Welcome

RSS

Bila Hati Berbicara


Bila Hati Berbicara
            Apa yang dimaksudkan dengan hati? Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka  hati ini bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa dan emosi. Jelaslah disini, hati ini menunjukkan rasa yang kita rasai yang mana didalamnya terkandung berbagai-bagai makna yang tersurat dan yang tersirat  yang kadang-kala  kita tidak mampu  meluahkan sesuatu yang kita rasai untuk kita kongsikan bersama insan yang lain.
            Semua makhluk didunia ini mempunyai hati. Bila kita mempunyai hati sudah pasti ada berbagai-bagai  keperluan dan kehendak yang kita inginkan. Kita sedaya mungkin akan cuba memenuhi tuntutan batin selagi ianya tidak melanggar ajaran islam. Memang tidak dinafikan kadang-kala tuntutan hati ini juga boleh menyebabkan kita menyekutukan Allah s.w.t untuk memenuhi emosi yang tidak stabil untuk sesuatu perkara . “ Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu baik” salah satu peribahasa yang perlu kita ikuti yang  bermaksud kalau kita kurang berhati-hati dalam sesuatu kerja yang kita lakukan kemungkinan ia akan mencelakakan diri kita sendiri akan tetapi jika kita hati-hati melakukannya sulit mana sekalipun kita akan memperolehi faedahnya. Jadi, jalan mana yang perlu anda ikuti sekiranya emosi yang tidak stabil menyerang jiwa anda. Keputusan  terletak ditangan anda. Anda yang mampu menentukan arah tuju.
            Saat hati berbicara juga, kadang-kala ia boleh membuatkan jiwa kita tidak tentu arah tujuannya. Apa yang kita lakukan semuanya tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Kadang-kala, jika kita terlalu mengikut kata hati pun sebenarnya  boleh mensasarkan landasan yang ingin kita tujui. Dimana kita harus memilih jika hati lebih agresif  daripada fikiran yang pasif? Mungkin disini, kita sukar untuk membuat  keputusan yang rasional yang mana banyak mendatangkan hasil yang lumayan dan dalam masa yang sama juga  antara perasaan dan fikiran sering bertelagah untuk mencari kenikmatan  yang boleh menenangkan jiwa yang sedang bergelora.  Jika ianya menyerang, memang sukar untuk memperolehi keputusan yang terbaik. Pada pandangan saya, jika ianya menyerang kemungkinan saya akan mengambil tindakan mendiamkan diri seketika untuk bagi laluan kepada hati dan fikiran berfikir jalan penyelesaian  yang bagaimana harus  diikuti yang mana pilihan  yang dipilih  tidak mendatangkan  penyesalan  dihari kemudian . “ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Pilihan terletak ditangan kita.  Kita yang inginkan sesuatu itu  yang boleh membahagiakan jiwa sendiri.
            Dalam emosi yang tidak stabil juga, boleh terjadinya sesuatu perkara yang tidak pernah kita impikan. Mulut mampu bicara akan tetapi apa yang diluahkan atau dibebelkan itu sebenarnya  adalah berlawanan dengan bicara  hati. Jadi, berhati-hatilah  apabila kita berbicara jika kita tidak merujuk kepada maksud hati  yang ingin meluahkan. Ramai diantara kita yang hari ini  yang tidak mengikut kata hati  yang berbicara kerana ianya boleh meninggalkan kesan yang negatif. Dalam memilih sesuatu perkara atau keputusan  pastikan kita seperti kain kasa di atas duri” yang bermaksud  sesuatu perkara yang terlalu sukar  menyelesaikannya, kita harus sabar dan berhati-hati. Masa inilah kita perlu menajamkan fikiran ke arah yang positif untuk kita memperolehi kebahagian. Jangan bertindak mengikut nafsu semata-mata. Fikir-fikirkanlah. Hanya ini yang mampu saya kongsikan bersama anda.
            Dalam perhubungan percintaan juga , hati kita terlalu sensitif akan sesuatu perkara yang mana yang boleh membuatkan  perasaan  kita terganggu seketika. Pasangan diam seketika atau sibuk dengan tugas seharian pun kadang-kala membuatkan hati kita tersasar fikirkan yang negatif. Dalam masa yang sama juga sebab kita terlalu menyayanginya dan mengambil berat tentangnya yang menyebabkan kita berfikir demikian.  Seboleh-bolehnya, kita akan cuba berfikiran positif tanpa rasa negatif  hadir dalam minda  untuk memastikan hubungan yang terjalin tiada sebarang persengketaan. Kita harus ingat sejauh mana kita berfikiran positif, hati yang berbicara tidak mampu  kita lawani dengan fikiran yang waras. Bila kita meluahkan kepada pasangan kita adakalanya luahan kita diterima dan adakalanya sebaliknya. Walauapapun, dalam perhubungan yang ada ini kita perlu ada toleransi antara kita dengan sidia. Barulah harmoni perhubungan  yang kita jalinkan. Jika sidia sedang negatif, kita pula akan cuba positifkan diri. Buatlah sesuatu jika ianya berlaku tanpa ada rasa terluka dan dilukai.  Hanya kita yang mampu mengubahnya.

Sentuhan Pena :
Nurulizza Binti Hj Ab Karim

Hanya Mampu Tersenyum

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan