CERPEN : HATI TERPAUT KERANA KESENGETANMU
PENULIS: NURULIZZA HJ AB KARIM
Jatuh cinta memang satu perkara
yang indah. Anugerah yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Pahit atau manisnya cinta itu kita yang rasainya. Di awal kemanisan tidak
semestinya kemanisan selamanya, di awal penderitaan tidak kekal selamanya
penderitaan. Perencanaan Allah itu lebih teratur daripada apa yang dirancang
oleh manusia. Kita sebagai hamba hanya
mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukannya.
Adam seorang yang pemalu tetapi
dalam malu-malunya juga ada keinginan
memiliki seorang Bidadari yang akan bersamanya kelak di dunia dan akhirat.
Selepas detik hitam yang dialaminya beberapa tahun dahulu, dia sukar
mempercayai perempuan dan sukar menyerah hati untuk dicintai kepada orang lain.
Baginya semua perempuan didunia ini adalah sama yang inginkan kebendaan dan
kesempurnaa semata-mata.
Beberapa Tahun Yang Lalu
Adam bersekolah di sekolah yang kesemuanya lelaki daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Kehidupan pelajar lelaki adalah sama saja
kehidupannya. Faham-faham je lah kan kalau dah semuanya lelaki kehidupan pun
mesti agresif sikit. Kononnyalah kan. Dalam diam-diam Adam meminati seorang
gadis daripada St Geoges. Setiap hari
selepas pulang daripada sekolah pastinya Adam akan cuba-cuba menyekodengkan
dirinya untuk melihat gadis yang dipuja dalam diam. Pulang dari sekolah dengan
menaiki basikal pastinya peluang tidak dilepaskan. Insan yang bertakhta
dihatinya bernama Aminah. Perwatakkan Aminah
yang bersopan santun dan mempunyai budi pekerti yang menarik telah menawan hati Adam untuk mendekatinya. Dengan
langkah beraninya, Adam memulakan salam
perkenalan. Mungkin bukan takdir Ilahi
untuk mereka hidup bersama-sama huluran salam Adam hanya disambut sebagai rakan
saja tidak lebih daripada itu. Adam menerima dengan tabah dan sabar keputusan
yang diterima nya. Dia sedar dia tidak sepadan dengan Aminah. Aminah anak orang
kaya. Dia pergi sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu ayahnya.
Adam hanya anak kepada seorang nelayan.
Dengan penolakkan Aminah juga ianya
adalah satu pendorong untuk Adam terus maju didunia dan diakhirat.
Selepas memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dan menjadi sepuluh
pelajar yang mempunyai keputusan tertinggi bagi Negeri Pulau Pinang, Adam
menyambung pelajaran di Universiti Malaya
dalam bidang perubatan. Semasa di
zaman Universiti juga Adam diminati oleh seseorang yang bernama
Aliah. Aliah merupakan anak kepada seorang usahawan yang terkemuka di
Malaysia dengan panggilan Tan Sri. Adam
menolak huluran cinta yang dihulurkan
oleh Aliah dengan alasan yang kukuh dan munasabah tanpa menyakiti hati Aliah
sendiri. Demi cinta Aliah kepada Adam, dia sanggup membelikan Adam sebuah kereta tetapi ditolaknya demi untuk
kebahagian diri sendiri dan juga untuk kebahagian diri Aliah. Adam
tak nak memberi Aliah harapan andai satu hari nanti Aliah menuntut
harapan yang ditunggu daripada Adam. Selepas peristiwa dirinya ditolak cinta
yang diberikan olehnya kepada Aminah,
tingkah laku dan sikap Adam terhadap wanita terus berubah. Kadang-kala dia
menganggap wanita ini semuanya sama , semua inginkan kemewahan dan
kesempurnaan dalam sekelip mata .Malah,
Adam juga menganggap cinta seorang perempuan seperti tiada kemewahan maka tidak ada kasih sayang. Dengan ketabahan diri yang diperkuatkan maka
dengan usaha yang gigih akhirnya Adam Berjaya memperolehi segulung Ijazah
Perubatan. Selepas tamat belajar di Universiti Malaya, Adam telah
berkhidmat di Hospital Besar Kuala
Lumpur sebagai seorang Pegawai Perubatan. Adam beryukur dengan kesusahan yang
dialami dulu telah memberi sokongan kepada dia
untuk terus berjaya hari ini. Berkat doa kedua ibubapanya, maka pada
hari ini dia telah memperolehi hasil yang tidak ternilai nikmatnya. Sabda Rasullullah s.a.w yang maksudnya “
Redha Allah bergantung pada redha kedua
ibubapa dan murka Allah bergantung pada kedua ibubapa”. ( Hadis Riwayat
Tirmizi).
Pada suatu hari yang tidak disangka oleh Adam, diatelah menerima
panggilan daripada seseorang yang dikenalinya bebeapa tahun dahulu. Aminah
menelefon Adam . Adam dengan reaksi yang terperanjat tidak menjangka yang dia
akan menerima panggilan daripada in san yang satu ketika dulu pernah
mengajarnya erti rindu dan kasih tapi nasib tidak meyebelahinya untuk
menikmati kebahagian yang dikurniakan Allah
.
“ Assalammualaikum. Boleh saya bercakap dengan Adam?”
“ Waalaikumussalam. Ya saya. Adam yang bercakap. Boleh saya tahu sapa
yang sedang bercakap ni?” Tanya Adam
kepada pemanggil.
“ Saya, Aminah budak sekolah St Geoges . Dulukan awak meminati saya. Awak
sihat? Lama juga kita tidak jumpa selepas awak meluahkan rasa cinta kepada saya
satu ketika dulu. Tetiba kenangna dulu melegar kembali membuat saya ingin
menghubungi awak. Saya minta maaf sebab menganggu ketenteraman awak “ Luah Aminah
“Oh, Aminah. Mana awak dapat nombor saya ? Alhamdulillah setakat ini Allah mengurniakan
kesihatan yang baik untuk diri saya
teruskan perjuangan sisa hidup. Awak dah menikah? Sekarang kerja dekat mana?” Tanya Adam. Dalam
keadaan terperanjat terasa dirinya seolah-olah berada dalam alam mimpi macam
tidak percaya yang diatas talian ketika ini ialah Aminah yang selalu dia intai dalam diam selepas pulang
daripada sekolah suatu ketika dulu yang dicintainya yang mana wanita pertama
yang mengajarnya erti cinta, kini menghubunginya semula.
“Saya dapat nombor telefon awak daripada kaan baik awak masa sekolah
dulu Ali. Saya jumpa dia kat Hospital Tuanku Jaafar seminggu lepas. Alang kepalang
saya tanyakan perkhabaran awak lalu minta sekali nombor phone awak dekat dia. Malam
ini baru saya ada kelapangan untuk menghubungi awak. Alhamdulillah, awak dan
Ali sekarang sudah pun menjadi seorang Doktor. Cita-cita kalian sudah pun
menjadi kenyataan. Saya berbangga dengan anda berdua. Kenakalan awak di zaman
sekolah menjadikan awak insan yang berguna pada agama,bangsa dan Negara pada
hari ini. Inilah kejayan awak. Tahniah!”kata Aminah kepada Adam.
“Alhamdulillah, ini adalah ketentuan daripadaNya dan juga berkat doa
kedua orang tua saya yang tidak pernah jemu mendoakan kesejahteraan untuk
anak-anaknya. Apa yang berlaku dimasa lalu telah membuatkan saya lebih
bersemangat untuk menempuh dunia hari
ini yang penuh pancaroba. Keganasan dan penindasan yang berlaku hari ini
mampu membuat kita terfikir bahawa
pentingnya ilmu pengetahuan untuk menghalangi atau mengharungi sesuatu yang berlaku dengan
tindakan yang positif” beritahu Adam dengan soalan yang ditanya Aminah.
Selepas menerima panggilan pertama daripada Aminah, hubungan mereka
kembali mesra seperti dulu. Pada suatu
hari , Aminah meluahkan perasaan cinta
yang terpendam kepadanya. Aminah memberitahu selepas Adam meluahkan rasa
cintanya dulu dia tidak perasan yang dia juga meminati Adam sehinggalah Adam
mendiamkan diri selepas luahannya ditolak barulah Aminah mengerti yang dia juga
mencintai Adam. Setiap hari pulang daripada sekolah dia sentiasa menanti Adam yang akan
mengacaunya sementara menanti ketibaan pemandu ayahnya jemput, tetai kemunculan
Adam tidak juga muncul sehinggalah hari ini selepas dia berjump dengan Adam.
Adam menolak rasa cinta yang diluahkan oleh Aminah dengan cara yang baik.
Aminah akur dengan keputusan Adam. Aminah faham mungkin ini adalah balasan
terhadapnya yang satu ketika dulu menolak cinta Adamnya. Bagaimana Adam terasa
suatu ketika dulu macam inilah yag dirasainya ketika ini. Dia tahu cinta tidak
boleh dipaksa.
::Apabila mencintai
dan dicintai akan hadirnya rasa terasa
dan merasa lalu terus melahirkan rasa
kasih dan saying pada seseorang. Jika merasakan pasti memahami, jika tiada
itu hanyalah mainan hati.::
Selepas menolak cinta Aminah, dengan tidak dijangka juga
sahabatnya masa di Universiti Malaya
yang mencintainya juga hadir sekali lagi dengan tidak kenal erti putus asa masih
lagi mencuba untuk meraih cinta Adam kembali. Bila nasib tidak menyebelahi kita
ianya tetap juga tidak akan terjadi. Adam sekali lagi menolak dengan baik
luahan cinta Aliah kepadanya. Adam bukan seorang yang pendendam dalam mencintai
tetapi apa yang berlaku dimasa lalu
menjadi dia lebih berhati-hati dalam memberi dan berkongsi hatinya dengan insan
lain. Aliah sanggup tidak menikahi dengan mana-mana lelaki sehingga kr hari ini
disebabkan kasih dan sayangnya hanya untuk Adam. Ramai lelaki yang meminati dia dan ada juga yang sudah menghantar
pinangan tetapi tetap juga ditolak dengan cara baik. Baginya Adam adalah cinta
pertamanya.
Adam membuat keputusan , selepas apa yang berlaku hari ini yang mana
cinta pertamanya datang kembali ingin menjalinkan perhubungan semula dan yang
mencintainya setulus hati masih lagi menunggunya maka dengan itu dia ingin
mententeramkan jiwanya yang tidak tenteram dengan apa yang berlaku hari telah
membuat keputusan untuk sambung
pengajian dalam bidang yang sama diperingkat yang lebih tinggi. Dia sambung
pelajarannya di Moscow State Medical
Universiti. Pembiayaan sepenuhnya ditanggung oleh pihak kerajaan.
Semasa berada diperantauan Adam tidak ketinggalan melawat
tempat-tempat yang menarik untuk dikunjunginya. Ingin melihat dan merasai
pengalaman berada ditempat orang. Waktu lapangnya
banyak dihabiskan di laman muka
buku selain daripada menelaah buku-buku
pengajian. Dilaman muka buku juga Adam tertarik dengan sikap seorang rakan dialam maya. Rakan alam
maya yang kadang –kala macam senget saja jika berada di wall telah menarik
perhatiannya ntuk engenali gadis itu
dengan lebih rapat. Adam berasa hairan dan pelik macam mana dirinya yang
ala-ala arrogant boleh mengikuti cara gadis itu menyenget. Perubahan
yang drastic keatas dirinya yang tidak diketahui puncanya. Semakin dia
mengenali sikap Hawa walaupun dialam maya semakin serasi pula bersama walaupun
hanya dialam maya yang tidak bertemu wajah secara berdepan. Hampir 80% sikapnya
berubah.
Kehadiran rakan senget yang
bernama Adam juga sangat bermakna
buat diri Hawa yang senget bila berada di dinding muka buku. Keserasian kesengetan
makin terserlah daripada sehari-sehari. Sehari tidak bertemu di laman muka buku
pasti rindu bermain dihati. Setiap hari masing-masing saling tunggu –menunggu untuk
sama-sama memulakan adegan senget di dinding muka buku. Mereka sedar kerana
kesengetan masing-masing telah memutikkan rasa cinta dihati mereka berdua
tetapi masing-asing malu untuk memulakan langkah yang pertama. Hanya meluahkan
rasa tersebut melalui tindakan yang dipamerkan. Hawa merasainya dan hanya
memendamkan rasa yang dirasainya. Lalu dengan berlinangan airmata sambil
mendengar lagu Seandainya Tuhan Mengizinkan
daripada kumpulan Sting maka ternukilah sebuah madah yang berjudul yang sama
seperti lagu tersebut.
~ SEANDAINYA TUHAN MENGIZINKAN~
Seandainya...
Cinta kau dan aku bersatu
Ingin daku menyayangimu
Seikhlas hatiku nan
satu
Seandainya...
Diri ini milikmu
Ingin aku menjadi bidadari dunia dan akhiratmu
Ikhlaskanlah dirimu menerima seadanya aku
Seandainya...
Hatiku dan hatimu bercantun
Jagailah ikatan yang terbina ini
Kekalkan sehingga ke akhir hayat
Seandainya...
Suatu hari nanti aku tiada lagi
Menyahut panggilan Ilahi
Doa darimu ku pohoni
Supaya aku tenang disana nanti
Hasil Nukilan :- Nurulizza Hj Ab Karim
HANYA MAMPU TERSENYUM :)
Adam menyedari yang dirinya telah terlanjur mencintai Hawa. Hawa telah
membuka ruang dihatinya kembali untuk dihuni. Dalam masa yang sama juga Adam
malu meluahkan rasa yang terpendam dihatinya kepada Hawa. Sehari tidak
bertemu dimuka buku tidak tenteram jiwa
Adam yang dirasainya. Dalam diam Adam mencintai Hawa.
(L) Tak dapat ku luahkan
Apa yang terpendam disudut
naluri hatiku
Siang malam kuterkenang
Seraut wajahmu
(P) Aku pun
jua turut merasa
Kehangatan cinta kita berdua
(L/P) Ingin
ku menyatakan
Rasa
rinduku
Moga ada cinta diantara kita
Oh..Oh..
(L) Angin sampaikan
(P) Rahsia
hatiku ini
(L) Satukan
cinta
(P) Yang
tersimpan sekian lama
(L) Tuhanku restukanlah
(P) Cinta aku
dan dia
(L/P) Izinkan aku memperolehi dia yang aku damba
oh..oh
Wahai kekasih dengarkanlah sayang
Melodi lagu cinta disampaikan suara
hati
Renunglah mataku dapatkah kau lihat
Sinar cinta yang tersimpan sekian lama
Hatiku terpenjara dalam merenung rahsia cinta…
Lagu :
Rahsia Cinta
Penyanyi :
Yana Samsudin & Iwan
Adam dan Hawa tidak meluahkan rasa cinta yang dikongsinya bersama-sama
tetapi hanya melalui gerakan sikap mereka mampu memahami. Mereka yakin andai jodoh mereka telah ditetapkan sejauh
mana mereka melangkah pasti akan bertemu juga. Hati mereka sama-sama terpaut
kerana kesengetan diri mereka telah menyatukan rasa cinta mereka seperti lirik
lagu Jodoh Pasti Bertemu nyanyian daripada Afghan.
2 ulasan:
Dashat sungguh org senget ni. Byk idea haha
Casino App Review - JtmHub
The casino app was launched in 부산광역 출장마사지 2019 and is powered by 파주 출장샵 Microgaming software. The bonus is also available to play 밀양 출장마사지 for cash. The games available Mobile optimized: Android 5.0, iPhone 5.1 & 경기도 출장안마 morePublisher: Microgaming Ltd Rating: 4 · 여수 출장샵 Review by JTG Hub
Catat Ulasan