TAJUK CERPEN
: KUINTAI CINTA DALAM RAHSIA
PENULIS:
NURULIZZA HJ AB KARIM
Dalam kemesraan yang terjalin
dialam maya telah membimbitkan rasa yang
begitu sukar diungkapkan. Hanya hati yang berbicara. Kemesraan mereka bagaikan
pasangan yang sedang di alam pecintaan tetapi disebalik kemesraan hanya
persoalan yang sering bermain dihati. Cinta hadir memang tidak kita
jangka. Datangnya ia membawa
seribu makna yang tidak mampu ditafsirkan. Hanya yang merasa dan terasa saja
yang mengetahuinya.
Pertemua Anis dan Hakim bermula
di alam maya. Anis seorang yang
peramah dan pandai berjenaka. Walaupun
kadang-kala lawak yang dilakukan itu
tidak masuk di akal. Anis rasa sangat bersyukur
kerana di alam maya ini dia dapat bertemu dengan rakan-rakan. Berkongsi
masalah sesama mereka telah menjadi satu
fenomena. Dalam kemesraan yang terjalin antara Anis dengan rakan-rakan
di alam maya, Anis rasa sesuatu yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata .
Kemesraan dia dengan Hakim ibarat pasangan yang sedang bercinta tetapi
disebaliknya hanya mereka berdua saja yang tahu. Tiada luahan sayang yang
diterima oleh Anis. Hakim seorang yang baik. Walaupun perkenalan mereka dialam
maya, Hakim selalu ada bersama Anis dalam keadaan susah dan senang. Tanpa
dijangka jua, walaupun mereka dialam maya Hakim pernah menjadi penyelamat kepada Anis. Gerakan hati yang dirasai oleh Hakim telah disuarakan olehnya kepada Anis. Anis
mengikut nasihat yang diberikan oleh Hakim. Dalam masa yang sama juga
Anis rasa beruntung dapat mengenali Hakim
walaupun mereka tidak pernah berjumpa.
Dalam diam-diam juga perasaan sayang telah bersemi dihati Anis untuk
sahabat alam mayanya itu. Pada mulanya Anis tidak melayan sangat perasaan yang
baru bercambah dihatinya. Makin lama makin suburnya pohon rasa yang
bersemi. Setiap hari Anis setia disisi lappynya menanti kehadiran
Hakim menyinari hidupnya. Usik –mengusik antara mereka semakin serasi.
Pada satu malam yang dingin, hati dan fikiran Anis gelisah dan sedang
berperang antara mereka. Memikirkan rasa yang hadir tanpa disedari. Rasa sayang
yang tidak terucap, kata rindu yang tidak mampu diluahkan. Hanya memendam dan
terus memendam. Satu sikap Anis yang tidak diketahui oleh sesiapa, apabila Anis
sedang dalam kegelisahan melayan perasaan beliau suka mendengar lagu-lagu yang
ada kaitan dengan rasa yang dialaminya.
Pada malam itu, beliau dengan kusyuk terus melayan lagu daripada Jeslina
Hashim yang bertajuk “Ku Intai Cinta Dalam
Rahsia”.
Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih tentang cinta
Haruskah aku menanti
Haruskah tanganku ini
Mengapai hanya ilusi mimpi
Putusnya didalam hati
Tak mungkin bercantun lagi
Ku intai cinta dalam rahsia dan airmata
Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan ucapkan cinta
Rasa yang hadir ini menyeksakan jiwa Anis. Anis meronta dalam diam.
Galau dirasa kepada Allah jua dia berserah. Andai rasa ini ia mampu milikki
satu hari nanti, berharap ianya terus kekal dihati. Dia bermohon kepada Ilahi agar sentiasa menenangkan jiwanya yang kian
gelisah. Dengan mengingati Allah, jiwa
yang dalam kegelisahan menjadi tenang kembali.
Kehidupannya tetap diteruskan walaupun beribu persoalan bermain diminda.
Hubungan Anis dengan Hakim terus
terjalin. Usik-mengusik tetap jua diteruskan. Sikap ambil berat Hakim itulah menambat hati
Anis untuk terus menyayanginya. Dalam masa yang sama juga mereka berkongsi
masalah yang dihadapinya. Anis serba sedikit mengetahui kisah Hakim. Hakim Nampak gembira pada luarannya tapi
disebalik hanya Allah yang mengetahui
penderitaan yang ditanggungnya begitu
berat. Anis merasa kasihan. Dia tidak mampu buat apa-apa walaupun dalam
masa yang sama dia juga turut menyimpan perasaan sayang terhadap Hakim didalam diam. Anis hanya mampu menasihati Hakim supaya
terus bersabar dan bersabar diatas ujian yang diterimanya.
Pada satu hari yang tidak dijangka dan difikirkan yang mana selama ini
Anis dan Hakim hanya berhubung melalui
laman muka buku telah menyuarakan hasrat
untuk berbual melalui telefon.
“ Anis, penat pula saya menaip panjang-panjang. Kita borak dalam
telefon nak tak? “ kata Hakim kepada Anis . Anis terperanjat dan bergonjak
keriangan yang tidak terkata kerana selama dia mengenali Hakim dan pada malam
ini Hakim telah menyuarakan hasrat untuk
berbual dengannya. Dalam masa yang sama juga Allah mengetahui apa yang Anis
inginkan tetapi dipendamkan dalam diam dan hanya menyerahkan segalanya
kepadaNya dan apa yang diingini telah pun didengari oleh Allah. Allah telah
membuka hati Hakim untuk menelefon Anis.
“Hakim ,betul ke ni awak nak
menelefon saya?” pertanyaan Anis kepada Hakim di ruang pesanan di laman muka buku. Dengan selambanya Hakim
membalas pertanyaan rakan alam mayanya itu.
“ Anis nak ke tak nak berborak dengan saya? Kalau nak bak sini nombor telefon
awak. Biar saya saya telefon awak” beritahu Hakim. Anis dengan rasa gembira yang tidak terkata kerana selama ini
impiannya ingin mendengar suara pujaan hati dalam diam akan direalitikan. Tanpa melengah masa lagi
Anis memberikan nombor telefonnya kepada Hakim. Hakim terus menelefon Anis pada
malam itu juga. Anis rasa terperanjat dan terus terbawa-bawa di alam telefon.
Terketar-ketar menjawab panggilan telefon daripada Hakim. Keketaran suara Anis dapat dirasai oleh Hakim.
“ Kenapa suara awak ketar-ketar ni? Takut ye.” Tanya Hakim kepada
sahabatnya. Anis masih lagi dalam suasana terperanjat lalu digagahi jua mejawab soalan
yang diterimanya. “ Mana ada ketar. Saya ok jelah” jawapan Anis. “Ala awak
jangan nak sorok ya Anis. Saya dapat rasakan ketaran suara awak tu” dengan
selambanya Hakim membalasnya. Anis masih lagi dalam keadaan terperanjat tapi
cuba disembunyikan. Kedengaran suara Hakim yang begitu romantik membuai rasa yang sungguh indah, dimana kedengaran suara
putera kayangan yang diminati ramai mengalunkan alunan yang
begitu mengasikkan kepada sesiapa yang berpeluang mendengarinya.
Malam itu merupakan malam pertama mereka berborak dalam telefon yang mana sebelum ini hanya berhubung
melalui pesanan di laman muka buku. Dihati Anis hanya Allah saja yang
mengetahuinya betapa bersyukurnya kerana diberi peluang untuk mendengar suara
pujaan hati. Mereka berborak pada malam
itu selama dua jam.
Bangun keesokkan harinya, Anis masih lagi merasakan yang dia sedang
bermimpi dapat mendengar suara pujaan hati dalam diam pada hal ianya
adalah realiti yang dirasai. Setelah kedengaran
suara, hidup Anis tidak keruan. Sentiasa gelisah menantikan suara itu beralun lagi. Setelah
pendengarkan suara masing-masing, mereka terus berhubung seperti biasa. Anis sentiasa
mengintai cintanya didalam rahsia. Berserah
diri kepada Allah untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Cinta hadir tidak terduga dan cinta juga tidak
boleh dipaksa. Cinta itu akan hadir daripada hati yang tulus ikhlas mencintai.
Andai ditakdirkan Anis adalah milik
Hakim akan tetap jua menjadi milik Hakim dan andainya tidak ditakdirkan hanya
Allah yang mengetahui segala-galanya.
1 ulasan:
Sands Casino Resort & Spa
Come experience the wonders of Las Vegas on the Strip - a world-class septcasino gaming 1xbet floor, a world-class spa, elegant 제왕카지노 shops, plush spa services and more.
Catat Ulasan