Welcome

RSS

Puisi : Bila Satu Hari Dan Selamanya Tiada Lagi

:: Bila Satu Hari Dan Selamanya Tiada Lagi::
Terakhirku mendengar gelak tawa mereka
Senda gurauan mencuit hati
Suara mengusik bergema lagi
Aku, dia dan mereka saling mengusik
Esok, saat NAFAS ini di KEMBALIkan kepada Tuhan-Nya
Tiada lagi namaku di sebut!
Hanya kenangan mengulit sepi!
MEMORI INDAH hanyalah MIMPI
Dengan perlahan,
Tubuhku diturunkan ke dalam lubang yang sempit
Bertilamkan Tanah dan berpakaian serba putih
Tanpa jahitan tanpa sulam-sulaman
Dengan bantuan mereka,badanky di timbun tanah
Sedikit demi sedikit akhirnya, aku berada di 7 KAKI BAWAH TANAH
KeDENGARan Bacaan TALQIN
lalu semua orang meninggalkanku
Masih terdengar jelas langkah kaki mereka
Kini, aku sendirian di tempat gelap
Di suasana baru, penantian untuk destinasi seterusnya
Berdebar-debar menanti kedatangan mereka
Menyoal dan menyelidik diriku
YA ALLAH!
Saat ini berlaku
PerMUDAHkanlah Urusanku bersama mereka
Aku keseorangan saat itu!
Wahai Sahabatku!
Doakan diriku agar mudah menjawb soalan penemuduga itu
Mereka tanya soalan yang sudah di bocorkan tetapi bukan aku yang menjawabnya tetapi AMALanku
YA ALLAH!
TERIMAlah AMALanku ini
KURNIAkan aku ILMU yang berMAFAAT Dan IBADAH yang diterimaMu
Dan jadikan aku ini sebagai hamba yang KAU Cintai
Perkenankan permohonanku YA AZIZ!
"Bidadari Syurga Firdausi" itulah permohonanku
Sesungguhnya, aku ingin mencintaiMu seikhlas hati keranaMu
Sentiasa BersamaMu!


Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
3.52pm 14/8/16

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi : Kaabah Kiblat Kita!!

::Kaabah Kiblat Kita!::
Kaabah Kiblat Kita!
Panggilanmu Menjelma lagi!
Tumpuan DUNIA seLURUH Umat ISLAM 
Datang memBAWA DOSA, penyucian jiwa NURANI
Yang TERANG Tiada KELAM
Kaabah Kiblat Kita!
Panas tidak terasa
Sejuknya suasana, tenang mendamaikan jiwa
Memandangnya mengundang RAHMAT
Semakin sayu, semakin DEKAT
Kaabah Kiblat Kita!
Memandangmu, Hatiku meronta!
Rasa Ingin terbang ke sana!
Kenangan di sana menjela di Minda
Segalanya bermula bila hajat di makbulkanNya
Kaabah kiblat Kita!
Aku ingin menjadi 'Bidadari Syurga Firdausi'
Arasy TerAgung Pencipa Abadi
Bersama CintaNya, Hatiku Indah Abadi
Tiada duka yang kekal lagi
Kaabah Kiblat Kita!
Nasihatku, kepada yang menjadi tetamuNya
Carilah maksud TETAMU ALLAH yang sebenarnya
Jangan sia-siakan apa yang diberikan kepada Anda!
Pratikkan ke jalan yang benar yang tiada menyempangnya!
Haji MABRUR, tiada sehebat ganjaran melainkan ' SYURGA'
Hasil Nukilan : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerpen 15: Ustaz Hipster Itu Suami Aku!

Cerpen 15 : Ustaz Hipster Itu Suamiku! 
Penulis: Nurulizza Hj Ab Karim


            Nurul Insyirah (NI) tidak menyangka yang dia di pertemukan dengan seseorang yang perangai pelik tetapi dalam masa yang sama orang itu serba boleh. Pertemuan Nurul Insyirah bersama suaminya Mohd Faizal (MF)  bermula di muka buku.  Tidak pernah menduga dan tidak pernah terlintas di hati. Semuanya adalah Rahsia ALLAH. Dia menyerah segalanya kepada ALLAH. Tidak mencari dan hanya menunggu. Janji ALLAH itu pasti. Tiba saatnya pasti bersatu dalam ikatan ‘CINTA HALAL’ yang lagi membahagiakan dan sentiasa dalam Restu Dan Rahmat ALLAH SWT. Nurul Insyirah suka mendengar lagu yang bertemakan KeTUHANan (Nasyid) dan berirama ‘buaian jiwa’ yang sesuai dengan jiwanya yang suka berjiwang tetapi ayat tidak berpuitis. Ikut perasa H.A.T.I yang di rasai. Korang, hayatilah lirik lagu ‘HALAQAH CINTA’ Nyanyian oleh  Abay Motivasinger. Lirik yang penuh kesiratan dan kesuratannya.

Ribuan malam
Menatap bintang dan harapan
Dan ribuan siang
Menahan terik penantian
Mungkin Tuhan ingin
Kita sama-sama tuk mencari
Saling merindukan dalam do’a-do’a
Mendekatkan jarak kita


Tuhan pertemukan
Aku dengan kekasih pilihan
Seseorang yang mencintai-Mu
Mencintai Rasul-Mu
Di Multazam kumeminta

Ribuan pagi
Menatap terbit matahari
Dan ribuan senja
Menahan gemuruh didada
Mungkin Tuhan ingin
Kita sama-sama tuk mencari
Saling merindukan dalam do’a-do’a
Mendekatkan jarak kita


Hingga malaikat pun tersenyum mendo’akan kita
Menguatlah keyakinan dihati

Tuhan persatukan
Aku dengan kekasih pilihan
Seseorang yang kan menemaniku
Menuju surga-Mu
Halaqah cinta
Tempat hati bertemu
Halaqah cinta
Tempat hati bersatu

            Halaqah Cinta tempat hati kita bertemu yang bermaksud Mencintai ALLAH, maka ALLAH akan hadirkan seseorang  yang sesuai dengan kita mengikut ‘Kaca Mata ALLAH’  yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk HambaNya. Tanggungjawab utama kita adalah memperhambakan diri kita kepadaNya.  Bukti- bukti kebesaran ALLAH SWT di perlihatkan melalui Alam Semester. Maksud perkataan  itu yang terdapat setiap hurufnya yang mengandungi 4 huruf yang bermaksud ALLAH Lihat, ALLAH Mendengar (A.L.A.M). Nurul Insyirah yakin dan percaya dengan mencintai ALLAH sepenuh hati dan pengharapan hanya kepadaNya jiwa menjadi tenang. 

            “Dan di antara  tanda-tanda ( KebesaranNya ) ialah DIA menCIPTAkan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan DIA menJADIkan  di antaramu Rasa KASIH Dan SAYANG. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat  tanda-tanda (Kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir” (Surah Ar-Rum : Ayat 21)

ALLAH telah menjanjikan apa yang terbaik untuk kita. Belahan jiwa kita juga, adalah seseorang yang akan memahami kita kerana ALLAH menjodohkan kita dengan apa yang kita semai di hati. Jika kita semaikan IMAN Dan TAQWA, In Shaa ALLAH suami atau isteri kita juga semaikan apa yang kita semaikan di jiwa kita. Maka, semaikan dalam jiwa ‘NUR KASIH’ yang mampu menguatkan lagi rasa kasih dan sayang. Perkataan itu ada maksudnya yang tersirat dimana, galilah setiap huruf yang ada 8 itu membawa maksud Nur, Untuk, Roh, Kasih ALLAH SENTUHan IMAN HambaNya. (N.U.R.K.A.S.I.H) Wajarlah, setiap yang kita lakukan ini berniatlah Kerana ALLAH. Permulaan daripada ALLAH dan pengakhirannya tetap Kepada ALLAH. Nurul Insyirah mencintai seseorang kerana ALLAH dan mencintai orang itu dalam diam tanpa menyuarakan apa yang di rasai. Namun, terasa dan merasa itulah Nurul Insyirah dan juga Suaminya (Mohd Faizal)  Cinta Luar Biasa yang mereka kecapi yang hanya di rasai oleh mereka berdua. Cinta dalam diam, rindu dalam doa dan ungkapan sayang dalam sujud mereka kepada ALLAH. Tanpa bicara pada realitinya tetapi pada bathiniah itu perbicaraan cinta mereka. Luar Biasa dan hanya ALLAH yang mengetahui Rahsia mereka. Tatkala kerinduan, pembicaraan hati Nurul Insyirah pasti bersinar (naluri). Rindu yang membuai dalam ‘Hembusan Syahdu’. Syair-syair indah ternukil kerana ALLAH.

Zaujku!
Ketika ini KITA sedang meNANTI
Menunggu saat untuk di perTEMUkan
KeIMANan dan keTAQWAan kita di UJI
Kerana JanjiNYA
Aku setia di sini!

Zaujku!
Bersamalah kita menyerahkan segalanya kepadaNYA

"Jika ALLAH menolong kamu, maka tidak ada yang mengalahkanmu, tetapi jika ALLAH membiarkan kamu ( tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu,hendaklah kepada ALLAH saja orang-orang mukmin bertawakal (Surah  Ali Imran: Ayat 160)

Maka berTAWAKALlah kepada ALLAH
Kita dekat melaluiNYA
D.O.A penDEKAT jarak antara dirimu dengan diriku
Menyayangi keranaNYA!
Merinduimu keranaNYA!

Zaujku!
KeCANTIKkan tiada padaku
Tetapi ciptaanNYA sentiasa INDAH
Indah terDAPAT pada H.A.T.I
SUCIkanlah H.A.T.I kita
Tetaplah berSAMA menCARI REDHA-NYA
SATUkan JIWA kita!
SATUkan H.A.T.I kita!
Misi utama, "Kunci SYURGA" dalam genggaman

Zaujku!
Aku tidak sempurna insan
KeHADIRanmu menyempurnakanku atas RestuNYA
Nur ‎Untuk Roh Umpama Lihat ‎ILAHI
ZUHUDlah ZAUJ Aku!!
Kerana ALLAH, kita pasti bersama

Pertemuan Nurul Insyirah dan Mohd Faizal bermula di Alam Maya (muka buku). Komen mengomen menerbitkan rasa rindu di kedua-dua belah pihak tetapi tidak meluahkan hanya memerhati dari kejauhan. Mohd Faizal ini boleh di kategorikan sebagai Hipster. Makna sebenar hipster pun tidak membawa makna yang terperinci tetapi tetap juga menggelarkan diri Mohd Faizal itu dengan panggilan itu. Mohd Faizal juga ada menyatakan yang Nurul Insyirah ini pelik. Sebenarnya, mereka berdua memang pelik.  RahsiaNya, hanya mereka yang dapat menggali dengan Izin-Nya.

“Dan ALLAH menJADIkan bagimu,pasangan (Suami atau Isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu,serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari Nikmat ALLAH?”  (Surah An-Nahl: Ayat 72)

“Dan orang-orang yang berIMAN, LELAKI Dan PEREMPUAN, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat)  yang MAKRUF dan mencegah dari yang mungkar, meLAKSANAkan SOLAT,menunaikan ZAKAT, dan taat kepada ALLAH Dan RasulNya. Mereka akan di beri Rahmat Oleh ALLAH. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” ( Surah At Taubah: Ayat 71)

Saling tolong- menolong antara satu sama lain dan saling ingat-mengingatkan itulah mereka. Andai terlupa, Insyirah akan mengemukakan soalan kepada Faizal. Sebelum berkahwin dan selepas memiliki ‘Sijil Halal’ itulah rutin mereka. Faizal pelik orangnya. Ayatnya sukar untuk di fahami. alunan muzik-muzik kegemarannya kadang-kala menggambarkan perasaannya. Memang sukar untuk Insyirah fahami  dan salami hati suaminya sebelum mereka menikah. Bila angin kus-kus suaminya hadir, Insyirah hanya mendiamkan diri dan melayan persaannya dengan cara tersendiri. Dalam, kehipsteran suaminya itu, jangan di pandang senget kerana suaminya insan yang di kurniakan ALLAH dengan pelbagai nikmat yang hanya Insyirah mengetahui itu pun melalui pembicaraan hatinya. Hanya ALLAH yang berhak memberi Hidayah kepada sesiapa yang di kehendakinya. Minta pada ALLAH SWT, agar di kurniakan Ilmu yang bermafaat, rezeki yang di berkati dan Ibadah yang di terima oleh ALLAH. F & N Syarikat susu yang antara yang termashur Di Malaysia. Bukan cerita  mengenai Syarikat susu tersebut yang ingin di ceritakan tetapi maksud F & N itu yang bermakna untuk Insyirah. Dalam kesengetan itu ada terbit rasa yang indah yang hanya dia dengan Maha Pencipta yang tahu. Insyirah yang hipster atau Faizal yang hipster? Hahahaha. Semuanya hanyalah kebetulan sahaja, Cuma, hati  yang kadang kala syok sendiri. Bagi pasangan Mohd Faizal Dan Nurul Insyirah (F & N),itu hanya sekadar suka-suki mereka dalam melayari Syurga Dalam RumahTangga mereka. Mereka, kalau bergurau perkataan pelik kadang-kala boleh membina satu makna yang hanya mereka yang mengetahui. Faizal yang suka-suka pusing-pusing ayat  tetapi membawa maksud yang sama juga tetap di fahami oleh Insyirah. Insyirah juga begitu. SubhanALLAH, setiap pasangan itu ada keserasian dan kebersamaannya. Kiri kanan, depan belakang andai satu hati tetap sama. Neuron kanan dan neuron kiri tetap satu otak!
Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara kecil-kecilan dan penuh dengan kewasatiyyahan.  Mereka di nikahkan  sendiri oleh ayah Insyirah yang juga seorang Imam di kampung itu. Tidak ada ikatan percintaan sebelum pernikahan.  Mereka hanya menjalinkan ikatan persahabatan kerana ALLAH. Dengan permulaan ikatan itulah, ALLAH menggerakan hati mereka untuk menghalalkan ikatan itu dalam Restu dan RahmatNya. Mahar untuk isterinya  bukan terletak pada jumlah atau nilaian hantaran tetapi apa yang di hajati olehnya dan Insyirah ialah ‘Mahar Sebuah Syurga’ yang mampu membawa kasih sayang mereka kepada ALLAH.

“Dan NIKAHkanlah orang-orang yang masih memBUJANG di antara kamu, dan juga orang –orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan memBERI keMAMPUan kepada mereka dengan KurniaNya. Dan ALLAH Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui”
( Surah An-Nur : Ayat 32)

            “Wahai manusia! Sungguh, KAMI telah menCIPTAkan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian KAMI  JADIkan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah ORANG yang paling berTAQWA. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui, Maha Teliti” (Surah Al- Hujurat : Ayat  13)

            Selepas upacara pernikahan berlangsung, dengan sekali lafaz maka terpatrilah perjanjian Mohd Faizal dengan Nurul Insyirah ( F& N) sebagai Suami Dan Isteri. Amanah ALLAH untuk mereka yang harus di perjuangkan hingga bertemu ALLAH di Syurga Firdausi. Mereka menunaikan Solat Syukur secara berjemaah dengan pakaian yang di pakai oleh mereka jubah sedondon berwarna unggu merah jambu.  Pembatalan air sembahyang mereka adalah salaman pertama mereka selepas menunaikan Solat Syukur. Itulah permintaan Insyirah. Ingin menunaikan impian hatinya, majlis pernikahan yang sederhana dan berlangsung dengan penuh kesyukuran  di iringi dengan nilaian Iman dan Taqwa. Misi utama ialah mendapatkan Redha ALLAH dan RahmatNya dalam majlis ini. Semasa, Mohd Faizal melafazkan ucapan qabul lagi Insyirah sudah dalam keadaan bertelekung. Inilah perancangan upacara majlis walimatulurus mereka.  Mereka pasangan hipster yang pelik tetapi dalam kepelikkan itu ada niat yang tersimpan keranaNya. Semasa pembatalan air sembahyang yang kedua yang sememangnya telah batal sejurus mereka bersalam selepas Solat Syukur cuma pada adat-adat melayu yang kononnya pembatalan air sembahyang dengan menyarung emas kepada isteri dan juga suami, Faizal memakai gelanga tangan di tangan Insyirah manakala Insyirah menyarungkan cincin di tangan suaminya. Terkedu Insyirah, apabila buat pertama kali, suaminya memanggil dirinya dengan panggilan ‘Bidadari’ yang ana sebelum ini hanya dengan panggilan namanya saja. SubhanALLAH, sungguh hikmahnya apabila memang itulah niatnya apabila dia menjadi isteri dia ingin suaminya memanggil dirinya dengan panggilan ‘Bidadari’. Panggilan itu adalah panggilan doa daripada suami untuknya yang ingin menjadi Bidadari Syurga untuk suaminya.

“Bidadari abang! Rahmat ALLAH besar nilainya. Mahu ke Syurga bukanlah di kira jumlah amalan.  Bukanlah di kira sebanyak mana jawatan. Bukanlah di hitung dari beratnya sumbangan. Namun, seseorang itu hanya dapat ke Syurga dengan Izin dan Rahmat ALLAH. Bidadari abang, sama-samalah kita berusaha kea rah apa yang kita impikan selama ini. Abang menyayangimu kerana ALLAH. Maka kepadaNya kita memohon agar apa yang di kurniakan ini di kembalikan kepadaNya jua”

“Abang, terima kasih kerana sudi memilih Insyirah sebagai peneman abang menuju Syurga. Abang, Insyirah ini wanita biasa yang ilmu agama masih cetek lagi dan perlu di timba. Insyirah mohon daripada abang, bimbinglah diri ini untuk menjadi Isteri Solehah dan  Ibu Mithali kepada anak-anak kita nanti”

“Bidadari abang, selepas ini gunakanlah panggilan Bidadari  itu ye. Abang akan memanggil Bidadari dengan panggilan itu. Hanya Nurul Insyirah Bidadari Dunia Dan Akhirat untuk Mohd Faizal. In Shaa ALLAH. Sama-samalah kita berdoa ye Bidadari abang. Bidadari abang! Satu Hadis Nabi, daripada Anas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud “ Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Bulan Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat  kepada suami, dia akan di suruh memasuki Syurga melalui mana-mana pintu yang di sukai” (Hadis Riwayat Ahmad). Bidadari, mudahkan wanita hendak masuk Syurga dan mudah juga hendak ke Neraka.  Jadi, kita suami isterilah masing-masing ada tanggungjawab. Sama-sama kita gerganding bahu untuk menuju misi dan visi ye!”

Sempat juga mereka berbual. Itulah ucapan pertama dan nasihat yang di berikan oleh Mohd Faizal kepada Bidadarinya. Cinta Insan Anugerah ALLAH kepadanya yang akan bersama-sama menempuhi dugaan dan cabaran duniawi yang penuh beronak duri ini.  Hatinya, sentiasa berbicara yang menyatakan Nurul Insyirah ini memang di takdirkan oleh ALLAH, pinjaman untuknya. Bila saat naluri menyatakan, hati hanya mampu tersenyum kerana segalanya bermula daripada ALLAH. Lagu Permata Yang Dicari Nyanyin Kumpulan Dehearty itulah menggambarkan perasaannya tatkala bertemu Nurul Insyirah kali pertama di halaman muka buku. Lagu itu juga merupakan salah satu lagu yang di minati oleh Nurul Insyirah.  Bicara bathiniah hanya F & N yang merasainya.Lagu-lagu Nasyid kesukaan Insyirah, kebanyakkannya serasi dengan jiwa Insyirah, adakalanya lirik itu juga  menggambarkan apa yang di rasai hatinya.   Mohd Faizal juga tidak ketinggalan, jiwa dan lagu-lagu kesukaan dan sentiasa di dengari menggambarkan situasi   apa yang di rasai. Faizal yang hipster atau Insyirah yang hipster? Hahaha. Hayatilah lagu Kau Ditakdirkan Untukku. Nyanyian Kumpulan Nasyid Edcoustic Ft Inteam.

Kau Di TAKDIRkan Untukku!

TerUCAP SYUKURku.
Aku memilihmu!        ( Di Atas Nikmat ALLAH Menganugerahkan)
Untuk menjadi TEMAN HIDUP setia selamanya (SYURGA)
Belahan hati ini
Kini telah terisi

Aku dan dirimu mengikat janji bahagia
Dan berlayarlah kita
Renda keluarga
Merentas hidup bersama      ( Redha &RahmatNya )

Aku bahagia
Ku dipertemukan belahan jiwaku
TUHAN persatukan kami!
Untuk selamanya, hingga bahagia Di SYURGA-Mu

Pegang tanganku, tataplah mataku
Engkau di TAKDIRkan untukku!
Ikatan suci ini !
Selalu kan ku jaga     (Aku & Dirimu Sentiasa BerD.O.A)
Meniti SAKINAH
Penuh Kasih Sayang dan RahmatNya

TUHAN persatukan kami!
Untuk selamanya, hingga bahagia Di SYURGA-Mu
Kau amanahku! Isteriku tercinta!
Engkau di TAKDIRkan untukku!

            Setiap pasangan yang baru menikah, rasa gentar dan takut  itu mesti ada. Tidak ketinggalan juga buat pasangan F & N ini. Mereka tidak pernah bercinta sebelum ini. Mereka hanya menjalinkan persahabatan kerana ALLAH. Janji ALLAH itu pasti. Bila kita UTAMAkan ALLAH, maka ALLAH jua mengurniakan kita nikmat seperti yang di janjikan olehNya.

            “Wahai manusia! BerTAQWAlah  kepada TUHANmu yang telah menCIPTAkan kau dari diri yang satu (Adam), dan ALLAH menCIPTAkan PASANGANnya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya ALLAH memperkembangkan-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. BerTAQWAlah kepada ALLAH yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan ( peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH selalu  menjaga dan mengawasimu”. (Surah An-Nisa : Ayat 1)

            Selepas  menunaikan solat isyak berjemaah, mereka menjamu selera yang telah di hidangkan. Dalam hati Insyirah, rasa gementar dan seram-seram sejuk menguasainya. Malam pertama, saat segala miliknya menjadi milik suaminya dan begitu juga suaminya. Tiada lagi aurat antara mereka. Cinta selepas nikah memang indah. Segalanya bermula dengan permulaan  kerana ALLAH.  Ketika sedang menjamu selera, mata Faizal asyik tertumpu pada mata Insyirah. Renungan yang ada makna tersirat dan tersurat  yang hanya mereka yang memahaminya. Malu-malu tapi mahu! Insyirah melayan gelodak perasaannya dengan menyibukkan dirinya di dapur. Mengemas apa yang patut sedang suaminya sedang berbual mesra dengan ayah dan adik –beradik yang lain. Faizal menunggu kedatangan isterinya. Lama sangat duduk di dapur.  Faizal, meminta izin kepada ayah mertuanya untuk melihat Bidadarinya di dapur.

            “Bidadari abang! Sibuk sangat ke? Lama abang tunggu Bidadari tau! Meh  sini, abang tolong. Kalau tak lambatlah  kita hendak rasmikan katil pengantin”.

            “Abang!! Terperanjat Bidadari tau! Abang berilah ucapan salam. Nasib baik Bidadari tiada darah tinggi tau! Kalau ada padan muka abang. Tidak sempat rasmikan katil tapi kena teman Bidadari dekat Hospital”.

            “Maafkan abang wahai Bidadariku! Niat bukan nak terperanjatkan Cuma abang rindu je. Tu yang mai dekat dapur ni, sambil tengok sambil melepaskan rindu. Bidadari ini macam risau je? Kenapa ye?”

            Insyirah tidak menjawab pertanyaan suaminya. Dia faham pertanyaan suaminya itu. Hanya mengukirkan senyuman dan menyiapkan kerja yang tertangguh tadi. Suaminya membantu kerja. Kerja yang berat menjadi mudah. Suaminya memang hipster. Dalam hipster, tersembunyi segala kelebihan yang tidak di tonjolkan. Hanya dia yang memahami dan mendiamkan diri. Setiap gerak-geri dan ayat-ayat suaminya semasa dia dan suaminya bertemu di alam maya dan hanya berbalas penaipan di hayati dan di salami maksud ayat itu. Dalam berusaha untuk menyelaminya, jalan menuju kea rah itu di permudahkan olehNya. Bila naluri bersatu dengan hati hanya pada ALLAH tempat pertolongan. Rasa sayang dan rindu ini hanya ALLAH tempat dia meluahkan segalanya. Selepas menyiapakan kerja, mereka mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat berjemaah. Bertemu kerana ALLAH, segala perbuatan juga kerana ALLAH. Faizal mengajak isterinya menunaikan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur. Insyirah faham maksud suaminya. Hipster suaminya adalah hipster yang terbaik yang di anugerahkan ALLAH kepadanya. Suamiku, Ustaz Hipster itu! 

            “Isteri-isterimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu bila-bila saja dengan cara yang kamu sukai. Dan utamakanlah ( yang baik) untuk dirimu. BerTAQWAlah kepada ALLAH dan ketahuilah bahawa kamu (kelak) akan menemuiNya dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang beriman” (Surah Al- Baqarah :Ayat 223)

            “Bidadari, malam ini adalah malam pertama kita merasai nikmat suami isteri.  Di malam yang indah ini, abang memohon keizinan daripada Bidadari untuk menyerahkan segala milikmu itu menjadi milik abang. Abang tau itu hak abang tetapi abang ingin Bidadari menyerahkan setulus hatimu untuk abang terokai kerana ALLAH”

            “Abang, kita sudah ada ‘Sijil Halal’. Hak Bidadari hak abang juga. Kita saling milik-memiliki antara satu sama lain. Kini, abanglah insan yang Bidadari tunggu-tunggu selama ini untuk menyerah jiwa dan raga kepada abang kerana ALLAH”.

            “Terima kasih Bidadariku. Hanya Bidadari yang yang bertakhta di hati selepas ALLAH, Nabi, Ibu dan Bidadari. Bidadari nombor 4 di hati abang!”

            “Sama-sama abang! Abang nombor 3 di hati bidadari selepas ALLAH, Nabi dan Abang (Suamiku Ustaz Hipster itu!). Abang, jika hendak rasmikan sila tutup suis lampu ye!”

            Dalam takut-takut dan risau Insyirah, dia tetap menunggu dengan penuh debaran malam pertama. Saat mahkotanya di ragut oleh suami tercinta.  Salah satu nikmat yang ALLAH kurniakan adalah nikmat hubungan suami isteri kerana ALLAH. Faizal bangun melipatkan sejadahnya dan Insyirah membuka telekong yang di pakainya dan menyidai telekong dan sejadahnya di ampaian lalu membaringkan dirinya di atas katil. Faizal memadamkan suis lampu bilik dan hanya menyalakan lampu tidur. Sejuk terasa hingga ke tulang sum-sumnya. Penghawa dingin yang terdapat di bilik Insyirah ( bilik pengantin) di perlahankan suhunya. Faizal membaringkan dirinya di atas katil. Berfikir bagaimana hendak memulakan. Muka di hadapkan berdepan dengan muka Insyirah lalu mengucapkan “Assalammualaikum Bidadariku” lalu ucapannya di balas oleh Insyirah “Waalaikumsalam abang”. Dalam debaran, saat sama-sama merasakannya apa yang di dengar oleh Insyirah doa yang di baca oleh suaminya “  Ya ALLAH! Jauhkanlah kami dari campur tangan syaitan dan jauhkan pula syaitan  dari apa- apa yang Engkau kurniakan kepada kami” Sabda Rasulullah Shollallahu’Alaihi Wasallam:” Jika di antara kalian berjima, seraya berdoa Wahai ALLAH jauhkanlah  syaitan dari kami, wahai ALLAH jauhkanlah syaitan dari anugerah yang akan KAU berikan  pada kami. Maka jika di tentukan bagi mereka anak, tak akan di  perangkap syaitan selama-lamanya” ( Shahih Bukhari) Faizal terjaga daripada tidur. Jam di dinding menunjukkan pukul 3.30 pagi. Kenangan malam tadi masih segar di ingatan mindanya. Benarlah, nikmat perkahwinan itu indah. Hanya yang mengikut syariat ALLAH yang mengetahui apa yang di janjikan olehNya. Bidadarinya yang sedang lena di ulit mimpi itu di tenungnya. SubhanALLAH, nikmatnya hanya ALLAH yang tahu. Faizal mendekatkan mulutnya di telinga isterinya.

 “Assalammualaikum Bidadari abang. Selamat pagi! Bangunlah wahai Bidadari abang. Pukul 3.30 pagi. Jom, kita mandi dan selepas itu kita qiam ye!”

“Waalaikumusalam Abang. Terima kasih sudi kejutkan Bidadari”

“Bidadari nak mandi dengan abang kea tau nak mandi sorang ni?”

“Bidadari mandi seoranglah abang, untuk yang pertama ini ye! Bidadari malulah.”

“Nak malu apanya lagi Bidadari! Malam tadi kita dah satukan badan kita kan. Tiada lagi malu-malu ye! Segala milik Bidadari, abang dah nampak dan dah rasa pun. Bidadari pun dah nampak kan apa yang abang ada dan dah rasa pun. Janganlah malu ye!” Ya lah, untuk yang pertama ini abang lepaskan Bidadari mandi seorang. Bila kita tinggal rumah sendiri, Bidadari mandi dengan abang jika masa mengizinkan ye. Abang hendak hidupkan Sunnah dalam rumahtangga kita ini.  Bidadariku, kini isteri hipsterku!”


Selepas dua minggu mereka di hijabkan qabulkan dan tinggal seminggu di rumah belah Insyirah dan seminggu tinggal di rumah belah Faizal, mereka kini hidup berdikari di rumah yang di beli oleh Faizal sebelum mereka menikah lagi. Dalam kehipsteran Faizal, segalanya telah di sediakan dengan lengkap sebelum dia mendirikan rumahtangan. Persediaan daripada segi rohani, fizikal dan jasmani. Ustaz Hipster Itu Suami Aku!  Dia pandai memain alat muzik, mengubah lagu dan juga menyanyi. Suaranya boleh tahan! Insyirah suka bila suaminya mengalunkan bacaan ‘Kalam Suci’ sama ada dalam solat atau bertadarus bersama Insyirah. Faizal mengajar Insyirah membaca Al-Quran. Insyirah bukan tidak pandai membaca Cuma memperbetulkan bacaannya. Faizal juga selalu menyanyikan lagu-lagu  mereka ketika sedang menolong  Insyirah melakukan kerja rumah. Membaca Ayat SuciNya ke telinga Insyirah sebelum tidur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS