Welcome

RSS

CERPEN 7 : KUINTAI CINTA DALAM RAHSIA

TAJUK CERPEN : KUINTAI CINTA DALAM RAHSIA
PENULIS: NURULIZZA HJ AB KARIM

Dalam kemesraan yang  terjalin dialam maya  telah membimbitkan rasa yang begitu sukar diungkapkan. Hanya hati yang berbicara. Kemesraan mereka bagaikan pasangan yang sedang di alam pecintaan tetapi disebalik kemesraan hanya persoalan yang sering bermain dihati.  Cinta hadir memang  tidak kita  jangka. Datangnya  ia membawa seribu makna yang tidak mampu ditafsirkan. Hanya yang merasa dan terasa saja yang mengetahuinya.

Pertemua  Anis dan Hakim bermula di alam maya. Anis seorang  yang peramah  dan pandai berjenaka. Walaupun kadang-kala  lawak yang dilakukan itu tidak masuk di akal. Anis rasa sangat bersyukur  kerana di alam maya ini dia dapat bertemu dengan rakan-rakan. Berkongsi masalah sesama mereka telah menjadi satu  fenomena. Dalam kemesraan yang terjalin antara Anis dengan rakan-rakan di alam maya, Anis rasa sesuatu yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata . Kemesraan  dia dengan Hakim  ibarat pasangan yang sedang bercinta tetapi disebaliknya hanya mereka berdua saja yang tahu. Tiada luahan sayang yang diterima oleh Anis. Hakim seorang yang baik. Walaupun perkenalan mereka dialam maya, Hakim  selalu ada bersama Anis  dalam keadaan susah dan senang. Tanpa dijangka jua, walaupun mereka dialam maya Hakim pernah menjadi penyelamat  kepada Anis. Gerakan hati  yang dirasai oleh Hakim  telah disuarakan olehnya kepada Anis.  Anis  mengikut nasihat yang diberikan oleh Hakim. Dalam masa yang sama juga Anis rasa beruntung dapat mengenali  Hakim walaupun mereka tidak pernah berjumpa.  Dalam diam-diam juga perasaan sayang telah bersemi dihati Anis untuk sahabat alam mayanya itu. Pada mulanya Anis tidak melayan sangat perasaan yang baru bercambah dihatinya. Makin lama makin suburnya pohon rasa yang bersemi.  Setiap hari  Anis setia disisi lappynya menanti kehadiran Hakim menyinari hidupnya. Usik –mengusik antara mereka  semakin serasi. 

Pada satu malam yang dingin, hati dan fikiran Anis gelisah dan sedang berperang antara mereka. Memikirkan rasa yang hadir tanpa disedari. Rasa sayang yang tidak terucap, kata rindu yang tidak mampu diluahkan. Hanya memendam dan terus memendam. Satu sikap Anis yang tidak diketahui oleh sesiapa, apabila Anis sedang dalam kegelisahan melayan perasaan beliau suka mendengar lagu-lagu yang ada kaitan dengan rasa yang dialaminya.  Pada malam itu, beliau dengan kusyuk terus melayan lagu daripada Jeslina Hashim yang bertajuk  “Ku Intai Cinta Dalam Rahsia”.

Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih tentang cinta

Haruskah aku menanti
Haruskah tanganku ini
Mengapai hanya ilusi mimpi

Putusnya didalam hati
Tak mungkin bercantun lagi
Ku intai cinta dalam rahsia dan airmata

Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan ucapkan cinta

Rasa yang hadir ini menyeksakan jiwa Anis. Anis meronta dalam diam. Galau dirasa kepada Allah jua dia berserah. Andai rasa ini ia mampu milikki satu hari nanti, berharap ianya terus kekal dihati.  Dia bermohon kepada Ilahi  agar sentiasa menenangkan jiwanya yang kian gelisah.  Dengan mengingati Allah, jiwa yang dalam kegelisahan menjadi tenang kembali. 

Kehidupannya tetap diteruskan walaupun beribu persoalan bermain diminda. Hubungan Anis dengan  Hakim terus terjalin.  Usik-mengusik tetap jua diteruskan.  Sikap ambil berat Hakim itulah menambat hati Anis untuk terus menyayanginya. Dalam masa yang sama juga mereka berkongsi masalah yang dihadapinya. Anis serba sedikit mengetahui kisah Hakim.  Hakim Nampak gembira pada luarannya tapi disebalik  hanya Allah yang mengetahui penderitaan yang ditanggungnya begitu  berat. Anis merasa kasihan. Dia tidak mampu buat apa-apa walaupun dalam masa yang sama dia juga turut menyimpan perasaan sayang terhadap  Hakim didalam diam.  Anis hanya mampu menasihati Hakim supaya terus bersabar dan bersabar diatas ujian yang diterimanya.

Pada satu hari yang tidak dijangka dan difikirkan yang mana selama ini Anis dan Hakim  hanya berhubung melalui laman muka buku  telah menyuarakan hasrat untuk berbual melalui telefon.

“ Anis, penat pula saya menaip panjang-panjang. Kita borak dalam telefon nak tak? “ kata Hakim kepada Anis . Anis terperanjat dan bergonjak keriangan yang tidak terkata kerana selama dia mengenali Hakim dan pada malam ini Hakim  telah menyuarakan hasrat untuk berbual dengannya. Dalam masa yang sama juga Allah mengetahui apa yang Anis inginkan tetapi dipendamkan dalam diam dan hanya menyerahkan segalanya kepadaNya dan apa yang diingini telah pun didengari oleh Allah. Allah telah membuka hati Hakim untuk menelefon Anis.
 “Hakim ,betul ke ni awak nak menelefon saya?” pertanyaan Anis kepada Hakim di ruang pesanan di  laman muka buku. Dengan selambanya Hakim membalas pertanyaan rakan alam mayanya itu.

“ Anis nak ke tak nak berborak  dengan saya? Kalau nak bak sini nombor telefon awak. Biar saya saya telefon awak” beritahu Hakim.  Anis dengan rasa gembira  yang tidak terkata kerana selama ini impiannya ingin mendengar suara pujaan hati dalam diam  akan direalitikan. Tanpa melengah masa lagi Anis memberikan nombor telefonnya kepada Hakim. Hakim terus menelefon Anis pada malam itu juga. Anis rasa terperanjat dan terus terbawa-bawa di alam telefon. Terketar-ketar menjawab panggilan telefon daripada Hakim.  Keketaran suara Anis dapat dirasai oleh Hakim.

“ Kenapa suara awak ketar-ketar ni? Takut ye.” Tanya Hakim kepada sahabatnya. Anis masih lagi dalam suasana  terperanjat lalu digagahi jua mejawab soalan yang diterimanya.  “ Mana ada  ketar. Saya ok jelah” jawapan Anis. “Ala awak jangan nak sorok ya Anis. Saya dapat rasakan ketaran suara awak tu” dengan selambanya Hakim membalasnya. Anis masih lagi dalam keadaan terperanjat tapi cuba disembunyikan. Kedengaran suara Hakim yang begitu romantik  membuai rasa  yang sungguh indah, dimana kedengaran suara putera  kayangan  yang diminati ramai mengalunkan alunan yang begitu mengasikkan kepada sesiapa yang berpeluang  mendengarinya.

Malam itu merupakan malam pertama mereka berborak dalam  telefon yang mana sebelum ini hanya berhubung melalui pesanan di laman muka buku. Dihati Anis hanya Allah saja yang mengetahuinya betapa bersyukurnya kerana diberi peluang untuk mendengar suara pujaan hati.  Mereka berborak pada malam itu selama dua jam.


Bangun keesokkan harinya, Anis masih lagi merasakan yang dia sedang bermimpi dapat mendengar suara pujaan hati dalam diam pada hal ianya adalah  realiti yang dirasai. Setelah kedengaran suara, hidup Anis tidak keruan. Sentiasa  gelisah menantikan suara itu beralun lagi. Setelah pendengarkan suara masing-masing, mereka terus berhubung seperti biasa. Anis sentiasa mengintai cintanya didalam rahsia.  Berserah diri kepada Allah untuk meneruskan perjalanan seterusnya.  Cinta hadir tidak terduga dan cinta juga tidak boleh dipaksa. Cinta itu akan hadir daripada hati yang tulus ikhlas mencintai. Andai ditakdirkan  Anis adalah milik Hakim akan tetap jua menjadi milik Hakim dan andainya tidak ditakdirkan hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sands Casino Resort & Spa
Come experience the wonders of Las Vegas on the Strip - a world-class septcasino gaming 1xbet floor, a world-class spa, elegant 제왕카지노 shops, plush spa services and more.

Catat Ulasan