Welcome

RSS

C.I.N.T.A Dalam Erti Sebenar

C.I.N.T.A  Dalam Erti Sebenar
            Cinta itu adalah anugerah Allah S.W.T.  Kita sebagai hambanya pasti ada nafsu iaitu ingin dicintai dan mencintai. Cinta itu bersifat sensitive sebenarnya. Bila ianya tersentuh pasti berbagai-bagai perasaan akan kita alami.Diantaranya, kita kadang-kala mesti merasa rindu akan sidia yang jauh dimata. Dalam masa yang sama juga kita cemburu dengan sidia maksudnya bila sidia sedang bercakap dengan insan lain yang berlawanan sifat pasti rasa itu hadir walaupun sebesar kuman. Betul tak? Jangan hipokrik tau!! Tak baik. Berdosa. Anda boleh menipu orang lain tapi anda harus ingat anda tidak boleh menipu hati anda sendiri. Tepuklah dada tanyalah hati. Hanya anda yang mampu menjawabnya.
            Dalam kita mencintai dan dicintai, kita perlu ada sifat saling mempercayai antara satu sama lain untuk memastikan hubungan yang sedang kita jalinkan berkekalan selamanya. Maksud disini, setiap orang berkeinginan mengakhiri percintaan mereka  dengan mendirikan masjid dalam masa yang sama juga kita ingin mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Jika kita mempunyai niat ke arah ini, kita perlu ada sifat tolak –ansur, saling memahami dan menghindarkan diri daripada sifat negatif yang boleh menggoncangkan pokok percintaan dan dalam masa yang sama menumbangkannya. Jadi, kita sebagai manusia yang mempunyai akal yang dianugerahkan olehNya mafaatkanlah ia sebaik mungkin untuk kebahagian diri kita sendiri. Tidak perlu menuding jari kearah lain jika apa yang di ingini akan dikecapi.
            Dengan cinta juga, berbagai-bagai aspek yang perlu kita pelajari dan diambil keseriusannya  dalam memastikan cinta yang dimilikki terus mekar berkembang seperti bunga yang sedang  mekar berkembang di taman dan di halaman rumah kita. Maksudnya disini kita perlu merapatkan diri tapi memang kita sudah rapat dengannya sebelum menjalinkan percintaan , tetapa maksud saya kita perlu mengenali sifat rohaninya yang kadang-kala  memang sengaja  disembunyikan  untuk memastikan hati kita tidak terluka  bila bersamanya. Disini, jelaslah dalam kita menjalinkan percintaan  kita memang terlalu hipokrik sangat sehingga kita berusaha  untuk tidak menjadi diri sebenar . Apa yang kita dapat dengan melakukan demikian? Yang pastinya akan timbul permasalahan pada masa akan datang. Semolek-moleknya , kita perlu tonjolkan diri kita yang sebenar untuk memudahkan pasangan kita mengenali sifat kita.Tetapi apa yang dapat dirumuskan, dalam percintaan kita tidak akan mengenali sifat sebenar  pasangan kita kerana banyak yang ditonjolkan adalah dusta sahaja akan tetapi  tidak semua orang seperti yang saya katakana tadi. Ada juga yang ikhlas dan  jujur akan menunjukkan sikap sebenar kepada pasangannya supaya pasangannya  betul-betul dapat mengenali dirinya. Disini, kita boleh berfikir sejenak tujuan apa kita mencintai dan dicintai. Bila bertemu jawapannya  anda pasti apa yang perlu anda lakukan dalam perhubungan percintaan anda. Hanya anda yang memperolehi jawapannya. Anda soal anda jawab. Tak ke gitu?
            Malah, cinta kadang-kala boleh membuatkan kita ketawa, menangis,murung, kecewa dan penyenyap. Di alam percintaan berbagai-bagai pengalaman yang akan kita tempuhi. Di sini juga, saya ingin sarankan seberat mana sekalipun pengalaman kita perlu harungi jua dengan berlandaskan keimanan dan ketaqwaan disamping itu kita perlu positifkan minda kita sendiri. In Sha Allah, jika tips diatas diikuti harmoni percintaan kita. Kita yang mampu mengubahnya. Fikir-fikirkanlah  ye. “Di mana ada kemahuan, disitu ada kebahagian”. Dalam masa yang sama juga kita perlu berusaha memperolehinya. “ Usaha tangga kejayaan “. Tanpa usaha tiada kebahagian. Harus kita ingat tau!!.
            Bila kita ikhlas mencintai seseorang, kadang-kala apa yang sedang dialami oleh pasangan kita ada juga yang kita boleh rasainya. Pasangan kita mungkin cuba untuk menyembunyikan tapi kita akan dapat merasainya mengikut hati yang berbicara. Hahaahhaahah ... Jadi kepada anda janganlah sorok apa-apa daripada pasangan tau. Tidak semua yang boleh dirasai, jika bersesuaian in Sha Allah  kita juga akan berkongsi  masalah bersamanya. Saya menulis sebenarnya melalui pengalaman saya sendiri. Saya tahu tidak semua  pengalaman kita sama dengan orang lain. Jika anda pernah mengalaminya, Alhamdulillah anda bertuah dapat membaca hatinya yang tersirat. Tanpa kita sedari jua, kadang-kala  dalam kita  meluahkan rasa hati kepada sidia airmata kita tidak henti-henti turun mengalir dan terus mengalir. Dalam masa yang sama juga sidia bertuah kerana dapat mendengar tarian tangisan kita yang sumbang-mambang. Saya sendiri pernah mengalaminya. Airmata yang turun adalah airmata yang tidak pernah menipu. Disebalik airmata itulah sebenarnya luahan hati kita yang ikhlas kepadanya.
            Satu lagi yang ingin diceritakan, jika sidia sedang dalam keadaan berduka cita, pastinya kita yang tidak keruan dibuatnya. Betul x? Sidia memang sudah tentu dalam kesakitan akan tetapi kita yang tidak melaluinya tetap merasa keperitannya. Kita ingin orang yang kita sayangi sentiasa tersenyum dan muka ada senyum. Kita semampunya tak nak dia muncung-muncung sehingga boleh dibuat penyangkut hanger  di mulutnya. Hahahahah..  Sori terlawak sekejap walaupun anda tidak gelak. Hahahah .. x menahan ayat den kan . Kata bidalan “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Di sini saya ingin merumuskan bahawa dalam percintaan kita perlu ada sifat saling percaya, tolak ansur, saling memahami antara satu sama lain dan seberat manapun dugaan yang diterima bawa-bawalah  berbincang ye. Berbincang ke arah kebahagian jangan pula sebaliknya. Nanti sapa yang rugi? Anda juga kan. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Anda mampu mengubahnya.

Sentuhan Pena :
Nurulizza Binti Hj Ab Karim

Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan