Welcome

RSS

CERPEN 3: RUPANYA, DIA ADMIRER AKU?!

Rupanya, dia admirer aku?!
Image by Cool Text: Free Logos and Buttons - Create An Image Just Like This

Cerpen: Rupanya,Dia Admirer  Aku?!
Karya   : Nurulizza Hj Ab Karim

“Hakim, kau ni umur sudah mencecah 30 tahun tetapi masih lagi tidak mempunyai  teman wanita. Apa nak jadi dengan  kau ni?. Hakim, mak dah tua sayang! Entah esok lusa mak akan dijemput olehNya. Jadi, sebelum mak menutup mata mak teringin sangat makan nasi minyak kau. Kau tahu tak?” bebel Mak Limah kepada anak  tunggal terunanya. “Mak, bukan Hakim yang tak nak kahwin tetapi buat masa ini, tiada siapa yang sudi dengan anak mak ini. Sekarang ini mak, kebanyakkan perempuan memandang pada harta dan kedudukan. Hakim ini hanyalah  pekerja bawahan je mak. Lainlah kalau anak mak ni jutawan mesti ramai yang tergila-gilakan Hakim mak” balas Hakim. “ Kau ni Hakim, bila mak cerita soal kahwin ada saja jawapan yang kau beri ya nak. Tak pernah mak dengar jawapan yang boleh menggembirakan hati mak. Ini tidak buat mak sakit hati lagi “ .”Dan hendaklah kamu  beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya  Dia dengan sesuatu  apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat , anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang jauh , rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu milikki. Sesungguhnya  Allah tidak suka kepada kepada orang-orang sombong dan takbur membangga-banggakan diri- ( An- Nisa 4:36)  Hakim berumur 30 tahun tetapi masih lagi tidak mempunyai  teman wanita. Beliau bekerja sebagai Pensyarah  Usuluddin dan Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Orangnya boleh tahan juga. Berkulit putih, hidung mancung tingginya lebih kurang 182cm dan berkaca-mata. Hakim merupakan anak tunggal Mak Limah dan Pak Ashraf. Selepas Pak Ashraf meninggal  kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari menghantar anak tunggalnya menghadiri kelas fardhu ain. Pak Ashraf merupakan salah seorang nelayan semasa hayat hidupnya.  Hidup mereka anak-beranak diibaratkan “ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” dan kadang-kala, pernah juga mereka terpaksa mengikat perut kerana beberapa hari Pak Ashraf tidak turun kelaut untuk mencari rezeki kerena beliau dilanda demam panas. Kehidupan mereka bahagia walaupun adakalanya terpaksa menahan  kelaparan. Walaupun hidup tidak mewah tetapi  mereka anak beranak  tetap hidup dalam  suasana tenang dan bahagia  dimana cara hidup mereka berpandukan Al-Quran  dan keimanan didada.

Aina Musyirah merupakan salah seorang pelajar yang mengikut Pengajian Usuluddin dan Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berasal dari Port Dickson. Orang Pd lah katakan.  Berumur 18 tahun dan merupakan pelajar semester pertama. Kali pertama Aina mengikut kelas  yang mana diajar oleh Hakim, dia merasa sesuatu yang sukar diluah dengan kata-kata. Aina merasa ada tarikan tersendiri  yang dimiliki oleh Hakim yang membuatkan dirinya tertanya atau sedang dibuai sesuatu di masa lampau. “ Insyirah, saya rasa saya pernah jumpa Encik Hakim ini, tetapi saya lupa dimana. Saya rasa macam ada sesuatu  je tetapi saya  tidak mampu meluahkan perasaan apa yang saya rasa ini kepada awak” cerita Aina kepada sahabat karibnya  Insyirah. “Saya rasa mesti awak tu sudah jatuh cinta dekat Encik Hakim sebab tu awak rasa macam tu. Saya tahulah kan Encik Hakim itu hensem orangnya dan tidak mustahil jika beliau menjadi kegilaan kaum hawa seperti kita ini. Awak, jangan layan sangat rasa tu..ingat kita datang kemari dengan niat kita nak menuntut ilmu disamping itu juga kita nak menolong keluarga yang selama ini banyak berkorban tenaga dan wang untuk melihat kejayaan kita. Jika awak rasa sesuatu cuba awak buat solat isthikarah untuk mintak petunjukNya” “ Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan  sembahyang ;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat  kecuali kepada orang yang kusyuk; (Al- Baqarah :45). “ Terima kasih Insyirah. In sha Allah saya akan ikut apa yang awak sarankan”. “ Sama-sama. Kita sahabat saling perlu mengingatkan antara satu sama lain jika salah seorang antara kita terlupa kan kan Aina”.

Semasa di kelas Encik Hakim, Aina tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran yang sedang berjalan. Fikirannya melayang entah dimana. Kelakuannya disedari oleh Insyirah. “ Aina, awak ini kenapa? Kan saya kata jangan layan sangat perasaan awak tu! Tumpukan perhatian kepada kelas. Nanti awak juga yang rugi. Awak nak ke ulang sem. Tentu tak nak kan. Dah, lupakan perkara tu!. Jangan sebab perasaan awak tu, awak mengabaikan pelajaran” nasihat Insyirah kepada sahabat karibnya. Tanpa disedari Aina juga, kelakuannya juga telah diperhatikan oleh Encik Hakim dimana beliau melihat Aina asyik merenung wajahnya tanpa berkelip sehinggakan dia sendiri naik segan dengan tingkah laku pelajarnya. Dirumah, semasa Hakim berada didalam biliknya, dia termenung sendirian sambil berfikir. Kenapa pelajarnya yang bernama Aina Musyirah asyik merenungnya setiap kali sesi pembelajaran. Adakah Aina sudah jatuh cinta dengannya? Atau pun sekadar hanya suka-suka yang tidak membawa maksud mencintai. Setelah difikir-fikir, hati nakalnya berkata “ si Aina tu pun boleh tahan juga orangnya. Tinggi orangnya, berkulit putih dan hidungnya mancung. Ada juga macam minah arab. Alahai, kalau jadikan isteri boleh tahan juga orangnya. Siapa yang tak nak isteri yang cantik dan mempunyai akhlak yang secantik rupanya. Orang gila pun mesti ada citarasa. Inikan pula si Hakim yang handsome dan bekerjaya lak tu kan”. Hakim akan cuba menyiasat kenapa pelajarnya yang bernama Aina melakukan demikian. “ Hakim.. oo Hakim marilah turun makan nak oii! Tak akan nak diet lak kan. Kamu tu dah  lah kurus nanti bertambah kurus lak macam lidi, tiada sapa lak yang berkenan dengan anak mak sorang ni” jerit mak Limah. Terperanjat Hakim dengan jeritan emaknya. Segala angan-angannya sebentar tadi lenyap terus. Angan-angan yang mungkin diperolehi ataupun tidak, dia hanya berserah kepada takdir. Rupanya dalam diam juga si Hakim  suka dekat pelajarnya. Cinta pandang pertama lah katakan.

“Insyirah, saya rasa saya memang dah mula jatuh cinta dekat Encik Hakim. Nak kata cinta pandang pertama, saya rasa bukan sebab itu. Ada sesuatu yang membuatkan perasaan sayang saya terhadap dia. Sampai sekarang saya masih belum temui kenapa saya berperasaan demikian” keluh Aina kepada Insyirah. “ Aina, jika awak hendak mencari jawapan yang pasti awak dah buat tak yang saya suruh awak solat isthikarah. Minta doa kepada yang Maha Esa supaya persoalan di hati awak selama ini terjawab. Tak perlu memeningkan kepala untuk berfikir. In sha allah, tidak lama kemudian awak akan temui jawapannya”. “ Buat masa ini saya tak boleh lakukannya sebab A.B.C. ( Allah bagi cuti), jika sihat nanti saya akan lakukan ye. Terima kasih awak! Awaklah sahabat saya dunia dan akhirat”.

“ Baiklah kelas sampai disini saja perjumpaan kita untuk hari ini. Jika ada sesiapa dikalangan anda yang tidak faham tentang pembelajaran kita hari ini bolehlah datang ke bilik saya untuk mengetahui lebih lanjut apa yang anda tidak faham. Jangan malu dan segan. Kalau malu anda yang rugi. Disini saya ingin ingatkan jika kaum hawa ingin berjumpa dengan saya eloklah bawa rakan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kita adalah manusia yang tak sempurna. Jika nafsu telah menguasai fikiran semua yang haram boleh terjadi. Saya ingatkan untuk diri saya dan tak lupa juga buat kaum hawa yang ingin berjumpa saya. Aina  Musyira nanti kamu bawa muhrim jumpa saya bila kamu ada kelapangan ye?” Sempat lagi Hakim memberi arahan kepada pelajarnya. Aina terkejut dan kehairanan kenapa tetiba saja Encik Hakim nak berjumpa dengannya. “Insyirah, napa ye tetiba Encik  Hakim nak berjumpa saya?” Tanya Aina kepada sahabat karibnya. “ Sukar untuk saya menjawab soalan  awak tu Aina. Nanti kalau kita ada masa kita pergi jumpa dia ya. Manalah tahu dia nak mengenali awak dengan lebih rapat. Kih..kih.. Dalam diam dia mencintai awak. Alahai, bestnya!. Kalau dia minat dekat saya macam dunia ini ana yang punya. Sori, terperasan lah pula kan kan Aina”.

12 Tahun yang lalu.

“Baiklah adik-adik yang abang Hakim sayangi, sekarang sudah sampai untuk masa kita berehat dan makan. Jadi, sebelum makan apa yang perlu kita buat ye? Emm...sudah tentu kita kena baca doa untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah. Selepas makan, adik-adik yang abang sayang boleh main di taman permainan ye sehingga pukul 10.30 pagi dan seperti biasa kita sambung belajar ye?”. Katanya kepada kanak-kanak Tadika Telok Pelandok. Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, Hakim telah bekerja sementara sebagai guru tadika yang mengantikan Cikgu Ayu yang cuti bersalin selama 3 bulan. Jadi, selama itu juga Hakim menjadi pendidik dan pengasuh kanak-kanak  berumur 5 hingga 6 tahun di situ. “ Abang Hakim, Musyirah jatuh masa nak naik papan jongkang-jongket tadi. Lututnya berdarah! beritahu Tini kepada Abang Hakim. Hakim dengan kelam-kabutnya terus melulu ke tempat yang dikatakan tadi dan melihat keadaan Musyirah. Lututnya terkoyak. Perlu rawatan di klinik. Hakim tanpa melengah masa lagi memberi bantuan pertolongan cemas kepada anak didiknya. “ Musyirah, kenapa tak berhati-hati? Kan dah jatuh. Sakit tak? Meh, sini abang  lap darah ini dengan kain lepas tu kita pergi klinik ye”. Musyirah memandang saja gerak-geri Hakim untuk mengubati lukanya. Di dalam hatinya berkata, segak juga abang Hakim ni ye!. Kulitnya yang putih berkaca-mata memang ada gaya tarikan tersendiri. Ketika itu, bayangkan dengan umur Musyirah yang baru berusia 6 tahun sudah pandai jatuh cinta. Dasyat betul kan budak zaman sekarang. Dulu, kita 6 tahun tidak pandai langsung soal cinta. Begitu canggihnya teknologi hari ini. Selepas daripada kejadian itu, Musyirah nekad dan berniat didalam hatinya satu hari nanti dia akan menjadi milik Abang Hakim seandainya dia ditakdirkan untuk Hakim. Selepas kejadian itu juga Musyirah rajin pergi ke sekolah  dan bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Abang Hakim menjadi idolanya untuk dia lebih berjaya dimasa hadapan.

“ Astagfirullahalazim, Subhanallah! Baru saya ingat yang saya pernah menjadi admirer abang Hakim semenjak saya berumur 6 tahun lagi. Masa itu Encik Hakim menjadi guru tadika sementara saya. Masa itulah, saya dah memasang angan-angan yang satu hari nanti saya akan jadi miliknya dan saya jadikan dia sebagai semangat untuk saya terus berjaya sehingga ke hari ini” luah Aina kepada rakan sebiliknya  Insyirah. Aina teringat kembali kisah lama selepas dia minta petunjuk daripadaNya untuk mencari jawapan yang pasti. Alhamdulillah doanya untuk kearah itu telah dimakbulkan olehNya.” Aina, sekarang awak dah dapat apa yang awak cari selama ini. Jadi, apa tindakan awak seterusnya?” Tanya Insyirah kepada sahabatnya.” Buat masa ini saya rasa, saya nak  diamkan diri. Saya yakin seandainya Encik Hakim telah ditakdirkan untuk saya, satu hari nanti kami pasti akan bersama. Untuk makluman awak juga sehingga sekarang kasih dan sayang dia tidak pernah surut walaupun hampir 12 tahun kami terpisah ianya tetap utuh dan bertambah erat lagi setelah saya berjumpa kembali dengannya”.” Saya rasa awak perlu meluahkan seandainya awak berpeluang melakukan demikian. Manalah tahu kalau Encik Hakim pun jatuh cinta pandang pertama dekat awak. Kiranya meriah dan gembiralah awak nampaknya kan.. kan” gurau Insyirah kepada kawannya.” Saya rasakan saya nak jumpa dengan Encik Hakim. Encik Hakim kan nak jumpa dengan saya. Jadi, saya rasa elok saya jumpa dia. Mungkin ada perkara yang dia nak bincangkan” Aina meluahkan rasanya.

“ Mak, Hakim perhatikan dekat universiti ada seorang pelajar Hakim ini namanya Aina Musyirah. Hakim perhati gerak-gerinya selalu curi-curi pandang anak mak ini. Hakim tak tahu napa? Mungkin dia minat atau dia sedang memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran yang sedang berjalan. Hakim tak pasti apa yang dilakukan. Mak, nak tahu tak orangnya pun boleh tahan juga. Pakej untuk menjadi seorang isteri lengkap jugalah katakan”. luahHakim kepada maknya yang sedang melipat kain baju. “Hakim. Mak tak kisah siapa yang kau pilih untuk jadikan isteri dan menantu mak nanti. Yang mak inginkan adalah menantu yang solehah yang boleh menjaga kau nanti bila mak dah tak ada nanti”.” Mak, Hakim yakin seandainya dia milik Hakim dia mampu lakukan seperti apa yang mak inginkan. Untuk makluman mak juga, Hakim ada mengerjakan solat isthikarah yang mana Hakim minta diberi petunjuk jalan yang mana harus Hakim ambil. Alhamdulillah, Hakim diberi petunjuk yang Hakim ada bertemu dengan seorang perempuan dialam mimpi yang mana  wajah perempuan itu seiras Aina Musyirah. Hakim yakin ini menunjukkan yang dia memang  telah ditetapkan untuk Hakim” beritahu Hakim kepada maknya. Hakim ada perancangan tersendiri. Jika Aina Musyirah jumpa dia nanti, dia akan meluahkan perasaan dan hajat untuk meminang Aina nanti. Dia tak nak bercinta  tetapi dia ingin bercinta  selepas nikah kerana itu lebih elok dimana dia boleh mengawal nafsu sebelum halal untuk dia milikki Aina. Mak Limah berharap agar Hakim cepat bertemu dengan tulang rusuknya.

Aina berhajat  jumpa Encik Hakim  selepas kelas Puan Aisyah yang akan tamat kelasnya pada pukul 10.00 pagi hari ini. “ Insyirah, lepas ni nanti teman saya jumpa Encik Hakim ya. Saya rasa macam ada satu perasaan yang membuatkan saya teringin berjumpa dengannya”. “ Ok je! Saya pun x sabar nak tahu apa yang terjadi dengan hubungan awak dengan Encik Hakim. Saya rasa awak berdua memang ditakdirkan untuk saling cinta –mencintai” luah Insyirah kepada sahabatnya itu. Selepas tamatnya kelas Puan Aisyah, Insyirah menemani  Aina  berjumpa dengan Encik Hakim. “ Assalammualaikum, Encik Hakim” ucap Aina dan Insyirah  sambil ketuk pintu bilik pensyarah. “ Waalaikumusalam,eh! Aina  dan Insyirah . Masuklah!. Jangan malu ye. Terima kasih Aina dan Insyirah kerana sudi hadir jumpa saya”. Aina dan Insyirah jawab serentak. “Sama-sama Encik Hakim.” “Baiklah! Saya tak nak ambil masa kamu berdua. Jadi disini saya ingin berterus terang kepada Aina Musyirah dimana sebenarnya hati saya sudah tertawan dengan awak dan bersaksi sahabat awak iaitu Insyirah sekiranya awak sudi saya ingin jadikan Aina sebagai pendamping diri saya yang halal. Saya tak nak bercinta dahulu. Jika Aina bersetuju dan menerima saya seadanya, In sha Allah selepas Aina habis  semester ini saya akan hantar pinangan.Itupun sekiranya Aina bersetuju” Encik Hakim dengan beraninya meluahkan rasa yang tersimpan selama ini kepada pelajarnya itu. Aina menjawab pertanyan  Encik Hakim “ Encik Hakim, sekiranya benar Encik Hakim benar-benar menghajatkan kearah itu bolehlah berjumpa dengan  ayah dan mama saya. Jika mereka setuju, In sha allah saya pun turut setuju”. “ Kalau itu jawapan awak, in sha allah cuti semester minggu pertama saja saya terus meminang  dan minggu kedua kita terus menikah. Saya rasa kita tidak perlu menunggu lama untuk perkara yang baik ini. Lagipun umur saya bukannya muda lagi. Dah masuk 30 tahun. 12 tahun lebih tua daripada awak. Saya harap awak tak kisah dengan perbezaan umur kita yang terlampau ketara bezanya”.  “ Jika itu yang Allah telah tetapkan untuk jodoh saya, saya akan terima seadanya. Mungkin ada hikmah  disebalik apa yang berlaku”. Insyirah menjadi saksi cinta mereka dimana semasa Encik Hakim dia ada bersama menemani.

Selepas beberapa bulan kemudian



“Aku terima nikahnya Aina Musyirah Binti  Abdul Karim  dengan maskahwinya dua ratus ringgit tunai” jawab Hakim. Hakim telah pun selamat bernikah dengan pelajarnya Aina Musyirah. Majlis mereka sederhana saja. Aina tak mahu diadakan majlis besar-besaran kerana tak nak membazir. Membazir merupakan amalan syaitan. Aina dan Hakim sujud syukur selepas selesainya majlis lafaz nikah yang dilafaz oleh Hakim. Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah).  Setelah selesai majlis tersebut Aina dan Hakim serta ahli keluarga mereka bergotong-royong mengemas  rumah dan peralatan yang digunakan untuk majlis perkahwinan itu. Semasa dibilik pengantin, Hakim terlebih dahulu memasuki bilik kerana ingin mengerjakan solat maghrib dan diikuti isteri yang baru dinikahi. Ini adalah kali pertama Aina solat berimamkam suaminya. Rasa gembira tidak terkata. Walaupun masih lagi malu-malu untuk bermesra dengan suaminya dia tetap gagahkan jua. Sampai bila dia harus malu sedangkan mereka sudah halal untuk melakukan apa saja.  Selesai solat berjemaah mereka berbual seketika maksudnya sesi pengenalan walaupun dah mengenali satu sama lain sebelum ini.” Sayang, napa ni? masih malu lagi ke? Jangan lah cam tu sayang. Abang rasa ganjal lak bila sayang abang ni senyap dan kaku. Sekarang ini sayang tak perlu malu dengan abang. Kita sudah pun menjadi suami isteri yang sah sayang” bebel Hakim kepada isteri tercinta. “ Abang, maafkan Aina. Aina masih lagi malu dengan abang. Sebelum ini, abangkan pensyarah Aina. Rasa kekuk pun ada. Abang jangan risau, Aina akan cuba buang perasaan malu ini untuk kebahagian kita bersama. Sayang, harap abang bimbinglah sayang kearah kebahahagian kita bersama” beritahu Aina kepada suaminya. Hakim berasa gembira walaupun mereka tidak bercinta tetapi mereka diberi kesempatan olehNya untuk menjadi pasangan yang halal. Dalam masa yang sama, dia yakin Aina mampu  melakukannya. Dimana tadi dia ada mendengar Aina sudah menggunakan nama panggilan manja. “ Sayang,kita sebagai suami isteri saling bantu-membantu untuk kita mencari keredhaan dan kebahagian keluarga kita. Jangan risau ye. Abang yakin sayang akan bahagia bersama abang. Kita mohon kepada Allah supaya apa yang kita hajati akan didengari dan akan dimakbulkannya doa kita nanti”. Abang, sebenarnya sayang ada rahsia  yang  sayang simpan dan pendamkan selama ini. Abang nak tahu tak, sebenarnya dari dulu sayang sudah mula mencintai abang dan berhajat untuk menjadi isteri abang satu hari nanti. Sekarang, doa sayang sudah pun dimakbulka olehnya. Abang menjadi suami sayang. Abang ingat tak semasa abang menjadi guru tadika sementara di Tadika Kemas Telok Pelandok dimana masa itu abang ada tolong seorang kanak-kanak yang jatuh daripada jongkang-jongket. Untuk makluman abang budak kecil itulah sayang orangnya. Sejak dari itu, sayang dah mula mencintai abang. Gatal kan sayang ni. Umur baru 6 tahun tapi dah pandai jatuh cinta.Semenjak itu sayang pasang angan-angan yang sayang akan jadi isteri abang.  Dalam kita tak sedari kita telah pun dipertemukan olehnya. Kali pertama sayang lihat abang, sayang rasa ada satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Kalau abang perasan, sayang kan selalu tenung abang masa sesi pembelajaran dijalankan. Satu hari, sayang buat solat isthikarah minta petunjuk kepadanya. Alhamdulillah, wajah abang muncul dalam mimpi. Sayang, terperanjat tetiba saja abang kata kalau ada masa jumpa abang. Masa itu sayang tertanya kenapa abang nak  jumpa sayang. Rupanya yang abang berkenan nak ambil sayang jadi isteri abang. Masa itu ayang gembira sangat . Sayang jadi admirer abang dan merangkap isteri abang” luah Aina kepada suaminya. Hakim terharu dengar luahan hati isterinya. Tidak sangka isterinya mulai mencintai dirinya semenjak umur 6 tahun lagi. Bukan semua orang semasa bermur 6 tahun sudah pandai mengenali cinta.Mungkin isterinya adalah salah seorang insan terpilih. “ Amboi! kecil-kecil dah pandai bercinta ye.Boleh tahan juga isteri abang ini. Rupanya, saya ini admirer abang ye. Nasib baik sayang pandai menilai masa itu. Kalau tak rugilah abang. Jom sayang! Kita tidur ya. Abang dah mengantuk sangat ini” beritahu Hakim kepada isterinya. Setelah masing-masing meluahkan perasaan  dimalam pengantin mereka hidup bahagia dan dikurniakan 2 orang cahaya-mata. Pada mulanya  sebagai admirer, dengan restu Allah akhirnya mereka menjadi pasangan suami isteri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Unknown berkata...

jodoh yang terlalu mudah bagi si gadis

Catat Ulasan