Cerpen
: Cintaku Tidak Seindah Cinta Saidatina Siti Khadijah
Penulis : Nurulizza Hj Ab Karim
“Terima kasih abang, kerana menerima sayang
seadanya. Abang adalah kurniaan terindah yang ALLAH titipkan untuk sayang
menikmati indahnya sebuah perkahwinan yang berlandaskan Cinta keranaNYA. Abang
adalah pembuka pintu Syurga untuk sayang
dengan kunci utamanya ialah ‘La Ilaha IllAllah” Luah Zinnirah kepada suami
tercinta pilihan ALLAH untuknya.
“Sama-sama sayang! Pertemuan kita
ini adalah atas takdir ALLAH sayang. Kita merancang tapi perancangan ALLAH
adalah yang terbaik untuk kita sebagai hambaNYA. Abang hanyalah insan biasa,
sayang!. Cinta yang kita ada ini adalah cinta yang ALLAH kurniakan kepada
setiap hambaNYA” Balasan bualan antara Luqman dengan isterinya Zinnirah di satu
petang di halaman rumah mereka.
:: Tautan KASIH KeranaNYA::
Cinta KeranaNYA
DIA yang menyemai rasa
DIA yang membaja rasa
RINDU, KASIH dan SAYANG
keranaNYA
Kita berKONGSI rasa
Itu FITRAH kita sebagai
hambaNYA
INDAHnya KASIH berSULAMkan
'IMAN'
LEMBUTnya SAYANG
berSUTERAkan 'TAQWA'
Tidak sesekali meLATAH!!
Tidak sesekali terPEDAYA!!
"NAFSU DURJANA' kita
tawani
'IMAN Dan TAQWA' mengetuai
KASIH kita
AMAL dan DOA kita TITIPkan
kepadaNYA
MeREALISASIkan HARAPan
Seluruh JIWA kepadaNYA
Hati berbicara, kaulah
pendamping halalku!!
Biarpun sepi, perGANTUNGan
HARAPan hanya pada ALLAH SWT
Hatimu, milikNYA
Jiwamu, milikNYA
Maka, kepadaNYA aku memohon
Meskipun tiada luahan
'Sayang'
Walaupun tiada kata 'Rindu'
diperdengarkan
Namun, Hanya DIA yang mengetahui
segalanya
KeYAKINan kepadaNYA
Segalanya INDAH tepat pada
WAKTUnya
Saling merindukan keranaNYA
Itulah NIKMAT, berKASIH
keranaNYA
Pertemuan Nurul Zinnirah bersama
suami tercintanya itu Luqmanul Hakim bermula di muka buku. Di situlah mereka
saling kenal mengenali tanpa ada pertemuan di realiti. Pertemuan yang di atur
oleh ALLAH adalah yang terbaik untuk kita.
Usik mengusik senda gurauan antara mereka melahirkan keserasian. Luqman
seorang yang kelakar dan suka mengusik orang. Tidak ketinggalan jugalah si
Zinnirah. Sama saja sikap mereka. Pada pandangan kasar kepada yang mampu
menyelaminya. Perghhh dah mula menghiasakan ayat dengan kata-kata puitis tapi
ayat biasa je. Kenakallan mereka
terserlah jika mereka saling berkomen antara satu sama lain. Saling usik
mengusik antara mereka. Dalam diam-diam ada rahsia disebalik rahsia yang hanya
mereka mengetahuinya. Zinnirah memulakan langkahan suci dengan kunci utama
perhubungan adalah ‘berkasih sayang kerana ALLAH’ begitu jugalah langkahan
perhubungan Luqman. Mereka ada misi dan motif yang sama iaitu mencari Redha
ALLAH SWT dan RestuNYA. :: Jika anda
dibuai CINTA jangan taip 'JATUH CINTA' tetapi taiplah 'BANGUN CINTA'. Bangun
cinta banyak maknanya paling utama bangunkan cinta yang dirasai itu bersama
rasa CINTAnya kalian kepada ALLAH SWT dan jangan berjanji tetapi salinglah
berdoa semoga bangun cinta anda bersama Restu Dan RedhaNYA:: Mereka
sama-sama ingin menjaga perhubungan yang mereka jalinkan kerana ALLAH. Mereka
sedaya upaya ingin membangun rasa yang mereka rasa itu bersama rasa yang di
anugerahkan oleh ALLAH kerana ALLAH. Luahan mereka hanya ALLAH yang tahu.
Penghambaan mereka setulus hati kerana ALLAH yang mampu mendekatkan lagi kasih
sayang keranaNYA. DIA yang memberi rasa dan DIA juga mampu merealisasikan
impian mereka. Jarang kedengaran suara antara mereka. Tidak pernah bertemu
hanya muka buku menjalinkan perhubungan mereka. Niat untuk bertemu, Zinnirah
serahkan segalanya pada yang Maha berkuasa. Jika, Luqmanul Hakim itu adalah
Jodohnya maka mereka akan saling memilikki kerana ALLAH. Rindu dan sayang
anugerahNYA. Tidak ada yang terkecuali pada manusia selaku hambaNYA. Cuma yang
membezakan bagaimana seseorang itu mengendalikan dengan kebijaksanaan untuk
melukiskan sebuah ‘CINTA SYURGA’ di hamparan Roh dan Jasad mereka? Hanya Iman
dan Taqwa seseorang itu yang mampu mencorakkan keindahan hasil lukisannya. Di antara mereka, tiada
luahan rindu dan sayang. Mereka mengerti setiap insan perlu ada rasa kasih dan
sayang walaupun dengan musuh. Salah satu
ciri orang yang beriman ialah menyayangi insan yang lain seperti dia menyayangi dirinya. Rindu Zinnirah pada
Luqman hanya ALLAH yang tahu. Fahamkan maksud perkataan R.I.N.D.U itu satu
persatu hurufnya. Mengapa setiap
pasangan yang bercinta ada rasa cemburu? Renunglah sesuatu perkataan itu dengan
renungan ‘matahati’. Ada jawapannya saat hati berbicara. Tidak mudah untuk kita
membina ayat daripada satu huruf dalam perkataan. ::Mengapa kita ada rasa cemburu? Jom kita pandang dengan pandangan
'Hati' satu persatu huruf dalam perkataan C.E.M.B.U.R.U. (Cinta Enak Membara
Bila Utusan RINDU untukmu) Setiap perkataan yang kita faham dan diselami dengan
'Matahati' ada disebalik Luahan tersirat yang ingin disampaikan. Selamilah
maksud R.I.N.D.U (Rasa Indah Namun Doaku Utuh):: Rasa indah namun doaku
utuh. Maksud yang penuh bermakna. Bila hadirnya rindu pada seseorang hanya
ALLAH tempat tuju. ALLAH yang memberi rasa ini dan DIA juga yang
menentukan.Makin dekat kita dengan ALLAH, makin sayang DIA dengan kita. Bukti
kasih dan sayangNYA ialah ujian yang diturunkan kepada kita. ::CERMINan BELAHan JIWA sesuai dengan IMAN
di HATI. HATI Dan JIWA wajib diseiringkan agar keBAHAGIAan diMILIKki di DUNYA
Dan AKHIRAT::
:: Serpihan HATI,BELAHan
JIWAku::
Kau, Kasih!
NAMAmu tertulis di LUH
MAHFUZ
TerCIPTA Untukku!
PILIHan ALLAH untuk
bersamaku
Peneman dan penDAMPING
menuju 'JANNAH'
Di sana, akulah BIDADARImu!
Disana, kaulah BIDADARAku!
Serpihan Hati,Belahan
Jiwaku!
Sejauh mana kita berlari,
Sekuat mana kita menafikan,
TAKDIR ALLAH, kita TETAP
berSAMA
Tidak cepat dan tidak lambat
Pastinya di waktu yang tepat
Kau, Kasih!
Kau merasa, aku terasa
Serasinya kita, kerana ALLAH
Bicara kita, kita yang rasa
Kau Dan Aku dikurniakan
memahami 'BICARA BATIN'
Hanya DIA, kau dan aku
mengetahuinya
Segalanya adalah 'RAHSIA
ALLAH'
Kau, Kasih!
Tiada sapaan bukan bermakna
lupa
JARANG keDENGARan suara
antara kita
Memang pelik! tapi itulah
CINTA LUAR BIASA
Anugerah ALLAH kepada kita
sebagai hambaNYA
Sama-sama menahan GELORA
RINDU
Menyimpan cinta direlung hati
bersama RestuNYA
Membuai BUAIan RINDU saat
'HALAL' diterima
IMPIan kita sama!
MeRAIH CintaNYA itulah kita
BerKASIH SAYANG kerana ALLAH
Inilah VISI kita!
Serpihan Hati, Belahan
Jiwaku!
Di sini kusetia, di sini
kumenanti
Kuharap kau jua sepertiku!
'CINTA ALLAH' inilah PASWORD
Cinta KITA
( H.A.C.K.S) Ingat ini!!
[Hanya ALLAH, CINTA KAU/KU
Saja]
MenCARI Redha ALLAH itu
tujuan kita
BerSAMA berKONGSI 'cahaya
hati'
Kekal ABADI hingga 'JANNAH'
Nurul Zinnirah yakin jodoh yang terbaik
adalah berdasarkan akhlak diri. Baik
akhlak diri , maka baik jugalah belahan jiwa yang akan dikurniakan ALLAH kepada
hambaNYA. Cintailah ALLAH setulus hati maka DIA akan hadirkan seseorang yang
mencintaiNYA untuk mendampingi kita
sebagai belahan jiwa( Suami/Isteri) yang serasi dan memahami jiwa kita. ALLAH
berfirman :
“Maha suci Allah yang
menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari
mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yassin Ayat 36)
Dengan
adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T.
ini sangat indah.
Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan
adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika
yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi,
kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan.
ALLAH S.WT. berfirman:
“Di antara tanda-tanda
kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu
tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan
belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir.” ( Surah Ar Rum Ayat 21) Kejadian
berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT.
berfirman:“Wahai manusia! Bertaqwalah
kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu
dari diri yang satu (Adam) dan
ALLAH menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya ALLAH memperkembang-biakkan
lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan namaNYA
kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan
kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH
selalu menjaga dan mengawasimu” (Surah An-Nisa Ayat 1)
Nurul Zinnirah bukan seorang
Ustazah. Dia hanyalah wanita biasa yang bercita-cita ingin menjadi ‘Bidadari
Syurga’. Dirinya masih khilaf dan ingin
memperbaiki dirinya ke arah menuju dan
meraih Cinta ALLAH SWT. Saat yang tepat yang terindah dimana ALLAH hadirkan
seorang teman yang bernama Luqmanul Hakim yang hanya perkenalan mereka pada mulanya hanya di Muka Buku. Dalam saat itu, terbit rasa sesuatu yang di
rasa. Ingin meluah tetapi takut hanya fantasi yang kosong yang tidak memberi
apa-apa kebaikkan. Hanya ALLAH tempat mencurah rasa yang dirasa. Lagu daripada
nyanyian Oki Setiana Dewi yang bertajuk Untukmu Imamku merupakan lagu yang
menggambarkan perasaan dan keinginan Zinnirah. Keinginannya hanya ALLAH dia
kembalikan seperti lagu Novi Ayla yang bertajuk Cintai Aku kerana ALLAH dan
Rasa Inginku. Ingin tau lagunya korang pak gogel lah ye!
Bukan
Cinta Biasa
Begitu
banyak cerita
Ada
suka ada duka
Cinta
yang inginku tulis
Bukanlah
cinta biasa
Dua
keyakinan beza
Masalah
pun tak sama
Ku
tak ingin dia ragu
Mengapa
mereka selalu bertanya
Cintaku
bukan diatas kertas
Cintaku
getaran yang sama
Tak
perlu dipaksa
Tak
perlu dicari
Kerna
kuyakin ada jawabnya oh...
Andai
ku bisa merubah semua
Hingga
tiada orang terluka
Tapi
tak mungkin
Ku
tak berdaya
Hanya
yakin menunggu jawapnya
Janji
terikat setia
Masa
merubah segala
Mungkin
dia kan berlalu
Ku
tak mahu mereka tertawa
Diriku
hanya insan biasa
Miliki
naluri yang sama
Tak
ingin berpaling
Tak
ingin berganti
Jiwa
ku sering saja berkata
Andai
ku mampu ulang semula
Ku
pasti tiada yang curiga
Kasih
kan hadir tiada terduga
Hanya
yakin menunggu jawapan
Dengarlah lagu Dato Siti Nurhaliza Bukan
Cinta Biasa. Selamilah liriknya. Kalau
anda faham. Alhamdulillah. Saat hati berbicara hanya ALLAH Yang tahu disebalik
Rahsianya. ALLAH berfirman : “Perempuan-perempuan
yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk
perempuan-perempuan yang keji (Pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (Pula). Mereka itu bersih dari apa yang
dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga)
( Surah An-Nur Ayat 26) ::SABARlah
menunggu kekASIH akan HADIR sesuai dengan 'IMAN' di 'HATI'( Hanya ALLAH Tahu
ISInya), CINTAilah ALLAH, maka akan hadirnya seseorang pilihanNYA untuk kita
KASIHi keranaNYA:: Ayat 26 Surah An Nur telah menjelaskan jika ingin
mencari pasangan yang baik, perbaikkan diri kita terlebih utama dengan niat
kerana ALLAH. Jangan hanya mengharap pasangan kita yang terbaik andai diri kita
masih leka dan lalai terhadap kewajipan kita kepada ALLAH SWT. Jangan harapkan
kesempurnaan pada pasangan tetapi mohonlah pada ALLAH agar kita dipertemukan
dengan seseorang yang mampu menemani, membimbing kita menuju CintaNYA dan
peneman saat suka dan duka malah menerima seadanya diri kita kerana ALLAH.
Tiada hamba yang sempurna melainkan DIA Yang ESA.
Sebelum Zinnirah bergelar isteri kepada suami
tercintanya Luqmanul Hakim, berbagai-bagai ujian yang di hadapinya. Setiap
ujian yang di laluinya adalah tanda kasih sayang ALLAH kepad hambaNYA. Bicara
bersama hati haruslah berhati-hati. Ada dua kemungkinan yang hadir iaitu
satunya daripada ALLAH dan yang kedua daripada bisik-bisikan syaitan yang ingin
menyesatkan Umat Nabi Muhammad S.A.W. konflik antara hati dan jiwa. Perghhh
macam pandai je sebut ayat kan. Siapa yang memahami maksudnya mesti faham
bagaimana sukarnya pada waktu itu, emosi dan fizikal berkonflikkan yang pasti
IMAN mesti diserlahkan dalam menghadapai
situasi gawat seperti ini. ALLAH berfirman :”
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (Kepada ALLAH) dengan sabar
dan solat. Sungguh, ALLAH berserta orang-orang yang sabar”. (Surah
AL-Baqarah Ayat 153) DIA yang menghantarkan hadiah rindu untuk kita selaku
hambaNYA yang berbungkus ujian, maka kepadaNYA jualah kita kembali. Mengadu
setulus hati padaNYA, In Shaa ALLAH ada kebahagian yang menanti. Zinnirah, hanya
wanita biasa. Cinta dan rasa yang di miliki ini datangnya daripada ALLAH dan
kepada ALLAH jua di kembalikan keinginannya. Cinta ALLAH seTULUS hati,maka
daripadaNYA jua akan di pilihkan seseorang yang mencintaiNYA untuk Zinnirah.
Janji ALLAH itu pasti! Berkeyakinanlah sepenuhnya dan mengharapkan hanya pada
DIA, segalanya indah tepat pada waktunya.
Antara ‘Iman’ dan ‘Nafsu’ perlu bijak di bezakan.
Cinta yang di rasa oleh Zinnirah tidak
sehebat Cinta Saidatina Siti Khadijah R.A terhadap Rasullullah S.A.W yang
sanggup berkorban untuk menyebarkan Agama Islam berkembang Indah sehingga kini.
ALLAHU AKBAR! Wanita pilihan ALLAH untuk Rasullullah. Seorang wanita
bangsawan,hartawan, cantik dan budiman. Seorang wanita yang disegani oleh
Masyarakat Quraisy. Wanita pertama yang memeluk Islam dan menyokong Nabi
Muhammad S.A.W dalam menyampaikan kebenaran. Suka dan duka Nabi, beliau
sentiasa di sisi Nabi. Menginfakkan harta untuk menegakkan Agama ALLAH SWT.
SubhanALLAH, sucinya hati dan jiwa Saidatina Siti Khadijah R. A. SaatNabi
Muhammad menerima wahyu yang pertama di Gua Hira’, Saidatina Siti Khadijah yang
pertama mengerti makna peristiwa yang di alami oleh Nabi S.A.W dan menghiburkan sambil berkata Nabi dilantik menjadi Pesuruh ALLAH bagi Umat
kini. Saidatina Siti Khadijah R.A membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan
Kalimah Tauhid serta selalu menghiburkn Nabi dalam duka derita yang di alami
oleh Nabi dari gangguan kaumnya yang masih ingkar terhadap kebenaran Agama
Islam, menangkis segala caci maki yang
di lancarkan oleh bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy. Layaklah!
Saidatina Siti Khadijah R.A mendapat
keistimewaan khusus yang tidak dimilikki
oleh wanita-wanita lain iaitu,menerima ucapan salam daripada ALLAH SWT
yang disampaikan oleh Malaikat Jibril A.S kepada Rasullullah disertai salam
Jibril A.S peribadi untuk disampaikan
kepada Saidatina Siti Khadijah R.A serta ganjaran SYURGA. SubhanALLAH. Sungguh
besar pengorbanan beliau terhadap Agama Islam. Saidatina Siti Khadijah R.A di
gelar sebagai “Ummul Mu’minin yang setia dan taat . Kehidupan Saidatina yang
penuh dengan kebajikan dan jiwanya sarat dengan kebaikan. Rasullullah S.A.W
bersabda :”Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang ingkar, dia membenarkan
aku ketika orang-orang mendustakan dan dia menolongku dengan hartanya ketika orang-orang tidak
memberikan apa-apa kepadaku. ALLAH mengurniakan aku anak darinya dan mengharamkan
bagiku anak selain dari dia” [HR. Imam Ahmad dalam “Musnad”-nya,
6/118]
Hampir dua bulan Zinnirah melayari
bahtera Mahligai Cinta bersama Suaminya, Luqmanul Hakim merupakan anugerah
ALLAH yang terindah untuk dirinya. Seorang suami yang penyayang dan romentik
yang hanya dia yang mengetahui keromentikkan suaminya itu. Paling utama
kecintaannya pada Luqman bukan kerana kehenseman dan kemachoan suaminya tetapi
faktor utama ialah keimanan dan
ketaqwaan suaminya. Pakej lain itu, adalah anugerah ALLAH untuk suaminya. ALLAH
jua yang menggerakkan hatinya untuk
menyayangi Suaminya dan begitu jualah di pihak suaminya kepada Zinnirah.
Berkasih sayang kerana ALLAH. Indah sebuah perkahwinan terutama perkahwinan
yang mengikut Syariat Islam. Bercinta Selepas Nikah. Itulah cinta mereka! Batas-batas
pergaulan sentiasa di jaga sentiasa di hormati. Tiada pertelingkahan
sepanjang persahabatan mereka. Saling memahami itulah mereka. 2 bulan yang
lalu, pada tarikh yang indah 23 April
sempena kelahiran Zinnirah, ALLAH telah mempersatukan dua hati yang terpisah
menjadi satu yang akan berkongsi segala rasa bersama belahan jiwa iaitu Suami
tercinta Luqmanul Hakim Bin Malik.
Majlis pernikahan mereka berlangsung secara berwasatiyyah. Luqmanul hakim
dinikahi sendiri oleh Ayah Mertuanya yang juga merupakan Imam di Masjid
tersebut.
“Luqmanul Hakim Bin Malik! saya
nikahkan dikau dengan puteriku yang bernama Nurul Zinnirah Binti Riduan dengan Mas
Kahwinnya RM250.00 Tunai”
“Aku terima nikahnya Nurul Zinnirah
Binti Riduan dengan Mas Kahwinnya RM250.00 Tunai” Alhamdulillah, dengan sekali
lafaz,termatrilah perjanjian suami isteri antara mereka.
Alhamdulillah,
Zinnirah panjatkan Syukur kepada ALLAH SWT kerana telah menyempurnakan majlis
pernikahan dengan jayanya. SubhanALLAH. ALLAH permudahkan segala yang
terindah. Tangisan kegembiraan menitis
tatkala dirinya kini sudah halal buat suaminya yang tercinta. Menyulam cinta
dan memendam rindu di alam maya kini di realitikan dengan upacara yang
sederhana dan penuh dengan rasa kesyukuran. Mereka berdua hanya memakai baju
jubah yang bertemakan warna merah jambu campuran unggu. Istimewanya majlis pernikahan mereka,
Zinnirah mengenakan telekong sembahyang yang lengkap semasa sessi majlis
pernikahan. Selepas majlis Ijab dan Kabul mereka selesai, Zinnirah dan
Suaminya, Luqmanul Hakim menunaikan Solat
Sunat berjemaah. Itulah solat pertama kali yang di imamkan sendiri oleh
suaminya yang tercinta. Pembatalan air
sembahyang mereka dengan cara bersalaman selepas solat. Bukannya pembatalan air
sembahyang dengan cara menyarungkan cincin di jari. Selesai mengerjakan solat
sunat, mereka di hidangkan segelas air susu.
Luqmanul Hakim minum setengah daripada
air susu itu dan setengah lagi di suapkan kepada Zinnirah
Setelah
selesai solat berjemaah dan berkongsi minumam segelas susu,Upacara Penyerahan
Mas Kahwin, Penerimaan Mas Kahwin dan Penyerahan Tanggungjawab Wali kepada
Pengantin Lelaki. .
“ Adalah saya, Luqmanul Hakim Bin
Malik suami kepada Nurul Zinnirah Binti Riduan
yang telah menerima tanggungjawab
dengan ini menyerahkan kepada isteriku
mas kahwin RM250.00 tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan
taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan
nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum islam”
Luqmanul Hakim
memegang ubun-ubun isterinya
dengan tangan kanan lalu membaca doa “ Dengan Nama ALLAH yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya ALLAH! Daku memohon kepadaMU kebaikannya dan kebaikannya yang
Dikau ciptakan padanya. Dan daku berlindung kepadaMU daripada keburukannya dan
dari keburukannya yang Dikau ciptakan pada dirinya”
Setelah selesai penyerahan
tersebut,Zinnirah mencium tangan suami
tercintanya dengan berdoa di dalam hati
“ Ya ALLAH,Jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat”
“Adalah saya.Nurul Zinnirah Binti
Riduan isteri kepada Luqmanul Hakim Bin Malik
dengan penuh kesyukuran menerima Mas Kahwin ini
sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh
perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan
mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk
ajar demi kepentingan dan kebahagian bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat
Restu dan Redha dari ALLAH SWT”
“Adalah saya Riduan Bin Daud, ayah kepada anak saya Nurul
Zinnirah Binti Riduan dari saat ini
menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama islam kepada kamu, Luqmanul Hakim Bin Malik sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh
ALLAH SWT ke atas kamu dan orang yang di
bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Aamiin”
Saat yang paling membuat Zinnirah menitiskan
airmata dengan derasnya tanpa paksaan adalah ketika Lafaz Ucapan daripada mama
untuknya yang selama ini telah membesarkan dan mendidik dirinya. Segala suka
dan duka dikongsi bersama Mamanya. Seorang mama yang memahami perangai setiap
anaknya.
“Anakku Nurul Zinnirah, hari
ini kamu akan berpindah dari naungan dan
perlindungan ayah mama ke suatu alam
yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah mama telah mendidik dan
mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah.
Hari ini ayah mama, mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar
dan nasihat ayah mama selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah
nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur
dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah
dirimu dan maruah keluargamu. Taatilah ALLAH SWT sepanjang hidupmu, semoga
ALLAH memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagian kepada kamu. Ayah mama memohon
kemaafan di atas segala kesilapan dan
kesalahan semasa mendidikmu”
Zinnirah dalam keadaan masih teresak-esak
dengan tangisan, membalas ucapan mamanya.
“Wahai ayah mama,budi dan jasamu
selama ini tidak dapat Zinnirah balas.
Hari ini Zinnirah akan berpindah dari
naungan dan perlindungan ayah mama ke suatu alam baru yang belum Zinnirah tahu.
Zinnirah memohon doa restu ayah dan mama agar Zinnirah dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga
dengan sabar dan redha. Zinnirah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak
ternilai. Zinnirah mohon ampun dan maaf
di atas segala kesilapan dan kesalahan Zinnirah selama berada bersama
ayah mama. Terima kasih ayah mama” Sambil mengelap airmata.
Seterusnya adalah Ucapan penerimaan
Tanggungjawan Luqmanul Hakim.
“ Dengan ini saya, Luqmanul Hakim
Bin Malik suami yang sah kepada Nurul Zinnirah Binti Riduan bersyukur kepada
ALLAH SWT atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima
kasih kepada semua pihak yang terlibat
bagi menjayakan majlis akad nikah ini.
Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami
kepada isteri saya Nurul Zinnirah dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk
menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :-
1) Memberi
Nafkah Zahir Dan Batin
2) Penjagaan
dan perlindungan yang sempurna
3) Keselamatan
yang terjamin
4) Memberi
bimbingan dan panduan ke jalan yang di redhai ALLAH SWT
Saya
mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibubapa dan ayah mama mertua saya. Semoga perkahwinan
saya ini bersama Zinnirah mendapat restu
dan redha ALLAH SWT.” Lagu Nasyid Saat
Lafaz Sakinah Nyanyian daripada Kumpulan Far East. Lagu yang menerangkan
penyerahan wali perempuan kepada menantunya dan harapan wali untuk menantu dan
anaknya sentiasa dalam redha ALLAH SWT.
Heningnya...
Sunyi
suasana...
Lafaz
sakinah bermula
Apa
rasa
Diterjemah
hanya
Sebak
abah, tangis ibunda
Adalah
aku, wali puteriku
Serah
kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah
dia, curah kasih dan cinta
Lebih
dari yang ku berikan kepadanya
Dulu
esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya
kini ku serah padamu
Bukan
bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya
perlukanmu
Jadikanlah
dia wanita syurga
Mengerti
benar akan maharnya
Taat
itu bukan hanya pada nama
Indah
ia pada maksudnya
Ku
akur
Akan
pesanmu
Puterimu
kini amanahku
Iringilah
Dengan
doamu
Bahagia
kami dari redhamu
Setelah selesai majlis penyerahan,
kedua mempelai salam semua keluarga yang ada di
majlis tersebut. Sessi suai kenal antara keluarga juga turut di adakan.
Tiada majlis persandingan dan pelaminan
turut serta dalam majlis mereka. Majlis mereka berlangsung di
perkarangan Masjid. Majlis mereka
selesai sehingga pukul 4.00 petang. Walaupun nampak letih tetapi semuanya mampu
di atasi dengan niat kerana ALLAH, namun kebahagian yang
dirasa bagaikan nikmat yang terindah yang tidak mampu di luahkan dengan
kata-kata. Bermula tanggungjawab masing-masing sebagai suami dan isteri. Kegelisahan dan kerisauan Zinnirah makin
terasa bila malam menjelma.
Tanggungjawab pertama yang akan di jalankan sebagai isteri. Malu, risau dan takut
menghantui jiwanya. Namun mampu di
selindungkan dengan senyuman indah.
Solat Maghrib dan Isyak Zinnirah di
Imami oleh Suaminya yang tercinta. SubhanALLAH, betapa syukurnya dia kepada
ALLAH kerana telah menemukan dia dengan Belahan Jiwa yang memang ada ciri-ciri
yang di ingini oleh Zinnirah. Suara suaminya yang merde melantunkan alunan
Ayat-Ayat Suci ALLAH mampu menitiskan airmata Zinnirah betapa bersyukurnya dia kerana
ALLAH telah mengurniakan dia seseorng yang sempurna untuk melengkapi
kehidupannya di dunia dan akhirat.
Selepas solat isyak berjemaah, Zinnirah menghidangkan makan malam untuk
suami dan ahli keluarganya. Dalam suasana makan malam, renungan suaminya kepada
Zinnirah lain macam. Renungan hanya dia
yang tahu di sebalik renungan suaminya itu. Terngiang-ngiang bisikan suaminya
di telinga tadi semasa sedang menyiapkan makan malam di dapur yang mana
suaminya turut membantunya dalam persiapan tersebut.
“ Sayang, lepas selesai mengemas
nanti jangan lupa angkat air sembahyang dan kita solat sunat berjemaah sebelum
tidur” beritahu suaminya. Zinnirah terkejut dan bertambahlah kerisauan di
hatinya. Sebutan ‘sayang’ yang selama ini dia tidak pernah dengar daripada suaminya semasa menelefon
atau membalas pesanan ringkas sama ada
di wasap atau di telefon yang mana suaminya hanya memanggil dirinya dengan
panggilan ‘Zinnirah’ tetapi pada malam ini panggilan tersebut telah bertukar.
Semasa majlis petang tadi pun, suaminya masih menggunakan panggilan nama
‘Zinnirah’.
Berdua-duaan
dalam bilik bersama suaminya hanya ALLAH yang tahu perasaanya. Saat solat
Jemaah Mahgrib dan Isyak tadi jantung berdenyut kencang. Kini dan selama mana saat nafasnya masih
berhembus dia akan tetap berkongsi
bilik bersama suami tercinta. Auratnya milik suami dan aurat suaminya milik
Zinnirah. Majlis pernikahan tidak pernah dirancang awal oleh Zinnirah dan
Luqman. Segalanya, mereka serahkan saja kepada ALLAH SWT. Perancangan ALLAH
adalah perancangan yang terindah. Segalanya berlaku selepas kepulangan Zinnirah
mengerjakan Ibadah Umrah bersama keluarga. Kedengaran suara Luqman di telinga Zinnirah
sepanjang persahabatan tanpa pertemuan yang hanya di muka buku mereka bertemu
hanyalah 4 kali saja. mereka tidak pernah membicarakan soal hati dan perasaan
masing-masing. Dengan kekuasaanNYA, Luqmanul Hakim menyuarakan hasratnya untuk
meminang dan menikahi Zinnirah dalam waktu terdekat. ALLAH berfirman “
Sesungguhnya urusanNYA apabila
DIA mengkehendaki sesuatu DIA hanya
berkata kepadanya,”Jadilah” Maka jadilah ia sesuatu itu”. (Surah Yassin
Ayat 82) “ Maka Maha Suci (ALLAH) yang di tanganNYA kekuasaan
atas segala sesuatu dan kepadaNYA kamu
dikembalikan” (Surah Yassin Ayat 83) Janji ALLAH segalanya di permudahkan.
Yakin dan percaya padaNYA semua indah tepat pada waktu. Cinta Nurul Zinnirah
dan Luqmanul Hakim bersemi kerana ALLAH. ::
ALLAH yang memberi RASA, DIA juga yang menentukan segalanya. ATAS keKUASAannya,
kau dan aku akan diperTEMUkan dalam RESTU Dan RahmatNYA::
Selesai solat sunat berjemaah. Nurul Zinnirah
dan Suaminya, Luqmanul Hakim berbual seketika sebelum mereka tidur.
“Sayang, Alhamdulillah semua yang kita
simpan dalam relung hati selama ini
telah ALLAH dengari dan mempersatukan hati abang dengan sayang dalam satu
ikatan yang terbina dan perjanjian yang terpatri hari ini. Abang harap sayang
terima segala kekurangan abang untuk
saling melengkapkan kesempurnaan kita sebagai hambaNYA”
“Abang, segalanya ALLAH yang lebih
mengetahui dan apa yang berlaku hari ini
adalah takdirnya yang tertulis sejak azali. Abang, sayang bukan seorang insan
yang sempurna dan juga bukan seorang Ustazah. Sayang, hanyalah insan biasa yang
banyak kekurangannya. Sayang menerima
segalanya tentang abang dan sayang harap abang pun begitu. Segala dugaan dan
rintangan yang kita hadapi, sayang harap sama-samalah kita tempuhi untuk
keharmonian mahligai yang kita bina ini sehingga kita mampu menggenggam kunci
‘Syurga Firdausi’.”
“In Shaa ALLAH. Sayang! Kita ditakdirkan
bersama untuk saling ingat –mengingati. Abang lupa sayang ingatkan. Sayang lupa
abang ingatkan. Itulah kita sayang sebagai suami isteri. Belahan jiwa kita yang ada keserasian dengan diri kita. Satu matlamat satu misi yang berkongsi jiwa dan raga dalam satu hati
yang mana Hanya ALLAH tahu isinya.”
“Abang, cinta sayang pada abang tidak seindah
cinta Saidatina Khadijah R.A kepada Nabi Muhammad S.A.W. Abang, sayang tiada
harta untuk diinfakkan ke jalan ALLAH. Cuma, sayang ada hati yang tulus ini
untukNYA dan untuk abang yang di pilih
olehNYA untuk menjadi belahan jiwa dan serpihan hati sayang untuk menemani sayang menuju RedhaNYA dan mengenggam kunci. Sayang
hanya mampu menyokong abang untuk menjadi seorang suami dan imam yang akan
bersama-sama sayang di dunia dan akhirat. Sayang ingin menjadi ‘Ketua Bidadari
Syurga’abang!”
Dalam tidak kesedaran mereka hampir setengah
jam mereka berbual selepas solat sunat.
Tiba –tiba, Luqman hampirkan dirinya pada Zinnirah lalu melucutkan
telekong yang dipakai oleh Zinnirah. Zinnirah tergamam dan tidak menyangka
tindakan suaminya itu. Zinnirah faham maksud suaminya. Dalam kegelisahan
dirinya, dia turut menolong suaminya melucutkan telekongnya. Untuk malam
pertama ini, setiap pengantin akan melalui debaran. Luqman menarik tangan
Zinnirah dan membawa Zinnirah menuju ke katil. Bertambahlah debaran di jiwanya.
Luqman memadam lampu bilik dan hanya lampu meja sisi katil saja yang terpasang.
Zinnirah menyerahkan segalanya pada suaminya. Hak dia kini menjadi hak suaminya
begitu jualah hak suaminya kini miliknya. Kedengaran suara doa yang di baca oleh suaminya. “
Dengan nama ALLAH,Ya Tuhan kami jauhkanlah syaitan dari kami, dan jauhkanlah
syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan kenikmatan kepada kami”. Mereka
terlena di buai mimpi yang indah walaupun kini mereka sedang menikmati realiti
bercinta selepas nikah.Zinnirah terasa geli-geli di telinganya. Terjaga lalu
melihat suaminya sedang memainkan tangannya di telinga Zinnirah. Zinnirah rasa malu-malu dengan apa yang
berlaku malam tadi sebelum mereka terlelap.
“
Assalammualaikum. Sobahul khair sayang! Bagaimana dengan keadaan hari
ini?Terima kasih sayang dengan apa yang berlaku semalam”
“Waalaikumusalam.
Selamat pagi abang! Alhamdulillah sihat. Sama-sama abang tapi janganlah cerita
pasal semalam. Sayang malulah abang!. Abang tahu sayang tahu sudah lah kan kan”
“Erkk,
tanya pun kena marah pula dah!. Janganlah malu dengan abang. Kita kan suami
isteri sayang. Tiada rahsia antara kita selepas ini. Rahsia abang rahsia sayang begitu jugalah
rahsia sayang rahsia abang. Abang harap, semoga apa yang berlaku semalam ketemu
hasilnya. Tidak sabar pula rasanya!. Sayang, jom ar kita mandi berdua!”
“
Ish abang nie! Kita kan baru pertama kali kan. Lagi pun ini kan kat rumah ayah.
Kalau dah tinggal rumah sendiri abang nak mandi dengan sayang petang malam pun
boleh. Erkkk tapi sayang malulah nak mandi dengan abang! Abang, sama-samalah
kita berdoa semoga kita dikurniakan rezeki secepat mungkin untuk menimang cahaya
mata. Sayang pun tak sabar juga ni nak rasa nikmat sebenar seorang wanita. Jadi
anak, isteri dan ibu! Paling nak rasa, nikmat melahirkan anak”. SubhanALLAH
“
Sayang! Jangan lupa mandi wajib ye”Pesan Luqman kepada isterinya.
“Ish
abang ni! Sayang tau lah”.
Dalam malu-malu Zinnirah menjawab pertanyaan
suaminya. Kini, dia merasa betapi nikmat sebuah perkahwinan. perkahwinan yang
di restui oleh ALLAH. Masa mandi sempat lagi Zinnirah berangan. Malu dengan
kejadian yang pertama kali di rasa dan akan di rasa sehingga nafas yang
terakhir nanti. Pukul 3..30 pagi.
Zinnirah dikejutkan oleh suaminya untuk menunaikan penghambaan mereka kepada
ALLAH yang akan di imami oleh suaminya.
Indah sungguh kurniaan ALLAH. Sebelum ini, dia sendiri yang akan
membangunkan dirinya pukul 5.00 pagi untuk melakukan penghambaannya.Selepas
seminggu majlis mereka berlangsung, Zinnirah dan suaminya telah berpindah ke
rumah suminya yang telah di sediakan lebih awal lagi sebelum mereka bernikah.
Rumah yang di duduki nanti adalah rumah sendiri yang dibeli oleh suaminya.
Perancangan ALLAH adalah yang terbaik. ALLAH menemukan dia dengan suaminya saat
mereka benar-benar bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri
dengan penuh dedikasi. Sifat Luqman yang
romentik dan rajin membantu Zinnirah dalam menyelesaikan tugasan di rumah.
Setiap hari di sepertiga malam, jika Zinnirah dalam keadaaan suci dia akan
dibangunkan oleh suaminya dengan cara penuh keromantikkan. Telinganya di
hiburkan dengan suara suaminya yang kadang-kala menyanyikan lagu untuknya, membaca ayat-ayat puitis
dan mengeli-gelikan badannya. Ada saja
idea suaminya dalam melahirkan suasana romentik.
Luqmanul Hakim rajin membantu
Zinnirah dalam melakukan tugasan di rumah. Di kala, Zinnirah sedang memasak
Luqman akan mencuci pinggan mangkuk. Lipat kain baju dan sebagainya. Luqman
menghidupkan Sunnah Nabi S.A.W dalam melayari rumahtangganya. Antara yang dilakukan oleh suaminya tidur satu
selimut, mandi dengan Zinnirah, membantu
di dapur, minum bergantian di tempat yang sama maksudnya minum bekas air
isteri dan begitu juga isterinya, membelai isterinya(Rahsia Suami Isteri). Suka
tidur di pangkuan Zinnirah (jika masa yang sesuai), dan berjalan-jalan sambil
berpegangan tangan. Dalam kehidupan
rumahtangga, Rasullullah SAW adalah seorang suami, bapa dan ketua keluarga.
Apabila baginda berada di rumah, baginda tidak segan membantu isterinya
menguruskan kerja rumah. Malah baginda selalu menguruskan sendiri pekerjaannya.
Al –Aswad Bin Yazid pernah bertanya
kepada Aisyah RA mengenai apa yang biasa dilakukan Rasullullah di rumah. Aisyah
menjawab,
“Baginda
turut membantu pekerjaan keluarganya dan apabila datang waktu solat ,baginda
segera bersolat. (HR Al-Bukhari)”
Sheikh Sa’id Hawa menyatakan, bahawa
ia adalah satu perkara yang mengagumkan. Tanpa rasa segan, Rasullullah SAW
membantu kerja isterinya di rumah apabila baginda berada di rumah. Bahkan,
baginda selalu menguruskan pekerjaannya sendiri dan juga kerja dalam
rumahtangga. Baginda bersabda,
“Bantuanmu terhadap isterimu adalah sedekah”(
HR Ad-Dailami)
Membantu pekerjaan isteri di rumah,
bukan perkara yang mengaibkan bagi lelaki. Malah, ia merupakan satu
kesempurnaan seorang suami yang rajin membantu isterinya . bagaiman seorang
muslim menyatakan aib sedangkan baginda pun melakukannya? Demikianlah amalan
yang disukai oleh baginda. Bagind tidak segan membantu isterinya sambil
melakukan sendiri sesuatu yang diperlukan seperti membancuh teh atau kopi.
Sungguh indah kehidupan Zinnirah
selepas menjadi isteri kepada insan pilihan ALLAH untuknya Luqmanul Hakim.
Bertemu di muka buku, itulah jodohnya.
Di pertemuan alam maya pada mulanya dia tidak menyedari tetapi atas
rahmat ALLAH segala rasa yang di rasa mula terasa. Petunjuk ALLAH, dia bermimpi 3 kali bermimpikan suaminya. Pada
mulanya, ia anggap hanya mainan tidur tetapi itulah rahsia ALLAH.Mimpi yang
pertama, suaminya bersama anak buahnya berada di pantai mencari gemis bersama
dia. Mimpi yang kedua ialah, ibu dan kakak datang ke rumah tetapi suaminya
hanya menundukkan wajah tanpa berbicara. Mimpi yang ketiga nak kata mimpi bukan
tapi dalam keadaan nak bangun pagi lebih pukul 4.30 pagi, nama suaminya terlayar di ruang mata.
Apa-apapun semuanya adalah rahsia ALLAH. Romentik suaminya terserlah selepas
hidup bersama dengannya. Di kenali di muka buku yang pada mulanya nampak macam
tiada perasaan, seorang yang kelakar dan pandai menyesuaikan keadaan. Kepelikkan pun ada juga. Alhamdulillah, pada
mulanya sukar juga Zinnirah memahami dan salami. Dengan keikhlasan hati, ingin
menyelami suaminya ALLAH permudahkan segalanya. Kalau jodoh tidak akan kemana
jalannya, tetap kembali pada tulang bengkok. Tulang rusuk dan tulang bengkok
yang sama tidak akan bertukar dengan yang lain.
Permata
Untuk Isteri
Telah
kusiapkan
Satu
daerah paling sunyi
Dalam
hati ini untuk kau isi
Sebagai
isteri
Untuk
kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang
wanita
Untuk
kau beri erti dengan kelembutan
Untuk
kau hargai dengan kasih sayang
Ku
ingin kau jadi wanita mulia
Yang
tahu harga budi dan hati
Seorang
lelaki bernama suami
Kerana
engkau isteri…
Ku
ingin kau mengerti
Bahawa
hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang
kita janjikan
Kerana
kau isteriku
Lagu yang dinyanyikan oleh suaminya,
semasa ulang tahun kelahiran yang di sambut selepas seminggu tarikh pernikahan
mereka. Lagu Kumpulan Kopratasa yang
bertajuk Permata Untuk Isteri. Tarikh
sebenar tarikh kelahiran ialah masa majlis pernikahan mereka. Suaminya
menyanyikan lagu smbil di iringi dengan petikkan gitar. Merdu sungguh suara
suaminya. Sambutan hari lahirnya yang
hanya di sambut di rumah.
“
Terima kasih abang! Abang, malam ini sayang rasa gembira sangat. Pertama kali
dapat dengau suara abang menyanyikan lagu tu! Lagu kesukaan sayang, dulu selalu
dengau dan berangankan yang suami sayang akan nyanyikan untuk sayang. Malam ini
impian sayang jadi kenyataan. Abang, saya tidak mampu menjadi isteri seperti Saidatina Khadijah RA mencintai Rasullullah
tetapi sayang ingin jadikan cinta Saidatina sebagai teladan untuk sayang
mencintai abang. Sayang tidak mahu berjanji apa-apa, cuma sayang berharap kita sama-sama berdoa agar
mahligai yang terbina ini berterusan hingga ‘Jannah’. Cita-cita sayang ingin
menjadi ‘Ketua Bidadari Syurga’ untuk abang”
“Sama-sama
sayang!. Abang tidak mampu menyediakan yang mahal-mahal untuk sayang. Hanya ini
je yang abang mampu. Hadiah yang selalu abang bagi dan tidak pernah lupa
sepanjang kita hidup bersama ialah
sayang sendiri tahukan apa maksud abang. Abang nak sayang lahirkan ramai
anak untuk abang. Memulakan pemprosesannya setiap hari” Senyuman indah Luqman
terukir untuk isterinya.
Selepas menjadi isteri, Zinnirah
tidak bekerja. Dia mahu tumpukan sepenuh perhatiannya kepada suami dan
anak-anak yang akan di lahirkan nanti. Dia ingin menjadi seorang isteri yang
terbaik dan seorang ibu yang penyayang
untuk cahaya matanya. Kepergian
suaminya untuk bekerja, mereka ibarat
masih di alam persahabatan yang mana mereka tidak lekang daripada telefon iaitu
mendengar suara masing-masing kala rindu atau saling membalas pesanan. Rindu dan kasih semakin
utuh dari sehari ke sehari. Senyuman suaminya sentiasa bermain di layar ingatan
kala berjauhan dengan suaminya. Usikan mesra dan gurauan sentiasa Zinnirah terkenang-kenang. Sinaran pancaran sinar kasih sayang, bercinta
selepas nikah memang indah dan semoga ianya kekal hingga ‘Jannah’. Rutin harian
kini lebih teratur. Setiap 4.30 pagi dan kadang-kala terlajak juga dirinya akan
dikejutkan oleh suaminya atau dia yang akan mengejutkan suaminya untuk menyucikan
diri dalam melaksanakan penghambaan mereka kepada ALLAH. Selepas selesai soalat
subuh, dia dan suaminya akan bersama-sama ke dapur menyediakan masakan untuk
suaminya. Sarapan pagi dan makan tengahari. Dia membekalkan suaminya dengan
bekalan makan tengahari. Bukan saja menjimatkan perbelanjaan mereka tetapi lebih mengeratkan lagi kasih sayang
mereka suami isteri. Zinnirah tidak seperti Saidatina Khadijah RA yang sanggup
mendaki gua Hira’ untuk menghantar bekalan kepada Rasullullah. Dia hanya mampu menyediakan
bekalan dan tidak menghantarkan bekalan itu untuk suaminya. Dia akan cuba
mencontohi Saidatina Khadijah selagi mana dia termampu untuk kebahagian suami
yang tercinta. Mengikat kasih sayang suaminya dengan ketulusan hatinya berbakti
kerana ALLAH SWT. Dalam melayari rumahtangga banyak dugaan. Atas keyakinan ,
kepercayaan dan keimanan diri kita pada ALLAH segalanya akan di permudahkan. Setiap kali Zinnirah ingin bersama dengan
suaminya, dia pastikan dirinya dan suami menunaikan solat sunat dan wudhu masih
ada di badan mereka agar memastikan kebahagian rumahtangga berkekalan dan agar
cahaya mata yang mereka perolehi adalah cahaya mata yang Soleh dan Solehah.
Coraklah sebuah mahligai yang indah di dunia bersyariat Islam yang berbekalkan
Iman Dan Taqwa kita kepada ALLAH. Pelajari Ilmu Rumahtangga terlebih dulu dan
selamilah ilmunya itu agar cinta yang terbina antara kita dan dia mencorakkan
tema ‘Kerana ALLAH’. Hidupkan pembelajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi dalam
rumahtangga, In Shaa ALLAH bahagia milik kita. Terapkan pelajaran anak-anak
berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Ingat!
Permulaan pendidikan anak-anak bermula daripada ibubapa terutama Ibu. Ibu
merupakan permulaan Madrasah pendidikan untuk anak. Ibu yang akan memulakan
didikan anak-anak daripada rahimnya.
Pentingnya peranan seorang ibu dalam mendidik anak-anak. Segala
percakapan dan tingkah laku ibu adalah permulaan didikan untuk anak yang dalam
kandungannya. ALLAH meletakkan
tanggungjawab permulaan pada seorang wanita kerana kasih sayang dan sentuhan
ajaib mereka. Syurga seorang anak
terletak di bawah tapak kaki ibunya. Seorang wanita mudah masuk Syurga dan
mudah juga terjunam di Neraka. “Seorang isteri yang taat pada ALLAH dan
suaminya, pilihlah mana-mana pintu syurga yang di kehendaki”. Cintaku Tidak
Seindah Cinta Saidatina Siti Khadijah ini semoga menjadi iktibar dan teladan untuk anda.
Semoga terhibur!
0 ulasan:
Catat Ulasan