CERPEN 5 : Ku Temui Dirimu Di Setiap Sujudku
PENULIS : Nurulizza Hj Ab Karim
Hadirnya
cinta impian manusia. Cinta kepada Allah akan kekal abadi, cinta kepada bunga
akan layu jua dan cinta pada manusia akan
pergi jua. Fitrah manusia, ingin dicintai dan mencintai. Ingin saling
lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Setiap kejadian Allah S.W.T adalah
berpasang-pasangan. Begitu jua dengan insan yang bernama Syairah yang ingin dibelai dan dimanja oleh seorang lelaki
yang halal untuknya melakukan demikian. Syairah ini pemalu orangnya.
rakan-rakan yang tidak mengenali mungkin menganggap beliau adalah seorang yang
sombong. Muka yang sukar senyum pasti dianggap garang tetapi sebenarnya beliau
seorang yang peramah. Pendiriannya dalam cinta hanya menyerahkan segalanya
kepada Allah.
Syairah
memiliki rupa paras yang cukup sempurna yang dianugerahkan Allah kepada
hambaNya. Ramai teruna yang ingin memilikinya tetapi beliau menolak atas
sebab-sebab tertentu tanpa menyakiti hati mereka.
Kumerayu pada Allah yang
tahu isi hatiku
Dimalam hening aku selalu
mengadu
Tunjukkan padaku.....
Kuaktifkan radarku mencari
sosok yang dinanti
Kuikhlaskan pengharapan
dihati
Siapa dirimu....
Dalam kesabaran kumelangkah
menjemputmu
Cinta dalam hati akan akan
aku jaga hingga
Allah persatukan kita....
Korus
Jodoh dunia akhirat
Namamu rahsia
Tapi kau ada dimasa depanku
Kusebut dalam doa
Kuikhlaskan rinduku
Kita bersama melangkah ke
syurga abadi....
Lagu : Jodoh Dunia Akhirat
Penyanyi : Karya kanun &
Fu
“Syairah,
saya tengok awak ini gembira sentiasa
terukir senyuman.Apa rahsia awak ye?” tanya Qina kepada sahabat karibnya.
Syairah hanya mengukirkan senyuman buat rakannya yang bertanyakan apa rahsia
disebalik senyuman yang sentiasa terukir dibibirnya.
“Qina, saya tak ada rahsia pun cuma apa yang
kita perolehi hari ini adalah kurnian Allah. Bila kita sentiasa dekat denganNya
jiwa kita akan tenang-setenangnya. In sha allah. Inilah yang saya pegang dan
jadikan moto hidup saya dan kita secara automatik akan rasa bahagia” balasnya
dengan senyuman yang indah. “ Semoga ianya akan kekal selamanya. Saya akan
sentiasa mendoakan kesejahteraan awak dan rakan-rakan kita yang lain” jawab
Qina.
“Dan
apa saja nikmat yang ada padamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu
ditimpa oleh kemudharatan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan. Kemudian
apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu,tiba-tiba
sebahagian daripada kamu mempersekutukan
tuhannya dengan ( yang lain).Biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah kami
berikan kepada mereka; maka bersenang- senanglah kamu, kelak kamu akan
mengetahui (akibatnya)” (An-Nahl : 53-55). Syairah rasa takut dan sentiasa
berdoa agar nikmat yang dimilikinya ini akan berkekalan dan akan terus
menjadikan dirinya sebagai seorang hamba yang taat pada perintahNya. Segala
urusan hidupnya dia serahkan kepada Allah kerana sesungguhnya Allah yang lebih
tahu yang mana terbaik buat dirinya yang hanya insan kerdil sahaja. Umurnya
hampir mencecah 25 tahun tetapi masih lagi tidak mempunyai teman lelaki istimewa. Kawan dan sepupu-sepapat seusianya
sudah pun mempunyai cahaya mata tetapi Syairah masih belum merasainya. Dia
yakin seandainya seruan jodohnya tiba, dia akan merasai nikmat seperti orang
lain rasa nikmat berumahtangga. Dia menyerahkan 100% jodohnya kepada Allah.
Ayah dan mamanya puas menasihatinya namun kata-kata tetap sama jika sampai
jodoh tidak lari gunung dikejar.”Dan
segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran
Allah. ( QS: Adz Dzariyat : 49)
“Syairah
, petang ini awak ada masa tak? Saya
ingat nak ajak awak teman saya kita pergi Kedai Buku Popular Giant Nilai, saya
nak cari novel terbaru keluaran Karya Seni. Lagipun dah lama juga kan kita
tidak keluar sama-sama. Dalam masa yang sama kita boleh cuci mata. Ini asyik
terperuk saja dirumah. Balik kerja pergi kerja itulah kerja kita. Jomlah! Kita
pergi ya, nanti saya ambil awak dekat
rumah ya. Lepas zuhur kita pergi ya kawanku yang comel” pujuk Qina.
“Amboi...
! Qina kemain lagi awak ya nak kipas saya, lagi pun saya ini memang comel
orangnya. (Sambil mereka tergelak). Ye lah, petang nanti saya tunggu awak dekat rumah ya. Hehe.. sebagai upahnya awak
kena belanja saya makan. Ok tak?”bicara Syairah
kepada sahabatnya. “ Ala, tak jadi masalah lah setakat nak belanja awak
makan bukannya berat sangat pun. Awak makan bukannya sampai 2 atau 3 pinggan.
Kalau setakat kfc snake plate tak jadi masalah pada saya tapi yang lebih
penting awak dapat teman saya petang ini. Saya teringin sangat memiliki novel
Love You Mr. Arrogant dan Jodoh Itu
Milik kita. Dengar ceritanya banyak yang mengatakan kedua-dua novel adalah
novel yang paling laris” kata Qina kepada sahabatnya.
“ Saya tahu awak tu memang penggemar novel.
Tidak mustahil kalau satu hari nanti awak jadi penulis yang terkenal. Pada mulanya
awak minat membaca dan satu hari nanti awak pula yang menjadi penulis novel”
kata Syairah kepada sahabatnya.
”Petang
ini jangan lupa ye Syairah. Lepas zuhur kita pergi tau! Nanti jangan awak tak
siap lagi” nasihat Qina pada rakan kawibnya.
Di Kedai Buku Popular, Giant
Nilai
“Amboi!
ramainya orang dekat Giant ini. Ada apa-apa majlis ke? Ramai semacam jer” luah
Syairah kepada sahabatnya.
“ Awak ni kan hari ini hari ahad. Ramai yang
cuti dan masa ini lah sesuai untuk membeli-belah dan mengeratkan silaturahim sesama insan tercinta.
Kita berdua saja yang tidak mempunyai insan istimewa kecuali Allah dan
keluarga” jawab Qina.”
Satu
hari nanti kita akan perolehi jua apa yang kita inginkan kerana janji allah itu
pasti. Bila tiba masanya tidak lambat tidak cepat pasti akan ditunaikan. “ Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka (balasan),
bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah
maka ( diantara) mereka ada yang membunuh
dan terbunuh. ( Balasan yang demikian ialah ) sebagai janji yang benar
yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil, serta
Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih
menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu,bergembiralah dengan jualan
kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli ( yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. ( At - Taubah :
111)
“Jom
lah saya tak sabar nak cari novel yang saya minati. Sekarang cerita itu sedang
ditayangkan di tv3 pukul tujuh malam tahu. Rasanya tak sabar nak melihat
pengakhiran cerita ini mesti best.”kata Qina sekali lagi.
“ Ye lah awak ini kalau pasal novel nombor
satu. Saya pun minat gak baca novel tapi tak lah macam awak yang terlalu taksub
dengan novel. Saya suka sangat dengan novel yang bertajuk Suamiku Ustaz
penulisnya Hannah Dhaniyah. Kerap mengulangi bacaan novel ini. Rasa tak jemu
pula” jawab Syairah.
“
Jomlah kita pergi ke sudut novel disana ya Syairah. Awak, carilah novel apa
yang awak nak nanti saya tolong
bayarkan. Awak kan dah teman saya maka dengan itu saya belanja awak hari ini”
kata Qina kepada sahabat baiknya.
”Betul ke ini? Kalau betul alhamdulillah tak
perlu saya keluar duit nak beli novel
terbaru yang bertajuk Nak bercinta dengan saya tak ? penulisnya yang bernama
Katrina Adam” kata Syairah.
“
Boleh jer, jomlah kita cari novel yang kita nak”. “Jom lah Qina! Dalam masa mencari novel yang dikehendaki
mereka tetiba Syairah terlanggar
seseorang.
“ Maafkan saya, saya tak sengaja. Tidak
perasan tadi kusyuk sangat menelaah
sinopsis novel ini” luah Syairah kepada jejaka tersebut.
“Tak
apa –apa, saya pun salah juga tadi sebab saya jalan tak pandang orang dan sama
macam awak tengah kusyuk membaca sinopsis novel yang bertajuk Masih Aku Sayang penulisnya Umi Kalsom.
Assalammualaikum dan salam perkenalan ya saudari. Nama saya Irham”.
“
Waalaikumusalam dan salam perkenalan ya Irham. Nama saya Syairah. Awak pun
minat baca novel juga? Saya jarang nampak kaum adam seperti Irham yang meminati
novel yang bertemakan cinta. Selalunya yang saya perhatikan mereka lebih suka
kepada majalah mengenai pemotoran, memancing dan lain-lain lagi. Hari ini saya
bertemu sama awak dan awak adalah lelaki pertama yang saya jumpa meminanti
novel cinta. Sejak bila awak meminati novel ini ya? Banyak cakap pula saya ini
kan. Sori tau!” Tanya Syairah kepada sahabat barunya Irham.
“
Semenjak kecil lagi memang saya meminati novel dimana kakak-kakak saya selalu
membeli novel dan dalam masa yang sama saya tumpang membaca, malah terus
meminati novel. Semenjak itu, masa saya banyak dihabiskan dengan membaca novel
sekiranya masa tidak mencemburui saya. Setakat ini, saya dah ada lebih kurang enam ratus lebih koleksi novel
berbagai terbitan” jawab Irham.
Syairah terkedu dengan jawapan yang diterima
daripada sahabatnya itu. Yang tidak menahannya Irham sudah mempunyai enam ratus
lebih koleksi berbanding dengan dirinya yang hanya baru ada seratus
lebih buah koleksi novel itupun terbitan
kaki novel, karya seni dan alaf 21.
“
Wow!.. banyaknya koleksi buku novel awak. Kalah saya. Saya beli jika saya rasa
cerita itu sesuai dengan jiwa saya. Selalunya yang menjadi pilihan saya mengenai cerita yang bertemakan cinta seperti
kahwin paksa, kahwin pilihan keluarga,kahwin dengan sepupu sendiri dan kahwin dengan orang gaji. Kalau macam tu
boleh lah saya pinjam kan Irham” kata Syairah.
“
Boleh je, saya tak kisah. Ni nombor phone saya. Irham menghulurkan kad nama
kepada Syairah. Kalau nak pinjam nanti telefon saya dan awak boleh datang rumah
saya tengok sendiri koleksi novel saya dan yang mana berkenan bolehlah awak
pinjam”beritahu Irham.
Tidak beberapa minit kemudian datang pula Qina
dengan muka yang merah nak dikata marah tak marah memang mukanya sentiasa
merah. Almaklumlah kulitnya putih gebu.
“ Syairah, awak dah jumpa ke buku yang awak
cari? Kalau dah jom lah kita gerak. Nanti lambat pula kita pulang. Lepas bayar
nanti kita pergi restoren kfc tau”.
“
Saya dah jumpa. Ini bukunya. Qina, kenalkan yang ini sahabat yang baru dikenali
sebentar tadi namanya Irham. Saya jumpa masa
belek-belek buku novel tadi. Istimewanya sahabat baru kita ini, dia suka
membaca novel tau. Irham, kenalkan ini sahabat baik saya yang bernama Qina.
Qina pun sama seperti kita yang hobinya membaca novel. Cuma, Qina terlalu
taksub dengan novel berbanding saya hanya suka-suka saja. Koleksi novelnya pun
boleh tahan juga.” Beritahu Syairah kepada Irham.
“Salam
perkenalan ye Qina” kata Irham kepada sahabat Syairah iaitu Qina. Qina dengan
senyum simpulnya hanya mampu mengangguk saja. Selepas sesi pembayaran novel
selesai mereka bergerak ke restoren kfc yang berdekatan. Sesi perkenalan mereka
bersambung lagi sambil makan sambil berbual. Begitu mesranya mereka bertiga
walaupun baru jumpa.
”
Jomlah kita berangkat. Hari gelap macam nak hujan je ni. Nanti kalau lambat
kita terperangkap dalam hujan. Lagipun jam hampir menunjukkan pukul enam
petang” kata Syairah. Mereka berpisah disitu. Syairah dan Qina satu jalan yang
sama kerana mereka naik satu kereta dan Irham arah yang berlainan. Sebelum
mereka berpisah Irham sempat berbisik dengan Syairah.
“
Awak, nanti dah sampai rumah jangan lupa
message saya ya. Awak ada nombor saya tapi saya sebaliknya. Kalau saya ada
nombor awak tentu saya akan buat perkara yang sama” kata Irham kepada Syairah.
Syairah hanya tersenyum. Angguk pun tidak. Tiba masanya untuk mereka berpisah.
Sayu tetiba dihati Irham tidak tahu apa puncanya.
Keriangan
hati tidak terkata. Buku novel yang mereka idamkan kini sudah dimiliki. Hanya
menunggu masa untuk membacanya. Hati Syairah bagaikan ada sesuatu yang
dirasanya. Tidak pasti dapa yang dirasa, maka dengan itu dia terus mengabaikan
rasa itu. Sebelum tidur, Syairah selalu mendengar radio Ikim sebagai media
hiburannya. Disini terdapatnya banyak pelajaran yang boleh kita dapati dan
dalam masa yang sama juga kita boleh mempelajari secara langsung dengan menelefon
terus konti. Bila lagu isthikarah cinta berkumandang diradio Ikim. Syairah
tertarik dengan lirik lagu tersebut yang mempunyai maksud yang tersendiri bila
dihayati dengan kusyuk. Lirik rangkap pertama yang begitu indah. Bersaksi cinta diatas cinta, dalam alunan
tasbih kuini, meneka hati yang tersembunyi,
dan berteman dimalam sunyi penuh doa. Sama seperti hati Syairah. Dia
rasakan sesuatu tapi tidak pasti apa yang dirasa. Dalam masa dia melayan lagu
yang dimainkan dicorong radio ikim bila
masa dirinya terlena dia pun tidak pasti. Akhirnya berlalulah rasa yang
dirasainya itu meninggalkan malam yang sepi. Kehidupan jalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Pergi kerja balik kerja. Pada satu malam yang sunyi, tetiba ada satu rasa yang
mendorong Syairah melakukan sesuatu tetapi pada mulanya dia tidak mengikut kata
hatinya tetapi dia tewas dengan godaan maka dengan itu kali pertamanya dia
menghantar pesanan ringkas kepada Irham.
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang
tersembunyi
Bertemam dimalam yang sunyi
penuh doa
Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sejadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai
teman
Kekal abadi hingga akhir
zaman
Isthikarah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Lagu : Isthikarah Cinta
Penyanyi: Stigma
“Assalammualaikum
Irham. Awak sihat?” sms yang dihantar oleh Syairah kepada Irham. Tidak beberapa
minit kemudian telefonnya berbunyi
menandakan akan pesanan ringkas diterima.
“Waalaikumusalam.
Boleh saya tahu siapa ini?” balas Irham.
“
Saya ialah Syairah yang kita jumpa di Kedai Popular Giant Nilai. Dua minggu lepas. Dalam tidak
sengaja awak terlanggar saya” balas Syairah. Sebenarnya Syairah malu juga
tetapi dia tahu Irham tidak akan
nampak mimik mukanya kala diri sedang
malu. Merah jugalah pipinya. Alahai tak menahan. Itulah kalau orang mempunyai
sifat malu tidak kira masa dan tempat tetap ada malunya.
“
Oh, Syairah. Lamanya saya tunggu pesanan ringkas awak. Dah dua minggu baru saya
dapat khabar awak. Awak sihat? Balas Irham. Irham rasa sangat gembira apa yang
ditunggu selama dua minggu sudah munculkan dirinya.
“
Saya sentiasa ada je. Cuma malu rasanya nak hantar pesanan dekat awak. Saya
takut menganggu awak. Jadi saya senyapkan diri seketika. Ini pun tidak tahu
mana kekuatan yang saya dapat untuk menghantar pesanan ini”. Tersenyum seorang
diri membaca pesanan ringkasnya.
Semenjak
itu, mereka kerap menghantar dan membalas pesanan ringkas antara satu sama
lain. Hubungan mereka juga semakin hari semakin mesra. Mereka hanya berhubung
melalui telefon sama ada melalui pesanan ringkas atau perbualan telefon. Hidup
Syairah bagaikan orang yang sedang dilamun cinta tetapi sebaliknya mereka
hanyalah sahabat yang sekali berjumpa secara kebetulan seterusnya hanyalah
telefon tempat mereka menyambung ukhwah fillah. Keganjilan sikap Syairah dapat
dirasai oleh sahabat baiknya. Senyuman Syairah dapat dirasakan lain dari yang
sebelumnya. Qina ingin menyanyakan hal demikian tetapi baginya biarlah dulu
lambat atau cepat nanti dia akan mengetahui jua. Qina bekerja disebuah syarikat
swasta yang berjawatan kerani saja dan Syairah merupakan kakitangan penjawat
awam disebuah kementerian yang berjawatan sebagai pembantu tadbir. Mereka berkawan
semenjak kecil sehinggalah sekarang. Segala masalah dikongsi bersama. Satu
petang yang indah, Syairah sangat merindui sahabatnya Qina. Hampir 2 bulan
mereka tidak bertemu. Mereka bertemu di Restoren KFC Giant Nilai.
“
Assalammualaikum Qina. Sihat ke? Lama tak dengar cerita. Sibuk sangat ke?
Rindunya dekat senyuman awak dan bebelan awak yang suara macam kanak-kanak
ribena itu”. Sempat lagi mengenakan rakannya.
“
Waalaikumusalam. Saya sentiasa sihat. Cuma semenjak dua menjak ini banyak kerja
sikit dipejabat. Tu yang tak ada masa sangat kita nak jumpa, tetapi
alhamdulillah hari ini baru berkesempatan menatap wajah awak yang cun ini kan.
Amboi..! kemain lagi awak kata saya suka membebel ye. Bebel saya pun awak tetap
sayang saya kan”.
“
Mestilah sayang. Sahabat saya dunia akhirat kan. Awak, jumaat minggu depan awak
nak ikut saya balik kampung tak? Mak saya telefon semalam. Katanya, dia suruh
saya pulang ke kampung minggu depan ada hal penting nak dibincangkan. Saya tak
tahu apa yang penting sangat. Kalau awak
nak ikut nanti bagitahu awal ya”. Beritahu Syairah kepada sahabatnya.
“
In sha allah. Nanti saya bagitahu. Kalau saya tiada masalah saya akan mengikuti
awak. Lagipun dah lama tak turun bendang”balas Qina.
Setelah
hampir 2 jam mereka berbual di Restoren KFC, mereka pulang kerumah
masing-masing dengan hati yang riang
setelah melepas rindu masing-masing yang dah lama tidak bertemu. Syairah
ada menerima panggilan daripada ibunya. Ibunya minta dia pulang ke kampung
minggu depan. Ada hal mustahak yang hendak dibincangkan. Syairah rasa terkejut
dan dalam masa yang sama dia rasa risau,
berita apa yang akan disampaikan oleh emaknya nanti. Kalau mengenai jodoh yang
paling dia takutkan kerana emaknya kerap kali membebel mengenai calon suami
yang tidak pernah emaknya kenal. Emaknya risau kerana umur Syairah hampir
25 tahun tapi masih belum mempunyai suami. Bukan Syairah yang tak nak tapi seruannya
tidak sampai lagi. Irham pula semenjak dia berada di perantauan kerana tugas selama 6 bulan tidak pernah
menghubungi Syairah.Syairah rasa kesunyian kerana dia sudah biasa selepas
mengenali Irham di kedai buku popular hari-harinya ditemani oleh Irham yang
setiap hari menghantar pesanan ringkas dan jika ada masa mereka berborak di
corong telefon hampir mencecah tiga jam selang sehari mereka akan bergayut.
Betapa indahnya hidup Syairah, tetapi ianya hanya sementara selepas Irham
berangkat keluar negara hari-harinya terasa sunyi dan seperti orang yang sedang
kerinduan. Mereka tidak bercinta hanya berstatus kawan saja.
Hari
yang dinantikan iaitu pulang ke kampung halaman di Langgar, Kedah telah pun
tiba. Syairah pulang dengan menaiki kereta berseorangan. Qina tidak dapat
menemani rakannya kerana ada tugasan luar yang perlu dihadirinya. Syairah pulang ke kampung pada padi jumaat
selepas subuh dia bertolak dari Nilai ke Kedah yang mengambil masa lebih kurang
8 jam perjalanan. Syairah tiba di kedah hampir waktu asar masuk. Kepulangannya
disambut oleh Mak Leha dan Lebai Abu. Lebai Abu merupakan Imam satu di Masjid Langgar.
Emaknya hanya sebagai surirumah saja.Riangnya hati ayah dan emaknya sekian
lamanya tidak berjumpa dengan anak bongsu mereka yang manja. Tujuan ayah dan
mereka menyuruh Syairah pulang ke kampung adalah ingin memberitahu bahawa anak
ketua kampung yang bernama Iskandar Zulkarnain Bin Ahmad yang bekerjadi
Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah disana. Mencintai Syairah dalam
diam semenjak mereka dibangku sekolah lagi. Umurnya Iskandar Zulkarnain 28
tahun. Iskandar malu nak meluahkan hasrat hatinya kepada Syairah semenjak dulu
lagi. Takut disalah ertikan dengan keakraban mereka yang bagaikan belangkas
dimana saja pergi berdua walaupun masa sekolah mereka tidak sama tingkatan.
Waktu rehat mesti salah seorang daripada mereka tidak kira siapa yang keluar
cepat pasti akan menunggu. Rakan yang melihat mereka mesti menganggap mereka
ada hubungan istimewa. Disebaliknya tiada apa-apa ikatan selain adik abang dan
rakan sekampung.
Syairah
terperajat berita yang baru diterimanya tadi. Macam berada dialam mimpi. Tidak
terduga bahawa keakraban antara dia dan abang Iskandar boleh berseminya cinta
di hati abang Iskandar. Di pihaknya hanya menganggap abang Is sebagai abangnya
saja tidak lebih daripada itu. Fikiran bercelaru. Mak leha ada bagi nombor
telefon abang Iskandar kepadanya. Jika ada sebarang jawapan boleh memberitahu
abang Iskandar. Syairah tidak tahu apa jawapan yang harus diberi kepada abang
Iskandar nanti. Dicapainya telefon yang berada di meja lampu sebelah katil lalu
mendail nombor abang Iskandar.
“
Assalammualaikum.. Boleh saya bercakap
dengan abang Iskandar?” Luahnya dengan suara yang agak malu-malu dan menahan
debar di dada kerana ini adalah kali pertama dia menelefon abang Iskandar
setelah 2 tahun tidak berjumpa.
“Waalaikumusalam.
Boleh saya tahu sapa yang berada di talian sekarang?” Balas Iskandar
Zulkarnain. Didalam hati Iskandar terperanjat kerana dapat panggilan daripada
seorang perempuan tengah malam buta ini. Macam tidak percaya saja.
“
Abang Is, ini Syairah anak lebai Abu dan Mak Leha. Syairah minta maaf kalau
pagi-pagi ni Syairah ganggu abang tidur. Abang, esok abang ada masa tak? Kalau
ada boleh kita jumpa. Ada hal yang ingin Syairah bincangkan. Abang, datang
rumah boleh tak” beritahu Syairah kepada abang Iskandar. Panggilan mereka sejak
dulu Syairah memanggil Syairah dengan
nama Irah dan manakala panggilan untuk abang Iskandar ialah abang Is tetapi entah macam mana nama panggilan
boleh berubah sekian lamanya mereka tidak bertemu hampir dua tahun semenjak
Syairah berpindah kerja di Nilai. Rasa ganjil pula.
“
Esok abang memang cuti pun. In sha Allah. Abang akan datang. Lagipun dah lama
tak jumpa Irah, rasanya hampir dua tahun. Merdunya suara Irah. Abang harap Irah
sihat hendaknya” beritahu Iskandar. Dalam hatinya tidak sabar bertemu Syairah
yang sudah lama tidak bertemu. Buah hati yang dalam diam dia memendam rasa
semenjak daripada bangku sekolah lagi.
“Terima
kasih abang. In sha allah ada rezeki kita bertemu besok ya. Selamat malam.
Semoga tidur abang diulit mimpi indah. Assalammualaikum”.
Sang
suria menjelma kini. Janji yang yang dipatri kini ditunaikan dengan sempurna.
Iskandar Zulkarnain dengan bangga dan gaya machonya datang dengan seikhlas hati
berjumpa dengan buah hati yang dicintai dalam diam dan juga berjumpa dengan
ayah dan mak Syairah untuk mendengar keputusan lamarannya tempoh hari. Walaupun
berat mulut Syairah hendak memberitahu keputusan lamaran namun digagahi jua
demi tidak menghampakan hati Abang Iskandar. Syairah memberitahu Iskandar yang
dia tidak dapat menerima Iskandar sebagai suami. Bukan dia tidak suka pada
Iskandar tetapi ada satu rasa yang menghalang dia untuk terus menerima lamaran
tersebut. Setiap malam sepanjang dia mengetahui yang dirinya dilamar oleh Iskandar, dia tidak pernah meninggalkan solat
isthikarah untuk minta petunjuk jalan yang terbaik untuk dia pilih.
Alhamdulillah, setelah mengerjakan solat tersebut dia kerap bermimpi kehadiran
wajah Irham datang dalam mimpi dengan wajah yang tersenyum riang. Rindu yang
dipendam selama ini memang rindunya kepada jejaka tersebut. Iskandar Zulkarnain
menerima jawapan yang diberikan oleh
Syairah dengan tenang dan yakin setiapa apa yang direncakan oleh Allah
adalah perencanaan yang terbaik. Seandainya Syairah bukan miliknya akan tetap
tidak menjadi miliknya begitulah sebaliknya. Walaupun hubungan mereka tidak
berkesempatan menjadi perhubungan suami dan isteri mereka tetap teruskan
perhubungan sebagai sahabat sejati dunia dan akhirat. Dalam kerinduan hati
kepada jejaka impian, Syairah tetap terus menjalankan tugasan seperti biasa.
Kerinduannya hanya disampaikan dalam doa dan sujud semoga DIA menyampaikan rasa
hati yang merindu yang tidak mampu ditahan lagi.
Disebalik
kejauhannya antara Irham dan Syairah sebenarnya ada rasa yang terpendam antara
mereka. Irham hanya memanjat doa semoga dia akan bertemu dengan bidadarinya satu hari nanti dan menjadi
penghuni di hati yang halal untuknya berbakti dan mengabdikan diri kepada Allah
sebagai hamba Allah di muka bumi. Setiap hadirnya rindu yang membara dihati
Irham, dia sama seperti Syairah yang akan melakukan solat isthikarah setiap
malam untuk mencari jawapan yang terbaik untuk dirinya didunia dan diakhirat.
Irham yakin dan percaya jika Syairah memang ditakdirkan untuknya jauh manapun
sekalipun mereka tetap bersama.
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta
bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurnian Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwa yang resah
ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanMU
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ketemui
Tapi ku tak pasti rencana
Ilahi
Apakah dia kan kumilikki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan
syariatMU
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan
ketentuanMU
Ya Allah
Engkau tempat kubergantung
harapanku
Kuharap diriku sentiasa dibawah rahmatmu
Lagu : Permata Yang Dicari
Penyanyi: Dehearty
Semakin
hari semakin cinta dan rindu Irham makin membara kepada wanita yang dicintai
dalam diam iaitu Syairah. Setelah yakin jawapan yang dicari telah ditemui
dengan ikhlasnya hati Irham memberitahu ibu dan ayahnya dia ingin mengakhiri
zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati. Ayah dan ibunya panjatkan syukur kepada Ilahi yang mana doa
yang dipohon selama ini telah pun dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Niat dihati
selepas Irham selesai menjalankan tugasnya diperantauan dia kan terus
menghubungi Syairah untuk memberitahu mengenai perkara ini yang Irham ingin
melamar Syairah menjadi Isteri.
Pada
suatu malam yang dingin. Pertama kalinya selepas Irham pulang daripada perantauan dengan
beraninya dia menelefon Syairah gadis pujaan hatinya untuk memberitahu yang
dia ingin melamar gadis tersebut menjadi permaisuri hatinya didunia dan
diakhirat. Walaupun dia dan Syairah baru
lagi saling mengenali tetapi bisikan daripada hatinya menyatakan yang Syairah
adalah calon yang sesuai untuk dia jadikan isteri.
Selalu kuberdoa kepada yang
Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu
dijiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan
seribu makna
Dikala aku keseorangan
Dia penghibur dan juga
peneman
Hati yang sayu tidak
kesepian
Duka dan lara tiada
keresahan
Ya Allah tidak kupinta yang
menawan
Tidak kuharap yang hartawan
Bukan jua kerna kedudukan
Cuma ku damba insan yang sepadan
Kasihnya sejati bukan
keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi
rintangan
Ketulusannya yang tiada
bandingan
Tercipta ayu indahnya
peribadi insan
Lagu: Jodoh Dan Takdir
Penyanyi : Misk
“Assalammualaikum.
Syairah apa khabar? Lama rasanya kita tidak berhubung semenjak saya berada
diperantauan. Syairah, saya sebenarnya ada hajat yang terpendam selama ini.
Sudikah awak menjadi ratu dihati saya didunia dan diakhirat”?
Luah
Irham kepada Syairah.
Dengan tidak disangka dan diduga, Syairah
terperanjat dan bersyukur kepada Ilahi kerana yang ditungu-tunggu selama ini
menelefon beliau dengan membawa perkhabaran yang dinanti-nanti. Perkhabaran
yang begitu indah sekali dirasa saat dia hidup dimuka bumi ini selain keindahan
bernafas bersama keluarga tercinta dan menjadi hamba Allah dimuka bumi ini.
“Wasalam,
Alhamdulillah sihat.Terima kasih Irham kerana sudi menelefon saya dan meluahkan
hasrat ingin menyunting saya. Irham, inilah yang saya tunggu selama ini. Jika
awak ingin memiliki saya datanglah bertemu dengan ayag dan ibu saya. Saya
bersedia menjadi isteri awak. In sha allah, andai ini takdir kita saya terima seadanya”.
Merisik sudah bertunang pun
sudah
Nikah dilafaz sunnah
diwarisi
Termeterai sudah janji bermadah
Majlis pernikahan kini dirai
Dengan
sekali lafaz, Syairah sah menjadi milik
Irham yang sah. Mereka dinikahkan sendiri oleh ayah mertua Irham. Rasa macam
tidak percaya yang kini mereka sudah pun bergelar suami isteri yang mana selama ini mereka hanya bertemu
disetiap sujud yang mereka lakukan untuk mencari sebuah perhubungan yang halal.
Mencurah rindu kepada Allah dan dalam
masa yang sama berdoa agar mereka saling memilikki dan dimilikki. Syairah
bertemu dengan Irham hanya disetiap sujud yang dilakukan walaupun mereka pernah
bertemu kali pertama di sebuah tempat. Mereka bercinta selepas nikah. Betapa
nikmatnya bercinta selepas nikah dimana cinta yang tulus ikhlas tidak meluahkan
antara satu sama lain tetapi hanya berdoa untuk saling milik –memilikki.
0 ulasan:
Catat Ulasan