Image by Cool Text: Free Logos and Buttons - Create An Image Just Like This
Cerpen: Rupanya,Dia
Admirer Aku?!
Karya : Nurulizza Hj Ab Karim
“Hakim,
kau ni umur sudah mencecah 30 tahun tetapi masih lagi tidak mempunyai teman wanita. Apa nak jadi dengan kau ni?. Hakim, mak dah tua sayang! Entah
esok lusa mak akan dijemput olehNya. Jadi, sebelum mak menutup mata mak
teringin sangat makan nasi minyak kau. Kau tahu tak?” bebel Mak Limah kepada
anak tunggal terunanya. “Mak, bukan
Hakim yang tak nak kahwin tetapi buat masa ini, tiada siapa yang sudi dengan
anak mak ini. Sekarang ini mak, kebanyakkan perempuan memandang pada harta dan
kedudukan. Hakim ini hanyalah pekerja
bawahan je mak. Lainlah kalau anak mak ni jutawan mesti ramai yang
tergila-gilakan Hakim mak” balas Hakim. “ Kau ni Hakim, bila mak cerita soal
kahwin ada saja jawapan yang kau beri ya nak. Tak pernah mak dengar jawapan
yang boleh menggembirakan hati mak. Ini tidak buat mak sakit hati lagi “ .”Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukannya Dia dengan sesuatu apa
jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat ,
anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang jauh , rakan
sejawat, dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu milikki.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada kepada
orang-orang sombong dan takbur membangga-banggakan diri- ( An- Nisa 4:36) Hakim berumur 30 tahun tetapi masih lagi tidak
mempunyai teman wanita. Beliau bekerja
sebagai Pensyarah Usuluddin dan Falsafah
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Orangnya boleh tahan juga. Berkulit putih,
hidung mancung tingginya lebih kurang 182cm dan berkaca-mata. Hakim merupakan
anak tunggal Mak Limah dan Pak Ashraf. Selepas Pak Ashraf meninggal kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari
menghantar anak tunggalnya menghadiri kelas fardhu ain. Pak Ashraf merupakan
salah seorang nelayan semasa hayat hidupnya.
Hidup mereka anak-beranak diibaratkan “ kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang” dan kadang-kala, pernah juga mereka terpaksa mengikat
perut kerana beberapa hari Pak Ashraf tidak turun kelaut untuk mencari rezeki
kerena beliau dilanda demam panas. Kehidupan mereka bahagia walaupun adakalanya
terpaksa menahan kelaparan. Walaupun
hidup tidak mewah tetapi mereka anak
beranak tetap hidup dalam suasana tenang dan bahagia dimana cara hidup mereka berpandukan
Al-Quran dan keimanan didada.
Aina
Musyirah merupakan salah seorang pelajar yang mengikut Pengajian Usuluddin dan
Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau berasal dari Port Dickson.
Orang Pd lah katakan. Berumur 18 tahun
dan merupakan pelajar semester pertama. Kali pertama Aina mengikut kelas yang mana diajar oleh Hakim, dia merasa
sesuatu yang sukar diluah dengan kata-kata. Aina merasa ada tarikan
tersendiri yang dimiliki oleh Hakim yang
membuatkan dirinya tertanya atau sedang dibuai sesuatu di masa lampau. “
Insyirah, saya rasa saya pernah jumpa Encik Hakim ini, tetapi saya lupa dimana.
Saya rasa macam ada sesuatu je tetapi
saya tidak mampu meluahkan perasaan apa
yang saya rasa ini kepada awak” cerita Aina kepada sahabat karibnya Insyirah. “Saya rasa mesti awak tu sudah
jatuh cinta dekat Encik Hakim sebab tu awak rasa macam tu. Saya tahulah kan
Encik Hakim itu hensem orangnya dan tidak mustahil jika beliau menjadi kegilaan
kaum hawa seperti kita ini. Awak, jangan layan sangat rasa tu..ingat kita
datang kemari dengan niat kita nak menuntut ilmu disamping itu juga kita nak
menolong keluarga yang selama ini banyak berkorban tenaga dan wang untuk
melihat kejayaan kita. Jika awak rasa sesuatu cuba awak buat solat isthikarah
untuk mintak petunjukNya” “ Dan mintalah
pertolongan ( kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ;dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada orang yang
kusyuk; (Al- Baqarah :45). “
Terima kasih Insyirah. In sha Allah saya akan ikut apa yang awak sarankan”. “
Sama-sama. Kita sahabat saling perlu mengingatkan antara satu sama lain jika
salah seorang antara kita terlupa kan kan Aina”.
Semasa
di kelas Encik Hakim, Aina tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap
pembelajaran yang sedang berjalan. Fikirannya melayang entah dimana.
Kelakuannya disedari oleh Insyirah. “ Aina, awak ini kenapa? Kan saya kata
jangan layan sangat perasaan awak tu! Tumpukan perhatian kepada kelas. Nanti
awak juga yang rugi. Awak nak ke ulang sem. Tentu tak nak kan. Dah, lupakan
perkara tu!. Jangan sebab perasaan awak tu, awak mengabaikan pelajaran” nasihat
Insyirah kepada sahabat karibnya. Tanpa disedari Aina juga, kelakuannya juga
telah diperhatikan oleh Encik Hakim dimana beliau melihat Aina asyik merenung
wajahnya tanpa berkelip sehinggakan dia sendiri naik segan dengan tingkah laku
pelajarnya. Dirumah, semasa Hakim berada didalam biliknya, dia termenung
sendirian sambil berfikir. Kenapa pelajarnya yang bernama Aina Musyirah asyik
merenungnya setiap kali sesi pembelajaran. Adakah Aina sudah jatuh cinta
dengannya? Atau pun sekadar hanya suka-suka yang tidak membawa maksud
mencintai. Setelah difikir-fikir, hati nakalnya berkata “ si Aina tu pun boleh
tahan juga orangnya. Tinggi orangnya, berkulit putih dan hidungnya mancung. Ada
juga macam minah arab. Alahai, kalau jadikan isteri boleh tahan juga orangnya.
Siapa yang tak nak isteri yang cantik dan mempunyai akhlak yang secantik rupanya.
Orang gila pun mesti ada citarasa. Inikan pula si Hakim yang handsome dan
bekerjaya lak tu kan”. Hakim akan cuba menyiasat kenapa pelajarnya yang bernama
Aina melakukan demikian. “ Hakim.. oo Hakim marilah turun makan nak oii! Tak
akan nak diet lak kan. Kamu tu dah lah
kurus nanti bertambah kurus lak macam lidi, tiada sapa lak yang berkenan dengan
anak mak sorang ni” jerit mak Limah. Terperanjat Hakim dengan jeritan emaknya.
Segala angan-angannya sebentar tadi lenyap terus. Angan-angan yang mungkin
diperolehi ataupun tidak, dia hanya berserah kepada takdir. Rupanya dalam diam
juga si Hakim suka dekat pelajarnya.
Cinta pandang pertama lah katakan.
“Insyirah,
saya rasa saya memang dah mula jatuh cinta dekat Encik Hakim. Nak kata cinta
pandang pertama, saya rasa bukan sebab itu. Ada sesuatu yang membuatkan
perasaan sayang saya terhadap dia. Sampai sekarang saya masih belum temui
kenapa saya berperasaan demikian” keluh Aina kepada Insyirah. “ Aina, jika awak
hendak mencari jawapan yang pasti awak dah buat tak yang saya suruh awak solat
isthikarah. Minta doa kepada yang Maha Esa supaya persoalan di hati awak selama
ini terjawab. Tak perlu memeningkan kepala untuk berfikir. In sha allah, tidak
lama kemudian awak akan temui jawapannya”. “ Buat masa ini saya tak boleh
lakukannya sebab A.B.C. ( Allah bagi cuti), jika sihat nanti saya akan lakukan
ye. Terima kasih awak! Awaklah sahabat saya dunia dan akhirat”.
“
Baiklah kelas sampai disini saja perjumpaan kita untuk hari ini. Jika ada
sesiapa dikalangan anda yang tidak faham tentang pembelajaran kita hari ini
bolehlah datang ke bilik saya untuk mengetahui lebih lanjut apa yang anda tidak
faham. Jangan malu dan segan. Kalau malu anda yang rugi. Disini saya ingin
ingatkan jika kaum hawa ingin berjumpa dengan saya eloklah bawa rakan bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kita adalah manusia yang tak
sempurna. Jika nafsu telah menguasai fikiran semua yang haram boleh terjadi.
Saya ingatkan untuk diri saya dan tak lupa juga buat kaum hawa yang ingin
berjumpa saya. Aina Musyira nanti kamu
bawa muhrim jumpa saya bila kamu ada kelapangan ye?” Sempat lagi Hakim memberi arahan kepada pelajarnya. Aina terkejut dan kehairanan kenapa tetiba saja Encik
Hakim nak berjumpa dengannya. “Insyirah, napa ye tetiba Encik Hakim nak berjumpa saya?” Tanya Aina kepada
sahabat karibnya. “ Sukar untuk saya menjawab soalan awak tu Aina. Nanti kalau kita ada masa kita
pergi jumpa dia ya. Manalah tahu dia nak mengenali awak dengan lebih rapat.
Kih..kih.. Dalam diam dia mencintai awak. Alahai, bestnya!. Kalau dia minat dekat
saya macam dunia ini ana yang punya. Sori, terperasan lah pula kan kan Aina”.
12 Tahun yang lalu.
“Baiklah
adik-adik yang abang Hakim sayangi, sekarang sudah sampai untuk masa kita
berehat dan makan. Jadi, sebelum makan apa yang perlu kita buat ye? Emm...sudah
tentu kita kena baca doa untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah. Selepas
makan, adik-adik yang abang sayang boleh main di taman permainan ye sehingga
pukul 10.30 pagi dan seperti biasa kita sambung belajar ye?”. Katanya kepada
kanak-kanak Tadika Telok Pelandok. Sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia, Hakim telah bekerja sementara sebagai guru tadika yang mengantikan
Cikgu Ayu yang cuti bersalin selama 3 bulan. Jadi, selama itu juga Hakim
menjadi pendidik dan pengasuh kanak-kanak
berumur 5 hingga 6 tahun di situ. “ Abang Hakim, Musyirah jatuh masa nak
naik papan jongkang-jongket tadi. Lututnya berdarah! beritahu Tini kepada Abang
Hakim. Hakim dengan kelam-kabutnya terus melulu ke tempat yang dikatakan tadi
dan melihat keadaan Musyirah. Lututnya terkoyak. Perlu rawatan di klinik. Hakim
tanpa melengah masa lagi memberi bantuan pertolongan cemas kepada anak
didiknya. “ Musyirah, kenapa tak berhati-hati? Kan dah jatuh. Sakit tak? Meh,
sini abang lap darah ini dengan kain
lepas tu kita pergi klinik ye”. Musyirah memandang saja gerak-geri Hakim untuk
mengubati lukanya. Di dalam hatinya berkata, segak juga abang Hakim ni ye!.
Kulitnya yang putih berkaca-mata memang ada gaya tarikan tersendiri. Ketika
itu, bayangkan dengan umur Musyirah yang baru berusia 6 tahun sudah pandai
jatuh cinta. Dasyat betul kan budak zaman sekarang. Dulu, kita 6 tahun tidak
pandai langsung soal cinta. Begitu canggihnya teknologi hari ini. Selepas
daripada kejadian itu, Musyirah nekad dan berniat didalam hatinya satu hari
nanti dia akan menjadi milik Abang Hakim seandainya dia ditakdirkan untuk
Hakim. Selepas kejadian itu juga Musyirah rajin pergi ke sekolah dan bersemangat untuk belajar
bersungguh-sungguh. Abang Hakim menjadi idolanya untuk dia lebih berjaya dimasa
hadapan.
“
Astagfirullahalazim, Subhanallah! Baru saya ingat yang saya pernah menjadi
admirer abang Hakim semenjak saya berumur 6 tahun lagi. Masa itu Encik Hakim
menjadi guru tadika sementara saya. Masa itulah, saya dah memasang angan-angan
yang satu hari nanti saya akan jadi miliknya dan saya jadikan dia sebagai
semangat untuk saya terus berjaya sehingga ke hari ini” luah Aina kepada rakan
sebiliknya Insyirah. Aina teringat
kembali kisah lama selepas dia minta petunjuk daripadaNya untuk mencari jawapan
yang pasti. Alhamdulillah doanya untuk kearah itu telah dimakbulkan olehNya.”
Aina, sekarang awak dah dapat apa yang awak cari selama ini. Jadi, apa tindakan
awak seterusnya?” Tanya Insyirah kepada sahabatnya.” Buat masa ini saya rasa,
saya nak diamkan diri. Saya yakin
seandainya Encik Hakim telah ditakdirkan untuk saya, satu hari nanti kami pasti akan bersama. Untuk makluman awak juga sehingga sekarang kasih dan sayang dia
tidak pernah surut walaupun hampir 12 tahun kami terpisah ianya tetap utuh dan
bertambah erat lagi setelah saya berjumpa kembali dengannya”.” Saya rasa awak
perlu meluahkan seandainya awak berpeluang melakukan demikian. Manalah tahu
kalau Encik Hakim pun jatuh cinta pandang pertama dekat awak. Kiranya meriah
dan gembiralah awak nampaknya kan.. kan” gurau Insyirah kepada kawannya.” Saya
rasakan saya nak jumpa dengan Encik Hakim. Encik Hakim kan nak jumpa dengan
saya. Jadi, saya rasa elok saya jumpa dia. Mungkin ada perkara yang dia nak
bincangkan” Aina meluahkan rasanya.
“
Mak, Hakim perhatikan dekat universiti ada seorang pelajar Hakim ini namanya
Aina Musyirah. Hakim perhati gerak-gerinya selalu curi-curi pandang anak mak
ini. Hakim tak tahu napa? Mungkin dia minat atau dia sedang memberi sepenuh
perhatian kepada pelajaran yang sedang berjalan. Hakim tak pasti apa yang
dilakukan. Mak, nak tahu tak orangnya pun boleh tahan juga. Pakej untuk menjadi
seorang isteri lengkap jugalah katakan”. luahHakim kepada maknya yang sedang
melipat kain baju. “Hakim. Mak tak kisah siapa yang kau pilih untuk
jadikan isteri dan menantu mak nanti. Yang mak inginkan adalah menantu yang
solehah yang boleh menjaga kau nanti bila mak dah tak ada nanti”.” Mak, Hakim
yakin seandainya dia milik Hakim dia mampu lakukan seperti apa yang mak
inginkan. Untuk makluman mak juga, Hakim ada mengerjakan solat isthikarah yang
mana Hakim minta diberi petunjuk jalan yang mana harus Hakim ambil.
Alhamdulillah, Hakim diberi petunjuk yang Hakim ada bertemu dengan seorang
perempuan dialam mimpi yang mana wajah
perempuan itu seiras Aina Musyirah. Hakim yakin ini menunjukkan yang dia
memang telah ditetapkan untuk Hakim”
beritahu Hakim kepada maknya. Hakim ada perancangan tersendiri. Jika Aina
Musyirah jumpa dia nanti, dia akan meluahkan perasaan dan hajat untuk meminang
Aina nanti. Dia tak nak bercinta tetapi
dia ingin bercinta selepas nikah kerana
itu lebih elok dimana dia boleh mengawal nafsu sebelum halal untuk dia milikki
Aina. Mak Limah berharap agar Hakim cepat bertemu dengan tulang rusuknya.
Aina
berhajat jumpa Encik Hakim selepas kelas Puan Aisyah yang akan tamat
kelasnya pada pukul 10.00 pagi hari ini. “ Insyirah, lepas ni nanti teman saya
jumpa Encik Hakim ya. Saya rasa macam ada satu perasaan yang membuatkan saya
teringin berjumpa dengannya”. “ Ok je! Saya pun x sabar nak tahu apa yang
terjadi dengan hubungan awak dengan Encik Hakim. Saya rasa awak berdua memang
ditakdirkan untuk saling cinta –mencintai” luah Insyirah kepada sahabatnya itu.
Selepas tamatnya kelas Puan Aisyah, Insyirah menemani Aina
berjumpa dengan Encik Hakim. “ Assalammualaikum, Encik Hakim” ucap Aina
dan Insyirah sambil ketuk pintu bilik
pensyarah. “ Waalaikumusalam,eh! Aina dan Insyirah . Masuklah!. Jangan malu ye. Terima
kasih Aina dan Insyirah kerana sudi hadir jumpa saya”. Aina dan Insyirah jawab
serentak. “Sama-sama Encik Hakim.” “Baiklah! Saya tak nak ambil masa kamu
berdua. Jadi disini saya ingin berterus terang kepada Aina Musyirah dimana
sebenarnya hati saya sudah tertawan dengan awak dan bersaksi sahabat awak iaitu
Insyirah sekiranya awak sudi saya ingin jadikan Aina sebagai pendamping diri
saya yang halal. Saya tak nak bercinta dahulu. Jika Aina bersetuju dan menerima
saya seadanya, In sha Allah selepas Aina habis
semester ini saya akan hantar pinangan.Itupun sekiranya Aina bersetuju”
Encik Hakim dengan beraninya meluahkan rasa yang tersimpan selama ini kepada
pelajarnya itu. Aina menjawab pertanyan
Encik Hakim “ Encik Hakim, sekiranya benar Encik Hakim benar-benar
menghajatkan kearah itu bolehlah berjumpa dengan ayah dan mama saya. Jika mereka setuju, In
sha allah saya pun turut setuju”. “ Kalau itu jawapan awak, in sha allah cuti
semester minggu pertama saja saya terus meminang dan minggu kedua kita terus menikah. Saya rasa
kita tidak perlu menunggu lama untuk perkara yang baik ini. Lagipun umur saya
bukannya muda lagi. Dah masuk 30 tahun. 12 tahun lebih tua daripada awak. Saya harap
awak tak kisah dengan perbezaan umur kita yang terlampau ketara bezanya”. “ Jika itu yang Allah telah tetapkan untuk
jodoh saya, saya akan terima seadanya. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku”. Insyirah menjadi
saksi cinta mereka dimana semasa Encik Hakim dia ada bersama menemani.
Selepas beberapa bulan
kemudian
“Aku terima nikahnya Aina Musyirah
Binti Abdul Karim dengan maskahwinya dua ratus ringgit tunai”
jawab Hakim. Hakim telah pun selamat bernikah dengan pelajarnya Aina Musyirah. Majlis
mereka sederhana saja. Aina tak mahu diadakan majlis besar-besaran kerana tak
nak membazir. Membazir merupakan amalan syaitan. Aina dan Hakim sujud syukur
selepas selesainya majlis lafaz nikah yang dilafaz oleh Hakim. Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya:“Jika isterimu nanti
datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah
kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada
keburukannya. Selanjutnya terserah
kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi
Syaibah). Setelah selesai majlis
tersebut Aina dan Hakim serta ahli keluarga mereka bergotong-royong
mengemas rumah dan peralatan yang
digunakan untuk majlis perkahwinan itu. Semasa dibilik pengantin, Hakim
terlebih dahulu memasuki bilik kerana ingin mengerjakan solat maghrib dan
diikuti isteri yang baru dinikahi. Ini adalah kali pertama Aina solat
berimamkam suaminya. Rasa gembira tidak terkata. Walaupun masih lagi malu-malu
untuk bermesra dengan suaminya dia tetap gagahkan jua. Sampai bila dia harus
malu sedangkan mereka sudah halal untuk melakukan apa saja. Selesai solat berjemaah mereka berbual
seketika maksudnya sesi pengenalan walaupun dah mengenali satu sama lain
sebelum ini.” Sayang, napa ni? masih malu lagi ke? Jangan lah cam tu sayang. Abang
rasa ganjal lak bila sayang abang ni senyap dan kaku. Sekarang ini sayang tak
perlu malu dengan abang. Kita sudah pun menjadi suami isteri yang sah sayang”
bebel Hakim kepada isteri tercinta. “ Abang, maafkan Aina. Aina masih lagi malu
dengan abang. Sebelum ini, abangkan pensyarah Aina. Rasa kekuk pun ada. Abang jangan
risau, Aina akan cuba buang perasaan malu ini untuk kebahagian kita bersama. Sayang,
harap abang bimbinglah sayang kearah kebahahagian kita bersama” beritahu Aina kepada
suaminya. Hakim berasa gembira walaupun mereka tidak bercinta tetapi mereka
diberi kesempatan olehNya untuk menjadi pasangan yang halal. Dalam masa yang
sama, dia yakin Aina mampu melakukannya.
Dimana tadi dia ada mendengar Aina sudah menggunakan nama panggilan manja. “
Sayang,kita sebagai suami isteri saling bantu-membantu untuk kita mencari keredhaan
dan kebahagian keluarga kita. Jangan risau ye. Abang yakin sayang akan bahagia
bersama abang. Kita mohon kepada Allah supaya apa yang kita hajati akan
didengari dan akan dimakbulkannya doa kita nanti”. Abang, sebenarnya sayang ada
rahsia yang sayang simpan dan pendamkan selama ini. Abang nak
tahu tak, sebenarnya dari dulu sayang sudah mula mencintai abang dan berhajat
untuk menjadi isteri abang satu hari nanti. Sekarang, doa sayang sudah pun
dimakbulka olehnya. Abang menjadi suami sayang. Abang ingat tak semasa abang
menjadi guru tadika sementara di Tadika Kemas Telok Pelandok dimana masa itu
abang ada tolong seorang kanak-kanak yang jatuh daripada jongkang-jongket. Untuk
makluman abang budak kecil itulah sayang orangnya. Sejak dari itu, sayang dah
mula mencintai abang. Gatal kan sayang ni. Umur baru 6 tahun tapi dah pandai
jatuh cinta.Semenjak itu sayang pasang angan-angan yang sayang akan jadi isteri
abang. Dalam kita tak sedari kita telah
pun dipertemukan olehnya. Kali pertama sayang lihat abang, sayang rasa ada satu
perasaan yang sukar ditafsirkan. Kalau abang perasan, sayang kan selalu tenung
abang masa sesi pembelajaran dijalankan. Satu hari, sayang buat solat isthikarah
minta petunjuk kepadanya. Alhamdulillah, wajah abang muncul dalam mimpi. Sayang,
terperanjat tetiba saja abang kata kalau ada masa jumpa abang. Masa itu sayang
tertanya kenapa abang nak jumpa sayang. Rupanya
yang abang berkenan nak ambil sayang jadi isteri abang. Masa itu ayang gembira
sangat . Sayang jadi admirer abang dan merangkap isteri abang” luah Aina kepada
suaminya. Hakim terharu dengar luahan hati isterinya. Tidak sangka isterinya
mulai mencintai dirinya semenjak umur 6 tahun lagi. Bukan semua orang semasa
bermur 6 tahun sudah pandai mengenali cinta.Mungkin isterinya adalah salah
seorang insan terpilih. “ Amboi! kecil-kecil dah pandai bercinta ye.Boleh tahan
juga isteri abang ini. Rupanya, saya ini admirer abang ye. Nasib baik sayang
pandai menilai masa itu. Kalau tak rugilah abang. Jom sayang! Kita tidur ya. Abang
dah mengantuk sangat ini” beritahu Hakim kepada isterinya. Setelah
masing-masing meluahkan perasaan dimalam
pengantin mereka hidup bahagia dan dikurniakan 2 orang cahaya-mata. Pada
mulanya sebagai admirer, dengan restu
Allah akhirnya mereka menjadi pasangan suami isteri.
1 ulasan:
jodoh yang terlalu mudah bagi si gadis
Catat Ulasan