CERPEN:
Indahnya Ramadhan Kali Ini !!
KARYA : Nurulizza
Hj Ab. Karim
“Alhamdulillah, kita diberi
kesempatan pada tahun ini untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh dengan kenikmatan” kata
Dania kepada rakan sebiliknya iaitu Jannah. “Ye lah Dania, kita saling
mengenali antara satu sama lain semenjak kita di semester satu lagi dan aku
rasa bersyukur sangat bertemu dengan kau dan menjadi sahabat kau”. Dania dan
Jannah merupakan mahasiswi dalam jurusan Pengajian Islam semester akhir
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka mula berkawan semenjak mereka
menghadiri minggu orientasi dan dalam masa yang sama mereka mengambil bidang
pengajian yang sama malah mereka juga
rakan sebilik antara satu sama lain. Berbagai-bagai rintangan dan dugaan
yang mereka harungi bersama. Mereka saling dokong-mendokong antara satu sama
lain.
Dimana
saja Dania pergi pasti Jannah ada bersama. Mereka diibaratkan “bagai aur dengan tebing”, dimana saja pasti bersama dan sekiranya salah seorang daripada mereka disakiti mereka
akan bersama-sama saling
sokong-menyokong atau bantu-membantu
menghadapi musuh yang cemburu dengan keakraban antara mereka. “Cubit peha kiri, pasti peha kanan terasa”,
begitulah ikatan persahabatan mereka.
“Jannah, cuti pertengahan semester apa perancangan kau
ye”? soal Dania kepada sahabat karibnya. “Aku tak pastilah Dania. Aku nak balik
kampong, ayah dan mama aku tiada. Mereka pergi mengerjakan umrah”. Dania
berfikir sejenak. Kalau ajak Jannah pulang ke kampong halamannya kira ok juga
kan. “Jom !ikut aku balik kampong ye Jan. Disana nanti aku bawa kau jalan-jalan
makan angin dikampung aku. Al maklumlah , kau kan orang bandar mana pernah
merasa hidup suasana kampong”. “Bagus juga cadangan kau kan. Dapat juga aku
perolehi pengalaman nanti dan manalah tau kan jodoh aku dengan orang kampong”,
sambil berangan seketika. Jannah
merupakan anak orang berada. Beliau anak tunggal. Ayah dan ibu merupakan
penjawat awan yang berjawatan tinggi. Hidupnya mewah dan kaya dengan kasih sayang yang diberikan
oleh orang tuanya. Segala kemahuannya akan dituruti oleh orang tuanya selagi
ianya tidak tersasar daripada ajaran islam yang sebenar. Itulah kelebihan
Jannah walaupun anak orang kaya tapi beliau tidak sombong dengan apa yang
dimilikinya dan sentiasa berusaha merendahkan diri dan taraf hidupnya sama saja
dengan rakan yang lain. Orangnya kecil –molek, berbudi bahasa, lemah –lembut
dan segala yang diinginkan oleh seorang lelaki untuk dijadikan dia seorang
isteri memang lengkap pakejnya. Sebenarnya didalam hati Dania berhajat ingin
cuba mendekatkan sahabatnya ini dengan abang kandungnya yang nombor dua iaitu
Mohammad Hafiz. Dania merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik.
Sifat manja anak bongsu begitu menyerlah. Walaupan Dania anak bongsu tetapi
beliau dididik dengan penuh kesederhanaan dimana keluarganya tidak terlalu
memanjainya dengan kemewahan yang melampaui batas supaya akhlaknya tidak
terpesong daripada ajaran islam yang sebenar.
Hari yang dinanti telah mengunjung tiba dimana
Jannah pulang ke kampung Dania untuk
menghabiskan cuti pertengahan semester . mereka pulang ke kampung dengan
menaiki bas. Perjalanan untuk sampai ke kampung Dania mengambil masa lebih
kurang lapan jam. Mereka bertolak dari stesen
bas Jalan Duta pada pukul 10 malam dan tiba di Langgar, Kedah lebih kurang
pukul 8 pagi. Mohammad Hafiz iaitu abang kedua
Dania telah menunggu seawal pagi dan menjemput mereka ke destinasi seterusnya. Kali pertama,
Mohamamad Hafiz melihat Jannah, hatinya sudah tertawan dengan kecantikkan yang
dimilikinya dan sikap lemah lembut yang ada pada diri Jannah. Sedaya-upaya
Hafiz menahan godaan perasaan untuk mengelakkan ianya disedari oleh Dania. “Bagaimana perjalanan kau orang tadi, ok
tak?”, soal Hafiz kepada adiknya iaitu Dania. “Alhamdulillah ,semuanya berjalan
lancar cuma si Jannah ini mengalami pening seketika mungkin dia tak biasakan
diri menaiki bas”. “ Mungkin, Jannah tak
makan kot masa dalam perjalanan”,kata Hafiz. “Tak adalah abang Hafiz, Jannah
ini memang jarang makan, apa lagi pada waktu malam memang kita tidak digalakkan
untuk menjaga kesihatan.” Dania ,menyampuk seketika, “Jomlah kita sarapan! perut
dah mula menyanyikan lagu ini abang”. Amboi! Dania bukan ke tadi kau dah makan
roti gardenia perisa jagung masa dalam bas tadi, tak kenyang lagi?”. Aku memang
ler kenyang, cuma aku risaukan kau yang dari malam tadi tak makan, tu aku ajak
abang Hafiz ini pergi minum dulu lagipun bila lagi kita nak ketuk dia kan kan”.
“Dah lah jangan gaduh-gaduh jom kita pergi sarapan dulu dikedai Mak Enon”,
balas Hafiz. Jannah dan Dania memesan nasi lemak kerang dan air milo kesukaan
mereka manakala Hafiz memesan dua keping
roti canai dan air horlicks kesukaan beliau. Mohammad Hafiz berumur 38 tahun
dan merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dalam umur begini, dia
masih lagi mencari calon isteri. Bukan beliau tidak mempunyai calon tetapi
selepas putus tunang, pintu hati beliau tertutup untuk mencari seorang isteri.
Hafiz yakin seandai ada jodonya dengan
seorang keturunan Hawa sejauh mana pun dia cuba mengelak satu hari
beliau akan memperolehi jua seorang isteri. Dan mintalah pertolongan (
kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembayang ; dan sesungguhnya
sembayang amatlah berat kecuali kepada orang yang kusyuk; Surah Al- Baqarah
ayat 45. Mohammad Hafiz menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t untuk
menentukan jodohnya. Sabar dan solat
selalunya menjadi banteng kekuatan kita dalam menempuh segala musibah dan
menghindarkan diri kita daripada tergoda dengan hasutan syaitan durjana. Jannah
juga menyerahkan jodohnya kepada Allah. Seandainya jodoh dia datang cepat atau
lambat dia akan tetap menerima.
Jannah tinggal dikampung halaman Dania selama seminggu
dan dalam percutian pertengahan semester masanya dihabiskan di Langgar, Kedah. Langgar
merupakan sebuah pekan kecil yang terletak diantara Pokok Sena dan Bandar Alor
Setar. Disini juga sebanyak 99% penduduknya adalah keturunan Melayu Islam.
Ayah Dania juga merupakan seorang Imam di Masjid Bukit Langgar. Disana, beliau
banyak menimba pengalaman yang tak pernah dirasai sebelum ini. Jannah dan Dania menyambut bulan ramadhan tahun ini
di Langar, Kedah. Segala kenangan Jannah menyambut ramadhan kali ini di kawasan perkampungan yang aman dan damai. Malah
suasana yang indah iaitu di kawasan kampung yang dipenuhi dengan bendang sawah.
Hijau dan tenang pemandangan di kampung Dania. Merasai solat terawikh bersama
penduduk kampung disini dan dapat mengeratkan slaturahim sesame insan.
Sepanjang beliau disana abang Mohammad Hafiz lah yang menjadi pemandu pelancong
mereka. Semua tempat yang Jannah lawat di Langgar telah pun dibawa oleh abang
Hafiz dan juga adiknya Dania juga tidak ketinggalan untuk mengiringi mereka
bagi mengelak fitnah daripada orang kampung. Al maklumlah kalau hidup
berkampung ini tak boleh kita tersalah langkah nanti jadi buah mulut orang
untuk bercerita. Sepanjang masa abang Mohammad Hafiz bersama Jannah, ada satu
perasaan kecil yang sukar dijangka oleh hatinya sama ada dia benar-benar
mencintai Jannah atau menyayangi Jannah sebagai seorang adik. Kegelisahan
melanda hati dan gelora jiwa menyerang Hafiz. Antara pengalaman Jannah yang
tidak dapat dilupakan ialah kali pertama turun ke sawah. Jannah merasa gembira
bila kali pertama jejak kaki ke bendang sawah. Jannah berlari-larian anak
dibendang sambil memetik untaian padi muda di bendang. Rasa bagaimana lututnya
dinaiki pacat. Masa itu abang Hafiz yang
menolongnya untuk membuang pacat yang melekat. Dalam masa itu, debaran hati
Jannah berdebar-debar saat mata mereka bertentangan. Jannah merasai
sesuatu. Apa sebenar perasaan yang hadir
kala itu? Dia masih lagi mencari jawapan yang pasti.
Masa berlalu dengan begitu pantas. Jannah tidak sedar yang
cutinya di Langgar telah pun tamat.
Malam sebelum Jannah dan Dania pulang ke Universiti untuk meneruskan pengajian akhirnya disana,
tetiba Hafiz datang menemuinya di pondok ditepi sawah tempat ayah dan ibu
Dania menghilang kepenatan setelah
melakukan kerja-kerja penuaian padi dan sebagainya. “ Assalammualaikum
Jannah.Seorang je ke? Mana Dania?” soal
Hafiz. “ Waalaikumusalam. Alahai! terperanjat Jannah ingat sapa tadi. Abang tak
keje ?”. Hari ini abang cuti. Besok Jannah akan pulang ke universiti kan?”. tanya, Hafiz . “Ye ,abg!. Sebelum Jannah
pulang abang ingin meluahkan sesuatu
kepada Jannah yang abang sudah mula mencintai diri Jannah semenjak kali pertama
kita bertemu lagi. Pada mulanya abang
tak pasti dengan perasaan apa yang abang milikki ini sehingga satu hari
berlakunya kejadian dimana kaki Jannah digigit pacat. Dari situ abg menyedari
yang abang memang betul-betul mencintai Jannah pada pandangan pertama walaupun
Jannah sedia maklum yang abang ini pernah gagal dalam percintaan. Allah
Itu Maha Kaya. Hadirkan Jannah dalam
hidup abang”. Jannah terkejut terkaku seketika. Tidak menyangka mereka berdua mempunyai satu perasaan yang sama.
Mungkin Hafiz cinta pertama Jannah manakala dipihak Hafiz, Jannah merupakan cinta kedua selepas dia menghadapi
kegagalan dalam percintaan pertama. Tanpa mereka perasaan perbualan mereka
diintip Dania yang kebetulan lalu di tempat perbualan mereka dipondok
rehat ayah dan emak Dania setelah penat
melakukan kerja dibendang. Didalam hati Dania panjatkan kesyukuran yang niat
dia hendak menemukan Jannah dengan abang Hafiz telah dimakbulkan oleh Allah
s.w.t. Dania tidak perlu bekerja keras untuk melalukannya kerana hati abang
Hafiz sudah pun bercantum dengan hati Jannah. Gembira tidak terkata. Hafiz dan
Jannah menjalinkan percintaan di dalam bulan ramadhan al-mubarak dimana bulan
yang mulia ini adalah bulan yang penuh
dengan keberkatan. Pintu Neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya
untuk hambaNya memperolehi keberkatan dan pahala yang setimpal dengan ibadahnya
dan ada satu hari dimana satu malam yang
penuh dengan keistimewaan yang boleh disamakan dengan seribu bulan iaitu malam Lailatulqadar yang
dikatakan berlaku sepuluh malam terakhir dan juga Al- Quran di turunkan pada
bulan ini . Kamu ( wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik
umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
segala perkara yang baik dan melarang daripada yang salah (buruk dan keji),
serta kamu pula beriman kepada Allah (
dengan sebenar-benar iman): (Surah Al-Imran : 110) . Firman Allah S.W.T : “Sesungguhnya
kami ( Allah) telah menurunkan Al-Quran pada malam Qadar”. Wajah Jannah
sentiasa ceria dan terukir senyuman yang indah dibibir kala hati yang sunyi
telah dihuni oleh insan istimewa.
Hari yang dinantikan telah pun tiba. Tibalah saat
perpisahan pasangan yang sedang dilambung cinta iaitu Jannah dan abang Hafiz. Walaupun ada
kesedihan dihati masing-masing tetapi mereka bersyukur pada bulan ramadhan ini
mereka telah dipertemukan untuk menjalinkan percintaan. Sebelum pulang dan
menaiki bas untuk pulang ke Universiti ada pesanan yang akhir yang ingin
disampaikan oleh Hafiz kepada buah hati tercinta iaitu Jannah. “Jannah, abang
harap cinta yang baru berputik diantara
kita jagailah ia dengan mengikuti syariat islam dan kalau boleh jangan kita
lari daripada landasan yang ingin kita tujui. Membina cinta dan kasih sayang
antara kita kerana Allah S.w.t dimana Dia yang menggerakkan hati kita untuk
merasa nikmat saling mencintai dan dicintai. Abang harap cinta yang terjalin
ini berkekalan dan diakhiri di jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke Jannah
(syurga). Sama-samalah kita berdoa untuk sampai ke situ ye sayang”. Tiada kata
yang mampu diluahkan oleh Jannah betapa besarnya harapan abang Hafiz terhadap
percintaan ini. “Abang, in sha allah Jannah akan menjaga batas-batas pergaulan
dalam hubungan kita ini dan Jannah harap abang mencintai Jannah kerana Allah
dan bukan apa yang Jannah milikki hari ini. Semua kelebihan yang kita milikki tidak akan kekal lama
abang. Semuanya pinjaman semata-mata. Seandainya, ditarik balik kelebihan yang
kita milikki satu hari nanti kita perlu redha kerana itu adalah ketentuan
dariNya”. Hafiz hanya mampu tersenyum apabila mendengar luahan hati Jannah. “ Dan tidaklah bagi lelaki yang mukmin dan
tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasulnya telah
menetapkan satu ketetapan akan ada bagi
mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka”.( Al- Azab: 36). Kita
sebagai seorang mukmin kena redha apa yang telah kita perolehi kerana ianya
telahpun ditakdirkan untuk kita. “ Dan
janganlah kamu irihati terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah kepada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi
orang-orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi
wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada
Allah sebahagian daripada kurniaNya. Sessungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu “. ( An
Nisaa’: 32).
Masa berlalu begitu pantas. Tanpa Jannah dan Dania sedari mereka telah pun berjaya
menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda
Pengajian Islam selama 4 tahun di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Jannah
telah pun bekerja sebagai seorang Ustazah di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki manakala Dania telah pun
ditempatkan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar, Kedah.
Masing-masing telah pun mempunyai kerja yang tetap dan mampu menyara kehidupan
berkeluarga. Percintaan antara Jannah dan abang Hafiz berjalan dengan lancar tanpa
sebarang badai yang melanda. Setelah
tiga tahun Jannah memegang jawatan sebagai seorang Ustazah, Hafiz telah
menghantar rombongan meminang untuk
meminang Jannah. Selama setahun Jannah menjadi tunangan kepada Mohammad Hafiz
Bin Saad. Syukur kepada Ilahi yang mereka telah pun mempunyai pertalian yang
kuat walaupun hanya mampu mencecah lima puluh peratus sahaja. Hafiz masih lagi
tiada hak keatas Jannah. Hari yang dinantikan telah pun tiba. Getaran
dijiwa melanda keatas kedua-dua bakal mempelai. Menanti saat untuk disatukan
setelah 3 tahun menjalinkan hubungan
percintaan.
“ Aku terima nikah Nur Jannah Alisya Binti Mohd Khir dengan maskahwinnya dua ratus lima puluh
ringgit tunai”, lafaz yang telah Hafiz lafazkan dihadapan ayah mertuanya . Ayah
mertuanya sendiri telah menikahkannya.Majlis berjalan dengan lancar. Akhirnya,
Jannah sah menjadi milik Mohammad Hafiz Bin Saad dengan sekali lafaz sahaja. Teratak damai telah menjadi saksi ijabkabul
berlangsungnya majlis mereka. Tiada kata yang mampu diluahkan oleh pasangan
mempelai selain panjat syukur kepada yang Maha Esa. “ Jika kamu menghitung nikmat Allah ,nescaya kamu tidak dapat ( tidak mampu ) menghitungnya”. ( Surah
Ibrahim: 34) Majlis mereka sehari sebelum tibanya bulan ramadhan mereka
telah pun disatukan dengan ikatan pernikahan. “Alhamdulillah, sayang kita sudah saling dimilikki dan memilikki antara
satu sama lain. Semoga rumah tangga yang terbina ini akan berkekalan hingga
akhir hayat kita dan berdoa semoga kita memiliki anak yang soleh dan solehah
untuk mendoakan kesejahteraan kita sekiranya kita tiada lagi didunia ini”. Luahan
hafiz kepada isteri tercintanya. Panggilan nama telah bertukar secara automatik
setelah halal untuk memilikki Jannah. Jannah terharu dengan kata-kata yang
didengari daripada mulut suami tercinta. Hanya mampu mengalirkan airmata
kegembiraan bertapa bertuahnya dia memiliki Hafiz. “ Abang, in sha allah sayang
akan cuba menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali kepada anak-anak
kita nanti. Sekiranya, ada kekurangan sayang dalam melayari rumah tangga kita
abang berhak menegur dan mengajar sayang
bagaimana untuk kita memperolehi kebahagian
dalam rumah tangga kita”. Kata Jannah kepada suami tercinta. Mereka menjalani
kehidupan suami isteri dengan aman dan bahagia. Selepas setahun mereka melayari
hidup sebagai suami dan isteri mereka telah dikurniakan anak kembar. Kelahiran anak
kembar mereka juga pada bulan ramadhan iaitu jatuh pada 15 ramadhan .Percintaan mereka bermula
pada bulan ramadhan, majlis perkahwinan selang sehari sebulum ramadhan dan
memperolehi cahaya mata juga pada pertengahan ramadhan. Keberkatan bulan
ramadhan telah pun mereka perolehi daripada Allah s.w.t.Seorang lelaki dan
perempuan yang diberi nama Nurul Hafizza Binti Mohammad Hafiz dan Mohammad
Hafizan Bin Mohammad Hafiz. Kegembiraan terserlah setelah lahirnya pasangan
kembar tersebut dan melengkapkan lagi
hubungan percintaan dan bukti kasih sayang antara satu sama lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan