ASSALAMMUALAIKUM. Salam 'UKHWAH FILLAH' untuk pembaca Blog Izza dengan dimulakan dengan
pembuka bicara “Salam berKASIH RINDU diJIWA” untuk kalian. Senyum seINDAH Mentari Pagi dan ukirkan ia
dengan seindah Bulan Purnama. Kala ini tiada cerpen untuk saya coretkan tetapi
saya ingin kongsikan seperkara yang akan saya coretkan melalui HATI berBICARA.Saya belum jadi seorang isteri masih menunggu pinangan
daripada seseorang yang diPILIH ALLAH
untuk saya bersama dengannya memperHAMBAkan
diri kami dan menunaikan perJANJIan
kami denganNYA. Siapakah dia hanya
ALLAH yang tahu tapi ada satu rasa yang saya dengannya rasa melalui HATI
berBICARA. Saat cinta bersemi hanya hati
yang mengetahuinya. Semuanya adalah anugerah ALLAH. Kali ini saya ingin
kongsikan rencana mengenai “ ISTERI
SOLEHAH PERISAI KEKUATAN ‘IMAN’ SUAMI SOLEH”. Sebelum itu kita beri
semangat kepada “NAFS” untuk
semangat dan kekuatan apa yang ingin kita bacakan . Jom dengar dan fahami lirik
lagu nasyid “ISTERI SOLEHAH”
Nyanyian Kumpulan Nasyid Saff
One.
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di RUMAH dia ISTERI di JALANan KAWAN
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Isteri cerdik yang Solehah
Penyejuk Mata, Penawar Hati Penajam Fikiran
Di RUMAH dia ISTERI di JALANan KAWAN
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengINGATkan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(isteri cerdik yang sholehah)
Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(isteri cerdik yang sholehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Bagaimana? Ada
tak aura untuk anda menjadi seorang ISTERI
SOLEHEH? Mesti adakan kalau
kita betul-betul menghayati dan memahami makna lagu ini. Kaumku, (Hawa) yang
sudah berSTATUS Isteri teruskan TANGGUNGJAWAB
anda sebagai “ISTERI SOLEHAH, IBU
MITHALI” untuk kita bersama SUAMI
dan ANAK-ANAK terSENARAI
Dalam Senarai “AHLI SYURGA”.Memang
tidak mustahil untuk kita tersenarai. Cuma hanya perlu “AD DIN”. Berkat usaha dan keyakinan kita kepada ALLAH SWT yang
tidak mustahil pun akan jadi mustahil dan DIA telah berFIRMAN dalam Surah Yassin Ayat
82; “ SeSUNGGUHnya keadaan keKUASAannya apabila ia mengHENDAKi ADAnya
sesuatu, hanyalah ia berFIRMAN kepada (hakikat)benda itu: “JADIlah
Engkau!” maka ia terus menjadi.
Maka, selagi kita diberi usia yang masih tersisa ini gunakanlah sebaik-baik
kurniaaNYA. Anda yang masih lagi belum
bergelar Isteri , SABARkan DIRI Anda dalam peNANTIan untuk berTEMU dengan IMAM HALAL ( Suami) kita termasuk diri saya sendiri. Anda yang
masih lagi sendiri jangan meletakkan CINTA MANUSIA di hati tetapi SEMAIkan dalam sanubari kita
bahawasanya “CINTA ALLAH adalah CINTA
HAKIKI”. Jaga MARUAH kita
sebagai WANITA MUSLIMAH. Selagi
tiada HALAL maka tiadalah “SENTUHan LISTRIK” yang boleh
menjerumuskan kearah kemaksiatan
yang akan mengundang kita ke arah kebinasaan
dan kita akan kekal ditempat sehodoh-hodoh
tempat tinggal iaitu NERAKA. Wahai Muslimah!, Izza menTAIP
bukan kerana inginkan NAMA, PANGKAT atau DARJAT tetapi ianya hanya sekadar
SALING INGAT-MENGINGATI seSAMA senDIRI termasuk diri
Izza yang kerdil ini dalam kita menTAFSIRkan
maksud ‘UKHWAH FILLAH’. Jadi kepada
anda yang belum bertemu pasangannya jadikan ‘AL-QURAN’ sebagai TEMAN
anda diDUNIA dan AKHIRAT. BerSAHABATlah dengan AL-QURAN. In Shaa ALLAH segalanya INDAH Bila ALLAH sentiasa
bersama kita. Izza bukan hanya pandai menaip
tetapi apa yang Izza taip adalah
pengalaman yang Izza lalui sendiri tetapi pastikan ‘NIAT’ dan ‘HATI’ itu IKHLAS Kerana ALLAH S.W.T . Bila kita JADIkan AL-QURAN sebagai SAHABAT SEJATI, dikala kita terLUPA
padanya HATIku berBICARA menyatakan" sampai hati lupakan aku" kita
dengan mudah tersentuh dengan rasa yang kita rasa bila AL QURAN menyatakan
sedemikian. SEMAIkan diJIWA, NIATkan dalam HATI kita "AL-QURAN itu
SAHABATku DUNIA Dan AKHIRAT.In Shaa ALLAH, dengan apa yang kita niatkan itu
akan dipermudahkan olehNYA. Mata kita akan sentiasa memandang kepada AL-QURAN
dan kita akan sentiasa BAWA kemana kita pergi. Dimana aku pergi, di dalam beg
tanganku pasti ada sahabatku ini. Biarpun orang meninggalkan kita, tetapi kita
ada ALLAH. AL-QURAN itu buktinya. Kalau boleh senaskah AL QURAN sentiasa ada
didalam beg bukannya ELEKTRONIK Al- QURAN. Bila SAHABAT SEJATI didalam HATI,
pasti diri kita sentiasa dalam keADAan WUDHUK. Jadi dalam “hand bag”
pastikan ada AL-QURAN kecil untuk disimpan apabila kita keluar dari RUMAH. Alat
solek kita boleh bawa, kenapa Senaskah AL-QURAN
yang ringan dah mudah kita tidak mampu bawa? Tanya HATI kita!!. Itulah
jawapannya. “ISLAM itu INDAH dan MUDAH”.
‘NIAT’ dan ‘HATI’ itu penting untuk kita meMULAkan langkah perJALANan
yang INDAH menuju Jalan Yang Diredhai olehNYA.
Dalam pada itu, maka terLAHIRlah IDEA Saya sendiri untuk menguraikan
setiap huruf mengikut HATI saya berBICARA hanya sekadar berkongsi cerita saja. N.I.A. T yang bermaksud Nafs Ingin ALLAH Tahu dan H.A.T.I
bermaksud Hanya ALLAH Tahu Isinya. Jadi mulai sekarang dan seterusnya
perBETULkan NIAT kita keARAH keBAHAGIAan untuk kita terPILIH menJADI “ Ahli JannahNYA”. :: ANDAInya diFAHAMilah, bukan mengikut perasaan bukan mengikut hati
yang berbicara tetapi saat hati berbicara bersama jiwa seolah-olah ada rahsia
sebalik rasa yang terpendam:: Jom sama-sama kita hayati sebuah puisi yang
tertaip daripada saya sendiri disaat hati saya yang berbicara yang hanya ALLAH
yang mengetahui sebalik penulisan ini.
:: Hujan "KeIMANan",
Pelangi "KeTAQWAan" ::
Hujan!!
Kala keIMANan menitis, JIWA
tenang
Segalanya INDAH, bila
bersamaNYA
KASIHnya diTANGISi, RahmatNYA
Digenggami
DiRASAi bila KeIKHLASan di BERI
Demi CINTAku padaMU
LAUTan BARA aku SELAMi
Untuk aku berBULAN madu di AWAN
biru
Hujan!!
Hadirmu diTUNGGU,di CARI dan
diNANTI
SUCIkan 'HATI', "MATA
HATI" mengHAMPIRi
IKHLASkan JIWA, 'PELANGI TAQWA'
menyambutnya
NAFSU diTAWANi, IMAN terSERLAH
BerBULAN madulah di atas
PELANGI
Hanya kita bersamaNYA
Pelangi TAQWA!!
Segalanya adalah RahsiaNYA
Angka '7' Rahsia nilaianNYA
Itulah Rahsia kekUASAanNYA
HUJANkan diriku dengan keIMANan
Warnailah KeTAQWAan BAK PELANGI
Hujan IMAN!!
Pelangi TAQWA!!
Aku ingin menJADI WANITA
terKAYA dengan IMAN dan TAQWA
Aku ingin menJADI terKAYA
dengan KASIH-MU ILAHI
Aku ingin KAYA dengan
KeSOLEHahan DIRIku
HARTA yang ku ADA ,untuk menuju
SYURGA-MU
TIKET yang ku ADA ,untuk
menJADI BIDADARI-MU
YA ALLAH!
LIMPAHkan kepadaku dengan
TITISan "Hujan keIMANan"
PerINDAHkan DIRIku dengan
"Pelangi KeTAQWAan"
Segalanya CINTA berSAMA kasihMU
BerBULAN madu di AWAN biru
Menyemai KASIH di atas PELANGI
PengHUNI SYURGA-MU AKUlah
ahlinya
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab
Karim
Hanya Mampu Tersenyum
MUSLIMAH!, INGATlah kita merupakan “Tonggak KeKUATan kepada SUAMI
yang kita KASIHI yang dipilih oleh ALLAH
untuk peneman dan pendamping kita di SYURGA . Kita sayang Suami Dan Keluarga kerana ALLAH maka kita
patut menjadi seorang WANITA yang SOLEHAH untuk memBANTU menyempurnakan TUGASan
dan TANGGUNGJAWAB kita bersama SUAMI. Wahai sahabatku!!,
ALLAH SWT mengangkat DARJAT kita sebagai WANITA dan ALLAH menceritakan
Kisah-Kisah Wanita di Dalam AL-QURAN.
Ada empat wanita yang di ceritakan Dalam Sejarah Islam. Empat Wanita ini ialah empat wanita teladan
bagi para wanita Muslim. “Ada empat wanita mulia yang juga PENGHULU segala
WANITA di DUNIA. Mereka adalah Asiah Binti
Muzahim, Isteri Firaun; Maryam Binti
Imran, Ibunda Isa; Khadijah Binti Khuwailid, Isteri
Rasulullah Saw, dan Fatimah Binti
Muhammad” Empat wanita ini adalah contoh-contoh wanita yang memperoleh
kemuliaan walau dengan keadaan yang berbeza-beza. Jika kita lihat keempat
wanita ini, dapat kita ketahui bahawa untuk mencapai tingkat yang mulia itu
bisa dalam keadaan apapun dengan NIAT
dan HATI yang IKHLAS hanya kerana ALLAH.
Bacalah dan Fahamilah Kisah mereka.
1. Asiah Binti Muzahim, Isteri Firaun
Asiah ini ialah salah satu wanita yang disebutkan dalam AL QURAN sebagai wanita teladan. Salah satu wanita yang
mendapatkan kemuliaan dari ALLAH walaupun Suami Asiah ini adalah seorang yang
kafir, orang yang paling bengis, orang yang banyak menimbulkan kerosakan di
dunia iaitu Fir'aun bahkan dia sombong kerana mengaku dirinya sebagai Tuhan.
Dalam keadaan seperti ini Asiah tetap Istiqomah untuk tetap mengabdi kepada
ALLAH menjadi ‘Hamba ALLAH’. Hingga suatu saat Asiah pernah meminta kepada
ALLAH, “Ya ALLAH di dunia aku tidak merasakan rumah tangga yang damai, di dunia
aku tidak mendapatkan kasih sayang seorang suami yang baik, di dunia aku tidak
merasakan keutuhan berumah tangga. Maka bangunkanlah untukku Ya ALLAH di Syurga
nanti Sebuah Rumah dekat ENGKAU di sisi-MU. Walaupun suaminya seorang yang
kafir, sombong dan bongkak kerana cintanya Asiah Binti Muzahim kepada ALLAH dia
tetap melaluinya dengan sabar walaupun didunia dia dikurniakan kemewahan hidup
tetapi hati tidak juga tenang kerana kita akan tenang bila hati kita sentiasa
mengingati ALLAH S.W.T
2. Maryam Binti Imran, Ibu Nabi Isa A.S
Wanita kedua yang menjadi tauladan bagi kaum hawa adalah Maryam.
Maryam mendapatkan kemuliaan yang berbeza dengan wanita-wanita yang lain.
Maryam mendapatkan kemuliaan dari Allah dengan melahirkan seorang Nabi iaitu
Nabi Isa tanpa seorang ayah yang menghamilinya.
Ketika itu Maryam sering diejek oleh orang ramai, ketika melahirkan
Isa tanpa seorang ayah. Daripada kejadian ini dapat kita simpulkan bahawa ALLAH
berKUASA atas segala sesuatu dan hal yang demikian berFIRMAlah ALLAH di dalam SURAH YASSIN AYAT ayat
82, SeSUNGGUHnya keADAan keKUASAanNYA apabila Ia mengHENDAKi adanya seSUATU,HANYAlah ia berFIRMAN kepada (HAKIKAT)benda itu:
JADIlah ENGKAU!maka ia terus menJADI.
Hadis riwayat Ali bin Abu Thalib ra., ia berkata:
Saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sebaik-baik wanita
ialah Maryam binti Imran. Sebaik-baik wanita ialah Khadijah Binti Khuwailid.
(Shahih Muslim No.4458).
Kesimpulannya, demi Amanah daripada ALLAH sanggup jua ditanggung demi
membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ALLAH SWT . ALLAH telah memuliakan
Maryam walaupun harus melahirkan seorang Nabi Isa tanpa seorang ayah. Dari sini kita
mendapat pelajaran yang sangat berharga bahawa kekuasaan ALLAH itu benar-benar
NYATA bagi orang-orang yang berIMAN.
3. Siti Khadijah Binti Khuwailid, Isteri
Rasulullah Saw
Wanita yang ketiga yang yang menjadi tauladan bagi para wanita adalah
isteri Rasulullah iaitu Siti Khadijah. Kita semua tahu isteri Rasulullah adalah
wanita yang baik kerana Rasulullah adalah orang yang sangat mulia dan baik
akhlaknya, maka yang menjadi isteri juga orang yang baik. Siti Khadijah ialah
orang yang pertama yang menerima dakwah setelah Rasulullah menerima wahyu yang
pertama iaitu Q.S. Al-Alaq ayat 1-5. Setelah Rasulullah terperanjat dan
ketakutan dengan kejadian yang sangat menganehkan yang telah berlaku di Gua Hira’, Rasulullah lalu pulang dan
menyuruh Siti Khadijah menyelimutinya.
Sungguh wanita yang satu ini adalah wanita yang sangat mulia. Hadis riwayat Ali
bin Abu Thalib ra., ia berkata:
Saya pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sebaik-baik wanita
ialah Maryam binti Imran. Sebaik-baik wanita ialah Khadijah binti Khuwailid.
(Shahih Muslim No.4458). Siti Khodijah adalah wanita yang senantiasa mendukung
dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah. Wanita yang menjadi ‘Ummul Mukminin’
atau orang yang pertama yang masuk Islam. Pasangan Rasulullah dengan Siti Khadijah
ini adalah salah satu contoh rumah tangga yang mulia yang boleh diteladani oleh kita selaku umat Nabi.
Siti Khadijah seorang wanita yang setia di sisi suami, di kala kaumnya mengecam
dakwah suaminya dan sanggup menghabiskan
harta untuk kemulian Agama Islam.
4. Fatimah Binti Muhammad, Anakanda Nabi S.A.W
Wanita yang keempat yang menjadi tauladan bagi kita adalah Fatimah
Binti Muhammad. Fatimah adalah seorang wanita yang sangat mulia akhlaknya dan
sangat cantik parasnya sehingga beruntunglah Ali Bin Abi Thalib menjadi
pasangan hidupnya. Fatimah adalah seorang anak
yang sangat disayangi oleh Rasulullah, begitu juga Fatimah yang sangat menyayangi Rasulullah.
Setelah Ibunya Siti Khadijah
Wafat, maka Rasulullah satu-satunya orang tua yang Fatimah sayangi.
Hal ini dibuktikan dengan pertolongan
Fatimah ketika Rasulullah terluka dalam Perang Uhud.
Itulah kisahnya yang boleh diteladani sifat-sifat mereka untuk kita
menjadi Seorang MUSLIMAH yang berjaya diDUNIA dan diAKHIRAT. Bukan harta yang
mereka inginkan dalam memper’hamba’kan diri mereka kepada ALLAH tetapi rasa
cinta yang lahir dari hati mereka kepada ALLAH SWT yang mana sanggup mengorbankan JIWA dan RAGA untuk ISLAM berkembang sehingga kini dan selamanya.
Jadikan kisah mereka ini sebagai satu
inspirasi untuk menjadi WANITA
SOLEHAH dan dapat menggelarkan diri kita sebagai “BIDADARI DUNIA dan AKHIRAT”.
Mudah untuk kita mendapat gelaran itu hanya perlu “AD DIN”. Fahamkan maksud ISLAM,
IMAN DAN IHSAN segalanya mudah dan seperti yang Izza katakan diawal WACANA ini yang mana NIAT dan HATI itu
memainkan peranan yang penting untuk meREALISASIkan IMPIAN kita, untuk menjadi
seorang Wanita Solehah hanya perlu memilih
menJADI seBESAR-BESAR FITNAH
atau menJADI seBAIK-BAIK
perHIASan. Maksud W.A.N.I.T.A itu sendiri yang bermaksud Wanita Akan Nampak Indah Tutup Aurat telah
memperjelaskan yang kita wanita ini memang perhiasan tetapi jika sesuai pada
‘Hukum Syarak dan SyariatNYA’. Kita juga perlu pandai memilih sahabat. Bukan
kita ini orangnya baik tetapi kita inginkan seseorang apabila kita mengenalinya kita tahu agamanya
yang mana agamannya itu mampu membawa diri kita dekat pada ALLAH SWT. Nikmat yang paling
berharga selepas nikmat IMAN dan ISLAM
adalah memiliki SAHABAT yang SOLEH dimana ianya juga nanti merupakan
SUAMI yang diTAKDIRkan oleh ALLAH untuk
kita. Jika kita ingin seorang sahabat yang soleh, maka kita perlu memperSOLEHAHkan
diri kita terlebih UTAMA. Jangan mengHARAPkan sahabat yang SOLEH tetapi kita
KUNTILANAK. Kita selaku manusia memang tidak sempurna , tetapi ALLAH ada
mengurniakan kita AKAL jadi gunakan
pemberianNYA sebaik mungkin dan jangan dipersiakan. Jom kita hayati puisi Izza
yang seterusnya mengenai keTAATan dan NIKMATnya.
:: Taat Itu Nikmat::
Sahabat!!
Mari kita TAUBAT
SeBELUM terLAMBAT
HIDUP ini SINGKAT
Tiada yang terIKAT
Sahabat!!
Mari kita SOLAT
BerDIRI RAPAT-RAPAT
SELALUlah berINGAT
Agar NIKMAT itu kita DAPAT
ALLAH Maha MeLIHAT
DIA sentiasa MeLIHAT
Jangan kita LIGAT
Mengejar nikmat DUNIA yang
SINGKAT
TAAT itu NIKMAT
HENTIkan MAKSIAT
KIAMAT sudah DEKAT
Jangan sampai kita HILANG
nikmat
Sahabat!!
SELALUlah berINGAT
AMALan kita diCATIT MALAIKAT
Tidak terIKAT
Malah sentiasa meLEKAT
Sahabat!!
HIDUP mesti berSYARIAT
Agar kita tidak diLAKNAT
DUNIA AKHIRAT sentiasa SELAMAT
SYURGA meNANTI, itulah NIKMAT
Hasil Nukilan: Nurulizza Hj Ab
Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Izza bukanlah seorang yang pandai menyusun ayat puisi yang berpuitis .
Ayat-ayat Izza akan terhasil bila HATI mula berBICARA .Sesiapa saja yang
mengenali Izza boleh mengetahui ayat-ayat senget yang terdapat di BLOG Dan
STATUS MUKA BUKU. Banyak lagi
puisi-puisi Izza yang kalau nak diikutkan semua hasil puisi Izza hendak dikongsikan bersama dengan anda tetapi kena
tengok sesuai ke tidak dengan apa yang Izza coretkan. Tanam AZAM dalam JIWA yang kita ingin menjadi yang terBAIK antara yang baik. Dengan
niat yang suci ini, semoga ALLAH memudahkan segalanya. ::Aku wanita biasa. Aku ingin menjadi ANAK SOLEHAH yang mampu
menJADIkan AYAH dan MAMAku menjadi AHLI Syurga-MU dengan RahmatNYA, yang
memBANTU SUAMIku dalam mengurus RumahTangga ke Arah Keluarga SAKINAH, MAWADDAH
dan WARAHMAH untuk berSAMA ke NEGERI ABADI berSAMA CINTA YANG MAHA KUASA:: Jom
layan dan hayati pula mengenai puisi Izza yang bertajuk Jiwa. Puisi ini mengisahkan yang kita (diri
sendiri) bercakap di dalam ALAM BATHIN
yang hanya dapat dirasa melalui HATI
kita apabila JIWA kita hendak LUAHkan
kepada KITA dan apa yang akan kita
lakukan yang terbaik untuk JIWA dan ROH yang bersatu dalam JASAD.
:: Jiwaku!!::
Jiwaku!!
KAU adalah AKU, aku adalah kau
KeMANA kau meLANGKAH, diSITUlah
aku
CERMINan aku adalah kau
Kita seHATI dan kita seRASA
Jiwaku!!
BISIKan kau padaku
Adalah aku yang menyuarakan
Kita bersatu dalam 'SATU'
Jiwaku!!
Aku terLUPA, kau mengINGATkan
Aku DEGIL, kaulah peNASIHAT
Apapun rasa kita
Kita pasti berCANGGAH
Walaupun kita adalah SATU
Jiwaku!!
IMPIAN kita adalah SAMA
AKAL kita mungkin berBEZA
DiSAAT kau mengatakan YA
Aku kata TIDAK
DiSINIlah penCANGGAHan kita
Jiwaku!!
INGATlah perJANJIan kita
bersamaNYA
DiSAAT DIA meniupkan ROH
BerSATUlah kita dalam JASAD
Kita hanyalah hambaNYA
Memperhambakan diri itulah
JANJI kita
Jiwaku!!
Kita ke DUNIA keranaNYA
Tiba MASAnya kita kembali
kepadaNYA
"BUAH TANGAN"
untukNYA?
Apa yang INGIN kita BERI untukNYA?
DiKURNIAkan AKAL
Itulah JAWAPANnya!!
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab
Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Apabila kita sudah berbual atau berbincang antara Jiwa Dan Roh. Maka
untuk seterusnya AKAL dan NAFSU yang akan menunaikan apa yang dibincang. Jika inginkan
kejayaan maka NIAT haruslah TULUS. HATI mestilah TABAH melalui dugaan dan ujian
untuk menyempurnakan dan menjayakan
permintaan Roh Dan Jiwa. Yang utama yang perlu kita lakukan yang wajib iaitu 5
WAKTU yang INDAH. Jom KITA baca lagi hasil puisi Izza yang seterusnya yang
bertajuk Lima Yang TerINDAH .
:: Lima Yang Terindah::
SUBUH
Pagi yang INDAH
Hati yang TEDUH
KeCANTIKkan terSERLAH di WAJAH
TerBUNUHnya sikap ANGKUH
Lahirnya KELUARGA yang UTUH
KeDAMAIan pasti berLABUH
ZUHUR
JIWA yang SABAR
HATI tidak KUFUR
Selalu rasa berSYUKUR
IBADAH tidak UZUR
HIDUP sentiasa MAKMUR
ASAR
Tiada rasa GENTAR
Sentiasa SENYUM meLEBAR
REZEKI berJALAN LANCAR
Mengharungi pahit getir
Dengan penuh sabar
MAGHRIB
MeLAKUkan WAJIB
WIRID yang TERTIB
JAUH dari AIB
Dengan izinNYA,terbukanya HIJAB
ISYAK
TerHINDARnya daripada sifat
MUNAFIK
TerHALANG daripada PANAS TERIK
Tidak pernah SERIK
Terhindar daripada sifat
MATERIALISTIK
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab
Karim
Hanya Mampu Tersenyum
SOLAT itu Tiang AGAMA. Meninggalkan solat maka jawablah sendiri dengan
kepandaian anda sebagai ‘KHALIFAH ALLAH’. Setelah WAJIB kita tunaikan maka
lakukan yang sunat untuk menampung dan peneman kita di Alam lain. Jom Kita layan puisi Izza yang
seterusnya yang bertajuk :-
:: Saat SeperTIGA MALAM::
Sepertiga Malam!!
Lena DiULIT MIMPI
TerJAGA tanpa diSEDARi
Bangunlah!!, saat MATA terBUKA
Itulah TANDA kasihnya DIA
kepada kita
Sepertiga Malam!!
Sunyi sepi
Saat insan lain diulit mimpi
KeTENTERAMan,keTENANGan dan
keDAMAIan
Inilah WAKTUnya, kita memperHAMBAkan
diri
MengINSAFi dosa-dosa silam
Sepertiga Malam!!
CINTA atas langit yg terINDAH
BENTANGan sejadah keIMANan
TUNDUK hamba abdi kepada
PENCIPTA
TANGISan dosa terDAMPAR
HAMPARan keINSAFan terSEMAT
Itulah kita!!
Hamba tetap hambaNYA
Sepertiga Malam!!
TAHJUD, TAUBAT,TASBIH
DiLAKUkan dengan NIAT
MengHARAP keampunanNYA
MenCARI redhaNYA
Ya ILAHI, Aku ingin kembali
kepadaMU
Kembali seperti yang kita
JANJIkan
DaripadaMU kudatang
KepadaMU jua, ku akan kembali
Kembali seperti datangnya aku
SeSUCI kain putih
Tidak terCALAR dengan DOSA
Maka, terimalah aku seperti
ASALnya keJADIanku
Hasil Nukilan: Nurulizza Hj Ab
Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Setelah kita memperbaik diri kita
dengan setulus hati, kita serahkan sahaja untuk urusan seterusnya kepada
ALLAH SWT. Matlamat utama kita ialah menCARI
CINTA ALLAH dan menCARI JALAN MENUJU
REDHA ILAHI. Kita lakukan apa yang
disuruh dan kita jauhkan apa yang dilarang olehNYA. CINTA dan KASIH SAYANG adalah FITRAH. Ianya PERLU untuk BAJAan JIWA. HIDUP tanpa cinta dan kasih sayang adalah kehidupan yang hambar dan tidak bermakna . Manusia memerlukan CINTA
dan KASIH SAYANG untuk mewarnai kehidupan seterusnya di Alam Perkahwinan untuk
memBINA HUJAN keIMANan dan PELANGI keTAQWAan seperti puisi yang Izza hasilkan.
Manusia yang berUNTUNG adalah manusia
yang mentiti diatas jejambat CINTA dan KASIH SAYANG KeranaNYA. Lantas dia
memperolehi CINTA dan KASIH SAYANG itu sebagai tanda untuk menyedari keDUDUKanNYA dibawah keBESARAN ILAHI. Wahai Muslimah, wanita yang cantik akan membuka “ Mata Lelaki” tetapi wanita yang
baik akan “Membuka Hati LeLaki” ::DIRIku
tidak SEMPURNA,dengan keHADIRan dirimu akan menyempunakanku dengan keIMANanmu
untuk kita bersama MENUJU cintaNYA::
Abdullah bin Amr meriwayatkan
sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
dunia adalah wanita solehah .” (Hadis Riwayat. Muslim no. 1467).
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar Ibnul Khathab R.A:
“Mahukah aku beritakan kepadamu tentang sebaik-baik perBENDAHARAan
seorang lelaki, diSISInya ialah ISTERI SOLEHAH
yang apabila dipandang akan
menyenangkannya, apabila diperintah
akan mentaatinya, dan apabila ia keseORANGan si isteri ini akan menjaga dirinya.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud no. 1417. Asy-Syaikh Muqbil t berkata dalam
Al-Jami’ush Shahih 3/57: “Hadits ini shahih di atas syarat Muslim.”)
Berkata Al-Qadhi Iyyadh: “Tatkala Nabi
menerangkan kepada para sahabatnya bahawa tidak berdosa mereka mengumpulkan harta
selama mereka menunaikan zakatnya, beliau memandang perlunya memberi khabar
gembira kepada mereka dengan menganjurkan mereka kepada apa yang lebih baik dan
lebih kekal iaitu isteri yang solehah yang cantik (lahir batinnya) kerana ia akan selalu bersamamu menemanimu. Apabila
engkau pandang menyenangkanmu, ia tunaikan keperluan apabila engkau
memerlukannya. Engkau dapat bermusyawarah
dengannya dalam perkara yang dapat membantumu dan ia akan menjaga rahsiamu. Engkau dapat meminta bantuannya dalam
keperluan-keperluanmu, ia mentaati perintahmu dan apabila engkau
meninggalkannya ia akan menjaga hartamu dan memelihara dan mengasuh
anak-anakmu.” (‘Aunul Ma‘bud, 5/57)
Rasulullah S.a.w. pernah pula
bersabda:
“Empat perkara termasuk dari kebahagiaan, iaitu wanita (isteri ) yang solehah, tempat tinggal
yang luas dan lapang, tetangga yang
soleh, dan tunggangan (kenderaan) yang nyaman. Dan empat perkara yang merupakan kesengsaraan
iaitu tetangga yang buruk, isteri yang jelik (tidak solehah ), kenderaan yang
tidak nyaman, dan tempat tinggal yang sempit.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Al-Mawarid hal. 302,
disahihkan Asy-Syaikh Muqbil dalam Al-Jami’ush Shahih, 3/57 dan Asy-Syaikh
Albani dalam Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah no. 282).
Ketika Umar Ibnul Khaththab bertanya kepada Rasulullah: “Wahai
Rasulullah, harta apakah yang sebaiknya kita miliki?” Beliau menjawab:
“Hendaklah salah seorang dari kalian memiliki hati yang bersyukur, lisan yang senantiasa berzikir dan Isteri Mukminah yang akan
menolongmu dalam perkara akhirat.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah no. 1856, dishahihkan Asy-Syaikh
Albani t dalam Shahih Ibnu Majah no.
1505).
Jadi selaku muslimah yang inginkan kebahagian didunia dan akhirat maka
dengan ini jangan bermati-matian mengejar sesuatu yang tidak boleh dibawa mati. Jaga aurat
kita! Jaga tingkah laku kita. Jangan terpedaya dengan kata-kata kosong dan
janji manusia malah jangan terpedaya
dengan basa basi duniawi. Jom kita baca pula puisi Izza yang seterusnya yang
bertajuk “Jalan Cinta”
.
:: Jalan Cinta::
Hanya satu HARAPAN
Hanya satu pengharapan
Hanya DIA
DIA yang ESA
DIA yang berKUASA
BerMULA cinta daripadaNYA
BerAKHIR cinta HANYA untukNYA
MeRINTIHlah JIWA, mengHARAP
kasihNYA
Dibatas DUNIA
Hanya SEMENTARA
"SYURGA ABADI"
dambaan jiwa
PerJALANan masa LALU
JADIkan INSPIRASI meraih
cintaNYA
KePAHITAN lalu diTELAN
KeHITAMan lalu diBUANG
KeTULUSan kini, diMANTAPkan
lagi
Hanya cintaNYA berSEMI di HATI
KeLALAIan JIWA meRUGIkan
TerLENA seketika, bangunlah
MATA HATI
Jangan terpedaya
Basa Basi DUNIA FATAMORGANA
Hanya sementara
Jalan Cinta!!
Dalam SYURGA FIRDAUSI
BersamaNYA jua yang kekal ABADI
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab
Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Cukuplah kemuliaan dan keutamaan bagi wanita solehah dengan anjuran Rasulullah bagi lelaki yang ingin menikah untuk
mengutamakannya dari yang selainnya. Baginda bersabda:
“Wanita itu dinikahi kerana
empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang
punya agama, engkau akan beruntung.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5090 dan
Muslim no. 1466). Jom kita baca sebuah puisi hasil daripada jari-jemari Izza
yang menari yang bertajuk Cinta .
:: C.I.N.T.A ::
Cinta!!
SeHEBAT mana CINTA kita pada
seseORANG
Hebat lagi kasihNYA DIA pada
kita
SETIA mana kita pada seseORANG
LAGI setianya DIA kepada kita
TatKALA orang meninggalkan kita
DIA tidak pernah meninggalkan
kita
Cinta!!
SeAGUNGnya manusia itu
Lagi AgungNYA DIA
DIA yang memiliki ARASY
DIA yang meRANCANG SEGALAnya
DIA yang menTADBIR semesta ALAM
DIA yang menentukan
Cinta!!
Mengapa perlu meyeksa JIWA dan
HATI?
Kita milikNYA!!
Kita hambaNYA!!
PEMILIK dengan rasa kasihNYA
PEMILIK dengan rasa sayangNYA
CINTAilah DIA seIKHLAS ragamu
Cinta!!
Jangan mudah terpedaya
CINTAilah peMILIKi cinta
PASTInya DIA memilih seseORANG
untuk diCINTAi
Dia yang terCIPTA untukmu
Dia yang menjadi BELAHan JIWAmu
Dia yang seBAHAGIan darimu
Cinta!!
Dia BELAHan JIWAmu yang sepadan
dirimu
Dia TULANG BELAKANG keKUATanmu
Dia TULANG RUSUK keTENANGanmu
Dia TONGKATmu dalam keBUNTUan
Dia penyejuk MATAmu
Dia adalah cahaya kasihNYA DIA
kepadamu
Dia adalah PENEMAN DUNIA dan
AKHIRATmu
SIAPAkah dia?
Hanya DIA yang mengetahuinya
Cinta!!
Aku tetap menunggumu
BIARpun kini, kita berJAUHan
SAATnya tiba, kita berTEMU
PELIHARAlah HATImu
LINDUNGi IMANmu
KEKALkan keTAQWAanmu kepadaNYA
KELAK berSAMA kita ke syurgaNYA
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj
Ab. Karim
Hanya Mampu Tersenyum
::Hanya pada ALLAH aku
sandarkan HARAPan. Yang MAHA PENYAYANG, KURNIAkanlah aku pasangan yang
mencintaiMU dan kekasihMU agar dirinya mampu memBAWA aku ke SyurgaMU. AKU hanya
wanita kerdil inginkan BIMBINGan. Kelak aku bersamanya , berMULA diDUNIA dan
kekal hingga JANNAH.:: ::CINTA itu
memBERI,SAYANG itu menerima dan diTERIMA dan RINDU itu adalah KeSERASIan:: Jangan
risau jika saat ini, kita masih belum bertemu dengan Tuan Pemilik Rusuk Tulang
Kiri. Jom kita baca lagi sebuah puisi yang bertajuk Tuan Tulang Rusuk Kiriku.
:: Tuan Tulang Rusuk Kiriku::
Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Saya yang terCIPTA untukmu
Apa khabar dirimu disana?
Saya harap awak sentiasa dalam
rahmatNYA
Saya disini setia menanti
hadirnya awak
Awak yang menjemput saya
Awak yang meMOHON diri saya dariNYA
Menjadi BIDADARI dunia dan
akhirat
Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Saya menanti detik perTEMUan
kita
MenJEMPUT cinta yang
diANUGERAHkanNYA
Cinta yang SENTIASA dalam
redhaNYA
Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Kita berTEMU dalam DOA
Kita meMINTA dalam SUJUD kepadaNYA
MenCURAH KASIH murni antara
KITA
SIAPApun dirimu?
Semoga awak daripada
orang-orang yang mencintaiNYA
MenCINTAi kekasihNYA, TAKUT
akan azabNYA
Tuan Tulang Rusuk Kiriku!!
Saya adalah WANITA biasa
Kala awak menJEMPUTku sebagai
ISTERImu
BIMBINGlah saya menuju JALAN
cintaNYA
Menuju jalan ke SYURGANYA
Supaya kelak SAYAlah BIDADARI
AKHIRATmu
Ya ALLAH!!
SAMPAIkan SALAM RINDUku
kepadanya
Sampaikan RASA KASIHku
kepadanya
SEMAIlah keIMANan diJIWAnya
Sesungguhnya, ENGKAU lebih
mengetahuinya
SIAPA dia yang terCIPTA untukku
JADIkan aku peMILIK cintaMU
Agar aku memilikki cinta dia
yang mencintaiMU
MenCURAH kasihnya padaku
keranaMU
"KULLUM MIN INDILLAH"
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj
Ab. Karim
Hanya Mampu Tersenyum
::Untuk CALON SUAMIku siapapun dirimu inilah LUAHanku untukmu. AKU
adalah wanita biasa aku ingin bersamamu
hingga SYURGA dan aku jugalah KETUA BIDADARImu:: Tugas kita sebagai Muslimah
bukan untuk mencari Insan Sempurna Nabi Muhamamad tetapi kita cuba untuk
menjadi yang terbaik seperti Saidatina Siti Khadijah yang mana keTAATan dan
keCINTAan hanya untuk ISLAM. Bagaimana
cara kita menyemai CINTA untuk ISLAM selaku GADIS yang belum mempunyai
SUAMI?MUDAH Dan TRENGKAS saja hanya perlu JAGA kePERAWANan kita hanya untuk
Suami yang dipilih oleh ALLAH untuk kita sebagai “PERISAI keKUATan keIMANan Untuk
MenJADI SUAMI SOLEH” ::Awak, kita
simpan rindu dulu ye sehingga ALLAH perTEMUkan kita dalam ikatan yang HALAL.
Tidak kisah jika sekarang awak sedang berbahagia bersama insan lain tetapi
andai JODOH kita ada, kita akan tetap berSAMA. Kita cari cinta DIA dan
KEKASIH-NYA, In shaa ALLAH kita akan perolehi apa yang kita SIMPAN selama ini
di HATI untuk kita berSAMA seLAMAnya:: Ayat Izza membuktikan bahawa ,
mencintai seseorang dalam diam walaupun kita tahu yang dia sudah berteman
tetapi belum berNIKAH maka kita malu untuk meLUAHkan PERASAAN kepadanya maka
ALLAH lah tempat kita berGANTUNG HARAPan untuk dia yang ingin kita milikki
sebagai SUAMI yang mendapat RESTU ALLAH
hanya dengan mengerjakan PERINTAH ALLAH SWT dengan HATI yang KHUSYUK dan TULUS
daripada ‘NAFS’ untuk kita menDEKATkan lagi JARAK kita dengan penDAMPING HALAL kerana setiap
manusia ini telah diTAKBIR (MAHA BerKUASA) di awal keJADIan kita. Hanya perlu
menCARI ALLAH dalam JIWA kita dan NUR
MUHAMMAD yang akan ditentukan olehNYA berPAKSIkan ‘NIAT’. Tanpa berteman juga kita akan rasa bahagia dan
indah. ‘Manusia yang paling bahagia
adalah yang paling kuat cintanya
pada ‘ALLAH’. (Imam AL-GHAZALI) ::
Jemput JODOH dengan keIMANan,RAIkan CINTA dengan keTAQWAan:: Muslimah!, selagi anda belum ada SIJIL NIKAH atau keDENGARan ‘LAFAZ SAKINAH’ (Lafaz IJAB Dan KABUL)
daripada Seorang LELAKI yang
menyalami TANGAN WALI anda jagalah keTAATan kita pada ALLAH. In Shaa ALLAH, DIA akan memberi kita SUAMI yang ‘SOLEH DIDUNIA
dan AKHIRAT’. Dia yang TIDAK akan menCINTAI kita kerana keCANTIKkan,tetapi
dia yang memilih kita kerana keTAATan dalam erti yang seBENARnya iaitu ‘IMAN dan
TAQWA’. Muslimah! Bukan HARTA yang
Izza dambakan dalam HIDUP,
bukan NAMA tetapi keAMANan yang Izza
nak dalam dunia yang sementara ini yang hanya basa-basi yang sekadar hanya satu
perSINGGAHan untuk kita ke NEGERI ABADI. (AKHIRAT). Izza hanya
ingin diGELAR sebagai “BIDADARI DUNIA
Dan AKHIRAT”. Malah IZZA ingin
bertemu dengan ALLAH SWT dalam
keadaan SUCI dan BERSIH daripada sebarang DOSA. ALLAH S.W.T tidak pernah memungkiri JANJI-NYA. Maka, kita sebagai Muslimah tidakkah kita mahu
meLIHAT WAJAH ALLAH SWT yang selama
ini kita PUJA, PUJI , SANJUNG Dan KITA SEMBAH?. ALLAH yang ESA yang
tiada TUHAN selain ALLAH SWT yang telah terbukti dengan “SYAHADAH” yang bermaksud “TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
SWT, DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH”. Jadi ayat ini menjelaskan TIADA ALLAH diHATI kita Maka Tiada Jualah
ALLAH diJIWA ANDA!!. DIA dekat dengan
kita apabila kita DEKAT padaNYA dengan cara “IMAN Dan TAQWA”. Maka lakukan SERUanNYA dan TINGGALkan LARANGanNYA.Lakukan dengan “ISTIQOMAH,TAWADHU dan DOA”. Muslimah! Jadilah PERISAI keKUATan IMAN untuk pendamping
kita diDUNIA dan diAKHIRAT. HAPUSkan keMAKSIATan yang boleh meROSAKkan
“Mahkota KeIMANan Kita”. Ingatlah !!
Segalanya bermula dari kita sebagai MUSLIMAH
dimana ALLAH telah memberi keLEBIHan kepada kita dengan RAHIM (Pangkal Rahim )kita yang mampu
memberi ZURIAT kepada SUAMI yang lebih mudah ANAK sebagai
TANDA KASIH SAYANG Dan pengIKAT kita
dengan ‘MAHKOTA IMAN’ yang terpelihara hanya untuk SUAMI ATAU IMAM kita untuk kita tetap
bersama dengannya diDUNIA Dan AKHIRAT. Dengan IMAN
kita juga tidak akan terPISAH dengannya walaupun ada diantara kita yang akan pergi dulu menyambut
PanggilanNYA. Maksud ayat yang ingin Izza simpulkan terpisah SUAMI atau
terpisah ISTERI tetap SETIA walaupun
berpisah DiDUNIA sementara
tetapi tetap berTEMU di SYURGA-NYA. Maka, kitalah sebagai PERISAI yang
menTADBIR SYURGA dalam RUMAH TANGGA dengan keKAYAan IMAN
Dan TAQWA kepada ALLAH. Walaupun kita diKURNIAakan 9 NAFSU 1 AKAL , dengan 1
AKAL itulah kita mampu menundukkan
SUAMI dengan MULUT kita yang
sentiasa memBEBEL atau berKATA-KATA jika terdapat keSILAPan yang dilakukan oleh AYAH Dan ANAK kerana kita adalah ‘IBU’
dan ALLAH telah berFIRMAN: ‘SYURGA’ itu terLETAK
dibawah “TAPAK KAKI IBU”. Muslimah!!
Kita semua adalah HAMBA-NYA maka kita
kembalilah kepada DIA. DIA Yang akan
memBIMBING diri kita ini menuju JALAN Yang DiREDHAI-NYA. Jom kita dengar lagu ZINNIRAH-UNIC dan hayati dan fahamkan lirik lagu tersebut. Walaupun
wajah kita tidak cantik, tetapi HATI
kita hanya untuk ALLAH siapapun kita
hari ini kita hanyalah HAMBA-NYA.
Hadirmu bersama kuntum SENYUMAN
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian FIRDAUSI
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah
MATAmu jadi TARUHan
GANTIan LARA NILAIan IMAN
Ayuh bersama kita susuri!!
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala
Oh Zinnirah!!
Kau umpama BINTANG di MALAM hari
Menerangi MALAM dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh ZINNIRAH!!
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh ZINNIRAH!!
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi
Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman
Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
PENYERI di FIRDAUSI!!
Izza adalah HAMBA-NYA yang kedil. Semoga IZZAlah insan yang dipanggil ‘Zinnirah’.
DOAkanlah ye semoga IZZA BERJAYA!!. MUSLIMAH lakukan sesuatu itu dengan NIAT
kerana ALLAH. Kala HATI Izza berBICARA kita akan berjumpa di TAIPan yang seterusnya. SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM
GOLONGAN HAMBA-HAMBA YANG MENCINTAI-NYA. AAMIIN
:: AirMATA Kasih::
Kala keSEPIan
Kala aku keSEORANGan
Aku diKASIHi seTULUS-MU YA ALLAH
KAU HADIRkan airmata ini
Tanda kasihMU kepadaku
Kala aku keSEORANGan
Aku diKASIHi seTULUS-MU YA ALLAH
KAU HADIRkan airmata ini
Tanda kasihMU kepadaku
Sekalipun aku diBENCI
Sekalipun aku diFITNAH
KAU sentiasa berSAMAku
AIRMATA penCUCI DOSA!
AIRMATA pemBUKA 'MATA HATI'
AIRMATA itulah keBAHAGIAan
Bahagia DiDUNIA dan AKHIRAT
BersamaMU DI SYURGA-MU
Sekalipun aku diFITNAH
KAU sentiasa berSAMAku
AIRMATA penCUCI DOSA!
AIRMATA pemBUKA 'MATA HATI'
AIRMATA itulah keBAHAGIAan
Bahagia DiDUNIA dan AKHIRAT
BersamaMU DI SYURGA-MU
YA ALLAH!
JADIkan airmata ini TANDA KASIHku
JADIkan airmata ini, tanda peng'hamba'anku
Airmata ini menDEKATkan aku denganMU
Sirami HATIku dengan NUR kasihMU YA ILAHI
JADIkan airmata ini TANDA KASIHku
JADIkan airmata ini, tanda peng'hamba'anku
Airmata ini menDEKATkan aku denganMU
Sirami HATIku dengan NUR kasihMU YA ILAHI
Airmata KASIH!
BerLINANGlah selalu, agar aku mengenaliMU
Agar akulah KekasihMU YA ILAHI
Sentiasa dekat denganMU
Aku ingin terus berSAMA-MU
Aku ingin menJADI BIDADARI SYURGA-MU!
BerLINANGlah selalu, agar aku mengenaliMU
Agar akulah KekasihMU YA ILAHI
Sentiasa dekat denganMU
Aku ingin terus berSAMA-MU
Aku ingin menJADI BIDADARI SYURGA-MU!
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
Hanya Mampu Tersenyum