Welcome

RSS

CERPEN 1. TUHAN BERIKAN AKU CINTA

Cerpen :Tuhan Berikan Aku Cinta
Karya    : Nurulizza Hj Ab. Karim 



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangmu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia

            Salah satu lagu kegemaran aku  nyanyian daripada Ayushita yang bertajuk Tuhan berikan aku cinta. Terfikir sejenak. Dalam usia aku sebegini adakah insan yang ingin mendampingi diriku yang serba kekurangan.  Leka seketika sehingga terlupa nak bagi tahu mengenai diriku ini. Nama aku ialah Nurhafizza atau lebih dikenali  sebagai Fizza oleh rakan-rakanku sama ada di alam realiti dan juga di alam maya.  Sikap aku ini biasa-biasa saja. Orangnya pun tak lah cantik sangat tetapi dikira cunlah jugakan. Hahaha.. Terperasan lah pula. Kebanyakan rakan mengatakan aku ini gebu orangnya dan comel lagikan. Kenyataan ini beb. Mantap beb! Masa lapang aku banyak dihabiskan di muka buku. Di sini, aku rasa ada  ketenangan  jiwa selain kita mencari ketenangan  dengan Yang Maha Berkuasa. denganNya sudahlah tentu. Wajib dan berdosa jika kita melupaiNya. Bermuka buku sebenarnya ada kelebihan malah ada juga keburukkannya. Kita yang mempunyai akal fikiran yang waras  boleh berfikir dengan posotif. Kita yang mampu melakukannya seperti  peribahasa yang berbunyi “dimana ada kemahuan ,disitu ada jalan”. Peribahasa ini perlu kita ikuti untuk mengelakkan diri kita daripada tersasar landasan yang ingin kita tujui. Penting tau!. Betul tak?
             Aktiviti aku diwaktu lapang hanya bermuka buku dan kadang-kala melayan perasaan dengan membaca novel kegemaranku. Kebanyakkan novel pilihan yang ada dalam simpananku adalah terbitan daripada Karya Seni. Aku ini jenis suka membaca novel di web penulisan2u terlebih dahulu sebelum aku ingin memilikinya. Jika sesuai dengan jiwaku, aku pasti membelinya. Pada pandangan aku, dengan duduk bermuka buku banyak yang aku pelajari daripadanya. Diantaranya, aku dapat mengenali karenah manusia yang berbagai-bagai ragam. Dengannya jua aku mampu berfikir dengan waras dalam menangani sesuatu masalah dimana aku sering komen-mengomen dengan rakan yang mempunyai masalah dan jika aku mempunyai masalah juga aku akan dapatkan kata-kata semangat daripada kenalanku di alam maya.  Ada cerita yang terselindung disebalik aku bermuka buku dimana selama ini aku tidak pernah mengenali dunia DJ atau disc jockey adalah istilah yang pertama kali digunakan untuk menggambarkan seorang broadcaster atau penyiar radio yang memperkenalkan dan memainkan rakaman gramaphone terutama lagu - lagu popular pada saat tersebut. Aku mengenali dunia ini dimana salah seorang sahabat alam maya aku yang bernama Hakim yang memberi semangat kepada aku  untuk menceburi dunia tersebut. Pada mulanya aku takut. Aku tiada pengalaman langsung dalam dunia itu tetapi Hakimlah yang memberi kata-kata semangat untuk aku ceburi dan dalam masa yang sama beliau mencabar kewibawaan aku. Aku ini salah seorang manusia yang pantang dicabar. Cabaran beliau aku sambut walaupun dalam masa yang sama ketakutan juga mengiring bersama akan tetapi kerana aku tidak mahu mengalah sebelum berjuang maka sahutan cabarannya aku terima.  Aku dikenali sebagai Dj Murai yang berkonti di jagungfm. Jagungfm merupakan salah satu radio online.
            Terlibat dalam dunia dj ini bukan mudah untuk kita ceburi sebenarnya. Kita perlukan kematangan fikiran,  pandai mencari idea dan kepetahan bercakap memang perlu untuk menjadi seorang dj yang berwibawa dan mampu menarik minat pendengar untuk mendengar  radio. Disini, perlunya ketajaman minda seorang dj untuk mempengaruhinya. Kenangan pertama semasa aku berdj ialah apabila aku dikutuk sebagai salah seorang dj yang kaku yang tidak pandai mencari bahan untuk dijadikan bahan dalam penyiaran. Ada yang mengatakan bahawa aku berkeudara seperti sedang membaca ucapan. Pada mulanya, semangat untuk aku teruskan dunia dj ini macam dah berkurangan sehinggalah salah seorang pendengar yang bernama  Asmidar memberi semangat kepada aku untuk teruskan dunia ini. “Fizza, awak sebenarnya berbakat dalam dunia ini cuma awak perlu perbanyakkan bahan dan  selalulah mendengar radio  supaya semasa awak berkeudara awak boleh jadikan ianya sebagai pembelajaran” katanya. Lalu aku pun menjawab, “In sha allah, saya akan cuba memperbaikinya dari sehari ke sehari”.  Selepas kejadian itu, aku semakin rapat dengannya sehingga segala masalah yang melanda aku, aku kongsikan bersamanya  dan dalam masa yang sama dia pun buat seperti yang aku lakukan kepadanya. Walaupun perkenalan kami hanya dialam maya tetapi kami rasa seolah-olah kami dah kenal lama dialam realiti segala masalah kami kongsi bersama. Kadang-kala dalam masa yang sama juga sedang masing-masing menceritakan masalahnya , jika ianya melibatkan perasaan yang membolehkan kita orang menangis maka kita orang akan menangis bersama dan ada juga ketawa bersama. Apa pun yang kami lakukan itulah kami yang selalu senget dan kadang-kala macam orang yang tidak waras tapi sebenarnya kami waras orangnya. Jangan fikir lain tau! Itulah cara kami mengeratkan silaturahim sesame insan. Lagipun aku ini boleh dikategorikan sebagai salah seorang yang peramah. Siapa tak kenal Dj murai.  Berkeudara  saja, ada je gosip yang dikeudarakan. Padahal itu hanyalah gurauan saja. Memang aku suka macam tu sebab cara aku untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama insan. Kadang-kala ada juga aku mengeposkan sesuatu di wall untuk menarik pendengar dan juga rakan untuk mengomen. Tujuan aku sebenarnya,  nak merapatkan diri dengan mereka. Dengan cara inilah aku mampu mengenali mereka dialam maya ini. Kemesraan kami memang macam kenalan alam realiti. Kami belum bersua diantara satu sama lain. In sha allah jika ada kesempatan, aku akan berjumpa dengan mereka jua satu hari nanti. Nampak je aku gembira tetapi sebenarnya aku kesunyian. Maksud aku disini,aku  sentiasa ditemani rakan-rakan dimuka buku akan tetapi tiada siapa yang mahu jadikan aku  sebagai  teman istimewa di hati mereka. Mungkin aku ini tidak sesuai untuk mereka. Aku yakin seandainya ada jodohku nanti lambat atau cepat akan bertemu dengannya. Kalau tidak didunia mungkin di Jannah nanti. Aku sentiasa berdoa kepada Ilahi semoga satu hari nanti, hati yang aku ada ini mampu aku kongsi dengan salah seorang keturunan Adam.
            Allah itu Maha Kaya. Dalam aku selalu berkeudara ada seorang pendengar yang setia dan sentiasa mengikuti perkembangan aku. Aku tidak perasan pada awal kemunculannya. Mungkin aku menganggap dia sama saja dengan pendengar yang lain yang suka menemani aku berkeudara.  Namanya Hafiz. Seorang duda yang memiliki seorang cahaya mata. Masa aku berkeudara, beliau selalu mengirimkan puisi yang panjang berjela untuk aku deklamasikan untuk dikongsikan bersama pendengar yang yang lain. Semput jugalah aku semasa membacanya. Diawalnya juga kami tak berapa mesra  sehinggakan ada satu ketika aku pernah digosipkan dengannya semasa salah seorang dj berkeudara tetapi aku hanya menganggap itu semua sebagai senda-gurauan dalam kita hendak berhibur.
            Pada suatu petang yang indah yang mana aku tidak pernah terfikir  yang ianya akan terjadi dalam hidupku. Puncanya, aku kirimkan sesuatu di wall  dan dalam masa yang sama Hafiz  komen kiriman. Maka disitu terjadi  sesi komen-mengomen dimana setiap komen aku akan dibalas olehnya dan sama juga lah sebaliknya.  Dalam tidak percaya ada satu komen yang boleh menyebabkan Hafiz dengan berani meluahkan perasaannya kepada aku. “Saya sebenarnya, sudah lama menyukai awak tetapi tidak mampu meluahkannya almaklumlah awak ni seorang dj yang dah tentunya ramai yang meminati berbanding saya hanya peminat awak yang tidak mempunyai apa-apa kecuali sekeping hati” katanya. Terkaku aku seketika. Didalam hati mula terfikir, dalam aku merapu di wall dan juga semasa berkeudara ada juga yang mencintai aku dalam diam. Katanya lagi, “mungkin Fizza tak perasan dengan setiap kiriman puisi Hafiz yang bermaksud meluahkan perasaan Hafiz pada Fizza”. “Hafiz, setiap puisi yang dikirimkan  tidak kira Hafiz atau yang lain Fizza hanya akan mendeklamasikan tanpa memikir maksud disebalik  setiap puisi yang dikirim”sambil muka terperanjat. “Fizza ini memang tak faham bahasa orangnya ye, tak akan tak dapat  baca lagi dimana Fizza pergi pasti ada Hafiz disitu”, katanya. “Untuk makluman Hafiz, setiap apa yang berlaku  Fizza hanya menganggap gurauan semata-mata” balasku. “Hafiz, benar-benar mencintai Fizza dan jika Fizza menerima Hafiz in sha allah akan Hafiz jagainya seperti hafiz jaga diri Hafiz dan juga cinta yang kita ada ini akan berakhir dijinjang pelamin”. Aku tidak mampu berkata apa lagi selain memberitahunya supaya mengenali hati budi  Fizza terlebih dahulu. Selepas daripada peristiwa itu, Hafiz terus-menerus cuba menghampiri diriku sehingga akhirnya aku mengaku jua yang aku juga menyukai dirinya.  Hatiku terbuka dimana kali pertama aku mendengar suara ala-ala jawanya berkeudara semasa kali pertama dia menelefonku. Aku rasa macam ada keistimewaan  disebalik namanya. Aku ambil pilihan daripada segi perbualan aku dengannya. Ternyata benar tekaan aku yang dia mempunyai banyak keistimewaan selain daripada menulis puisi yang boleh dikategorikan sebagai puitis. Kali pertama aku mendengar suaranya dan kali pertama juga kami berhubung melalui  panggilan telefon  kami bergayut diatas talian selama 6 jam sehingga aku dan dia tidak tidur dan pergi kerja pada keesokkan harinya tanpa tidur di waktu malam. Ting- tong juga kepala aku dibuatnya. Apa lagi semasa kerja telan 2 biji panadol jugalah bagi mengurangkan kesakitan.  Selepas daripada itu, hubungan kami akrab dan seterusnya kami menjalinkan percintaan dengan suasana yang hormoni dan tenteram tanpa pergaduhan. Indahnya ketika itu yang kami rasai. Pertemuan kami di muka buku. Dimuka buku jugalah kami bertemu jodoh.  Tiga tahun kami berkawin, kami telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang comel dan macho seperti mama dan papanya.  Jika sudah jodoh, sejauh mana sekalipun kita berlari jauh kita akan kembali juga bersama dengan tulang rusuk  kita.  Semoga perkahwinan Fizza dan Hafiz sentiasa dilindungi Allah dan kekal selamanya hingga ke Jannah. “Sekali menyayangi selamanya dihati”  dan “Cintailah aku kerana Allah “slogan yang selalu digunakan oleh aku. Allah telah makbulkan doa aku untuk merasai nikmat  mencintai dan dicintai. Allah Maha Penyayang.  Tidak mampu untuk aku luahkan dengan kata-kata selain aku panjatkan syukur kepadaNya.

Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat  baik mu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS 2:216)

"orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas( pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya......"
Surah An-Nur : Ayat 32-33

   Semoga terhibur dengan penulisan cerpen yang pertama daripada saya. Salah dan silap saya mohon ampun dan maaf. Sila lah komen ye untuk saya terus memajukan diri saya dalam bidang ini. Senyum selalu. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan