Welcome

RSS

MENCINTAI DAN DICINTAI


Mencintai Dan Dicintai
            Setiap orang ingin mencintai dan dicintai. Anugerah Allah S.WT yang tidak ternilai  yang diberikan kepada hambanya. Dia tidak mahu hambanya dalam kesunyian. Maka dengan itu, Allah telah menciptakan adam dan hawa untuk saling lengkap-melengkapi bagi memenuhi fitrah masing-masing.
            Dengan kasih sayangNya, dia telah menganugerahkan sifat ingin mencintai dan dicintai . Bila kita kita dicintai dan mencintai kita akan merasa hidup kita telah lengkap dan kesempurnaan seseorang insan telah pun kita kecapi. Ia juga merupakan keperluan kita dalam dunia yang fana ini. Dengannya jua, kita boleh mendapat berbaga-bagai pengalaman yang membolehkan kita menjadi matang dalam menempuh sesuatu musibah.
            Di dalam kita sedang mencintai dan dicintai satu perasaan  yang indah yang tidak mampu kita ungkapkan dengan kata-kata  indah untuk menggambarkan betapa bahagianya kita dalam menempoh alam ini. Senyum terukir setiap masa.  Diri sentiasa dihargai. Setiap detik pasti kita mafaatkan apabila  bersama dengan insan tersayang. Bergayut berjam-jam di telefon pun kita sanggup lakukan. Ini semua kerana penangan cinta.Betul  tak?  Jangan menafikan tau!!. Tidak perlu malu-malu menyatakan demikian. Kita sebagai manusia yang memiliki akal fikiran  yang waras pasti ada perasaan demikian. Makhluk lain seperti haiwan yang tidak mempunyai akal pun ingin disayangi, dicintai dan dibelai oleh pasangannya lagi-lagi kita manusia yang tidak sempurna sangat memerlukan untuk menyempurnakan hidup kita. Bayangkan seketika, kita mempunyai harta dan keperluan hidup yang sempurna cuma kita tiada kasih sayang apa yang terjadi kepada kita? Pastinya, kita akan kesunyian dan di dalam kesengsaraan. Harta yang banyak tidak mampu memberi kasih sayang dan sudah tentunya kita tidak akan mendapat cinta daripada harta. Cinta hanya diberi kepada insan kepada insan yang lain. Harta hanya mampu  menyempurnakan kehendak kita saja.  Dengan memiliki  wang yang banyak, kita mampu memiliki segalanya melainkan cinta. Memang tidak dinafikan,  dengan duit yang banyak  memang kita boleh membeli cinta. Maksudnya disini, yang boleh saya perjelaskan kita dicintai bukan kerana diri kita sendiri tetapi hanya kerana harta yang kita milikki. Disini jelaslah, , cinta kerana harta  juga tidak mampu memberi kebahagian kepada kita. Ini kerana jika kita tidak mempunyai harta  atau tetiba saja kita jatuh muflis sudah pastinya cinta yang kita milikki jua akan meninggalkan kita bersama perginya harta yang kita milikki selama ini. Hasilnya kita yang tinggal keseorang sebatang kara tanpa apa yang kita milikki sebelum ini. Harap penyataan diatas anda fahami.
            Mencintai dan dicintai juga kadang-kala  boleh membuatkan  kita gila bayang tanpa tiada tujuan sebenar apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Dalam masa yang sama juga kadang-kala kita lalai dengannya sampai satu ketika kita boleh melupakan sesuatu yang lebih bermakna seperti solat tertinggal, terlupa makan,kesihatan yang terjejas dan lain-lain lagi. Ini boleh mendatangkan kesan yang negatif dalam hidup seharian kita. Jika kita kurang tidur  sebagai contoh yang paling senang saya ambil untuk menjelaskan dengan lebih lanjut. Dengannya jua sudah pasti masalah kesihatan kita memang akan terjejas dan juga dalam melakukan kerja seharian kita iaitu kerjaya boleh menggugat mutu kerja dan dalam masa yang sama kurang inovatif dan kreaktif dalam kita melakukannya. Ini kerana semasa kita melakukan sebarang kerja kita akan diganggu  dengan berbagai-bagai gangguan seperti kita mudah menguap, menahan mata dari terus tertidur dan sudah tentunya kepala kita akan sakit sebab kurang tidur  yang mana yang  boleh melemahkan otak  untuk kita berfikir dengan bijak. Kita harus bijak dalam menanganinya. Tepuklah dada tanyalah hati. Jawapan pasti ada ditangan anda.
            Kadang-kala dalam kita mencintai dan dicintai kita sering diuji. Berbagai-bagai masalah yang akan berlaku  sepanjang kita  dialam ini. Jika kita ikhlas menerimanya, sekuat mana dugaan datang  walaupun tsunami  sekalipun kita tetap bertahan dan berpijak  di dahan  cinta sejati  yang kita tanam  bersama sidia. Kita harus ingat , setiap apa yang berlaku keatas diri kita  ada hikmahnya nanti. Perlu yakin akan ketentuanNya. Jika masalah datang, rehatkan minda kita yang berceramuk dengan masalah dan sedaya mungkin  kita fikir positif. Jangan lari daripada landasan yang sebenar. Jika kita tersesat landasan , destinasi yang kita ingin tujui kemungkinan kita tidak akan sampai ke arah itu. Kita yang mampu mengubahnya. Sebenarnya ada hikmah apa yang berlaku dalam percintaan ini dimana kita boleh  melihat sejauh mana diri kita dicintai. Jika sidia benar-benar  mencintai kita tsunami mana sekalipun  yang hadir dia tetap menjadi penenang  hati dan  penyejuk api kemarahan  saat kita tidak mampu mengawal fikiran  ke arah positif. Kemungkinan  dengan nasihat dan buah fikiran daripada insan yang kita sayang mungkin boleh menjadi madu rawatan fikiran ke arah itu.  Insan  tersayang sangat  kita perlukan dalam menghadapi saat-saat genting dimana kita tidak mampu berfikir  dengan rasional. Disaat ini jugalah kita boleh mengetahui bagaimana sikap orang yang kita sayang  menenangkan jiwa kita yang sedang kegelisahan ,akal tidak mampu berfikir bila jiwa bergelora. Jika benar mencintai, sidia akan berusaha untuk bersama-sama kita dalam menghadapi saat genting ini. Kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” barulah kita rasa saat-saat indahnya kita dialam percintaan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata dan ianya akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita. Pengalaman percintaan kita dengan sidia juga boleh dijadikan sejarah dan pengajaran kepada cucu -cicit kita nanti.
            Keikhlasan dan kejujuran dalam memberi dan menerima seseorang dalam hidup kita  iaitu cinta yang tidak melihat kepada kelebihan antara satu sama lain dan tidak mengikut nafsu semata-mata itulah cinta yang kita cari dalam erti sebenar. Fizikal cantik tapi rohaninya buruk juga tidak mendatangkan kebahagian. Fizikal tidak semestinya cantik tetapi rohaninya lebih cantik akan membawa kepada kebahagian kelak. In Sha Allah, sama-samalah kita berdoa kepada Ilahi untuk makbulkan doa kita nanti supaya kita bertemu dengan pasangan  seperti yang kita impikan. Doa adalah senjata kita untuk memperolehi apa yang kita ingini. Kita ingat Allah dan Allah pun  akan mengingati kita. Renung-renungkanlah ye. Cintailah seseorang kerana Allah. Dalam  kita mencintai, setiap musibah yang berlaku ada hikmah disebaliknya yang kita sendiri tidak tahu akan kenikmatannya.  Bila ianya berlaku, tetapkan keimanan, teguhkan ketaqwaan , cekalkan hati  mengharunginya dan sabar dalam menempuhnya. Kun fayakun. Percaya kepada diri sendiri. Kelak nanti ada kebahagian yang menanti. Kita yang akan mencorakkan percintaan kita dengan warna-warna yang indah  dan melakarkan segala kenangan manis  kita saat bersamanya. “Kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. “Yang bulat tidak datang menggolek , yang pipih tidak datang melayang”. Walau apapun yang kita lakukan kita mesti mengikuti peribahasa “ bara yang  digenggam, biar sampai jadi arang” dan hasilnya kita yang akan nikmati bersama sidia. Tenangkan fikiran , fikir sejenak apa yang kita ingini dalam perhubungan. Bina landasan  yang kukuh , seandainya  angin ribut  taufan melanda  sekalipun  kita tidak tersasar  daripada landasan  untuk kita menuju  ke destinasi sebenar.


Sentuhan Pena :
Nurulizza Binti Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan