Bila
Hati Berbicara
Apa yang dimaksudkan dengan hati? Mengikut kamus dewan
bahasa dan pustaka hati ini bersinonim
dengan batin, perasaan, jiwa dan emosi. Jelaslah disini, hati ini menunjukkan
rasa yang kita rasai yang mana didalamnya terkandung berbagai-bagai makna yang
tersurat dan yang tersirat yang
kadang-kala kita tidak mampu meluahkan sesuatu yang kita rasai untuk kita
kongsikan bersama insan yang lain.
Semua makhluk didunia ini mempunyai hati. Bila kita
mempunyai hati sudah pasti ada berbagai-bagai
keperluan dan kehendak yang kita inginkan. Kita sedaya mungkin akan cuba
memenuhi tuntutan batin selagi ianya tidak melanggar ajaran islam. Memang tidak
dinafikan kadang-kala tuntutan hati ini juga boleh menyebabkan kita
menyekutukan Allah s.w.t untuk memenuhi emosi yang tidak stabil untuk sesuatu
perkara . “ Salah gelogok hulu malang,
pandai bertenggang hulu baik”
salah satu peribahasa yang perlu kita ikuti yang bermaksud kalau kita kurang berhati-hati
dalam sesuatu kerja yang kita lakukan kemungkinan ia akan mencelakakan diri
kita sendiri akan tetapi jika kita hati-hati melakukannya sulit mana sekalipun
kita akan memperolehi faedahnya. Jadi, jalan mana yang perlu anda ikuti
sekiranya emosi yang tidak stabil menyerang jiwa anda. Keputusan terletak ditangan anda. Anda yang mampu
menentukan arah tuju.
Saat hati berbicara juga, kadang-kala ia boleh membuatkan
jiwa kita tidak tentu arah tujuannya. Apa yang kita lakukan semuanya tidak
mendatangkan hasil yang lumayan. Kadang-kala, jika kita terlalu mengikut kata
hati pun sebenarnya boleh mensasarkan
landasan yang ingin kita tujui. Dimana kita harus memilih jika hati lebih
agresif daripada fikiran yang pasif?
Mungkin disini, kita sukar untuk membuat
keputusan yang rasional yang mana banyak mendatangkan hasil yang lumayan
dan dalam masa yang sama juga antara
perasaan dan fikiran sering bertelagah untuk mencari kenikmatan yang boleh menenangkan jiwa yang sedang
bergelora. Jika ianya menyerang, memang
sukar untuk memperolehi keputusan yang terbaik. Pada pandangan saya, jika ianya
menyerang kemungkinan saya akan mengambil tindakan mendiamkan diri seketika
untuk bagi laluan kepada hati dan fikiran berfikir jalan penyelesaian yang bagaimana harus diikuti yang mana pilihan yang dipilih
tidak mendatangkan
penyesalan dihari kemudian . “ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Pilihan terletak
ditangan kita. Kita yang inginkan
sesuatu itu yang boleh membahagiakan
jiwa sendiri.
Dalam emosi yang tidak stabil juga, boleh terjadinya
sesuatu perkara yang tidak pernah kita impikan. Mulut mampu bicara akan tetapi
apa yang diluahkan atau dibebelkan itu sebenarnya adalah berlawanan dengan bicara hati. Jadi, berhati-hatilah apabila kita berbicara jika kita tidak merujuk
kepada maksud hati yang ingin meluahkan.
Ramai diantara kita yang hari ini yang
tidak mengikut kata hati yang berbicara
kerana ianya boleh meninggalkan kesan yang negatif. Dalam memilih sesuatu perkara
atau keputusan pastikan kita seperti kain kasa di atas duri” yang
bermaksud sesuatu perkara yang terlalu
sukar menyelesaikannya, kita harus sabar
dan berhati-hati. Masa inilah kita perlu menajamkan fikiran ke arah yang
positif untuk kita memperolehi kebahagian. Jangan bertindak mengikut nafsu
semata-mata. Fikir-fikirkanlah. Hanya ini yang mampu saya kongsikan bersama
anda.
Dalam perhubungan percintaan juga , hati kita terlalu
sensitif akan sesuatu perkara yang mana yang boleh membuatkan perasaan
kita terganggu seketika. Pasangan diam seketika atau sibuk dengan tugas
seharian pun kadang-kala membuatkan hati kita tersasar fikirkan yang negatif.
Dalam masa yang sama juga sebab kita terlalu menyayanginya dan mengambil berat
tentangnya yang menyebabkan kita berfikir demikian. Seboleh-bolehnya, kita akan cuba berfikiran
positif tanpa rasa negatif hadir dalam
minda untuk memastikan hubungan yang
terjalin tiada sebarang persengketaan. Kita harus ingat sejauh mana kita
berfikiran positif, hati yang berbicara tidak mampu kita lawani dengan fikiran yang waras. Bila
kita meluahkan kepada pasangan kita adakalanya luahan kita diterima dan
adakalanya sebaliknya. Walauapapun, dalam perhubungan yang ada ini kita perlu
ada toleransi antara kita dengan sidia. Barulah harmoni perhubungan yang kita jalinkan. Jika sidia sedang
negatif, kita pula akan cuba positifkan diri. Buatlah sesuatu jika ianya
berlaku tanpa ada rasa terluka dan dilukai.
Hanya kita yang mampu mengubahnya.
Sentuhan Pena :
Nurulizza Binti Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
0 ulasan:
Catat Ulasan