Welcome

RSS

Cerpen 2: INDAHNYA RAMADHAN KALI INI!!




CERPEN: Indahnya Ramadhan Kali Ini !!
KARYA   : Nurulizza Hj Ab. Karim

            “Alhamdulillah, kita diberi kesempatan pada tahun ini untuk menyambut bulan Ramadhan  Al Mubarak yang penuh dengan kenikmatan” kata Dania kepada rakan sebiliknya iaitu Jannah. “Ye lah Dania, kita saling mengenali antara satu sama lain semenjak kita di semester satu lagi dan aku rasa bersyukur sangat bertemu dengan kau dan menjadi sahabat kau”. Dania dan Jannah merupakan  mahasiswi  dalam jurusan Pengajian Islam semester akhir di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka mula berkawan semenjak mereka menghadiri minggu orientasi dan dalam masa yang sama mereka mengambil bidang pengajian yang sama malah mereka juga  rakan sebilik antara satu sama lain. Berbagai-bagai rintangan dan dugaan yang mereka harungi bersama. Mereka saling dokong-mendokong antara satu sama lain.
Dimana saja Dania pergi pasti Jannah ada bersama. Mereka diibaratkan “bagai aur dengan tebing”, dimana saja pasti bersama dan sekiranya  salah seorang daripada mereka disakiti mereka akan  bersama-sama saling sokong-menyokong  atau bantu-membantu menghadapi musuh yang cemburu dengan keakraban antara mereka. “Cubit peha kiri, pasti peha kanan terasa”, begitulah ikatan  persahabatan mereka.
            “Jannah, cuti pertengahan semester apa perancangan kau ye”? soal Dania kepada sahabat karibnya. “Aku tak pastilah Dania. Aku nak balik kampong, ayah dan mama aku tiada. Mereka pergi mengerjakan umrah”. Dania berfikir sejenak. Kalau ajak Jannah pulang ke kampong halamannya kira ok juga kan. “Jom !ikut aku balik kampong ye Jan. Disana nanti aku bawa kau jalan-jalan makan angin dikampung aku. Al maklumlah , kau kan orang bandar mana pernah merasa hidup suasana kampong”. “Bagus juga cadangan kau kan. Dapat juga aku perolehi pengalaman nanti dan manalah tau kan jodoh aku dengan orang kampong”, sambil berangan seketika.  Jannah merupakan anak orang berada. Beliau anak tunggal. Ayah dan ibu merupakan penjawat awan yang berjawatan tinggi. Hidupnya mewah  dan kaya dengan kasih sayang yang diberikan oleh orang tuanya. Segala kemahuannya akan dituruti oleh orang tuanya selagi ianya tidak tersasar daripada ajaran islam yang sebenar. Itulah kelebihan Jannah walaupun anak orang kaya tapi beliau tidak sombong dengan apa yang dimilikinya dan sentiasa berusaha merendahkan diri dan taraf hidupnya sama saja dengan rakan yang lain. Orangnya kecil –molek, berbudi bahasa, lemah –lembut dan segala yang diinginkan oleh seorang lelaki untuk dijadikan dia seorang isteri memang lengkap pakejnya. Sebenarnya didalam hati Dania berhajat ingin cuba mendekatkan sahabatnya ini dengan abang kandungnya yang nombor dua iaitu Mohammad Hafiz. Dania merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Sifat manja anak bongsu begitu menyerlah. Walaupan Dania anak bongsu tetapi beliau dididik dengan penuh kesederhanaan dimana keluarganya tidak terlalu memanjainya dengan kemewahan yang melampaui batas supaya akhlaknya tidak terpesong daripada ajaran islam yang sebenar.
            Hari yang dinanti telah mengunjung tiba dimana Jannah  pulang ke kampung Dania untuk menghabiskan cuti pertengahan semester . mereka pulang ke kampung dengan menaiki bas. Perjalanan untuk sampai ke kampung Dania mengambil masa lebih kurang  lapan jam. Mereka bertolak dari stesen bas Jalan Duta pada pukul 10 malam dan tiba di Langgar, Kedah lebih kurang pukul 8 pagi. Mohammad Hafiz iaitu abang kedua  Dania telah menunggu seawal pagi dan menjemput mereka  ke destinasi seterusnya. Kali pertama, Mohamamad Hafiz melihat Jannah, hatinya sudah tertawan dengan kecantikkan yang dimilikinya dan sikap lemah lembut yang ada pada diri Jannah. Sedaya-upaya Hafiz menahan godaan perasaan untuk mengelakkan ianya disedari oleh Dania.  “Bagaimana perjalanan kau orang tadi, ok tak?”, soal Hafiz kepada adiknya iaitu Dania. “Alhamdulillah ,semuanya berjalan lancar cuma si Jannah ini mengalami pening seketika mungkin dia tak biasakan diri menaiki bas”. “ Mungkin,  Jannah tak makan kot masa dalam perjalanan”,kata Hafiz. “Tak adalah abang Hafiz, Jannah ini memang jarang makan, apa lagi pada waktu malam memang kita tidak digalakkan untuk menjaga kesihatan.” Dania ,menyampuk seketika, “Jomlah kita sarapan! perut dah mula menyanyikan lagu ini abang”. Amboi! Dania bukan ke tadi kau dah makan roti gardenia perisa jagung masa dalam bas tadi, tak kenyang lagi?”. Aku memang ler kenyang, cuma aku risaukan kau yang dari malam tadi tak makan, tu aku ajak abang Hafiz ini pergi minum dulu lagipun bila lagi kita nak ketuk dia kan kan”. “Dah lah jangan gaduh-gaduh jom kita pergi sarapan dulu dikedai Mak Enon”, balas Hafiz. Jannah dan Dania memesan nasi lemak kerang dan air milo kesukaan mereka manakala Hafiz memesan  dua keping roti canai dan air horlicks kesukaan beliau. Mohammad Hafiz berumur 38 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dalam umur begini, dia masih lagi mencari calon isteri. Bukan beliau tidak mempunyai calon tetapi selepas putus tunang, pintu hati beliau tertutup untuk mencari seorang isteri. Hafiz yakin seandai ada jodonya dengan  seorang keturunan Hawa sejauh mana pun dia cuba mengelak satu hari beliau akan memperolehi jua seorang isteri. Dan mintalah pertolongan  ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembayang ; dan sesungguhnya sembayang amatlah berat kecuali kepada orang yang kusyuk; Surah Al- Baqarah ayat 45. Mohammad Hafiz menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t untuk menentukan jodohnya.  Sabar dan solat selalunya menjadi banteng kekuatan kita dalam menempuh segala musibah dan menghindarkan diri kita daripada tergoda dengan hasutan syaitan durjana. Jannah juga menyerahkan jodohnya kepada Allah. Seandainya jodoh dia datang cepat atau lambat dia akan tetap menerima.
            Jannah tinggal dikampung halaman Dania selama seminggu dan dalam percutian pertengahan semester masanya  dihabiskan di Langgar, Kedah. Langgar merupakan sebuah pekan kecil yang terletak diantara Pokok Sena dan Bandar Alor Setar.  Disini juga sebanyak 99%  penduduknya adalah keturunan Melayu Islam. Ayah Dania juga merupakan seorang Imam di Masjid Bukit Langgar. Disana, beliau banyak menimba pengalaman yang tak pernah dirasai sebelum ini. Jannah  dan Dania menyambut bulan ramadhan tahun ini di Langar, Kedah. Segala kenangan Jannah menyambut ramadhan kali ini  di kawasan perkampungan yang aman dan damai. Malah suasana yang indah iaitu di kawasan kampung yang dipenuhi dengan bendang sawah. Hijau dan tenang pemandangan di kampung Dania. Merasai solat terawikh bersama penduduk kampung disini dan dapat mengeratkan slaturahim sesame insan. Sepanjang beliau disana abang Mohammad Hafiz lah yang menjadi pemandu pelancong mereka. Semua tempat yang Jannah lawat di Langgar telah pun dibawa oleh abang Hafiz dan juga adiknya Dania juga tidak ketinggalan untuk mengiringi mereka bagi mengelak fitnah daripada orang kampung. Al maklumlah kalau hidup berkampung ini tak boleh kita tersalah langkah nanti jadi buah mulut orang untuk bercerita. Sepanjang masa abang Mohammad Hafiz bersama Jannah, ada satu perasaan kecil yang sukar dijangka oleh hatinya sama ada dia benar-benar mencintai Jannah atau menyayangi Jannah sebagai seorang adik. Kegelisahan melanda hati dan gelora jiwa menyerang Hafiz. Antara pengalaman Jannah yang tidak dapat dilupakan ialah kali pertama turun ke sawah. Jannah merasa gembira bila kali pertama jejak kaki ke bendang sawah. Jannah berlari-larian anak dibendang sambil memetik untaian padi muda di bendang. Rasa bagaimana lututnya dinaiki  pacat. Masa itu abang Hafiz yang menolongnya untuk membuang pacat yang melekat. Dalam masa itu, debaran hati Jannah berdebar-debar saat mata mereka bertentangan. Jannah merasai sesuatu.  Apa sebenar perasaan yang hadir kala itu? Dia masih lagi mencari jawapan yang pasti.
            Masa berlalu dengan begitu pantas. Jannah tidak sedar yang cutinya di Langgar telah pun tamat.  Malam sebelum Jannah dan Dania pulang ke Universiti  untuk meneruskan pengajian akhirnya disana, tetiba Hafiz datang menemuinya di pondok ditepi sawah tempat ayah dan ibu Dania  menghilang kepenatan setelah melakukan kerja-kerja penuaian padi dan sebagainya. “ Assalammualaikum Jannah.Seorang je ke? Mana Dania?”  soal Hafiz. “ Waalaikumusalam. Alahai! terperanjat Jannah ingat sapa tadi. Abang tak keje ?”. Hari ini abang cuti. Besok Jannah akan pulang ke universiti kan?”.  tanya, Hafiz . “Ye ,abg!. Sebelum Jannah pulang  abang ingin meluahkan sesuatu kepada Jannah yang abang sudah mula mencintai diri Jannah semenjak kali pertama kita  bertemu lagi. Pada mulanya abang tak pasti dengan perasaan apa yang abang milikki ini sehingga satu hari berlakunya kejadian dimana kaki Jannah digigit pacat. Dari situ abg menyedari yang abang memang betul-betul mencintai Jannah pada pandangan pertama walaupun Jannah sedia maklum yang abang ini pernah gagal dalam percintaan. Allah Itu  Maha Kaya. Hadirkan Jannah dalam hidup abang”. Jannah terkejut terkaku seketika. Tidak menyangka mereka  berdua mempunyai satu perasaan yang sama. Mungkin Hafiz cinta pertama Jannah manakala dipihak Hafiz, Jannah  merupakan cinta kedua selepas dia menghadapi kegagalan dalam percintaan pertama. Tanpa mereka perasaan perbualan mereka diintip Dania yang kebetulan lalu di tempat perbualan mereka dipondok rehat  ayah dan emak Dania setelah penat melakukan kerja dibendang. Didalam hati Dania panjatkan kesyukuran yang niat dia hendak menemukan Jannah dengan abang Hafiz telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Dania tidak perlu bekerja keras untuk melalukannya kerana hati abang Hafiz sudah pun bercantum dengan hati Jannah. Gembira tidak terkata. Hafiz dan Jannah menjalinkan percintaan di dalam bulan ramadhan al-mubarak dimana bulan yang mulia ini adalah bulan  yang penuh dengan keberkatan. Pintu Neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk hambaNya memperolehi keberkatan dan pahala yang setimpal dengan ibadahnya dan ada  satu hari dimana satu malam yang penuh dengan keistimewaan yang boleh disamakan dengan  seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar yang dikatakan berlaku sepuluh malam terakhir dan juga Al- Quran di turunkan pada bulan ini . Kamu  ( wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman  kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman): (Surah Al-Imran : 110) . Firman Allah S.W.T :  “Sesungguhnya kami ( Allah) telah menurunkan Al-Quran pada malam Qadar”. Wajah Jannah sentiasa ceria dan terukir senyuman yang indah dibibir kala hati yang sunyi telah dihuni oleh insan istimewa.
            Hari yang dinantikan telah pun tiba. Tibalah saat perpisahan pasangan yang sedang dilambung cinta iaitu  Jannah dan abang Hafiz. Walaupun ada kesedihan dihati masing-masing tetapi mereka bersyukur pada bulan ramadhan ini mereka telah dipertemukan untuk menjalinkan percintaan. Sebelum pulang dan menaiki bas untuk pulang ke Universiti ada pesanan yang akhir yang ingin disampaikan oleh Hafiz kepada buah hati tercinta iaitu Jannah. “Jannah, abang harap cinta yang baru berputik  diantara kita jagailah ia dengan mengikuti syariat islam dan kalau boleh jangan kita lari daripada landasan yang ingin kita tujui. Membina cinta dan kasih sayang antara kita kerana Allah S.w.t dimana Dia yang menggerakkan hati kita untuk merasa nikmat saling mencintai dan dicintai. Abang harap cinta yang terjalin ini berkekalan dan diakhiri di jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke Jannah (syurga). Sama-samalah kita berdoa untuk sampai ke situ ye sayang”. Tiada kata yang mampu diluahkan oleh Jannah betapa besarnya harapan abang Hafiz terhadap percintaan ini. “Abang, in sha allah Jannah akan menjaga batas-batas pergaulan dalam hubungan kita ini dan Jannah harap abang mencintai Jannah kerana Allah dan bukan apa yang Jannah milikki hari ini. Semua kelebihan  yang kita milikki tidak akan kekal lama abang. Semuanya pinjaman semata-mata. Seandainya, ditarik balik kelebihan yang kita milikki satu hari nanti kita perlu redha kerana itu adalah ketentuan dariNya”. Hafiz hanya mampu tersenyum apabila mendengar luahan hati Jannah. “ Dan tidaklah bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan satu ketetapan  akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka”.( Al- Azab: 36). Kita sebagai seorang mukmin kena redha apa yang telah kita perolehi kerana ianya telahpun ditakdirkan untuk kita. “ Dan janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah  kepada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang-orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah  sebahagian daripada kurniaNya. Sessungguhnya  Allah Maha Mengetahui segala sesuatu “. ( An Nisaa’: 32).
            Masa berlalu begitu pantas. Tanpa Jannah dan  Dania sedari mereka telah pun berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda  Pengajian Islam selama 4 tahun  di Universiti Kebangsaan Malaysia.  Jannah telah pun bekerja sebagai seorang Ustazah di Sekolah Menengah Kebangsaan  Aminuddin Baki manakala Dania telah pun ditempatkan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Kedah. Masing-masing telah pun mempunyai kerja yang tetap dan mampu menyara kehidupan berkeluarga. Percintaan antara Jannah dan abang Hafiz berjalan dengan lancar tanpa sebarang  badai yang melanda.  Setelah  tiga tahun Jannah memegang jawatan sebagai seorang Ustazah, Hafiz telah menghantar  rombongan meminang untuk meminang Jannah. Selama setahun Jannah menjadi tunangan kepada Mohammad Hafiz Bin Saad. Syukur kepada Ilahi yang mereka telah pun mempunyai pertalian yang kuat walaupun hanya mampu mencecah lima puluh peratus sahaja. Hafiz masih lagi tiada hak  keatas  Jannah. Hari yang dinantikan telah pun tiba. Getaran dijiwa melanda keatas kedua-dua bakal mempelai. Menanti saat untuk disatukan setelah  3 tahun menjalinkan hubungan percintaan.
            “ Aku terima nikah Nur Jannah Alisya Binti Mohd Khir  dengan maskahwinnya dua ratus lima puluh ringgit tunai”, lafaz yang telah Hafiz lafazkan dihadapan ayah mertuanya . Ayah mertuanya sendiri telah menikahkannya.Majlis berjalan dengan lancar. Akhirnya, Jannah sah menjadi milik Mohammad Hafiz Bin Saad dengan sekali lafaz sahaja. Teratak  damai telah menjadi saksi ijabkabul berlangsungnya majlis mereka. Tiada kata yang mampu diluahkan oleh pasangan mempelai selain panjat syukur kepada yang Maha Esa. “ Jika kamu menghitung nikmat Allah ,nescaya kamu tidak  dapat ( tidak mampu ) menghitungnya”. ( Surah Ibrahim: 34) Majlis mereka sehari sebelum tibanya bulan ramadhan mereka telah pun disatukan dengan ikatan pernikahan.Alhamdulillah, sayang kita sudah saling dimilikki dan memilikki antara satu sama lain. Semoga rumah tangga yang terbina ini akan berkekalan hingga akhir hayat kita dan berdoa semoga kita memiliki anak yang soleh dan solehah untuk mendoakan kesejahteraan kita sekiranya kita tiada lagi didunia ini”. Luahan hafiz kepada isteri tercintanya. Panggilan nama telah bertukar secara automatik setelah halal untuk memilikki Jannah. Jannah terharu dengan kata-kata yang didengari daripada mulut suami tercinta. Hanya mampu mengalirkan airmata kegembiraan bertapa bertuahnya dia memiliki Hafiz. “ Abang, in sha allah sayang akan cuba menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali kepada anak-anak kita nanti. Sekiranya, ada kekurangan sayang dalam melayari rumah tangga kita abang berhak menegur dan mengajar  sayang bagaimana  untuk kita memperolehi kebahagian dalam rumah tangga kita”. Kata Jannah kepada suami tercinta. Mereka menjalani kehidupan suami isteri dengan aman dan bahagia. Selepas setahun mereka melayari hidup sebagai suami dan isteri mereka telah dikurniakan anak kembar. Kelahiran anak kembar mereka juga pada bulan ramadhan iaitu jatuh  pada 15 ramadhan .Percintaan mereka bermula pada bulan ramadhan, majlis perkahwinan selang sehari sebulum ramadhan dan memperolehi cahaya mata juga pada pertengahan ramadhan. Keberkatan bulan ramadhan telah pun mereka perolehi daripada Allah s.w.t.Seorang lelaki dan perempuan yang diberi nama Nurul Hafizza Binti Mohammad Hafiz dan Mohammad Hafizan Bin Mohammad Hafiz. Kegembiraan terserlah setelah lahirnya pasangan kembar tersebut  dan melengkapkan lagi hubungan percintaan dan bukti kasih sayang antara satu sama lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan