Welcome

RSS

CINTA DAN AIRMATA

CINTA DAN AIRMATA
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Bila dilambung cinta semua yang dirasa indah belaka. Senyuman terukir  seindah suria menjelma dipagi hari. Terbuai seketika  keasyikkan yang tanpa diketahui telah membuatkan jiwa kita terbang jauh diangkasa. Dibelai, dimanja dan dihargai tanpa  meruntuhkan akidah kita sebagai muslimin dan muslimat. Percintaan kita  sentiasa kita jagai bagi memastikan ianya tidak merosakkan keimanan dan kecintaan kita kepada Allah yang banyak menganugerahkan kenikmatan duniawi. Tidak dapat kita meluahkan betapa indahnya kita dialam percintaan. Segala-galanya kita dilayan sebagai seorang putera dan puteri raja yang sedang menakluki sebuah Negara. Segala tuntutan antara kita  akan cuba dipenuhi oleh pasangan kita. Kita semestinya memastikan permintaan yang kita kehendakki atau diperlukan  tidak melanggar syariat islam yang menghalalkannya.
            Cinta dan airmata  merupakan sahabat karib yang kita tidak  mampu untuk memisahkan  mereka yang diibarat seperti “bagai aur dengan tebing dan “ isi dengan kuku” yang mana ianya saling dokong-mendokong untuk memastikan perjalanan percintaan yang kita perolehi sentiasa didalam kebahagian. Kita juga ingin mengakhiri hubungan percintaan di jinjang pelamin. Indahnya andai impian yang kita lakarkan menjadi kenyataan. Bayangkan kita dibelai  dan dimanja tanpa kita perlu berfikir sama ada ianya halal atau haram. Bebas melakukan  apa saja tanpa ada batasan yang menghalangnya. Indahnya kurnian Ilahi. Begitu dia menyayangi dan mencintai hambanya tanpa melihat darjat dan kedudukan. Itulah kelebihan yang kita milikki berbanding dengan makhluk lain dimuka bumi ini. Kenikmatan yang tidak terhingga nikmatnya.
            Tidak boleh menafikan dalam kita mencintai dan dicintai  tidak semestinya kita sentiasa berada dalam keadaan bahagia. Dugaan dan ujian  sentiasa mencemburui kebahagiaan kita. Datangnya ia, sebenarnya membawa hikmah yang mana darinya jua kita boleh mengetahui sifat  sebenar pasangan kita. Dimana kesabaran pasangan saat-saat genting  menghadapinya. Disini juga kita memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk kita tidak mudah melatah  dalam menghadapinya. Tersalah langkah akhirnya kita kemurungan. Disini, yang mampu saya jelaskan terlalu mengikut nafsu hubungan yang terjalin tiba-tiba saja menjadi dingin. Salah seorang daripada kita akan tersentuh hatinya. Jadi apa yang berlaku seterusnya kekecewaan yang akan menghampiri kita. Adakalanya, ada juga pasangan yang bijak menghadapinya  tanpa memikirkan godaan nafsu yang kadang-kala  tidak menentu. Terlampau mengikut perasaan akhirnya airmata yang tinggal yang hanya mampu  meluahkan perasaan kita ketika ini. Airmata terus mengalir  tanpa henti-henti. Kebijaksanaan perlu bagi kita tidak terusan membazirkan airmata.
            Kadang-kala, dalam kita meluahkan perasaan yang kita tidak puas hati dengan pasangan dengan tujuan untuk kita memperolehi ketenangan jiwa dan meleraikan kekusutan hati. Dalam masa yang sama juga tanpa kita menyedari airmata  jatuh melimpahi muka. Jangan gelak ye!! Ada juga yang menangis teresak-esak dalam meluahkan rasa hati kepada sidia. Jadi, jika pasangan anda mengeluarkan airmata anda seharusnya berpijak dibumi yang nyata. Anda sebagai pendengar luahan hatinya perlu bertindak mengurangkan esakan tangisan sidia bagi meredakan keadaan. Jangan pula sedang sidia menangis, anda mengejek cara tangisannya. Itu adalah cara yang kurang matang dalam meredakan sesuatu masalah yang dihadapi. Untuk mengurangkan esakan tangisan  sidia anda seharusnya bijak membuat lawak untuk membuat sidia gelak dalam tangisan. Kalau tak percaya cubalah tips ini. Pasti anda mengetahui jawapannya nanti.
            Cinta dan airmata yang memang sudah sebati dalam jiwa setiap insan. Tidak mampu dipisahkan lagi. Memang tidak boleh menafikan   airmata yang mengalir  tidak semestinya ia mengalir  dalam kedukaan atau kegembiraan. Ianya bergantung kepada  keadaan itu sendiri. Dalam kita gembira, meluahkan rasa cinta dan rindu pun ianya akan menitis tanpa kita sedari. Airmata yang menitis bukanlah airmata hipokrik. Kita harus fahami konsep airmata. Ketawa atau senyum memang kita maklum bahawa disebalik ketawa ada airmata yang mengalir. Jiwa sengsara, hati menangis tiada siapa yang tahu kecuali Allah s.w.t.
            Dalam kita memendam rasa terhadap pasangan pun ianya mampu mengalirkan airmata. Maksudnya disini, jika kita tidak mampu meluahkan sesuatu yang terpendam dengan sidia dikala kesunyian ianya pasti hadirnya kesedihan. Kesunyian dan kesedihan saling perlu-memerlukan untuk menambah lagi rasa kedukaan. Didalam kita menantikan sesuatu daripada pasangan yang mana dalam masa yang sama sidia terlalu sibuk dengan tugasan harian sehingga terlupa perkara yang wajib pun kadang-kala mampu menitiskan airmata. Betapa sensitifnya kita dialam percintaan. Ada juga kalanya, pasangan kita akan mempersoalkan kepada kita yang mana sebelum dia mengenali kita mungkin dia melihat kita sebagai manusia yang ceria tanpa menunjukkan sikap yang boleh memalukan diri kita sendiri. Jadi bila kita sudah bertukar status daripada sahabat kepada kekasih 99% kemungkinan akan berubah sikap kita sebelum ini. Betul tak? Jangan hipokrik tau!. Saya sendiri pun pernah merasainya dimana insan tersayang pun ada mengatakan demikian. Kita hanya insan biasa yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Jadi kita harus ingat yang mana kita ini tidak sempurna insan untuk kita menilainya. Kita sedaya mungkin cuba melakukan yang terbaik untuk pasangan kita gembira bila bersama kita. Kita juga harus ingat yang kita hanya hamba Allah yang tidak sempurna untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang  dan terbilang tetapi kita mampu mencuba kearah itu. Yakin keatas diri sendiri. Itu yang lebih penting.
            Dengan cinta juga, jika ikhlas diri kita dicintai dengan ketulusan hati in sha allah hati dan tuntutan nafsu kita akan cuba ditunaikan oleh pasangan kita. Nafsu disini yang dimaksudkan ialah nafsu yang tidak merosakkan akidah kita sebagai umat islam. Contohnya, jika kita dalam satu masa iaitu dari pagi hingga ke petang pasangan kita lupa membuat panggilan kerana tiada masa untuk buat demikian, maka dengan itu sidia akan melakukan bila ada masa lapang disebelah malam dan sanggup korbankan masa tidur yang lapan jam kepada dua jam dan ada juga  tak sempat tidur kerana masing-masing melayan nafsu kerinduan yang teramat sangat rindunya. Kononnya ler kan. Disini juga boleh dikategorikan masa untuk bergayut didahan rindu diatas pokok asmara selama mana yang kita mampu lakukan . Walaupun lewat menghantar berita kepada kita tetapi sidia tetap melakukannya untuk menjaga hati dan perasaan kita. Perasaan risau akan timbul jika sidia tidak menghantar perkhabaran dimana kita pun nanti akan meroyan  seketika tetapi tidaklah sampai dimasukkan ke Hospital Bahagia tau. Meroyan seketika  dimana ianya dapat dikawal melalui akal yang bijak. Sidia yang menyayangi kita, penat tahap gaban pun akan terus lakukan apa yang kita kehendaki kerana satu sebab iaitu sayang. Kadang-kala sidia sendiri termasuk kita pun tidur tidak cukup 8 jam. Masing-masing berkorban untuk menunaikan nafsu sendiri. Begitu besarnya pengorbanan kita dan sidia demi sebuah ikatan  percintaan yang harmoni dan bahagia. Dalam masa yang sama juga kita terlibat sama dalam masalah kekurangan tidur dan rehat yang tidak mencukupi. Masalah kesihatan pun akan menyusul nanti.  Ada juga kadang-kala kita minta masa 3 jam untuk sidia luangkan masa untuk kita berkeudara bersamanya tetapi dalam tidak kesedaran tetap melakukan lebih dari masa yang ditetapkan sehingga 6 jam bergayut didahan asmara. Kiki.. Tak menahan tu!!. Semuanya kerana penangan cinta. Masa itu lah kita perlu topup. Satu hari lebih kurang RM 10.00 per malam dimana boleh berkeudara lebih kurang 6 jam itupun jika anda memakai talian Celcom sama Celcom. Kalau nak jimat lagi pakai ler Digi. Panggilan percuma lak kan kan. Betul tak? Apa lagi dah macam-macam tip saya bagi untuk anda gunakan untuk melepaskan rindu yang terpendam. Hahaha tak menahan kan kan. Cinta yang ikhlas yang mampu lakukannya. Kalau cinta hanya permainan jangan harap anda ingin lakukan demikian. Tepuk dadat anya hati!! Dalam percintaan apa yang anda inginkan.
            Jika kita memberi atau menerima cinta itu dengan ketulusan hati yang satu yang sanggup berkongsi rasa maka kita akan dapat apa yang kita inginkan. Ikhlas kita memberi ikhlas kita menerima. Cinta dan airmata   memang  tidak mampu dipisahkan. Kadang-kala airmata adalah madu dan racun dalam percintaan. Renung-renungkan.


Sentuhan Pena :
Nurulizza Binti Hj Ab Karim

Hanya Mampu Tersenyum


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

Unknown berkata...

Suka dan duka adalah irama sebuah kehidupan

Catat Ulasan