masa terluang
pasti dirinya akan tersenget di laman tersebut. Dalam kesengetannya juga, mampu
membuat jiwanya tidak keruan sepanjang masa. Hidup terbuai dalam khayalan.
Impikan putera kayangan yang tidak kunjung hadirnya. Aktifkan dirinya dilaman
muka buku mampu membuat dirinya makin mengenali telatah dan sikap kenalan alam
mayanya. Bermacam-macam perasaan yang
dilaluinya sepanjang mengenali sahabat dan kawan. Tidak semua kawan mampu jadi
sahabat di alam maya ini. Percintaan
dimuka buku itu pasti ada. Tidak mampu dinafikan apabila diri sendiri mengalami
situasi yang sama seperti mereka yang pernah alami. Ada cinta yang berakhir
dijinjang pelamin dan ada juga yang hanya terhenti di pertengahan jalan saja. ::
Sesuatu yang indah itu hadir, adakah aku
mampu milikki atau sebaliknya? Pelik tapi benar. Rasa itu kurnianNya. Mengamit
hati kalaku keresahan. Kuselami, kudekati bagaikan lidahku kelu untuk
berbicara walaupun hanya bait-bait indah
darinya yang mampu dipamerkan tanpa suara diperdengarkan:: Hanya penulisan yang menghubungkan
perhubungan antara sahabat dengan
sahabat yang lain. Dalam kesengetan Aliesya Sofea, hatinya tercuit dengan
kelakuan yang dipertonjolkan oleh sahabat mayanya yang bernama Airil Fatah. Orangnya yang misteri dan kelakar. Sebenarnya
Aliesya pemalu orangnya. Dipenilaian
mata mesti dianggap orang yang peramah
tetapi dalam penilaian mata hati itulah diri Aliesya sebenarnya. Tidak
semua sahabat mampu memahaminya kecuali yang
pandai menggunakan akal yang diberi olehNya untuk terus berfikir dan terus menyelami. Dalam ramai-ramai sahabat
yang dikenalinya dialam maya, hanya Airil Fatah yang mampu membuat jiwanya
gelisah hatinya meronta. Dalam masa yang sama juga, apabila hati Aliesya
berbicara, dia merasakan yang Airil Fatah dalam diam juga cuba menyelami
hatinya. Syok sendirilah! :: Mungkin apabila hatiku berkata,aku hanyalah
“syok sendiri”::Terbuai-buai apabila diri ini menjeninkan insan yang
bernama Airil Fatah yang bagaikan misteri kehadirannya mampu dimilikki. Bukan mudah untuk menerokai hati
seorang dan tidak mampu untuk kita baca hati dan perasaan orang lain,
mengetahui isi hati seseorang adalah hal yang tak mungkin tetapi biasanya isi
hati akan tergambar melalui “sikap” dan “perkataan” yang dipertonjolkan. Perkataan –perkatan yang
dipamerkan oleh Airil Fatah semasa mereka berhubung melalui laman muka buku
menunjukkan sikap kepekaan Airil Fatah kepada dirinya. Walaupun kadang-kala
kata-kata yang terkeluar dari mulut Aliesya itu hanya kata-kata senget tetapi
begitu terujanya Airil menggunakan kembali dalam bicara tulisannya. Aliesya
cuba selami apakah makna yang ingin diberitahu oleh Airil. Adakah dalam diam
Airil ingin mengenali dirinya? Adakah dalam diam hati Airil telah dirompak
olehnya? Pelbagai persoalan yang timbul dibenak fikiran Aliesya. :: Kutahu kau juga merinduiku, kutahu kau
juga menyayangiku. Diammu itu menguji diriku, seikhlas mana rasaku
ini terbit untukmu:: Dalam diam aku mencintaimu seperti lirik lagu yang
dipopularkan oleh kumpulan Sting satu ketika dulu dan masih lagi berbisa sehingga kini. Lirik yang membawa maksud jiwa yang sedang merindu, hati yang sedang
gelisah menantikan seseorang muncul didepan mata.
Dalam Diam Aku Mencintaimu
Entah mengapa
kurasa tak menentu
Semenjak aku
mengenali dirimu, sayang
Terbayang-bayang
wajahmu dimataku
Hingga
tersentuh rasa indah dikalbu, apakah ertinya
Aku tak tahu
mengapa aku rindu
Inginku curah
tetapi rasa malu
Cubalah
engkau mengerti isi hatiku
Didalam diam
aku menyintaimu
Kuharap kau
faham perasaanku
Yang kini
dilamun rindu padamu
Sesungguhnya
aku telah jatuh cinta
Oh… indahnya
bila bersamamu
Moga kau
dapat terima
Cintaku
dengan ikhlasnya
Janganlah
engkau sia-siakan harapan dan impianku
Dalam diam
kumencintaimu……..
Aliesya sering mendengar lagu tersebut. Disaat
rindu membara dijiwa walaupun tanpa mendengar suara Airil dan tiada pertemuan
di antara mereka perasaan rindu itu wujud dengan sendirinya. Airil tidak kelihatan dilaman muka buku pasti
hatinya diburu resah dan tertanya-tanya dimanakah hilangnya sidia yang semakin hangat menduduki carta hatinya.
Semasa saling membalas pesanan, mereka tidak menunjukkan kata-kata yang berbau
rindu atau kata-kata yang berbau sayang. Pesanan mereka hanya bersaja-saja
bergurau senda dalam mengeratkan lagi silaturahim.:: Teringin menjadi yang
terindah dalam hidupmu tapi
kusedar aku hanya bermimpi disiang hari :: Percintaan mereka diibarat lirik lagu Aku dan dirimu yang
dipopularkan oleh penyanyi Arilasso
berduet dengan Bunga Citra Lestari. Cinta yang terpendam sekian lama tapi sukar untuk diluahkan.
Aku Dan Dirimu
Tiba saatnya
kita saling bicara
Tentang
perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu
yang menggebu
Tentang cinta
yang tak terungkap
Sudah terlalu
lama kita berdiam
Tenggelam
dalam gelisah yang tak teredam
Memenuhi
mimpi-mimpi malam kita
Duhai cintaku
sayangku lepaskanlah
Perasaanmu
rindumu seluruh cintamu
Dan kini
hanya ada aku dan dirimu
Sesaat
dikeabadian
Jika sang
waktu bisa kita hentikan
Dan segala
mimpi-mimpi jadi kenyataan
Meleburkan
semua batas
Antara kau
dan ….aku
Semakin hari semakin memahami. Walaupun tiada
pertemuan, keserasian untuk terus menyelami hati masing-masing terus bergiat
aktif. Aliesya Sofea terus mendekati. Airil Fatah juga menghampiri. Aliesya juga merasa yang Airil ada menyimpan
satu rasa yang sama seperti mana yang dirasai olehnya. Bila seseorang sedang
dicintai atau mencintai perasaan itu mampu dirasa melalui hati yang berbicara.
Mungkin korang kata, tidak mungkin. Hakikatnya kalau korang menilai dengan mata
hati mesti korang akan faham. Pesanan- pesanan yang dihantar oleh Airil kepada
Aliesya. Ada pesanan-pesanan daripada Airil yang berbau rasa sayang yang mula menginap
dijiwanya.
“Cuba awak pilih, nak jadi tulang belakang ke nak
jadi tulang rusuk?”. Antara soalan yang ditanya oleh Airil kepada Alisya dalam
pesanan muka buku. Soalan ini nampak
macam satu soalan gurauan, tetapi ini adalah satu soalan yang ada makna kalau dihayati dengan mata hati.
Alisya terus menjawab soalan yang diajukan
kepadanya. “ Saya nak jadi tulang rusuk awak!”Dengan pantasnya dia menjawab
soalan itu. Dihati menyanyi riang. Difikirannya mula membayangkan. Dijiwanya
tersenyum malu kerana apa yang disimpan
selama ini mungkin satu hari akan menghasilkan hasil yang hanya Allah
s.w.t yang tahu akan aturan yang di aturkan untuk hambanya.
“Kalau ingin jadi tulang rusuk, kenalah ambil hati
bonda”Katanya. Satu jawapan yang mudah yang diberikan oleh Airil Fatah.
Aliesya terkedu membaca pesanan yang diterimanya.
Adakah benar apa yang dimaksudkan oleh Airil Fatah dengan apa yang dibaca itu?
Adakah Airil Fatah sekadar bergurau atau mengiakan apa yang disampaikan? ::Cintaku hanya "maya"
yang mampu dirasa melalui "hati",untukku "realitikannya"
hanya kepadaNya bibirku meluahkan::
Sehari ke sehari perhubungan Aliesya dan
Airil Fatah makin menampakkan tanda positif. Aliesya menyedari bahawa,
jika dirinya tidak melihat kelibat Airil dimuka buku jiwanya resah hatinya
tidak keruan walaupun hanya membaca tulisan-tulisan yang dikirimkan di dinding utama muka buku.
Pesanan-pesanan mereka kebanyakkan pesanan yang berunsurkan kelucuan.
Cinta dan rindu semakin menebal dijiwa Aliesya. Cuma Aliesya tidak pasti
apakah perasaan di pihak sana. Melalui penilaian mata hati Aliesya, mereka
berdua sebenarnya berkongsi satu rasa yang sama iaitu saling menyayangi antara
satu sama lain.
:: Mencari Kepastian::
Kasih!!
Dalam lenamu adakah aku mimpimu?
Dalam jagamu adakah aku sapaanmu?
Dalam impianmu adakah aku impianmu?
Kasih!!
Fikirlah dengan tenang
Siapakah sebenarnya yang kau sayang
Jangan ikutkan hati yang walang
Kasih!!
Dalam diam aku mencari diri
Mencari kebenaran, kemahuan hati
Janganlah terpaksa dalam mencintai
Kasih!!
Kumenanti ketulusanmu,mengharapkan
kejujuranmu
Dibiarkan sendiri untuk kau mencari dirimu
Kalau yakin, itulah kemahuan hatimu
Kasih!!
Ungkapan "sayang" biar dihati
Tidak perlu diketahui
Ianya hanya dirasa melalui gerakan hati
“Kadang-kala rasa sayang yang allah kurniakan pada
kita, kita perlu luahkan kepada insan tersebut agar rasa yang terindah itu
perlu dikongsi bersama”. Pesanan yang
dihantar oleh Aliesya kepada sahabat mayanya itu . Siapa lagi kalau bukan Airil
Fatah. Pada mulanya malu juga untuk Aliesya
luahkan perasaan dengan cara yang
tidak mudah untuk difahami. Jika Airil Fatah memahami pasti jawapan yang akan
ditemui nanti membahagiakan atau sebaliknya.
“Saya juga menyayangi awak sebenarnya tapi biarlah
rasa sayang yang kita ada ini kerana Allah. Biarlah DIA yang menentukan
segalanya. Jodoh dan pertemuan ditanganNya. Cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta
yang bukan diukur mengikut pandangan
mata Allah. Ia bersebab kerana cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah.
Cinta terlahir apabila kita sama-sama mencintai Allah” begitu panjang Airil menaip mengenai luahan hatinya kepada
insan yang mula mendapat perhatian hatinya.
Aliesya terkedu membaca pesanan yang dikirimkan
oleh Airil Fatah pada malam itu. Malam yang tidak dijangkakan yang mana insan
yang dicintai dalam diam meluahkan rasa sayang kepadanya. :: Bila kau kata
kau sayang, aku terlebih dulu menyayangi dirimu. Dalam diamku memujamu::
Soalan yang ditanya dengan mudahnya Airil Fatah memahami. Cinta adalah tautan 2 hati yang berlaku yang
sama ada pernah kenal atau tidak
sebelumnya hadir rasa cinta itu sendiri.
Tidak pernah bertemu Airil tidak pernah
menatap dan tidak pernah mendengar suara tapi cinta sudah mula terbit antara
mereka. Mereka saling berhubungan
melalui laman muka buku. Pada satu hari yang tidak dijangka-jangkakan,
pesanan yang diterima oleh Aliesya
daripada Airil adalah pesanan pertama yang sungguh indah dan akan
dikenang sampai akhir hayatnya. Setelah beberapa bulan menyemai rasa kasih di
alam maya, meleraikan rindu dengan membaca pesanan dan melepaskan rindu dengan
bait-bait indah yang dikirimkan.
“ Assalammualaikum. Awak sihat ke? Aliesya, hampir 3
bulan kita berhubung melalui pesanan dimuka buku. Awak tak teringin ke nak
dengar atau perdengarkan suara antara satu sama lain?” Pesanan yang dikirim pada malam itu.
Sekali lagi Aliesya tergamam dengan pesanan yang
diterimanya pada malam itu yang
dikirimkan oleh insan yang
disayangi lalu membalas pesanan tersebut.
“Waalaikumusalam. Alhamdulillah saya sihat seadanya. Saya dari mula memang teringin sangat nak dengar suara
awak. Takkan saya pula yang wanita nak minta nombor telefon awak. Awak sepatutnya
yang minta nombor telefon saya”
“ Bukan awak ke yang meminang saya? Hari tu kan ada
pesanan daripada awak yang menyatakan awak nak pinang saya? Awk nak jadi
Saidatina Khadijah. Saya tunggu jugalah bila awak nak masuk meminang saya”.
“Airil, kalau saya tau alamat awak kan memang saya
dah ajak ayah dan mama saya pinang awak. Suara awak pun saya tak pernah dengar.
Suara saya lagilah awak tak pernah
dengar, tetiba saya datang nak pinang awak. Saya ok je! Nanti saya datang takut awak kata awak tak
kenal saya. Masa tu mesti betapa malunya saya, awak tau tak!!”
“Alisya sayang! Awak napa taip macam tu? Awak dah
datang ke? Napa buat andaian yang bukan –bukan ni? Awak tau tak, saya sayang awak sepenuh hati
saya walaupun tiada perkataan sayang dan
rindu yang saya hantar pada awak setiap
hari. Perkataan sayang dan rindu itu pada saya tak perlu diluahkan
hari-hari. Cukuplah hati awak dan hati saya menyatakannya. Kalau awak rasakan rindu itu terlalu kuat itu
tandanya saya juga merindui awak.
Aliesya bak mai nombor telefon awak. Letihlah asyik taip. Naik keras dah
jari-jemari saya menaip ni”.
“Kali pertama awak menaip perkataan “sayang”. Buat saya
teruja saja tau ! Ni nombor telephone saya 012 3456789. Rasa macam tak sabar
pula nak dengar suara awak. Setelah hampir
3 bulan bermadu asmara kebisuan hanya penulisan yang jadi bukti 2 insan
dilambung ombak cinta dan tsunami rindu”.
Saat pertama kali suara Airil Fatah berkeudara
dicorong telepon, Aliesya tergamam..
Airil perasan akan kegetaran suara Aliesya. Airil pun tergaman tapi mampu
dikawal olehnya. Bayangkan selama ini
mereka hanya berhubung melalui penulisan
yang hanya mampu dibaca . :: Apabila cinta mula bersemi, kita hanya
mampu melihat dinding muka bukunya. Melihat statusnya tanpa meninggalkan jejak.
Kita sentiasa menantikan kelibatnya. Kita tidak mampu menyentuhnya selagi
dia belum halal untuk kita sentuh kerana sentuhan kita untuk imam atau
makmum kita::Airil terpesona dengan kemerduan suara Aliesya manakala
dipihak Aliesya pun sama saat pertama kali mendengar keserakkan suara Airil. Pertama
kalinya mereka berbual di corong telefon, mereka mengambil masa 3 jam untuk bergayut. Bercerita sakan. Itu dan ini
semuanya mereka bualkan. Setelah hampir sebulan lebih mereka mengenali
melalui telefon, Airil menyatakan Hasratnya ingin menyunting Aliesya menjadi makmumnya.
“Aliesya, kalau minggu depan saya jumpa awak dekat
rumah awak apa pandangan awak? Saya rasa perjumpaan pertama kita lebih baik
dihadapan keluarga awak supaya tidak timbul sebarang bahaya daripada kita
berjumpa berdua”.
“Airil, tak
jadi halangan untuk awak jumpa
saya.Perjumpaan dirumah adalah
perjumpaan yang terbaik untuk kita yang
belum menjadi halal antara satu sama lain”
“Aliesya , minggu depan saya akan datang bersama
keluarga saya ye. Kita adakan majlis
merisik kecil-kecilan. Lagipun umur saya makin lama makin bertambah. Perkara baik
ini kita tak perlu tangguh lama-lama”.
“Airil, saya setuju saja dengan cadangan awak itu. Lagipun kita dah
kenal di alam maya. Maknanya perjumpaan kita yang pertama terus kita ikat tali
pertunangan. Tak perlu buat besar-besaran”
Selepas perbincangan yang mereka lakukan di
perbualan telefon, sampai harinya Airil
dan keluarga bertandang ke rumah Aliesya. Mereka membawa rombongan merisik dan
meminang Aliesya. Setelah persetujuan
daripada kedua belah pihak diadakan, mereka akan bertunang dan langsungkan majlis perkahwinan pada hari
yang sama iaitu 3 bulan daripada tarikh
rombongan merisik diadakan. Begitu cepat masa berlalu diam tak diam tibalah
hari yang dinantikan. Aliesya telah
memilih warna pink hijau sebagai tema majlis walimatulurusnya. Pada hari itu , Aliesya didandankan oleh mak andam yang terkenal di kawasan
perumahannya. Sehari sebelum majlis
diadakan, Airil menelefon Aliesya menyatakan yang dia berdebar-debar. Jantungnya
berdenyut dengan kencang, hatinya tidak keruan untuk menunggu hari esok dimana
dia akan melafaz lafaz sakinah di depan ayah nanti. Aliesya mententeramkan jiwa
bakal imamnya itu. Tenangkan jiwa. In Sha Allah
segalanya akan dipermudahkan.
“Airil Fatah Bin Hamzah. Saya nikahkah dikau dengan
Puteriku Aliesya Sofea Binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak RM250 tunai”.
“Saya terima nikahnya Aliesya Sofea Binti Ahmad dengan
mas kahwinnya sebanyak RM250 tunai“.
Dengan sekali lafaz saja Aliesya Sofea telah menjadi milik sah kepada seorang suami
yang bernama Airil Fatah Bin Hamzah dan sekaligus sudah bertukar status
daripada Cik kepada Puan. Airmata Aliesya mengalir saat ucapan ijab dan qabul
diperdengarkan sebentar tadi. Dalam usia menjangkau 31 tahun baru dia betemu
dengan imamnya. Bertemu cinta hati dilaman muka buku. Cinta bersemi saat hati
masing-masing berbicara. Inilah
perancangan Allah yang kita tidak tahu. Percintaan yang tidak pernah
dirancang dan tidak pernah terfikir di
hati Aliesya yang dia
bertemu imamnya dilaman tersebut. Masih segar lagi dingatan saat dia
menjalankan tanggungjawab pertama sebagai seorang isteri yang mana pada ketika
itu dia dalam keadaan tidak bersedia apa-apa dan tidak tahu apa-apa yang pada waktu itu hanya yang dia dengar suaminya
membaca doa sebelum dia menyerahkan
segala miliknya kepada suaminya. “Dengan
nama Allah. Ya Tuhan kami berdua ( suami isteri) jauhkanlah kami daripada
gangguan syaitan serta jauhkan pula syaitan itu daripada apa saja yang Engkau
rezekikan kepada kami”. Malam itu
terpatrilah ikatan mereka sebagai suami isteri yang sah. Hilanglah kegadisannya
diragut oleh suami tercinta. Namun, Aliesya rasa bangga, kerana dia menghidangakan hidangan yang segar – bugar untuk ratapan
suaminya. Selama 31 tahun dia mempertahankan keperawanannya dan telah
menyerahkannya kepada imamnya kerana dialah yang mampu memilikkinya. Mereka berbulan
madu di Kota Suci Mekkah mengerjakan Umrah. Airil Fatah seorang yang sangat romentik
orangnya terutama apabila mereka bersatu dalam satu jiwa. Romantik suaminya hanya Aliesya seorang yang
tahu. Aliesya dimanjai dan dilayani seperti seorang puteri raja. Saat hati
berbicara, semuanya indah dirasa. Kini,
Aliesya telah berbadan dua. Zuriat hasil perkongsian hidup bersama suaminya
akan lahir pada bulan September tahun ini. Semoga rumahtangga yang terbina
melalui hati yang berbicara ini berkekalan hingga Jannah.
0 ulasan:
Catat Ulasan