Mencintai
Dan Dicintai
Setiap orang ingin mencintai dan
dicintai. Anugerah Allah S.WT yang tidak ternilai yang diberikan kepada hambanya. Dia tidak mahu
hambanya dalam kesunyian. Maka dengan itu, Allah telah menciptakan adam dan
hawa untuk saling lengkap-melengkapi bagi memenuhi fitrah masing-masing.
Dengan kasih sayangNya, dia telah
menganugerahkan sifat ingin mencintai dan dicintai . Bila kita kita dicintai
dan mencintai kita akan merasa hidup kita telah lengkap dan kesempurnaan
seseorang insan telah pun kita kecapi. Ia juga merupakan keperluan kita dalam
dunia yang fana ini. Dengannya jua, kita boleh mendapat berbaga-bagai
pengalaman yang membolehkan kita menjadi matang dalam menempuh sesuatu musibah.
Di dalam kita sedang mencintai dan
dicintai satu perasaan yang indah yang
tidak mampu kita ungkapkan dengan kata-kata
indah untuk menggambarkan betapa bahagianya kita dalam menempoh alam
ini. Senyum terukir setiap masa. Diri
sentiasa dihargai. Setiap detik pasti kita mafaatkan apabila bersama dengan insan tersayang. Bergayut
berjam-jam di telefon pun kita sanggup lakukan. Ini semua kerana penangan
cinta.Betul tak? Jangan menafikan tau!!. Tidak perlu malu-malu
menyatakan demikian. Kita sebagai manusia yang memiliki akal fikiran yang waras pasti ada perasaan demikian.
Makhluk lain seperti haiwan yang tidak mempunyai akal pun ingin disayangi,
dicintai dan dibelai oleh pasangannya lagi-lagi kita manusia yang tidak
sempurna sangat memerlukan untuk menyempurnakan hidup kita. Bayangkan seketika,
kita mempunyai harta dan keperluan hidup yang sempurna cuma kita tiada kasih
sayang apa yang terjadi kepada kita? Pastinya, kita akan kesunyian dan di dalam
kesengsaraan. Harta yang banyak tidak mampu memberi kasih sayang dan sudah
tentunya kita tidak akan mendapat cinta daripada harta. Cinta hanya diberi
kepada insan kepada insan yang lain. Harta hanya mampu menyempurnakan kehendak kita saja. Dengan memiliki wang yang banyak, kita mampu memiliki
segalanya melainkan cinta. Memang tidak dinafikan, dengan duit yang banyak memang kita boleh membeli cinta. Maksudnya
disini, yang boleh saya perjelaskan kita dicintai bukan kerana diri kita
sendiri tetapi hanya kerana harta yang kita milikki. Disini jelaslah, , cinta
kerana harta juga tidak mampu memberi
kebahagian kepada kita. Ini kerana jika kita tidak mempunyai harta atau tetiba saja kita jatuh muflis sudah
pastinya cinta yang kita milikki jua akan meninggalkan kita bersama perginya
harta yang kita milikki selama ini. Hasilnya kita yang tinggal keseorang
sebatang kara tanpa apa yang kita milikki sebelum ini. Harap penyataan diatas
anda fahami.
Mencintai dan dicintai juga
kadang-kala boleh membuatkan kita gila bayang tanpa tiada tujuan sebenar
apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Dalam masa yang sama juga kadang-kala
kita lalai dengannya sampai satu ketika kita boleh melupakan sesuatu yang lebih
bermakna seperti solat tertinggal, terlupa makan,kesihatan yang terjejas dan
lain-lain lagi. Ini boleh mendatangkan kesan yang negatif dalam hidup seharian
kita. Jika kita kurang tidur sebagai
contoh yang paling senang saya ambil untuk menjelaskan dengan lebih lanjut.
Dengannya jua sudah pasti masalah kesihatan kita memang akan terjejas dan juga
dalam melakukan kerja seharian kita iaitu kerjaya boleh menggugat mutu kerja dan
dalam masa yang sama kurang inovatif dan kreaktif dalam kita melakukannya. Ini
kerana semasa kita melakukan sebarang kerja kita akan diganggu dengan berbagai-bagai gangguan seperti kita
mudah menguap, menahan mata dari terus tertidur dan sudah tentunya kepala kita
akan sakit sebab kurang tidur yang mana
yang boleh melemahkan otak untuk kita berfikir dengan bijak. Kita harus
bijak dalam menanganinya. Tepuklah dada tanyalah hati. Jawapan pasti ada
ditangan anda.
Kadang-kala dalam kita mencintai dan
dicintai kita sering diuji. Berbagai-bagai masalah yang akan berlaku sepanjang kita dialam ini. Jika kita ikhlas menerimanya,
sekuat mana dugaan datang walaupun
tsunami sekalipun kita tetap bertahan
dan berpijak di dahan cinta sejati
yang kita tanam bersama sidia.
Kita harus ingat , setiap apa yang berlaku keatas diri kita ada hikmahnya nanti. Perlu yakin akan
ketentuanNya. Jika masalah datang, rehatkan minda kita yang berceramuk dengan
masalah dan sedaya mungkin kita fikir
positif. Jangan lari daripada landasan yang sebenar. Jika kita tersesat
landasan , destinasi yang kita ingin tujui kemungkinan kita tidak akan sampai
ke arah itu. Kita yang mampu mengubahnya. Sebenarnya ada hikmah apa yang
berlaku dalam percintaan ini dimana kita boleh
melihat sejauh mana diri kita dicintai. Jika sidia benar-benar mencintai kita tsunami mana sekalipun yang hadir dia tetap menjadi penenang hati dan
penyejuk api kemarahan saat kita
tidak mampu mengawal fikiran ke arah positif.
Kemungkinan dengan nasihat dan buah
fikiran daripada insan yang kita sayang mungkin boleh menjadi madu rawatan
fikiran ke arah itu. Insan tersayang sangat kita perlukan dalam menghadapi saat-saat
genting dimana kita tidak mampu berfikir
dengan rasional. Disaat ini jugalah kita boleh mengetahui bagaimana
sikap orang yang kita sayang menenangkan
jiwa kita yang sedang kegelisahan ,akal tidak mampu berfikir bila jiwa bergelora.
Jika benar mencintai, sidia akan berusaha untuk bersama-sama kita dalam
menghadapi saat genting ini. Kata pepatah “berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing” barulah kita rasa saat-saat indahnya
kita dialam percintaan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata dan ianya
akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita. Pengalaman percintaan
kita dengan sidia juga boleh dijadikan sejarah dan pengajaran kepada cucu -cicit
kita nanti.
Keikhlasan dan kejujuran dalam memberi
dan menerima seseorang dalam hidup kita
iaitu cinta yang tidak melihat kepada kelebihan antara satu sama lain
dan tidak mengikut nafsu semata-mata itulah cinta yang kita cari dalam erti
sebenar. Fizikal cantik tapi rohaninya buruk juga tidak mendatangkan
kebahagian. Fizikal tidak semestinya cantik tetapi rohaninya lebih cantik akan
membawa kepada kebahagian kelak. In Sha Allah, sama-samalah kita berdoa kepada
Ilahi untuk makbulkan doa kita nanti supaya kita bertemu dengan pasangan seperti yang kita impikan. Doa adalah senjata
kita untuk memperolehi apa yang kita ingini. Kita ingat Allah dan Allah
pun akan mengingati kita.
Renung-renungkanlah ye. Cintailah seseorang kerana Allah. Dalam kita mencintai, setiap musibah yang berlaku
ada hikmah disebaliknya yang kita sendiri tidak tahu akan kenikmatannya. Bila ianya berlaku, tetapkan keimanan,
teguhkan ketaqwaan , cekalkan hati
mengharunginya dan sabar dalam menempuhnya. Kun fayakun. Percaya kepada
diri sendiri. Kelak nanti ada kebahagian yang menanti. Kita yang akan
mencorakkan percintaan kita dengan warna-warna yang indah dan melakarkan segala kenangan manis kita saat bersamanya. “Kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya “. “Yang bulat
tidak datang menggolek , yang pipih tidak datang melayang”. Walau apapun
yang kita lakukan kita mesti mengikuti peribahasa “ bara yang digenggam, biar sampai jadi arang” dan hasilnya
kita yang akan nikmati bersama sidia. Tenangkan fikiran , fikir sejenak apa
yang kita ingini dalam perhubungan. Bina landasan yang kukuh , seandainya angin ribut
taufan melanda sekalipun kita tidak tersasar daripada landasan untuk kita menuju ke destinasi sebenar.
Sentuhan Pena :
Nurulizza Binti Hj Ab Karim
Hanya Mampu Tersenyum
0 ulasan:
Catat Ulasan