Welcome

RSS

CINTAILAH AKU KERANA ALLAH



:: CINTAILAH AKU KERANA ALLAH::

Sayangku
Terima kasih segalanya
Memahami dan menyayangiku tanpa melihat kekuranganku
Cintaku bukan kerana rupa, kehebatan dan harta yang mu milikki
Ketahuilah yang aku perlu hanya keimanan dan ketaqwaan dirimu
Untuk membimbing aku menjadi insan solehah dan bidadari di syurga

Sayangku
Cintailah, sayangilah dan milikki aku kerana Allah
Tiada yang membahagiakan selain dariNya
Tetapkanlah iman dan tingkatkan ketaqwaanmu
Untuk sama-sama kita menuju ke Jannah
Pupuklah kasih sayang antara kita berlandaskan syariatnya
Jangan sesekali kita tersasar dari landasan yang betul

Sayangku
Seandainya satu hari nanti impian kita terlaksana
Kotakanlah janji-janjimu, sentiasa semai benih kesetiaanmu
Bajailah ia dengan ketulusan dan kejujuranmu
Tekadkan azammu, luaskan empayarmu
Untuk sama-sama kita menuju gerbang kebahagian

Sayangku
Maafkanlah diri ini andai melukaimu
Kekhilafan diri kadang-kala tanpa aku sedari
Aku hanya insan biasa yang tidak mempunyai kelebihan
Tapi aku bersyukur sehingga kini mampu lagi bernafas
Berdirinya aku disini menemanimu kerana ketentuanNya
DIAlah jua yang hadirkan dan memupuk kasih dan sayang diantara kita

Sayangku
Aku cuba mendewasakan diri ini
Yang diketahui kadang-kala macam kebudakkan
Tapi ku berharap agar kau tidak mudah melatah
Kerana ini adalah diriku yang sebenar
Ada ketikanya aku minta dibelai dan dimanja tanpa menjejaskan akidah yg sebenar

Sayangku
Diri ini yakin yang kau sangat aku perlukan
Ku mohon padamu, jangan berhenti berdoa
Pohonlah kepadaNYA, semoga satu hari nanti kita akan disatukan
Seandainya kita disatukan nanti kau lebih mengenali diriku
Cinta yang ada ini hanya untukmu
In Sha Allah, seandainya jodoh kita bertemu
Cepat atau lambat kau tetap menjadi milikku..........

Cetusan Hati : Nurulizza Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan