Welcome

RSS

Untuk Mama Tercinta ( Hjh Zainun Hj Hashim)

Tanggal 13 mei pasti kalian tidak pernah akan lupa tarikh ini dimana setiap wanita yang bergelar ibu didunia ini akan menyambutnya bersama insan2 tersayang. Walaupun ada hari khas untuk kita menyambutnya tapi sebenarnya setiap hari adalah HARI IBU. Jasa ibu memang tidak dapat kita balas dengan wang ringgit. Walaupun kita berharta tapi seorang ibu tidak ada tolak bandingan nilainya dengan harta yang kita miliki. Tanpa ibu siapalah kita. Tanpa mereka juga kita tiada didunia ini. Ibu sukar ditukar ganti.. 


Insan yang sentiasa berada di hatiku Ayah dan Mama Tercinta

Sempena hari ibu ini, izinkan izza meluahkan rasa yang terpendan dan madah buat insan yang sentiasa izza sayang Mama ( Hjh Zainun Hj Hashim). Mama ini ucapan dariku untukmu sayang:

Kutahu, Mama tercinta
Tanganmu tak pernah lepas berharap untukku
dalam setiap do’a yang kau panjatkan
Kutahu mama
Senyummu selalu menyapa dalam setiap kata cinta
yang keluar dari lisanmu
Kutahu mama
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku

Ya Allah
Ku tadahkan tanganku berharap
kau membahagiakannya sepertiku kini
Ya Rabbi
Ku memohon berilah mama mimpi yang selalu indah
Ya Rabbul Izzati
Kuberharap padaMu anugerahkan mama kecupan hangat
Seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari
Ya Illahi
Sejahterakanlah mamaku

mama, pelangi dan matahariku
Hari ini kuhaturkan dengan tulus padamu


Semoga mama sentiasa dikurniakan kesihatan yang sihat, hidup diberkati Allah didunia dan diakhirat.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan